MiLo SuaM |
- Lori kempen Barisan Nasional tiru Pakatan Rakyat
- DAP kecam serangan Israel ke atas Gaza, Najib buat bodoh
- Risalah burukkan Nurul Izzah disebarkan di masjid-masjid
- Samseng upahan bersenjatakan parang ditahan dalam ceramah Merdeka Rakyat
Lori kempen Barisan Nasional tiru Pakatan Rakyat Posted: 16 Nov 2012 11:42 PM PST JIKA benar gambar ini, nampak sangat Barisan Nasional hanya dipenuhi dengan pimpinan yang berotak kosong. Tiada idea, hanya pandai cakap bergegar-gegar, tapi tak mampu menghasilkan idea yang baik. Mana tidaknya, sampaikan strategi kempen untuk pilihanraya pun mereka terpaksa meniru daripada Pakatan Rakyat. Lihat gambar di bawah, Pakatan Rakyat khususnya Anwar Ibrahim guna lori, treler dan bas untuk kempen pilihanraya melalui program Jelajah Merdeka Rakyat mereka pun nak juga. Mereka gunakan lori aiskrim sebagai pentas ceramah kah kah kah... Ini menunjukkan pimpinan Pakatan Rakyat maju ke hadapan, energetik dan fresh. Memiliki idea-idea yang bernas untuk membangunkan negara. Sedangkan pimpinan BN hanya pandai bercakap dan meniru idea orang lain. Tidak hairanlah bila idea-idea bernas seperti mansuhkan tol, pendidikan percuma, turunkan harga kereta dan lain-lain diusulkan kepada pemimpin Barisan Nasional, maka jawapan yang biasa kita dengar adalah "Negara akan bangkrap" ReJaM© "Pemimpin tak ada idea sebenarnya yang akan bangkrapkan negara... " Sumber gambar: Batuvskayu |
DAP kecam serangan Israel ke atas Gaza, Najib buat bodoh Posted: 16 Nov 2012 11:18 PM PST DAP mengecam serangan Israel ke atas Gaza dan menggesa Wisma Putra menyampaikan bantahan diplomatik selain menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Amerika Syarikat membantu menghentikan keganasan dengan segera. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, ramai lagi insan tidak bersalah akan terkorban jika keganasan ini berterusan. "DAP mengecam penggunaan taktik keganasan, khususnya oleh negara Israel yang mempunyai kelebihan ketenteraan yang jauh lebih dasyat," katanya dalam satu kenyataan seperti dilaporkan oleh Sinar Harian. Dato Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan ringkasnya di twitter semalam turut mengutuk tindakan Israel menyerang Palestin semalam rujuk sini [Anwar kutuk Israel]. DAP yang dilabelkan sebagai anti-Islam oleh United Malays National Organization, Umno pun hari ini sudah mengeluarkan kenyataan terbuka mengecam Israel. Namun sehingga kini Najib Razak sebagai Perdana Menteri nampaknya tidak sensitif langsung dengan penderitaan saudara Islam kita di Palestin. Sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan atau kecaman terhadap Israel di laman twitter beliau. ReJaM© "Yahudi APCO tak bagi kutuk Israel ke Najib? " |
Risalah burukkan Nurul Izzah disebarkan di masjid-masjid Posted: 16 Nov 2012 07:37 PM PST NAMPAKNYA Nurul Izzah kini terus menjadi sasaran gerombolan United Malays No Otak, Umno. Seperti yang kita sedia maklum, apa sahaja isu yang mempunyai unsur 3R (Race, Religion, dan Royal) akan digunakan sehabis mungkin untuk menaikkan kemarahan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat. Isu yang mempunyai elemen bangsa, agama dan raja akan diputar siang malam pagi petang di media-media arus perdana untuk menaikkan kemarahan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat. Sepotong ayat daripada Nurul Izzah diputar belit pagi petang siang dan malam. Mereka mahu orang Melayu percaya Nurul Izzah yang juga merupakan salah seorang pimpinan utama Pakatan Rakyat menyokong murtad. Terbaru, risalah kononnya Nurul Izzah menyokong murtad diedarkan di masjid-masjid. Ini zaman teknologi maklumat, ini zaman maklumat pantas di hujung jari. Rakyat tidak mudah diperbodohkan dengan sentimen agama seperti ini. Cuba anda lihat kenyataan Presiden Umno, Abdullah Badawi yang disiarkan oleh portal berita Channelnewsasia di bawah ini yang terang-terangan membenarkan umat Islam murtad. Abdullah Badawi mengesahkan bahawa umat Islam boleh meninggalkan Islam namun mesti membawakan perkara itu kepada pihak berkuasa - [CNA] Semasa presiden Umno ini mengeluarkan kenyataan membenarkan umat Islam murtad, semua pimpinan Umno bersetuju, seekor pun tiada yang membantah. Tapi bila Nurul Izzah kenyataannya diputar belit, heboh riuh rendah media arus perdana mainkan sentimen agama ini. ReJaM© "Propaganda bodoh untuk orang-orang bodoh... " |
Samseng upahan bersenjatakan parang ditahan dalam ceramah Merdeka Rakyat Posted: 16 Nov 2012 02:49 AM PST SEBELUM ini kita pernah dedahkan bagaimana seorang samseng yang cuba mengganggu ceramah Anwar Ibrahim di Langkawi berjaya ditangkap rujuk sini [samseng upahan]. Maklumat daripada petugas yang terlibat menjayakan program Jelajah Merdeka Rakyat di Sabak Bernam pada 1 November lalu mendedahkan satu kejadian tangkapan seorang samseng upahan yang cuba mengganggu program Jelajah Merdeka Rakyat tersebut. Menurut petugas, samseng upahan dengan gaya Mat Rempit yang bersenjatakan parang di pinggangnya itu dipercayai telah diupah untuk membaling cat pada Bas Jelajah Merdeka Rakyat yang dinaikki oleh Anwar Ibrahim. Bagaimanapun, samseng itu berjaya ditahan sebelum dia berjaya melakukan perkara buruk. Parang miliknya telah dirampas, selain itu penduduk tempatan mengesahkan sangat mengenali pemuda ini yang merupakan penyokong kuat Umno. Lihat sendiri rakaman video di bawah kejadian saat samseng upahan ini ditahan oleh para petugas ketika Anwar Ibrahim sedang berucap dalam program Jelajah Merdeka Rakyat di Sabak Bernam tempoh hari. Ada penduduk Sabak Bernam di sini? Jika ada mungkin korang kenal dengan samseng yang dipaparkan dalam video di atas. Bolehlah tanya dia berapa banyak upah yang dia ambil daripada Umno untuk mengganggu ceramah Anwar Ibrahim. ReJaM© "Politik samseng dan Umno bagaikan tahi dan kentut... " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan