Khamis, 1 November 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Buku mengampu Najib diedar secara percuma di kaunter kedai buku MPH

Posted: 31 Oct 2012 05:08 PM PDT

KALAU difikirkan, dalam ramai-ramai pimpinan Umno, Najib Razak merupakan pemimpin yang paling terdesak untuk meraih publisiti bagi menggambarkan dirinya seorang pemimpin yang hebat. Dalam masa yang singkat beliau mahu rakyat percaya beliau pemimpin yang hebat.

Sebelum ini tentu anda masih ingat bagaimana beliau mengupah kartunis menerbitkan sebuah komik yang menggambarkan dirinya sebagai "Hero" ala-ala kartun superman. Komik itu dilaporkan telah diedarkan kepada pelajar sekolah rendah.



Lucu melihat gelagat pemimpin nombor satu Umno ini. Macam-macam cara beliau mahu membuatkan rakyat percaya bahawa dirinya adalah seorang pemimpin yang hebat dan wajar disokong pada pilihanraya umum yang akan datang.

Terbaru, salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM mendedahkan taktik terbaru Najib untuk mengangkat dirinya sebagai pemimpin hebat. Sebuah buku yang mengampu Najib Razak diedarkan secara percuma di kaunter kedai buku MPH.



Buku yang mengampu Najib bertajuk "Najib, nation on his mind, people on his heart" (Najib, negara di dalam mindanya, rakyat di dalam hatinya) itu diedarkan secara percuma. Orang ramai digalakkan untuk mengambil lebih dari satu buku tersebut.

Seorang pemimpin, jika benar hebat, tidak perlulah dia sendiri mengangkat dirinya, jika benar hebat tidak perlulah terbitkan buku mengampu dirinya sendiri dan diedarkan secara percuma, nampak sangat terdesak.

Buat macam-macam untuk naikkan diri sendiri, tapi bila Anwar cabar berdebat, takut! Habis punah segala propaganda menggambarkan Najib seorang pemimpin hebat. Kalau betul hebat sahutlah cabaran Anwar berdebat, barulah rakyat boleh menilai kehebatan beliau, sama ada realiti atau fantasi.

ReJaM© "Ini namanya masuk bakul angkat sendiri... "

Ahli Parlimen BN tolak saman AES, kerana Pilihanraya Umum 13 sudah dekat

Posted: 31 Oct 2012 07:32 AM PDT

SAMAN Rakyat 1 Malaysia, SR1M (AES) yang sebelum ini mendapat tentangan hebat daripada pimpinan Pakatan Rakyat kerana disifatkan membebankan rakyat serta hanya menguntungkan kroni akhirnya turut dibantah oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Namun bezanya, Ahli Parlimen Barisan Nasional membantah SR1M ini bukan kerana bersetuju bahawa ia membebankan rakyat, sebaliknya kerana pilihanraya umum ke 13, PRU13 sudah hampir dan mereka bimbang BN kalah kerana isu saman AES ini [Sinar].



Ini bermakna, Ahli Parlimen BN hanya tidak bersetuju AES ini dilaksanakan waktu ini. Namun selepas pilihanraya Umum nanti, jika Barisan Nasional menang, saman ini akan dilaksanakan semula.

ReJaM© "Tolak BN PRU13 untuk lenyapkan Saman Rakyat 1 Malaysia, SR1M "

Isu jual aset PKNS, kerajaan Selangor saman Utusan Malaysia

Posted: 31 Oct 2012 06:54 AM PDT

DAKWAAN kononnya Kerajaan Negeri Selangor menjual aset milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, PKNS terus berlarutan meskipun sudah dijelaskan bahawa PKNS hanya memindahkan aset-aset yang didakwa kepada anak syarikatnya sahaja.

Sebelum ini, MiLo SuaM juga pernah mendedahkan kejahilan Menteri Asas Tani, Noh Omar yang juga merupakan Timbalan Perhubungan Umno Selangor, apabila beliau dilihat tidak tahu apa yang dicakapkan berhubung isu ini rujuk sini [Noh Omar]

Gara-gara media milik Umno dan Barisan Nasional terus menerus memainkan isu ini meskipun telah dijelaskan berulang kali bahawa tiada aset PKNS yang dijual, Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengambil keputusan untuk menyaman akhbar milik Umno, Utusan Malaysia (sebut Utusan Syaitan).

Tindakan undang-undang diambil terhadap Utusan Malaysia kerana mengeluarkan sebuah artikel fitnah yang dilihat cuba melaga-lagakan Kerajaan Negeri Selangor, dengan Sultan Selangor. Berikut artikel yang dimaksudkan [Utusan].



Artikel tersebut bertajuk "Jual aset PKNS : Sultan Selangor murka?" diterbitkan hari ini dan ditulis timbalan ketua pengarang Datuk Zaini Hassan.

Pengumuman saman itu dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu sidang media sejurus selesai mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan SUK di sini petang tadi.

"Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kesal dengan artikel yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini.

"Justeru, Kerajaan Negeri mewajarkan satu tindakan tegas diambil kerana artikel tersebut ternyata palsu dan menjejaskan nama baik Menteri Besar," tegasnya yang turut ditemani Ahli Exco Negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Ronnie Liu.

Sehubungan itu juga, Kerajaan Negeri mengarahkan peguam menghantar surat tuntutan maaf kepada Utusan Malaysia dan Zaini selain mengarahkan PKNS mengambil tindakan sama.

"Walaupun kita menghormati kebebasan media, namun media tidak boleh menyalahgunakan kebebasan itu.

"Apalagi untuk melaporkan berita berunsur fitnah, palsu dan mengelirukan," tambah beliau.

Laporan akhbar berkenaan menyebut Kerajaan Negeri akan menjual lima aset PKNS iaitu Kompleks PKNS Shah Alam dengan harga RM 85 juta, Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta), Shah Alam Convention Centre (RM97 juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta).

ReJaM© "Utusan Syaitan sanggup kena saman asalkan propaganda mereka berjaya bodohkan orang kampung... "

Tiada ulasan: