Ahad, 18 November 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Jet F16 Israel ditembak jatuh di Gaza

Posted: 17 Nov 2012 02:56 PM PST


(Gambar yang dikatakan jet F16 Israel yang ditembak jatuh)


GAZA: Pejuang Palestin di Gaza berjaya menembak jatuh sebuah jet F16 Israel yang terbang di ruang udara Gaza, lapor Presstv.ir.

Kapal perang Israel itu ditembak jatuh serentak dengan serangan roket dari Gaza yang mengenai sasaran Israel di kawasan penempatan Gush Etzion di al-Quds (Jerusalem).

Tembakan roket itu mencederakan beberapa orang Israel.

Roket dan peluru berpandu Palestine juga jatuh di lain-lain kawasan dalam negara Israel termasuk Tel Aviv, Eshkol, Ashdod, Ashkelon dan Be'er Sheva.

Selama ini, dunia menganggap negara Israel kebal dari serangan kerana kehebatan sistem pertahanannya.

Serangan ini dibuat ekoran serangan maut yang dibuat Israel ke atas Gaza yang membunuh panglima tentera Brigade Ezaddin Al Kassam, cabang tentera di bawah Hamas, Al Jabari.

Peluang paling cerah tawan Putrajaya – DS Anwar, TG Nik Aziz

Posted: 17 Nov 2012 02:47 PM PST

KOTA BAHRU : Belum pernah jalan perjuangan untuk menawan Putrajaya secerah sekarang, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memetik kata-kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Saya masih ingat perbincangan dengan Tok Guru Nik Aziz. Kata beliau, setelah begitu lama dalam perjuangan, belum pernah nampak jalan menawan Putrajaya secerah ini, Insya-Allah. Ini doa, mudah-mudahan berhasil.


"Maka, dengan itu saya ulang. Sama ada pilihan raya Disember ini atau awal tahun depan, insya-Allah kita tawan Putrajaya," katanya disambut sorakan semangat.

Berucap depan kira-kira 40,000 orang pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, Kelantan semalam, Anwar berkata, Pakatan mahu membawa negara ke arah lebih baik, bukan sekadar menggantikan Umno BN.

"Tapi orang tanya untuk apa? Sekadar ganti ketua menteri, perdana menteri, ganti parti memerintah? Untuk anjakan kepada sistem nilai, fahaman etika dan tatakelola kerajaan," katanya.

Beliau kesal kerajaan pemimpin Umno BN tiada keberanian berhadapan 'tauke-tauke' besar menyebabkan kekayaan negara berlegar di kalangan individu tertentu sahaja.

Turut berucap ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pemimpin Kanan DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS merangkap Pengarah Program, Mohamad Sabu.

Ia ialah program kedua selepas siri Himpunan Kebangkitan Rakyat dilancarkan di Taman Seremban Jaya Negeri Sembilan 2 November lalu.

Program bermula jam 5 petang dengan acara Ekspresi Anak Muda yang diwarnai persembahan kebudayaan dan ucapan pimpinan muda Pakatan.

Konvoi motosikal dari NGO R untuk Royalti yang bergerak dari beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) tiba jam 4.15 petang.

Antara persembahan menarik perhatian hadirin di luar stadium ialah tarian Sewang dari orang Asal Kuala Betis dan gendang Siam dari penduduk Tumpat.

Artis, Abby Abadi pula penceritakan pengalamannya bersama PAS dan Pakatan Rakyat. Sham Kamikaze pula menunjukkan kemahiran memetik gitar dengan memainkan dua lagu.

Tiba senja, hadirin kian ramai dan mula memasuki stadium untuk solat Maghrib, solat Hajat dan Isyak berjemaah, sebelum mengambil tempat di tengah padang atau di tempat duduk stadium.

Acara malam dimulai ucapan wakil badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Himpunan Hijau, Bersih 2.0, R untuk Royalti dan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Ia diikuti pidato pimpinan tertinggi Pakatan dimulai Pemimpin Kanan DAP, Lim Kit Siang; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hadirin mengibar bendera kuning, hijau, oren dan merah pada satu-satu masa turut mewarnai lagi program malam tadi.

Tetamu dari Makah, Syeikh Dr Tahir al-Jaelani turut memberi ucapan dan diterjemah Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub manakala wakil Syria meminta rakyat mendoakan pejuang di negera mereka.

Beberapa KEAJAIBAN peperangan di Gaza

Posted: 17 Nov 2012 02:39 PM PST

Allahuakhbar! Keajaiban di Peperangan Gaza

Ini kisah benar yang diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.
Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza :

Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!
Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???
Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.
Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!
Peristiwa 5
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !
Peristiwa 6
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!". MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?
Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.

Allahu Akbar!!!

p/s : Teruskan berdoa untuk mereka.- FB

"The worst of Pakatan Rakyat is a lot better than the best of Barisan Nasional"

Posted: 17 Nov 2012 02:31 PM PST


Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk ke Putrajaya

Muktamar PAS kali yang ke-58 memberangsangkan Rakyat. Muktamar kali ini merupakan muktamar yang terakhir sebelum PRU di adakan jika pilihanraya benar-benar akan di adakan. Muktamar di Putik Kelantan ini amat memberikan semangat kepada pihak yang inginkan perubahan kerana tanda-tandanya semakin hari semakin jelas tentang kejayaannya.

Semasa menyampaikan ucapan dasarnya, Tok Guru Hj Hadi Awang (TGHA) telah menyentuh isu-isu politik secara menyeluruh dan mampan serta sangat penting untuk di ikuti dan di tarbiyah secara menyeluruh oleh sesiapa yang berminat tentang perkembangan dan kemajuan PAS sebagai satu dari tiga komponen penting dalam Pakatan Rakyat.

Yang menariknya ucapan itu juga telah menyentuh tentang apa yang bakal dihadapi oleh PAS dan PR semasa menghadapi PRU itu nanti. TGHA telah meminta semua ahli-ahli dan penyokong serta unit amal parti supaya menjalankan tugas dengan bijaksana dan tekun untuk menghadapi ombak pertahanan BN khususnya UMNO iaitu pencurahan wang yang berbilion ringgit. Wang merupakan senjata yang terakhir untuk BN kerana untuk mendapatkan sokongan dan dukungan rakyat secara sukarela dengan perjuangan sudah tidak wujud lagi di dalam UMNO dan BN.

UMNO akan menggunakan wang yang banyak untuk membeli undi dan ia akan memakan jumlah yang besar dan wang itu tentulah datangnya dari sumber rasuah. Wang rakyat sendiri yang telah di curi secara sistematik oleh pimpinan UMNO. UMNO sudah tidak ada sokongan, maka parti itu terpaksa membeli perasaan dan jiwa orang Melayu khususnya. Wang jugalah yang akan digunakan untuk menyatukan ahli-ahlinya semasa PRU itu nanti kerana UMNO akan mula berpecah diperingkat bawahan sejurus calon-calon mereka diumumkan.

TGHA juga menyentuh tentang pentingnya PAS bersedia dengan media massa alternatif yang efektif seperti Harakah dan Harakah on line. Untuk menafikan fitnah dan cemuhan yang akan dilakukan oleh UMNO khususnya oleh Utusan serta kumpulan New Straits Times yang berpihak kepada parti kerajaan secara tidak beretika selama ini.

Presiden PAS itu juga telah menelah yang UMNO akan memainkan isu perkauman dengan hebat sekali kerana UMNO kini sudah begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. UMNO sedar yang rakan kongsinya MCA tidak lagi dihormati oleh bangsanya sendiri yang kini sedang memberikan sokongan yang padu kepada PR.

TGHA juga telah memperbaharui azam PAS untuk bersama-sama PR untuk menjayakan cita-cita pembaharuan untuk negara ini. UMNO dan BN akan berterusan untuk memisahkan di antara parti-parti yang ada di dalam Pakatan Rakyat kerana itu sahajalah yang tinggal harapan BN untuk terus mendapatkan mandat bagi menyambung kuasa yang tinggal hanya beberapa bulan sahaja lagi ini.

UMNO tidak akan ada sempadan dalam tindakan mereka mempertahankan kedudukan mereka. Ia akan melampaui batas undang-undang serta etika berpolitik secocok dengan sebuah negara yang mengaku sebagai negara demokrasi.

UMNO akan sanggup untuk menjadikan negara ini kucar kacir asalkan mereka dapat mempertahankan kuasa mereka. Sebutkan apa sahaja, mereka akan lakukan. UMNO tidak dapat menyerapi unsur demokrasi di dalam pemikiran mereka. Bagi mereka demokrasi itu adalah kemenangan untuk mereka sahaja. Jika mereka kalah dan tidak mendapat mandat itu bukanlah demokrasi bagi mereka.

Tidak ada ruang di dalam artikel ini untuk memberikan ulasan secara 'detail' terhadap ucapan yang mantap TGHA ini tetapi cukup bagi saya memberikan gambaran yang ucapan telah menyentuh bidang ekonomi sebagai sebuah negara berkebajikan yang menjadi tuntutan agama itu. TGHA juga telah menyentuh tentang isu sosial yang mendesak untuk di selesaikan serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita.

TGHA telah berkata dengan terang dan jelas yang PAS sudah bersiap sedia untuk menuju ke Putrajaya bersama-sama rakan dalam Pakatan Rakyat dan tidak mempunyai masalah untuk membuktikan kepada rakyat yang PR mampu untuk membuktikan kelainan dalam pentadbiran baru negara nanti.

Di dalam muktamar ini juga PAS telah menerima permohonan dari seorang bekas pegawai tinggi kerajaan iaitu Tuan Haji Nahwari Hashim sebagai ahli PAS dan ini merupakan lanjutan kepada tindakan ramai bekas pegawai kerajaan yang menyertai PAS sebelum ini PAS nampaknya semakin jelas merupakan parti pilihan bagi orang Melayu seperti juga parti-parti lain dalam Pakatan dan ini adalah pemangkin kepada PAS untuk menjadi parti yang mendapat sokongan setiap lapisan rakyat yang berbilang kaum ini.

Sempena muktamar ini juga telah di adakan Himpunan Rakyat yang sangat besar kehadirannya di stadium Sultan Mohamad ke-empat. Seramai 30,000 ribu rakyat jelata telah membanjiri stadium itu untuk menunjukkan kepada ramai yang rakyat benar-benar serius untuk melakukan perubahan kali ini. Mereka ini datang tanpa dibayar dan diberi makan karipap dan sebagainya, jauh sekali untuk diberikan baju T atau topi dan perkara-perkara yang lain seperti yang terpaksa di adakan oleh UMNO jika hendak membuat perhimpunan mereka. Satu-satu perhimpunan yang hendak dilakukan oleh UMNO akan memaksa parti itu berbelanja berjuta-juta ringgit untuk menjayakannya.

PAS yang di fahamkan akan bertanding di 70 kawasan parlimen akan memenangi jauh lebih banyak kerusi dari yang mereka dapati semasa PRU 2008 dahulu. PAS tidak syak lagi akan menjadi parti yang dominan dalam pentadbiran baru nanti dan saya secara peribadi tertunggu-tunggu 'ambience' politik yang baru itu.

PR akan membuktikan yang mereka lebih baik dari pentadbiran BN. Seperti biasa dalam politik penilaiannya adalah secara relatif. Tetapi PR pasti merupakan 'coalition' yang lebih baik dari BN.

Seperti yang saya sebutkan selalu, 'the worst of Pakatan Rakyat is a lot better than the best of Barisan Nasional'.

Yang 'perfect' hanya ada kepada Maha Pencipta, Allah SWT sahaja. 
-Aspan Alias

Tiada ulasan: