Blog-list Malaysia |
- PANAS - Video Pesta Arak dan Maksiat Di London
- 13 Mei Akan Berulang - Amaran Ketua Lembu Kepada Lembu..
- Nong Chik arah Masjid Ar-Rahman UM ditutup
PANAS - Video Pesta Arak dan Maksiat Di London Posted: 28 Nov 2012 12:49 AM PST |
13 Mei Akan Berulang - Amaran Ketua Lembu Kepada Lembu.. Posted: 27 Nov 2012 11:12 PM PST Shahrizat: Jika Umno hilang kuasa, tidak mustahil 13 Mei berulang KUALA LUMPUR, 28 Nov — Dalam ucapan dasarnya, Datuk Seri Shahrizat Jalil memberi amaran tentang kemungkinan berulangnya tragedi berdarah 13 Mei 1969 jika Umno kehilangan kuasa selepas pilihan raya umum akan datang. "Jika kita tidak lagi ditampuk kuasa, maka kestabilan politik negara akan goyang. "Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara kita tidak akan senang. "Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969. "Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi dalam negara kita? Kita pastinya tidak mahu," kata ketua wanita Umno itu dalam ucapan dasarnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Shahrizat meminta delegasi Wanita Umno mencari jalan untuk mengatasi sebelum apa yang beliau katakan itu berlaku. "Kata doktor, barah jika dirawat dari awal kurang menyakitkan. "Jika dibiarkan ia akan terus merebak menjadi barah yang membahayakan, menyakitkan dan seterusnya boleh membunuh. "Kita mesti berani mengambil tindakan yang tegas untuk kebaikan parti kita kerana 'luas tentu bertepi dan panjang tentunya berpenghujung," kata bekas ahli parlimen Lembah Pantai itu lagi. Perhimpunan Agung Umno berjalan selama lima hari dari 27 November sehingga 1 Disember. - TMI |
Nong Chik arah Masjid Ar-Rahman UM ditutup Posted: 27 Nov 2012 11:09 PM PST KUALA LUMPUR 28 November: Selepas berhempas pulas menghentam dan memfitnah Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dalam isu kebebasan beragama, Umno BN kini pula sanggup menutup rumah Allah demi kejahilan politik mereka. Ia berlaku apabila Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya (UM) diarah tutup dalam minggu ini atas arahan kerajaan Umno BN. Menurut Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, berdasarkan maklumat yang diterima, penutupan masjid tersebut telah disahkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). "Pihak Jawi sendiri sudah sahkan penutupan masjid itu dalam masa terdekat dan kami tahu mengenai perkara berkenaan dalam minggu ini juga. "Arahan penutupan turut dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), atas arahan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin," katanya ketika dihubungi. Bagaimanapun hingga ke hari ini, alasan penutupan belum lagi dinyata sehingga menimbulkan keresahan penduduk setempat. "Pasal apa masjid itu ditutup, kita masih belum tahu. Sama ada masjid ditutup untuk orang awam sahaja ataupun sebaliknya pun kita tidak dapat pastikan lagi," jelas Fahmi. Ekoran itu, Nurul Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai akan mengadakan sidang media pada 1.30 petang ini di masjid tersebut. Masjid Ar-Rahman terletak di Jalan Pantai Baru, Lembah Pantai dan di sebelah kiri ke pintu masuk utama UM. http://www.keadilandaily.com/nong-chik-arah-masjid-ar-rahman-um-ditutup/ |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan