Isnin, 26 November 2012

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Anwar Ibrahim Pengemudi Zaman (Part 2)

Posted: 26 Nov 2012 01:23 AM PST

Terus mara...jangan ada yang sibuk memaut di kaki!!

Posted: 26 Nov 2012 12:59 AM PST

Kalut bebenor Che Det sehari dua ni...Hehe!!

Posted: 26 Nov 2012 12:21 AM PST


Selain dari berita di bawah ni, Che Det juga bercerita tentang Geneva Gold, ReformasiPerdagangan Matawang dan macam2 lagi....Hehe! Takut bebenor BN kalah. Ngalahkan Rosmah Mansur....

Dr M: Banyak demonstrasi jika PR tewas PRU 13
Oleh Clara Chooi 
Penolong Pengarang Berita
November 26, 2012

KUALA LUMPUR, 26 Nov — Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi amaran sekali lagi kepada rakyat Malaysia tentang kekecohan di jalan raya jika Pakatan Rakyat (PR) tewas pada pilihan raya akan datang serta menunding jari kepada musuh politik utamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) yang akan menggunakan demonstrasi untuk kepentingan diri sendiri.

Beliau turut mendakwa pembangkang sudah mula merancang untuk mencipta kekecohan dengan menghasut kumpulan pro PR supaya bangkit menolak keputusan pilihan raya sekiranya Barisan Nasional (BN) kekal di Putrajaya.
Namun mantan perdana menteri tersebut masih percaya BN akan dapat memperoleh semula majoriti dua pertiga di parlimen "ketika ini", tetapi pada masa sama memberi amaran tentang taktik Anwar jika ramalannya itu benar.
"Persediaan Anwar (untuk pilihan raya) ialah (mengadakan) demonstrasi jalanan.
"Tanpa Anwar, tidak akan ada demonstrasi.
"Sejak Anwar keluar (daripada penjara), berlakunya demonstrasi," kata Dr Mahathir semasa satu sidang akhbar selepas menghadiri forum tentang perang dan konflik di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Dr Mahathir juga menuduh Anwar semasa menjadi timbalannya di dalam kerajaan dahulunya juga menentang keras sebarang tunjuk perasaan jalanan.
"Tapi selepas dia keluar... ini (demonstrasi) menjadi strategi untuk dirinya berada di Putrajaya," tambah Mahathir.

Tiada ulasan: