pemuda cheh |
Obama kekal sebagai Presiden Amerika Posted: 06 Nov 2012 09:39 PM PST WASHINGTON: Barack Obama kekal sebagai Presiden Amerika untuk empat tahun lagi apabila menang dalam pertembungannya dengan Mitt Romney dari Republikan selepas kempen berjalan dengan sengit. Dengan kemenangan tipis Obama di Ohio, Wisconsin, Iowa, Pennsylvania dan New Hampshire, media meramalkan, usaha Romney memintas Obama kembali sudah berakhir. Kira-kira 120 juta rakyat Amerika dijangka membuang undi dalam pertembungan kali ini yang dibuat ketika ekonomi Amerika sedang sakit. Klik di sini untuk mendapatkan laporan terkini keputusan pilihan raya Amerika kali ini. | ||
Posted: 06 Nov 2012 07:17 PM PST Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, beliau bersedia ditentang oleh mana-mana pemimpin Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Menurutnya, sebagai sebuah negara demokrasi beliau tidak ada masalah untuk berhadapan dengan sesiapa pun yang mahu mencabarnya. "Tak dok apo (tak ada apa), negara ini demokrasi. Bagi duit ambil, bagi lembu sembelih, bagi kain pakai, tapi kalau mengundi, pakoh (pangkah) Pas," katanya kepada Sinar Harian selepas menerima sumbangan dari Dakwah Halaqat Negeri Kelantan di JKR 10 di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Kelantan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff yang menyatakan kesanggupan untuk menentang Mursyidul Am Pas itu pada PRU13 walau di kerusi Parlimen sekalipun. Kelmarin, Nik Sapeia dalam kenyataannya berkata, beliau terpanggil menyuarakan kesanggupan menentang Nik Abdul Aziz selepas pemimpin itu menyokong hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ini bertanding di Parlimen Pekan menentang Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak pada PRU13. Menurutnya, jika Nik Abdul Aziz boleh menyokong hasrat Abdul Hadi menentang pemimpin nombor satu negara, bermakna pemimpin itu juga mungkin bersedia untuk ditentang olehnya. Terdahulu Nik Abdul Aziz menerima sumbangan berjumlah RM30,607 daripada Unit Dakwah Halaqat Negeri Kelantan bagi membantu menampung Pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu- Kuala Krai sepanjang 73 kilometer. Sementara itu, Ketua Pengelola Dakwah Halaqat Negeri, Abdullah Ab Razak berkata, pihaknya mengambil masa hampir sebulan untuk mengumpulkan jumlah itu yang diperoleh daripada ahli dan rakyat negeri ini. "Sumbangan yang diserahkan hari ini (semalam) adalah yang pertama, ia dikumpulkan sewaktu menjalankan aktiviti seperti kelas-kelas mengajar dan sebagainya," katanya. Seramai 16 pengelola Dakwah Halaqat Negeri Kelantan hadir pada majlis ringkas yang turut memberi peluang kepada mereka berdialog dengan Menteri Besar itu. |
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan