Selasa, 20 November 2012

pemuda cheh

pemuda cheh


Arab baru tahu mereka adalah Singa !

Posted: 20 Nov 2012 08:37 AM PST



Suatu yang agak memeranjatkan apabila dalam masa kurang empat bulan, Gaza dikunjungi oleh pembesar Arab. Bermula dari Kerabat diraja Qatar, kemudian Perdana Menteri Mesir dan di saat Gaza diasak oleh Zionis, Perdana Menteri Tunisia menjejak kaki ke Gaza.



Semasa Gaza di serang habis-habisan pada Disember 2006 yang lalu, tiada siapapun dari Dunia Arab berani ke Gaza. Sekadar kutuk dari jauh sahaja.

Benarlah apa yang diperkatakan oleh Presiden Mesir Muhammad Morsi, Mesir hari ini berbeza dengan Mesir semalam(era Mubarak) dan Arab hari ini berbeza dengan Arab semalam (sebelum Arab Spring).

Dan inilah yang kurang difahami oleh Regim Zionis.

Mengapa dalam kekalutan krisis di Syria, tiba-tiba Israel menyerang Gaza? Tujuannya untuk mengalih perhatian Dunia Arab terhadap krisis Syria kepada isu Gaza. Israel memandang apa yang berlaku di Syria sesuatu yang amat memberi masalah keselamatan jika sekiranya Regim Bashar jatuh.

Hakikatnya, walaupun zahirnya seolah-olah Syria "bergaduh" dengan Israel tetapi hakikatnya kekalnya Regim Bashar bermakna keselamatan Israel terjamin. Lihatlah bagaimana "erat dan mesra"nya Syria menyerahkan Bukit Golan kepada Israel.

Regim Zionis amat bimbang apa yang berlaku pada Mesir. Peralihan kuasa dari Hosni Mubarak kepada Dr Morsi seorang anggota Ikhwanul Muslimin bakal mengancam keselamatan Israel.

Ini kerana antara negara-negara Arab, Mesirlah paling banyak berperang dengan Israel. Dan Israel mengalami pukulan teruk dalam Perang Ramadhan (Oktober)1973 dimana, 2,656 askar terbunuh, 7,250 askar tercedera, 1,000 menjadi gila, 400 kereta kebal termusnah dan 102 kapal terbang ditembak jatuh.

Hingga sekarang, rekod itu belum lagi dipecahkan oleh mana-mana negara Arab.

Dan dalam keadaan Mesir dipimpin oleh Dr Morsi, Turki di bawah Reccep Erdogan, Tunisia dibawah pemerintahan Parti An Nadhah serta kebangkitan rakyat Arab di benua Arab tentunya Israel berada dalam keadaan tersepit dan dihimpit oleh Mesir di selatan dan Turki di utara.

Jika Regim Bashar jatuh menambahkan lagi kebimbangan Israel. Jika Israel membina Tembok untuk mengepung Palestin, kini tiba giliran Israel pula dikepung oleh Mesir, Turki dan Syria bakal menyusul. InsyaAllah.

Sesungguhnya ucapan Dr Morsi, Reccep Erdogan untuk membela Gaza dan Palestin bakal diterjemahkan secara praktikal bukan lagi sekadar slogan dan ucapan berapi-api.

Israel kena sedar, Mesir bukan lagi dibawah Mubarak, Turki bukan lagi di bawah junta tentera dan Gaddafi yang "pandai bermain kata-kata" sudah tiada.

Umat Arab kini sudah sedar merekalah seekor Singa dan Zionislah seekor kambing biri-biri!

Siapakah Manusia Yang Paling Genius Di Dunia?

Posted: 19 Nov 2012 07:46 PM PST

 kali ini kita akan bercerita tentang 5 orang manusia yang diiktiraf antara paling genius di dunia. Kemahiran mereka adalah mengikut kepakaran masing-masing dan semestinya ia lebih kepada bidang pekerjaan yang dianggap profesion bekerjaya. Jom kita lihat siapakah manusia yang paling genius itu.
5. Marco Calasan
Jurutera genius yang berasal daripada Macedonia ini merupakan seorang jurutera Miscrosoft paling termuda dunia. Beliau yang baru berusia 10 tahun ini telah dianugerahkan 4 sijil daripada Microsoft dan telah menulis sebuah buku di Microsoft Windows 7.
4. Terence Tao
Memperoleh Masters ketika berumur 17 tahun, mendapat gelaran doktor pada 20 tahun, serta menjadi Profesor of Mathematics sewaktu berumur 24 tahun.
3. Alia Sabur
Guinness World Record telah mengiktiraf beliau sebagai profesor termuda di dunia.
2. March Boedihardjo
Mendapat tajaan untuk sambung PhD di Oxford University ketika berumur 14 tahun ,sekaligus menjadikan beliau sebagai pelajar paling muda di universiti tersebut.
1. Ainan Cawley
Gelaran manusia paling genius di dunia diberikan kepada budak cilik ini. Ainan dilahirkan pada 23 November 1999. Ketika berumur 7 tahun, beliau berjaya menguasai dalam bidang Kimia dan Fizik. Sekarang, beliau meneruskan pelajarannya di University of Help di Malaysia pada umur 10 tahun.

Tiada ulasan: