Anak Sungai Derhaka |
- Hong Kong sedia buka semula kes RM40Juta.. panas punggunglah pemimpin UMNO..
- Azhar Sulaiman mengaku Murtad untuk sindir TG Nik Aziz??.. bodohnya artis UMNO nie!!
- Tak tahu baca Jawi tapi nak fitnah PAS.. hasilnya Pencacai UMNO malukan diri sendiri
Hong Kong sedia buka semula kes RM40Juta.. panas punggunglah pemimpin UMNO.. Posted: 20 Nov 2012 08:03 AM PST Ketua pendakwaraya awam Hong Kong hari ini menyatakan kesediaan beliau untuk membuka semula kes kontroversi yang melibatkan RM40 juta yang didakwa oleh Kerajaan Malaysia sebagai "derma politik" kepada UMNO Sabah. Kevin Zervos, Pengarah Pendakwaan Awam Hong Kong, menyatakan pihaknya memerlukan bukti yang baru untuk mengkaji semula kes itu. Beliau berkata pejabat beliau dan Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) mengalu-alukan maklumat daripada sesiapa sahaja. "Berhubung dengan kes ini, ia adalah lebih perkara bidang kuasa," katanya. "Bahan yang diperolehi dari Malaysia adalah bahawa ia adalah derma politik. Jika apa-apa datang sekarang untuk menunjukkan bahawa ini bukan kes itu, perkara itu pasti akan melihat ke dalam. " Mana-mana maklumat atau keterangan tambahan perlu dibawa kepada perhatian ICAC, katanya. Beliau enggan mengulas apabila ditanya sama ada dia bermakna bahawa pihak Malaysia tidak bekerjasama dalam siasatan. Here are the report... Hong Kong's chief public prosecutor today expressed his willingness to re-open the case involving the controversial RM40 million that the Malaysian government claims was a "political donation" to Sabah Umno. Sama-samalah kita nantikan untuk menyaksikan berapa ramai pemimpin UMNO yang akan panas punggung kali ini... |
Azhar Sulaiman mengaku Murtad untuk sindir TG Nik Aziz??.. bodohnya artis UMNO nie!! Posted: 20 Nov 2012 12:42 AM PST Akibat terpedaya dengan fitnah Lidah Rasmi UMNO iaitu Utusan terhadap TG Nik Aziz yang melaporkan TG Nik Aziz mendakwa UMNO adalah sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekeh Islam dalam dasar parti itu, seorang artis yang juga ahli UMNO telah membuat lawak bodoh. Artis tersebut Azhar Sulaiman telah mengaku murtad dalam laman FB miliknya dengan menulis.. "Assalamualaikum Ustaz.. Saya ni sebenarnya sudah murtad sebab saya ahli UMNO dan penyokong Kerajaan Barisan Nasional.. jadi macam mana untuk saya pulang semula kepangkuan Islam.. Harap bantu.. Tq..". Pengakuan tersebut dilihat untuk menyindir Tuan Guru Nik Aziz yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia kononnya telah menuduh Umno murtad. Namun Tuan Guru Nik Aziz telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar milik Umno itu kerana memfitnah beliau - sila baca di ( SINI ) |
Tak tahu baca Jawi tapi nak fitnah PAS.. hasilnya Pencacai UMNO malukan diri sendiri Posted: 19 Nov 2012 08:19 PM PST Berbekalkan sebuah button yang punya tulisan jawi, seorang lelaki yang dipercayai pencacai UMNO cuba memperlekehkan Perwakilan PAS pada Muktamar yang ke 58 lalu.. Menurutnya sesiapa sahaja boleh menjadi Perwakilan PAS pada Muktamar yang lalu ini dengan membeli 'Button' yang berharga RM5 ke RM10 dan dengan pembelian tersebut anda bebas berada dalam dewan seperti Perwakilan yang sah. Oleh itu menurutnya lagi Ahli PAS sepatutnya merasa malu kerana untuk menjadi perwakilan ke Muktamar itu ianya boleh dibeli. Sebenarnya jika pencacai UMNO itu tahu membaca tulisan jawi, beliau pasti tidak akan mengeluarkan kenyataan yang menyerlahkan akan sifat 'Buta Jawi' yang ada pada dirinya. Apa yang tertulis pada 'Button' tersebut adalah perkataan 'PEMERHATI' bukannya 'PERWAKILAN'.. itulah.. tak tahu bacapun masih nak menyebar fitnah.. kan dah malu diri sendiri.. Inilah Melayu kebanggaan Tun Mahathir… Melayu yang BUTA JAWI..yang dihasilkan dari pemansuhan tulisan jawi olehnya... ~ Sumber Info : PASPB |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan