Khamis, 1 November 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Beberapa Orang Termasuk Pegawai di Pejabat MB Terengganu Direman?

Posted: 31 Oct 2012 11:30 PM PDT

Berita ini belum dapat disahkan. Semasa makan malam sekejap tadi saya diberitahu oleh seorang tokoh Umno asal Terengganu beberapa orang pegawai kerajaan termasuk seorang yang berkhidmat di pejabat MB Terengganu dan seorang kontrektor dikatakan ditahan reman oleh SPRM beberapa hari sebelum hari Aidiadha yang lalu.

Menurut tokoh Umno itu penahanan tersebut ada kena mengenai dengan laporan kemungkinan berlaku rasuah kerana beberapa fail di pejabat mereka dirampas.

Kejadian ini bagaimana pun masih belum tersebar tetapi mereka yang rapat dengan pejabat MB sudah mengetahuinya. Tokoh Umno berkenaan berjanji akan memberi maklumat lengkap esok berhubung perkhabaran yang boleh menjejaskan Ahmad Said sebagai MB Terengganu itu. Tunggulah... [mso]

MP Umno Tak Sokong AES

Posted: 31 Oct 2012 09:30 PM PDT

KUALA LUMPUR - Rata-Rata ahli Parlimen hari ini bersetuju dengan desakan beberapa pihak terutama Pemuda Umno supaya pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditangguhkan.

Malahan mereka berpendapat kajian menyeluruh perlu dilakukan sebelum sistem itu dilaksanakan.

Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad berkata, pelaksanaan AES dibuat secara mendadak tanpa mendapat pandangan orang ramai dan pakar berkaitan keselamatan jalan raya.


"Saya menyokong usaha kerajaan untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya di seluruh negara tetapi pemasangan AES harus diletakkan di kawasan yang sesuai.

"Apa yang berlaku sekarang, terdapat banyak rungutan daripada pengguna jalan raya bahawa pemasangan AES bukan sahaja diletakkan di tempat yang tidak sesuai, malah ia turut mendedahkan pengguna jalan raya kepada bahaya," katanya kepada Bernama.

Kelmarin, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyarankan supaya kerajaan menangguhkan pelaksanaan AES yang didapati terlalu banyak kelemahan dalam pelan pelaksanaannya dan perlu diatasi, antaranya, lokasi serta halaju praktikal
sesebuah kawasan.

Mohd Radzi juga berkata beliau percaya ramai yang telah ditangkap gambar kerana melakukan kesalahan lalu lintas tidak akan membayar saman untuk menunjukkan protes.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan akan meneliti semula pelaksanaan sistem tersebut dan mendapatkan pandangan pakar sebelum meneruskannya pada masa depan.

Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali, yang menyambut baik cadangan penangguhan AES, mencadangkan supaya sistem itu diberi satu tempoh percubaan.

Beliau berkata sepanjang tempoh percubaan itu, kerajaan akan mempunyai ruang untuk mengkaji keberkesanan sistem tersebut terutama dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

"Saya cadangkan tempoh percubaan selama enam bulan boleh menjadi proses untuk mendidik rakyat, yang kemudiannya pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) misalnya, boleh mengemukakan laporan sejauh mana tempat yang dipasang AES ini betul-betul berkesan dari segi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya," katanya.

Pada masa sama, Ibrahim turut mencadangkan agar saman yang dikeluarkan kepada pengguna jalan raya ditangguhkan bagi menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin terhadap desakan rakyat.

Bagi Ahli Parlimen Kubang Kerian Salehuddin Ayub, penangguhan pelaksanaan AES adalah wajar kerana ia bukan penyelesaian dalam mengurangkan kes kemalangan jalan raya tetapi lebih kepada membebankan pengguna.

"Semua pihak harus bersuara dengan memberi pendapat mengenai isu ini, dan memastikan ia mencapai matlamatnya untuk menyelesaikan kes kemalangan jalan raya dan bukan menjadikan pengguna jalan raya sebagai mangsa kepada sistem penguatkuasaan yang tidak berkesan," katanya dipetik Bernama.

Penyokong Umno Halau MB Selangor Dengan Parang

Posted: 31 Oct 2012 07:19 PM PDT

KETIKA umat Islam melaksanakan ibadah korban dan merayakan Aidil Adha, beberapa samseng lelaki dan wanita yang kita faham merupakan penyokong Umno, memaki hamun dan menghalau Menteri Besar Selangor dengan parang dan pisau di tangan.

Budaya samseng yang diterapkan oleh United Malays No Otak, Umno telah membuatkan penyokong mereka sanggup bertindak di luar batas. Sebelum ini bas jelajah Merdeka Rakyat diserang oleh penyokong Umno kini MB pula dimaki hamun dan dihalau.

Rujuk keratan Akhbar Sinar Harian edisi Selangor, bertarikh 31 Oktober 2012 di bawah ini.




Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid dipilih oleh masyarakat setempat melalui suara majoriti dan pilihanraya. Beliau juga Menteri Besar Selangor yang sah dipilih oleh suara ramai.

Kalau pun tidak bersetuju dengan Menteri Besar Selangor, dari Pakatan Rakyat, janganlah sampai bertindak di luar batas. Ini mentaliti orang gila.

Lihat bagaimana Tan Sri Khalid datang bertemu rakyat. Tak perlu majlis sambutan, tak perlu paluan kompang, tak perlu polis pengiring seperti amalan Menteri Besar Barisan Nasional. Beliau sanggup datang beramah mesra bersama rakyat meskipun hanya melalui jemputan spontan.

Namun beberapa orang samseng ini sengaja cuba membuat kecoh kononnya mahu menunjukkan Tan Sri Khalid dibenci oleh rakyat Selangor. Ini namanya "over react" atau "over kill", kalau nak buat propaganda murahan jangan terlebih sangat, nampak benar terdesak.

Sembur nyamuk dengan racun serangga, sembur jangan terlebih-lebih nanti terkena diri sendiri, diri sendiri yang mabuk, silap hari bulan boleh pensan atau mampos terus.

sumber: milosuan

Gila Hasan Ali makin menjadi-jadi..

Posted: 31 Oct 2012 05:14 PM PDT

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Dr Hasan Ali kini melebarkan sayapnya dengan menubuhkan sebuah rangkaian televisyen dan radio online - IMR Network.

Menurut Hasan yang juga merupakan pengarah bagi IMR Network, rangkaian televisyen dan radio online itu bertujuan bagi memartabatkan institusi Islam, Melayu dan Raja.

"Saya mahu tinggalkan satu rangkaian pendidikan yang mengikut kehendak dan perjuangan atas dasar Islam, Melayu dan Raja.


"Kita juga persiapkan dengan bilik kawalan dan bilik audio sebagainya bagi menjayakan IMR Network," katanya semasa melancarkan IMR Network di Shah Alam petang tadi.

Turut hadir semasa sesi pelancaran tadi ialah Pengarang Kanan Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan dan juga bekas ADUN Penanti Muhammad Fairus Khairuddin.

Selain itu, Hasan berkata, IMR Network TV dan radio kini mempunyai 18 krew produksi.

Malah, katanya, IMR radio kini telah beroperasi. Bagaimanapun, IMR TV baru beroperasi 25 peratus.

"Kita telah beroperasi sebulan yang lalu. Tetapi hari ini, IMR radio beroperasi sepenuhnya.

"Ada pelbagai rancangan yang kita sediakan. Ada program bincang mengenai politik, ekonomi, usahawan dan sebagainya," katanya lagi.


Hasan Ali Takut Sampai Terkencing Dengan MCA

Posted: 31 Oct 2012 05:47 AM PDT

'Biar ulama Umno bincang isu hudud dibangkit MCA'

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali menyerahkan kepada ulama Umno bagi berbincang mengenai rakan mereka dalam BN, MCA, berhubung isu hudud yang dibangkitkan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Ditanya adakah wajar Umno mengadakan perbincangan mengenai hubungan dengan MCA, Hasan berkata, beliau tidak akan campurtangan mengenai perkara itu.

"Soal Umno nak kaji, tak kaji, apalah Hasan Ali boleh buat. Dalam Umno ada ulama dan mereka ini yang sepatutnya berbincang.

"Hasan Ali tidak akan campurtangan dalam perkara itu," katanya pada sidang media selepas pelancaran IMR Network di Shah Alam petang tadi.


Bintang Porno Sudah Bengang..

Posted: 31 Oct 2012 05:31 AM PDT

Keratan akhbar China Press yang melaporkan 20% hadirin keluar beramai-ramai ketika Chua Soi Lek (dalam bulatan) berucap.


Chua Soi Lek hari ini membidas akhbar China Press yang menulis laporan mengenai orang ramai beredar keluar ketika jamuan makan malam MCA Johor minggu lalu, dan menuduh akhbar itu membesar-besarkannya.

"Apabila anda mengadakan satu majlis besar yang dihadiri 15,000 orang dan ia dimulakan lambat kerana hujan, anda tentu sudah menjangka orang ramai untuk meninggalkan majlis pada masa itu," kata Presiden MCA itu hari ini.

"Jika anda melihat semua akhbar, hanya China Press menulis berkaitan (keluar beramai-ramai) itu."

Dr Chua merujuk kepada sebuah artikel sebuah akhbar Cina di mana ia melaporkan bahawa kira-kira 20 peratus daripada orang ramai yang menghadiri acara "makan malam besar" yang dianjurkan oleh MCA di Kulai, Johor pada Sabtu lepas telah ditinggalkan orang ramai semasa ia berucap.


MBPJ bawa kes tukar Datuk Bandar ke mahkamah

Posted: 31 Oct 2012 03:51 AM PDT

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah memutuskan untuk membawa kes pertukaran kontroversi Datuk Bandar, Datuk Mohamad Roslan Sakiman, ke mahkamah untuk semakan kehakiman.

Keputusan sebulat suara itu dicapai dalam satu mesyuarat khas semalam, yang dihadiri oleh semua 24 ahli majlis tersebut.

Menurut akhbar Sinar Harian, mesyuarat itu bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas yang diketuai ahli Majlis Khairul Anwar Ahmad Zainnuddin untuk membawa perkara itu ke mahkamah.


Ahli Majlis, Derek Fernandez memberitahu akhbar tersebut bahawa MBPJ juga akan menulis kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mendapatkan penjelasan berhubung pertukaran Roslan (kiri) walaupun kerajaan negeri Selangor baru sahaja melanjutkan kontrak perkhidmatannya sebagai Datuk Bandar.

Akhbar itu memetik Derek sebagai berkata, jika JPA gagal memberikan jawapan yang kukuh, maka perkara itu akan dibawa ke mahkamah.

Menurutnya, permohonan itu akan difailkan secepat mungkin untuk mendapatkan perisytiharan mahkamah bahawa Datuk Bandar adalah pegawai lantikan kerajaan negeri dan oleh itu, tidak boleh dipindahkan tanpa persetujuan negeri.


Tiada ulasan: