Rabu, 7 November 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[PANAS] MIC Kantoi! Minit Mesyuarat SAHKAN Mereka Sokong Bina Kondo di Batu Caves

Posted: 06 Nov 2012 11:09 PM PST

Muka depan akhbar The Sun hari ini yang mendedahkan minit mesyuarat MPS pada 29 Nov 2007.

[HD] PETALING JAYA: Minit mesyuarat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 29 November 2007 mengesahkan, projek kondominium bersebelahan Batu Caves turut disokong oleh ahli majlis dari MIC.

Antara ahli MPS yang menyokong cadangan pembinaan kondo itu adalah timbalan Menteri Luar, Datuk A Kohilan Pillay yang menjadi ahli majlis dari Gerakan antara 1997 hingga 2007.

Turut menyokong adalah tiga wakil MIC dalam MPS iaitu Rajakupal Sinarthamby, Jayakumaran Govindasamy dan Rajadran Muniandy, lapor muka depan akhbar harian The Sun hari ini.

MIC dan Gerakan baru-baru ini menyalahkan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat kononnya mereka yang meluluskan pembinaan itu.

Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu 26 Oktober lepas memimpin tunjuk perasaan membantah pembinaannya dengan alasan akan merosak alam sekitar Batu Caves yang menjadi kuil hindu itu.

Minit mesyuarat yang diperolehi oleh The Sun itu mengesahkan bahawa permohonan untuk pembinaannya turut disertakan dengan pelan lengkap layout dan bangunannya.

Minit itu juga mengesahkan, kebenaran telah diberikan kepada pembinaan 18 unit rumah kedai tiga tingkat dan dua bangunan menara, satu 25 tingkat dan satu lagi 29 tingkat.



P/s: Kantoi gila!


 

Isu Putar Belit Kenyataan "Bebas Beragama": Kenyataan Izzah, Komen TG Nik Aziz, Komen Dr Asri, dan Tindakan Saman terhadap Akhbar & Blog

Posted: 06 Nov 2012 05:58 PM PST




Kenyataan Nurul Izzah

Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?" sebagai seorang panelis.

Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan – "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)…." – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.

Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad.

Saya cenderung mendukung program pendididkan dan daawah untuk memperkukuh aqidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam.

Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama.

Nurul Izzah Anwar
4 November 2012


Berita Berkaitan:

Nurul: Tidak perlu ulas kerana dari Utusan - TG Nik Aziz

[HD] KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, beliau tidak bercadang untuk mengulas kenyataan naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kerana ia disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia.

"Saya ditanya tentang isu kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berhubung isu bebas untuk memilih agama.

"Saya lihat akhbar yang meletakkan isu ini di muka hadapan ialah akhbar yang sudah berkali kali kalah di mahkamah kerana menyiarkan laporan palsu dan tidak tepat.

"Justeru, saya kira amat tidak wajar memberikan ulasan hanya semata-mata berasaskan laporan akhbar ini," katanya.

Nik Aziz berkata demikian melalui kenyataan ringkas yang disiarkan dalam facebooknya hari ini. Dalam masa sekejap sahaja beribu-ribu pengikut facebook beliau share kenyataan beliau itu dalam facebook mereka.

Hampir 2,000 pula memberikan komen mereka mengenainya.

Utusan menjadikan berita Nurul Izzah tentang kebebasan agama di muka depannya.

Nurul dalam kenyataan balasnya menafikan laporan Utusan itu dan akan menyaman kedua-dua akhbar yang memutarbelitkan kenyataan itu.
 
Izzah lantik 2 peguam, saman 2 akhbar dan beberapa blog

[SH] SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah mengarahkan dua peguamnya, Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah agar mengambil tindakan undang-undang ke atas dua akhbar dan beberapa blog berkaitan laporan isu kebebasan beragama, yang didakwa berbaur fitnah.

"Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya - Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah - untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah akidah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, beliau tidak sanggup melihat "fitnah akidah" diteruskan.

"Saya tidak merelakan fitnah aqidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan," kata wakil rakyat penggal pertama ini. 
  
Dr Asri: Kenyataan Izzah mungkin disalah tafsir

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin


[SH] SHAH ALAM - Kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang didakwa meremehkan soal akidah dalam Islam dianggap bersifat umum.

Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, berdasarkan pemerhatian beliau menerusi rakaman video, kenyataan Nurul Izzah mengatakan tidak boleh memaksa mana-mana pihak dalam beragama.

Menurutnya, kenyataan seumpama itu mungkin boleh memberi pelbagai reaksi.

"Beliau mengulas soalan mengenai kebebasan beragama. Di situ, mungkin berlaku salah tafsiran kerana ia tidak diterangkan dengan mendalam.

"Kerana itu, beliau telah menghubungi saya untuk menjelaskan maksud kenyataan tersebut. Selepas menonton video tersebut, boleh dirungkaikan kepada dua perkara iaitu pertama dari segi beragama dan kedua penghayatan agama Islam di mana tidak ada paksaan," katanya kepada Sinar Harian.

* Dapatkan laporan lanjut dalam Sinar Harian edisi hari ini

Remaja Hilang Sebulan Lahir Bayi Perempuan

Posted: 06 Nov 2012 04:13 PM PST



[HM] ALOR GAJAH: Luluh hati seorang ibu apabila anak gadisnya yang hilang dari rumah awal Oktober lalu dan sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula kelmarin, sudah melahirkan seorang bayi perempuan ketika ditemui malam kelmarin.

Menurut sumber, pelajar berusia 17 tahun itu dilaporkan keluar dari rumah keluarganya, di sini bersama teman lelaki ketika ahli keluarganya tiada di rumah dan kehilangannya disedari sejurus ibunya pulang kira-kira jam 7 malam.

"Sejak hari kejadian, ibunya gagal menjejak gadis itu namun malam tadi (kelmarin) selepas kira-kira sebulan, wanita itu menerima panggilan telefon daripada remaja terbabit yang memberitahu dia berada di sebuah rumah sewa di Johor.

"Gadis itu juga memaklumkan sejak keluar dari rumah keluarganya, dia tinggal di rumah itu bersama teman lelakinya berusia 37 tahun yang dikenalinya melalui laman sosial di Internet," katanya.

Menurutnya, keluarga gadis itu segera ke alamat diberikan namun sebaik tiba di situ, mereka terkejut apabila mendapati pelajar berkenaan sedang menggendong seorang bayi perempuan.
 
 
 
P/s: Jadikan pengajaran!
 
 
 
 
 

Tiada ulasan: