Kelab Greenboc |
- Dakwaan Polis Merogol: Tubuh IPCMC Segera!
- [VIDEO] Pembaca Berita Sebak & Menangis Lapor Berita Kekejaman di Syria
- [VIDEO] Zulfahmi Naik Podium Lagi, Lari Dari Semburan Arak Lagi
- Tindakan UMNO Guna Kem Tentera Diselar
- Penulis Fesyen Dikecam, Persenda Pakaian Wanita Islam!
- [PELIK] Bekas Anggota Polis 6 Kali Mengundi Tiada Kad Pengenalan
Dakwaan Polis Merogol: Tubuh IPCMC Segera! Posted: 12 Nov 2012 12:40 AM PST Kerajaan digesa segera menubuhkan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC) bagi menangani institusi polis yang makin hilang kredibiliti, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran. Tegas Surendran, insiden terbaru menimpa seorang warga asing yang mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks ketika disoal siasat membuktikan tahap profesionalisme polis semakin rendah. "Dengan penubuhan IPCMC, anggota polis akan lebih takut untuk melakukan salah laku, sekaligus membasmi salah guna kuasa. "Kita khuatir salah laku jika tidak dibasmi akan menyebabkan institusi penguatkuasaan polis makin hilang kewibawaan," "Insiden seperti ini juga bukan perkara baru kerana sebelum ini banyak laporan yang kita terima berhubung penyelewengan kuasa anggota polis," ujarnya ketika dihubungi. Pada masa sama, beliau turut mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Tun Hussein supaya memandang serius insiden tersebut. "Menteri Dalam Negeri tidak boleh anggap insiden ini sebagai terpencil, kerana ia menunjukkan kepada warga asing bagaimana lemahnya tahap disiplin anggota keselamatan kita," tegasnya. Terdahulu, laporan Bernama melaporkan 3 anggota polis ditahan reman 7 hari bagi membantu siasatan berhubung aduan seorang wanita warga asing yang mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks ketika disiasat. Sebelum itu, pada 7 November 2012, 2 pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, direman 3 hari kerana disyaki membelasah seorang tahanan sehingga koma dan terpaksa menjalani pembedahan akibat pendarahan otak. klik untuk baca |
[VIDEO] Pembaca Berita Sebak & Menangis Lapor Berita Kekejaman di Syria Posted: 11 Nov 2012 09:37 PM PST Pembaca berita televisyen ini tidak dapat menahan kesedihan apabila membacakan berita berkenaan seorang anak kecil, Muhammad Dhiya' yang ditembak oleh Rejim Bashar. Ayah Muhammad Dhiya' menjerit-jerit supaya Rejim Bashar berhenti daripada menembak untuk menyelamatkan anaknya, namun permintaannya itu tidak dipedulikan hingga anaknya terbunuh dengan kejam. Sama-samalah kita doakan semoga umat Islam di Syria diselamatkan dari kezaliman pemimpin dan pemerintahan yang zalim. -halimislam |
[VIDEO] Zulfahmi Naik Podium Lagi, Lari Dari Semburan Arak Lagi Posted: 11 Nov 2012 07:31 PM PST Zulfahmi akhiri musim 2012 dengan podium kedua di Valencia PELUMBA Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin mengakhiri musim MotoGP Dunia 2012 dengan penuh bergaya selepas menaiki podium buat kali kedua pada Grand Prix Valencia di Sepanyol semalam. Pelumba sensasi pasukan AirASia-SIC-Ajo, yang memulakan perlumbaan ke petak ke-17, menamatkan saingan di tempat ketiga dengan hanya ketinggalan 0.114 saat di belakang juara Danny Kent daripada pasukan Red Bull Ajo. Kent, pelumba Britain, mencatatkan masa 45 minit 5.891 saat manakala juara dunia baru Moto3, Sandro Cortese dari Jerman, yang juga rakan sepasukan Kent, menduduki tempat kedua dengan ketinggalan 0.056s. Muhammad Zulfahmi, yang baru memenangi anugerah 'Pelumba Kelas Moto3 Paling Meningkat 2012', berkata keputusan tersebut sukar dipercayai kerana terpaksa mengharungi keadaan sukar pada sesi latihan bebas Jumaat lepas dan sesi kelayakan semalam. "Bermula dari petak ke-17 dan mengakhiri di tempat ketiga merupakan keputusan hebat.... saya tidak boleh percaya bahawa saya berjaya menaiki podium. Saya amat bangga untuk memenangi podium kedua dalam karier perlumbaan," kata Muhammad Zulfahmi dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Sepang International Circuit (SIC). "Saya tidak sabar untuk saingan tahun depan dan ia akan menjadi lebih berdaya saing tetapi saya akan bersedia," kata pelumba berusia 21 tahun yang menduduki tempat kedua pada MotoGP Grand Prix Malaysia 2012 di Sepang, bulan lepas. "Saya juga berasa begitu gembira apabila mengetahui SIC, promoter MotoGP Grand Prix Malaysia, memenangi anugerah 'Acara MotoGP Terbaik 2012'," katanya. - Bernama KEPUTUSAN PENUH MOTO3 RACE: (24 laps = 96.12 Km) POS / RIDER / NAT. / TEAM / MOTORCYCLE / TIME / KM/H / GAP 1 / Danny KENT / GBR / Red Bull KTM Ajo / KTM / 45'05.891 / 127.88 / 2 / Sandro CORTESE / GER / Red Bull KTM Ajo / KTM / 45'05.947 / 127.878 / 0.056 3 / Zulfahmi KHAIRUDDIN / MAL / AirAsia-Sic-Ajo / KTM / 45'06.005 / 127.875 / 0.114 4 / Brad BINDER / RSA / RW Racing GP / KALEX KTM / 45'06.322 / 127.86 / 0.431 5 / Hector FAUBEL / SPA / Andalucia JHK t-shirt Laglisse / FTR HONDA / 45'10.262 / 127.674 / 4.371 6 / Louis ROSSI / FRA / Racing Team Germany / FTR HONDA / 45'13.496 / 127.522 / 7.605 7 / Jakub KORNFEIL / CZE / Redox-Ongetta-Centro Seta / FTR HONDA / 45'20.822 / 127.179 / 14.931 8 / Maverick VIÑALES / SPA / Blusens Avintia / FTR HONDA / 45'24.386 / 127.012 / 18.495 9 / Niklas AJO / FIN / TT Motion Events Racing / KTM / 45'29.071 / 126.794 / 23.18 10 / Luis SALOM / SPA / RW Racing GP / KALEX KTM / 45'29.136 / 126.791 / 23.245 11 / Philipp OETTL / GER / HP Moto Kalex / KALEX KTM / 45'33.423 / 126.592 / 27.532 12 / Juan Francisco GUEVAR / SPA / Wild Wolf BST / FTR HONDA / 45'36.222 / 126.463 / 30.331 13 / Niccolò ANTONELLI / ITA / San Carlo Gresini Moto3 / FTR HONDA / 45'37.146 / 126.42 / 31.255 14 / Alessandro TONUCCI / ITA / Team Italia FMI / FTR HONDA / 45'40.551 / 126.263 / 34.66 15 / Josep RODRIGUEZ / SPA / Moto FGR / FGR HONDA / 45'56.413 / 125.537 / 50.522 Pole Position: Jonas FOLGER 1'41.263 142.381 Km/h Fastest Lap (New record): Zulfahmi KHAIRUDDIN 1'49.622 131.524 Km/h Lap 24 Circuit Record Lap: New category Circuit Best Lap: Jonas FOLGER 1'41.263 142.381 Km/h 2012 FINAL CHAMPIONSHIP POSITIONS:> 1 CORTESE 325, 2 SALOM 214, 3 VIÑALES 207, 4 KENT 154, 5 RINS 141, 6 FENATI 136, 7 KHAIRUDDIN 128, 8 OLIVEIRA 114, 9 FOLGER 93, 10 VAZQUEZ 93, 11 ROSSI 86, 12 SISSIS 84, 13 MASBOU 81, 14 ANTONELLI 77, 15 KORNFEIL 71.
|
Tindakan UMNO Guna Kem Tentera Diselar Posted: 11 Nov 2012 06:56 PM PST Seremban: PKR hari ini merasa pelik dengan tindakan Umno menggunakan kem tentera untuk satu program anjurannya dan kesal kenapa pihak tentera yang sepatutnya berkecuali dan 'apolitical' membenarkan premis mereka digunakan oleh parti politik. Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat dari PKR, Aminuddin Harun dalam sidang akhbar tengahari tadi, mendedahkan kepada media sepucuk surat pekeliling yang dipercayai ditandatangani dan dikirimkan oleh Ketua Bahagian Umno Seremban, Datuk Ishak Ismail kepada semua penduduk Sikamat. Beliau menjemput penduduk hadir ke 'Majlis Jamuan Mesra Rakyat bersama Warga Kem Sikamat' pada malam ini di Perkarangan Kem Rejimen Ke-4, Artileri DiRaja Malaysia, Sikamat (Kem Sikamat). "Saya kesal kerana Umno dibenarkan mengadakan program dalam kem tentera itu sendiri. Surat jemputan mempunyai kepala surat (letter head) berlambang Umno. "Apa yang mengejutkan Pegawai Pemerintah Kem Sikamat turut dijadualkan memberi ucapan pada program tersebut malam ini. Sikap kecuali 'apolitical' tentera sudah tidak ada lagi. "Selain itu Ketua Umno Bahagian Seremban juga dijadualkan berucap. Bagi pihak PKR dan Pakatan Rakyat, saya amat risau dengan cara kempen dalam kem tentera. Sepatutnya tentera bersikap berkecuali. "Saya mahu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang turut dijadualkan berucap pada malam ini memberi penjelasan apakah parti politik dibenarkan menganjurkan program dalam kem tentera. "Jika dibenarkan maka saya selaku ADUN di kawasan ini juga ingin mengadakan program mesra rakyat bersama warga Kem Sikamat dan semua penduduk Sikamat dalam perkarangan Kem Sikamat," kata Aminuddin dengan nada sinis. Aminuddin juga mempersoalkan apakah kem tentera yang sepatutnya menjadi kawasan larangan boleh membenarkan orang awam hadir. "Apakah rahsia dan keselamatan kem tentera tidak terdedah kepada umum? Saya harap Pegawai Pemerintah tentera memikirkan semula aspek ini," kata Aminuddin. -FMT |
Penulis Fesyen Dikecam, Persenda Pakaian Wanita Islam! Posted: 11 Nov 2012 03:41 PM PST Seorang penulis fesyen dikecam oleh orang ramai kerana tulisannya yang mengutuk pakaian wanita Islam iaitu jubah dan burqa. Annette Lamothe-Ramos dengan tulisannya yang berjudul "I Walked Around in a Burqa All Day (And I'm Not Muslim)" telah menceritakan pengalamannya memakai jubah dan burqa sewaktu bersiar-siar selama 6 jam di kota New York. Annette yang bertugas sebagai fesyen editor diberikan tugas oleh orang atasannya untuk mendalami sendiri pengalaman menjadi orang 'Muslim' untuk seketika dengan memakai pakaian yang menutup aurat. Dalam penulisannya, Annette telah mengambarkan pelbagai perkara dan perasaannya mengenai jubah dan burqa sewaktu berjalan-jalan. Sebelum ini, dia tidak pernah mengetahui apa-apa tentang Islam apatah lagi mengenai pakaian wanita Islam. Jadi, Annette ada melakukan sedikit kajian mengenai jubah dan burqa di Internet supaya dia tahu di mana untuk dia membeli pakaian-pakaian itu. Annette dengan jelas menyatakan dia tidak suka memakai jubah dan burqa kerana berasa terlalu panas. Malah, dia menyatakan pandangan umum terhadap dirinya ketika memakai jubah adalah seperti orang jahat. Bukan itu sahaja, anjing peliharaannya juga takut untuk memandang dirinya. "My dog Bowie was really confused by my outfit. The only other time I'd seen her this freaked out by me was when I dressed up as a pregnant nun on Halloween. "The final look. We hadn't left my house but I was already bitching about how hot it was. I wanted to go naked under the abaya but since burqas are supposed to be outwear, I wore it over a crop top and the shortest shorts I could find in my closet. "No one really paid much attention to me except the woman on the bench behind me who was sitting with her children. She dragged them to the other end of the platform when she saw me step onto the train. What a bitch!" tulis Annette. Selain itu juga, Annette juga menggambarkan jubah yang dipakainya tidak ubah seperti watak Batman dan amat sesuai dipakai sewaktu hujan turun. Setiap penceritaan Annette dalam penulisannya benar-benar telah mengguris hati semua wanita Islam di seluruh dunia. Untuk membaca penulisan penuhnya, boleh layari di sini http://goo.gl/2qWEu. -mynewshub |
[PELIK] Bekas Anggota Polis 6 Kali Mengundi Tiada Kad Pengenalan Posted: 11 Nov 2012 06:50 AM PST Kulim - Setelah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 32 tahun, seorang lans koperal terkejut apabila dia menerima surat pihak berkuasa, mengatakan dia tidak memiliki kewarganegaraan Malaysia. Lelaki berusia 55 tahun itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, mendakwa masalah berkenaan timbul apabila dia diarahkan memohon kad pengenalan awam oleh Bahagian Perjawatan di Bukit Aman, di mana dia bertugas. Kad pengenalan awam itu penting kerana dia dijadualkan bersara dua tahun lagi. Dia terkejut dan kecewa apabila permohonannya ditolak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Menurutnya, dia menunjukkan sijil asal kelahirannya kepada pegawai JPN selepas penolakan itu, tetapi masalahnya masih tidak dapat diatasi. Mat menunjukkan surat beranaknya kepada Sinar Harian yang menunjukkan dia dilahirkan di Kulim pada 1955. Dia mendakwa memasuki Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 24 April 1980. Katanya, mengikut penjelasan JPN kepada Bukit Aman, dia tidak miliki kewarganegaraan Malaysia dan disebabkan itu, dia bimbang ia akan menimbulkan pelbagai permasalahan apabila dia bersara. "Sepanjang 32 tahun saya bertugas dalam PDRM, masalah ini tidak pernah timbul. Saya sudah enam kali mengundi melalui pos, menggunakan kad kuasa. Sekiranya saya bukan rakyat Malaysia, bagaimana saya boleh mengundi?" katanya. Dia mendakwa surat daripada Bukit Aman itu bertarikh 23 Oktober dan salinan surat itu dihantar kepada beberapa pengarah dan penolong pengarah yang bertugas di Bukit Aman. "Sudah lima kali saya memohon kad pengenalan awam tetapi gagal. Saya bimbang disebabkan masalah ini, wang pencen dan lain-lain (yang terkumpul) sepanjang saya berkhidmat dengan PDRM dibekukan," katanya. Dia bercadang membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa cuai hingga mengakibatkan dia tidak mempunyai taraf kewarganegaraan Malaysia. "Saya akan saman pihak terlibat. Kerana kecuaian merekalah saya berhadapan dengan masalah ini. Pihak itu tidak seharusnya hukum saya dengan menyatakan saya tidak layak menyertai PDRM. "Kalau saya tidak layak, bagaimana saya boleh bertugas dengan PDRM selama 32 tahun, menerima BR1M dan banyak kemudahan lain daripada kerajaan?" katanya. -SH |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan