Isnin, 19 November 2012

dollah yankee

dollah yankee


Doa dah terjawab,mereka sedang mengelupur..

Posted: 19 Nov 2012 05:16 AM PST


Ulamak-ulamak dalam UMNO sudah naik "sheh". Yang jadi opis boy mereka dalam projek serang TG Nik Aziz (lepas serang Nurul Izah) kali ini ialah Ustaz Fathul Bari. Gurkah-gurkah politik di'port' (yang kebanyakan bila kencing pun terlupa nak basuh) nak juga ber'tarbiah' sikit. 

Kalau nak menghukum Tuan Guru Nik Aziz, mereka ini eloklah di'sekolah'kan sikit  kefahaman tentang solat hajat dan doa yang di buat oleh PAS tiga empat hari yang lepas.

Ulamak ulamak dalam UMNO tak tahu ke yang mereka juga mempunyai hak dan boleh mengadu kepada Allah SWT sekiranya mereka rasa yang UMNO telah difitnah dan atau telah dianiaya, mereka juga mempunyai hak dan di-bolehkan untuk mengadakan solat hajat dan berdoa agar dimusahkan PAS kerana memfitnah UMNO.

Logiknya, inilah nasihat yang patutnya diberi oleh ula'rdalamse'mak UMNO kepada pemimpin mereka termasuk Najib dan Mahyuddin.

Inilah seampuh-ampuh senjata untuk mempertahankan diri dari fitnah bukan dengan berhujah semata-mata.

Gurkah-gurkah ini turut mahu mencadangkan supaya eloklah UMNO buat sembahyang hajat dan berdoa agar PAS hancur dan musnah kerana memfitnah UMNO selama 3hari, 3malam berturut-turut di Stadium Bukit Jalil.

UMNO yang mendakwa mempunyai 3 juta lebih ahli, boleh kerah je ahli-ahli mereka yang berugama Islam ( ahli bukan Islam tetapi bumiputra pun ramai dalam umno, pun boleh berdoa kepada tuhan mereka dan tuhan masing-masing) menghadiri solah hajat dan doa 3hari 3 malam berturut2 ni.

Siang pertama, imam solat hajat dan pembaca doa eloklah diberi kepada Dato' Mufti Perak, manakala sebelah malam boleh bagi dekat Zul Nordin,Kulim.

Siang kedua bagi kat Ustaz Fathul Bari, sebelah malam pula bagi dekat Ibrahim Ali.
Siang ketiga bagi kepada menteri yang jaga ugama, Jamil Khir. Manakala sebelah malamnya yang paling penting sebab malam terakhir, eloklah solat hajat itu diimami oleh Zahrin Hashim. 


dollah yankee -
Ulamak2 yang ada dalam umno pun banyak yang tolong aminkan doa pas itu.Sebab mereka pun dah tak tahan nak tanggong, tapi tak boleh nak buat apa2.Tangan kaki semua kena ikat!

Tiada ulasan: