Kelab Greenboc |
- Kenyataan Seksis Bukti Adun Umno Berfikiran Kotor Dan Melampau
- BN Selangor ‘Menggelupur’ Jawab Isu ‘Sapu Tanah’
- Skandal RM40 Juta: UBS Bank Switzerland Siasat Musa Aman
- [BONGKAR] Pemimpin Umno Antara Pemilik Banglo Di Templer Park
- Isu AES & Lynas Permudahkan UMNO BN Kalah Dalam PRU
- Ketua Pemuda Umno Ditahan Polis Bersama Arak, Dadah
Kenyataan Seksis Bukti Adun Umno Berfikiran Kotor Dan Melampau Posted: 24 Nov 2012 01:01 AM PST Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kassim ternyata tidak layak menjadi wakil rakyat apabila menghamburkan kenyataan yang bersifat 'seksis dan lucah' terhadap YB Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong di dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, malah ternyata bersifat menghina dan melampau. Inikah sikap sebenar seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang memiliki mentaliti kotor dan songsang yang dipilih oleh rakyat untuk berada dalam dewan yang mulia? Para wanita wajar menolak Adun Umno yang jelas menghina dan berfikiran lucah serta sempit. Jingga 13 mendesak agar Mohd Isa dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan dengan segera dan menggantung beliau di atas sikap tidak profesional, seksis dan lucah. Tindakan tegas juga wajar diambil terhadap kenyataan yang ternyata bertujuan mengaibkan Elizabeth secara terbuka dengan sesuatu yang tidak masuk akal sebagai seorang Adun. Jingga 13 menyeru seluruh wanita di Malaysia khususnya wanita di Selangor mengambil pendirian menolak wakil-wakil rakyat Umno BN dalam PRU 13 yang ternyata tidak menghormati golongan wanita. Afy Adrimie Saharudin Timbalan Setiausaha 2 Jingga 13 klik untuk baca |
BN Selangor ‘Menggelupur’ Jawab Isu ‘Sapu Tanah’ Posted: 23 Nov 2012 11:27 PM PST Abdul Syukor yang juga ADUN Kuang mendakwa tanah yang dibeli dengan harga murah RM1 sekaki persegi itu sedangkan bernilai lebih RM2p juta adalah untuk kegunaan masyarakat seperti pembinaan dewan serbaguna dan tadika. 24 bidang tanah seluas 33.5 ekar itu bernilai lebih RM20 juta 'disapu' parti komponen BN iaitu UMNO, MCA, MIC dan Gerakan ketika kerajaan negeri diterajui Menteri Besar, Dr Mohd Khir Toyo. Setiausaha MCA Selangor, Wong Koon Mun turut respon dengan pendedah itu mendakwa tidak salah membeli tanah negeri dengan harga murah. Menurutnya, amalan itu sudah menjadi kebiasaan sejak merdeka menjual dengan harga murah untuk tujuan kemasyarakatan seperti untuk membina kuil dan sekolah. "Semua tanah MCA di kampung baru adalah milik ibu pejabat parti itu, bukan milik peribadi. Apa yang salah?" katanya Koon Mun yang mempertahankan amalan itu. Yang menimbulkan persoalan, ADUN Sekinchan itu berkata, ada antara tanah yang 'disapu' BN itu diguna untuk tujuan komersial atau dijual bukannya untuk kegunaan masyarakat seperti didakwa Abdul Shukor. "Tiada dewan atau Tadika yang dibina di atas tanah berkenaan, Ini satu pembohongan. "Kita dapati tanah berkenaan (dibangunkan) secara usaha sama. Ada yang sudah membina kedai, kondominium dan hartanah lain, "Ini bermakna ADUN Kuang itu melakukan pembohongan besar," jelas Suee Lin. Beliau berkata, UMNO, MCA, MIC tidak sepatutnya diberi hak membeli tanah itu dengan harga murah oleh kerajaan BN yang memerintah Selangor sebelum ini sedangkan ketika itu tanah berkenaan bernilai tinggi. Suee Lim berkata, beliau membawa isu UMNO-BN 'sapu tanah' itu ke pengetahuan SPRM dan polis untuk siasatan lanjut. -Roketkini |
Skandal RM40 Juta: UBS Bank Switzerland Siasat Musa Aman Posted: 23 Nov 2012 09:07 PM PST UBS Bank di Switzerland membuka siasatan kes pengubahan wang haram berjumlah USD90 juta yang didakwa melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Ia didedahkan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah pada ceramah Merdeka Rakyat di Padang Bola Apartment Damansara Damai, di sini malam tadi. "Nama Musa Aman dikaitkan dengan siasatan kes 'money laundering' (pengubahan wang haram) berjumlah USD90 juta di Switzerland. "Nama Musa dikatakan sebagai salah seorang pemegang akaun yang disiasat," katanya depan lebih 5,000 rakyat. "Bukan itu sahaja, kes melibatkan Musa Aman juga kini akan dibuka di Hong Kong melibatkan wang pemberian oleh jutawan balak Michael Chia berjumlah RM40 juta," kata Ahli Biro Politik KEADILAN itu. Sivarasa berkata, puluhan laporan dibuat terhadap pemimpin Umno BN kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), namun hingga kini tiada seorang pun didakwa. "Bila kita buat laporan, dia tutup fail. Bila kita tanya di Parlimen, mereka tak jawab," jelasnya. Beliau juga menyentuh berkenaan kekayaan yang dikumpul Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya sepanjang lebih 20 tahun memerintah. "Harta atas nama Taib Mahmud sahaja RM15 bilion. Dicampur dengan nama anak-anak dan adik beradiknya yang berjumlah RM6 bilion, bermakna keseluruhan harta keluarga Taib Mahmud berjumlah RM21 bilion. "Macam mana dia dapat? Kalau nak cerita hal rasuah pemimpin Umno BN, ceramah sampai esok pun tak habis," sambung Sivarasa. "Kerajaan Malaysia ini seperti orang yang sudah nyanyuk. Tapi mereka takkan boleh tutup mata rakyat (dari penyelewengan)," tegasnya. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin. -KD Skandal RM40 juta Musa Aman cetus 6 persoalan baru |
[BONGKAR] Pemimpin Umno Antara Pemilik Banglo Di Templer Park Posted: 23 Nov 2012 07:01 PM PST Beberapa pemimpin Umno didakwa pemilik banglo di Templer Park, projek kontroversi, yang dibangkitkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor semalam. Ahli Exco, Elizabeth Wong memberitahu dewan bahawa beliau terkejut mengetahui pemilik banglo itu termasuk bekas menteri, seorang ahli parlimen dan beberapa bekas ADUN. "Inilah antara orang-orang yang mengambil tanah di situ untuk membina rumah mewah," katanya di dewan semalam, tanpa menyebut sebarang nama, lapor Selangorku.com, lamanweb kerajaan negeri. Semalam, The Star melaporkan terdapat rancangan untuk membina banglo mewah di Templer Park atas kawasan bukit bercuram yang diklasifikasikan sebagai Kelas 3 dan 4. Projek itu didakwa melibatkan komuniti berpagar seluas 12.41 hektar yang terdiri daripada 60 buah banglo, dengan harga permulaan RM4 juta seunit. Laporan yang sama memetik Majlis Perbandaran Selayang sebagai berkata pemaju projek itu telah memenuhi syarat-syarat dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. |
Isu AES & Lynas Permudahkan UMNO BN Kalah Dalam PRU Posted: 23 Nov 2012 03:35 PM PST AES mudahkan BN kalah PRU13 NASIB baik ada juga rakyat cerdik yang memenangkan Pakatan Rakyat (PR) untuk memerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, pada pilihan raya umum lalu. Kalau tidak, sudah pasti nasib mereka juga sama dengan rakyat di negeri yang diperintah Barisan Nasional (BN) akan menjadi mangsa 'penghisap darah' menerusi pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). 'Penghisap darah' AES itu tidak dapat menguatkuasakan sistem itu di empat negeri berkenaan kerajaan negeri PR berjaya menghalang dengan tidak membenarkan kamera itu dipasang. Bagaimanapun, rakyat di negeri yang diperintah PR tidak terlepas, sebaliknya turut dikenakan saman jika mereka pergi ke negeri yang diperintah BN yang pasti banyak dipasang kamera AES. Walaupun BN menang dalam pengundian untuk melaksankan AES di Dewan Rakyat, tetapi wakil rakyat pembangkang sudah berusaha untuk menghalang sistem itu dilaksanakan. Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2013 bagi Kementerian Pengangkutan itu diluluskan selepas 78 Ahli Parlimen bersetuju, cuma 49 yang tidak bersetuju. Sebelum itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha menerima asakan bertubi-tubi daripada Ahli Parlimen pembangkang yang bangkit mempertikaikan AES. Keadaan itu mencetuskan kekecohan berikutan Cho Ha dihujani pelbagai persoalan dan dakwaan mengenai pemasangan kamera AES serta keberkesanannya mengurangkan jumlah kematian pengguna jalan raya. Situasi menjadi semakin gamat apabila Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, yang juga berjuang melalui NGO Kempen Anti Saman Ekor (Kase) membangkitkan persoalan mengenai dua syarikat utama yang mendapat tender pemasangan kamera AES, iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd. Mengikut Mahfuz melalui maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ATES Sdn Bhd adalah syarikat berdaftar pada 12 Februari 2009 dan perniagannya berasaskan konsesi yang diperoleh daripada kerajaan termasuk sistem penguatkuasaan trafik automatik. Manakala Beta Tegap Sdn Bhd didaftar pada 7 Februari 2004 mendapat kelulusan kerajaan menjalankan operasi membekalkan barangan dan perkhidmatan, menguji, serta memasang AES. Yang dipertikaikan Mahfuz macam mana dua syarikat ini boleh dapat jaminan tender daripada kerajaan sedangkan Kabinet meluluskan AES pada 2006 dan saringan pemilihan tender dilakukan pada 2008. "Ini menunjukkan ada yang tidak kena… ini bukan untuk menyelamatkan nyawa manusia tapi untuk mengperkayakan kroni dengan merompak wang rakyat. Ini perompak jalanan namanya," katanya. Ahli Parlimen DAP Batu Gajah, Fong Po Kuan juga bangun mencelah dan mendesak perjanjian pemberian tender antara dua syarikat itu dengan Kementerian Pengangkutan yang menjadi Akta Rahsia Rasmi didedahkan kepada umum. Apabila AES dikuatkuasakan nanti tidak tahu nasib rakyat yang menjadi mangsa. Sudahlah sekarang rakyat dibebani dengan pelbagai saman termasuk oleh polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan tidak lama lagi akan dibebankan dengan saman AES pula. Ramai juga yang berang dengan keputusan meneruskan AES dan mereka mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memasang kamera AES di Pekan dan Pagoh. Sekarang rakyat boleh berfikir sendiri, apa sebenarnya yang UMNO-BN dewa-dewakan sehingga menarik balik penangguhan AES. Ini satu lagi membuktikan UMNO-BN lebih utama memperkayakan kroni daripada membela nasib rakyat. Walaupun rakyat diberi pelbagai 'gula-gula' pilihan raya termasuk BR1M untuk memenangkan BN, tetapi habuan itu dengan sendirinya akan terhapus apabila mereka terpaksa membayar saman AES nanti. -rkoetkini 'Semoga berjumpa lagi di bumi M'sia tanpa Lynas!' |
Ketua Pemuda Umno Ditahan Polis Bersama Arak, Dadah Posted: 23 Nov 2012 06:07 AM PST Seorang Ketua Pemuda Umno cawangan di Negeri Sembilan ditahan polis dalam satu serbuan minggu lalu. "Dia ditahan di sebuah hotel dalam keadaan dikelilingi dadah dan arak," kata Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shahrin kepada Keadilan Daily. Mendedahkan hal itu, beliau berkata, bapa kepada individu itu seorang pemimpin Umno bergelar Datuk yang juga bekas senator. Badrul Hisham yang dikenali sebagai Chegubard berharap pendedahan awal itu bertujuan mengelak kes kecurangan pemimpin disorok atas arahan politik. "Kita harap pendakwaan dapat dilakukan dengan adil. Polis dapat bertindak tegas tanpa mempeduli tekanan politik Umno," kata Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu. Sebelum ini, beliau berkata, banyak kes salah laku pemimpin Umno disenyapkan tanpa diambil tindakan ekoran tekanan kepada pihak berkuasa. "Pernah kes seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) salah guna senjata, lepaskan tembakan kerana berbalah dengan orang, laporan dibuat tetapi kes ditutup," katanya. -KD |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan