DIALOG RAKYAT |
- Mahathir Layak Dinobatkan Batu Ronson Negara
- KEADILAN akan ke Hong Kong semula untuk serah semua bukti
- Pengubahan wang haram: UBS Bank Switzerland siasat Musa Aman
- Ketua Pemuda Umno ditahan polis bersama arak, dadah – Chegubard
- Khalid cabar MCA bawa isu Talam ke mahkamah
- Himpunan Kebangkitan Rakyat bakal gegar Sabah
- Perwakilan Umno ditegah membuka mulut
- Cedera jatuh bumbung
- SPR Bidas Anwar Minta Bantuan Australia
- 2,020 Ibu Tunggal Nak Saman Kerajaan Selangor RM10.9 juta. MB Tipu Kami! Mengapa Zalimi Kami!
- S'gor dakwa kesan 28% pemilih gagal dikenal pasti
- Kumpulan anti-Israel gagal serah memo pada Felda
- Mat Rempit ganggu nyalaan lilin anti-Lynas
- Ibu tunggal demo tuntut elaun dari MB Sgor
- Najib takut 'kekebalan' Dr M, dakwa PAS
- Sekolah Cina, kementerian pinda jawapan di Parlimen
- Wong: pemimpin Umno antara pemilik banglo
- Auku: Mahkamah tolak rayuan kerajaan, KPT dan UKM
- Bekas MB Kedah sedia disiasat SPRM
- SAMM Dakwa Malaysia Hantar Getah Pada Israel, Bukti Umno-BN Hipokrit
- Lima PBT Selangor Terbaik Di Malaysia
- Kerajaan Negeri Bina Dua Masjid Setiap Daerah Setiap Tahun
- Bekas Pengarah JAIS Pilih PAS Kerana Islam
- Permohonan Rafizi ketepi tuduhan Bafia ditolak
- Izzah saman Utusan isu kebebasan beragama
Mahathir Layak Dinobatkan Batu Ronson Negara Posted: 23 Nov 2012 06:42 AM PST
Komen terbaru Mahathir mengenai siapa yang layak menjadi PM jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya akan datang mengesahkan lagi kedudukan Mahathir sebagai batu api dalam politik negara atau "batu ronson" dalam istilah orang kebanyakan. Beliau nampaknya bekerja siang malam memikirkan bagaimana untuk melaga-lagakan penyokong Pas, PKR dan DAP serta rakyat seluruhnya sebelum Najib membubarkan Parlimen. Hari ini bekas PM itu berkata, Haji Hadi lebih layak menjadi PM berbanding Anwar jika PR menang pilihanraya akan datang kerana menurutnya Presiden Pas itu tiada bebanan sejarah berbanding Anwar. Sehari sebelum itu, dalam isu yang sama beliau berkata, PR sepatutnya memilih Karpal Singh menjadi PM jika pakatan pembangkang itu memenangi piliharaya kerana katanya, Pengerusi DAP itu sudah lama berjuang dan sudah sewajarnya diberikan jawatan itu. Hanya dalam dua hari, pandangannya tidak konsisten. Kalau esok ada yang bertanya lagi tentang isu yang sama, mungkin jawapannya berbeza lagi. Mungkin Mahfuz, Mat Sabu atau Lim Guan Eng pula yang disebutnya lebih layak menjadi PM. Dengan menyebut dua nama berbeza yang layak untuk menjadi PM mewakili pembangkang, selain Anwar yang sudah dipersetujui secara konsensus oleh PR, ini secara jelas menggambarkan Mahathir juga seperti majoriti rakyat lain tidak lagi menaruh harapan PM akan datang datangnya daripada UMNO. Dalam masa yang sama juga, meskipun Mahathir diketahui mahukan UMNO menang pilihanraya akan datang ini, tetapi beliau tidak pula pernah menyebut Najib perlu terus dikekalkan sebagai PM. Walaupun difahami bahawa tujuan Mahathir menyebut Karpal dan Haji Hadi sebagai bakal PM berbanding Anwar bagi mewakili PR adalah bertujuan menyakitkan hati Anwar serta melaga-lagakan penyokong pembangkang serta menimbulkan kesangsian kepada pengundi atas pagar terhadap PR, hakikatnya isu ini difahami dengan jelas oleh sesiapa juga yang berakal waras. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Setiausaha Agung Pas, Mustapha Ali bahawa isu Haji Hadi sebagai bakal PM hanyalah saranan perwakilan Pas saja dan bukannya usul, maka ianya tidak perlu dijadikan bahan lagaan yang berlebih-lebihan. Dalam perhimpunan UMNO juga, bermacam-macam saranan, gesaan dan pandangan pernah dilahirkan mengenai pemimpin yang patut diberikan jawatan, dinaikkan pangkat dan digugurkan tetapi akhirnya semua memahami ianya hanyalah saranan seronok perwakilan ketika berpeluang mendapat mikrofon saja. Dalam PR, walaupun Anwar diketahui dan sudah dipersetujui sebagai bakal PM jika PR memenangi pilihanraya, namun sebenarnya apa yang rakyat mahukan juga ialah perubahan. Anwar atau sesiapa saja hanyalah alat, yang penting perubahan mesti berlaku. Dengan menyebut nama selain daripada Anwar, Mahathir juga menyerlahkan kebimbangannya jika bekas timbalannya itu akhirnya berjaya juga menjadi PM suatu hari nanti. Setelah memecat dan memenjarakan Anwar, Mahathir mungkin merasakan beliau dapat bersara dengan aman apabila mengumumkan perletakan jawatan pada 2003 lalu. Apa yang berlaku selepas itu di mana Anwar dibebaskan, beliau bermusuh dengan Pak Lah, BN hilang majoriti dua pertiga dan kebangkitan rakyat makin membara, jelas merupakan sesuatu yang diluar jangkaan Mahathir sendiri. Hari ini dengan kedudukan BN makin goyah manakala rakyat pula semakin dahagakan perubahan, Mahathir terpaksa memilih untuk menjadi "batu ronson". Bukan saja komennya mengenai bakal PM daripada PR ini yang bertujuan melaga dan menghasut rakyat tetapi jika diimbas kembali kebanyakan komen serta pandangannya dalam banyak perkara sebelum ini pun adalah bertujuan menimbulkan kesangsian serta curiga antara satu sama lain. Beliau sering melaga-lagakan Islam sesama Islam, Islam dengan bukan Islam, Melayu dengan bukan Melayu dan sebagainya lagi. Pelbagai logik dan helah akal digunakan untuk mewajarkan apa yang dikatakannya. Perbuatannya melaga-lagakan Pas dengan DAP, Pas dengan PKR dan PKR dengan DAP, lagilah tak terhitung banyaknya. Sebagai bekas PM yang masih ada ada pengaruh, beliau tahu pandangannya tetap akan diterima oleh kelompok-kelompok tertentu dan "batu ronsonnya" akan tetap memercikkan api. Cuma sebesar mana percikan api yang mampu dinyalakannya yang menjadi persoalan. Ketika memempgang jawatan PM juga, Mahathir terkenal dengan amalan laga-melaga dan pecah perintah dalan politik hariannya. Di awal menjadi PM, beliau melaga-lagakan Musa Hitam dengan Tengku Razaleigh. Kedua-duanya akhirnya berebut pengaruh dan jawatan, tetapi hasilnya Mahathir tetap kekal sebagai PM. Selepas itu, beliau melaga-lagakan pula Tun Ghafar dengan Anwar dengan memberi komen seolah-olah Tun Ghafar tidak diperlukan lagi apabila kebangkitan Anwar pada 1993 tidak mampu ditahannya. Tun Ghafar merajuk dan berkecil hati ketika itu dan sumbangannya terhadap Mahathir dan UMNO selepas pertandingan 1987 bagai tidak dihargai. Di zaman Pak Lah pula, Mahathir melaga-lagakan ahli UMNO supaya menolak kepimpinan Pak Lah yang tidak disukainya. Beliau berhujah bahawa kemenangan terlalu cemerlang pada 2004 adalah tidak baik bagi rakyat kerana tiada "check and balance". Disebabkan ahli UMNO terpedaya dan rakyat termakan hasutannya, selepas pilihanraya 2008 Pak Lah tersingkir akhirnya. Menjadi "batu ronson" nampaknya sudah sebati dengan Mahathir sejak dulu lagi. Kini dengan PR semakin hampir menawan Putrajaya, Mahathir terus tiada hentinya menjadi "batu ronson" dan melaga-lagakan rakyat supaya PR gagal berkuasa dan Anwar tidak menjadi PM. Selalunya orang yang suka menjadi "batu ronson" ini mengharapkan sesuatu habuan daripada perbuatannya itu, mungkin dalam bentuk wang ringgit, makan minum percuma, anugerah jawatan, pangkat dan sebagainya. Dalam masyarakat seharian, watak "batu ronson" ini ada di mana-mana dan boleh ditemui di mana saja. Jika "batu ronson" tahap pencacai, habuan yang menunggu hanyalah sekadar makan percuma, wang ringgit dan seumpamanya tetapi "batu ronson" tahap nasional ini tentulah habuannya lebih berganda. Dengan UMNO dan BN terus kekal berkuasa, habuan yang mennunggu Mahathir ialah legasi beliau akan terus kekal dan kepentingan anak-anak serta keluarganya dalam politik dan perniagaan yang bernilai berbilion ringgit juga akan kekal sama. Itulah yang dipertahakan Mahathir dan ini memungkinkan beliau akan menjadi "batu ronson" sampai ke akhir hayatnya. | ||||
KEADILAN akan ke Hong Kong semula untuk serah semua bukti Posted: 23 Nov 2012 06:36 AM PST Oleh Aisha Geoffrey PETALING JAYAr: Delegasi KEADILAN akan ke Hong Kong semula dua minggu lagi bagi menyerahkan semua bukti dokumen transaksi berkaitan kes rasuah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Pengarah Strategi, Rafizi Ramli yang merupakan salah seorang anggota delegasi berkata, bukti-bukti berkenaaan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC). Katanya, ia ekoran jaminan dari Ketua Pendakwaraya Hong Kong, Kevin Zervos dan James yang mengalu-alukan bukti baru untuk membuka semula siasatan ke atas kes itu. "Sebelum ini kita rancang ke Hong Kong hanya untuk serah memorandum supaya pihak berkuasa dapat 'review' semula kes, tapi bila mereka kata siasatan boleh dibuka semula asalkan ada bukti mencukupi, kita akan kembali dalam dua minggu lagi," jelasnya. Rafizi bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang; Ahli Parlimen Selayang, Wiliam Leong dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian membuat sidang media itu di ibu pejabat parti di sini petang tadi sekembalinya mereka dari Hong Kong hari ini. Delegasi itu bertolak ke Hong Kong Rabu lalu. Menurut Rafizi, beliau mempunyai bukti mencukupi termasuk dokumen transaksi kes rasuah melibatkan RM40 juta oleh Musa dan taikun balak, Michael Chia. "Sebab itu kita perlukan dua minggu untuk menyusun semua bukti-bukti," katanya. Sebelum bertolak ke Hong Kong 21 November lalu, Rafizi membuat laporan berhubung kes itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Kita juga akan serah bukti nanti, jadi SPRM tidak ada alasan untuk tutup kes ini buat kali kedua," katanya. Sepanjang di Hong Kong, kes rasuah tersebut mendapat liputan akhbar dan televisyen di sana. Delegasi terbabit juga membuat temuramah khas bersama Reutera-Bloomberg yang mengikuti perkembangan kes tersebut. "Kes ini menarik minat antarabangsa dan kita yakin ia adalah skandal besar yang tidak boleh lagi dipadamkan Umno Barisan Nasional," kata Rafizi. | ||||
Pengubahan wang haram: UBS Bank Switzerland siasat Musa Aman Posted: 23 Nov 2012 06:34 AM PST Oleh Sidiqin Omar DAMANSARA: UBS Bank di Switzerland membuka siasatan kes pengubahan wang haram berjumlah USD90 juta yang didakwa melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Ia didedahkan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah pada ceramah Merdeka Rakyat di Padang Bola Apartment Damansara Damai, di sini malam tadi. "Nama Musa Aman dikaitkan dengan siasatan kes 'money laundering' (pengubahan wang haram) berjumlah USD90 juta di Switzerland. "Nama Musa dikatakan sebagai salah seorang pemegang akaun yang disiasat," katanya depan lebih 5,000 rakyat. "Bukan itu sahaja, kes melibatkan Musa Aman juga kini akan dibuka di Hong Kong melibatkan wang pemberian oleh jutawan balak Michael Chia berjumlah RM40 juta," kata Ahli Biro Politik KEADILAN itu. Sivarasa berkata, puluhan laporan dibuat terhadap pemimpin Umno BN kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), namun hingga kini tiada seorang pun didakwa. "Bila kita buat laporan, dia tutup fail. Bila kita tanya di Parlimen, mereka tak jawab," jelasnya. Beliau juga menyentuh berkenaan kekayaan yang dikumpul Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya sepanjang lebih 20 tahun memerintah. "Harta atas nama Taib Mahmud sahaja RM15 bilion. Dicampur dengan nama anak-anak dan adik beradiknya yang berjumlah RM6 bilion, bermakna keseluruhan harta keluarga Taib Mahmud berjumlah RM21 bilion. "Macam mana dia dapat? Kalau nak cerita hal rasuah pemimpin Umno BN, ceramah sampai esok pun tak habis," sambung Sivarasa. "Kerajaan Malaysia ini seperti orang yang sudah nyanyuk. Tapi mereka takkan boleh tutup mata rakyat (dari penyelewengan)," tegasnya. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin. | ||||
Ketua Pemuda Umno ditahan polis bersama arak, dadah – Chegubard Posted: 23 Nov 2012 06:27 AM PST Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR : Seorang Ketua Pemuda Umno cawangan di Negeri Sembilan ditahan polis dalam satu serbuan minggu lalu. "Dia ditahan di sebuah hotel dalam keadaan dikelilingi dadah dan arak," kata Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shahrin kepada Keadilan Daily. Mendedahkan hal itu, beliau berkata, bapa kepada individu itu seorang pemimpin Umno bergelar Datuk yang juga bekas senator. Badrul Hisham yang dikenali sebagai Chegubard berharap pendedahan awal itu bertujuan mengelak kes kecurangan pemimpin disorok atas arahan politik. "Kita harap pendakwaan dapat dilakukan dengan adil. Polis dapat bertindak tegas tanpa mempeduli tekanan politik Umno," kata Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu. Sebelum ini, beliau berkata, banyak kes salah laku pemimpin Umno disenyapkan tanpa diambil tindakan ekoran tekanan kepada pihak berkuasa. "Pernah kes seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) salah guna senjata, lepaskan tembakan kerana berbalah dengan orang, laporan dibuat tetapi kes ditutup," katanya. | ||||
Khalid cabar MCA bawa isu Talam ke mahkamah Posted: 23 Nov 2012 02:48 AM PST
Abdul Khalid berkata, ia merupakan cabaran Pakatan Rakyat (PR) Selangor kepada Umno-BN atau MCA untuk membawa perkara terbabit ke mahkamah dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau berkata demikian selepas diprovok oleh Sulaiman Razak (BN-Permatang) ketika perbahasan kertas putih Talam di Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS). Cabaran itu tercetus apabila, Sulaiman mempertikaikan usaha Kerajaan Negeri mengutip semula hutang Talam berjumlah RM392 juta selain membuat perbandingan perbezaan penilaian harga tanah di Bukit Beruntung oleh Sulaiman & Co dan JPPH. "Kerajaan Negeri membuat penilaian itu berasaskan nilai komersial bukan nilai pertanian. Itu sebab saya galakkan MCA pergi ke mahkamah saman Kerajaan Negeri. Ini merupakan cabaran PR Selangor," katanya. Sebelum ini, Permerbadanan Menteri Besar (MBI) menyelesaikan RM4 juta pembayaran caruman perparitan pada 2010 bagi membolehkan penjualan tanah kepada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) selepas Talam membuat permohonan menukarkan 'pertanian' kepada 'pembangunan bercampur' pada 1994. "Kerajaan Negeri berpandangan bahawa nilaian yang dibuat oleh Suleiman & Co. adalah lebih menepati nilai sebenar tanah Bukit Beruntung itu," katanya. Jelasnya, penilaian oleh Sulaiman & Co itu menetapkan nilai tanah tersebut pada RM375 juta manakala penilaian oleh JPPH menetapkan nilai tanah pada RM113 juta. "Perbezaan itu kerana Jabatan Penilaian mengambil kira status kategori kegunaan tanah sebagai 'pertanian' manakala nilaian Suleiman & Co mengambil kira kategori kegunaaan tanah terbabit sebagai 'pembangunan bercampur'," katanya. | ||||
Himpunan Kebangkitan Rakyat bakal gegar Sabah Posted: 23 Nov 2012 02:47 AM PST
KUALA LUMPUR: Atas kesedaran dan sambutan hangat rakyat Sabah di setiap program anjurannya, satu perhimpunan aman akan diadakan di Kian Kok Middle School, esok. Mengikut kenyataaan yang dikeluarkan Sekretariat Pakatan Rakyat Sabah, perhimpunan bertemakan 'Kebangkitan Rakyat' ini bertujuan memecah tradisi bahawa rakyat Sabah tidak lagi akan menjadi deposit tetap BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, lapor Roketkini. Antara yang dijangka hadir menyemarakkan lagi perhimpunan itu adalah pemimpin utama PR seperti Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong Sze Phin (gambar) berkata perhimpunan itu adalah sebuah kejayaan moral buat Pakatan Rakyat Sabah. "Rakyat semakin terbuka dan ramai menghadiri program yang dianjurkan PR, himpunan ini diharap akan gegarkan Sabah," katanya. Wong yang juga ADUN Sri Tanjung adalah seorang daripada yang tersenarai dalam 66 orang calon yang akan bertanding untuk merebut Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). Ditanya mengenai harapan dan aspirasi beliau sekiranya diberi tanggungjawab memikul jawatan itu, Wong berkata, Sabah perlu diberi perhatian memandangkan banyak masalah rakyat di negeri ini. "Bukan itu sahaja, saya beriltizam untuk menyatukan semua peringkat pimpinan DAP negeri Sabah dalam kerangka menjadi sebuah parti yang kuat dan mampu menggalas amanah dan suara rakyat. "Sebagai Pengerusi DAP Sabah, saya merasa amat baik sekiranya dapat bersama dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat dan bersedia menerima dan melaksanakan amanah parti serta rakyat dengan lebih berkesan," katanya. Sebarang pertanyaan mengenai himpunan ini boleh hubungi wakil DAP Sabah, Johnny Wong 016-8334855, wakil PKR, Dr Kelly Tham (016-8293999), wakil PAS, Saudara Ali (013-8715971), wakil PPPS Saudara Narawi (019-8805055) dan wakil APS, Stephen James (0198510280). - Roketkini.com | ||||
Perwakilan Umno ditegah membuka mulut Posted: 23 Nov 2012 02:45 AM PST
Salah seorang Naib Presiden UMNO Dato' Seri Dr Haji Ahmad Zahid Hamidi, berkata UMNO telah mengarahkan perwakilan untuk menutup mulut dalam Perhimpunan Agung UMNO yang akan bermula 27hb November ini. Arahan ini bertujuan untuk perwakilan tidak menyentuh pandangan isu yang berbeza memandangkan pilihanraya luar biasa akan mereka hadapi tidak lama lagi. Perwakilan di arah untuk tidak menyentuh perkara-perkara yang sensitif kerana ia boleh melemahkan parti dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang ini. Presiden dan Timbalan Parti itu akan bertemu dengan perwakilan sehari sebelum perhimpunan itu diadakan bagi menentukan apa yang boleh dibincangkan dan setiap Perhubungan Negeri akan menamakan siapa yang akan berucap dalam perhimpunan itu. Arahan ini adalah arahan yang tidak pelik dalam UMNO dan saya berharap mana-mana parti dalam PR tidak akan melakukan perkara yang dilakukan oleh UMNO itu. Apa maknanya Perhimpunan Agung jika perwakilan tidak boleh bercakap apa yang mereka ingin perkatakan untuk kebaikan parti. Ini adalah budaya biasa dalam UMNO kerana apa yang diucapkan oleh perwakilan itu telah di tentukan oleh pucuk pimpinan. Dalam Perhimpunan Agong itu apa yang akan diucapkan sudah ditentukan dan semasa perhimpunan itu perwakilan hanyalah di tugaskan untuk bertepuk tangan dengan kuat sahaja. Selain dari itu perwakilan hanya membuat lawak jenaka untuk hiburan murahan bagi pimpinan yang berada di atas pentas nanti. Budaya ini wujud hanya setelah penubuhan UMNO (B) pada tahun 1988 dahulu kerana pucuk pimpinan tidak gemar mendengar rungutan ahli-ahli dan rakyat di akar umbi. Pucuk pimpinanan hanya suka mendengar perkara yang baik-baik sahaja dan jika boleh mendapat pujian dari perwakilan yang berucap dan di ikuti dengan tepukkan gemuruh dari perwakilan yang menyelang-selikan ucapan dengan jenaka dan lawak yang mampu membuat pimpinan di atas ketawa besar sambil mengangkat tangan kegembiraan. Itulah sebabnya UMNO yang baru berusia 24 tahun itu tidak berkembang kerana pemikiran ahli dan perwakilan telah di penjara oleh pucuk pimpinan. Mereka (perwakilan) hanya di arah untuk menyebut isu yang sedap-sedap sahaja. Perwakilan UMNO akan hanya di arah untuk memberikan kutukan dan cemuhan terhadap pimpinan PR seperti Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz, LGE, LKS dan lain-lain. Ini merupakan isu yang sudah dijangka oleh orang ramai dan ia akan menjadi isu yang dianggap sudah basi dan menjemukan. Kita boleh menjangkakan yang Najib akan berucap bergegar-gegar, sesuai dengan sifat seorang pemimpin yang pengecut dan penakut. Selalunya sesiapa yang bercakap dengan gegaran retorik yang besar-besar mereka ini adalah mereka yang terlalu banyak perkara yag hendak di tutupi. Mereka ini adalah dari gulungan yang penakut, ibarat orang berjalan di dalam gelap di kampung-kampung pedalaman. Di dalam gelap itu mereka selalunya akan menyanyi sekuat hati dari lagu Ahmad Jais, lagu Mat Sentul sehinggalah lagu P Ramlee dan semuanya itu untuk menghilangkan rasa takut dan ngeri mereka berada di dalam gelap itu. Tetapi dalam pada menyanyi lagu P Ramlee itu, mereka juga merasakan seram sejuk di tubuh mereka kerana takutkan kepercayaan tahayul tentang hantu dan sebagainya yang berkeliaran di dalam gelap itu.. Begitulah juga yang sedang berlaku kepada Najib. Beliau akan berucap bergegar-gegar dengan nada yang tinggi dan kuat untuk menyorokkan perasaan takut beliau menghadapi pilihanraya yang akan datang ini. Berbalik kepada arahan menutup mulut itu, ia melambangkan kelemahan yang banyak dalam UMNO itu. Mereka tidak memahami bahawa perwakilan setiap tahun itu adalah untuk perwakilan negeri-negeri menyampaikan masalah-masalah kepada pucuk pimpinan. Semasa Mesyuarat Agung seperti inilah masa yang baik untuk meluahkan perasaan tentang apa yang patut dan tidak patut dilakukan atau yang berlaku di dalam parti yang uzur itu. Dalam Perhimpunan Agung itulah masa untuk melambakkan apa yang perlu diketahui dan dirasakan oleh pucuk pimpinan secara bersama. Kalau Ahmad Zahid mengarahkan perwakilan untuk menutup mulut maka tidak salah jika orang ramai menganggapnya sebagai mesyuarat agung orang-orang bisu sahaja. Ahmad Zahid mahukan agar perwakilan hanya 'buat tidak tahu sahaja' tentang apa yang berlaku di dalam UMNO. Ada telinga dengar, ada mata pandang dan jangan bercakap apa-apa. Kalau bercakap itu merupakan kesalahan. Maka tidak salahlah apa yang saya katakan selalu, dalam UMNO bercakap benar adalah satu kesalahan besar. UMNO adalah sebuah parti dalam mana ahli-ahlinya dididik untuk tunduk dan mengangguk sahaja dan di dalam perhimpunan itu adalah tempat untuk mendengar lawak jenaka dan kita akan lihat Utusan Malaysia menyiarkan gambar-gambar Najib dan Muhyiddin ketawa besar dan akan di sertai oleh Khairy Jamaludin dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi parti yang lain. Inilah kejayaan UMNO yang terbesar, iaitu memenjarakan pemikiran dan perasaan rakyat dan itulah sebabnya ada orang Melayu menganggap UMNO itu lebih tinggi dari agama. Chua Soi Lek boleh menghentam agama suci kita, tetapi jangan menghentam pucuk pimpinan tertinggi UMNO. Siapa yang berani mengecam pemimpin mereka, yang mengecam itu akan tidak mendapat kedudukan lagi di dalam parti dan kerajaan dan akan segera di sisihkan. UMNO lebih buruk kerjanya dari penjajah British dahulu. Penjajah British dahulu mahukan orang Melayu untuk mudah berpuas hati dan tidak diberikan peluang untuk memegang jawatan besar-besar dalam kerajaan. UMNO pun begitu. Orang Melayu dididik untuk sentiasa berterima kasih dengan bantuan gigi palsu, dan pemberian lembu dan kerbau pawah kepada petani-petani kecil di kampung-kampung. Jika ada yang bercakap dan mengkritik, UMNO akan mengungkit-ngungkit apa yang mereka telah berikan walaupun pemberian itu hanyalah sebatang dua gigi palsu. Jangan mengkitik UMNO kerana UMNO lah yang membawa api letrik ke kampung-kampung dan UMNO jugalah yang menyalurkan air paip ke rumah-rumah rakyat. Tetapi UMNO tidak pula memberi tahu yang semua negara dalam dunia ada api letrik dan bekalan air bersih walaupun di negara-negara tersebut tidak ada parti UMNO. Di Amerika Syarikat (AS) tidak ada parti UMNO. Begitu jugalah di Jepun dan di Britain tidak ada UMNO tetapi mereka ada bekalan air yang lebih baik dari yang ada di negara ini DAN rakyat mereka menggilir-gilirkan parti-parti yang memerintah mereka. Maksudnya itu adalah tanggungjawab setiap pihak yang dimandatkan oleh rakyat dengan menggunakan sumber kewangan dari rakyat untuk melaksanakan semua projek pembangunan negara. Mereka itu sendiri di bayar gaji dan elaun untuk mentadbir rakyat dan tidak munasabah rakyat pula yang perlu berterima kasih kepada UMNO. Kepada UMNO kita ucapkan selamat bersidang dan kepada para perwakilan yang berucap sediakan beberapa lawak jenaka untuk hiburan pimpinan di atas pentas itu nanti. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/ | ||||
Posted: 23 Nov 2012 02:41 AM PST SUNGAI BULOH: "Apabila nampak penjenayah depan mata, saya tidak fikir bahaya, sebaliknya hanya mahu tangkap mereka" kata Inspektor Saiful Bahari Yunus, 28, yang cedera terjatuh dari tingkat dua rumah teres ketika menyertai serbuan bagi menahan suspek kes curi kereta di Subang Perdana, Kampung Baru Subang, dekat sini, Selasa lalu. Saiful yang bertugas di Unit Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, kini dirawat di Hospital Sungai Buloh (HSB) di sini, kerana patah tangan kiri dan tulang pipi kiri. Menurutnya, ketika serbuan jam 5.40 petang itu, beliau bersama beberapa pegawai dan anggota lain menyerbu rumah teres di Subang Perdana itu bagi menahan sembilan suspek kes curi kereta. "Saya nampak dua suspek memanjat bumbung untuk melarikan diri. Saya dan seorang lagi anggota turut memanjat bumbung itu untuk mengejar mereka dan menahan dua lelaki terbabit. "Namun, tiba-tiba atap genting tempat saya berdiri pecah menyebabkan saya terjatuh dan tidak sedarkan diri," katanya yang ditemui di HSB ketika menerima lawatan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, semalam. Lebih menyedihkan, isterinya, Nor Hazwani Abdul Halim, 29, tidak dapat melawat atau menjaganya di hospital kerana berpantang anak kedua mereka di Ipoh, Perak. Saiful yang sudah tujuh tahun berkhidmat berkata, kejadian itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus membanteras jenayah. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, semalam, berkata, sebelum kejadian seorang penyelia berusia 46 tahun disamun empat lelaki bersenjata parang di Bukit Puchong. "Dalam kejadian jam 4.50 petang di depan pasar raya Tesco Bukit Puchong, suspek yang menaiki Honda Civic mengacukan parang ke arah mangsa dan mengarahkannya serta dua saksi kejadian, mendiamkan diri. "Mereka melarikan kereta mangsa jenis Toyota Hilux bernilai RM102,000. Mangsa membuat laporan polis dan satu gerakan mengesan suspek dilakukan," katanya. Sepasukan polis termasuk Saiful mengesan suspek dan mereka menyerbu rumah teres disyaki dihuni kumpulan terbabit. "Hasil serbuan, sembilan lelaki berusia 18 hingga 30 tahun termasuk dua suspek yang cuba meloloskan diri ditahan. Polis merampas tujuh kenderaan iaitu dua Toyota Hilux, dua Proton Wira, Proton Satria, Proton Saga dan Honda Civic. "Turut dirampas tiga parang disyaki digunakan bagi melakukan jenayah manakala semakan mendapati semua kereta dilaporkan dicuri di Selangor dan Pulau Pinang," katanya. Mohd Adnan berkata, semua suspek yang aktif mencuri kereta lebih setahun lalu, kini direman sehingga 23 November ini mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. | ||||
SPR Bidas Anwar Minta Bantuan Australia Posted: 23 Nov 2012 02:38 AM PST PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membidas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta bantuan kerajaan Australia untuk membantu memastikan pilihan raya umum yang bebas dan adil di Malaysia. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menempelak Anwar yang membuat permintaan tersebut apabila Ketua Pembangkang itu sendiri tidak hadir walaupun telah dijemput untuk sesi taklimat dan dialog bersama SPR 19 November lalu bersama ahli Parlimen untuk menangani sebarang keraguan terhadap proses pilihan raya. Beliau menambah bahawa beliau telah dimaklumkan oleh pembantu Anwar bahawa ketua pembangkang tidak dapat hadir kerana "tidak sihat". Anwar menyampaikan petisyen kepada Australia dalam nota tulisan tangan kepada Menteri Luar, Bob Carr. "Amat sukar bagi Australia berbuat sesuatu tentang cara ia dilaksanakan, sama sukarnya bagi Malaysia atau kerajaan lain untuk menganjurkan bagaimana pilihan raya di Australia perlu diadakan. "Kami bukan pihak berkuasa pilihan raya bagi Malaysia," kata Carr kepada ABC Radio baru-baru ini. Terdahulu, dalam temu bual dengan stesen radio Australia, Anwar telah ditanya apa yang Australia boleh lakukan untuk memastikan pilihan raya yang bebas dan adil, yang mana beliau menjawab "Dalam nota saya kepada Menteri Bob Carr dan perbincangan lebih awal saya dengan Kevin Rudd saya berkata, anda bercakap tentang pilihan raya bebas di Afghanistan dan Iraq mengapa membisu apabila ia datang kepada pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia? " Anwar dalam temu bual itu juga berkata bahawa pihak pembangkang telah mengemukakan bukti bahawa 100,000 orang tidak layak untuk mengundi, yang mana sesetengah daripada mereka berumur 12 tahun. Abdul Aziz berkata SPR menangani isu termasuk kerosakan dalam pemindahan data pengundi ke sistem baru. Ia telah menyebabkan 282,068 pengundi telah diletakkkan di bawah tarikh pendaftaran pengundi yang salah. Abdul Aziz, yang mempengerusikan dialog itu berkata kesilapan telah diperbetulkan. Pengerusi SPR berkata terdapat banyak penambahbaikan baru yang akan diperkenalkan dalam pilihan raya umum berikutan input, termasuk oleh pihak pembangkang. Ia termasuklah penggunaan dakwat kekal, pengundian awal bagi angkatan tentera dan pasangan mereka selepas kebimbangan mengenai ketelusan pengundian pos di kem-kem tentera dan polis; serta membenarkan rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi melalui pos. "Dengan langkah-langkah baru ini bagaimana mereka boleh mengatakan bahawa pilihan raya umum akan datang akan tercemar?," kata Abdul Aziz. | ||||
2,020 Ibu Tunggal Nak Saman Kerajaan Selangor RM10.9 juta. MB Tipu Kami! Mengapa Zalimi Kami! Posted: 23 Nov 2012 02:22 AM PST Kalau sebelum ini segelintir rakyat Selangor ada tuntut apa yang dikatakan hak mereka, supaya baki hutang mereka sekitar RM19 juta dibayar oleh kerajaan Selangor. Butirannya adalah boleh semak pada laporan berita DI SINI. Terbaru, ibu tunggal pula tiba-tiba "bangkit" juga menuntut hak mereka, elaun ibu tunggal. Semua kisah ini berlaku di Selangor….
Manifesto Kerajaan Selangor : Elaun Ibu TunggalRamai juga ibu tunggal di Selangor ya. Adakah mereka ini sudah berdaftar dengan kerajaan negeri Selangor & telah mencuba untuk memohon? Tapi betullah, kalau sudah berjanji nak beri, kenalah beri. Kalau tidak usahlah berjanji. Apatah lagi, Pilihanraya Umum ke 13 sudah semakin hampir. Andaikata dibawa kes seperti ini di mahkamah dan ibu tunggal ini menang contohnya, kerajaan negeri kena bayar saman (elaun ibu tunggal) tersebut. Berapa tadi? Ha…..RM10.9 juta. Apabila sudah ada kes sebegini, penduduk-penduduk di negeri-negeri lain di Malaysia seperti di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis, johor, Melaka, Pahang, Perak, Sabah & Sarawak bolehlah bersama-sama "turun padang" menuntut hak anda dengan kerajaan negeri masing-masing kalau mereka-mereka ini tidak menunaikan janji seperti yang mereka canang dan taburkan sebelum ini. Tidak lupa tuntut hak anda kepada kerajaan Malaysia….kalau-kalau dirasakan belum tertunai. Adakah janji pilihanraya bersifat "mengikat". Setahu kami, belum ada mana-mana negera di dunia yang mengatakan begitu. Belum ada lagi. Tetapi tidak tahulah, apa yang akan berlaku di Selangor kelak. Katakanlah golongan ibu tunggal yang tuntut saman (elaun ibu tunggal) ini menang, mahkamah nak taknak kena luluskan disebabkan "case study" bagi kes sebelumnya sudah ada dan boleh digunakan ke tas tuntuttan di negeri-negeri lain juga. Apa pendapat rakyat Selangor amnya dan rakyat Malaysia umumnya dengan isu ini? | ||||
S'gor dakwa kesan 28% pemilih gagal dikenal pasti Posted: 23 Nov 2012 02:14 AM PST Selangor mendakwa berjaya mengesan 28 peratus pemilih berdaftar baru yang tidak dapat dikenal pasti di negeri itu daripada Daftar Pemilih Induk suku keempat 2011 yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya. Jumlah itu adalah seramai 134,675 daripada 497,804 pemilih berdaftar baru dengan bilangan pemilih berdaftar tidak dapat dikenal pasti paling ramai dicatatkan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Serdang. Ia dinyatakan dalam Laporan Projek Pendemokrasian Negeri Selangor bertarikh 19 November yang dikeluarkan Unit Perancangan Ekonomi negeri Selangor. | ||||
Kumpulan anti-Israel gagal serah memo pada Felda Posted: 23 Nov 2012 02:11 AM PST Sekumpulan kira-kira 700 orang yang diketuai oleh PAS, hari ini gagal menyerahkan memorandum kepada Felda, menggesanya supaya menghentikan dakwaan jualan minyak sawit kepada "sebuah syarikat Yahudi". Para pengawal di ibupejabat Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur enggan membuka pintu atau membenarkan wakil masuk untuk menyerahkan memorandum itu kepada pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad. "Inilah caranya mereka melayan rakyat Malaysia, seolah-olah Felda milik ibu bapa mereka," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kepada para hadirin. "Malah, di Istana Negara pun mereka terima dan membenarkan wakil masuk." Menurut Presiden ANAK, Mazlan Aliman, Felda telah dimaklumkan melalui faks dan e-mel sebelum demonstrasi hari ini diadakan. | ||||
Mat Rempit ganggu nyalaan lilin anti-Lynas Posted: 23 Nov 2012 02:04 AM PST Himpunan nyalaan lilin membantah Lynas Corporation di pelabuhan Kuantan malam tadi menarik kira-kira 400 penyokong dan sekumpulan penunggang motosikal yang datang membuat bising di situ. Penunggang motosikal tersebut, kebanyakannya belia, menjerit ke arah peserta himpunan tersebut sejurus selepas mereka berhimpun pada kira-kira jam 9.30 malam. Menurut wakil Himpunan Hijau, Clement Chin, terdapat kira-kira 30 anggota polis yang berada di tengah-tengah, di antara kedua-dua kumpulan tersebut, tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan. Walaupun tidak berlaku sebarang perbalahan, seorang wartawan Sin Chew Daily dilaporkan berkata bahawa dia dikasari oleh beberapa penunggang motosikal tersebut. Kataya, dia cuba untuk mengambil gambar kumpulan itu tetapi beberapa penunggang motosikal tersebut menjerit dan mengancam untuk bertindak terhadapnya. Kumpulan penunggang motosikal itu beredar selepas kira-kira 30 minit. | ||||
Ibu tunggal demo tuntut elaun dari MB Sgor Posted: 23 Nov 2012 02:02 AM PST dikemaskini Kira-kira 300 orang ibu tunggal berdemonstrasi di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) Selangor pagi tadi bagi menuntut elaun RM100 sebulan setiap orang yang didakwa dijanjikan kerajaan negeri dalam pilihan raya umum 2008. Kumpulan tersebut yang berdemo selama sejam setengah bermula jam 10 pagi mendakwa mewakili ibu-ibu tunggal dari kawasan Parlimen Selangor dan menuntut bayaran elaun yang didakwa telah tertunggak selama 54 bulan. "Kami hari ini beramai-ramai nak menuntut janji. Sebab bila dah janji, janji mesti dikotakan. "Bila (kerajaan Selangor) dah menang, kami ditinggalkan begitu sahaja sedangkan kebanyakan di sini ibu tunggal dan kami adalah aset kepada Selangor," kata Murtini Kasman yang bertindak sebagai wakil kepada kumpulan berkenaan. Demo tersebut yang bermula pada jam 10 pagi itu dipimpin Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom atau dikenali sebagai Ali Tinju. "Wanita-wanita yang hadir hari ini wanita yang cemerlang dan berani. Kakak-kakak semua hari ini datang untuk tuntut elaun khas yang telah dijanjikan, betul tak betul?" kata Ali membangkitkan semangat peserta demo. Beliau turut meminta agar media tidak menganggap ibu-ibu tunggal itu dipolitikkan dalam isu tersebut. Mereka selepas itu menyerahkan memorandum tuntutan yang diterima oleh Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail, yang berjanji akan menemui wakil kumpulan ibu tunggal itu minggu depan. Rodziah menegaskan kerajaan negeri selama ini memang menyalurkan bantuan RM100 tetapi ia hanya disalurkan kepada ibu tunggal yang berdaftar dengan kerajaan negeri dan layak sahaja. Ia juga turut disalurkan kerajaan negeri dalam bentuk lain kepada ibu tunggal, katanya. Semalam TV Selangor melaporkan beliau memberitahu bantuan itu disalurkan antaranya menerusi Program Pemberdayaan Wanita menerusi pusat Wanita Berdaya (PWB) dan Skim Mikrokredit Bandar dan Luar Bandar (MIMBAR dan SkimSel) | ||||
Najib takut 'kekebalan' Dr M, dakwa PAS Posted: 23 Nov 2012 01:58 AM PST MALAYSIA KINI PAS mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak takut dengan 'kekebalan' mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa parti itu terus menerus membelasah musuh politiknya 'tidak kira masa dan tempat'."Datuk Seri Najib mesti ikut apa kemahuannya dan tidak berani menyanggah apa yang beliau kata, takut banyak pula fail-fail beliau timbulkan," dakwa ahli jawatankuasa pusat PAS, Idris Ahmad. Siapa yang berani sanggah, alamat gelap masa depan di dalam politik, dakwa Idris dalam satu kenyataan hari ini. "Contohnya, Tun Abdullah Badwi yang berani membatal projek Jambatan Bengkok, sampai hari ini beliau dendam dan membelasah Tun Abdullah tidak kira masa dan tempat," dakwanya lagi. Kekebalan tersebut, dakwa Idris lagi, membolehkan Dr Mahathir terlepas selepas mendakwa Umno adalah syaitan yang dikenali dan menggelar pembangkang 'Malaikat yang tidak dikenali' dan malah membuat kenyataan bahawa Malaikat juga membuat salah. Malangnya, dakwa Idris lagi, 3.5 juta ahli Umno tidak menyanggah kenyataan Dr Mahathir itu, dan juga tidak kedengaran ulama Umno menegur kenyataannya itu. Setakat hari ini, tambahnya, yang berani menyanggah beliau adalah pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat sahaja. | ||||
Sekolah Cina, kementerian pinda jawapan di Parlimen Posted: 23 Nov 2012 01:57 AM PST Ini kes "sekejap ada, sekejap tak ada" di Parlimen semalam apabila Kementerian Pelajaran bergegas meminda satu jawapan bertulisnya, mungkin untuk mengelak tindak balas daripada pengundi Cina. Dua hari lalu, kementerian itu telah mengeluarkan jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Pandan, Datuk Ong Tee Keat yang meminta penjelasan sama ada terdapat pertimbangan yang berbeza terhadap permohonan menubuhkan sekolah swasta, sekolah antarabangsa dan sekolah swasta Cina. Ong, yang juga bekas presiden MCA, juga bertanya apakah sekatan-sekatan yang dikenakan ke atas sekolah-sekolah tersebut. Kementerian itu telah menjawab bahawa permohonan untuk sekolah menengah persendrian Cina (SPMC) "tidak lagi dibuka" kerana sekolah itu menggunakan kurikulum yang disedia sendiri dan tidak selari dengan kurikulum kebangsaan. Menjelang pertengahan petang semalam, edisi Cina Malaysiakini menyiarkan berita tersebut, manakala beberapa akhbar Cina telah menghantar mesej teks berita. Berikutan ini, Kementerian Pelajaran telah menghantar salinan jawapan bertulis yang telah disemak semula kepada media di mana rujukan kepada pemberhentian permohonan untuk sekolah Cina swasta, telah dikeluarkan. Sebaliknya, jawapan baru itu menyatakan bahawa kewujudan 60 sekolah menangah persendirian Cina (SMPC) itu adalah berdasarkan latarbelakang sejarah. (Lihat bawah untuk melihat perbandingan kedua-dua jawapan.] "Selepas Akta Pelajaran 1961 dikuatkuasa, sebahagian sekolah menengan Cina memilih untuk menjalankan kurikulum kebangsaan lalu digelar SMJK atau sekolah comforming manakala selebihnya berdikari dan menjadi SMPC (sekolah menangah persendirian Cina). "Akan tetapi, kewujudan SMPC turut diberi 'status quo' mengikut peruntukan seksyen 151 Akta Pendidikan 1996. "Kenyataan ini adalah selari dengan ucapan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak (yang pada masa itu menteri pelajaran) semasa membentangkan Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 pada 18 Disember 1995." | ||||
Wong: pemimpin Umno antara pemilik banglo Posted: 23 Nov 2012 01:54 AM PST MALAYSIA KINI Beberapa pemimpin Umno didakwa pemilik banglo di Templer Park, projek kontroversi, yang dibangkitkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor semalam.Ahli Exco, Elizabeth Wong memberitahu dewan bahawa beliau terkejut mengetahui pemilik banglo itu termasuk bekas menteri, seorang ahli parlimen dan beberapa bekas ADUN. "Inilah antara orang-orang yang mengambil tanah di situ untuk membina rumah mewah," katanya di dewan semalam, tanpa menyebut sebarang nama, lapor Selangorku.com, lamanweb kerajaan negeri. Semalam, The Star melaporkan terdapat rancangan untuk membina banglo mewah di Templer Park atas kawasan bukit bercuram yang diklasifikasikan sebagai Kelas 3 dan 4. Projek itu didakwa melibatkan komuniti berpagar seluas 12.41 hektar yang terdiri daripada 60 buah banglo, dengan harga permulaan RM4 juta seunit. Laporan yang sama memetik Majlis Perbandaran Selayang sebagai berkata pemaju projek itu telah memenuhi syarat-syarat dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. | ||||
Auku: Mahkamah tolak rayuan kerajaan, KPT dan UKM Posted: 22 Nov 2012 10:53 PM PST Panel hakim lima orang memutuskan bahawa rayuan itu ditolak memandangkan Parlimen telah pun meminda seksyen tersebut dan oleh itu kes tersebut dianggap sebagai akademik. "Mahkamah Persekutuan menolak rayuan dibuat (oleh kerajaan, menteri dan UKM) atas alasan kini ia hanya satu kes akademik sebab Seksyen 15(5)(a) sudah pun dipinda," kata peguam yang mewakili empat bekas penuntut UKM dalam kes ini, Ashok Kandiah ketika dihubungi Sinar Harian Online. Keputusan itu dicapai selepas panel lima hakim diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membenarkan permohonan empat bekas pelajar UKM untuk membatalkan permohonan perayu atas alasan perkara itu akademik berikutan Seksyen 15(5)(a) telah dimansuhkan. "Kes ini tidak lagi kompeten di hadapan mahkamah ini kerana Seksyen 15(5)(a) akta itu yang melarang mahasiswa menyatakan sokongan atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik sudah dimansuhkan," kata Zulkefli dipetik Bernama. Dalam keputusan sebulat suara itu, beliau juga berkata mahkamah mendapati bahawa pertikaian dalam kes itu tidak lagi wujud. Empat anggota panel yang lain ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Datuk Hasan Lah dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha. Dalam menolak rayuan tersebut tanpa sebarang perintah kos, Zukelfli turut berkata perkara itu kini tidak lagi dalam lingkungan Seksyen 96 (b) Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Pada 20 Mac lepas, Mahkamah Persekutuan membenarkan kerajaan, Menteri Pengajian Tinggi dan UKM merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Seksyen 15(5)(a) sebagai tidak sah di sisi undang-undang. Hari ini, mahkamah sepatutnya mendengar rayuan tersebut tetapi peguam Malik Imtiaz Sarwar, yang mewakili keempat-empat pelajar tersebut, memohon untuk membatalkan rayuan itu kerana perkara itu adalah akademik berikutan Seksyen 15(5)(a) telah dimansuhkan pada 26 Jun lepas. Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adza, yang pada masa itu mahasiswa UKM, mendapat notis daripada universiti untuk hadir di hadapan Tribunal Disiplin bagi menjawab tuduhan kerana terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 24 April 2010 dan oleh itu melanggar Seksyen 15(5) (a) akta itu. Keempat-empat mereka telah menamatkan pengajian dengan Woon dan Muhammad Ismail kini sedang mengikuti pengajian sarjana dalam bidang sains politik manakala Muhammad Hilman dan Azlin sudah bekerja. Mereka kemudiannya memfailkan saman pemula terhadap pemohon-pemohon itu untuk mencabar berhubung tindakan UKM ke atas mereka tetapi tuntutan merekaditolak oleh Bahagian Kuasa-kuasa Khas dan Rayuan Kuala Lumpur pada September 2010.Pada 31 Okt tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengukah keputusan Mahkamah Tinggi dalam keputusan majoriti 2-1 yang membawa kepada pemohon-pemohon memfailkan permohonan untuk merayu kepada Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Seksyen 15(5)(a) akta itu tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara. Terdahulu, Malik Imtiaz mengemukakan bahawa terdapat perubahan keadaan dalam kes kerana seksyen itu dimansuhkan, tiga bulal selepas Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran kepada perayu untuk merayu. Selain itu, katanya prosiding itu telah sampai kepada penghujungnya setelah pelajar itu telah lulus dan tidak ada pelajar lain yang akan didakwa di bawah undang-undang yang telah dimansuhkan itu. Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh, yang mewakili kerajaan dan Menteri Pengajian Tinggi dan peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili UKM mempersoal bahawa perkara itu bukan akademik kerana ia meliputi hak-hak asasi di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Hakim Tan, bagaimapun, berkata "apa-apa keputusan yang dibuat oleh kita (mahkamah) tidak akan menjernihkan keadaan, ia akan hanya mengeruhkan keadaan." | ||||
Bekas MB Kedah sedia disiasat SPRM Posted: 22 Nov 2012 10:38 PM PST ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau bersedia untuk disiasat oleh pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika ada sebarang penyelewengan ketika beliau memegang jawatan itu. Ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini. Ketua Pembangkang Dun itu meminta kerajaan negeri sekarang supaya tidak menyalahkan pihak lain termasuk kerajaan negeri sebelum ini, terhadap kegagalan mereka, tetapi gagal membuktikan berlakunya penyelewengan. Mahdzir, yang juga Adun Pedu berkata, kerajaan negeri sekarang mengeluarkan senarai kegagalan projek kerajaan dahulu tetapi jika dilihat, kegagalan itu hanya disebabkan masalah prosedur tetapi tiada yang disebabkan oleh penyelewengan. "Boleh bawa kes-kes ketika saya menjadi Menteri Besar kepada SPRM dan pihak berkuasa. Apa yang berlaku (kerajaan negeri sekarang) apabila nak 'defence' (pertahan) diri bubuh (salahkan) orang lain," katanya. Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi Negeri, Datuk Amiruddin Hamzah ketika menjawab soalan Abdullah Jusoh (PAS-Pantai Merdeka), menyenaraikan projek kerajaan negeri sewaktu di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang berhadapan dengan masalah. Sementara itu, Mahdzir dalam perbahasannya turut membangkitkan mengenai Belanjawan Negeri 2013 yang antara lain kerajaan negeri menyasarkan kutipan premium tanah yang dianggarkan RM150 juta tahun depan. "Ini terlalu tinggi... jika dilihat sejak 2007, purata tahunan premium tanah adalah sekitar RM40 juta setahun. Jadi kerajaan negeri kena beri penjelasan bagaimanapun kutipan RM150 juta itu boleh dicapai begitu tinggi kerana ia akan memberi kesan kepada belanjawan negeri," katanya. Mahdzir turut membangkitkan kebimbangannya tentang cadangan kerajaan negeri mahu membuka ladang buah-buahan di Genting Bunga berhampiran Tasik Pedu, yang merupakan kawasan tadahan. | ||||
SAMM Dakwa Malaysia Hantar Getah Pada Israel, Bukti Umno-BN Hipokrit Posted: 22 Nov 2012 10:37 PM PST SHAH ALAM : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa mempunyai bukti terbaru bahawa Kerajaan Pusat Umno-BN mempunyai hubungan dengan Israel apabila membantu kuasa Zionis itu dari segi ekonomi. Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, pihaknya memperolehi maklumat bahawa Malaysia memang membekalkan getah ke Israel pada 19 November lalu. "Tempoh hari kita dedahkan penghantaran minyak sawit ke Israel. Kerajaan Umno-BN kononnya mengatakan sawit tersebut untuk Palestin. Kamu boleh terus berbohong. "Hari ini kita dapat transaksi terakhir iaitu kerajaan menghantar getah di atas nama Perusahaan Getah Asas Sdn Bhd juga ke Israel. "Adakah kamu nak kata bekalan itu juga dihantar ke Palestin. Mana ada kilang getah di Palestin?" kata Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard. Beliau juga mendakwa Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir bertanggungjawab dalam merealisasikan perkara berkenaan. "Kita cabar Datuk Mukhriz Mahathir menafikan Malaysia menghantar getah ke Israel. "Jika kamu berani menafikan, kita bersedia keluar dengan bukti dengan satu syarat Mukhriz harus meletak jawatan sebagai orang yang bertanggungjawab," katanya kepada TVSelangor. Beliau ditemui selepas menyampaikan ceramah dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat anjuran Pakatan Rakyat (PR) di sini malam tadi yang dihadiri lebih 5,000 orang. Beliau berkata, Kerajaan Umno-BN hipokrit apabila mengkritik Israel dalam politik domestik tetapi di peringkat antarabangsa mereka membantu. Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam ceramahnya berkata Umno-BN kini menukar haluan dengan mengiktiraf Ikhwanul Muslimin walaupun sebelum ini melabelkan kumpulan tersebut sebagai pengganas. "Hubungan rapat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pimpinan ini seperti Presiden Mesir, Dr Muhammad Mursi; Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan dan Pemimpin Hamas, Khaled Meshaal mengusarkan Umno-BN yang sebelum ini mengatakan Anwar sebagai agen Israel dan agen Amerika. "Hasilnya Umno-BN mengubah strategi dengan sudah mula dekat dengan pemimpin Hamas dan Ikhwanul Muslimin Mesir sehingga pada 4 Disember ini ketika negara menjadi tuan rumah Forum Ekonomi Islam Dunia, Kuala Lumpur telah menjemput Dr Muhammad Mursi hadir ke forum itu," katanya. Beliau turut mendakwa Khaled Meshaal difahamkan akan dijemput hadir dalam Perhimpunan Agung Umno hujung November ini. | ||||
Lima PBT Selangor Terbaik Di Malaysia Posted: 22 Nov 2012 10:34 PM PST SHAH ALAM : Lima Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri ini utuh sebagai antara 11 PBT terbaik daripada 149 PBT seluruh Malaysia. Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu memaklumkan sidang dewan hari ini, penilaian tersebut diputuskan melalui Sistem Star Rating Pihak Berkuasa Tempatan (SPR-PBT) di peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Lima PBT tersebut adalah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). "Dalam memastikan PBT sentiasa berada dalam keadaan konsisten dan meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa, pelbagai mesyuarat, taklimat, bengkel dan pertemuan diadakan dengan Kerajaan Negeri. "Keadaan ini juga menjadi platform kepada Kerajaan Negeri memantau prestasi PBT sepanjang tahun," jelas Ronnie menjawab soalan lisan daripada Adun Paya Jaras, Datuk Muhammad Bushro Mat Johor mengenai prestasi PBT. Ronnie turut menjelaskan, buat masa ini tiada keperluan lagi untuk mewujudkan kawasan PBT baru di Selangor. "Bagaimanapun, PBT baru akan diwujudkan sekiranya mempunyai keperluan selaras dengan pertumbuhan pesat sesuatu kawasan," jelasnya. Beliau berkata, sesuatu kawasan itu juga akan dinilai berdasarkan kriteria yang diluluskan dalam mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan (MNKT) ke-60 pada 3 Jun 2008. | ||||
Kerajaan Negeri Bina Dua Masjid Setiap Daerah Setiap Tahun Posted: 22 Nov 2012 10:33 PM PST SHAH ALAM - Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat pembangunan umat Islam dengan memperuntukkan dana pembinaan dua buah masjid di setiap daerah pada setiap tahun. Menjawab di Sidang Dewan Negeri Selangor(DNS) pagi tadi, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pembinaan masjid-masjid tersebut bagaimanapun ditentukan oleh pihak pejabat daerah. "Ia ditentukan berdasarkan keperluan dan keutamaan dan bukan berdasarkan kaedah melobi seperti amalan dahulu. "Jadi, sekurang-kurangnya sudah 18 buah masjid dibina sehingga kini," jelas beliau yang juga Adun Ijok. Bagaimanapun, Abdul Khalid berkata, terdapat satu kelemahan perlaksanaan pembinaan masjid-masjid tersebut iaitu kelewatan memanggil tender. "Kelulusan kita sudah bagi namun kelewatan ini menyebabkan ia tidak dapat dilaksanakan segera. "Kita akan berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mengambil tindakan dan mengeluarkan arahan tertentu mengatasi masalah ini," ujarnya lagi menjawab soalan lisan daripada Adun Morib, Hasiman Sidom. Mengulas kelewatan pembinaan Masjid Kampung Sungai Buaya, Abdul Khalid berkata jawapan berbeza diperolehi daripada pihak-pihak terbabit. "Antaranya saya dimaklumkan pembinaan tersebut tidak termasuk dalam perancangan ke-10. "Sebaliknya, ia akan dimasukkan ke dalam perancangan ke-11," jelasnya. | ||||
Bekas Pengarah JAIS Pilih PAS Kerana Islam Posted: 22 Nov 2012 10:31 PM PST SHAH ALAM : Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Nahrawi Hashim, 63, menyatakan keputusannya menyertai PAS kerana parti itu memperjuangkan agama Islam dan masih kekal dilandasannya. Nahrawi berkata demikian ketika mengulas mengenai penyertaannya ke dalam PAS ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Mohamad ke IV minggu lalu. Katanya, beliau dibesarkan dengan ilmu agama sejak dari kecil dan menyimpan hasrat untuk menyertai PAS sekian lama dan hanya berbuat demikian selepas menamatkan perkhidmatannya sebagai pegawai kerajaan. "Jawapan saya mudah, saya dibesarkan dengan agama dan saya melihat PAS adalah parti yang memperjuangkan agama Islam," katanya ketika ditemui di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini. Sementara itu, Nahrawi berkata, beliau hanya ingin menjadi ahli biasa dan berhasrat untuk menyumbang sesuatu yang bermanfaat daripada belakang namun tidak menolak sekiranya diberikan jawatan dalam PAS. Dalam pada itu, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad menyatakan PAS masih relevan dan penyertaan Nahrawi membuktikan parti itu tidak tersasar daripada matlamat asal perjuangannya. "Di dalam PAS Selangor, saya mengalu-alukan kemasukan beliau sebagai ahli dan mengharapkan beliau dapat membantu khususnya di kawasan Shah Alam," katanya yang merupakan Ahli Parlimen Shah Alam. Sebelum ini, Nahrawi pernah berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan pernah juga berkhidmat di Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan sebelum bersara daripada jawatannya pada tahun 2009. | ||||
Permohonan Rafizi ketepi tuduhan Bafia ditolak Posted: 22 Nov 2012 10:22 PM PST SINAR HARIAN SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli untuk mengetepikan pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) 1989 terhadapnya di Mahkamah Sesyen. Hakim Datuk Ghazali Cha membuat keputusan itu selepas mendapati permohonan dibuat Mohd Rafizi bersifat pramatang. Ghazali bagaimanapun membenarkan permohonan Mohd Rafizi untuk menangguhkan prosiding di Mahkamah Sesyen sementara menunggu proses rayuannya di Mahkamah Rayuan. Mohd Rafizi, 35, didakwa mendedahkan dokumen penyata baki akaun pelanggan Public Bank iaitu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang beliau mempunyai akses, kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho di ibu pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya pada 7 Mac lepas. Dia mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 1 Ogos lepas mengikut Seksyen 97(1) Bafia yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM3 juta, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Pada 10 Sept lepas, Mohd Rafizi memfailkan permohonan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini untuk mengetepikan pertuduhan ke atasnya atas alasan prosiding jenayah di Mahkamah Sesyen bermotifkan politik.- Bernama | ||||
Izzah saman Utusan isu kebebasan beragama Posted: 22 Nov 2012 10:21 PM PST KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Kumpulan Utusan dan ketua pengarangnya berhubung laporan berkenaan dengan kenyataan menyentuh kebebasan beragama, yang menurut beliau telah diputarbelitkan oleh akhbar terbitan syarikat berkenaan. Syarikat itu merupakan penerbit akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia. Nurul Izzah memfailkan tuntutan saman melalui firma guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Beliau selaku plaintif, menamakan syarikat Utusan Melayu (M) Berhad dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak masing-masing defendan pertama dan kedua. Saman itu berhubung empat artikel yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia antaranya bertajuk: "Melayu bebas pilih agama? Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu - Nurul Izzah" bertarikh 5 November lalu. Menurut pernyataan tuntutan, Nurul Izzah menuntut defendan meminta maaf dan menarik balik tuduhan fitnah dalam masa 24 jam daripada tarikh perintah ke atas writ saman di muka hadapan Utusan Malaysia, ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau, tetapi nilai tuntutan tidak dinyatakan. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan