. |
Khairy Kalah Teruk Ditangan Nasaruddin Tantawi Posted: 26 Nov 2012 07:38 AM PST ANALISA Ketua pemuda Umno yang tidak diberikan apa-apa jawatan penting dalam Kabinet Najib Razak, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kalah teruk ditangan Ketua Pemuda Pas, Nasaruddin Hasan dalam satu pengundian bebas yang dibuat dikalangan ahli kelab fan page Merah Tinta MSO. Pengundian itu menilai siapa lebih tokoh dan berwibawa di antara keduanya. Dari jumlah 530 rakan Fb Merah Tinta MSO yang mengambil bahagian (mengundi), sebanyak 375 atau kira-kira 83.9% telah mengundi menyokong Nasruddin Hassan sementara sebanyak 35 orang mengundi Khairy kira-kira 7.8% saja. Keseluruhan yang mengambil bahagian sebanyak 777 undi termasuk yang hanya like sebanyak 241. Bagaimana pun hanya 530 undi saja dikira. Dari jumlah itu 447 undi yang sah dan selebihnya, 83 undi ditolak kerana rosak. Yang berkecuali pula sebanyak 38 orang. Pengundian itu dilakukan semalam dalam tempoh enam jam. Sambutan pengundian sungguh memberangsangkan dan ia menjadi satu makenisme untuk mengetahui mood anak-anak muda khasnya yang mesra IT. Kemenangan Nasaruddin itu menunjukkan anak muda khasnya yang menyertai Fb Merah Tinta MSO jauh mempercayai dan menyakini Nasruddin sebagai pemimpin anak muda. Ikrar dan tindakan Nasaruddin mengistyarkan hartanya semasa muktamar Pas baru lalu serta syaksyiah Islamnya menarik perhatian ahli kelab. Dikala ini fan page Merah Tinta MSO juga sedang berlangsung pengundian di antara dua tokoh Ngo Mazlan Aliman (Anak) dengan Badrulhisham Shahrin (SAMM). Pengundian dibuka jam 7:00 petang tadi dan akan ditutup jam 1:00 pagi nanti. Selepas ini pengudian akan membabitkan beberapa tokoh ternama Ngo, agamawan dan politik selain dari Pas dan Umno ia juga termasuk PKR dan DAP. [wm.kl. 11:32 am 26/11/12] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan