RAKYAT MARHAEN |
- Umno sebenarnya pengkhianat Melayu, raja dan Islam
- JK PAS redakan keresahan isu kepimpinan ulama
- PAS Lulus 8 Usul Diterima Tanpa Bahas
- Tanya Najib siapa Deepak dan K Iswaran
- PRU13: Ada tokoh tertentu akan jadi calon PAS
- Hijrah bersama PAS menuju Putrajaya
- Himpunan Kebangkitan Rakyat - Doa Solat Hajat Buat Umno- Bee End
- Himpunan Kebangkitan Rakyat - Realisasikan Pilihanraya Yg Bersih
- Perbahasan Ucapan dasar Penggulungan Dr Hatta
- Perbahasan Ucapan dasar Penggulungan Datuk Husam Musa
- Muktamar PAS lebih matang, elak bicara isu sensitif untuk kekal sokongan bukan Islam
- Anwar: Tadbiran Kerajaan Negeri Pakatan lebih bersih
- START MOURNING if no change in GE13
- Irene bashing by Perkasa shows how PARANOID & OUT OF IDEAS Umno is
- ‘Apologise to Indians for racist policies’
- Mustafa Ali perjelas isu Harakah
- Menteri dalam negeri tidak akan letak jawatan berkaitan kes rogol
- Jet F16 Israel ditembak jatuh di Gaza
- Zaid nasihatkan ahli Umno supaya tak gelojoh
- Rogol Wanita Indonesia : KDN Sahkan Tiada Belas Kasihan buat 3 Anggota Polis
- Israel air strikes hit Hamas headquarters
- Israeli army spokesman: 'Hamas is a terror organisation'
- Israel increases reservists and missile defence
- Lebanon struggles with Syrian refugee spill
- Protests across Europe against austerity.
Umno sebenarnya pengkhianat Melayu, raja dan Islam Posted: 17 Nov 2012 07:53 PM PST KOTA BHARU: Menyedari hakikat Umno hanya perlu menarik sokongan orang Melayu dengan menggunakan Melayu, Agama dan Raja untuk menunjukkan mereka memperjuangkan Melayu, PAS harus memperhebatkan siri penerangan pengkhianatan Umno. AJK PAS Pusat Idris Ahmad ketika membahaskan usul ini, berkata Umno BN akan menggunakan pendekatan dengan apa cara sekali pun tanpa menghirau soal dosa dan pahala, tanpa mengira isu yang dibangkitkan benar atau salah. "Minggu depan, Umno akan melaungkan hidup Melayu dalam perhimpunan mereka, hakikatnya di luar Umno seperti pencuri menjerit pencuri," katanya ketika mengemukakan usul berkenaan. Tambahnya, Umno sedar sokongan rakyat kepadanya semakin merosot menjelang PRU-13 malah tongkat saktinya MCA dan MIC sudah patah bagi menarik sokongan orang bukan Melayu kepada BN. Beliau menggesa PAS wajar mempergiatkan siri pengkhianatan Umno melalui pelbagai medium seperti ceramah, risalah, banner dan menafaatkan media baru seperti Facebook, dan tweeter. Idris Ahmad turut menyebut lebih 20 pengkhianatan Umno terhadap Melayu termasuklah menggadainya kira-kira 1.3 billion tanah orang Melayu pada tahun 1995. Read More / Baca Lagi >> |
JK PAS redakan keresahan isu kepimpinan ulama Posted: 17 Nov 2012 07:39 PM PST Mereka merasakan kononya ada usaha merombak atau mengubah dasar itu, sehingga tidak mampu menahan kebimbangan mereka dan dihamburkan dalam perbahasan dalam Muktamar PAS ke-58 yang sedang berlangsung di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (PUTIK). Kebimbangan itu dilihat mungkin ada asasnya selepas kemenangan ramai golongan profesional dalam pemilihan parti yang lalu, termasuk kejayaan Mohamad Sabu (kiri) - yang bukan berlatar agama - menang jawatan timbalan presiden, dan terbawa-bawa ke dalam muktamar kali ini. Kemudian, penegasan perwakilan Dewan Ulama PAS Pusat dalam muktamar tahunan mereka di Perdana Resort, Kota Bharu pada 15 November lalu, dengan tegas mahu dasar itu dipertahankan sekaligus meluluskan usul mahu ulama diberi peranan dalam pentadbiran kerajaan negeri PAS. Usul sebulat suara itu diluluskan kerana mahu ulama mempastikan kerajaan yang dipimpin oleh PAS tidak tergelincir daripada matlamat perjuangan PAS. Malah dewan itu mahu menjadi benteng dengan memelihara Islam daripada pemikiran yang merosakkan. Keresahan itu diluahkan secara terbuka semalam, oleh sekurang-kurang dua perwakilan dari Pahang dan Pulau Pinang membangkitkan hal yang sama dalam perbahasan usul ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Bagaimanapun, sewaktu penggulungan ucapan dasar itu, bingkas beberapa kepimpinan tertinggi PAS pusat tampil meredakan keresahan para perwakilan itu dengan menafikan usaha "merombak" dasar itu yang telah diluluskan dalam Muktamar pada 1982. Menceritakan usul kepimpinan ulama yang diangkat menjadi dasar parti sewaktu beliau terlibat dalam Dewan Pemuda PAS, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (kanan) menegaskan beliau tidak fikir dasar itu akan diubah kerana yakin "tiada siapa yang berniat" untuk melakukannya. "Usul kepimpinan ulama sudah dilembagakan dalam perlembagaan parti. Nak bawa kepimpinan ulama mesti pindaan perlembagaan apatah lagi, kalau nak rombak (perlu dibawa) kepada muktamar. "Jadi usah ada kerisauan terhadap individu dalam parti konon berlakunya perubahan pimpinan daripada kepimpinan ulama ...Keputusan eksekutif mesti dirujuk ke Majlis Syura Ulama terlebih dahulu... Jadi usah ada risau dan takut akan berlaku perubahan kepimpinan ulama," katanya. Kenyataan Mahfuz itu dilihat menghilangkan sedikit keresahan, namun rakan sejawatnya Datuk Husam Musa (bawah) pula mengukuh dengan kisah pendek bagaimana usul kepimpinan ulama diperkenalkan dan diluluskan selepas bekas presiden PAS Datuk Asri Muda melepaskan jawatannya itu. Katanya, selepas surat peletakan jawatan itu dibacakan, lantas seorang ulama Abdul Samad Noh bangun membaca sepotong ayat Al-Quran dan menyatakan "sesiapa yang menyokong PAS kerana Asri, Asri sudah pergi, tetapi sesiapa menyokong PAS kerana Allah dan Rasul, maka Allah dan Rasul tetap bersama kita". "Ini memberikan keyakinan kepada saya bahawa kepimpinan ulama mempunyai ketrampilan yang sangat menarik. Dan saya berasa bertuah kerana sempat berada di bawah bimbingan YAB Datuk Mursyidul Am baik dalam PAS Kelantan atau di pejabat beliau pada waktu itu. "Pelajaran yang paling penting daripada beliau, bagaimana mengolah gerakan Islam dan PAS diterima oleh masyarakat berbagai latar belakang kaum, dan bagaimana menghilangkan fobia bahawa Islam tidak mampu mentadbir," katanya. Tidak cukup dengan itu, seorang lagi Naib Presiden Salahudin Ayub (kiri) bangkit, mengukuhkan lagi hujah yang dinyatakan oleh ahli parlimen Pokok Sena dan exco kerajaan negeri Kelantan itu. Salahudin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian itu berkata, beliau bersama-sama Mahfuz memikirkan usaha melahirkan ulama muda sewaktu mereka bergelumang dalam Dewan Pemuda PAS. "Mereka inilah yang akan menggantikan tempat kita. Tidak akan putus era kecemerlangan ini. Kita belajar daripada Allahyarham Ustaz Fadhil Nor, Yusuf Rawa dan Tok Guru Nik Aziz yang ada pada hari ini," katanya. Sambil merayu supaya tidak memikirkan adanya usaha merombak kepimpinan ulama, Salahudin menegaskan musuh cuba memecahbelahkan parti dengan perkara itu. "Umno tidak boleh lawan kita, kerana kita ada kepimpinan ulama...Setiap muktamar wujudnya ulama dan tidak ulama. Setiap muktamar datang jarum-jarum beracun untuk menyerang kita. Kita menjunjung tinggi konsep kepimpinan ulama dan ini tidak mungkin berubah," tegas Salahudin. Katanya, sepatutnya tenaga kedua-dua kumpulan itu digembleng dan disinergikan untuk kebaikan parti itu pada masa akan datang. |
PAS Lulus 8 Usul Diterima Tanpa Bahas Posted: 17 Nov 2012 07:38 PM PST PENGKALAN CHEPA, 18 Nov - PAS dalam Muktamar Tahunan kali Ke-58 yang bersidang pada hari terakhir ini meluluskan lapan usul tanpa dibahas. Empat usul daripadanya dicadangkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP). Dewan itu mengusulkan Usul Media Parti, Usul Agama, Usul Politik, dan Usul Dakwah Non-Muslim. Manakala satu usul yang diluluskan berkenaan kebajikan dibawakan Dewan Muslimat PAS PUsat. Tiga lagi usul yang diluluskan berkenaan pula ialah Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) diberi peluang bertanding Pilihan Raya ke-13, Menghapuskan Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), dan Himpunan BERSIH 4.0. Pagi ini, di dewan Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) sedang berlangsung perbahasan lapan lagi usul untuk diluluskan. Antara usul yang hangat dibahaskan usul perndidikan yang mendesak Kementerian Pelajaran Malaysia menangguh dan mengkaji semula Sistem Pentaktaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). |
Tanya Najib siapa Deepak dan K Iswaran Posted: 17 Nov 2012 07:37 PM PST KOTA BHARU: Para wartawan diminta bertanya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak siapakah orang yang bernama Deepak (Jaikishan) dan Kenneth Eswaran jika benar beliau perjuangkan Melayu. Read More / Baca Lagi >>"Kalau dia pemimpin Melayu, dia kena terang siapakah dua manusia yang mengelilingi kehidupan beliau," kata Dr Hairudin Abdul Malik, perwakilan Tambun. Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul yang dibentangkan oleh PAS Pusat berhubung dengan pengkhianatan parti itu kepada orang Melayu ketika bercakap Pakatan akan mengkhianati Melayu jika menang nanti. Siasatan Harakahdaily melalui Google mendapati, kedua-dua nama ini mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Najib khasnya isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor. |
PRU13: Ada tokoh tertentu akan jadi calon PAS Posted: 17 Nov 2012 03:56 PM PST KOTA BHARU: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memberitahu akan ada di kalangan calon PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti yang bukan dari cadangan mana-mana cawangan, kawasan mahupun negeri. Read More / Baca Lagi >>Sebaliknya, calon-calon ini adalah pilihan pimpinan tertinggi parti yang merasakan perlu untuk mereka bertanding atas faktor tertentu. Menurut Mustafa, kebiasaannya pejabat setiausaha agung akan meminta PAS negeri mencadangkan tiga nama sama ada untuk peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) atau Parlimen. Negeri pula biasanya akan meminta cadangan nama calon itu daripada kawasan untuk diserah kepada pusat bagi diteliti oleh jawatankuasa harian PAS dan kemudia Majlis Syura Ulamak. |
Hijrah bersama PAS menuju Putrajaya Posted: 17 Nov 2012 03:55 PM PST Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-58 yang diadakan di Putik, Kelantan, merupakan muktamar yang terakhir bagi mempersiapkan jentera PAS untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke 13. Read More / Baca Lagi >>Muktamar PAS bertepatan dengan sambutan tahun baru Maal Hijrah, yang jatuh pada Khamis lepas. Tarikh Hijrah juga menandakan permulaan tahun dan tarikh baru bagi umat Islam. Ianya merujuk kepada sebuah perjalanan yang dilakukan Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622 Masihi dari Makkah ke Madinah. Hijrah merupakan satu strategi Nabi Muhammad s.a.w untuk mengembangkan Islam dengan aman. Hijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan di Madinah. |
Himpunan Kebangkitan Rakyat - Doa Solat Hajat Buat Umno- Bee End Posted: 17 Nov 2012 03:33 PM PST |
Himpunan Kebangkitan Rakyat - Realisasikan Pilihanraya Yg Bersih Posted: 17 Nov 2012 03:31 PM PST |
Perbahasan Ucapan dasar Penggulungan Dr Hatta Posted: 17 Nov 2012 03:30 PM PST |
Perbahasan Ucapan dasar Penggulungan Datuk Husam Musa Posted: 17 Nov 2012 03:30 PM PST |
Muktamar PAS lebih matang, elak bicara isu sensitif untuk kekal sokongan bukan Islam Posted: 17 Nov 2012 03:28 PM PST KOTA BHARU, 18 Nov — Muktamar Tahunan PAS ke-58 yang terakhir menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan melabuhkan tirainya hari ini dilihat lebih matang berbanding tahun sebelumnya, kata penganalisis politik tanah air. Mereka turut berpendapat, PAS dilihat mengamalkan sikap berhati-hati dalam menyentuh isu sensitif seperti hudud yang berkemungkinan akan memberikan kesan sokongan daripada penyokong bukan Muslim mereka. "Muktamar kali ini dilihat lebih baik ... mereka dilihat lebih membincangkan politik masa hadapan walaupun terdapatnya segelintir suara perwakilan yang keras, menyuarakan rasa tidak puas hati dengan kepimpinan PAS. "Bagaimanapun langkah berbeza ditunjukkan Ketua Pemuda berbanding kepimpinan Pusat, yang mana Pemuda PAS lebih konservatif berbanding kepimpinan Pusat yang nyata telah semakin matang dalam menangani desakan Pemuda PAS," kata penganalisis politik, Prof Dr Agus Yusof kepada The Malaysian Insider. Read More / Baca Lagi >> |
Anwar: Tadbiran Kerajaan Negeri Pakatan lebih bersih Posted: 17 Nov 2012 03:21 PM PST KOTA BHARU- Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Umno kini sasau apabila sanggup memainkan pelbagai isu termasuk memutar belitkan kenyataan Naib Presiden Keadilan, Nurul Izzah Anwar yang didakwa cuba memurtadkan orang Islam. Dakwa beliau, ia jelas apabila parti itu sudah tidak mempunyai perkara untuk dipertahankan selain memfitnah Pakatan Rakyat (PR). "Umno kini sasau, meroyan dan nyanyuk serta 'gedebe', sekejap itu, sekejap ini, sebabnya mereka tidak ada benda yang hendak dipertahankan, yang mana kalau umat dan rakyat ini termakan dengan fitnah ini, itu petanda punah- ranah negara ini. "Kalau rakyat sudah termakan fitnah, padahnya punah ranahlah negara kita. Kita perlu selamatkan negara kita, umat dan negeri Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang, dengan menjatuhkan Barisan Nasional (BN)," katanya ketika berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, kelmarin. Hadir sama, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, selain 40,000 penyokong termasuk badan bukan kerajaan (NGO). Dalam masa sama, Anwar yang juga Ketua Umum PKR menafikan negeri di bawah pimpinan pakatan pembangkang akan muflis jika ditadbir PR, sebaliknya lebih membangun. "Kalau ikut negeri dan pembangunan, negeri Pakatan Rakyat lebih membangun. Bersih lagi pentadbiran kita, itu semua boleh baca dalam laporan Ketua Audit Negara," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
START MOURNING if no change in GE13 Posted: 17 Nov 2012 10:27 AM PST MALAYSIANS can start mourning if they don't dump the sick, super corrupt and racist Umno-led Barisan Nasional (BN) government in the next general election (GE). Mourn because it is crystal clear that BN is leading Malaysians and the country to the depths of a pariah state in the eyes of the world. Mourn because our future is heading towards socio-economic disaster under the BN. How low can the BN go to try and remain in power? All the way, by hook or by crook, my dear friends. Cheating, abuse of power, immoral means, you name it. When it has reached this level, the only way for Malaysians to save themselves is to remove the BN from the pedestal of power in the 13th General Election which must be called latest next June. VICTIMIZATION, INTIMIDATION BEGINS I am referring to the removal of Selayang Municipal Council president Zainal Abidin Aala. His crime, to the BN: discharging his duty as a civil servant with honesty. And he is not the first civil servant to be victimised in such a manner since the 2008 political tsunami in which the BN lost its traditional two-thirds majority in Parliament and control of five state governments. BN tak boleh pakai lagi! (BN is already useless!) At the rate the BN is removing top civil servants from office based on their honest administration, it is sending a clear message to the civil service: Serve us (BN), not the people. |
Irene bashing by Perkasa shows how PARANOID & OUT OF IDEAS Umno is Posted: 17 Nov 2012 10:24 AM PST Perkasa, which in any other civilized nation would be ridiculed by decent society, has once again stepped forward in a hysterical defence of a political illusion long passed off as reality in Malaysia. Read More / Baca Lagi >>Hence, the public bashing that activist Irene Fernandez has to endure in Perkasa's diarrhoea of words over a study linked to her, Washing the Tigers: Addressing Discrimination and Inequality in Malaysia. Umno continues to remain in a state of denial that it can no longer be business as usual. Therein lies a death wish like that harboured by the Nazis until the very end in pursuit of their 1,000-year Reich or by the white minority apartheid regime in South Africa. The days of the 'Shahrizat Jalils' who could with impunity shrug off allegations and try to 'walk off' with a quarter billion ringgit of the people's sweat from the Public Treasury are numbered. The Government can no longer afford to dole out millions of the peoples money to politicians disguising their mischief as so-called Bumiputera businesses. The country can no longer afford to put up with a situation where those in power, the fat cats in tow, continue to plunder the Public Treasury under the guise of bringing development to the people and bailouts for troubled corporations in incestuous relationships with their political masters. Jealousy of Chinese In business Umno's political ideology |
‘Apologise to Indians for racist policies’ Posted: 17 Nov 2012 10:20 AM PST The Hindraf legal advisor stands firm that the movement should not meet the prime minister at all. GEORGE TOWN: Prime Minister Najib Tun Razak should acknowledge, apologise and compensate for Umno's racist policies against the Indian community for past 55 years.Kota Alam Shah assemblyman M Manoharan said that only then should Hindraf Makkal Sakti consider whether to accept Najib's open call to meet up with civil rights movement to address pressing Indian issues. He said Najib must admit that Umno had systematically sidelined the once hardworking and economically vibrant Indians into a "forgotten community" through its ethnic and religious policies. "As prime minister and Umno president, Najib must make an immediate unconditional apology and pay monetary compensation to all Indians for Umno's 55 years of racist policies. "Otherwise, Hindraf should reject his offer to meet. "Najib should have known by now what are the Indian problems in the country," said the Hindraf lawyer who was formerly detained without trial under the now repealed Internal Security Act. However Manoharan, who is also Hindraf's legal advisor, stood firm on his stand that Hindraf should not meet Najib. Read More / Baca Lagi >> |
Mustafa Ali perjelas isu Harakah Posted: 17 Nov 2012 10:15 AM PST KOTA BHARU: Pengerusi Harakah, Datuk Mustafa Ali hari ini tampil menjelaskan isu lidah rasmi parti itu yang menjadi antara topik hangat dibangkitkan pada muktamar khususnya dalam usul Muktamar Dewan Pemuda PAS, khamis lalu. Read More / Baca Lagi >>Bercakap sewaktu sesi penggulungan ucapan dasar presiden petang ini, beliau yang juga Setiausaha Agung PAS berkata, beliau mengakui ada kelemahan tertentu pada akhbar itu. Kelemahan itu katanya berkait ruang lingkup laporan berkaitan parti yang tidak dapat dipenuhi secara semua sekali seperti dikehendaki ahli, kerana terpaksa menjadikan akhbar harakah juga sebagai akhbar rakyat dan bukan untuk ahli sahaja. |
Menteri dalam negeri tidak akan letak jawatan berkaitan kes rogol Posted: 17 Nov 2012 10:13 AM PST Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan berhubung kes tiga anggota polis yang didakwa merogol seorang wanita Indonesia di Pulau Pinang. "Kita dah pastikan mereka dihadapkan ke mahkamah. Itu sistem negara yang kita ada dan membawa mereka ke mahkamah dengan dakwaan yang setimpal dan kutuk sekerasnya tindakan sebegini sekiranya didapati salah. Itu pendirian yang kita boleh lakukan," katanya dalam satu sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Kerjaya Pemuda BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita adakah beliau akan meletakkan jawatan bagi bertanggungjawab terhadap isu tersebut. Semalam tiga anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Pulau Pinang atas dakwaan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii ke atas seorang wanita warga Indonesia. Hishammuddin juga "mengelak" soalan berhubung cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis (IPCMC) dengan mengatakan bahawa tiada formula yang boleh menyelesaikan semua masalah. Read More / Baca Lagi >> |
Jet F16 Israel ditembak jatuh di Gaza Posted: 17 Nov 2012 10:13 AM PST (Gambar yang dikatakan jet F16 Israel yang ditembak jatuh) GAZA: Pejuang Palestin di Gaza berjaya menembak jatuh sebuah jet F16 Israel yang terbang di ruang udara Gaza, lapor Presstv.ir. Kapal perang Israel itu ditembak jatuh serentak dengan serangan roket dari Gaza yang mengenai sasaran Israel di kawasan penempatan Gush Etzion di al-Quds (Jerusalem). Tembakan roket itu mencederakan beberapa orang Israel. Roket dan peluru berpandu Palestine juga jatuh di lain-lain kawasan dalam negara Israel termasuk Tel Aviv, Eshkol, Ashdod, Ashkelon dan Be'er Sheva. Selama ini, dunia menganggap negara Israel kebal dari serangan kerana kehebatan sistem pertahanannya. Serangan ini dibuat ekoran serangan maut yang dibuat Israel ke atas Gaza yang membunuh panglima tentera Brigade Ezaddin Al Kassam, cabang tentera di bawah Hamas, Al Jabari. |
Zaid nasihatkan ahli Umno supaya tak gelojoh Posted: 17 Nov 2012 10:12 AM PST |
Rogol Wanita Indonesia : KDN Sahkan Tiada Belas Kasihan buat 3 Anggota Polis Posted: 17 Nov 2012 10:11 AM PST |
Israel air strikes hit Hamas headquarters Posted: 17 Nov 2012 10:10 AM PST |
Israeli army spokesman: 'Hamas is a terror organisation' Posted: 17 Nov 2012 10:09 AM PST |
Israel increases reservists and missile defence Posted: 17 Nov 2012 10:09 AM PST |
Lebanon struggles with Syrian refugee spill Posted: 17 Nov 2012 10:08 AM PST |
Protests across Europe against austerity. Posted: 17 Nov 2012 10:04 AM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan