Kerabu Bersuara ® |
- Pembantu rumah Aznil Nawawi disyaki larikan barang kemas
- Gambar Sekitar Lawatan DS Anwar Di Sarawak
- Terkini! Video Tangkapan Dr Badrulamin Ditahan Oleh JAIS Tersebar. Anda Saksikan!
- YB Che Lah Dan YB Zaki, Rakyat Kelantan Kena Pertahankan Mereka!
- Himpunan Gambar Betapa Dasyatnya Superstorm Sandy's Yang Melanda Amerika. Allahuakhbar!
- Amalan Sunat Di Hari Jumaat
- Hindraf dan Anwar akhirnya bertemu
- Kakitangan awam mahu elaun rumah dikaji semula
Pembantu rumah Aznil Nawawi disyaki larikan barang kemas Posted: 02 Nov 2012 09:50 AM PDT KUALA LUMPUR - Pengacara terkenal Aznil Nawawi kehilangan sejumlah barang kemas yang disyaki dilarikan pembantu rumah dalam kejadian di rumahnya di Taman Yarl, Jalan Klang Lama di sini hari ini. Aznil dalam laman Twitternya berkata beliau hanya menyedari perkara itu pada 2 petang tadi dan meminta sesiapa yang mengenali pembantu rumah warga Indonesia dikenali sebagai 'Soimah' itu supaya menghubungi balai polis berdekatan. Beliau turut memuatkan gambar wanita itu di laman sosial berkenaan dan Facebook. Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi berkata laporan polis mengenai kejadian itu diterima pada 3.15 petang tadi. Ogos lepas, rumah Aznil dipecah masuk penjenayah yang menyebabkan pengacara itu kerugian kira-kira RM40,000. - Bernama |
Gambar Sekitar Lawatan DS Anwar Di Sarawak Posted: 02 Nov 2012 06:26 AM PDT Program Jelajah Merdeka Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim Ke Sarawak 2 November 2012 (Jumaat) 1) 11.00 pagi – Santai di Pekan Kenowit 2) 12.30 tghari – Solat Jumaat di Masjid Daerah Kecil Kenowit 3) 1.30 ptg – Ceramah Perdana – (P- Kenowit) Lokasi : Rumah Udam, Ng. Lipus, Kenowit 4) 3.00 ptg : Ceramah Perdana – (P- Saratok) Lokasi: Pekan Kabong, Saratok 5) 8.00 – 12.00 mlm – Wacana Isu Semasa Umat Lokasi: Hotel Grand Continental, Kucing 6) Barisan Penceramah: i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim ii. YB Baru Bian iii. YB Ali Biju iv. YB See Chee How v. YBhg Dr Mohd Nor Manuty |
Terkini! Video Tangkapan Dr Badrulamin Ditahan Oleh JAIS Tersebar. Anda Saksikan! Posted: 02 Nov 2012 02:50 AM PDT Badrulamin persoal penahanan JAIS Aidila Razak Ahli majlis pimpinan pusat PKR Badrulamin Bahron mempersoalkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor yang menahannya dalam serbuan ke atas majlis sambutan ulangtahun pengasas Al-Arqam di Rawang pada malam tadi. Walhal, beliau hanyalah tetamu pada majlis sambutan tersebut – yang menurutnya bukan satu usaha untuk menghidupkan semula gerakan Al-Arqam seperti dilaporkan meluas dalam akhbar hari ini. Ketika dihubungi Malaysiakini, Badrulamin berkata beliau juga tidak ada kena mengena dengan Al-Arqam mahupun Global Ikhwan Sdn Bhd – entiti perniagaan yang ditubuhkan oleh bekas pengikut Al-Arqam selepas pergerakan itu diharamkan pada 1994. Katanya, beliau hadir bersama anggota keluarganya untuk makan dan menikmati hiburan nasyid serta pantomim pada majlis berkenaan. "Tiba-tiba JAIS datang, ambil tetamu dan ahli jawatankuasa sekali. Jika nak siasat bangunkan Arqam, tamu tak ada kena mengena. Kalau nak siasat AJK, ada justifikasi, tapi (siasat) tetamu kenapa? "Ada enam meja (tetapi mengapa individu di) meja saya saja yang kena (tahan dan siasat)," katanya lagi. Beliau juga hadir sebagai pelanggan Global Ikhwan dan bukan untuk menyambut ulangtahun kelahiran Ashaari ke-75 di majlis tersebut. Tambahnya, beliau tidak beranggapan bahawa majlis berkenaan dibuat untuk menghidupkan semula ajaran bekas tahanan ISA itu. Beliau mengakui bahawa terdapat kain rentang di majlis berkenaan yang menyatakan Ashaari masih memimpin mereka "walaupun ghaib", dan perkara itu, kata Badrulamin boleh ditafsirkan meluas. "Dia dah mati tapi perjuangan masih lagi berterusan... Ya, (pengikut) sayang pada Abuya (pengasas Al-Arqam Allahyarham Ashaari Muhammad), tapi nak kata nak hidupkan semula Arqam, saya tidak fikir begitu. Guru mereka sudah tak ada," katanya. Walaupun Global Ikhwan dibangunkan oleh bekas pengikut Ashaari, ia hanyalah perusahaan perniagaan dan berbeza dengan Arqam, kata Badrulamin yang menjadi pelanggan syarikat tersebut sejak kira-kira enam tahun lalu. "...Tapi (saya) tak ikut upacara, majlis atau meditasi. Hanya untuk membeli belah. Suasana dia bagus, semuanya di satu tempat," katanya. Jelasnya lagi, beliau tidak dijemput secara khusus untuk hadir ke majlis berkenaan dan hanya hadir atas kapasiti individu. "Saya pergi atas kapasiti individu yang suka pada Ikhwan dari segi bisnes. Mereka ada segalanya dari kedai kecil hinggalah hospital. Saya bangga dengan mereka, seronok bila membeli belah barang dapur di sana." Laporan Utusan Malaysia hari ini menyebut, beliau merupakan antara beberapa individu yang ditahan dalam serbuan ke atas majlis konsert bertemakan "Abuya Terus Memimpin Walaupun Ghaib" itu. Sumber yang dipetik dalam laporan itu berkata, konsert berkenaan didapati "membantu menghidupkan fahaman Al-Arqam" dan melanggar arahan mufti mengikut Seksyen 12C Enakmen Jenayah Syariah Selangor. |
YB Che Lah Dan YB Zaki, Rakyat Kelantan Kena Pertahankan Mereka! Posted: 02 Nov 2012 02:01 AM PDT Mohamad Zaki Ibrahim @ Masjid Mukim Berangan,Tumpat....Rasmi Majlis Ujian Tilawah Al.-Qur'an, Hafazan dan Azan anjuran Halaqat Kawasan Tumpat dengan kerjasama Pejabat Agama Jajahan Tumpat.... Mohamad Zaki Ibrahim @ Istana Negeri,Kubang Kerian....Majlis Perasmian Ekspo MAIK 2012 yang akan disempurnakan oleh KDYMM Sultan Muhammad V.... Mohamad Zaki Ibrahim @ Kg. Ana, Tumpat....Solat jenazah dan bayar pendahuluan Takaful Kifaalah RM500 kepada keluarga Allahyarhamah Bunga binti Diah yang kembali kerahmatullah pagi tadi....Al Fatihah... Adun Wakaf Bharu Menziarahi kematian Hjh Rokiah Bte Salleh dan menyampaikan sumbangan pendahuluan kifaalah warga emas kpd wasi beliau di Kg Dusun Rendah, Kutan, Wakaf Bharu. untuk makluman sahabat, YB Cha Lah mewakili Dun Wakaf Bharu manakala YB Zaki mewakili Dun Kelaboran semuanya dari Kelantan |
Himpunan Gambar Betapa Dasyatnya Superstorm Sandy's Yang Melanda Amerika. Allahuakhbar! Posted: 01 Nov 2012 09:49 PM PDT Historic boardwalk and amusement park of Seaside Heights made famous by Jersey Shore totally destroyed by Hurricane Sandy The waterfront rides on Casino Pier are gone. A roller coaster bobs lazily in the waves. Sand, leaves and debris choke roads previously lined with houses that now rest on their sides. Homes and communities where legions of vacationers from the tri-state area and beyond made summer memories is a scene of devastation days after Superstorm Sandy's surge enveloped it. Roofs were ripped off houses, and utility poles were snapped in two, with their power lines tangled like shoelaces. Scroll down for video Devastation: The well-known town and historic boardwalk of Seaside Heights, New Jersey, made famous the world over by MTV's Jersey Shore, has been almost totally wiped out by Hurricane Sandy Ruined: The waterfront rides on Casino Pier are gone. A roller coaster bobs lazily in the waves. Sand, leaves and debris choke roads previously lined with houses that now rest on their sides Before: The Jersey Shore was previously a summertime haven Sad: Homes and communities where legions of vacationers from the tri-state area and beyond made summer memories is a scene of devastation days after Superstorm Sandy's surge enveloped it Destroyed: Besides ravaging beaches, the behemoth of a storm swept entire neighborhoods away, wrecked boardwalks and knocked amusement park rides from piers, including the famous Seaside Heights roller coaster Disaster: The damage caused to the pier can clearly be seen in this aerial image, with the roller coaster lying in the sea Under water: This picture provided by the U.S. Air Force shows an aerial view of the roller coaster from the Seaside Heights amusement park submerged in strong waves Awful: Waves break in front of the destroyed amusement park Tragic: At least 50 people were reportedly killed in the U.S. by Sandy with New Jersey suffering massive damage and power outages. This picture shows the length of the popular beach at Seaside Heights Mess: The famous Seaside Heights roller coaster on the fun time pier is now a twisted mass of metal in the ocean. A 100-year-old merry-go round was also destroyed Chaotic: Amusement rides lie mangled after the Fun Town pier they sat on was destroyed by Superstorm Sandy Stars: Michael 'The Situation' Sorrentino with Snooki and Deena star in 'Jersey Shore' which is filmed in Seaside Heights Twisted: The house where the Jersey Shore cast lived appeared to avoid any damage. But other iconic landmarks from the show weren't so lucky Resilient: Mayor of Seaside Heights Bill Akers said its hard for the local residents but added they would be okay Mangled: The roller coaster lies ruined on the beach after the pier it rested on was destroyed by the storm Concerns: The cast of Jersey Shore took to Twitter to express their thoughts and sympathies for the area Horrific: The beach is now covered in mangled metal from the amusement park's rides Mess: A man walked past the rollercoaster which used to lie on the Funtown Pier Seaside Heights: The view of storm damage over the Atlantic Coast in Seaside Heights Houses destroyed: This aerial photo shows destruction in the wake of superstorm Sandy on Wednesday Storm surges: At least 50 people were reportedly killed in the U.S. by Sandy with New Jersey suffering massive damage and power outages (Seaside Heights pictured) On patrol: A police officer patrols the beach where amusement rides lie mangled after the Fun Town pier they sat on was destroyed by Superstorm Sandy Rescue effort: Rescue workers stand around a home wrecked by Superstorm Sandy in Seaside Heights Homes devastated: Homes wrecked by Superstorm Sandy sit amongst sand washed ashore in Seaside Heights |
Posted: 01 Nov 2012 09:23 PM PDT CHECKLIST AMALAN-AMALAN SUNAT HARI JUMAAT: ✔ Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah saw ✔ Membaca Surah Al-Kahfi ✔ Mandi sunat hari jumaat bagi mereka yang akan memunaikan solat jumaat ✔ Memperbanyakkan berdoa di sepanjang hari jumaat. ✔ Memperbanyakkan membaca Al-Quran ✔ Memperbanyakkan amalan bersedeqah ✔ Memperbanyakkan amalan sunat ✔ Memotong kuku kaki dan tangan ✔ Memperbanyakkan zikrullah ✔ Memakai pakaian sunnah ✔ Memakai wangi-wangian ✔ Hadir awal ke masjid Rasulullah bersabda yang maksudnya : "Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta 'ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam 'alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam 'alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat". (HR Ibnu Majah) |
Hindraf dan Anwar akhirnya bertemu Posted: 01 Nov 2012 08:22 PM PDT Koh Jun Lin Buat pertama kali sejak penubuhannya, Hindraf telah secara rasmi bertemu dengan pemimpin utama PKR, termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk membincangkan isu-isu yang melibatkan masyarakat India. Delegasi Hindraf diketuai oleh pengerusi pergerakan itu, P Waythamoorthy (kanan), yang dilihat mempunyai hubungan yang lebih selesa dengan Pakatan Rakyat, berbanding dengan abangnya, Uthayakumar. Uthayakumar merupakan pemimpin de facto gerakan itu semasa ketiadaan Waythamoorthy yang tinggal dalam buangan sejak sejak Disember 2007 dan kembali ke tanahair pada 1 Ogos. Uthayakumar juga telah menubuhkan Parti Hak Asasi Manusia, yang mahu bertanding di kerusi yang kini diwakili Pakatan. Bercakap kepada Malaysiakini kemudiannya, Waythamoorthy berkata pertemuan itu berlangsung hampir dua jam dan turut melibatkan antara lain, Naib Presiden Tian Chua dan bekas naib presiden R Sivarasa. Waythamoorthy berkata walaupun belum ada sebarang persetujuan dicapai "lagi", tetapi menegaskan bahawa perbincangan tersebut "berhasil". "Terdapat keinginan jelas bahawa PKR ingin bekerja dengan Hindraf," tambah penasihat kebangsaan Hindraf, N Ganesan (atas), yang turut menghadiri pertemuan tersebut. |
Kakitangan awam mahu elaun rumah dikaji semula Posted: 01 Nov 2012 08:18 PM PDT SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN KUALA LUMPUR – Kakitangan awam berharap kerajaan akan mengkaji semula elaun perumahan yang dirasakan tidak lagi relevan buat masa ini, lebih-lebih lagi kadar sewa rumah semakin meningkat. Ia ditambah pula dengan beban kos sara hidup yang semakin tinggi, apatah lagi gaji yang diperoleh hanya cukup-cukup makan dan adakalanya tidak mampu menampung keperluan harian. "Sebenarnya untuk memuaskan hati semua orang memanglah susah. "Tetapi saya rasa kenaikan gaji penting (selain itu), elaun-elaun sampingan," kata seorang kakitangan awam, Mohd Husni Jamal kepada Sinar Harian Online dalam satu tinjauan semalam. Husni menambah, "kalau kita lihat elaun perumahan, kalau kita ambil contoh di Kuala Lumpur ini, yang diberi itu Cola sahaja tetapi rumah di Kuala Lumpur mesti RM500 hingga RM600." "Jadi kerajaan kita tengok baliklah,"katanya. Seorang lagi kakitangan awam, Ahmad Helmi Abas pulaberkata, elaun masih di takuk sama walhal harga barangan keperluan meningkat naik, menjadikan pekerja sektor awam sering mengalami kesempitan wang apatah lagi bagi yang menetap di ibu kota. "Kalau kita lihat kos kehidupan sekarang ini, tambah-tambah lagi di Kuala Lumpur amat-amat tinggi. "Kalau kita ambil gaji paling rendah RM2,000, dia akan membuatkan kita rasa tersiksa dengan kenaikan harga bahan mentah dan sebagainya," katanya lagi. Perkara sama disokong seorang kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR), Suhaini Salleh yang memberitahubahawa sudah lama elaun perumahan dan khidmat awam tidak dikaji semula oleh kerajaan. "Sudah lama tidak dikaji, kalau tak silap tahun 2002," kata beliau lagi. "Elaun perumahan, elaun khidmat awam perlu dikaji semula saya rasa, selain gaji. Kalau kita lihat kepada keadaan sekarang ini di samping, kajian mengenai elaun itu sudah lama tidak dinaikkan, cuma gaji sahaja (diselaraskan), jadi kita minta kerajaan lihat di situlah,"ujar beliau. Bagi rakan sepejabatnya, Kamaruddin Sa'ud, pelarasan gaji setiap lima tahun bakal memberi kelegaan kepada penjawat awam dari pelbagai gred. "Banyak tuntutan yang telah kita buat, saya bukan bercakap mewakili Cuepacs, saya sebagai ahli Cuepacs dan kakitangan awam, banyak permintaan yang sudah diperjuangkan dulu untuk menyelaras dan menaiktaraf pendapatan kakitangan awam ini, jadi apa salahnya untuk kita lihat setiap lima tahun sekali gaji kakitangan awam ini,"katanya. Kakitangan agensi separa kerajaan, Shazwani Sudarji pula berkata, berdasarkan pemerhatiannya, apa yang menjadi keutamaan kepada penjawat awam,selain gaji ialah elaun-elaun yang menjadi keistimewaan kepada mereka sebagai kakitangan kerajaan. "Kalau kenaikan gaji saya rasa OK, seronok. Mungkin elaun perlu dinaikkan juga, tak pun, elaun rumah dinaikkan kan ke… macam itulah,"ujar beliau. Manakala bagi Mohd Hakimi Mohd Johor, selain memberikan elaun, pelbagai insentif lain seperti bantuan persekolahan kepada anak-anak mampu meningkatkan motivasi pekerja sektor awam ini untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik. "Tidak semestinya dengan wang… ya… memang betul kita perlukan wang tetapi seperti memberikan mereka lebih kepada sumbangan-sumbangan anak-anak sekolah. Ia boleh memberi motivasi kepada pekerja untuk bekerja dengan lebih cemerlang dan gigih,"katanya. Dalam pada itu, Sinar Harian Online juga menerima pelbagai pandangan berdasarkan laporan kelmarin, yang mana kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun. Kajian itu hanya melibatkan kakitangan awam yang sudah mencapai gaji maksimum. Zulkarnain Othman, kerani di Kementerian Pertahanan Malaysia berkata "dapat elaun rumah rendah RM180 sebulan. Rumah sewa sekarang RM500 sebulan, Harga minyak naik buat kerja luar guna kereta sendiri... untuk jabatan tak ikut nilai harga nilai minyak semasa. Semua itu harus diambil kira." Kenyataan itu disokong Abe Epin Upin yang berkata "sokong sesangat… elaun rumah dikaji semua bersama dengan elaun cola diselaraskan… tak perlu bezakan luar bandar dan dalam Bandar, kerja sama juga kena buat." Wan Musa pula berkata, "alhamdulillah… berkat doa dari penjawat-penjawat awam yang sentisa minta dari ALLAH SWT agar dipermudah urusan dan dimurahkan rezeki...cuma satu lontaran yang saya ingin lontarkan kepada pihak penguasa dan pelaksana...kesetimpalan kenaikan gaji ni akan memberi manfaat sekiranya harga barang-barang yang wujud ini tidak dinaikkan… kos-kos pengangkutan...kos perkhidmatan dan sebagainya… sekiranya ini juga dinaikkan, maka gaji naiklah beberapa kali pun...kalau kos-kos disebutkan diatas...juga dinaikkan...saya rasa...tak akan menjadi...kita akan berada ditakuk yang sama." Pembantu Pegawai Latihan Vokasional di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Balik Pulau, Pulau Pinang, Mohd Hazli Ahmad pula berkata, "betul tu!saya setuju!Asal naik gaji je,barang-barang keperluan pun turut naik, jadi tak ada makna la gaji naik sekali pun... kalau gaji naik,barang keperluan tak naik baru rasa kenaikan gaji tu... kalau tak, tak rasa apa la gaji naik pun." Pendapat itu terus disokong Pojie Seman yang berkata, "memang patut… dengan kos sara hidup sekarang yang semakin meningkat gaji kakitangan awam perlu diberi kenaikan... selain gaji... lain-lain elaun perlu juga dikaji... sebagai contoh elaun rumah...kebanyakan elaun rumah tidak dpat menampung kos sewa rumah terutama di kawasan bandar..." "Selain itu, kenaikan gaji perlu juga mengambil kira kadar inflasi dinegara ni... naik gaji barang pun naik... sepatutnya kawalan yang lebih sistematik perlu dilaksanakan terhadap kenaikan harga barang terutama barangan makanan... ini penting bagi memastikan nilai ringgit yang dibelanjakan... jangan sampai jadi zaman duit daun pisang...,"katanya. Dalam pada itu, seorang pembaca yang mengguanakan Al Qaqa pula menyindir kerajaan yang seolah-olah terus membebankan rakyat menerusi pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di saat rakyat dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi. "Gaji dekat Lembah Kelang ni dah tak logik. Kebanyakkan sudah tak mampu beli rumah, taraf hidup tinggi. Kerajaan prihatin dengan kami dengan memberi kamera AES,"katanya. Hashim Buyu pula berkata,"yang penting harga barang, rumah perlu dikawal - jika tidak naik gaji tidak bermakna!" Pandangan itu disusuli Ra Mo Sha yang berkata, "gaji tak naik pun harga barang naik." "Gaji tak naik harga rumah naik, gaji tak naik harga petrol naik, gaji tak naik harga kereta naik...tak payahlah salahkan gaji yang naik yang menyebabkan semua naik, dasar kerajaan yang menyebabkan semua ni naik," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan