Jumaat, 2 November 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Suami, Isteri BUNUH Anak Kerana Berborak dengan Lelaki

Posted: 01 Nov 2012 05:39 PM PDT



[HM] MUZAFFARABAD: Sepasang suami isteri membunuh anak perempuan mereka yang baru berusia 15 tahun selepas mangsa dilihat berbual dengan seorang pemuda, kata polis Kashmir yang ditadbir Pakistan, semalam.

Pegawai polis Khoi Ratta, Tahir Ayub, berkata Mohamad Zafar mengesyaki anak perempuannya, Anvu Sha, melakukan perbuatan tidak senonoh secara diam-diam.

Pada Isnin lalu, kata Tahir, Mohamad Zafar ternampak Anvu berbual dengan seorang pemuda di luar rumah mereka dan dia segera memukul anaknya.

"Mohamad Zafar kemudian mencurah asid ke atas Anvu dengan bantuan isterinya," katanya.

Akibat serangan itu, Anvu melecur teruk tetapi dia tidak dibawa ke hospital untuk dirawat.

Tahir berkata, hanya keesokan harinya Mohamad Zafar membawa Anvu ke hospital di Kotli tetapi mangsa meninggal pada Rabu. Sementara itu, doktor berkata, Anvu berada dalam keadaan kritikal ketika tiba di hospital dengan hampr 70 peratus tubuhnya melecur. Insiden itu dimaklumkan kepada polis oleh kakak Anvu yang sudah bersuami dan meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Tahir berkata, ibu bapa Anvu mengaku menyimbah anak mereka dengan asid kerana menganggap anak mereka bersalah akibat menjalin hubungan sulit dengan pemuda terbabit.

"Polis menganggap kejadian itu sebagai ke bunuh," katanya. Pakistan adalah negara yang sangat konservatif dan wanita - terutama di kawasan miskin di luar bandar - kurang mendapat perlindungan dan kebebasan. - AFP


P/s: Gila!

 

Tiada ulasan: