DUNIACACAMARBA |
- Doa "KO UMNO dan BN", Teks Doa dan Komen TG Nik Aziz
- Pengarah CIA Tersungkur Kerana Skandal Seks
- Tan Sri Khalid Beli Bas Jelajah PR Guna Wang Sendiri
- Hudud Untuk SEMUA? Bagi yang Tidak Tahu Termasuk Che Det, Sila Baca Penjelasan Ini...
Doa "KO UMNO dan BN", Teks Doa dan Komen TG Nik Aziz Posted: 19 Nov 2012 12:29 AM PST Bernama melaporkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertegas tindakan membaca doa kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) dibolehkan dalam Islam. Menurut TG Nik Aziz doa seperti itu boleh dibacakan kerana mendakwa Umno sendiri telah memperlekehkan Islam selama ini. "Tak salah doa macam itu. Umno pun dah tolak Islam, nak mulia di mana lagi," katanya ringkas sewaktu ditemui pemberita pada akhir Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 di Kota Bharu. Beliau mengulas tindakan PAS yang mengadakan solat hajat dan berdoa supaya Umno hancur, di Stadium Sultan Muhammad IV pada Jumaat malam lepas yang dipimpin adiknya, Nik Razi Nik Mat sempena perhimpunan anjuran PAS. Antara kandungan doa itu ialah meminta Umno dan BN dijahanamkan seperti Firaun ditenggelamkan ke laut, Qarun ditelan bumi dan Namrud serta Abu Lahab dilaknati dan dipermudahkan pembangkang. Doa itu juga memohon supaya pembangkang mendapat jalan mudah ke Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang. Kandungan doa tersebut yang dipetik dari sebuah blog berbunyi: Ya Allah mudahkanlah perjalanan kami ke putrajaya 3x Ya Allah hukumkanlah UMNO BN 3x Dalam pilihanraya ke-13 ini, kezaliman UMNO BN 50 tahun lebih kepada agama Mu, kepada hamba Mu kepada negeri kami. Ya Allah, Engkau lebih mengetahui tentang hal kami. Kami hambaMu datang dari tempat jauh dan dekat, berkumpul di tempat yang penuh berkat, di malam bersejarah ini. Ya Allah Engkau lebih mengetahui mengenai kami. Kami hamba-hambaMu Ya Allah, datang dari jauh dan dekat berkumpul di malam yang berkat. Ya Allah ampunila dosa kami. Dosa kedua ibu bapa kami 3x. Janganlah Engkau mengazabkan kami Ya Allah, kami hamba-hambaMu. Sekiranya Engkau ampuni dosa kami, Engkau Tuhan pengampun lagi maha penyayang penuh kasih sayang. Ya Allah, kuatlah iman kami. murahkan rezeki, amankan rumahtangga, negeri dan negara kami, cemerlangkanlah anak-anak kami. Anak-anak kami adalah amanah dariMu Ya Allah. Berilah mereka berjaya di dunia dan di akhirat nanti. Berilah mereka berjaya untuk menolong Sunnah Muhammad SAW. Ya Allah hukumkan UMNO. Ya Allah hukumkan UMNO BN. KO BN, KO BN, BN KO, KO BN, BN KO, KO BN, BN KO, dalam pilihanraya ke - 13 ini Ya Allah. Mudah-mudahan perjalanan kami ke putrajaya Ya Allah dengan begitu mudah sekali, permudahkan dengan pertolongan Mu Ya Allah. Kalau la Engkau Ya Allah pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Engkau telah izinkan bumiMu telah Qarun, Ya Allah, Engkau telah melaknatkan Namrud.. dan begitu juga Abu Lahab, maka sungguh mudah untuk Engkau bagi jahanamkan UMNO dan BN dalam pilihanraya ke - 13. Tidak larat kami nak lihat anak-anak kami dalam suasana tidak selamat, dalam dan luar rumah.. ragut, rogol, bakar, cincang manusia dan macam-macam jenayah, Ya Allah habislah negara kami ini dijual oleh UMNO.. Singapura dah habis Ya Allah, Batu putih.. putih Ya Allah.. Ya Allah Tanjung pagar.. rapat ke pagar Ya Allah ... HANCUR UMNO.. TUMBANG BN.. [menjerit] - Sumber teks di sini. Dalam laporan HD, TG Nik Aziz berkata, orang Islam yang memperlekeh agama Islam dengan sengaja maka ia boleh menjadi murtad (terkeluar daripada Islam). Katanya, tindakan memperlekeh Islam boleh berlaku melalui pelbagai cara termasuklah menolak Islam sebagai dasar perjuangan dengan menganggap Islam itu sudah lapuk dan tidak sesuai lagi pada zaman ini. "Tak kira siapa pun kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak islam dengan hati yang sengaja, dia kata Islam tak guna, dia murtad sekalipun tak ada mufti bagitau dia. "Umno tolak Islam maka nampak dia telah memperlekeh Islam. Dia buang Islam macam buang ubat habis tempoh. Boleh jadi yang tolak Islam tu murtad dah, boleh jadi dia jahil, boleh jadi dia tak faham," katanya. Selain itu, beliau mempersoal "bagaimana" PAS boleh mempercayai ajakan Umno untuk bersama-sama mereka membela Islam sedangkan sejarah membuktikan bahawa Umno sendiri menolak ulama dalam biro agama Umno sewaktu perjuangan kemerdekaan dahulu. "PAS bukan dicipta oleh orang PAS tapi oleh biro agama Umno. Kami hanya jaga sahaja. "Sekarang (Umno) nak ajak PAS (bersama-sama) bela Islam. Alim ulamak kamu pun kamu tolak, takkan kamu nak terima ulamak kami pula. Itu logiknya," tegasnya memberikan analogi. P/s: Mengapa orang UMNO tersentap, marah? Allah Maha Mengetahui. Jika UMNO tidak menolak Islam, menghina perundangan Islam, tidak berlaku zalim, tidak pecah amanah, tidak mengamalkan rasuah, mengapa mereka perlu takut? Hanya orang yang bersalah yang takut dan gerun!!! | ||
Pengarah CIA Tersungkur Kerana Skandal Seks Posted: 19 Nov 2012 12:13 AM PST [SH] Skandal terbaru di Amerika Syarikat (AS) seakan serupa dengan jalan cerita dalam filem perisikan yang sering dihasilkan industri hiburan negara itu. Hanya beberapa hari selepas Presiden Barack Obama mengekalkan kuasa untuk satu penggal lagi selepas memenangi pilihan raya umum AS, negara itu dikejutkan dengan peletakan jawatan Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Jeneral David Petreaus. Petreaus, 60, bukan calang-calang orangnya. Mempunyai karier selama 37 tahun dalam tentera AS dan menjadi pemimpin tertinggi tentera, Petreaus adalah komander yang bertanggungjawab mengendalikan perang di Afghanistan. Kehebatannya dalam aspek ketenteraan dan perisikan tidak boleh dinafikan sehingga Petreaus dilantik Obama menjadi ketua CIA, agensi perisikan paling terkenal di dunia. Dengan latar belakang sehebat itu, Petreaus sepatutnya lebih tahu wanita adalah senjata paling berbahaya yang boleh menjatuhkan reputasi seseorang. Tetapi siapa sangka, ketua perisik itu sendiri menjunamkan dirinya ke kancah kemusnahan hanya kerana perhatian yang diberikan oleh seorang wanita. Petreaus meletak jawatan pada 9 November lalu selepas mengakui mempunyai hubungan sulit dengan penulis biografinya, Paula Broadwell, 40. Broadwell yang telah berkahwin dan mempunyai dua anak menghabiskan banyak masa di Afghanistan pada 2010 ketika Petraeus berkhidmat di negara itu sebagai komander tertinggi tentera AS. Wanita itu diberi kebenaran menulis buku biografi Petraeus bertajuk "All In" yang dianggap pengkritik sebagai buku yang hanya penuh dengan pujian. Hubungan sulit itu diketahui selepas Broadwell menghantar emel mengugut seorang kenalan Petraeus, Jill Kelley yang dianggap cuba menarik perhatian komander itu, menyebabkan Kelley berasa terancam mengadu kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI). "Selepas berkahwin selama 37 tahun, saya membuat pertimbangan sangat buruk dengan melibatkan diri dalam hubungan sulit. "Kelakuan seperti ini tidak boleh diterima, sebagai seorang suami dan sebagai pemimpin organisasi seperti ini. Hari ini, Presiden (Obama) menerima peletakan jawatan saya," kata Petreaus dalam suratnya kepada semua pegawai CIA bertarikh 9 November lalu. Dengan pengakuan dan peletakan jawatan itu, dia menyertai senarai panjang pemimpin AS, dari presiden kepada wakil rakyat, yang menyaksikan karier mereka musnah kerana seks. Skandal seks pemimpin Emel cemburu dari Broadwell itu bukan hanya menjatuhkan Petraeus tetapi turut melibatkan seorang lagi pemimpin tinggi tentera AS. Minggu lalu, Pentagon mengumumkan Jeneral John Allen, 58, yang sepatutnya dilantik sebagai Komander Tertinggi Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di Eropah, sedang disiasat atas dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan Kelley. Jaringan skandal itu kelihatan semakin rumit dan menyamai twist dalam filem Hollywood. Namun sejak dahulu lagi, politik dan pentadbiran AS dicemari banyak skandal seks, termasuk melibatkan presiden dan wakil rakyat. Antara yang paling awal diperkatakan adalah skandal bekas Presiden John F Kennedy dengan ramai wanita, termasuk pelakon terkenal tahun 1960-an, Marilyn Monroe. Walaupun Kennedy tidak pernah mengakui sifat kaki perempuannya, buku tulisan seorang bekas pekerja Rumah Putih, Mimi Alford yang diterbitkan Februari lalu memberi jawapan kepada soalan itu. Di dalam buku Once Upon a Secret: My Affair With President John F. Kennedy and Its Aftermath, Alford menceritakan hubungan sulit selama 18 bulan antara dia dengan Kennedy pada 1962, ketika wanita itu berumur 19 tahun. Kemudian siapa yang tidak ingat dengan Monica Lewinsky, pekerja sementara di Rumah Putih yang mendedahkan dia mempunyai hubungan sulit dengan Presiden AS, Bill Clinton pada 1998? Clinton mengadakan sidang akhbar khas dan menegaskan: "Saya tidak pernah mempunyai hubungan seksual dengan wanita itu, Cik Lewinsky". Namun Clinton kemudian disiasat atas dakwaan menipu di bawah sumpah sebagai presiden apabila beliau menafikan hubungan dengan Lewinsky yang berumur 22 tahun pada waktu itu. Clinton akhirnya mengaku dalam keterangan kepada Senat AS, diikuti dengan pengumuman terbuka di televisyen bahawa beliau mempunyai hubungan seksual dengan Lewinsky. Beliau bagaimanapun terselamat apabila Senat AS enggan memecatnya dan terus berkhidmat sebagai presiden sehingga akhir penggal pemerintahannya. John Edwards, bekas Senator yang pernah dua kali menjadi calon presiden dalam pilihan raya AS pula mengaku mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita pada 2008 sehingga menghasilkan seorang anak. Skandal membabitkan pemimpin di AS semakin pelik apabila seorang anggota Kongres, Anthony Weiner mengaku menggunakan akaun sosial Twitter untuk menghantar pautan gambar bogelnya kepada seorang wanita berumur 21 tahun. Beliau kemudian meletak jawatan selepas skandal itu didedahkan media. Keselamatan AS terjejas? Hubungan sulit bukan sesuatu yang asing dalam kalangan pemimpin paling berkuasa di Washington tetapi skandal seks Petraeus, seorang jeneral tentera bertaraf empat bintang, melibatkan persoalan keselamatan negara serta kestabilan politik AS. Menurut penganalisis, tiada bukti berlaku pencerobohan keselamatan akibat hubungan sulit itu namun itu tidak menghentikan persoalan sama ada Broadwell mempunyai akses kepada maklumat sulit ketenteraan. Persoalan itu semakin kuat, minggu lalu, dengan penyiaran rakaman ucapan Broadwell di Universiti Denver yang dirakam bulan lalu. "Saya tidak tahu kalau anda pernah mendengar hal ini, tetapi pejabat CIA (di kedutaan AS di Libya) menahan dua orang militan Libya dan mereka (CIA) percaya serangan ke atas konsulat itu adalah usaha puak militan untuk membebaskan tahanan ini," kata Broadwell, merujuk kepada serangan di kedutaan AS di Benghazi yang membunuh duta AS, Chris Stevens dan dua pegawai CIA pada 11 September lalu. Dakwaan Broadwell itu dinafikan pegawai perisikan yang ditemu ramah agensi berita CNN namun tiada bukti maklumat diperoleh Broadwell itu datang daripada Petraeus. Sementara itu, akhbar The New York Times melaporkan penyiasat menjumpai dokumen rahsia di dalam komputer bimbit Broadwell tetapi Petraeus menafikan dia memberi sebarang maklumat rahsia kepada Broadwell. Seorang bekas jeneral tentera AS, James Marks berkata, dia yakin tiada sebarang pencerobohan maklumat berlaku sepanjang skandal itu. "Hampir kosong peratus kemungkinan bahawa keselamatan negara terancam akibat hubungan sulit ini," katanya. Peletakan jawatan Petraeus turut memalukan CIA yang telah pun dikritik akibat serangan di kedutaan AS di Libya serta menimbulkan lebih banyak persoalan oleh Kongres berhubung integriti agensi itu. Siasatan FBI yang membawa kepada kemusnahan karier Petraeus juga menggambarkan hubungan tegang antara kedua agensi kerajaan paling berkuasa di AS. Namun bekas penolong pengarah FBI, Chris Swecker berpendapat kejadian terbaru ini tidak akan menjejaskan operasi CIA. "Realitinya, CIA akan sentiasa dikelilingi kontroversi kerana kedudukannya sebagai agensi perisikan," katanya. P/s: Kalau jeneral ini berkhidmat di Malaysia, nasibnya mungkin ....! | ||
Tan Sri Khalid Beli Bas Jelajah PR Guna Wang Sendiri Posted: 18 Nov 2012 10:25 PM PST [MK] Menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa bas yang digunakan dalam Jelajah Merdeka Rakyat PKR dibeli beliau pada harga RM650 ribu dan dibayar secara ansuran bulanan sebanyak RM10,833. Berucap dalam satu sidang Dewan Undangan Negeri hari ini, Khalid berkata bas itu dibeli dengan wangnya sendiri. Beliau turut mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat pembelian tersebut untuk mempelajari bagaimana beliau menguruskan kewangan peribadinya dengan baik. "Ia pembelian persendirian... Saya telah menggalakkan SPRM untuk membuat kajian dan diberikan dokumen-dokumen supaya mereka dapat melihat bagaimana tatakelola yang baik dari segi pengurusan kewangan negeri dan pengurusan kewangan persendirian," katanya. Beliau mengulas isu berkenaan yang dibangkitkan ketua pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman yang menyoal sama ada bas itu juga didaftarkan di atas nama Khalid sendiri. "Ia didaftarkan atas nama Abdul Khalid bin Ibrahim dan lesennya pun dibagi oleh JPJ," jawab Khalid berjenaka disambut ketawa kecil sebahagain ahli dewan undangan negeri. Bas yang memaparkan wajah ketua pembangkang itu menjadi sasaran serangan batu dan juga cat merah sewaktu digunakan PKR dalam program jelajah ke negeri tertentu baru-baru ini. | ||
Hudud Untuk SEMUA? Bagi yang Tidak Tahu Termasuk Che Det, Sila Baca Penjelasan Ini... Posted: 18 Nov 2012 08:45 PM PST [MK] Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu pelaksanaan hukum hudud meliputi orang bukan Islam. Abdul Hadi mengulas pandangan Dr Mahathir yang mendakwa perbezaan hukuman terhadap orang Islam dan bukan Islam boleh dilihat ketidakadilan dan bertentangan dengan ajaran Islam. "Ada beza antara adil untuk semua dan hak untuk semua. "Ada hak orang bukan Islam, hak dia untuk mengizinkan apa yang ada dalam agama dia," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan penangguhan di Muktamar PAS ke 58 di Kota Bharu. Beliau yang juga ahli parlimen Marang memberi contoh hukum hudud yang berkait dengan arak. "Orang minum arak kena hukum, itu hukum hudud. Tapi tak hukum orang bukan Islam, sebab ia dibenarkan dalam agama dia," katanya. Beliau turut menempelak mantan presiden Umno itu supaya bercakap pasal perubatan. "Dia cakap pasal perubatan sajalah," katanya. Dr Mahathir dilaporkan meminta PAS perjelas tafsirannya mengenai pelaksanaan hukum hudud. Beliau dilaporkan berkata pelaksanaannya harus berlandaskan keadilan sepertimana yang terkandung dalam ajaran Islam. Dr Mahathir juga dilaporkan berkata parti itu seharusnya melaksanakan hukum yang dapat diterima pakai oleh semua golongan termasuk bukan Islam sesuai dengan kedudukan negara ini yang mempunyai penduduk berbilang agama. Berkaitan: 1. Mahathir mahu PAS perjelas undang-undang hudud |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan