Jumaat, 2 November 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Gelaran "Datuk" Pengarah SPRM Pahang Di Tangguhkan, "Tindakan Di Pertikai" Kerana Rakyat Sendiri Persoalkan Kreadibiliti Beliau Sebenarnya !

Posted: 01 Nov 2012 05:17 PM PDT

KUANTAN, 2 Nov - Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  mempertikaikan anugerah darjah kebesaran yang membawa gelaran "Datuk" kepada Pengarah SPRM Pahang, Moh Samsuddin (foto). Tindakan itu dibuat oleh SPRM kerana beliau  sudah dua kali dikenakan tindakan kerana dakwaan salahlaku dan kini menghadapi siasatan ketiga.  Beliau dijadual menerima anugerah "Darjah Indera Mahkota Pahang" yang membawa gelaran "Datuk" sempena Ulangtahun ke-82, Hari Keputeraan Sultan Pahang. Namun persoalan yang dipertikaikan SPRM ialah kenapa beliau boleh terlepas proses saringan yang dibuat ke atas mereka yang dicalonkan untuk menerima anugerah darjah kebesaran itu. Laporan daripada portal berita Malaysiakini menyebut "portal berita ini telah dimaklumkan lewat semalam bahawa anugerah tersebut telah "ditangguhkan". Menurut sumber tersebut, SPRM ditugaskan untuk menyaring semua mereka yang dicalonkan menerima darjah kebesaran di peringkat negeri dan persekutuan bagi memastikan mereka tidak terlibat - atau disyaki - melakukan salahlaku termasuk rasuah dan kegiatan jenayah.. Pada akhir tahun 1990-an, sebagai contohnya   Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebelum ia dikenali sebagai SPRM sekarang - telah mengenal pasti dua individu yang sedang disiasat berhubung kes rasuah, semasa raptai majlis istiadat pengurniaan darjah kebesaran di Melaka. Jadi bagaimana nama Moh Samsudin boleh terlepas saringan tersebut sedangkan namanya terdapat dalam senarai yang disiarkan dalam akhbar pada 24 Oktober dan sekali lagi pada Sabtu lepas?" kata kenyataan portal itu semalam. Apa yang dilaporkan ini tidak mengejutkan PDO sebenarnya. Tambahan pula sebelum ini kami mendapat banyak laporan tentang beberapa tindakan Pengarah SPRM Pahang yang dilihat amat memalukan serta mendapat kritikan daripada kakitangan di jabatan beliau sendiri. Apakah pegawai seperti ini layak diberi anugerah?


Malah pada satu artikel bertarik 24 November tahun lalu (foto), kami juga pernh menggesa Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob menjalankan siasatan terperinci terhadap satu laporan yang kini telah tersebar berkenaan salah guna kuasa yang melibatkan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Moh Samsuddin dan Timbalannya Ramli Hassan berhubung dengan dakwaan meminta sumbangan sebanyak RM60,000 (Enam Puluh Ribu) daripada Pejabat Menteri Besar Pahang itu sendiri pada Jun lalu. Peruntukkan terbabit khabarnya telah disalurkan ke akaun bank Kelab Sukan SPRM Pahang menerusi Bank Islam bertarikh 9 Jun 2o11. Dipercayaai semua Pegawai Kanan, Pegawai dan Kakitangan SPRM membantah perkara itu. Namun, ia tidak diendahkan oleh kedua-dua pemimpin terbabit. Difahamkan juga wang tersebut telah digunakan untuk membiayai program SPRM Pahang dan SUK Pahang yang dirancang di Taman Negara Jerantut ketika itu. Namun begitu kami tidak pasti apakah MB Pahang mengambil tindakan atas perkara ini?. Bukankah menerima hadiah terutamanya berbentuk kewangan itu juga dikira rasuah jika ia dilakukan oleh jabatan kerajaan yang lain. Namun, kenapa jika SPRM melakukannya dianggap "halal" pula. Apakah ini namanya ketelusan dan integriti yang hendak diperjuangkan?.


[Imej kerajaaan sebenarnya boleh tercemar apabila ada pegawai yang bercakap tidak serupa bikin seperti ini. Dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian Pahang pada 16 Oktober 2012 lalu beliau dengan bangganya menyatakan sebarang perlakuan dan aktiviti rasuah yang berlaku wajib dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya ada maklumat. Kegagalan individu yang mempunyai maklumat berhubung salah laku tersebut melaporkan kepada pihak berkuasa adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan termasuk didenda dengan jumlah yang tinggi. Malah katanya, kesedaran awam berhubung tanggung jawab itu semakin meningkat apabila banyak aduan diterima khususnya daripada penjawat awam di sini berhubung perbuatan rasuah oleh segelintir individu yang berkepentingan. Menurutnya, setiap maklumat yang diterima akan memudahkan pihaknya menjalankan siasatan dan mengambil tindakan kepada perasuah. Namun, hakikatnya rakyat Pahang malah kakitangan di jabatan beliau sendiri kini mempersoalkan kreadibiliti beliau sebagai Pengarah SPRM itu sendiri sebenarnya. Malah, terdapat juga dakwaan panas mengatakan beliau rela menutup banyak kes yang melibatkan pemimpin tertentu di Pahang dengan syarat mesti "win win" dalam hal-hal tertentu. Kini hebih diperkatakan ada ahli keluarga beliau yang mendapat projek lumayan di Pahang kerana usaha beliau menutup kes pemimpin tertentu. PDO akan menyiasat dan membongkarkan isu ini melalui kerjasama dengan pihak Pejabat Tanah Dan Galian Pahang (PTG). Semoga pendedahan ini akan menyedarkan kepada rakyat bahawa pentadbiran yang korupsi bermula dengan sebuah kerajaan yang amalkan perkara yang sama. Maka itu, rakyat Pahang amat menyokong tindakan menangguh anugerah "Datuk" yang sepatutnya diberikan kepada beliau itu. Demi membersihkan nama istana maka ia wajar dilakukan. Maka , Ubah sebelum Parah ! Jangan biarkan rakyat terus ditipu oleh mereka].

Tiada ulasan: