Selasa, 13 November 2012

ANAK SENGAT

ANAK SENGAT


BOB LOKMAN DILANGGAR GAJAH

Posted: 12 Nov 2012 05:17 PM PST

Grik - Bob Lokman, seorang selebriti yang kini bergiat berdakwah melalui Parti Islam Semalaysia PAS diberitakan bertembung dengan seekor gajah di Lebuh raya timur Barat . Beliau dalam perjalanan ke Kota Bharu untuk menyertai muktamar tahunan PAS bersama beberapa buah kereta lain.

Menurut sumber, beliau yang menaiki kenderaan waja bertembung dengan gajah yang sedang melintas jalan.( no terpaksa dirahsiakan takut ada yang tikam ekor) . Ketika berhenti,  jarak beliau dengan gajah tersebut kira kira 30 meter. Tanpa menyedari lampu sportlight beliau terlupa dipadamkan, menyebabkan gajah tersebut naik minyak. Gajah tersebut diberitakan meluru ke arah kereta beliau dengan mengibaskan telinganya. sumber menyatakan, ketinggian kereta beliau separas dengan lutut gajah .

Gajah yang kelihatan panik terus menanduk bahagian hadapan kereta Bob hingga berlubang. Bob Lokman yang berada dalam kereta menjadi panik tanpa mampu berbuat apa-apa. Sumber juga menyebut , tandukan gading gajah tersebut menyebabkan bahagian belakang kereta yang dipenuhi barang terangkat.

Kejadian tersebut berlaku ketika pendakian berhampiran hentian puncak lebuhraya Timur Barat.

Bagaimanapun, beliau dilaporkan selamat dan kini telah berada di Kelantan.



Sumber - Firuz Isa (ahli rombongan).

P/s : sumber kata mungkin gajah tu betina dan dan nak berkenalan dengan abang bob.... siasatan sedang dijalankan adakah gajah itu dihantar oleh seseorang...he..he...

SAKIT YANG TAK NGAKU SAKIT

Posted: 12 Nov 2012 03:24 PM PST

fening ....fening...fening.... Ku Nan yang dikatakan sakit dan akan meletakkan jawatan dari SU BN tetiba bersuara macam tak sakit. Namun orang yang membaca kenyataan ku Nan tahu sangat yang dia sedang sakit yang kronik.

Dalam kenyataan terbaru Ku Nan yang disiarkan Sinar Harian, beliau menempelak Pakatan Rakyat terutamanya PAS yang katanya menggunakan agama untuk politik. Bagi yang paham agama memang tahu sangat kenyataan Ku Nan ini lahir dari akal yang sakit. Di saat orang lain dah tak mampu nak pisahkan agama dari perjuangan mereka, Ku Nan masih nak jaja isu lapok ini. Saya tak mahu bincang isu yang dah tak jadi isu...

Paling ketara sakitnya Ku Nan ialah bila dia menyatakan keyakinan bahawa Bn akan menguasai dua pertiga parlimen. Semua rakyat mengetahui dan Presiden umNo sendiri mengakui bahawa Bn akan menghadapi pertempuran paling sengit dalam sejarah negara dalam PRU 13 ini walaupun masih berkeyakinan BN akan menguasai Parlimen.

Kenyataan Ku Nan nampaknya bertentengan dengan  kenyataan Presiden dan Timbalan Presiden umNO sendiri. memang sah Ku Nan sedang sakit, dan paling menyakitkankan...sakitnya Ku Nan mungkin kerana terjangkit dengan sakitnya Barisan Nasional... atau Ku Nan sendiri sakit kerana memikirkan tentang sakitnya BN....


Tiada ulasan: