Generasi Pewaris Khilafah |
Kerana Pulut Santan Binasa.. Kerana Mulut ... Posted: 09 Nov 2012 08:16 AM PST Assalamualaikum .. Lama rasanya tak mencoretkan sesuatu dalam blog yang rasanya dah lama takku sentuh. Al-maklumlah banyak aktiviti dan tugasan yang perlu diselesaikan dan perlu dilunaskan. Dah berkurun juga rasanya tak sentuh blognie disebabkan tugasan yang tak pernah putus-putus dan insya Allah selepas ini blog ini akan mula beroperasi sepertimana biasa dan mungkin lepas ini lebih berbisa daripada yang biasa. Bukan nak dabik dada atau riak atau sebagainya tapi dah jadi trend zaman sekarang nie ramai yang suka buat luahan perasaan kat dalam blog dan muka buku atau sebagainya. Ada juga yang menjadikan blog sebagai platform untuk berniaga. Baguslah tu ade inisiatif tersendiri untuk memajukan diri tapi ada juga yang mengambil kesempatan kat blog untuk melontarkan pandangan yang bernas untuk berkongsi pandangan. Bagus juga tue selain dapat bertukar pandangan dan pendapat boleh juga mendapatkan idea-idea yang baru untuk menyelesaikan masalah. Tapi ade juga yang ambil kesempatan untuk buat perkara-perkara yang tak sepatutnya bak kata orang nogori tak menonggah den nengok. Mana tidaknya kesempatan yang ada digunakan sebaiknya untuk mencaci maki orang lain. Pada abang lah, kalau rasa tak puas hati dengan seseorang cara yang paling baik ialah jumpa dan berikan pandangan dan nasihat yang baik sebab dalam islam dah diajarkan bahawa agama itu adalah nasihat buat orang mukmin secara keseluruhan. Tapi betullah kata orang -orang tua, kerana pulut santan binasa dek kerana mulut badan binasa. Itulah yang menyebabkan berlakunya permusuhan sesama muslim atas alasan tidak dapat menerima pandangan orang lain. Nabi dah bagi tunjuk ajar dah pada kita bagaimana cara untuk selesaikan masalah iaitu berbincang dengan cara yang baik. Kalau kata kita tak nak ikut Nabi dan tak nak amalkan apa yang Nabi dah ajarkan pada kita, fine tak payah lah sibuk-sibuk nak mengaku yang kita ini ummat nabi. Buat apa nak mengaku ummat kalau apa yang Nabi ajar kita tak nak buat dan tak nak ikut. So, for our conclution is, kalau nak mengata orang lain tu kita kena fikir adakah apa yang kita buat dah cukup betul atau kalau kita salah, bersediakah kita untuk dibimbing dan diperbetulkan ? Tepuk Dada Tanya Iman .. Wassalam |
You are subscribed to email updates from Minda Assirkami To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan