dollah yankee |
Ini bukan lagi demam,tapi boleh 'terberak'! Posted: 17 Nov 2012 06:01 AM PST 50,000 rakyat dan 99% daripada itu ada lah orang-orang melayu, dilapurkan telah memenuhi stadium Sultan Muhammad Kota Bahru semalam untuk sama-sama bangun melawan kerajaan Najib/umno. Najib dengan Mahyuddin jangan kata boleh demam, tetapi boleh 'terberak' dalam kain kalau mereka dapat tengok sendiri secara 'live' akan kebangkitan rakyat ini. Kalau Anwar boleh bagi jaminan akan meng'improved' tentang kemasukan pekerja-pekerja asing serta boleh usir keluar pendatang-pendatang haram yang sudah tidak terkawal di negara kita ini bila dah takluk Putrajaya, ada lah lagi 'good'! dollah yankee - Phewwwwwwww ! |
3 golongan yang ada dalam umno/BN Posted: 17 Nov 2012 12:59 AM PST Untuk orang awam ataupun rakyat marhean di Penang ini, mereka sudah dapat menilai antara kaca dan permata. Mereka sendiri dapat merasai dan telah melalui perbezaan yang dibawa arus politik yang di kepalai olih Anwar dan Guan Eng. Bagi penyokong PR pula, sememangnya ini adalah satu perkataan yang paling sesuai dimadahkan setelah apa yang telah dibuktikan olih Guan Eng dan Mansor Osman selama 4 tahun ini. Namun bagi penyokong BN pula, sudah tentu mereka merasakan bahawa perkataan 'wake-up' ini adalah menjengkelkan, lucu, 'hangat hati' dan ada pula sesetengah dari mereka yang berasa takut. Mari bersama-sama bersama-sama dengan gurkah-gurkah politik di'port' untuk, kita selami 3 jenis perasaan ahli umno dan penyokong BN yang selama ini sememangnya kita semua sudah pun tahu. Yang pertama ialah menjengkelkan. Orang yang mempunyai perasaan ini adalah orang yang jenisnya melukut di tepi gantang. Mereka ini tidak tahu apa-apa langsung tentang pekembangan semasa yang berlaku yang telah di lakukan olih PR di-dalam Pulau Pinang. Kebanyakkan dari mereka adalah hanya ahli biasa dalam umno dan sedikit ahli dari parti-parti komponen BN sahaja. Mereka menganggap perkara ini tidak logik kerana di mata dan hati mereka yang buta akibat fanatik wang dan kaum menyebabkan mereka merasakan perkara ini bagaikan temeh. Bagi golongan kedua pula, ialah lucu. Ini dalah satu sikap manusia yang bertalam dua muka. Mereka ini sedar akan apa yang berlaku dan perubahan yang dirasai rakyat dan begitu juga mereka. Ini kerana kebanyakkan mereka turut serta di dalam Dewan Undangan Negeri. Sememangnya mereka ini adalah pucuk pimpinan BN ataupun wakil rakyat pembangkang DUN. Bagi mereka perasaan takut itu harus disimpan kerana taktik politik mereka yang kotor selama ini semakin menjadi-menjadi. Oleh itu mereka cuba untuk menafikan tentang perubahan yang berlaku di dalam negeri Pulau Pinang dengan mengatur strategi politik murahan supaya rakyat masih inginkan mereka. Terakhir sekali ialah golongan yang merasa takut dengan perubahan ketara ini. Mereka ini dalah golongan pencatur utama dalam politik Malaysia. Kebanyakkan dari mereka adalah orang bijak pandai yang telah dikuasai BN. Sudah tentu sudah berbilion wang sudah dilaburkan kepada golongan ini supaya terus menerus memikirkan strategi supaya rakyat dibawah dapat melihat mereka umpama tuan yang tidak pernah daif. Sudah tentu golongan ini adalah Najib,Muhyiddin dan konco-konco mereka. Dengan perubahan yang berlaku keatas 5 buah negeri asalnya, mereka berjaya mengetepikan musuh mereka untuk satu negeri dan menjadikan negeri pimpinan PR sebagai 4 buah negeri. Ini adalah salah satu hasil dari strategi yang dirancang oleh golongan ini supaya cengkaman mereka kembali kuat. Inilah ketiga-tiga jenis orang yang hanya tinggal nyawa-nyawa ikan sebelum kebenaran diadili sehalus-halusnya. Pilihan ternyata terletak di tangan rakyat. Jangan musnahkan masa depan Negara di tangan demokrat palsu, rasis dan kepala rasuah. Renung-renungkan. dollah yankee - Limau purut 3 serangkai,buta perut tak ada akai |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan