OTAI MANJUNG |
Posted: 01 Nov 2012 08:42 PM PDT Penulistamu OM : Norman KAWAN TETAP KAWAN Walaupun Sabah hanyalah 2 jam 15 minit perjalanannya dari Kuala Lumpur tetapi masih ada yg belum tiba di Sabah ini. Sudah ketentuan Allah saya cari makan di sini, bunyi jauh tetapi masa perjalanan ia l ebih cepat daripada perjalanan Kuala Lumpur ke Manjung Perak. Di Sabah kawan tidak ramai. Dlm masa yg sama musuh pun kurang...Insyallah. Tapi dlm kejauhan ini saya tidak putus2 menerima kunjungan sahabat handai dari Kuala Lumpur. Tak kira kawan sekampung, kawan sekerja, kawan atas kawan dan sebagainya. Selain itu ada juga rakan2 artis yg masih sanggup mengunjungi saya walaupun sudah 7 tahun saya sudah melupai dunia glamor ini. Apapun bagi saya kawan tetap kawan dan begitulah juga prinsip mereka.Terima kasih hubungan sillaturahim tidak terputus. Antara mereka pernah bertemu saya di Sabah ini seperti Edrie Hashim, Man Keedal, Ella, Rahmat Mega, Sham Kamikaze, Hattan, Isma Halil, Joe Wings, Bob Lokman, Iwan (Dangdut), Awie dan beberapa nama lagi. Jika anda perasaan mereka semua itu rata2nya di dlm gerne rock. Memang rockers berkawan bukan kerana nak glamor atau nak gambar sering keluar di akhbar atau majalah tetapi kerana sebuah ikatan persahabatan.Sebenarnya ramai yg tahu rata2 'rockers' mereka tak suka gossip.Mereka ikhlas dgn seni mereka. Kita tidak mengharap utk mereka kenang kita sebab tiada apa pun sebab musabab kita nak menempek (tumpang glamor) mereka. Jika hendak menempek, setiap kali ke Kuala Lumpur saya boleh hubungi mereka. Sebab itu saya katakan kpd seorang rakan dan juga bekas wartawan saya, kebanyakan artis nak 'glamor' ini hipokrit sahaja berbaik dgn kamu, bila dah tak ada kepentingan...kadang2 terserempak pun dia buat tak tahu. So saya kata jgn terkejut dan kecewa...:) Baiklah saya nak kongsi bersama apa yg saya bualkan bersama Awie yg saya kenali lebih 15 tahun dulu. Apapun pandangan masyarakat kpdnya, saya angap dia kawan yg tidak lupa kawan. Malah dia tidak memilih kawan. Dah 4 kali dia jumpa saya di Sabah samada urusan kerja atau urusan peribadi dan bercuti. Pelbagai perkara saya sempat berbual dgnnya kali sewaktu Awie menumpang kereta saya ke satu destinasi. Adalah yg boleh dikongsi bersama dan ada yg saya pun tak tahu dan saya kongsikan yg saya rasa boleh. Sewaktu dlm kerja dulu ada juga soalan yg saya tidak pernah bertanya dgnnya. Saya tanya Awie. Beratus lagu Wings, lagu apa yg dia paling suka nyanyikan. Kata Awie dia paling suka nyanyikan lagu 'Mabuk 7 Lautan'. Kedua dia suka lagu 'Gema Indera Loka'. Saya katakan kalau lagu jenis2 begitu, saya suka lagu 'Gemala Saktiku'. Tapi kalau lagu 'tangkap cintan'...'Biarkan Berlalu'. Awie juga tidak segan memberitahu, sebelum bergelar artis, dia pernah bekerja utk mengangkat barang alatan 'sound systerm' sewaktu konsert Search. Malah pernah juga utk konsert 'Battle Of The Band'. Tapi dia terkejut dlm tempoh 3 tahun selepas itu, Wings menjadi band nombor satu. Mana2 tapak Pesta atau Ekspo, Wings akn dijemput sebanyak 2 kali. "Yg paling ramai seingat aku Man, Pesta Laut Lumut di Teluk Batik. Kawan aku kena traffic jam nak masuk ke Teluk Batik 2 jam baru sampai. Aku rasa masa tu penonton hampir 40 ribu. Masa dulu paling kurang org menonton Wings 10 ribu org.Yg best artis dan penonton sama hebat bergaya dgn jaket sekali,"cerita Awie. Antara sedikit moralnya, kita berkawanlah dgn sesiapa pun. Jgn kita pilih kawan. Kalau kita dah berubah, jgn pandang org lain sebelah mata. Kpd mereka yg agak sudah berada sikit, jgn tinggalkan kawan yg susah. Dunia ini bulat, hari ini kita lihat kawan kita seperti papa kedana, tapi esok lusa dia menjadi kaya raya. Sudah byk yg berlaku. Begitulah jika kamu kini sudah memakai kopiah setiap masa, ingat jgn hina mereka yg masih belum diberikan hidayah. Jgn tinggalkan kawan, bak kata org2 alim...dekatilah kawan2 (org2 beriman)semoga kita dpt atau sentiasa menerima nasihat yg baik2 darinya. Tapi jgn jauhi mereka yg jahil, kerana jika sekali mereka berubah, mungkin amalan mereka akn jauh lebih hebat dari kita.Kawan tetap kawan.... |
You are subscribed to email updates from Otai Manjung To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan