Jumaat, 9 November 2012

dollah yankee

dollah yankee


Siapa yang nak kena jual?Saham felda atau warga felda?

Posted: 09 Nov 2012 03:24 AM PST

dollah yankee -
Di hari jumaat yang mulia ini penghulu segala hari, gurkah-gurkah politik di'port' nak bagi sikit nasihat kepada warga-warga felda supaya... "Warga-warga Felda sekalian jangan marah haaa, sebab kalau anda semua marah anda semua akan jadi macam dalam filem P.Ramlee 3 Abdul...ANDA SEMUA AKAN KENA JUAL olih umno!" Kah..Kah..Kah..



SAHAM FELDA MEROSOT,MENGHAMPIRI REKOD 

TERENDAH- malaysian insider

Saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH), tawaran awal awam (IPO) kedua terbesar di dunia tahun ini, telah merosot dalam minggu lepas atas keraguan terhadap pendapatan lemah syarikat perladangan tersebut.

Saham gergasi perladangan itu, yang sepatutnya menjadi durian runtuh kewangan kepada peneroka Felda, diniagakan serendah RM4.59 semalam, sedikit lagi menghampiri rekod terendah RM4.57 yang dicatatkan pada 11 September.

FGVH ditutup pada RM4.63, tujuh sen lebih rendah berbanding pada 1 November dan hanya lapan sen di atas harga IPO.

Ramai peneroka mengambil pinjaman untuk membeli saham FGVH dan trend umum penurunan harga saham sejak penyenaraiannya pada 28 Jun apabila ia mencecah rekod tinggi RM5.46, boleh menjadi punca ketidakpuashatian.

Kerajaan bagaimanapun melangkah masuk untuk membantu peneroka apabila mendapat peruntukan RM361 juta dari Felda, pihak berkuasa pembangunan tanah kerajaan, pada bulan Ogos untuk membiayai 800 unit saham yang dibeli oleh setiap peneroka.

Peruntukan ini akan membebaskan peneroka dari perlu membayar lima peratus faedah bank setahun ke atas pinjaman yang diambil untuk membeli saham; peneroka sebaliknya akan membayar balik Felda kira-kira RM50 setiap bulan tanpa faedah, selama lima tahun.

Prestasi mengecewakan FGVH juga boleh menyebabkan gangguan sepanjang rentetan penyenaraian mega baru yang menolak Kuala Lumpur mendahului Hong Kong sebagai hab IPO utama di rantau ini.

Tiada ulasan: