DUNIACACAMARBA |
Skandal Scorpene: Hakim Perancis ke M’sia Jika Kerajaan Enggan Berikan Kerjasama Posted: 29 Nov 2012 10:51 PM PST [KD] KUALA LUMPUR 30 November: Hakim Mahkamah Perancis akan ke sini jika tidak mendapat sebarang kerjasama dari kerajaan Malaysia dan mereka yang terlibat dalam kes rasuah Scorpene. Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menjelaskan, saksi boleh disepina dan dikenakan waran tangkap jika mereka gagal mengikut perintah mahkamah. "Perbicaraan tersebut akan dijalankan di sini oleh hakim Perancis berikutan keengganan Malaysia untuk membantu siasatan. "Itu antara pilihan yang mereka (saksi) ada," katanya ketika dihubungi. Ahli Parlimen Batu itu berkata, Mahkamah Perancis memandang serius kes tersebut dan tidak akan mengenepikan bukti-bukti berkaitan. Beliau mengambil contoh kes rasuah melibatkan anak kepada Presiden Equatorial Guinea, Teodoro Nguema Obiang Mangue yang dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Perancis kerana gagal hadir perbicaraan. "Jelas, mahkamah tidak akan segan silu untuk keluar waran tangkap jika mereka terbabit tidak mematuhi arahan," kata Tian. "Walaupun kerajaan Malaysia berusaha untuk sembunyi kes ini, kes tetap tidak akan ditutup," tegasnya. Hakim Penyiasat Perancis yang terlibat dalam kes ini adalah Roger Le Roire dan Serge Tounaire. Dalam taklimat oleh peguam Apoline Cagnat di Singapura, Selasa lalu, beliau menjelaskan Datuk Seri Najib Razak dan Abdul Razak Baginda menjadi fokus utama untuk disepina. Beliau menegaskan, tiada sesiapa memiliki imuniti penuh dari sebarang pendakwaan atau sepina dalam kes berkenaan, termasuk Perdana Menteri. Saksi lain yang turut disenarai Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk disepina adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; bapa Altantuya, Dr Shaariibu Setev; penyiasat persendirian, Balasubramaniam dan seorang korporat, Lodin Wok Kamaruddin. Apoline turut menyatakan, rekod kes pembunuhan Altantuya juga akan diteliti Hakim Siasatan Mahkamah Perancis. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan