Isnin, 19 November 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Mendoakan Kemusnahan Sesama Islam

Posted: 19 Nov 2012 10:10 AM PST

Adalah menjadi kebiasan bagi ku selepas solat  memohon keampunan serta mendokan bagi kedua orang tuaku :

Ya Allah ampunilah kami, ibu bapa kami, guru-guru kami, orang-orang yang berbuat baik kepada kami, orang yang punya hak keatas kami, dan sekalian mukminin mukminat, muslimin muslimat....Ha! ha! aku anak yang soleh...Satu kebiasan yang seharusnya bagi kita semua yang beriman.

Dan juga menjadi kebiasaan bagi aktivis PAS , pada solat Subuh untuk membaca Qunut Nazilah - doa untuk kemusnahan dan kehancuran Umno/BN sebab Umno/BN adalah musuh yang jelas bagi PAS. Salahkah?

Umno jangan pula nak tunjuk baik dengan PAS.Siapa yang jadi Setan dan Dajjal  di Kelantan? PAS tidak mampu nak buat apa-apa kepada Umno yang sedang berkuasa melainkan berdoa minta tolong kepada Allah SW.

Walaupun Umno ngaku Islam, kita jangan mudah terpedaya dan mahu berpeluk berkasih sayang dengan Umno. Golongan Munafiq adalah dari kalangan mereka yang mengaku Islam.

Jangan lupa, puak Munafiq juga telah membina sebuah Masjid 
iaitu Masjid Dirar , Setelah Rasulullah menyedari tujuan 
pembinaannya melalui Jibrail, Baginda perintahkan supaya 
masjid tersebutdibakar dan di musnahkan


Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam) dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata: Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata. Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta. (107)


Mana ada orang Munafiq ngaku Munafiq? Orang Munafiq tetap mengaku dirinya sebagai Islam walaupun pekerjaannya adalah jelas menentang Islam dan menakut-nakutkan orang Islam dijalan agama.

Awal-awal lagi Allah SW menjelaskan kepada kita melalui surah al-Baqarah :   

Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. (8) Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. (9)

Sekalian orang Umno tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya tertipu oleh diri mereka sendiri.Lantaran itu bila ada yang kata Umno Munafiq , mereka sangat marah. Mereka semakin marah-marah kerana orang PAS mendoakan kemusnahan keatas mereka.

Dalam hal sebegini, aku lebih suka katakanlah (kepada mereka): "Matilah kamu karena kemarahanmu itu".

Bukan aku mandai-mandai kata gitu, Allah SW kata gitu dalam al-Quran :

Beginilah kamu, kamu menyukai mereka, padahal mereka tidak menyukai kamu, dan kamu beriman kepada kitab-kitab semuanya. Apabila mereka menjumpai kamu, mereka berkata: "Kami beriman"; dan apabila mereka menyendiri, mereka menggigit ujung jari lantaran marah bercampur benci terhadap kamu. Katakanlah (kepada mereka): "Matilah kamu karena kemarahanmu itu". Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati (TQS Ali Imran [3]: 119).

Berikut kita lihat dan dengar apa Hujah Dr MAZA dan Ustaz Nik Amar menjawab hujah Ust Afandi (UMNO) berikut: 

Hujah 1. Pernahkah Nabi s.a.w. berdoa musnah/bala kepada sesama Islam? Hatta kepada Abdullah bin Ubay, pernahkah Nabi s.a.w. doakan bala' kepadanya? 

Hujah 2. Ketika Nabi Musa a.s. diarahkan oleh Allah bertemu dengan Firaun, bersama Nabi Harun a.s. diminta supaya pergi berdakwah kepadanya dengan cara yang baik. 

Umno berurusniaga dengan zionis tu apa kejadahnya?

Posted: 18 Nov 2012 05:04 PM PST

Patutlah ramai yang kata kalau baca Utusan Meloya tu kena baca terbalik.Pagi ini baru aku faham.Memang kita kena baca terbalik.

Hari ini Utusan Meloya letak tajuk " Kerjasama dengan Yahudi tidak haram - Nik Aziz"

Bila terbaca tajuk itu , aku tersentak dan minat ku tertarik untuk terus membaca berita selanjutnya....

Setelah habis membacanya, aku berasa tenang semula...isi beritanya betullah, tapi kepala berita tu yang kena diterbalikan maknanya bila membaca.Nik Aziz cakap dibolehkan berniaga dengan yahudi..bukan berniaga dgn negara israel..dua perkara yg berbeza tu.


Bahawa bukan semua Yahudi sokong Zionis, malah ada yang menentang kewujudan negara Israel tu sendiri!

Tajuk tu sepatutnya "Kerjasama dengan Israel haram - Nik Aziz" baru tepat! Dan rakan-rakan ada mendedahkan betapa Malaysia ada berurus niaga dengan entiti haram tersebut. Umno berurusniaga dengan zionis tu apa kejadahnya?

Kenyataan Nik Aziz ini bukan perkara baru.Pernah di fatwakan oleh al-Qaradhawi dan kenyataan seumpamanya pernah dikeluarkan oleh Presiden PAS sendiri di sini

Tiada ulasan: