Jumaat, 23 November 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Malaysia Beli Kamera AES RM223 Ribu, AS Beli Kamera AES dengan Harga RM19 Ribu, Cuba Congak Perbezaan Harganya!

Posted: 22 Nov 2012 07:35 PM PST



Audit Perlu Siasat KDN Bayar 10 Kali Ganda Beli Kamera Perangkap Laju

[KD] KUALA LUMPUR 22 November: Audit terbuka perlu dilakukan terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung pembelian kamera perangkap laju yang meningkat sepuluh kali ganda dari harga asal, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau merujuk jawapan bertulis KDN kepada Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibekalkan kamera perangkap laju sejak 1995 dengan jumlah terkini 124 unit.

Ia meliputi model Laser Digicam berjumlah 85 dengan harga RM173,925 seunit, manakala bagi model Laser Trucam berjumlah 39 unit dengan harga RM223,500 seunit.

"Kontrak-kontrak kerajaan ini sangat diragui. Siasatan perlu dibuat, lebih-lebih lagi sekiranya diberi secara runding terus (awarded tender). Kita tak mahu ada salahguna dari peruntukan KDN," tegasnya kepada Keadilan Daily.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Trafik Bukit Aman, ACP Mohd Fuad Abd Latiff dilapor menyatakan harga kamera had laju model LTI 20-20 TruCam hanya kira-kira USD 6,000 (RM17,000) seunit.

"Ada sesuatu yang tak kena. Kalau diaudit Jabatan Audit Negara, pasti ada (penemuan salahguna), sebab Jabatan Audit sebelum ini pernah menemui pembelian barang oleh agensi kerajaan yang harganya meningkat berpuluh kali ganda," jelas Mahfuz.

Beliau membandingkan sebut harga lebih murah dibeli pihak berkuasa Amerika Syarikat, iaitu di Montana USD 4,995 (RM15,292.59) dan Idaho USD5,057.44 (RM15,483.84) bagi seunit kamera Laser Trucam.

Manakala bagi kamera Laser Digicam yang dibeli pihak berkuasa Delaware berharga USD 6,378 (RM19,526.88).

"Kenapa perbezaan harga begitu ketara? Kita faham kalau jenama tak sama. Tapi tak masuk akal kalau begitu jauh," katanya.
P/s: Siapa yang kenyang kali ini?
 Berkaitan:


 
KDN: Harga kamera had laju berbeza kerana 'kos lain'


 
[MK] Timbalan menteri dalam negeri, Datuk Abu Seman Yusop hari ini menjelaskan, kos RM23.5 juta bagi 124 kamera perangkap had laju untuk pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah termasuk kos latihan kepada pasukan tersebut.

"Kos pembelian termasuk latihan kepada pengguna iaitu PDRM dan jaminan selama dua tahun dan penyelenggaraan peralatan tersebut," katanya di Dewan Rakyat petang ini.

Dalam ucapannya itu, Abu Seman juga berkata, kamera berkenaan dibeli melalui tender terbuka dan turut melibatkan kos pemasangan alat berkenaan.

Namun, penjelasan itu masih gagal memuaskan hati Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang berkata kerajaan negeri di Amerika Syarikat memperolehi kamera sama dengan harga lebih rendah – sekitar RM15,000 ke RM18,000 seunit termasuk kos pemasangan dan jaminan.

"Jadi takkanlah kita beli sampai RM173,000 sampai RM223,000 seunit hanya nak masuk (kos) latihan.

"Saya fikir satu benda yg tak masuk akal, kos latihan RM100,000 lebih, kos kamera RM15,000 ke RM18,000 lebih setiap satu," kata Mahfuz yang mahu satu audit dilaksanakan bagi menyiasat perkara itu.

Abu Seman turut menerima soalan bertalu-talu dari Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) yang meminta beliau menjelaskan perbezaan harga tersebut.

Beliau kemudiannya memberi jawapan ringkas bahawa perbezaan kos itu berlaku kerana terdapat kos lain.

"Ada kos-kos lain," katanya sambil menambah nama syarikat yang mendapat kontrak itu akan didedahkan kemudian.

Kerajaan Indonesia Buka Siasatan Kes Ehem-ehem Melibatkan VVIP Malaysia?

Posted: 22 Nov 2012 05:26 PM PST


[KD] AMPANG 22 Nov: Kedutaan Besar Indonesia dan polis akan membuka siasatan kes pemerkosaan dan rasuah oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim terhadap mantan pembantu rumahnya, Robengah dalam masa terdekat.

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, laporan tersebut diterima oleh kedutaan tersebut sebagai informasi baru untuk memulakan siasatan.

"Kementerian Kaunselor Kedutaan, Suryana Sastradiredja dan Polis Kerjasama Antarabangsa Kedutaan, Benny Iskandar telah mengesahkan untuk membuka siasatan terhadap Robengah dan juga majikannya iaitu Rais Yatim.

"Menurut mereka, kes ini akan dirujuk kepada pihak berkuasa anti rasuah di Indonesia," katanya selepas menyerahkan laporan permohonan penyiasatan dan tindakan undang-undang di Kedutaan Besar Indonesia, Jalan Ampang, hari ini.

Fariz berkata, Jingga 13 akan memantau perkembangan siasatan sehingga Rais dibawa ke muka pengadilan.

"Kita akan berhubung dari masa ke semasa dengan kedutaan tersebut, sama ada siasatan dibuat atau tidak.

"Kita juga tidak akan teragak-agak mengemukakan kes ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika tidak ada sebarang tindakan diambil," katanya.

Menurut Fariz, laporan tersebut juga dibuat berhubung kemungkinan wujudnya ugutan terhadap Robengah.
"Jingga 13 mengesyaki wujud ugutan terhadap Robengah sehingga terpaksa berdiam diri kerana bimbang keselamatan beliau dan keluarga, walaupun hakikatnya telah diperkosa dan maruahnya dinodai.

"Robengah sendiri menyatakan bahawa beliau telah diberi amaran oleh orang besar di Malaysia yang melarang beliau dari membicarakan perkara ini," tegas Fariz.

Pada awal 2011, Malaysia digemparkan dengan pendedahan mengenai penglibatan Rais dalam kes rogol melibatkan pembantu rumahnya, Robengah yang berasal dari Indonesia.

Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya di Malaysia, sepertimana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007.

Bagaimanapun, beliau menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan tidak menghadapi masalah sewaktu bekerja di Malaysia.

Dalam lawatan Jingga 13 ke Banjanegara Oktober lalu mendapati Robengah hidup mewah dengan rumah dianggar bernilai RM100,000, walaupun beliau dan suami tidak bekerja.

Pelbagai pihak termasuk KEADILAN sebelum ini membuat laporan polis berhubung kes itu namun sehingga kini, tiada siasatan dilakukan.



P/s: WOW!!!!

Tiada ulasan: