Selasa, 27 November 2012

KRAI Utara

KRAI Utara


Oh! Arab Saudi penggal kepala tiga lelaki

Posted: 27 Nov 2012 03:35 AM PST

RIYADH - Kerajaan Arab Saudi memenggal kepala tiga lelaki disabitkan kesalahan membunuh di negara itu, semalam.Jurucakap Kementerian Dalam Negeri berkata, Mubarak Al-Harithi dan Obaidallah Al-Harithi didapati bersalah di Makkah kerana mengelar dan menembak mati seorang mangsa bernama Ayedh Al-Harithi.Seorang lagi pesalah, Majed Al-Dosari juga dipenggal kepalanya di Riyadh kerana menembak mati rakannya dari Arab Saudi, Mehmas Al-Dosari.Berdasarkan laporan rasmi, hukuman penggal kepala itu adalah kes ke-70 di negara tersebut sepanjang tahun ini.Kes rogol, pembunuhan, murtad, rompakan bersenjata dan pengedaran dadah adalah tertakluk di bawah undang-undang syariah di mana pesalah berhadapan hukuman mati. -AP

Oh! Artis: Qamar Khalaf "Most Beautiful Woman 2012"

Posted: 26 Nov 2012 10:29 PM PST

Siapa orang yang belum pernah mendengar tentang Qamar Khalaf, bererti mereka melewatkan sebuah permata berkilauan di padang pasir.

 Artis cantik Syria, Qamar Khalaf, yang namanya lebih sugestif menggambarkan cahaya berkilauan, telah dinobatkan sebagai "Most Beautiful Woman 2012" atau Perempuan Paling Cantik 2012 di negeri Arab, dalam jejak pendapat yang diadakan oleh sebuah majalah popular di Teluk. Qamar berhasil mengumpulkan 60 persen suara, dengan 40 persen yang tersisa terbagi untuk para pesaing lainnya dalam daftar. Dan jika anda berfikir bahawa kecantikan Qamar hanya kulit luarnya saja, fikirkan lagi! Qamar telah terpilih bukanlah lebih dari sekadar wajah dan tubuhnya. Dia juga memenangi   beberapa penghargaan yang meliputi, kemajemukan femininnya, senyumnya mempesona, spontanitas, dan tentu saja bakat dan kemampuan inteligensinya yang ikut menyinari kecantikan fisiknya. Artis ini telah menunjukkan dirinya fleksibel dan mampu menangani setiap peranan yang diberikan. Drama terbaru Qamar ambil "Banat Al Aylah" yang diarahkan oleh Rasha Sharbatji (sutradara Syria) telah ditayangkan sejak Ramadhan terakhir. Dia memainkan peranan seorang wanita muda petualang yang pemberani suka bepergian dan menolak untuk terikat. Karakternya tetap seperti ini sampai dia bertemu lelaki impiannya yang mengubah segalanya.  

Oh! Syoknya Kawen : Usaha jimat belanja, nikah empat sekaligus!

Posted: 26 Nov 2012 07:15 PM PST

CAPE TOWN – Seorang pengusaha kaya di Afrika Selatan menikahi empat wanita sekaligus. Hal tersebut dilakukannya untuk menghemat belanja pernikahan yang harus dikeluarkannya apabila ia menikahi perempuan itu satu persatu.“Saya tidak tahu secara pasti berapa biaya yang harus saya keluarkan apabila saya harus mengadakan empat pesta pernikahan. Tapi saya kira mengadakannya secara sekaligus pasti jauh lebih murah," ujar sang pengantin lelaki, Milton Mbele, seperti dikutip BBC,  pada 25/11/2012 .“Dengan cara ini saya hanya perlu menyewa satu tender nikah, memesan satu perusahaan katering dan juga menggunakan hanya satu fotografer untuk pernikahan saya," tambahnya. Lelaki yang berusia 44 tahun itu mengatakan, dia telah menabung untuk belanja pernikahan “massal” itu sejak tahun 2007 lalu. Persiapan acara pernikahannya sendiri dilakukan Mbele sejak awal tahun ini.Dilaporkan tindakan Mbele tersebut melanggar semua peraturan adat yang ada di Afrika Selatan mengenai praktik poligami. Tradisi di Afrika Selatan memperbolehkan poligami, namun tidak secara bersamaan seperti yang dilakukan oleh Mbele.Mbele sendiri mengaku bahawa dia mencintai semua isteri yang baru saja dinikahinya itu. Pengusaha itu memasang empat cincin pernikahan di jari-jarinya, bagi Mbele cincin tersebut adalah bukti komitmennya terhadap keempat isterinya. Dia juga berjanji akan memperlakukan isteri-isterinya secara adil.(faj)

Oh! Hukum mendoakan bala kepada sesama islam satu penjelasan buat rakyat

Posted: 26 Nov 2012 08:48 AM PST

Boleh atau tidak doa bala kepada orang islam
www.ustaznoramin.com

Sebelum komen lebih panjang tentang isu ini, saya tegaskan dahulu, segala hujah dan komen saya tidak memihak kepada mana-mana pihak, ini semua pandangan berdasarkan agama dan hujah ulamak dan tidak kena mengena dengan peribadi atau mana-mana parti politik. Doa datangkan bala atau balasan kepada orang yang melakukan kejahatan kepada orang Islam lain. Sebelum kita mengeluarkan komen atau pandangan, maka terlebih dahulu kita lihat mengapa perwakilan pas meminta supaya didoakan turunnya azab atau musibah kepada pihak parti lawan? Kalau kita lihat sebelah pihak sahaja memang tak patut sebab kesimpulan yang kita buat tidak akan adil dan hanya memihak kepada sebelah pihak sahaja.Perkara pertama yang perlu dinilai ialah keadilan media masa, setiap pandangan hanya diambil kepada pihak lawannya sahaja dan orang yang tidak memihak kepada mana-mana pihak, tetapi orang yang mengeluarkan kenyataan dan individu orang tersebut tidak pernah diinterview. Kalau beginilah caranya kita buat kajian, dah lama kajian kita ditolak sebab dia tidak tepat kerana tidak mendapatkan data kepada responden utama. Di sinilah saya rasa kita kena adil kepada semua pihak yang terlibat untuk membuat kenyataan di media sebagai menjawab segala persoalan yang berlaku. Barulah di sini rakyat dapat memilih mana yang betul dan mana yang salah sebab itu adalah hak rakyat.Perkara kedua yang perlu kita nilai ialah seperti setiap hujah atau kata-kata yang dikeluarkan oleh pihak bertanggungjawab selalunya ada alasan atau pasalnya. Kalau tak manakan pokok bergoyang kalau tidak ada anginnya. Dari segala pemerhatian yang dibuat oleh saya, pihak Pembangkang atau PAS merasakan diri mereka tidak dilayan dengan adil seperti saluran media yang jelas berat sebelah, kemudian mereka mendakwah sentiasa difitnah oleh pihak lawan, buktinya akhbar dan media utama Negara sentiasa di saman fitnah dan malu. Kemudian tentang royalti yang dituntut oleh Kelantan tiada jawapan dan tidak mendapat keputusan yang adil, banyak lagi perkara yang kurang adil di lakukan oleh pihak UMNO sebagai selaku pemerintah kerajaan pusat. Maka sebab semua inilah yang mendorong mereka menyarankan kepada pihak atasan untuk melakukan doa mendatangkan bala atau musibah kepada musuhnya.Ketiganya ialah hujah-hujah ulamak yang muktabar dan rujukan di dalam dua sumber utama iaitu Al-Quran dan hadis. Sebenarnya ada banyak ayat Al-Quran dan hadis yang menjelaskan kebinasaan kepada orang-orang Islam (munafik) yang melakukan maksiat. Contohnya saya berikan di sini :“Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, Dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).” (Al-Baqarah : 10)Dalil hadis pula :“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah )”. (Riwayat Ahmad)Di sini jelas bahawa Allah sendiri melaknati orang-orang yang munafik atau orang Islam yang tidak mentaati perintah Allah seperti tidak menutup aurat, tidak mahu melaksanakan hukum Allah, menentang usaha-usaha dakwah atau sebagainya. Memang sebelum Allah melaknat orang-orang seperti ini, terlebih dahulu diberikan pelbagai peringatan dan nasihat di dalam Al-Quran. Tetapi apabila mereka berkeras kepala, maka balasan yang paling setimpal kepada mereka ialah neraka dan azab Allah.Dari apa yang saya tahu, apabila semua sumber telah mereka lalui dan segala usaha lembut yang telah mereka gunakan tiada juga tindakan dan respon yang baik diberikan kepada mereka. Maka jalan terakhir ialah berdoa supaya diberikan pertunjuk sama ada dengan bencana atau kesedaran agar pihak musuh menyedari akan kesilapan yang dilakukan oleh mereka.Perkara ini juga pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW ketika mana ada sahabat yang berpatah balik dan tidak menyertai Peperangan Uhud. Baginda memulau mereka sehingga wajah mereka tidak mahu dilihat oleh Rasulullah. Ini semua berlaku adalah kerana sifat kemunafikkan yang ada di dalam diri sahabat-sahabat tersebut. Akhirnya mereka menyesali akan segala kesalahan yang telah dilakukan dan mereka bertaubat kepada Allah sehingga Baginda kembali mahu bersama dan memaafkan segala kesalahan yang dilakukan oleh mereka.Rumusan dari segala cerita dan hujah di atas, berdoakan mendatangkan bala atau bencana kepada orang Islam yang melakukan kesalahan dan zalim itu tidak bercanggah dengan Islam, kerana secara psikologinya manusia tidak akan sedar selagi ia tidak ditimpa dengan musibah. Contohnya seperti sebuah keluarga yang dirompak oleh beberapa penyamun dengan mengikatkan bapa, ibu dan anaknya, kemudian semua harta dirampas, setelah itu isteri dan anak-anak daranya dirogol secara bergilir. Tidak cukup dengan itu dibunuh pula isteri dan anak-anaknya. Tidak ada daya dan upaya untuk si bapa mencegah kejahatan dan kezaliman yang dilakukan oleh penyamun tersebut, ketika itu hanya ada satu senjata yang sering digunakan oleh orang beriman iaitu doa. Beliau pun berdoa “Ya Allah Kau laknatlah penyamun yang mencuri, merogol dan membunuh isteri dan anak-anak ku”. Padahal waktu itu beribu rayuan dan nasihat diberikan kepada penjenayah tersebut agar tidak di apa-apakan isteri dan anak-anaknya.Tidak ada manusia yang dizalimi seperti contoh di atas mendoakan kebaikan kepada orang yang menzalimi. Cuba kita bayang dan renung, kalau peristiwa ini berlaku kepada kita seperti orang merogol isteri, kakak dan adik kita. Apa yang kita buat, tidak normal la kalau kita doa “Ya Allah kau berilah kesihatan kepada perogol tersebut, kau berilah rezeki kepada dia” mestilah kita doakan supaya diberikan balasan yang setimpal atau petunjuk.Satu lagi kita kena ingat, orang Islam tidak semestinya mukmin atau beriman. Ramai orang Islam dicampakkan Allah ke dalam nerakanya. Orang seperti ini di dalam Al-Quran dikenali sebagai orang kufur dan munafik. Jadi kita kena faham bahawa banyak ayat yang melaknat orang-orang munafik di dalam Al-Quran dan hadis. Rasulullah sendiri menyimpang kawasan-kawasan yang dilalui oleh orang munafik. Jangan kita hairan dan teruja apabila ada orang mendoakan bala kepada orang Islam yang lain yang didakwa melakukan kejahatan dan kezaliman. Gunakan akal yang dianugerahkan Allah dengan sepenuhnya seperti mengkaji dan menilai hujah-hujah kedua belah pihak, kemudian kita buat kesimpulan yang baik.Pihak UMNO juga boleh menggunakan tindakan yang sama iaitu mendoakan bala kepada PAS apabila mereka rasa di zalimi dan tidak diadili. Tetapi apa-apa pun gunakanlah 3 asas kaedah dakwah iaitu hikmah, mauizatul hasanah dan mujadalah di dalam masalah ini agar ia lebih cantik dan molek. Kalau tidak boleh barulah digunakan cara yang keras bagi membenteras kezaliman yang berlaku. Semasa pemerintahan Khalifah pertama Abu Bakar As-Sidiq dahulu pernah mengarahkan tenteranya supaya memerangi golongan munafik dan mereka tidak boleh dibiarkan kerana ia akan memesongkan umat Islam yang lain.

Tiada ulasan: