Komentar Kini |
Benarkah bahaya sedang mengancam umno/BN? Posted: 07 Nov 2012 08:54 PM PST Untuk membuktinya, PRU 12, kerajaan yang memerintah Negara ini hilang lima buah Negeri dan hilang 2/3 parlimen. Ianya sangat munasabah berlakunya pembelotan punca lima ratus ribu ahli umno undi PR. Apa pun MCA dan Gerakan turut terbabit sehingga tokoh tokoh parti itu kalah teruk. Atas sebab itulah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Tun)dipersalahkan dan dipaksa serta terpaksa letak jawatan dan umno juga kerajaan diambil alih Datuk Seri Mohd Najib Razak. Inilah keputusan drastik yang dilakukan tanpa fikir panjang PRU 11 umno/BN mencipta rekod cemerlang Terengganu dirampas semula dan Kelantan hampir hampir tumbang atas nama semata mata untuk menyelamatkan umno dari bahaya hilang kuasa dalam PRU 13. Atas sebab itu jugalah Datuk Seri Najib Razak menerusi penasihat penasihat keliling pingang yang pintar pintar mengandaikan sanjungan rakyat jelata terbit dari perasaan takut dan harapan. Dan harus diperban yakkan slogan slogan termasuk slogan" satu Malaysia"untuk menyatukan rakyat pelbagai kaum. Slogan rakyat didahulukan dan pencapaian di utamakan untuk memberi gambaran yang kerajaan sangat prihatin dan segala apa yang dijanjikan dan telah ditepati. Konsepsi "wasatiyyah" diperkenalkan disamping pelbagai tranformasi, termasuk tranformasi politik yang difikirkan berfungsi menyelamatkan umno/BN. BRIM (bantuan rakyat 1 malaysia) juga salah satu usaha untuk menyekat rakyat mengundi Pakatan rakyat dan dicanangkan bahawa PR tidak mampu memerintah dan Anwar Ibrahim tidak layak jadi perdana menteri. Terbaru BRIMB (bantuan rakyat 1 malaysia bujang) dilancarkan semata mata untuk menraih undi golongan belia yang disebut genarasi Y yang mula hilang minat kepada kerajaan yang diterajui Najib Razak Perdana menteri Najib Razak ketika di Manjung Perak mecanangkan perkataan pakatan rakyat tidak mampu memerintah dan diulangi dimana mana sahaja dalam majlis "janji ditepati"agar rakyat jelata mengundi umno/BN PRU 13 nanti. Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika di Kuala Terengganu menyerang Datuk Seri Anwar dengan perkataan dia tidak layak jadi perdana menteri , kerana moralnya buruk. Mohd Najib ketika di Kuala Kedah berkata yang dia seorang yang "amanah". Ertinya inilah sebaik baik pemimpin yang harus dipilih.Bukan Anwar seorang yang disifatkannya sebagai penjual ubat di tepi jalan, Dalam masa yang sama beliau berkata, kita tidak marah jika Anwar kejar jawatan perdana menteri. Yang kita tak mahu pengkhianat. Penulis difahamkan. Najib walaupun berkata" tak marah, akan tetapi kelihatan amat marah dan takut hilang jawatan yang disandang sekarang. Manakala kebanyakan para pemimpin umno lain takut hilang kuasa dek bahaya yang sedang mengancam kini. Lebih lebih lagi pakatan rakyat berjanji pada rakyat jika memerintah nanti kita akan turunkan harga minyak, harga kereta, hapus PTPTN dan beri pendidikan percuma. Dengan kata lain, beliau cuba lebalkan pakatan rakyat, tak mampu memerintah dan Anwar adalah "pengkhianat" apabila mengambil alih kuasa nanti. Rakyat sedia maklum, antara Najib dan Anwar siapakah yang disahkan menjadi pengkhianat agama,bangsa dan Negara. Tengku Razaliegh Hamzah suatu masa dahulu pernah mengatakan umno adalah pengkhianat. Rata rata, baik rakyat jelata yang kurang pintar pun mengakui akan perihal tersebut. Pada hemat penulis, sanjungan rakyat jelata terhadap perdana menteri dan kerajaan terbit dari perasaan takut dan harapan. Sanjungan seumpama ini sungguh menakutkan Najib, sebab itu beliau mahu tidak mahu mesti mengadakan inisiatif dan insentif yang menjanjikan harapan kepada rakyat tertunai dengan slogan " janji ditepati". Benarkah begitu? |
You are subscribed to email updates from Komentar Kini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan