DIALOG RAKYAT |
- “Nasib baik hujan” : Kehadiran Himpunan Kebangkitan Rakyat Luar Jangkaan
- Pakatan Rakyat Heret Pemimpin Umno-BN Rasuah Ke Mahkamah Sekiranya Menang Putrajaya (+ video)
- Segala masalah dalam Umno tertumpu kepada Mahathir
- Hudud PAS: Soi Lek sudah rasa tertekan
- Pecah Berita! hanya 30 orang saja hadir perhimpunan kebangkitan rakyat - berita harian!
- Bekas guru Kemas maut dalam rompakan di Sabak Bernam
- Penyelewengan daftar pemilih SPR bukti Umno BN penipu nombor 1
- Cuma Nyanyuk Jenis Mahathir Tidak Ecer Tahi..
- Kakitangan awam dibunuh, isteri dirogol
- DAP persoal tarikh siap baik pulih jejambat MRR2, tuntut JKR dedah jumlah sebenar
- MCA cabar Pakatan jadikan hudud sebagai manifesto PRU 13
- PKR Pahang: 'Wang ihsan RM100 juta tidak berbaloi'
- MB Perak: Taktik pembangkang cabar populariti PM
- Nik Aziz beri lampu hijau Hadi tanding Pekan
- Tanah runtuh, kuarters polis IPD Gombak terjejas
- Salahuddin sedia tentang MB Johor
- Aishah : Umno Bukan Adat Negeri, Tinggalkan Umno
- Pejabat Sinar Harian Terengganu dipecah masuk
- PKR lancar papan iklan, poster kempen baru
- Konvoi Kembara Oren disekat di Sungai Siput
- Pemuda diajak jatuhkan BN Negeri Sembilan
- BN tak mahu berubah, rakyat wajib tukar
- [BERGAMBAR] 1103 BERSIH: Puluhan Ribu Rakyat Berhimpun Biarpun Hujan Rahmat Mencurah Turun
- Lori Kempen DAP Dicuri
- 210 Mangsa Banjir Dipindahkan Di Johor
“Nasib baik hujan” : Kehadiran Himpunan Kebangkitan Rakyat Luar Jangkaan Posted: 04 Nov 2012 06:01 AM PST SHAH ALAM : Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) dan tinjauan TVSelangor di tapak acara tersebut semalam di Taman Seremban Jaya, Seremban mendapati kehadiran luar jangkaan dan bukan seperti yang cuba digambarkan media pro Umno-BN. Malah Pengarah Jawatankuas Penganjur sambutan itu, Mohamad Sabu melafazkan kesyukuran kerana hujan pada malam tersebut mengurangkan kehadiran di padang yang sudah sesak dengan lebih 10,000 orang. Pemerhatian TVSelangor pada pukul 9 malam mendapati padang di depan khemah dan pentas telah penuh dengan hadirin yang sanggup berpayung dan menunggu di dalam hujan untuk mendengar ceramah pemimpin Pakatan Rakyat. "Anggaran kami kehadiran orang ramai di sepanjang hari semalam tidak mustahil mencecah sasaran 50,000, kalau tidak pun, sudah pasti hampir. "Memang kita tak mahu cuaca buruk, tetapi memang benarlah hujan itu ada rahmatnya sebab kalau tak hujan saya kira keadaan jadi kelam-kabut. "Tak dapat tampung lebih dari yang ada semalam," kata beliau ketika dihubungi. Hari ini, beberapa media pro-Umno mendakwa bahawa acara semalam tidak mendapat sambutan seperti yang dijangkakan. Mereka dipercayai menyebarkan gambar di internet yang menunjukkan padang yang kosong dan suasana yang hambar pada waktu tengahari acara itu kira-kira pukul 4.30 petang. Walaubagaimanapun, crew TVSelangor yang mebuat liputan dari awal himpunan tersebut mendapati orang ramai mula membanjiri kawasan padang selepas pukul 8 malam, waktu yang ditetapkan oleh penganjur untuk acara malam bermula. TVSelangor juga mendapati walaupun dilanda hujan semenjak pukul 2.30 petang hingga ke 10.30 malam dan keadaan yang becak di tapak himpunan, ianya tidak menghalang orang ramai dari terus datang berpusu-pusu ke tapak tersebut. Hujan waktu tengahari juga tidak mematahkan semangat aktivis Pakatan Rakyat untuk mengadakan konvoi sebanyak 200 motosikal dan 50 kereta yang bergerak dari stadium Paroi ke Taman Seremban Jaya. Mohamad juga berkata sambutan hangat di luar jangkaan kerana Negeri Sembilan dianggap sebagai salah satu kubu Umno-BN. "Negeri Sembilan ini sendiri pun bukanlah seperti di Kelantan atau Kedah negeri PAS. Ini negeri BN sebab itulah kami tak jangkakan keadaan sambutan hangat seperti ini. "Tak tahulah saya macamana keadaannya kalau hujan tak turun semalam," ujar beliau lagi. Penganjur juga merancang untuk mengadakan himpunan seperti ini di Pulau Pinang, Perlis dan Melaka. Beliau juga menyindir laporan media Umno-BN yang mendakwa HKR gagal mendapat sambutan orang ramai. "Itu biasalah … dahulu masa BERSIH 3.0 pun dia orang lapor cuma 50 ribu sahaja yang datang," ujar Mohamad Sabu. | ||
Pakatan Rakyat Heret Pemimpin Umno-BN Rasuah Ke Mahkamah Sekiranya Menang Putrajaya (+ video) Posted: 04 Nov 2012 05:55 AM PST SEREMBAN: Pakatan Rakyat (PR) akan mengheret ke mahkamah mana-mana individu atau pemimpin Umno-BN yang pernah terlibat dengan rasuah sekiranya diberi peluang menerajui kerajaan. Mereka yang terlibat dengan perbuatan tidak bermoral akan dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan demi memastikan keadilan dapat ditegakkan. Demikian ujar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya di program Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di Seremban Jaya malam tadi. Menurut Anwar lagi, tindakan pemimpin Umno-BN menyalahguna kuasa dan kedudukan mereka ketika berkuasa telah mengakibatkan kerugian yang besar kepada rakyat dan negara ini. "Saudara, kita tak nak ganggu dia, tetapi yang dia kata kalau kita menang, kita akan jadi alat dan pencacai kepada DAP (tetapi) sebenarnya yang mereka takut adalah harta yang mereka rampas daripada rakyat. "Anak Perdana Menteri, anak bekas Perdana Menteri, kerjanya, bilion ringgit dia ambik, apa kamu ingat duit ini bapa kamu punya ke atau rakyat punya. "Syarikat petroleum bilion ringgit bila untung beli syarikat arak dan ustaz Umno pun kata hidup Melayu," sindir Anwar. Sebelum itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang pula sekali lagi memberi jaminan bahawa DAP tidak pernah berhasrat menghapuskan keistimewaan orang Melayu. Beliau turut mengajak rakyat Malaysia menjadikan Najib sebagai Perdana Menteri terakhir dari Umno-BN. "Najib Razak pecah rekod sebagai Perdana Menteri yang memiliki penggal terpanjang sebelum pilihan raya, tetapi kalau dia tak bubar, maka pada 23 April 2013 Parlimen akan terbubar secara automatik. "Kita boleh bagi dia peluang untuk cipta satu lagi rekod iaitu Perdana Menteri terakhir Umno-BN," ujar Kit Siang. Kit Siang turut menyentuh skandal RM40 juta 'Aman gate', kenderaan SUV mewah, Hummer, milik Micheal Chia tetapi digunakan oleh anak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri. LIHAT VIDEO DI SINI | ||
Segala masalah dalam Umno tertumpu kepada Mahathir Posted: 04 Nov 2012 05:48 AM PST
BATU PAHAT: Segala masalah yang dihadapi Umno dan negara sekarang ditujukan sepenuhnya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. Sekurang-kurangnya, tiga dari bekas pemimpin Umno yang meninggalkan Umno meletakkan kesalahan itu kepada Mahathir. Datuk Tamrin Ghafar, Datuk Kadir Sheikh Fadzil dan Datuk Yahya Lampong meletakkan kesilapan Dr Mahathir atas kehancuran Umno sekarang. "Umno dah rosak dan Dr Mahathirlah punca segala kerosakan ini," kata Tamrin Ghafar dalam Konvensyen PAS Johor hari ini. Tamrin, Kadir dan Yahya sudah mengumumkan pendirian mereka meninggalkan Umno. Ketiga-tiganya meletakkan Mahathir sebagai punca utama mereka tinggalkan Umno. Kira-kira 750 pemimpin PAS peringkat kawasan dan negeri menyertai konvensyen ini menyebabkan Markas Tarbiyah PAS Parit Bisu, Batu Pahat penuh sesak. "Kita jangka 500 sahaja yang hadir. Tak sangka pula begini ramai," kata Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Pesuruhjaya PAS Johor kepada Harakahdaily. Tamrin adalah salah seorang pembentang kertas kerja dalam konvensyen ini. Turut datang adalah Datuk Abdul Rahman Yunos, AJK Umno Bahagian Segamat yang menjadi tetamu konvensyen. Petronas Bukan sahaja Umno rosak, Petronas juga rosak apabila Mahathir menjadi penasihatnya, kata Kadir. "Dr Mahathir, Penasihat Petronas sepatutnya bantu Petronas tetapi dia lebih bantu anaknya, Mirzan yang sebelum ini pemagang saham 19.9 peratus San Maguel, syarikat arak yang kini menguasai rangkaian stesen minyak Petrol. "Awas tuan-tuan, jangan sampai kereta tuan-tuan mabuk pula," kata Tamrin. Menurutnya, satu kawasan carigali minyak baru dekat Sabah telah diserahkan kepada Kencana Oil, milik Mirzan yang sepatutnya diserahkan kepada Petronas. "Atas sebab-sebab itulah saya lari," kata Tamrin menafikan beliau berhasrat mahu bertanding. "Saya lari tu bukan nan tanding, tak nak dah. Saya jadi MP dah dua penggal, dah jadi Pengerusi Mara dan sebagainya. Dah cukup tu," katanya. Tamrin juga berkata, kalau selama Wanita Umno sangat kuat tetapi kini sudah lembik. "Naib Wanita Umno kata mereka sudah malu turun ke bawah kerana kita sudah dianggap 'wanita lembu', sedangkan selama ini mrekalah yang paling berkesan," kata Tamrin. | ||
Hudud PAS: Soi Lek sudah rasa tertekan Posted: 04 Nov 2012 05:45 AM PST
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dalam sebuah akhbar mingguan hari ini kerana sudah merasai tertekan dengan kemarahan umat Islam. Mengambil tempoh waktu tertentu akhirnya Presiden MCA membuat kenyataan baru untuk mengelak daripada dirinya terus dikecam. "Dia sebenarnya rasa tertekan…tersinggung dengan kritikan umat Islam sendiri sebelum ini berhubung tindakannya mempertikaikan hukum hudud dan sebagainya. "Dia kata dia tidak hina Islam, tetapi pertikaikan hukum hudud PAS, mana boleh jadi begitu sedangkan hukum hudud itu sendiri adalah Islam," ujarnya. Sambungnya, sebagai contoh andainya ada orang menentang hanya satu dari yang terkandung dalam undang-undang Malaysia, ertinya orang terbabit telah menentang negara ini. Pada masa yang sama Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, Soi Lek seharusnya mempersoalkan 'mana hukum hudud Umno' dan bukannya memperosalkan hudud yang diperjuangkan PAS. Katanya, sekiranya tiada hukuman itu yang dibentangkan oleh Umno, sudah bererti apa yang diusahakan PAS adalah ajaran Islam. Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily, ketika ditemui di pejabatnya tengah hari tadi bagi mengulas kenyataan Soi Lek yang mendakwa beliau tidak menghina Islam, cuma persoal hudud PAS. | ||
Pecah Berita! hanya 30 orang saja hadir perhimpunan kebangkitan rakyat - berita harian! Posted: 04 Nov 2012 05:35 AM PST
Kuala Lumpur - by @tiewnama. Seperti yang di ketahui umum, media media milik kerajaan Barisan Nasional suka berbohong dan menipu dalam menyampaikan berita kepada rakyat malaysia, sudahlah dengan rakyat mahu di tipunya, dengan Tuhan pun media Barisan Nasional mahu tipu juga, media UMNO cuba menggoreng pemikiran warga emas tetapi akan di gorengkan oleh warga muda, insyaallah. berbalik kepada laporan jelas dan penuh dengan penipuan di atas, berita harian dan utusan adalah antara media media pro kerajaan Barsan Nasional ini, telah melaporkan bahawa sambutan hambar semasa kempem himpunan kebangkitan rakyat di seremban jaya malam tadi. apa pun perkara yang berlaku, projek melawan di sana sini ini telah di rasmikan oleh 3 tokoh besar dalam pakatan rakyat dengan megibarkan bendera bertulisan jawi iaitu Pakatan Rakyat Supporter atau PRS, rujuk Pakatan Rakyat Supporters dalam majlis pelancaran malam gemilang Kebangkitan Rakyat dan ANAK MUDA! tim era pasca semalam telah berada di tapak lokasi dengan melihat sendiri kehadiran tidak putus putus dari petang hingga ke malam bagi program jelajah rakyat dan kebangkitan rakyat ini. lihat saja permainan utusan dan berita harian yang jelas inilah ungkapan paling di sukai oleh pemimpin mereka iaitu 1Malaysia, Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian di utamakan, maksud kata Najib Razak ini hanya orang orang yang bijak saja dapat memahami. menurut kajian dan pengamatan tim era pasca semalam, tidak kurang 80 ribu orang hadir pada hari tersebut walau dalam keadaan hujan lebat dan kadang kala renyai itu dan yang paling ajaib adalah, hujan telah berhenti bilamana anwar ibrahim tiba di tapak lokasi dan di anggarkan hampir 50 ribu orang membanjiri seremban jaya sebelum bersurai jam 12malam. KIBARAN BENDERA PAKATAN RAKYAT oleh kerana berita harian meletakkan gambar di waktu siang, maka gua juga akan meletakkan gambar himpunan kebangkitan rakyat semalam dengan suasana siang. anda lihat anda nilai. by @tiewnama - jika tak BOHONG bukan Berita Harian Umno lah namanya. kahkahkahkah | ||
Bekas guru Kemas maut dalam rompakan di Sabak Bernam Posted: 04 Nov 2012 05:16 AM PST SINAR HARIAN SABAK BERNAM - Seorang bekas guru Jabatan Kebajikan Masyarakat (Kemas) meninggal dunia dipercayai akibat lemas selepas mukanya ditekup dengan bantal oleh seorang daripada dua lelaki yang merompak rumah kedainya di Jalan Parit 6 Timur, Sungai Besar di sini pagi tadi. Mangsa dikenali sebagai Sadariah Tohbasar @ Ahmad, 65, yang bekerja sebagai tukang jahit dan membuat kuih. Lebih menyayat hati, kejadian kira-kira pukul 4.45 pagi itu disaksikan oleh cucunya, Mohd Hafizul Azwan Mohd Aznan, 17, yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) esok. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supt Noor Mushar Mohamad berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.30 pagi memaklumkan mengenai kejadian samun di rumah kedai itu. Beliau berkata mayat mangsa ditemui terbaring di ruang tamu dengan kesan darah di bahagian mulut dan kesan bengkak di dahi kirinya. "Mengikut keterangan cucunya yang tidur sebelah mangsa, dua lelaki memakai sarung muka dan bersarung tangan serta bersenjatakan dua bilah parang telah memecah masuk pintu belakang serta menggeledah bilik tengah untuk mencari barangan berharga. "Sebelum itu, mangsa dan cucunya telah diikat dengan tali rapia. Cucunya tidak melawan dan mendiamkan diri tetapi mangsa telah menjerit meminta tolong menyebabkan suspek menumbuk dahinya dan bertindak menekup muka mangsa dengan bantal sehingga wanita itu lemas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian. Noor Mushar berkata kedua-dua suspek dipercayai warga tempatan turut melarikan pelbagai barangan kemas dan wang tunai RM500 menyebabkan keseluruhan kerugian kira-kira RM2,000. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah Sabak Bernam di sini untuk bedah siasat, katanya. Beliau berkata pihaknya kini sedang mengesan kedua-dua suspek bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh. "Kita akan menjalankan siasatan menyeluruh termasuk menggunakan khidmat unit anjing pengesan K9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bagi menjejak suspek. Kita percaya akan dapat tangkap suspek dalam masa terdekat," katanya. Noor Mushar meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah ASP Masri Md Hassan di talian 03-32242613. - Bernama | ||
Penyelewengan daftar pemilih SPR bukti Umno BN penipu nombor 1 Posted: 04 Nov 2012 01:41 AM PDT Aedi Asri SEREMBAN:Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kerajaan Umno BN sebagai penipu nombor satu di dunia berdasarkan tindak-tanduknya yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa. Berucap pada pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat semalam, beliau berkata, daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan peningkatan kira-kira 1 juta pengundi dalam masa setahun. "Rekod ini hanya boleh berlaku ketika Umno BN berkuasa," katanya di hadapan lebih 12,000 hadirin di Taman Seremban Jaya sambil menunjukkan contoh penipuan Umno melalui skrin layar. Beliau juga mengingatkan rakyat, saman trafik Automated Enforcement System (AES) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pula hanya ditangguh kerana Umno BN takut kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13. "Kalau ditakdirkan mereka menang, AES dan GST pasti akan dilaksanakan. Anda semua jangan percaya puak ini (Umno BN)," katanya disambut sorakan gamat. Pada 1 November lalu, Parlimen bersetuju menangguh dan mengkaji semula pelaksanaan AES selepas mendapat bantahan hebat pelbagai pihak khususnya pemimpin Pakatan. September 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mengaku ketika berucap di Persidangan Forbes Global CEO bahawa GST mungkin dilaksanakan selepas PRu ke-13. Dalam pada itu, beliau juga menegaskan pendirian Pakatan untuk mengubah sistem politik berasaskan kaum kepada politik yang membela nasib seluruh rakyat. "Mereka kata Anwar nak bagi semua pada orang Cina dan India…Bukan semua Cina tauke judi Genting. Apa salahnya kita bagi pada Melayu (bersama-sama) anak Cina dan India yang layak? Tidak usah mainlah politik kaum sebegitu rupa," katanya yang kesal Umno BN memanipulasi isu perkauman untuk mengaut kekayaan negara. "(Justeru) Melayu (Khususnya) jangan pertahankan rasuah. Orang Melayu berakhlak (pasti) akan bersama-sama tentang penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa," tegasnya lagi. Selain beliau, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang serta pimpinan Pakatan Negeri Sembilan turut memberi ucapan. Di akhir program, seluruh pimpinan yang hadir naik ke pentas untuk sama-sama melancarkan secara rasmi Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diikuti dengan program jelajah seluruh negara sebelum kemuncaknya di Stadium Nasional Bukit Jalil Januari depan. | ||
Cuma Nyanyuk Jenis Mahathir Tidak Ecer Tahi.. Posted: 04 Nov 2012 01:36 AM PDT THE MALAYSIA INSDIERPerkatana diucapkan mengenai aspirasi Pakatan Rakyat yang inginkan kuasa dan menang dalam pilihan raya. Kata Mahathir Pakatan Rakyat adalah pakatan sementara saja bukan seperti Barisan Nasioal yang sudah 55 tahun. Orang akan marah kalau saya kata Mahathir bodoh... atau pun tidak ada nilai dalam membuat andaian politik. Dia kata BN sudah 55 tahun, memanglah gabungan itu wujud sejak tahun tahun 1971 lagi. Pakatan Rakyat hanya digagasan dua tiga tahun lepas. Buatlah macam mana sekali pun termasuk Mahathir menungging balik dengan Siti Hasmah Md Ali di stadium merdeka usia Pakatan Rakyat dengan BN tidak akan selari. Orang cerdik akan dapat membezakan keadaan ini tetapi orang seperti Mahathir tidak nampak. Penyokong dan poentaksub ubi kayunya akan marah kalau kita kata Mahathir sudah nyanyuk. Kenyanyukan dalam memahami ini tidak dirasai oleh pentaksubnya kerana nyanyuk jenis Mahathir ini bukan jenis ecer tahi. Kita tidak marah kalau dia hendak terus bercakap, mengulas politik dan membela Umno dan bagi menjamin anaknya Mukhriz meneruskan legasinya sebagai perdana menteri. Tetapi dengan terus memperbodoh-bodohkan rakyat ia sesuatu sangat dikesali dan memalukan negara. Percayalah Mahathir tidak akan berhenti dia akan terus berkokok sama ada apa yang dikatakan itu benar atau tidak. Baginya nikmat berkokok yang Tuhan berikan tidak perlu dihentikan. Selagi ada orang merasakan ia ada nilai dan manfaat dia akan berkokok dan berkokok. Selagi ada orang bersorak dia akan berkokok, kalau pun dibuat sound atau rakaman orang bertepuk dipasang selepas setiap kali dia melapazkan kata-kata dia tetap akan berkokok. Berkokok tanpa hujung jatuh dan tidak kira waktu ini juga mungkin satu sindrom. Dia juga memperkecil-kecilkan apa dijanjikan Pakatan Rakyat dalam manifesto. Beliau kena berkata begitu kerana sebenarnya dia kesal dan malu dengan apa dijanjikan PR. Misalnya untuk beri 20% royalti petroleum tidak terbuat olehnya. Dia lupa kerana lebih memikirkan bagaimana hendak kaut hasil minyak untuk kepentingannya bukan rakyat. Dia menafikan segala pembaharuan Pakatan Rakyat termasuk mengurangkan atau mengtiadakan tol di lebuh raya. Dia tidak percaya dan tidak yakin berdasarkan kepada amalannya. Dia tidak nampak makenisme Pakatan Rakyat mengurangkan kos pembinaan kemudian menafikan tol. Bagi Mahathir pula tol perlu dikenakan kerana untuk membayar kos yang tinggi. Tanya pula kenapa kos pembinaan tinggi, kos pembelian kerajaan tinggi, jawabnya sebab rasuah nak agih-agihkan kerana kroni. Itu fasal kos meningkat berganda. Jadi apabila kos untuk rasuah ini dihilangkan... maka rendahlah segala perbelanjaan dan rakyat pun kena membayar dengan nilai rendah. Jelaslah kaedah yang Mahathir benarkan itu kaedah halal melakukan rasuah. Mahathir sangat berbangga dengan segala projek dizamannya, walhal semua projek itu kotor dan cdemar dengan rasuah. Jadi dia sangat malu dengan janji dan keupayaan Pakatan Rakyat yang dijanjikan dalam Buku Jingga itu. , maka jalan terbaik ialah mengkritik dan memburuk-burukkan apa yang dijanjikan Pakatan Rakyat. Mengenai tiada apa hendak dijanjikan PR melain itu (royalti minyak) Mahathir tak nampak kepada janji-janji dan pembaharuan lain kerana dia adalah pembaca media penjilat buntut utama di mana cerita-cerita janji dan pembaharuan politik digagasan PR tak ternampak olehnya. Disimpulkan sesiapa menuruti dan percaya kepada kata-kata politik Mahathir orang itu akan sesat barat dan telah tertelan air Mahathir atau pun tercium panhtak Mahathir seperti terjadi kepada seorang rakyat di Pasir Mas. | ||
Kakitangan awam dibunuh, isteri dirogol Posted: 04 Nov 2012 01:34 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER BENTONG- Seorang kakitangan Pejabat Hutan Daerah Bentong maut manakala isterinya dipercayai dirogol dalam kejadian samun di kuarters Pejabat Hutan Bentong, Jalan Tras dekat sini awal pagi ini. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, ketika kejadian pukul 4.40 pagi itu, Khairul Hazri Jamaludin, 31, dan isterinya yang berusia 28 tahun tidur di ruang tamu. Menurutnya, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki bertopeng dan bersenjatakan senapang patah masuk ke dalam rumah menerusi tingkap bahagian dapur. "Kehadiran suspek mengejutkan pasangan suami isteri itu menyebabkan Khairul Hazri bertindak mempertahankan diri dan bergelut dengan suspek.-utusan | ||
DAP persoal tarikh siap baik pulih jejambat MRR2, tuntut JKR dedah jumlah sebenar Posted: 04 Nov 2012 01:28 AM PDT KUALA LUMPUR — DAP hari ini menuntut jawapan daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) berkenaan tarikh baik pulih jejambat Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) di Jalan Sungai Buluh-Kepong yang dilihat telah lewat dari tarikh asal. Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Dr Tan Seng Giaw menegaskan, JKR juga perlu mendedahkan kos sebenar baik pulih jejambat berkenaan yang menurutnya kini berharga lebih RM100 juta. "Saya minta JKR kemukakan kepada rakyat bila jejambat MRR2 akan siap sepenuhnya kerana ia telah jauh melepasi tarikh asal rancangan baik pulihnya pada Ogos 2008," katanya yang dihubungi The Malaysian Insider. "Selain itu, pihak berwajib juga perlu menyatakan keseluruhan kos baik pulih jejambat tersebut ... menurut perkiraan saya ia boleh dimasukkan ke dalam Guinnes World Record kerana bernilai lebih RM 100 juta." Dr Tan (foto fail) juga menjelaskan, berdasarkan kenyataan sebelum ini, jejambat itu sepatutnya siap sepenuhnya selepas dibaik pulih untuk kali kedua dalam tempoh 30 bulan projek itu dimulakan pada 2008. "Kerajaan telah belanjakan RM70 juta sebelum ini, dan RM45 juta untuk kos baik pulih kali kedua. "Sekarang jejambat itu masih belum siap sedangkan tarikh asal adalah 30 bulan bermula Ogos 2008," kata Ahli Parlimen Kepong itu lagi, dan menambah JKR perlu menyatakan tahap keselamatan jejambat tersebut. Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor pada 2011 berkata struktur yang terjejas di MRR2 adalah rasuk silang pier 28 telah siap sepenuhnya dengan menggunakan teknologi kabel keluli pra tegasan selepas teknologi dari Jerman yang digunakan sebelum ini mengalami kegagalan. Pada Ogos 2008, serpihan konkrit perekat dari jejambat itu terjatuh ekoran tendon yang digunakan untuk mengukuhkan rasuk silang yang diperbuat daripada bahan Carbon Fibre Reinforced Polymer (CFRP) itu rosak akibat tindak balas kimia. Kerja-kerja pembaikannya dimulakan pada 5 November 2009 dan 12 tendon CFRP telah siap diganti dengan tendon keluli pada 12 Disember 2010. Shaziman menjelaskan, struktur pier 28 telah diperkukuhkan dan kini dijangka boleh digunakan sepanjang hayat. Sebelum ini kerja-kerja pengukuhan 26 rasuk silang di jejambat MRR2 Jalan Sungai Buluh-Kepong terjejas akibat berlaku kecacatan pada CFRP yang dipasang pada Pier 28. Sebagai langkah keselamatan, JKR telah mengarahkan kontraktor terlibat, Syarikat Bridgex Sdn Bhd untuk memasang rangka pengikat dan jaring keselamatan di rasuk silang itu bagi tujuan pengukuhan semula. Shaziman berkata sebagai langkah keselamatan, baki 25 rasuk silang pier telah dibalut dengan jaring keselamatan untuk mencegah kejadian yang menimpa pier 28 daripada berulang. Katanya, keseluruhan kerja-kerja baik pulih itu akan mengambil masa dua tahun setengah untuk siap dengan melibatkan kos bernilai RM45 juta. Sebelum ini, jejambat Kepong telah tiga kali ditutup bermula 2004 apabila penduduk Kepong memaklumkan terdapat lebih 7,000 rekahan di 31 daripada 33 tiang jejambat dan dua tahun kemudian laluan itu terpaksa ditutup sepenuhnya ekoran kerosakan lebih serius dikesan di jejambat itu. Pada Ogos 2008, jejambat Kepong ditutup buat kali ketiga kepada semua lalulintas selepas rekahan sekali lagi ditemui di tiang ke-28, memaksa kerajaan memperuntukkan lebih RM70 juta bagi membaik pulih jejambat yang boleh menampung 5,000 kenderaan pada satu masa itu. | ||
MCA cabar Pakatan jadikan hudud sebagai manifesto PRU 13 Posted: 04 Nov 2012 01:14 AM PDT Malah, pemimpin MCA itu juga sedia untuk menerima pelaksanaan hudud sekiranya rakyat negara ini bersedia menerima undang-undang Islam tersebut. "Saya sebagai Presiden MCA ingin menegaskan bahawa MCA adalah sebuah parti yang mendokong prinsip demokrasi. "Oleh itu, demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi maka Pakatan Rakyat perlu meletak hudud versi PAS dalam manifesto mereka dalam pilihan raya yang akan datang (PRU 13). "Seandainya ia diterima dan disokong oleh majoriti rakyat Malaysia maka MCA akan menghormati kehendak rakayat Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini. Dr Chua (gambar) juga turut mencabar DAP untuk menyatakan pendirian mereka, sama ada mereka bersama – sama MCA menentang pelaksanaan Hudud Versi PAS atau tidak. "Sekiranya mereka menyatakan mereka tidak berkongsi pendirian yang sama dengan MCA dalam isu hudud versi PAS maka mereka perlu tampil memberitahu rakyat bahawa mereka menyokong pelaksanaan hudud versi PAS di negara kita. "Diharapkan DAP tidak lari dan sembunyi daripada cabaran pendirian mereka dalam isu ini. "Mereka hanya perlu menyatakan pendirian sokong atau tidak," cabar Dr Chua lagi. Pemimpin MCA itu sebelum ini telah dikecam oleh PAS dan pemimpin pembangkang kerana mengeluarkan kenyataan keras berhubung pelaksanaan hudud di negara ini. Beliau pernah mengeluarkan kenyataan 1.2 juta rakyat negara ini akan kehilangan pekerjaan sekiranya hudud dilaksanakan, dan negara yang melaksanakan hudud akan menjadi lebih korup. Menjelaskan situasi itu, Dr Chua menjelaskan, MCA bangkit untuk menentang perjuangan Enakmen Hudud versi PAS, dan bukannya menghina agama Islam kerana tindakan MCA mempertikaikan perjuangan sesebuah parti politk ( PAS ) adalah berbeza dengan penentangan MCA terhadap sesuatu agama (Islam). "Isu ini sebenarnya telah dipolitikkan dan diputar oleh pemimpin Pakatan Rakyat apabila mereka menganggap sesebuah parti politik ( PAS ) itu adalah agama Islam. "Saya telah berbincang dengan Ustaz Fathul Bari dari Pertubuhan Ilmuan Malaysia dan tidak ada masalah bagi MCA untuk menerima penerangan dari beliau tentang hukum hudud berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar," katanya lagi. MCA juga tegas Dr Chua tidak pernah sekalipun melakukan sesuatu tindakan yang mengecam agama Islam dan pengamalannya di Malaysia. "Sepertimana MCA menghormati agama-agama lain seperti Buddha, Kristian dan Hindu, MCA juga peka dan menghormati sensitiviti umat Islam negara ini, apatah lagi, Islam adalah agama rasmi persekutuan. "Hal ini terbukti dengan sokongan dan penerimaan MCA terhadap perlaksanaan rukun-rukun Islam di negara ini seperti pembinaan masjid-masjid, institusi Tabung Haji yang memudahkan umat Islam menunaikan haji, penubuhan dan implementasi pusat zakat dan kutipannya, pembinaan sekolah-sekolah Agama, perbankan Islam, penerapan dasar-dasar Islam dalam kerajaan dan yang paling utama. "MCA tidak pernah menentang malah menyokong dan mendokong bahawa Islam adalah agama Persekutuan dengan agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman dan damai seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia sejak Merdeka," tambahnya lagi. | ||
PKR Pahang: 'Wang ihsan RM100 juta tidak berbaloi' Posted: 04 Nov 2012 12:37 AM PDT KUANTAN – Pemberian wang ihsan RM100 juta kepada Pahang yang diumumkan Kerajaan Persekutuan, baru-baru ini, dilihat sudah pun menganiaya negeri itu dan jumlah lebih tinggi sepatutnya diterima. Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, jumlah itu dianggap tidak berbaloi untuk Pahang, berikutan keuntungan yang bakal diperoleh adalah jumlah besar. "Saya berani kata, wang ihsan RM100 juta tersebut setakat celah gigi sahaja. Jika dibandingkan industri minyak dan gas yang sebenar, jumlahnya adalah jauh lebih tinggi," katanya ketika dihubungi semalam. Katanya, beliau yakin jumlah hasil minyak di medan minyak Bertam itu mencecah belasan bilion ringgit dan sewajarnya wang yang diterima lebih banyak. "Industri minyak dan gas tidak pandang projek satu atau dua bilion ringgit. Paling kurang pun 10 hingga 15 bilion. Jadi mengapa Pahang hanya menerima RM100 juta sahaja sedangkan boleh dapat lebih," katanya. Beliau turut menyokong kenyataan Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu Kerajaan Persekutuan memberikan royalti minyak, bukannya wang ihsan. "Pahang layak menerima hasil minyak secara pembayaran royalti dan bukannya wang ihsan. Dari segi pemberian wang juga sudah nampak penganiayaan, itu belum lagi cerita bab lain. "Saya minta sekiranya Kerajaan Persekutuan benar-benar ingin memberi wang kepada Pahang, biarlah ikhlas dan amanah. Nak bagi duit jangan acuh tak acuh," katanya. Beliau juga tidak mahu isu ini dipolitikkan serta dijadikan bahan untuk memancing undi. | ||
MB Perak: Taktik pembangkang cabar populariti PM Posted: 04 Nov 2012 12:33 AM PDT KUALA KANGSAR – Kesediaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertanding di Parlimen Pekan hanyalah taktik pembangkang untuk mencabar populariti Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, perkara itu adalah isu lama yang selalu timbul setiap kali pilihan raya. "Jika mereka hendak bertanding, bertandinglah. Kita tengok siapa lebih popular," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Karnival Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak 2012, di sini semalam. Beliau turut mengulas saranan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang minta calon DAP hanya tanding satu kerusi. Katanya, bagi Barisan Nasional (BN), ia adalah amalan biasa yang dilaksanakan melainkan mungkin satu atau dua tempat di Sabah dan Sarawak. "Tidak pernah timbul masalah itu di Semenanjung Malaysia. Kita hanya ikut arahan parti. Jika diikutkan kebiasaan, memang seorang calon untuk satu kerusi, namun ia bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan. "Nampaknya masalah ini sudah jadi huru hara dalam DAP, termasuk di Perak. Jika mahu tahu selebihnya, boleh tanya tiga beradik atau 3N (Nizar, Nga dan Ngeh). Bagi BN, kita tiada masalah kecuali pimpinan arahkan bertanding untuk Parlimen dan Dun," katanya. | ||
Nik Aziz beri lampu hijau Hadi tanding Pekan Posted: 04 Nov 2012 12:30 AM PDT KOTA BHARU - Hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu bertanding di Parlimen Pekan, Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) disambut baik dan direstui Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Nik Abdul Aziz semalam memberi 'lampu hijau' kepada Ahli Parlimen Marang itu dan menyokong kenyataannya bertanding PRU13 menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Dia (Abdul Hadi) adalah presiden parti, jadi apa (hasrat) yang dicakapkan kita akan turut dan sokong demi kebaikan parti serta perjuangan Islam. "Saya sangat menyokong sekiranya Abdul Hadi benar- benar mahu bertanding di Pekan pada pilihan raya akan datang untuk menentang mereka yang mengagun-gagungkan perjuangan kebangsaan daripada memilih agama," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya, semalam. Nik Aziz yang juga Pengerusi Majlis Syura Ulama Pas tidak terkejut dengan pengumuman Abdul Hadi yang ingin berhijrah ke Pahang walaupun tidak dapat memberi jaminan sepenuhnya sama ada kemenangan memihak kepada parti mahupun pihak lawan. "Sekarang ini menang atau kalah itu lain hal, apa yang penting adalah sokongan kepada beliau setelah menunjukkan keberanian untuk bertanding di kerusi disandang Perdana Menteri," katanya. Tanpa menunjukkan kebimbangan terhadap kerusi Parlimen Marang sekiranya dilepaskan Abdul Hadi nanti dengan penghijrahannya ke Pekan, Nik Aziz mengharapkan perjuangan tersebut disokong penuh. Nik Aziz juga Menteri Besar Kelantan turut menyuarakan kebimbangan sekiranya pilihan raya yang berlangsung di Pekan tidak dilaksanakan dengan adil. "Saya minta ketika pilihan raya nanti tidak ada pengundi- pengundi hantu yang mempengaruhi keputusannya," katanya. Dalam masa sama, Nik Aziz juga turut memuji keberanian Abdul Hadi itu untuk melawan mana-mana calon yang dilihat menolak kepada perjuangan Islam. | ||
Tanah runtuh, kuarters polis IPD Gombak terjejas Posted: 04 Nov 2012 12:23 AM PDT [DIKEMAS KINI] SELAYANG - Puluhan keluarga pegawai dan anggota polis di kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh kira-kira jam 7 malam selepas hujan lebat melanda Lembah Kelang sejak petang tadi. Akibat kejadian itu, tiga kereta yang diletakkan berhampiran kuarters itu rosak selepas ditimpa batu yang jatuh berikutan runtuhan tebing itu. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superitendan Rosly Hassan berkata, siasatan awal bomba mendapat kondisi tanah berada di tahap kritikal dibimbangi berlaku pergerakan tanah sekiranya hujan berterusan. Menurutnya, sebagai langkah awal keselamatan dan pengawasan, seramai 150 orang daripada 32 keluarga yang tinggal di blok F1 diarahkan meninggalkan kediaman serta berkumpul di dewan. "Hujan berterusan bermula jam 4 hingga 6 petang dipercayai antara punca berlakunya rekahan tanah dan kejadian ini adalah insiden pertama berlaku sejak kuarters berkenaan diduduki 2002. "Keluarga yang dipindahkan itu tidak dibenarkan memasuki blok bagi tujuan keselamatan sehingga pengesahan kondisi tanah diputuskan agensi berkaitan," katanya sewaktu meninjau runtuhan tebing. Katanya, jarak runtuhan tebing dengan blok F1 yang didiami 32 keluarga itu cuma adalah 1.2 meter sahaja. Beliau berkata, hanya penduduk satu blok itu diarahkan keluar dan pihaknya masih menunggu laporan terperinci daripada pihak Jabatan Kerja Raya dan Majlis Perbandaran Selayang. Seorang penduduk ditemui, Aida Ninggal, 50, berkata, ketika kejadian dia bersama suami keluar membeli kelengkapan dapur. "Saya menerima panggilan telefon dari anak perempuan sekitar jam 7 malam memaklumkan berlaku runtuhan tebing berhampiran rumah dan terdengar siren kecemasan. "Saya bersyukur tiada apa-apa kejadian buruk berlaku ke atas anak yang ketika itu tinggal bersendirian dan sedang tidur," katanya. Seorang lagi mangsa, Nor Shamsiah Ibrahim, 49 berkata, ketika kejadian dia bersama suami dan lima anaknya berada di rumah sedang menonton televisyen. "Saya yang tinggal di tingkat satu terkejut mendengar dentuman kuat ingatkan kemalangan. "Namun apabila meninjau di luar tingkap mendapati bongkah batu dari tembok pengadang runtuh dan menghempap tiga kereta yang salah satunya rosak teruk," katanya yang baru menduduki tersebut dua tahun lalu. | ||
Salahuddin sedia tentang MB Johor Posted: 04 Nov 2012 12:18 AM PDT JOHOR BAHRU - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub tidak menolak kemungkinan akan bertanding bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Serom pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), yang kini disandang Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. Menurutnya, beliau kini bersedia untuk menentang pemimpin nombor satu di negeri ini sekiranya pucuk pimpinan parti mengarahkannya untuk bertanding di Dun berkenaan. "Siapa pun di dalam parti tidak kira memegang jawatan Presiden atau sebagainya perlu ikut arahan diberikan. "Sebab itu bila parti mengarahkan saya untuk pulang ke Johor dan bertanding di sini, saya patuh dan meninggalkan Kelantan. "Jika parti arah saya untuk lawan Menteri Besar di Dun Serom, saya akan patuh," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejutan dan kesediaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan pada PRU13, yang kini disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kelmarin. Salahuddin yang merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, kesediaannya untuk bertanding di Dun Serom itu selari dengan nada yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen Marang (Abdul Hadi). "Saya akan patuh seperti mana Presiden Pas sendiri. Ia akan berlaku sekiranya parti memutuskan ia kelak," katanya. Ditanya persiapan jentera parti sekiranya beliau bertanding di Dun Serom, beliau berkata, semua jentera Pas di negeri ini sudah bersedia untuk memastikan kemenangan Pas dan calon-calon pakatan pembangkang di setiap kerusi yang ditandingi. "Jentera tidak mempunyai masalah. Jika pemimpin (calon) sendiri sudah bersedia untuk berkorban, jentera Pas juga akan berjuang seperti mana dilakukan sebelum ini. "Mereka (jentera) sentiasa taat dan patuh kepada parti serta kepimpinan," katanya. Selain itu, Salahuddin berkata, pembahagian kerusi dalam kalangan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini sudah 95 peratus selesai sekali gus tidak timbul dakwaan berlakunya masalah berhubung perkara berkenaan. | ||
Aishah : Umno Bukan Adat Negeri, Tinggalkan Umno Posted: 03 Nov 2012 05:15 PM PDT SEREMBAN: Penyanyi terkenal 80-an Aishah menyeru rakyat Negeri Sembilan agar tinggalkan Umno di dalam ucapannya di dalam konsert sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Taman Seremban Jaya di sini. Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, berkata meskipun orang Negeri Sembilan kuat berpegang pada adat, tetapi Umno bukanlah sebahagian dari adat Negeri Sembilan. "Orang Negeri Sembilan harus tahu, Umno bukanlah adat yang perlu kita pertahankan, jadi kita harus tolak Umno yang merosakkan negara ini," ujar beliau di dalam ucapan ringkas selepas persembahan beliau. Acara di tapak HKR dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti persembahan nyanyian artis popular 90an, Nizam Laksamana dengan lagu popularnya "Gugurnya Bunga Cinta". Selain Aishah dan Nizam Laksamana, antara artis lain yang turut hadir adalah Dayangku Intan dan Vincent Chong. Selain menyampaikan ucapan ringkas, Dayangku Intan turut menyampaikan lagu popular beliau, "Berpaut Di Dahan Cinta". Selain hiburan, majlis petang tadi turut diselang-selikan dengan ucapan pemimpin muda Pakatan Rakyat yang mewakili kaum Melayu, Cina, India dan Orang Asal. Himpunan tersebut didahlui dengan konvoi dari Stadium Paroi yang disertai kira-kira 200 motorsikal dan 50 buah kereta terus menerima sokongan masyarakat di Senawang. Orang ramai yang berada di sepanjang jalan memberikan sokongan dengan membunyikan horn dan memberi isyarat bagus kepada peserta konvoi. Konvoi tersebut tiba di tapak HKR kira-kira jam 4.30 petang dan disambut dengan paluan kompang, tarian singa, kumpulan gendang India dan sorakan semangat orang ramai yang berada di tapak HKR. Dianggarkan kira-kira 2,000 orang telah membanjiri tapak HKR yang berlangsung dalam keadaan hujan. Acara dihentikan kira-kira jam 7.30 malam sebelum akan disambung semula pada sebelah malamnya dengan ceramah pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat dari PKR, PAS dan DAP. | ||
Pejabat Sinar Harian Terengganu dipecah masuk Posted: 03 Nov 2012 05:04 PM PDT Sebuah bangunan dua tingkat yang menempatkan pejabat Sinar Harian cawangan Terengganu, pejabat 7Eleven Terengganu dan sebuah salun kecantikan di Jalan Sultan Mahmud dipecah masuk malam tadi. Wartawan kanan Sinar Harian Terengganu Farah Shazwani Ali berkata kejadian itu disedari pada pukul 9.15 pagi ini ketika seorang wartawan tiba di pejabat untuk memulakan tugas. Farah Sahzwani berkata wartawan berkenaan kemudian menelefon beliau memaklumkan pintu utama dan pintu grill tidak berkunci dan keadaan pejabat yang berselerak. "Saya bergegas ke pejabat selepas menerima panggilan itu dan saya dapati pejabat sangat berselerak kerana digeledah. "Hasil pemeriksaan, kami rasakan kemungkinan penjenayah berkenaan masuk melalui pintu hadapan kerana terdapat kesan umpilan pada pintu itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian. Beliau berkata penjenayah berkenaan melarikan sebuah kamera DSLR jenama Nikon D40, komputer riba, dua telefon jenama Motorola dan Nokia serta wang tunai RM30. Sementara itu seorang kerani 7Eleven, Tuan Syarifah Azizah Tuan Ibrahim, 22 berkata beliau mendapati pintu utama pejabatnya tidak bertutup dan keadaan pejabat berselerak ketika memasuki pejabat pada pukul 9.30 pagi ini. "Ketika sampai, saya terperasan satu projektor berada di depan pintu dan menyangkakan tiada apa yang hilang namun setelah diperiksa, rupanya beberapa barang seperti kamera, wang tunai dan komputer riba lesap," katanya. Laporan polis mengenai kejadian itu dibuat di Ibu Pebajat Polis Daerah Kuala Terengganu tengah hari ini.- Bernama | ||
PKR lancar papan iklan, poster kempen baru Posted: 03 Nov 2012 05:00 PM PDT Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini melancarkan papan iklan dan poster kempen baru parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum yang bakal menjelang tidak lama lagi. Wan Azizah berkata PKR mahu mewarnai pilihan raya dengan idea, harapan, dan wajah-wajah rakyat melalui kempen bertemakan "Pakatan Harapan Rakyat" itu. Kempen itu juga bagi menyaingi kempen pilihan raya BN yang didakwanya penuh dengan "caci nista", katanya. "Kita tidak ada media lain. Kita tidak dapat menandingi (kempen) BN di TV3 dan Utusan. "Sebab itu, kita mahu ia disebarluas keseluruh negara sama ada melalui bilboard atau elektronik supaya mesej pilihan raya sampai kepada rakyat dari sekarang," katanya dalam ucapan perasmiannya. Antara isu yang dimuatkan dalam papan iklan dan poster tersebut adalah berhubung harga harga barang, pendidikan percuma, harga kereta isu martabat wanita. Dalam sidang media selepas majlis perasmian tersebut, Wan Azizah berkata di media berkenaan akan dipasang di "kawasan yang menjadi lalu lalang dan yang boleh melihat mesej tersebut". Difahamkan, sebanyak 10 papan iklan dilancarkan bagi fasa pertama, dan ia akan bertambah bagi fasa kedua. Dalam sidang media sama, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata parti itu akan membentuk satu pasukan bagi menguruskan permohonan pemasangan papan iklan dan poster tersebut daripada pihak berkuasa tempatan. MP Machang itu berkata mesej yang disampaikan melalui media berkenaan "konsisten" dengan isu yang dibangkitkan oleh PKR seperti pendidikan percuma, penurunan harga kereta dan caruman pada wanita. "Kita konsisten dengan melawan secara polisi (dengan BN). Polisi lawan polisi. Kita ajak politik sihat melalui mesej yang positif kepada pengundi," katanya. | ||
Konvoi Kembara Oren disekat di Sungai Siput Posted: 03 Nov 2012 04:55 PM PDT MALAYSIA KINI Satu konvoi yang diketuai pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman dilaporkan disekat oleh sekumpulan individu ketika cuba memasuki kawasan Felda Lasah di Sungai Siput, Perak. Laman Harakahdaily melaporkan, Mazlan turut dikasari oleh beberapa orang individu dalam kejadian pada kira-kira jam 10 pagi itu. "Kemungkinan lebih dari 100 orang yang menghalang dan mengepung kenderaan kami dan jumlahnya bertambah ramai. "Kebanyakan mereka memakai baju berlogo Umno dan BN," katanya seperti dipetik Harakahdaily. Gambar yang disiarkan bersama laporan itu menunjukkan sekumpulan individu berhimpun di antara beberapa buah kenderaan di atas sebatang jalan. Ia juga menunjukkan kumpulan tersebut membawa bendera BN dan juga poster yang tertera slogan "Mazlan Aliman jangan rosakkan masa depan Felda". Laman itu juga melaporkan, sekurang-kurangnya 10 orang anggota polis turut berada di tempat kejadian. Dilaporkan, konvoi bersama 20 kenderaan dalam program Kembara Oren Selamatkan Felda – satu acara anjuran Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Perak dengan kerjasama ANAK. Program yang mensasarkan golongan peneroka itu, menurut Harakahdaily, bertujuan memberi penerangan mengenai isu berhubung Felda. ANAK sebelum ini giat mengadakan siri bantahan ke atas usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holding ke Bursa Malaysia. NGO berkenaan juga mengadakan satu perhimpunan disertai 5,000 orang pada pertengahan Julai lalu bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung usaha penyenaraian tersebut. | ||
Pemuda diajak jatuhkan BN Negeri Sembilan Posted: 03 Nov 2012 04:54 PM PDT
SEREMBAN: Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Sembilan hari ini membuka tirai Himpunan Raksasa Kebangkitan Rakyat dengan mengajak generasi muda menjatuhkan Kerajaan Umno BN negeri itu. Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Kharil Anuar Wafa berkata, hanya melalui undi pada Pilihan Raya Umum (PRU ) ke-13 nanti. "62 peratus undi orang muda menjadi penentuan dalam PRU. "Kebangkitan golongan muda mencorakkan Malaysia baru. Perubahan di tangan golongan muda. "Dengan hanya sebatang pensel kita mampu membuat perubahan baru," katanya ketika berucap di acara pembukaan perhimpunan. Walaupun padang basah dan becak akibat hujan lebat, orang ramai tetap memenuhi tempat program. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, Nazri Yunus pula berkata, ekonomi rakyat negeri tersebut dapat ditingkatkan jika ditadbir pemimpin yang berintegriti. "Walau ekonomi Negeri Sembilan tidak sekaya selangor dan Pulau Pinang, tapi kalau ada pemimpin yang berintegriti di Negeri Sembilan, saya yakin ekonomi rakyat mampu dimartabat. "Mesej pemuda Pakatan jelas untuk kita pastikan Negeri Sembilan ditadbir kerajaan rakyat, jatuhkan Kerajaan Umno BN," katanya disambut tepukan gemuruh orang ramai. Ketua Publisiti Pemuda DAP Negeri Sembilan, Teo Kok Seong mengulangi gesaan sama, mahu generasi muda menolak Umno BN dalam PRU ke-13. "Tidak kira kaum, orang muda mesti membantu Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya khususnya di Negeri Sembilan. Marilah kita sama-sama membuat perubahan," katanya. Sebelum itu, konvoi bermotor Pemuda Pakatan Rakyat tiba di tempat program kira-kira jam empat petang disambut paluan kompang, tarian singa dan gendang India. Pengerusi Ameerah Dewan Muslimat PAS Pusat, Fareedah Samad sebagai mewakili wanita yakin golongan itu juga mampu membuat perubahan. "Signal anak muda jelas bahawa kita akan menjadi sebahagian daripada kepimpinan akan datang. "Golongan wanita akan memastikan Negeri Sembilan juga akan masuk dalam senarai negeri Pakatan Rakyat selepas pilihan raya ke-13," katanya. | ||
BN tak mahu berubah, rakyat wajib tukar Posted: 03 Nov 2012 04:40 PM PDT
SEREMBAN: Rakyat wajib menukar kerajaan yang ada pada hari ini memandangkan Umno BN tidak bersedia membuat perubahan. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, rakyat merupakan hakim yang menghukum kerajaan apabila pemimpin tidak menjalankan amanah dengan baik. "BN tak bersedia buat perubahan jadi kita wajib mengubah kerajaan hari ini. "Rakyat boleh mengadili pemimpin-pemimpin. Di Britain misalnya, bila pemimpin buat silap rakyatnya hukum dengan menukar kerajaan. "Di Malaysia tak jadi begini sebab BN sangka dia jadi kerajaan selama-lamanya," kata beliau sewaktu berucap di Perhimpunan Kebangkitan Rakyat, di Taman Seremban Jaya, dekat sini, malam ini. Ustaz Hadi berkata, pemimpin BN tidak boleh menganggap mereka boleh menjadi kerajaan yang terbaik buat selama-lamanya. "Pemimpin BN tidak boleh berlagak menjadi Tuhan, tidak boleh mengganggap kesenangan rakyat datang dari mereka. "Mereka tidak boleh menganggap mereka yang terbaik selamanya kerana rakyat yang menjadi hakim," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang. Justeru, beliau mengajak rakyat melakukan perubahan bersama-sama Pakatan Rakyat yang sudah membuktikan mereka memberi layanan yang sama rata kepada semua kaum. "Pakatan boleh menunjukkan perpaduan, bukan parti satu kaum sahaja. "Mari kita ubah cara baru, cara Pakatan Rakyat," katanya. Sementara itu, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu meminta rakyat mengekalkan momentum kebangkitan malam ini sehingga ke perhimpunan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. "Melihat kepada kesabaran dan kesungguhan rakyat malam ini walaupun dalam keadaan hujan, saya yakin himpunan akhir nanti, seluruh rakyat akan berada di Kuala Lumpur Januari ini," katanya. Beliau juga mengajak rakyat turun beramai-ramai ke perhimpunan kebangkitan rakyat kali kedua di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan pada 16 November ini. "Jangan lupa 16 November ini kita turun ramai-ramai ke Kota Bharu untuk perhimpunan kedua," katanya. | ||
[BERGAMBAR] 1103 BERSIH: Puluhan Ribu Rakyat Berhimpun Biarpun Hujan Rahmat Mencurah Turun Posted: 03 Nov 2012 04:31 PM PDT KELAB GREENBOC Seremban: Biarpun hujan lebat turun tidak berhenti-henti sejak jam 5 petang tadi, namun ianya tidak menghalang ribuan rakyat hadir ke pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya di sini malam ini. Dianggarkan sehingga jam 9.30 malam, 10,000 orang dari pelbagai kaum memenuhi ruang padang dihadapan pentas dan jumlahnya semakin bertambah menjelang ucapan pemimpin utama Pakatan Rakyat di penghujung program malam ini. Mereka tetap hadir walaupun terpaksa berpayung, berbaju hujan dan berada dalam becak di tengah padang, semata-mata mahu mendengar amanat dari pimpinan mereka. (Angka meningkat kepada 30,000 pada jam 10.30 mlm - GB) Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Penasihat DAP Lim Kit Siang dijangka akan menyampaikan amanat khas malam ini. Tirai program malam ini dimulakan dengan ucapan wakil-wakil NGO rakyat termasuk NGO 'R' yang memperjuangkan tuntutan royalti, NGO Anti-Lynas, NGO Anak yang memperjuangkan nasib peneroka, NGO Bersih yang memperjuangkan tuntutan pilihan raya bersih dan adil serta wakil NGO Kase yang membantah saman ekor termasuk penggunaan AES. Sesuai dengan nama Himpunan Kebangkitan Rakyat, warna tema pada himpunan kali ini juga mewakili warna tema NGO-NGO tersebut. Empat warna tema malam ini adalah warna kuning sebagai menyokong perjuangan Bersih, Oren untuk Anak, merah untuk Royalti dan hijau untuk Anti-Lynas. Turut berucap diawal program malam ini termasuk Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Taufek Ghani, Pengerusi DAP Negeri Sembilan Lok Seiw Fok, serta Pengerusi PKR Negeri Datuk Kamarul Bahrin Abas. Ketika ini antara pemimpin Pakatan Rakyat yang duduk di pentas utama termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali serta Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof. Selain itu, turut kelihatan pemimpin ketiga-tiga parti Negeri Sembilan, pemimpin pakatan rakyat di segenap peringkat serta Sasterawan Negara Datuk A Samad Said. Ucapan oleh pemimpin utama dijangka bermula jam 10 malam ini. Ketika ini kelihatan Bas Merdeka Rakyat yang membawa ketiga-tiga ketua pemimpin parti, Anwar, Kit Siang dan TG Abdul Hadi tiba di tapak program. -HD | ||
Posted: 03 Nov 2012 04:27 PM PDT PETALING JAYA: Sebuah lori kempen DAP dilaporkan telah dicuri pada awal pagi Sabtu di Johor Baru. Ketua Pemuda DAP dan Pengerusi Parti itu bagi Negeri Sembilan, Anthony Loke berkata, walaupun mereka tidak begitu pasti sama ada lori itu "tersalahletak" atau dicuri, tetapi berkemungkinan oleh kecurian. Beliau berkata, kenderaan seberat lima tan itu dilihat kali terakhir oleh para pekerja parti di luar sebuah kedai di Taman Tun Aminah, Skudai pada pukul 1 pagi pada Sabtu. Para pekerja parti telah memuatkan trak itu dengan bahan-bahan kempen untuk ceramah malam di Seremban. "Lori itu sudah tiada apabila para pekerja datang semula ke kedai itu pada pukul 6 pagi," katanya kepada The Star. Beliau menambah, sesuatu yang pelik bagi pencuri untuk mencuri lori itu yang dihiasi dengan pelekat DAP. Loke berkata, parti itu akan membuat laporan polis mengenai perkara itu tidak lama lagi. | ||
210 Mangsa Banjir Dipindahkan Di Johor Posted: 03 Nov 2012 04:25 PM PDT MSTAR ONLINE JOHOR BAHARU: Seramai 210 orang dipindahkan ke tiga pusat pemindahan di Batu Pahat apabila kediaman mereka dinaiki air selepas hujan lebat, pada Sabtu. Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara berkata 117 mangsa banjir dari 38keluarga dari Kampung Parit Gantung ditempatkan di Sekolah Kebangsaan TigaSerangkai manakala 61 orang daripada 12 keluarga dari Parit Lapis Laman ditempatkan di Balairaya Parit Lapis Laman. Seramai 32 mangsa banjir dari tujuh keluarga dari Parit Sentang Batu puladitempatkan di Dewan Orang Ramai Parit Sentang Batu. Jurucakap Ibu Pejabat Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor Khatijah Abdullah ketika dihubungi berkata pihaknya telah mengagihkan bantuan asas kepada mangsa banjir berupa makanan, minuman, bantal dan selimut. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai status terkini banjir dikawasan mereka melalui http://portalbanjir.mkn.gov.my atau PublicInfoBanjir pada laman Facebook. BERNAMA |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan