Jumaat, 16 November 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Abby Abadi Saman Utusan Malaysia RM5 Juta

Posted: 15 Nov 2012 11:01 PM PST


Baru-baru ini, hasil daripada nasihat peguam, Fadiah Nadwa, pelakon Abby Abadi atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan akan memfailkan saman dan tuntutan sebanyak RM5 Juta ke atas akhbar pemegang rekod paling banyak kalah saman di Malaysia kerana memfitnah, iaitu Utusan Malaysia.

Abby turut meluahkan kekecewaannya dan mendedahkan bahawa akhbar milik Umno itu sering melakukan fitnah ke atas dirinya meskipun sebelum beliau menyertai Pakatan Rakyat.

Menurut peguam, pihak Abby Abadi menuntut RM5 juta dan permohonan maaf dalam masa tujuh hari yang mesti disiarkan dalam Utusan Malaysia kerana memfitnah pelakon itu.

UMNO Itu Melayu Dan Melayu Itu Islam? Tidak Benar Samasekali!

Posted: 15 Nov 2012 10:14 PM PST

Adakah parti UMNO itu khusus untuk Melayu seperti namanya "Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu?" dan apakah semua ahli UMNO itu Islam? Sepertimana didakwa oleh ramai pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO?

TIDAK samasekali. Gambar diselah kiri ini ialah Datuk John Ambrose, ketua UMNO bahagian penampang yang beragama Kristian.

Sekaligus membuktikan bahawa UMNO bukan parti Melayu jauh sekali sebuah parti Islam!

Sellain John Ambrose, ramai lagi yang menjadi ahli berdaftar UMNO itu yang bukan Melayu dan bukan Islam.

Sebagai contohnya, Charern Intachat (gambar kanan) Ketua Cawangan UMNO Kota Giam Sungai Baru Bahagian Kubang Pasu, adalah seorang penganut Budha.

Bukan dia sorang…. Charem Intrachat ini adalah Pengerusi Persatuan Siam Malaysia. Persatuan ini bernaung di bawah UMNO.

Ahli PAS Digesa Undi Calon Bukan Islam Pakatan Rakyat

Posted: 15 Nov 2012 06:45 PM PST

Ahli PAS diminta mengundi calon bukan Islam dalam Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.

Gesaan itu dibuat Ketua Dewan Ulama PAS, Datun Harun Taib semasa menyampaikan ucap utama dalam muktamar Dewan Ulamak PAS di Kota Baru. Teks ucapannya dibaca Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Dr Mahfudz Mohamad.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfudz Mohamad yang juga Pesuruhjaya PAS Johor membacakan teks tersebut.

Harun juga menggesa supaya mempertahankan ijtihad Tahaaluf Siyasi (persefahaman politik) tetapi Dewan Ulamak akan menegur pemimpin parti yang melanggar syarat.

PAS katanya membenarkan ahli-ahlinya mengundi parti lain sebagai satu wasilah mencapai kemenangan dalam pilihanraya.

Beliau juga menekan kepentingan media baru kepada PAS terutama untuk tujuan dakwah.

"Youtube, blog, laman web dan media alternatif lain perlu digunakan untuk tujuan tersebut," katanya.

Ulamak tambahnya boleh memainkan peranan memenuhi media baru dengan pemikiran dakwah, tarbiyah dan jihad menentang kezaliman.

"Tidak hanya dengan lisan tetapi juga menggunakan mata pena penulisan." tambah beliau lagi. -TMI

Pramugari Egypt Air Mula Pakai Hijab

Posted: 15 Nov 2012 03:53 PM PST


Kaherah – Semua krew wanita pesawat Egypt Air memakai hijab buat kali pertama sejak syarikat penerbangan nasional itu diasaskan pada 1932.

Egypt Air berkata, etika pemakaian itu perlu dipatuhi selepas menerima saranan daripada ulama.

"Beliau sarankan pemakaian itu dan hukumnya wajib, terutama penerbangan ke Jeddah," katanya.

Ketika pemerintahan Presiden Hosni Mubarak, hijab dianggap janggal, terutama mereka yang bertugas di stesen televisyen dan syarikat penerbangan nasional.

Namun, selepas beliau diganti dengan Mohamed Mursi, wanita diberi kelonggaran mengenakan hijab. – AFP

Isk..Buang Tabiat Ke Apa Ni?

Posted: 15 Nov 2012 07:44 AM PST


Rasanya dalam banyak-banyak isteri perdana menteri, Rosmah Mansor dianggap paling banyak menimbulkan kontroversi sama ada dari segi penampilannya, kemewahan luar biasanya dan paling jelek, apabila tanpa segan silu menari di khalayak ramai, walaupun menyedari dirinya isteri seorang pemimpin tertinggi negara!

Rosmah kelihatan asyik bergoyang sambil diiringi alunan muzik Hindustan bersama dengan penari pengiring sempat dirakamkan salah seorang penonton yang hadir di majlis tertutup itu.

Beginilah rupanya gelagat isteri pemimpin negara kununnya mengamalkan wasatiyyah yang dicanang hebat ke seluruh negara tetapi dalam masa yang sama memperlihatkan sisi hodoh yang tidak patut dicontohi rakyat yang kini makin derita dengan kenaikan harga barang menggila! -jalanpulang





AMK Lancar Kempen ‘Sumpah Rakyat Kembalikan Hak Rakyat’

Posted: 15 Nov 2012 04:34 AM PST


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) hari ini melancarkan kempen 'Sumpah Rakyat Kembalikan Hak Rakyat' dalam usaha menyedarkan rakyat tentang penyelewengan wang yang dilakukan pemimpin Umno.

Kempen yang akan menjelajah ke seluruh negara itu dijadual bermula esok di Sabah dan menyelusuri segenap negeri itu selama lima hari.

"Kita mula di Sabah sebab negeri itu mengalami isu penyelewengan wang terbesar membabitkan RM40 juta oleh Ketua Menterinya, Datuk Seri Musa Aman," kata Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin pada sidang media selepas majlis pelancaran kempen, di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini petang tadi.

Kempen tersebut dilancarkan Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut hadir, Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Shamsul, seramai 70 jentera AMK termasuk 20 dari Semenanjung akan menggembeling tenaga menjayakan kempen tersebut.

"Selain ceramah, 100,000 naskhah risalah khas telah kita cetak, dan di setiap perhentian akan ada Ketua Cabang buat laporan polis berhubung penyelewengan itu," jelasnya.

"Kita harap kesedaran rakyat Sabah tentang pentingnya mereka lakukan perubahan. Dengan terjadinya kerugian wang rakyat sebegitu banyak, perlu ada kempen bersepadu agar mesej ini sampai ke peringkat akar umbi," sambung Shamsul.

Menurutnya lagi, sebuah trak Chevrolet Colorado disediakan khas sebagai simbolik kepada kempen yang dijadual akan menjelajah Sarawak dan Semenanjung selepas ini.

Terdahulu, Wan Azizah, Anwar, Shamsul dan beberapa anggota AMK bergambar bersama trak tersebut yang bertulis 'Sumpah Rakyat Tuntut Hak' dan 'Ini Kalilah Sabah'.

Wan Azizah dan Shamsul turut menaiki trak sebagai simbolik pelancaran kempen 'Sumpah Rakyat Kembalikan Hak Rakyat'.

Muktamar Pemuda PAS Bahas 4 Usul Termasuk AES & BERSIH 4.0

Posted: 15 Nov 2012 02:41 AM PST


Kota Bharu: Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke-53 kali ini menerima empat usul untuk dibahaskan oleh para perwakilan pada hari ini.

Usul pertama berkaitan politik dan pilihan raya yang dikemukakan Dewan Pemuda PAS Jasin yang mengusulkan kepada muktamar supaya mendesak pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan Himpunan Bersih 4.0 ekoran ketidakpedulian kerajaan terhadap tuntutan Bersih 3.0 sebelum ini.

Usul kedua pula berkaitan media rasmi PAS, Harakah yang perlu diperkasa yang dikemukakan oleh Dewan Pemuda PAS Wilayah.

Usul tersebut antara lain mahu PAS Pusat membuat penstrukturan semula sidang editorial Harakah dan mewujudkan sebuah jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungan pemberitaan Harakah dan Harakahdaily.

Usul ketiga pula berkaitan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang di kemukakan Dewan Pemuda PAS Malaysia sendiri.

Usul tersebut mendesak agar AES ditangguhkan serta merta dan mendesak agar satu mekanisma trafik baru dibuat yang bersifat mendidik dengan kajian dan piawaian negara maju.

Bagi usul keempat pula, Dewan Pemuda PAS Malaysia mahu muktamar membuat keketapan mendesak Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan para pemimpin MCA lain yang terlibat menghinan Islam secara terbuka untuk membuat permohonan maaf.

Usul tersebut juga mendesak muktamar mencabar Dr Chua Soi Lek berdebat berhubung isu ini dan mendesak semua pihak tidak menggunakan agama sebagai alat menghina pihak lain.

Ianya termasuk Umno yang dilihat terus membisu biarpun rakan mereka MCA, terus menerus membuat penghinaan terhadap agama Islam.

Bagaimanapun kesemua usul-usul ini akan dibahas pada sesi muktamar petang nanti.

Dua usul tanpa bahas

Sementara itu, muktamar juga menerima dua usul tanpa bahas yang dikemukakan Dewan Pemuda PAS Kubang Kerian.

Usul pertama adalah supaya Pakatan Rakyat mengutamakan seluas-luasnya aspek pendidikan khususnya agama di negeri yang dikuasai.

Justifikasinya menurut usul itu, berdasarkan Bajet 2013, tiada sebarang peruntukan khas diberikan kepada pendidikan agama seperti kepada Sekolah Agama Rakyat.

Usul kedua pula adalah mendesak seluruh organisasi PAS mempertingkat usaha dakwah kepada orang bukan Islam agar mereka lebih memahami tentang Islam.

Usul tersebut turut mendesak supaya program dialog dengan orang bukan Islam diperbanyakkan dengan memanfaatkan sepenuhnya Dewan Himpunan Peyokong PAS.

Tiada ulasan: