Rabu, 21 November 2012

labun KulupSakah...

labun KulupSakah...


khabar dari Gaza

Posted: 20 Nov 2012 03:53 PM PST

Abed kawan kami memberitahu adiknya cedera terkena bedilan askar zionis. Kata Abed lagi abangnya sudah dua hari tidak dapat dikesan, abangnya sudah lama ingin syahid. 13 saudaranya sudah gugur. Sukar untuk gambarkan suasana di sini katanya...semoga Abed rakan Palestinku dilindungi kerana ada hati di Malaysia ini mengasihinya.

Amer juga kenalan kami selalu berhubung dengan Skype dan telefon. Dia kesal dengan apa yang terjadi. Dia cintakan kedamaian. Dia benci perang. Dia tidak boleh masuk Malaysia kerana dia Yahudi dari Israel. Tapi dia benci perang dan dia bukan zionis...

Ramai juga kawan aku bertanya perlukah boikot McD sebab selalunya gagal, McD tetap ada. Lalu aku berikan jawaban yang sama ketika aku ditanya buat apa kau demo bantah itu ini sedangkan apa yang kau bantah itu masih terus megah. Tol tetap naik, petrol naik dan Utusan yang diboikot masih terus menang...
jawaban aku "tugas kita LAWAN! kalah menang bukan urusan!" seperti kata William Wallace "You don't have to beat them. Just fight them!"

Jika aku membeli McD dan kamu juga, bermakna aku dan kamu sedang memberi wang kepada zionis membunuh Abed dan keluarganya....siallah kita!

Aku baharu bersalaman sekali saja dengan Abed.
"See you again if still alive..." katanya kepada Sham...





Ayuh! Ke sini!


"See you again if still alive..." katanya kepada Sham...

Tiada ulasan: