Kerabu Bersuara ® |
- Nurul Izzah Anwar Penjelasan Isu Islam dan masyarakat Melayu
- Anthony Loke : DAP akan pertahan Islam
- RM400 ribu untuk Gereja Good Shepherd daripada YAB Najib Razak
- Orang Umno Ada Tahu Pasal Ni?
- Balut Reban Dengan Bendera Umno?
- Keluarga khuatir Ahmad di bawa menghadap Sultan Johor
- Terkini! TS Annuar Musa Sudah Sampai KLIA
- Jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim Ke Tanjung Malim & Sabak Bernam 6 Nov 2012
- Hadi Awang : Islam Bela Semua Kaum dan Agama
- Anwar : Kebangkitan Rakyat ke Putrajaya
- Anwar : Madu di Pakatan, Racun di BN
Nurul Izzah Anwar Penjelasan Isu Islam dan masyarakat Melayu Posted: 04 Nov 2012 05:23 AM PST Penjelasan Isu Islam dan masyarakat Melayu Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?" sebagai seorang panelis. Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan – "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)…." – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia. Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan. Saya sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad. Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama. Nurul Izzah Anwar 4 November 2012 |
Anthony Loke : DAP akan pertahan Islam Posted: 04 Nov 2012 02:42 AM PST Anthony Loke : DAP akan pertahan Islam Sinopsis: Nov 3 2012 Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke memberi ucapan di hadapan seramai 10,000 orang di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya, Negeri Sembilan. |
RM400 ribu untuk Gereja Good Shepherd daripada YAB Najib Razak Posted: 04 Nov 2012 02:07 AM PST LUTONG, 4 November – Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui hari ini menyampaikan cek berjumlah RM400 ribu kepada Jawatankuasa Gereja Good Shepherd, Lutong. Sebelum ini, Jawatankuasa gereja meminta bantuan peruntukan daripada Datuk Peter yang kemudian diajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan diluluskan. Selepas penyampaian cek, Chin dibawa jawatankuasa melawat tapak di sekitar gereja. Hadir sama, Setiausaha Politik beliau, Dato' Sebastian Ting. bersorak lah! |
Posted: 04 Nov 2012 01:00 AM PST dok bangang macam tu lagi la kena tipu hidup-hidup pemimpin hidup mewah bermaharajalela yang bawah? |
Balut Reban Dengan Bendera Umno? Posted: 04 Nov 2012 01:11 AM PDT sudah sampai masanya rakyat tolak umno! |
Keluarga khuatir Ahmad di bawa menghadap Sultan Johor Posted: 04 Nov 2012 01:01 AM PDT Oleh Clara Chooi KUALA LUMPUR, 4 Nov — Keluarga Ahmad Abd Jalil, remaja yang ditahan Jumaat lalu oleh pihak polis kerana didakwa menghina Sultan Johor, merayu agar anak mereka tidak di bawa kepada pihak istana untuk permohonan maaf. Keluarga remaja berkenaan khuatir Ahmad akan di bawa menghadap Sultan untuk permohonan maaf atas kenyataannya, menyuarakan kerisauan terhadap keselamatan anak mereka yang berusi 27 tahun itu jika di bawa ke istana. Menurut SMS daripada kakak Ahmad kepada salah seorang peguam mereka malam tadi, polis berkata kepada ibunya "jika istana panggil, mereka (polis) akan membawa Ahmad menghadap Sultan". "Jika mereka mahu permohonan maaf, bawa dia ke mahkamah," kata bapa Ahmad, Abd Jalil Abd Rahman, kepada The Malaysian Insider hari ini. "Bila jejakkan kaki ke kawasan orang lain, macam-macam perkara boleh berlaku dan kita tidak boleh menyalahkan sesiapa. "Kita perlu menghormati proses perundangan. Jika mereka mahu bawa anak saya ke mahkamah, silakan. "Jangan paksa dia ke istana kerana kita tiada kuasa mengawalnya," tambahnya. "Kami orang Pulau Pinang. Kami tidak biasa mempunyai Sultan dan telah mendengar banyak kejadian yang 'menakutkan', ini hak kami." Pesara kerajaan berusia 60 tahun itu berkata pihak polis setakat ini enggan memberikan kebenaran untuk keluarganya melawat Ahmad, yang telah ditahan di Kuala Lumpur pada jam 8 malam Jumaat lalu, dan dipindahkan kepada polis Johor malam sama. Tengahari tadi, Abdul Jalil berkata beliau akan bertemu dengan pegawai penyiasat yang bertanggungjawab menyiasat kes Ahmad. "Kami mengharapkan akan ada perkembangan positif ... kami hanya mahu melihat anak kami," katanya, dan menambah imej polis akan kelihatan teruk sekiranya melarang beliau bertemu anaknya. Dalam SMS kepada The Malaysian Insider, abang Ahmad turut menyokong kenyataan bapanya yang mana remaja itu perlu dijauhkan daripada kawasan istana. "Adalah salah untuk membawanya keluar dari balai atau lokap ... kami akan meminta maaf tetapi melalui prosedur yang betul. Ahmad akan membuat permohonan maaf secara rasmi di mahkamah. "Ataupun, kami merasakan sistem ini digunakan sebagai 'mode of ugutan'," katanya melalui khidmat pesanan ringkas. Ahmad disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, dipercayai mengeluarkan kenyataan menghasut terhadap Sultan Johor di laman Facebook miliknya. Dia ditahan di pejabatnya di Cheras semalam oleh pihak polis sebelum di bawa ke Balai Polis Wangsa Maju untuk sesi soal jawab. Menurut peguamnya, Mohd Zakwan Adenan, remaja itu pada mulanya tidak dinyatakan kesalahannya, kecuali didakwa disiasat di bawah Akta Hasutan 1948. Seksyen 4 (1) memperuntukkan mana-mana pihak mengeluarkan, menerbitkan, atau mencetak aman-mana perkataan berunsur hasutan, jika disabitkan kesalahan, untuk kesalahan pertama kali didenda tidak lebih RM5,000, atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya. Selepas disoal siasat, polis menyerbu kediaman keluarganya di Damansara Damai sebelum membawa remaja terbabit ke Johor. Jam 3 petang semalam Ahmad di bawa ke Majistret Johor oleh pihak polis untuk mendapat tempoh tiga hari arahan reman. |
Terkini! TS Annuar Musa Sudah Sampai KLIA Posted: 03 Nov 2012 09:24 PM PDT |
Jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim Ke Tanjung Malim & Sabak Bernam 6 Nov 2012 Posted: 03 Nov 2012 09:16 PM PDT 1) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – (P-Tanjong Malim) 2) Lokasi : Dewan Tokong Khai Kee Theng, Slim River, Perak 3) Penceramah: i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim ii. YBhg Dr Mohd Nur Manuty iii. YB Nizar Jamaluddin iv. YB Nga Kor Meng v. YB Sivanesan vi. YBhg Brigadier General (B) Dato' Abdul Hadi Khatab vii. YBhg Chua Yee Ling 4) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Merdeka Rakyat – (P- Sabak Bernam) 5) Lokasi : Dataran Tanah Lesen Parit Baru, Sabak Bernam, Selangor 6) Penceramah: i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim ii. YBhg Prof Dr Aziz Bari iii. YBhg Shamsul Iskandar Mohd Akin iv. YBhg Ustaz Sallehan Mukhyi v. YBhg Cik Gu Bard |
Hadi Awang : Islam Bela Semua Kaum dan Agama Posted: 03 Nov 2012 05:35 PM PDT Sinopsis: Nov 3 2012 Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi ucapan di hadapan seramai 10,000 orang di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya, Negeri Sembilan. |
Anwar : Kebangkitan Rakyat ke Putrajaya Posted: 03 Nov 2012 05:34 PM PDT Sinopsis: Nov 3 2012 Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di hadapan seramai 10,000 orang di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya, Negeri Sembilan. |
Anwar : Madu di Pakatan, Racun di BN Posted: 03 Nov 2012 05:33 PM PDT Sinopsis: Nov 3 2012 Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di hadapan seramai 10,000 orang di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya, Negeri Sembilan. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan