Kelab Greenboc |
- [PANAS] Kes Menteri Rogol Amah Dilaporkan Ke SPRM
- [CEMAS] 96 Peserta, 6 Jurupandu Dipanah Petir Di Puncak Gunung Datuk
- Kecewa Kerana UG Gagal, Muhyiddin Belasah PAS
- Skandal Scorpene ‘Bapak’ Segala Jenayah Di Malaysia
- [VIDEO] Deepak, Kawan Rosmah, Dedahkan Diberi Amaran Untuk Tidak Dedahkan Perkara Sebenar
- Najib Kini Mengemis Undi?
- Kempen Tipu Rakyat Sebab S’ngor Tolak Langat 2 - MB
[PANAS] Kes Menteri Rogol Amah Dilaporkan Ke SPRM Posted: 28 Nov 2012 12:31 AM PST Kes pemerkosaan bekas pembantu rumah yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet akan dilapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, laporan yang akan dibuat dalam masa terdekat itu termasuk rasuah dan ugutan bagi menutup kes tersebut. "Sehingga kini kita masih menunggu perkembangan dari pihak Kedutaan Besar Indonesia. Jika tidak ada sebarang reaksi untuk memulakan siasatan, kita akan ke SPRM untuk membuat laporan selanjutnya Disember ini. "Jingga 13 merasakan kes ini perlu disiasat kerana ia melibatkan kepimpinan tertinggi negara," katanya ketika dihubungi. 22 November lalu, Jingga 13 menyerahkan laporan permohonan penyiasatan kes itu dan tindakan undang-undang kepada Kedutaan Besar Indonesia di Jalan Ampang. Laporan itu diterima kedutaan tersebut sebagai informasi baru untuk pihak berkuasa Indonesia membuka siasatan. Kementerian Kaunselor Kedutaan, Suryana Sastradiredja dan Polis Kerjasama Antarabangsa Kedutaan, Benny Iskandar mengesahkan perkara itu. Menurut Fariz, pihaknya mengesyaki ugutan terhadap Robengah hingga terpaksa berdiam diri kerana bimbang keselamatan dirinya dan keluarga terancam. "Robengah sendiri menyatakan beliau diberi amaran oleh orang besar di Malaysia yang melarang beliau daripada membicarakan perkara ini," tegas Fariz. Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa bekas majikannya di Malaysia, sepertimana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007. Bagaimanapun, beliau menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan tidak menghadapi masalah sewaktu bekerja di Malaysia. Dalam lawatan Jingga 13 ke Banjanegara Oktober lalu mendapati Robengah hidup mewah dengan rumah dianggar bernilai RM100,000, walaupun beliau dan suami tidak bekerja. Pelbagai pihak termasuk KEADILAN sebelum ini membuat laporan polis berhubung kes itu namun sehingga kini, tiada siasatan dilakukan. -KD |
[CEMAS] 96 Peserta, 6 Jurupandu Dipanah Petir Di Puncak Gunung Datuk Posted: 27 Nov 2012 11:17 PM PST Rembau – "Saya tidak dengar bunyi petir, tetapi saya nampak cahaya yang seribu kali lebih terang daripada cahaya kamera," kata salah seorang jurupandu Gunung Datuk yang hanya ingin dikenali sebagai Din, 30-an, ketika ditemui di kaki Gunung Datuk, dekat sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, seramai 96 peserta yang mendaki gunung sempena Program Fasilitator Unggul dari Alumni Madrasah Annuriah, Melaka dan enam jurupandu berhadapan detik mencemaskan apabila bahagian atas puncak gunung itu dipanah petir dan aliran arusnya mengalir ke lokasi mereka berlindung di dalam sebuah gua di lokasi berkenaan. Akibat kejadian itu, empat peserta kini ditahan di wad Hospital Tampin (HT) untuk rawatan lanjut susulan mengalami kecederaan, kebas, hipertermia atau kesejukan melampau dan anemia. Peserta berkenaan, Syed Mohd Hakimi Syed Azmi, 21, berasal dari Kelantan; Mohd Hadif Mat, 22, dari Kota Bharu, Kelantan; Nor Sidah Mohd Fadil, 22, dari Teluk Intan, Perak dan Izzati Haziah Mohd, 21, dari Dungun Terengganu. Seawal 4.30 petang, pasukan perubatan dari HT sudah bersiap sedia di kaki Gunung Datuk untuk memberikan rawatan awal kepada mangsa insiden berkenaan. Tercampak selepas kena renjatan petir Din berkata, ketika itu pihaknya yang menyedari keadaan cuaca bakal berubah buruk mengarahkan peserta yang sedang ke puncak gunung untuk turun, sementara sebahagian lagi tidak dibenarkan naik dan mereka berkumpul untuk diberikan taklimat. "Belum sempat taklimat habis diberikan, tiba-tiba angin kuat dan saya mengarahkan kumpulan peserta berlindung ke dalam gua berdekatan. Kejadian berlaku begitu pantas dan sedar-sedar saya sudah tercampak. "Pada mulanya saya ingat hanya tergelincir, namun apabila melihat keadaan selepas insiden berkenaan dan telinga sebelah kiri tidak mendengar sebarang bunyi, saya sedar ia disebabkan renjatan arus panahan petir yang dibawa oleh aliran air yang terbentuk dalam gua berkenaan," katanya. Din berkata, sepanjang tujuh tahun dia menawarkan khidmat jurupandu di Gunung Datuk berkenaan, itu adalah pengalaman pertama kali dipanah petir. Bomba, JPAM turunkan mangsa Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Zamrus Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 3.50 petang dan seramai tujuh anggota menyertai operasi menurunkan mangsa yang berakhir sekitar 2. 15 pagi semalam. Menurutnya, susulan terdapat mangsa mengalami kecederaan di bahagian ligamen dipercayai terjatuh semasa menyelamatkan diri, anggota bomba naik ke atas puncak bagi mengusung mangsa turun dengan lebih selamat. "Bagaimanapun, ia mengambil masa yang lama memandangkan keadaan trek licin susulan hujan lebat dan cuaca gelap sehingga menyebabkan anggota bomba terpaksa menggunakan kaedah mengensot sedikit demi sedikit. "Bantuan dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tiba dengan kekuatan tujuh anggota bagi membantu membawa turun mangsa yang mengalami kesejukan melampau yang sudah bergerak turun terlebih dahulu. Zamrus berkata, dua lagi peserta mengalami kecederaan seperti kebas dan salah seorang daripada mereka mengalami masalah melecur selepas terkena renjatan bersandar di bahagian dalam gua berkenaan. Menurutnya, mangsa pertama yang dibawa turun dengan selamat sekitar 12 tengah malam dan dikejarkan ke HT ialah Syed Mohamad Hakimi yang mengalami kesejukan melampau dan mangsa terakhir Mohd Hadif yang cedera pada ligamen sekitar 2.15 pagi. "Kita menasihatkan orang awam untuk tidak menjalankan aktiviti seumpama ini semasa musim tengkujuh memandangkan keadaan cuaca tidak menentu dan sukar diramal," katanya. -SH |
Kecewa Kerana UG Gagal, Muhyiddin Belasah PAS Posted: 27 Nov 2012 09:17 PM PST Seperti biasa, tidak pernah berubah sejak 1997, Perhimpunan Agung Umno (PAU) pasti akan menghidangkan siri kutukan berterusan bermula dengan ucapan timbalan presidennya yang merasmikan serentak mesyuarat perwakilan pemuda, wanita dan terbaru puteri parti itu malam sebelum perasmian mesyuarat agung diadakan. Bagi Muhyiddin Yassin, ini ialah kali ketiga buatnya merasmikan mesyuarat ketiga-tiga sayap parti reput orang Melayu itu atas kapasitinya sebagai orang nombor dua dalam parti. Sekali lagi, PAS dijadikan mangsa amarah Muhyiddin kerana gagal mengikut telunjuknya menjayakan kerajaan perpaduan tajaan broker mereka dengan beberapa pemimpin PAS hingga menyebabkan terpelantingnya bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali pada 8 Januari lalu. Tanpa berselindung, nyata ucapan Muhyiddin umpama panglima hilang keris kerana berani menyembur parti seterusnya dalam Pakatan Rakyat iaitu KEADILAN dengan mengulangi skrip yang sama, tetapi dijenamakan semula, Parti Keluarga dan Rakan-Rakan. Sedangkan dia sendiri terlupa Umno tidak kurang hebatnya dengan kroni perdana menteri dan presidennya sendiri, Najib Altantuya. Najib Altantuya merupakan anak kepada perdana menteri kedua, Razak Hussein, juga sepupu kepada Naib Presiden Umno, Hishamuddin Hussein Onn yang merupakan cucu kepada pengasas Umno, Onn Jaafar. Bagi menambah luka Umno, timbalan pengerusi Umno Kedah, Muhkriz adalah anak bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pula adalah menantu seorang lagi bekas perdana menteri yang disingkirkan Muhyddin dan Najib Altantuya sendiri, Abdullah Badawi. Apakah Muhyiddin menyindir Najib Altantuya secara tidak sengaja atau sebaliknya? Mengapa tergamak mengkhianati ulasan sendiri di Islamabad, Pakistan sedangkan bersungguh-sungguh mahu perwakilan membahaskan usul mahu menang dalam pilihanraya umum yang dijangka paling getir buat Umno sejak 1999? Sepatutnya Muhyiddin menasihatkan partinya sendiri terlebih dahulu sebelum menunding jari ke mana-mana pihak hingga menyebabkan Umno sendiri yang luka berdarah hasil daripada ucapan paling tidak bertanggungjawab sepanjang menjawat jawatan sejak April 2009. Bukan sedikit kesannya terhadap parti malah ia mencerminkan Umno sudah semakin sasau dan risau akan untung nasibnya sendiri kerana Muhyiddin tahu hanya dengan cara inilah kununnya semangat perwakilan mampu dinaikkan sedangkan parti itu kini umpama melukut di tepi gantang mengharap bagai pengemis kuasa yang hampir pasti hilang sengatnya biarpun pilihanraya umum sudah berada di depan mata. Usahkan perwakilan, ahli Umno sendiri yang setia dengan parti itu pun menggelengkan kepala tanda tidak bersetuju dengan kata-katanya memperlekehkan parti lawan dengan cara tidak beretika malah menyerlahkan kedangkalan hujahnya sendiri. Jika Umno terus mengulangi surah-surah lama bagi menutup kelemahan sendiri, jangan salahkan rakyat yang seolah-olah dipaksa menonton di televisyen semakin jauh dari Umno kerana tiada idea baru dihasilkan selain hanya tahu bergelak ketawa tanpa mengetahui semakin hari semakin hilang kekuasaan mereka dari tampuk pemerintahan di Putrajaya. -jalanpulang |
Skandal Scorpene ‘Bapak’ Segala Jenayah Di Malaysia Posted: 27 Nov 2012 06:45 PM PST Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin menyifatkan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang sedang dibicara di Mahkamah Perancis adalah 'bapak' kepada semua kes jenayah di Malaysia. Beliau yang dikenali Chegu Bard berkata, kes itu melibatkan Kerajaan Malaysia, rasuah, pembunuhan, pembaziran dan penyalahgunaan kuasa dan oleh kerana itu rakyat perlu tahu mengenainya. "Rakyat perlu tahu kerajaan bazirkan RM5 bilion, itu belum termasuk kos-kos lain yang tidak diambil kira, semua menjadikannya lebih RM7 bilion dalam urusniaga pembelian Scorpene ," katanya. "Sebab itu pelbagai usaha kita buat agar rakyat celik tentang isu ini, termasuk membawa masuk peguam dari Perancis ke Parlimen, namun akhirnya dihalang kerajaan," jelasnya kepada kepada Keadilan Daily dalam program tayangan secara langsung taklimat Scorpene yang dibawakan oleh SAMM di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) tengahari tadi. Taklimat itu yang sepatutnya diadakan di Parlimen Malaysia terpaksa diubah ke Changi Singapura berikutan halangan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Sesi taklimat oleh Apoline Cagnate, rakan kongsi dari firma peguam Perancis, William Bourdon itu berlangsung dua jam. SAMM dan kerjasama dari Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sebelum ini komited memberi pendedahan berhubung kes itu kepada masyarakat pedalaman dengan mengadakan ceramah dan jelajah. "Puak-puak Umno kemudian membuat pelbagai cerita kononnya tidak ada perbicaraan tentang kes itu di Perancis. Tapi bila kita nak bawa masuk (peguam) untuk jelaskan, mereka (kerajaan) takut pula nak bagi (masuk)," kata beliau. Sehubungan itu, menurutnya, SAMM akan melancarkan buku bertajuk 'Antara Dua Razak, Dua Scorpene dan Satu Mongolia' pada bulan depan. "Dalam buku tersebut ada semua dokumen lengkap dan telah disahkan mengenai pembelian kapal selam itu. "Jadi komitmen kita ialah turun kepada rakyat dan memudahkan pemahaman mereka," jelas Ketua KEADILAN Cabang Rembau itu. -KD |
[VIDEO] Deepak, Kawan Rosmah, Dedahkan Diberi Amaran Untuk Tidak Dedahkan Perkara Sebenar Posted: 27 Nov 2012 03:30 PM PST Cerita sebenar Deepak Jaikishan kawan Rosmah KUALA LUMPUR: Hasil desakan perwakilan Muktamar agar wartawan bertanya Datuk Seri Najib siapa dia, Deepak Jaikishan (gambar) dengan sukarela menghubungi Harakahdaily untuk menceritakan siapakah dia sebenarnya. Deepak J Tekwani, pengarah kepada Carpet Corporation menghubungi Harakahdaily untuk memberikan cerita sebenar di sebalik hubungan beliau dengan keluarga Datuk Seri Najib Razak. Dalam pertemuan berdepan kira-kira setengah jam di sebuah hotel terkemuka itu, Deepak menceritakan apa sebenarnya hubungan beliau dengan keluarga Perdana Menteri khasnya Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Najib. Ia bermula apabila Rosmah menjadi pelanggan kedai karpet beliau di Jalan Tunku Abdul Rahman. Selepas itu hubungan mereka baik dan Deepak diperkenalkan kepada Najib. Ketika itu, Najib adalah Menteri Petahanan. Namun persahabatan mereka berakhir apabila Deepak diminta menolong keluarga Najib ekoran akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam. Ia berakhir apabila Bala tidak berpuashati dan Deepak dipersalahkan oleh keluarga Najib. "Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang menolong kawan, tetapi dia hantar 50 orang penguatkuasa datang ke ofis saya, rumah, dan kilang saya dengan niat memberi amaran untuk saya tidak mendedahkan perkara sebenar & menutup cerita sebenar SD," cerita Deepak kepada Harakahdaily. Ikuti pendedahan siapa Deepak Jaikishan sebenarnya melalui temubual wartawan Harakahdaily dengan beliau. Apa tujuan saudara mahu bertemu dengan Harakah (daily)? Saya tertarik dengan pertanyaan Harakah (daily) minggu lepas, siapa saya (Deepak Jaikishan). Saya sebenarnya terlibat dalam perniagaan karpet dan perniagaan hartanah. Saudara dikaitkan dengan Datuk Seri Najib. Sebenarnya bagaimana hubungan saudara dengan keluarga beliau? Hubungan.... saya memang kenal Datuk Seri dan Puan Seri. Saya sebagai pembekal karpet dan terlibat dalam perniagaan. Kalau ada peluang bisnes, kita mintak sokongan dari pihak beliau. Sudah lama hubungan itu. Bagaimana saudara kenal dia? Ia hanya bisnis karpaet. Mungkin 2004 atau 2005, Datin Seri (Rosmah) datang ke kedai kita di Jalan Tunku Abdul Rahman. Dia datang kedai beli karpet, so kita berkenalan dari situlah. Kamudian Datin Seri perkenalkan kepada suami dia. Masa itu dia (Najib) adalah Menteri Pertahanan. Bisnes apa yang saudara buat dengan dia? Mungkin tidak sesuai saya dedahkan hari inilah. Mungkin sessi lain. Sebab saya hanya mahu jawab apa yang saudara tanya dalam akhbar saudara. Apa hubungan saya dengan mereka. Bisnis saja, tidak ada yang bukan-bukan. Ia hanya bisnis sahaja. Dia isteri orang, tidak ada yang bukan-bukan, tidak baik. Ia benar-benar bisnes sahaja. Ada laporan dalam Malaysiakini yang saudara berkata, ia hubungan kakak adik sahaja, tanpa lain-lain? Ya boleh dikatakan begitu. Pada pandangan saudara, kenapa saudara dipopularkan sangat? Saya pun rasa. Dulu tidak ada macam itu. Mungkin kesalahan saya bila saya tolong dalam kes Bala (P Balasubramaniam). Semasa kita dengan tidak sengaja terlibat dalam kes Bala untuk menolong keluarga Perdana Menteri. Masa itulah nama kita naik.Sememangnya kita tidak suka, kita suka low profile. Sebelum ini tidak ada apa-apalah? Takda, kita senyap-senyap buat bisnes kita. Di Malaysia, kalau kita high profile bukan senang kita nak buat bisnes. Macamana pulak saudara terlibat dalam kes Bala. Ia menjadi persoalan kepada orang ramai? Ini kes mahu tolong kawan. Pada kita dia kawan yang setialah. Jadi kita tolong. Contohnyalah, saya dengan saudara dekat kolam renang. Saya tidak tahu berenang. Tetapi saya lihat saudara jatuh ke dalam kolam dan tenggelam. Jadi saya pun masuk dalam kolam untuk menolong saudara. Jadi saya rasa pada masa itu, kita saja yang ada dan kita diminta menolong. Kita bukan terlibat secara langsung. Lawyer pun lawyer dia (keluarga PM), kita saja tolong koordinat. Reporter pun dia yang panggil. Kita fikir ketika itu ada kawan yang terdesak minta pertolongan. Dia pun dah ada hubungan baik dengan kita. Kita tak anggap perkara ini akan menyusahkan kita dan melibatkan kita secara langsung dalam kes Altantuya inilah. Maksuk Encik Deepak, saudara baik dengan Bala ke, saudara tolong Bala ke atau.... Saya tolong keluarga Datuk Seri Najib. Saudara memang kenal Bala? Saya tidak kenal secara langsung, ada kenalan melalui komuniti yang sama, perkara ini terjadi. Saya dipanggil waktu tengah malam, "You boleh tak selesaikan masalah ini.... its a big problem". Saya pun ada seorang saudara yang kenal dia (Bala), seorang anggota polis juga. "Tanya dia boleh tak you uruskan orang ini, minta dia jumpa wakil keluarga Datuk Seri." Dia setujulah. Kita perkenalkan dia. Kita bukan terlibat dengan apa-apa proses lain, kita tidak terlibat. Jadi selepas itulah nama saudara menjadi popular? Ya ini memang kesalahan kitalah. Kalau perkara ini terjadi sekali lagi, saya tidak boleh berenang, saya tengok saudara tenggelam, saya akan biarkan tenggelamlah. Saya tak boleh nak tolonglah sebab manusia tidak mengenang budi. Adakah selepas itu hubungan dengan Bala bermasalah? Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya. Apa berlaku kepada hubungan saudara dengan Datuk Seri selepas itu? Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala. Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya. Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan-kemahuan Bala. Bala ini bekas Pi. Seminggu cerita itu, seminggu lagi cerita ini. Kita tidak mahu terlibat dengan semua itu. Kita orang bisnes tidak mahu terlibat dengan dunia James Bond inilah. Apa berlaku selepas itu. Saudara dilihat senyap sedikit selepas itu? Kita pun mahu cerita ini senyap tetapi tidak begitu. Saudara juga terlibat bangkitkan lagi cerita ini. Saya rasa kes ini tidak akan senyap sehingga kes Altantuya selesai dengan adil. Bagi saya, dunia ini dikuasai oleh Tuhan Yang Maha Esa. Saya rasa selagi kes ini tidak selesai, perkara ini tidak akan terhenti. Kita tidak bersalah, tangan kita bersih.Kita tidak mahu dikaitkan dengan benda yang libatkan kes-kes yang sebegini kejam, Kita nak bercakap benar dengan semua orang. Memang satu masa dulu kita telah menolong kawan tetapi kita tidak bersalah. Kita tak terlibat dan tidak ada motif untuk melibatkan diri. Selepas apa yang berlaku dengan Bala, adakah masih baik dengan keluarga Datuk Seri? Sebenarnya, selepas perkara ini berlaku, mereka telah mengambil tindakan cuba mensenyapkan saya. Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang telah menolong kawan, tetapi hadiah yang dihantar adalah hantar 50 orang penguatkuasa kerajaan datang melawat, masa kes Bala terdedahlah. Jadi kita pun tahulah pada ketika itu, Najib is sitting Prime Minister. Dihantar pula 50 orang penguatkuasa datang dan angkut lima enam lori. Jadi apa tindakan saudara? Kita tunjuklah ketidakpuasan hati kita, perniagaan kita terjejas. Kalau you anggap saya sebagai kawan, you besar atau kecil, kawan tetap kawan, kita mesti tolong. Kalau tidak boleh tolong, jangan susahkan. Jangan makan kawan. Jadi tindakan yang dibuat untuk kawal situasi dengan hantar 50 penguatkuasa untuk menyeyapkan kita, supaya kita senyap, jangan cakap. Kita tahulah, ini bukan kawan. Kalau macam ini, baik hari itu bagi dia tenggelam. Apa tindakan selepas itu? Kita duduk diam-diam. Yang hangus tidak boleh diganti. Jadi sekarang saja nak bersihkan nama saya. Kita pun tak libat bisnes dengan mereka lagi. Dah dua tahun tidak libat lagi bisnis dengan dia tetapi masih cerita ini keluar. Bagi saya cerita ini tidak akan selesai sehingga Altantuya dibicarakan dengan adil dan mendapat hak dia. Kita tidak mahu dilibatkan. Sangat jelas penglibatan kita pada malam itu hanya tolong kawan dan SD itu sendiri dibuat oleh peguam mereka. -HD Deepak kesal terlibat dengan SD Bala |
Posted: 27 Nov 2012 07:08 AM PST Sejak kebelakangan ini, kempen politik semakin hangat dan agresif, apatah lagi detik masa untuk Parlimen dibubar boleh berlaku pada bila-bila masa saja daripada sekarang. Kempen di pihak PR kelihatan agak fokus iaitu menjelaskan kepada rakyat mengenai masalah korupsi dan kepincangan sistem urus tadbir kerajaan BN, sambil menyebarluaskan kejayaan atau pencapaian negeri yang diperintah PR khususnya Selangor dan Pulau Pinang. Bagi PR, dua negeri itu menjadi permata dan 'benchmark' untuk mereka berkempen. Itu jelas dan ianya memang diakui satu strategi yang mudah difahami rakyat. Manakala bagi BN, kempen mereka sangat ketara dengan 'komisyen' untuk mendapatkan sokongan rakyat. Ini terbukti dengan segala bantuan yang mencurah-curah turun, malah bukti ini menjadi semakin jelas berdasarkan belanjawan BN baru-baru ini. Jumlahnya, silalah anda kira sendiri. Kempen berupa 'komisyen' ini apabila diterjemahkan dalam bahasa demokrasi ia sebenarnya adalah rasuah. Namun, budaya UMNO-BN, telah menukar istilah rasuah ini menjadi 'komisyen', semuanya berlaku apabila dasar DEB diperkenal dan yang terbaru apabila rasuah kapal selam scorpene digunakan menjadi 'komisyen'. Berbalik kepada kempen 'komisen' UMNO-BN ini, jka kita lihat gaya atau strategi Najib Razak, PM yang tidak pernah dilantik oleh rakyat, beliau dengan ketaranya menggunakan pendekatan 'mengemis'. Mengemis ini dari segi bahasanya memang tidak enak didengar. Namun itulah hakikatnya. Sebelum ini Najib mengemis sokongan kaum Melayu dengan kempen 'komisyen'. Kemudian beliau mengemis lagi kepada anak muda dengan kempen AUKU yang bersifat kosmetik termasuk kempen komisyen dengan bantuan RM200 untuk telefon bimbit 3G. Baru-baru ini Najib mengemis lagi kepada Hindraf, dan terkini dengan kaum India. Jika kita lihat semua senario ini, kelompok Melayu, anak muda, pertubuhan Hidraf dan India tidak dipedulikan sama sekali oleh beliau. Kaum Melayu khsusnya yang berpendapatan rendah tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Anak muda pula disifatkan sebagai 'masalah sosial' kepada BN, pertubuhan Hindraf pula dilabel sebagai pertubuhan haram, malah tuntutan Hindraf tidak langsung dipedulikan. Begitu juga dengan kaum India, baik aspek pendidikan, perumahan dan pekerjaan, kelompok ini memang terabai sejak awal lagi. Tetapi mengapa kini Najib sanggup kembali mendekati mereka? Inilah satu pendekatan yang dilihat sebagai mengemis sokongan. Apabila sudah tersepit, barulah Najib mahu memberi pelbagai komisyen. Barulah Najib nak bertemu untuk berbincang dengan Hindraf, barulah Najib minta mempertimbangkan jasa BN kepada kaum India. Gaya kempen politik sebegini menjadi petanda bahawa Najib amat terdesak untuk memastikan sokongan rakyat kepadanya terus kekal. Malah, kempen beliau ini tidak begitu menonjolkan parti beliau sebaliknya lebih menfokus kepada dirinya. Entah UMNO sedar atau tidak, tidak pula dapat dipastikan. Strategi Najib ini pastinya mendapat ilham daripada strategi kempen Barack Obama, namun sayang, mungkin beliau terlupa bahawa kempen Obama itu tidak menjadikan 'komisyen' sebagai modal memancing undi. Kita amat bimbang, jika UMNO menang, rakyatlah yang terpaksa menanggung kos kempen 'komisyen' Najib ini. Kita amat sedar bahawa belanjawan baru-baru ini, Najib menggunakan berbilion ringgit hanya untuk 'one off' bantuan kepada rakyat. Kos berbilion itu, jika Najib menang pastinya akan di 'claim' kembali oleh UMNO-BN menerusi pelbagai cara, antaranya saman AES, Tol dan pelaksanaan GST. Kos ini semestinya menjadi tanggungan langsung rakyat. Sepatah kata Theodore Roosevelt, Presiden US ke-26 – "A vote is like a rifle: its usefulness depends upon the character of the user." ( Undi itu seperti senapang, kegunaannya bergantung kepada karektor penggunanya) Jika kempen komisyen Najib ini berjaya, memang rakyat akan terpesona dengan lunak kata-kata "Melayu masih pegang kuasa, UMNO akan teruskan agenda bela bla bla bla...". Tetapi harus diingat bahawa kos kemenangan itu akan dibayar oleh rakyat, suka atau tidak, tiada lagi jalan keluar. Rakyat di sini maksudnya – kita, termasuk rakyat yang menyokong UMNO dan ahli UMNO di kampung. Masa ini tiada gunanya. Sepatah kata budak muda... " Nah hambik kau.." (Nah, ambil kau). – Roketkini |
Kempen Tipu Rakyat Sebab S’ngor Tolak Langat 2 - MB Posted: 27 Nov 2012 05:12 AM PST Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kempen kekurangan air di Selangor oleh pihak-pihak tertentu adalah kempen tipu rakyat ekoran penolakan kerajaan negeri terhadap projek Langat 2. "Kalau Langat 2 dapat menyelesaikan masalah inipun, ia akan sampai dua tahun akan datang (selepas ia selesai). "Lebih baik buat kempen kurangkan air tidak ada hasil (dari kempen tiada air)," katanya. "Saya telah buktikan, sebagai MB dan sebagai orang yang pentingkan pengurusan ekonomi yang baik. "Jika ada RM4,000 juta untuk tambah air selangor, lebih baik kaji punca air di Selangor untuk tambah sumber air tetapi ia tidak dibuat," katanya dipetik Harakah Daily pada sesi soal jawab di Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) pagi semalam. Khalid berkata, cara Singapura lebih baik kerana mengkaji sumber air sendiri. "Kita tidak buat dengan betul. Saya lebih minat buat cara ini kerana ia sesuai untuk nilai wang kita (value for money)," katanya. Beliau mengingatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN supaya tidak menjadi wakil rakyat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). Beliau berkata demikian ketika berhujah dengan Adun Permatang, Sulaiman Abdul Razak yang lebih cenderung membela Syabas dari membela rakyat. Ia dibantah oleh seorang Adun BN yang lain dengan menggunakan peraturan mesyuarat tetapi ditolak oleh Timbalan Speaker, Haniza Talha. Sulaiman ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Khalid meminta beliau menjelaskan benar atau tidak kerajaan negeri menyekat Syabas dari menguruskan air tidak ada hasil (Non revenue water – NRW). Khalid menjelaskan, pihak kerajaan negeri menguruskan hal itu hampir setiap hari melalui satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Beliau menjemput wakil Syabas berkenaan agar hadir ke mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa itu. Tegas beliau, jika Kerajaan Persekutuan mahu memperjuangkan rakyat, mereka perlu bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri menstrukturkan semula pekhidmatan air di Selangor. "Masalah besar kepada kerajaan BN Selangor sebelum ini adalah lebih kepada 'contract management' bukannya 'resource management'. "Mereka lebih pentingkan usaha untuk mendapatkan kontrak dari menguruskan sumber yang ada," katanya. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan