Selasa, 13 November 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Tangisan Bayi Bongkar Kisah Remaja Tkn 4 Bersalin

Posted: 13 Nov 2012 01:25 AM PST

Luluh hati seorang abang apabila adik perempuannya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun depan, melahirkan seorang bayi di dalam bilik di rumah keluarga mereka di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, abang kepada remaja perempuan terbabit berkata, tangisan kuat yang didengari datangnya dari arah bilik adiknya itu mengejutkan dia dan seorang lagi adik lelakinya, sebelum kelahiran bayi itu disedari mereka.

Difahamkan, ketika pintu bilik dibuka, gadis berumur 16 tahun itu berada di lantai dalam bilik tidurnya dengan keadaan berlumuran darah manakala bayi tersebut pula berada di sisinya sebelum perkara itu dimaklumkan kepada ibu mereka.

Menurut si abang, dia kemudiannya meminta bantuan jiran terdekat untuk membawa adiknya itu ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan mendakwa melaporkan mengenai kejadian itu di balai polis berdekatan.

"Kami sekeluarga juga tidak mengesyaki dia hamil sebelum ini kerana tubuhnya agak besar berbanding rakan seusianya, malah saiz perutnya juga kelihatan seperti normal," katanya ketika ditemui Sinar Harian di HSNZ Kuala Terengganu, semalam.

Abang remaja terbabit berkata, adik perempuannya dan bayi tersebut kini dirawat di hospital berkenaan dan hanya keluarga mereka dibenarkan melawat, namun keadaan adik dan bayi itu sehingga tengah hari semalam dilaporkan stabil.

Anak sulung daripada tiga beradik itu juga memberitahu adiknya juga mengaku pernah dinodai seorang lelaki dikenali keluarga mereka pada Februari lalu, namun merahsiakan perkara itu sehinggalah melahirkan bayi berkenaan dalam bilik tidurnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superitendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi tengah hari semalam bagaimanapun tidak dapat mengesahkan mengenai perkara itu kerana masih belum menerima laporan terperinci. -SH

[Edisi Terdesak] Najib Perdaya Artis Untuk Tarik Sokongan Melalui YA1M

Posted: 12 Nov 2012 10:17 PM PST

Pengacara, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman atau nama sebenar, Muhammad Hakim Lokman berkata, pelancaran Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya untuk tarik sokongan golongan itu kepada BN.

Katanya, Umno terbukti semakin parah kerana sanggup menjanjikan habuan demi kepentingan politik.

"Ini janji tak ikhlas, kenapa baru sekarang nak bagi (perhatian) kepada artis.

Adakah kerana tiada penyokong, baru nak gunakan artis.

"Ini semua tindakan terdesak mereka. Selama ini siapa yang pandang artis, kami hanya digelar sebagai penghibur, tiada kepentingan," tempelaknya.

Najib melancarkan YA1M itu semalam sebagai langkah menarik sokongan golongan seni yang semakin peka dengan isu politik kepada BN.

Dalam ucapannya, beliau berjanji kepada golongan seni menyokong kerajaan akan mendapat bantuan lebih banyak kelak jika BN meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Najib turut mengumumkan sumbangan RM2 juta kepada YA1M pada tahun ini dan RM3 juta pada tahun depan di samping akan menimbang untuk menyediakan skim perlindungan insurans kepada golongan seni.

"Kalau dah buat macam-macam, takkan artis tak boleh fikir, mesti ada muslihat di sebalik janji-janjinya. Kalau mereka (artis) waras, mereka tak akan sokong perkara ini. Kalau tak boleh baca lagi (muslihat Najib), maknanya mereka tak normal.

"Tapi kalau mereka tidak bermaruah, orang itu pastinya mudah ditipu," tegasnya ketika dihubungi.

Antara artis yang telah menyertai parti politik ialah penyanyi dan pelakon kontroversi Abby Abadi yang mengumumkan penyertaan ke dalam PAS.

Selain Bob Lokman, terdapat beberapa artis lain yang menyertai Pakatan Rakyat antaranya pelakon Hairie Othman, penyanyi Dayangku Intan, Noryn Aziz dan Yatt Hamzah.

Sementara itu, Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN, Tengku Intan Tengku Abd Hamid atau Dayangku Intan menyifatkan tindakan terdesak Najib itu kerana sedar beliau akan kalah dalam PRU 13 sehingga terpaksa bergantung kepada artis.

"Ini semua kerana mereka takut kalah PRU 13, baru mereka tahu bagaimana artis boleh mempengaruhi rakyat dengan hasil seni mereka.


"Kalau mahu bercakap mengenai royalti, perlindungan kepada artis, ini bukan perkara baru.

Sudah bertahun kita perjuangkan. Kenapa baru sekarang mahu jaga artis," kata penyanyi yang terkenal dengan lagu Semakin Rindu Semakin Sayang.

Kata artis veteran itu lagi, Umno sebenarnya ketandusan idea kerana terpaksa meniru apa yang dibuat Pakatan Rakyat.

"Kalau mahu tarik sokongan artis, Umno sebenarnya sudah terlambat kerana Pakatan lebih dahulu memahami artis.

"Semuanya ditiru, dari (jelajah) bas, sehinggalah beri peluang kepada artis ke pentas ceramah (Umno). Sudut ini pun kita boleh tengok Pakatan lebih dekat dengan artis," ujarnya.

Selangor Beri Tempoh 14 Hari Tanggalkan Kamera AES

Posted: 12 Nov 2012 07:18 PM PST


Kerajaan negeri Selangor akan memberi tempoh selama 14 hari kepada Kementerian Pengangkutan, bermula hari ini, untuk menurunkan dua kamera sistem penguatkuasaan automatik (AES) yang dipasang di negeri itu.

Anggota exco Ronnie Liu dalam laporan Nanyang Siang Pau berkata, pihak berkuasa setempat akan "membantu" menanggalkan kamera tersebut sekiranya kementerian gagal berbuat demikian.

Liu semalam dilaporkan berkata, pemasangan dua kamera tersebut di Kajang tidak mendapat kelulusan majlis perbandaran termpatan, seperti ditetapkan undang-undang.

Beliau seterusnya menggesa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Pengangkutan Datuk Ser Kong Cho Ha supaya merujuk Akta Kerajaan Tempatan 1976.

"Kerajaan Selangor (juga mengharamkan pelaksanaan) AES di negeri itu.. kerana sistem berkenaan mengandungi banyak kelemahan," katanya.

Selangor menjadi negeri pertama yang menentang AES dengan alasan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan gagal menjelaskan kelebihan sistem tersebut.

Niat Nurul Izzah Berdakwah Kepada Bukan Islam

Posted: 12 Nov 2012 05:10 PM PST


Shah Alam - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad mempertahankan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bersabit kenyataannya dalam isu kebebasan beragama sebagai bertujuan untuk berdakwah kepada bukan Islam di negara ini.

Bagaimanapun menurut Khalid, kenyataan Nurul Izzah itu dijadikan bahan fitnah dan sengaja diputarbelitkan oleh pihak tertentu atas dasar kepentingan politik.

"Dia mengasaskan hujahnya kepada ayat 'La Iqra Haffidin' - tidak ada paksaan dalam agama.

"Forum dianjurkan di sebuah gereja. Maknanya dia pergi, latar belakangnya, hendak berdakwah, berinteraksi dengan masyarakat bukan Islam, nak berdakwah menyatakan kepada orang bukan Islam, jangan takut pada Islam kalau ada pemerintahan yang berasaskan Islam sekali pun, soal kebebasan beragama dijamin dalam Islam. Itu konteksnya.

".... hilangkan ketakutan orang bukan Islam terhadap Islam tapi akhirnya dia ditempelak dengan tuduhan hendak memurtadkan orang," jelas Khalid.

Nurul Izzah pada 3 November lalu dijemput sebagai seorang panelis dalam forum bertajuk Negara Islam: Versi Mana? Tanggungjawab Siapa?

Pada sesi forum itu, Nurul Izzah ditanya "apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, adakah ini termasuk masyarakat Melayu sekali?".

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu kemudian menjawab "bila anda bertanya kepada saya, tiada paksaan dalam agama. Dr Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut. Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu".

"Ia mesti diaplikasi secara saksama. Inilah asas," Nurul Izzah dipetik sebagai berkata.

Ulasan GB

Apa yang nyta di dalam isu Nurul Izzah ini ialah: terdedahnya kumpulan jahil ugama dan buta Al-Quran yang terdiri dari kaum pemimpin UMNO dan para pencacainya!

Kerana nak sangat mempolitikkan apa juga isu bertujuan untuk memburukkan pemimpin parti Pakatan Rakyat dengan cara memutarbelitkan ucapan dan kenyataan mereka, tetapi kumpulan berkenaan tidak menyedari membuka kebebalan sendiri tentang "la iqra hafiddiin" - tiada paksaan orang di dalam beragama.

Kalau nak kira murtad, orang UMNOlah yang telah ramai dan telah lama murtad - dengan tak payah isytihar keluar ugama tetapi cukup bersandarkan dengan pegangan mereka yang berjuang di atas dasar kebangsaan (assabiyah).

Sabda Rasulullah s.a.w. : "Bukan daripada kalangan kami orang yang menyeru kepada Assabiyah, dan bukan daripada kalangan kami orang yang berperang atas dasar Assabiyah, dan bukan daripada kalangan kami orang yang mati kerana Assabiyah" (Hadith Riwayat Abu Daud)

Kedua: Demi bangsa Melayu, UMNO menggunakan "assabiyah", cuba untuk mengubah fakta kebenaran mengikut hawa nafsu mereka demi untuk mempertahankan kuasa yang kini hanya tinggal "nyawa-nyawa ikan".

Namun yakinlah bahawa usaha mereka itu akan sia-sia. Tuhan tidak sekali-kali akan mengizinkan kebatilan dan kezaliman mengatasi kebenaran dan keadilan.

Kita nasihatkan kepada warga UMNO supaya membaca Al-Quran dan menuntut lebih dalam lagi di bidang agama. Apa yang dilakukan oleh orang-orang UMNO kini, boleh menjejaskan pengucapan dua kalimah syahadat sendiri. Mengikut kitab-kitab dari ulamak muktabar seperti Said Hawa menjelaskan perkataan-perkataan yang meragukan hukum Islam boleh membawa kepada murtad. Mestika Hadith terbitan Jabatan Perdana Menteri sendiri, ada menyebut beberapa contoh kata-kata yang boleh membatalkan iman seseorang atau yang boleh menjadi murtad iaitu:

Kata-kata (menghina atau merendahkan) mana-mana hukum Islam seperti :

• Hukum apa ini ?
• Hukum ini sudah lapuk.
• Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba' kerana menghalang kemajuan.
• Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus (tutup aurat dengan memakai telekong).
• Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?
• Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya.
• Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya.
• Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam, sampai kiamat kita tidak maju.
• Seseorang berkata,"Perbuatan yang demikian tidak beradab", apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW selepas makan baginda menjilat sisa makanan dijarinya (sebelum dibasuh tangan).
• Seseorang berkata,"Aku tidak mahu memotong kuku sekalipun sunnah", apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunnah.
• Membaca ayat-ayat suci al-Quran, hadith nabi dan nama-nama Allah dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.

Itu baru ungkapan yang contoh kata-kata yang boleh menjadi murtad.

Bukan GB yang kata tetapi dari kitab MESTIKA HADITH keluaran Jabatan Perdana Menteri sendiri!

Saham FGVH Jatuh Bawah Harga Senarai, Isa Samad Didesak Letak Jawatan

Posted: 12 Nov 2012 02:41 PM PST


SSaham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) merosot ke paras paling rendah sejak disenaraikan pada 28 Jun lalu.

Saham itu didagangkan pada harga penutup RM4.60 pada 9 November, hanya 5 sen lebih tinggi daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) RM4.55 sesaham.

Pagi ini, saham FGVH terus merosot ketika diniagakan pada pukul 10.46 di paras terendah RM4.53 sebelum kembali naik pada sesi penutup tengah hari.

Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Rebim Birham mendakwa kejatuhan saham FGVH telah dijangka sejak awal berdasarkan penyenaraian yang tidak telus serta menggunakan secara 'paksa' tanah-tanah peneroka sebagai modal.

"Pihak pelabur melihat penyenaraian FGVH ini lebih kepada tindakan politik dan bertujuan meraih untung jangka pendek untuk individu atau golongan tertentu. Pihak yang berkepentingan menjual saham sebaik sahaja harga naik.

"Oleh itu, pelabur jangka panjang enggan terus melabur atau menambah pelaburan. Pelabur antarabangsa yang dijangka akan masuk pula tidak berminat apabila mendapati senario politik tidak lagi menyebelahi BN.

"Bagi menyekat kejatuhan berterusan ini, kita desak Pengerusi Felda Isa Samad yang bertanggungjawab ke atas penyenaraian meletak jawatan segera agar tempatnya boleh diisi oleh orang lain yang lebih berkelayakan," kata Rebin ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman pula berkata kepada Harakah Daily, kejatuhan berterusan saham FGVH menambah penderitaan peneroka yang sebelum itu telah diperdaya membeli saham tersebut.

"Jika harga saham RM4.78 pun dikira peneroka sudah rugi setelah ditolak interest dan bayaran kepada bank. Kalau harga hari ini RM4.61 bermakna ia sudah jauh jatuh, sudah negatif," katanya.

Tambahnya, apabila rugi pemegang saham tidak dapat menjual saham, akhirnya mereka bukan menikmati durian runtuh tetapi menghadapi malapetaka.

BN Mengada-adakan Ancaman Kebangkitan ‘Malay Spring’!

Posted: 12 Nov 2012 06:35 AM PST

Chandra Muzaffar, Pengerusi Yayasan 1Malaysia dan juga 'pemikir' agung BN, telah dipaparkan pada muka hadapan media-media cetak arus perdana dengan mengeluarkan amaran mengenai 'rancangan kuasa luar' untuk memporak-perandakan kerajaan dan juga ancaman kepada 'keselamatan global'!

Dalam proses itu dia telah mengaitkan BN dengan beberapa diktator, yang mana masyarakat dunia telah menyaksikan kejatuhan mereka beberapa bulan yang lalu, dan mengatakan bahawa menyingkirkan Mubarak, Gadaffi, Ben Ali dan yang lain adalah tidak baik kerana ianya akan 'menggugat' Malaysia! Dengan menafikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang seharusnya mendukung aspek-aspek utama seperti kebebasan akhbar, hak pada kebebasan bersuara dan hak pada kebebasan perhimpunan aman, Chandra juga menyatakan penentangannya pada beberapa organisasi pro-demokrasi, seperti Yayasan Open Society dan National Endowment for Democracy (NED) yang berpangkalan di Washington.

Chandra telah mengutuk keras penyaluran dana-dana asing kepada pertubuhan-pertubuhan sivil seperti Bersih dan Suaram dan kumpulan-kumpulan lain yang bekerja keras untuk menentang rasuah dan penindasan rakyat di Malaysia.

Namun, bagai mana pula dengan jumlah wang yang teramat besar yang disalurkan oleh UMNO/BN ke dalam akaun Yayasan 1Malaysia? Dan bagai mana pula dengan jumlah wang haram yang teramat besar yang telah dibolot secara rahsia dari simpanan negara untuk menyokong kegiatan-kegiatan parti politiknya untuk bertahan pada kuasa selama lebih 50 tahun?

Kealpaan dan double-standard pada Dr. Chandra Muzaffar amatlah dikesali oleh sesiapa yang meneliti pendedahannya itu.

Namun, pandangan peribadinya yang diada-adakannya adalah mengenai 'kesan merbahaya' dari dana kecil dari organisasi-organisasi seperti NED itu, telah digunakan oleh rakyat di negara-negara yang pro-demikrasi seperti Mesir, Tunisia, Libya dan Syria.

Jelaslah, Dr Chandra telah menganggap kritikan terhadap pemerintah kuku besi adalah sekadar alasannya semata-mata. Bagi Chandra, kerajaan tidak boleh ditentang atau dikritik oleh mana-mana pertubuhan yang memperjuangkan kebenaran.

Dengan kata-kata sedemikian, Chandra telah menyamakan BN seperti rejim-rejim Libya, Tunisia dan Mesir dan dia juga bersimpati dengan saki-baki pemerintahan kuku besi seperti Syria dan Russia. Apa yang lebih utama, dia telah memberikan isyarat bahawa dia takut bahawa rakyat Malaysia secara umumnya akan menyingkirkan BN sama seperti kebangkitan Arab Spring!

Pada hari ini, Ketua PKR Sarawak yang juga ADUN, Baru Bian, seorang pengamal undang-undang, telah membantah serangan berhisteria Dr Chandra terhadap pertubuhan-pertubuhan sivil di Malaysia.

Chandra Muzaffar telah memperkecilkan dirinya sendiri dan juga Yayasan 1Malaysia dengan kenyataan-kenyataan ini kerana secara tidak langsung dia telah mendedahkan betapa takutnya gabungan parti-parti BN yang kini terlalu kaya dan dahagakan kuasa bertindak ke atas pertubuhan-pertubuhan kecil ini, yang hanya bersenjatakan kebenaran.

Malaysia akan menghadapi piliharaya umum tidak lama lagi.

Tidak perlulah kita takut pada apa yang dianggap Kebangkitan Melayu atau kacau bilau atau apa-apa juga bentuk darurat yang tidak masuk akal sebagaimana dibayangkan oleh Chandra dan gerombolan BN.

Peralihan kuasa kerajaan secara normal tidak seharusnya dihalang, selagi BN tidak berkelakuan sebagaimana dibayangkan oleh Chandra dan melanggar peraturan dalam percubaan mereka untuk terus berkuasa selama 50 tahun lagi!

Jika tercetusnya darurat dan kacau-bilau nanti maka BN harus dipertanggungjawabkan oleh masyarakat dunia dan bukannya kerana pertubuhan-pertubuhan pro-demokrasi yang kecil-kecil itu.

Sumber : Sarawak Report

Mayat Wanita Berulat Dalam Bas!

Posted: 12 Nov 2012 04:11 AM PST

Kajang – Seorang pengawal keselamatan terkejut apabila menemui mayat wanita dalam keadaan kembung dan berulat di dalam sebuah bas yang tidak digunakan di dalam kawasan kompaun Menara Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ, pagi ini.

Kejadian disedari jam 10.30 pagi oleh pengawal keselamatan, Santra Morgan yang kemudian menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pada Khamis lalu salah seorang mekanik MPKJ mengadu terlihat seseorang sedang tidur dalam bas berkenaan ketika ditugaskan memeriksa nombor chasis.

"Mangsa berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an itu ditemui dalam keadaan terbaring, lengkap berpakaian seluar pendek ketat berwarna hitam dan tshirt berwarna merah," katanya.

Menurutnya, turut ditemui tuala dan pisau pendek, namun dokumen pengenalan diri gagal ditemui.

"Mangsa dipercayai mati lebih empat hari, motif dan punca kematian masih disiasat. Siasatan turut menjurus kepada jenayah atau sebaliknya," katanya.

Mayat dibawa ke hospital Serdang untuk dibedah siasat. -SH

Tiada ulasan: