Blog-list Malaysia |
- ZAINI HASSAN DAN UTUSAN MALAYSIA TERPERANGKAP DENGAN FITNAH REKAAN SENDIRI TERHADAP PKNS
- UMNO suka mencarik bulu PR
- Mahathir - Nurul Izzah bertindak bodoh, melampau
- Saluran 1 Umno Jangan Mati Dulu
ZAINI HASSAN DAN UTUSAN MALAYSIA TERPERANGKAP DENGAN FITNAH REKAAN SENDIRI TERHADAP PKNS Posted: 11 Nov 2012 05:30 PM PST 12 Nov - Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Zaini Hassan nyata tertekan akibat fitnah yang dimainkan beliau sendiri menerusi lidah propaganda UMNO, Utusan Malaysia. Fitnah demi fitnah yang ditaburkan menerusi pemesongan fakta bagi mempengaruhi kaum Melayu untuk berprasangka buruk terhadap Pakatan Rakyat dengan menggunakan agensi Kerajaan Negeri, PKNS, sebagai punching bag. Sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri, PKNS, telah dipertanggungjawabkan untuk mengangkat martabat Melayu dan Bumiputra khususnya di Negeri Selangor. Dalam masa empat tahun pemerintahan Pakatan Rakyat, PKNS telah berjaya menempatkan diri sebagai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) terbaik di dalam negara berbanding dengan negeri-negeri lain dan dianugerahkan "Best SEDC" pada tahun 2011. Ini dibuktikan dengan kemampuan PKNS untuk membayar zakat dan cukai kepada Lembaga Zakat, Kerajaan Negeri dan Pusat berjumlah hampir RM300 juta dalam masa tidak sampai empat tahun. Namun begitu, Zaini Hassan dan Utusan Malaysia menutup mata dan telinga dan tidak memperakui pencapaian PKNS hasil daripada titik peluh dan keringat warga kerja PKNS yang 99% terdiri daripada orang Melayu. PKNS telah mencatatkan keruntungan demi keuntungan hasil dari operasi yang bersandarkan tahap ketelusan dan akauntabliti yang tinggi dengan diperakui sendiri oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Transparency International. Keuntungan sebanyak RM420 juta yang dicatat oleh PKNS pada tahun 2011 telah membolehkan PKNS untuk terus menerus melaksanakan tanggungjawab mereka dengan pembinaan rumah-rumah mampu milik bagi nikmat rakyat Negeri Selangor, amnya dan masyarakat Melayu dan Bumiputra, khasnya. Di samping itu, warga kerja PKNS turut mendapat habuan bonus sebanyak 7 bulan pada tahun 2011, sesuatu yang hanya dapat dicapai oleh syarikat-syarikat swasta, GLC dan Multi National Company. Keuntungan PKNS dikongsi dengan warga kerja yang juga kaum Melayu dan Bumiputra. Zaini dan Utusan tidak mahu orang awam untuk diberitahu mengenai projek-projek rakyat seperti pembinaan 12,000 unit rumah-rumah mampu milik di seluruh Negeri Selangor daripada 2008 sehingga 2020. Zaini dan Utusan juga mahu menidakkan kebijaksanaan rakyat dengan memadamkan fakta bahawa 80% daripada pembeli rumah-rumah PKNS adalah terdiri dari kalangan orang Melayu. Tidak cukup dengan perasaan hasad dengki, Zaini dan Utusan terus menerus memfitnah bahawa kononnya PKNS menyelamatkan hutang tokeh Cina tuanpunya Kumpulan Talam yang juga kroni UMNO sedangkan hakikat sebenarnya, PKNS tidak menggunakan satu sen pun daripada tabung dana PKNS bagi urusniaga Kerajaan Negeri untuk mengutip hutang bernilai RM392 juta daripada Kumpulan Talam. Malah, PKNS mendapat yuran perkhidmatan sebanyak RM70,000 kerana bertindak sebagai Special Purpose Vehicle bagi Kerajaan Negeri mengutip hutang daripada Talam. UMNO terus memutar belitkan fakta bagi mengaburi kejayaan Kerajaan Negeri Selangor mengutip kembali hutang berjumlah RM392 juta tersebut daripada Talam bagi manfaat rakyat Negeri Selangor. Perkakas-perkakas UMNO menggunakan NGO-NGO yang tidak bermaruah seperti Sohaimi Shahadan menerusi GPRS, Azwanddin Hamzah menerusi JMM dan Hamidzun Khairuddin menerusi GAPS untuk menghasut rakyat bagi melakukan demo terhadap PKNS saban hari. Azwanddin dan Hamidzun bertindak sebagai front-men Ezam Mohd Noor yang bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Selangor dengan cuba membuktikan kepada Najib Razak bahawa tindakan mereka itu akan membolehkan UMNO kembali menguasai tampuk kepimpinan Negeri Selangor. Tindakan mereka ini telah dilambung tinggi oleh Zaini dan Utusan yang kini terperangkap dengan fitnah rekaan mereka sendiri. Tidak cukup dengan permainan politik jijik mereka, Zaini dan Utusan menambah lagi dosa fitnah mereka dengan mendakwa kononnya PKNS akan menjual aset-aset komersil mereka sedangkan PKNS hanya memindah milik aset-aset tersebut kepada anak syarikat milik penuh PKNS sendiri. Terdesaknya Zaini dan Utusan untuk mencalarkan Pakatan Rakyat, mereka sanggup mempergunakan nama Istana dan mengheret Sultan Selangor bagi memajukan politik perkauman sempit mereka. Apa yang telah mereka capai adalah untuk menabur pasir ke atas periuk nasi lebih 1,500 orang warga kerja sebuah institusi yang telah berjaya mengangkat martabat kaum Melayu dan Bumiputra serta seluruh rakyat Negeri Selangor. Akibat daripada keceluparan Zaini dan Utusan, PKNS tidak mempunyai pilihan lain selain daripada mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang memfitnah dan mencemarkan imej serta kredibiliti PKNS. Jadi siapakah pejuang Melayu sebenarnya? Penulis upahan seperti Zaini Hassan dengan alat propanda UMNO, Utusan Malaysia atau politikus upahan seperti Sohaimi, Azwanddin, Hamidzun dan Ezam ATAU sebuah institusi yang telah berjuang sepanjang 48 tahun untuk mengangkat kedudukan Melayu dan Bumiputra menerusi program-program pembangunan usahawan dan pembinaan rumah-rumah mampu milik untuk rakyat? Siapa pula yang cuba untuk mencalarkan, menekan dan memfitnah institusi yang memperjuangkan agenda Melayu dan Bumiputra? Jawapannya amat jelas, terang dan nyata. Semoga Allah S.W.T. melindungi rakyat Negeri Selangor, kaum Melayu dan Bumiputra daripada dipengaruhi oleh fitnah-fitnah yang berleluasa akibat puak-puak desperado oportunis politik yang tidak bermaruah ini. –KLd www.kldailyblog.wordpress.com |
Posted: 11 Nov 2012 03:29 PM PST Baru-baru ini, satu lagi pertubuhan yang amat kental dan mantap di 1Malaysia ini yang melontarkan pandangan mereka terhadap isu Nurul Izzah ini. Saya rasa siapa yang tidak kenal dengan pertubuhan Sister In Islam. Sister in Islam (SIS) telah menyokong pandangan Nurul, malahan lebih dahsyat kerana kenyataan mereka adalah lebih merbahaya dan terpesong daripada kenyataan yang dibawa oleh saudari Nurul Izzah. Saudari Nurul Izzah cuma berkata, "If you ask me, there is no compulsion in religion... how can anyone say sorry, this (religious freedom) only applies to non-Malays, it has to apply equally," .... ""In Quran, there is no specific term to the Malay as how it should be done,". Disini saudari Nurul megatakan Melayu bebas untuk memilih agama. Kemudian banyak pula media meloyar menyalah taksirkan bahawa Nurul mengatakan orang Islam (Muslim) bebas menukar agama dan ada pula mengatakan Nurul mengatakan beliau menggalakkan agar Melayu Islam untuk murtad. Berbeza sama sekali dengan kenyataan Nurul Izzah. Hari ini. Sister in Islam pula mengeluarkan kenyataan yang maha hebat dan menyerlahkan belang mereka iaitu SIS menyatakan "orang Islam juga perlu bebas memilih agama." http://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.1123.40 http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/11/10/sis-recognise-freedom-to-change-faith/ http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sis-kebebasan-beragama-termasuk-menukar-agama/ Tetapi kenyataan SIS adalah amat berbeza daripada kenyataan saudari Nurul Izzah, dimana Nurul mengatakan "MELAYU" berhak bebas memilih agama, tetapi bagi SIS, "MUSLIM" berhak bebas memilih dan menukar agama. Amat hebat dan merosakkan akidah. SIS sememang dari dulu suka memperlekehkan Islam dan menyatakan pandangan mereka bahawa Islam itu tidak adil, walaupun persatuan mereka menggunakan nama 'Islam'. Contohnya kempen 'anti poligami', ketidak adilan dalam pemberian harta dalam Islam (faraid), hak wanita yang dicicirkan oleh Islam, pemakaian hijab adalah tidak perlu, hak cerai, kebebasan untuk wanita diluar kapasiti dll. http://www.sistersinislam.org.my/page.php?35 Tak salah saya, ada juga dikalangan ahli SIS juga pernah menyatakan pendirian menyokong Imam bagi sholat diimamkan oleh wanita beberapa tahun lalu, dimana Prof. Dr. Amina Wudud (merupakan seorang pelopor dan Guru bagi SIS dan juga pernah menjadi pensyarah di UIA) telah menjadi imam sholat Jumaat yang diikuti juga oleh golongan lelaki bersama-sama perempuan, secara bercampur-campur. Bagi SIS, itu adalah hak sama rata bagi wanita. http://img.photobucket.com/albums/v299/ninetnine/gallery/womenimam05.jpg http://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.967.40 http://news.bbc.co.uk/2/hi/americas/4361931.stm Pihak PAS juga pernah mengusulkan agar JAKIM dll jabatan Islam mengambil tindakan kepada SIS kerana telah banyak kenyataan mereka keluarkan adalah salah dan menyesatkan, dan merupakan suatu isu AKIDAH yang amat besar. Malahan pada tahun lalu, SIS telah menganjurkan satu 'musawah' yang dihadiri oleh para Muslim Liberalis dan aktivis bukan Islam ke Malaysia. Banyak perbentangan dan idea-idea keadilan yang perlu diperbetulkan dalam Islam dibincangkan termasuklah 'kesamarataan Agama'. Hairannya, tiada tindakan diambil kepada SIS, malahan kebiasaannya SIS selalu dan masih mendapat tajaan dari kerajaan dan badan-badan Malaysia untuk ahli-ahlinya sebagai wakil Malaysia ke mana-mana persidangan yang melibatkan Islam, terutama persidangan dan perbincangan yang topiknya melibatkan 'wanita dan Islam'. Malahan SIS telah lebih diberi banyak ruang untuk menyebarkan dakyah mereka di media-media utama tanpa sekatan, tidak sebagaimana yang dialami oleh pihak PAS dan pembangkang. Mengapa ini terus berlaku? Kerana ahli-ahlinya terdiri daripada anak-anak pemimpin tertinggi UMNO (Tak perlu saya senaraikan disini). Tidak hairan lah ramai Ulamak UMNO tidak berani menegur mereka. Kita tunggu dan lihat, sekiranya ada ahli dan pemimpin tertinggi UMNO serta ulamak UMNO yang berani menempelak SIS. Dalam keadilan, kita hendaklah tidak memilih bulu. Siapa salah kita tegur. Tetapi malangnya UMNO dan BN suka memilih bulu. Kita tunggu dan lihat. http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=1051 |
Mahathir - Nurul Izzah bertindak bodoh, melampau Posted: 11 Nov 2012 05:32 AM PST Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama adalah satu tindakan bodoh dan melampau. Beliau berkata orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati, dan orang bukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak. "Tak tau lah (Nurul Izzah) yang mahukan kebebasan dan berpolitik sampai tiada had. Kita orang Islam mana boleh tukar agama sesuka hati, tapi orang lain nak tukar mereka punya hal lah. "Dalam Perlembagaan, masing-masing boleh amalkan agama mereka tanpa ada sekatan. Orang Islam dengan cara orang Islam dan kaum lain dengan agama masing-masing," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) 2012 di Dewan Mahsuri, Padang Mat Sirat hari ini. Dr Mahathir berkata walaupun negara ini mempunyai ramai penduduk Islam dan diiktiraf oleh dunia sebagai negara Islam, ia tidak bermakna orang bukan Islam dipaksa menerima agama persekutuan itu. Laporan portal berita pro pembangkang pada 3 Nov memetik Nurul Izzah sebagai berkata: Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu. "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya. Beliau berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya pada 3 Nov. - Bernama |
Saluran 1 Umno Jangan Mati Dulu Posted: 11 Nov 2012 01:28 AM PST Anggota Veteran Umno Malaysia harus sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk membantu parti menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa. Pemangku Pengerusi Veteran Umno Malaysia Datuk Mohd Zahid Sirat berkata ini kerana pilihan raya umum akan datang bukan sahaja menentukan 'hidup mati' Umno tetapi juga hala tuju bangsa Melayu. "Pembangkang yang diterajui DAP beria-ia untuk menumbangkan kerajaan BN dan merampas Putrajaya seterusnya mengambil alih pemerintahan di negara ini. "Kalau ini berlaku, segala yang dinikmati kaum pribumi selama ini dikhuatiri akan terjejas dan terhapus sama sekali," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Veteran Umno Malaysia ke-5, di sini hari ini. Untuk itu katanya, seluruh anggota veteran perlu bersatu dan memperkuatkan barisan bagi menghadapi satu pemilihan yang paling getir bagi Umno dan Barisan Nasional. "Matlamat kita untuk membantu pucuk pimpinan bagi memartabatkan bangsa Melayu dan mencapai kejayaan cemerlang di dalam dan luar negara," katanya. Mohd Zahid juga berkata bangsa Melayu akan terus teguh dan digeruni jika bersatu padu walaupun berbeza ideologi dan perjuangan. "Melayu dan bumiputera mesti bersatu dengan mengenepikan segala fahaman atau ideologi demi mengekalkan pemerintahan dan ketuanan Melayu, mendukung tonggak kedaulatan raja-raja serta mempertahankan kesucian agama Islam," katanya. Beliau turut meluahkan rasa bimbang dengan pelbagai gejala negatif termasuk tindakan cuba menodai kesucian agama Islam oleh pihak tertentu. Sebanyak 545 anggota Veteran Umno dari seluruh negara menghadiri perhimpunan tersebut yang berakhir hari ini. — Bernama |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan