DIALOG RAKYAT |
- PKR anjur himpunan untuk kaum India tanpa kerakyatan
- 13,540h di Pahang akan diwarta tanah rezab Orang Asli
- DAP: 'MCA tidak layak cakap'
- Negeri Sembilan banjir, jumlah mangsa di Johor dan Melaka meningkat
- Khidmat Heng sebagai senator, timbalan menteri tamat Khamis
- Nik Aziz: 'Itu tak betul, kalau itu ucapan Nurul Izzah'
- Panel: 'Nazri Aziz pun tidak boleh campur tangan siasatan SPRM'
- Kafa sedia runding isu Mat Yo
- DUN P Pinang lulus Belanjawan negeri 2013
- S'gor tidak benarkan penguatkuasaan AES
- Perhimpunan aman bantah AES di pejabat MP Lumut
- Ahmad minta Bukit Aman tubuh jawatankuasa siasat polis salah guna kuasa
- Penduduk minta kerajaan siapkan jalan terbengkalai
- PBS: Guru dilayan seperti robot, masa rehat dirampas
- Perbahasan Twitter dengan Fathul Bari
- Samseng halang kontraktor baik pulih pangsapuri
- Larang sidang media: NGO dakwa ada kaitan Scorpene
- Semua MP mesti hadir taklimat peguam Perancis
- Dr Siti Hasmah 'bimbang' hidupnya dipentaskan
- PR akan serah bukti sebelum 19 November
- Anifah: Kerajaan amat prihatin kadar jenayah di Malaysia
- Bijaan kota di Putrajaya
- Pas jangka PRU13 tahun ini
- [VIDEO] Serbuan Ke Malaysiakini. Bermulanya Operasi Lalang II?
- MENGAPA TUAN GURU HJ HADI PILIH PEKAN? INI RAHSIANYA?
PKR anjur himpunan untuk kaum India tanpa kerakyatan Posted: 09 Nov 2012 04:00 PM PST PKR akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di ibupejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya bulan depan, untuk mendesak kerajaan persekutuan menyelesaikan isu kaum India tanpa kerakyatan di negara ini. Naib Presiden PKR, N Surendran mengumumkan perhimpunan itu akan diadakan pada jam 10 pagi 5 Disember di hadapan JPN dan dihadiri pemimpin Pakatan Rakyat, kumpulan masyarakat sivil dan "ribuan" kaum India tanpa kerakyatan. "Kita akan pergi ke JPN, dan kita akan mendesak mereka menyelesaikan serta-mesta semua kes yang sudah jelas. Kita perlukan jawapan yang jelas di situ juga. "Kami akan pergi ke sana dengan khemah, kita akan pergi ke sana dengan makanan dan bekalan, dan kita tidak akan berganjak sehinggalah kerajaan persekutuan memberi penyelesaian kepada masalah ini," kata Surendran dalam satu sidang akhbar hari ini. Peguam hak asasi manusia itu menekankan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan kerajaan masih mempunyai masa untuk menyelesaikan masalah tersebut, dan perhimpunan itu adalah langkah terakhir masyarakat India untuk mengetengahkan masalah tersebut kepada pihak berkuasa "Najib dan kerajaan tidak boleh menyalahkan kita jika kita membawa ribuan ke Putrajaya kerana kita telah dibiarkan tanpa pilihan," katanya, sambil menambah parti itu kini dalam proses menggerakkan orang ramai menghadiri perhimpunan tersebut. | ||||
13,540h di Pahang akan diwarta tanah rezab Orang Asli Posted: 09 Nov 2012 03:59 PM PST Lebih 13,540 hektar tanah akan diwarta sebagai tanah rezab Orang Asli di Pahang tidak lama lagi, kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob. Beliau berkata kerja-kerja mengukur dan menanda tanah yang akan diwartakan di seluruh daerah di negeri ini sedang dijalankan oleh kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah. "Apabila selesai kerja-kerja itu, tanah berkenaan akan terus diwartakan sebagai tanah milik Orang Asli. "Dengan perwartaan itu Orang Asli tidak lagi boleh sewenang-wenangnya menceroboh kawasan tanah termasuk hutan simpan dan tanah kerajaan yang lain," katanya ketika merasmikan majlis Program Mesra Minda Jabatan Kemajuan Orang Asli Pahang di Kampung Sungai Gapoi, Pelangai, Bentong hari ini. Beliau berkata kerajaan turut memproses kira-kira 36,825 hektar tanah yang dimohon oleh Orang Asli di seluruh negeri ini. "Kerajaan terpaksa mengambil masa untuk meneliti permohonan itu sebelum diluluskan kerana tidak mahu kawasan itu melibatkan kawasan tanah tadahan air milik kerajaan, hutan simpan atau sebagainya," katanya. Adnan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Pelangai berkata terdapat 65,000 penduduk Orang Asli yang tinggal berselerak di 265 kampung di seluruh negeri ini membabitkan 13,000 ketua isi keluarga. Beliau turut memberi jaminan kerajaan Barisan Nasional akan terus mempertingkatkan usaha ke arah memperkasa masyarakat Orang Asli terutama dalam bidang pendidikan, pertanian dan ekonomi pada masa akan datang.- Bernama | ||||
Posted: 09 Nov 2012 03:56 PM PST SHAH ALAM – Parti komponen Pakatan Rakyat (PR) DAP, enggan melayan desakan MCA yang disifatkan sebagai hanya membuang masa jika mereka menuruti tuntutan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu. Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bukanlah orang yang layak untuk bercakap soal hudud. "Sudah-sudahlah bercakap soal hal ini, MCA sekarang ini cuba jadi batu api untuk mengeruhkan hubungan baik DAP dengan Pas dan orang Melayu yang lain. "Dia tidak perlu dan tidak layak pun bercakap soal ini (hudud), dia bukannya Tuan Guru Nik Aziz (Musyidul Am Pas) yang mempunyai kepakaran dalam hal ini, jadi buat apa kita mahu melayan cakap dia," katanya kepada Sinar Harian semalam. Menurut Seng Giaw, Soi Lek sengaja mencari pasal apabila membuat cabaran itu kepada DAP sedangkan MCA sendiri tidak pasti tentang perkara itu. Pada Sabtu lalu, MCA mencabar PR untuk meletakkan hudud dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 (PRU13) mereka sekiranya benar menyokong perjuangan Pas dalam menegakkan hukum Islam. Selain itu, Soi Lek turut mencabar DAP untuk menyatakan pendirian mereka, sama ada mereka bersama-sama MCA menentang pelaksanaan hudud versi Pas atau tidak. Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong mengingatkan Soi Lek untuk berhenti bercakap mengenai hal agama orang lain. | ||||
Negeri Sembilan banjir, jumlah mangsa di Johor dan Melaka meningkat Posted: 09 Nov 2012 03:54 PM PST SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan banjir di tiga negeri selatan Semenanjung iaitu Negeri Sembilan, Johor dan Melaka kembali buruk manakala keadaan di Selangor dan Perak semakin baik. Negeri Sembilan menjadi negeri terbaharu dilanda banjir dengan 34 orang dari sembilan keluarga di Kampung Keru Hilir dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan di Tampin selepas rumah mereka ditenggelami air hampir satu meter malam tadi. Timbalan Pentadbir Tanah Daerah Tampin Mohd Amin Ludin berkata kesemua mangsa kini ditempatkan di surau kampung itu dan mereka dibekalkan pelbagai barangan keperluan seperti selimut, kain, makanan ringan, tikar dan minuman. Laporan portal Banjir Majlis Keselamatan Negara berkata di Johor, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,095 orang daripada 767 orang semalam. Malah empat lagi pusat pemindahan di buka di Johor iaitu masing-masing dua di Johor Baharu dan Kulai Jaya selain enam di Batu Pahat dan satu di Ledang. Di Melaka, bilangan mangsa meningkat kepada 134 orang berbanding 61 orang semalam namun hanya satu pusat pemindahan dibuka di negeri itu iaitu di Jasin. Di Selangor, jumlah mangsa banjir menurun kepada 983 orang pagi ini berbanding 1,012 orang semalam dengan empat pusat pemindahan masih dibuka iaitu di Kuala Langat manakala kesemua tiga pusat pemindahan di Dengkil telah ditutup. Di Perak, jumlah mangsa banjir menurun kepada 134 orang berbanding 177 orang dengan satu pusat pemindahan dibuka di Hilir Perak. Sementara itu, Jabatan Saliran dan Pengairan berkata paras air di sungai utama di Selangor, Johor dan Pahang masih melebihi aras amaran. Sungai Langat di Bukit Changgang, Selangor kini mencatat paras air 3.83 meter dan Sungai Selangor di Rantau Panjang (7.45 meter), Sungai Lenik di Batu Pahat, Johor (5.32 meter) dan Empangan Repas di Bentong, Pahang (113.67 meter). Jabatan itu turut mengeluarkan amaran kemungkinan banjir untuk kawasan sekitar Sungai Selangau B di daerah Selangau, Sarawak, berikutan aras air sungai itu melebihi paras bahaya iaitu 17.92 meter. -Bernama | ||||
Khidmat Heng sebagai senator, timbalan menteri tamat Khamis Posted: 09 Nov 2012 03:52 PM PST Perkhidmatan Datuk Heng Seai Kie sebagai Ahli Dewan Negara dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan berakhir pada 15 November ini, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa. Beliau berkata Heng telah dilantik sebagai Senator untuk tempoh dua penggal itu iaitu selama enam tahun, had maksimum bagi seseorang anggota Dewan Negara memegang jawatan. Heng, 50, dilantik sebagai Ahli Dewan Negara pada 16 November 2006 dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan pada 10 April 2009 dan kemudian Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 4 Jun 2010. "Mengikut Perkara 45(3) dan (3A) Perlembagaan Persekutuan, pelantikan seseorang Ahli Dewan Negara untuk satu penggal ialah selama tiga tahun dan tidak boleh memegang jawatan lebih daripada dua penggal sama ada secara terus menerus atau terputus-putus," kata Ali dalam satu kenyataan media hari ini. Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Heng di atas sumbangan, khidmat bakti dan perkhidmatannya sebagai anggota Dewan Negara dan timbalan menteri. Heng, yang berkelulusan ijazah sarjana dalam bidang pentadbiran perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), merupakan Naib Pengerusi Wanita MCA. Dalam pada itu, dalam satu majlis di Putrajaya, Heng berkata beliau tidak pernah mengesyorkan sesiapa untuk menggantikan tempatnya dalam suratnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Saya menulis kepada Perdana Menteri berhubung tempoh penggal saya sebagai Senator berakhir pada 15 Nov ini dan untuk beliau mengambil tindakan susulan serta turut mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan. "Tetapi saya tidak pernah membuat sebarang syor mengenai pengganti kerana itu adalah di luar prerogatif saya. Ia bergantung kepada presiden parti saya atau Perdana Menteri membuat keputusan," katanya. Heng berkata selepas tempoh penggal sebagai Senator tamat, beliau akan bercuti untuk beberapa hari dan kemudian terus melibatkan diri dalam kerja-kerja kemasyarakatan.- Bernama | ||||
Nik Aziz: 'Itu tak betul, kalau itu ucapan Nurul Izzah' Posted: 09 Nov 2012 03:50 PM PST SINAR HARIAN KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata jika benar Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengeluarkan kenyataan mengenai kebebasan beragama yang menimbulkan kontroversi, ia adalah suatu perkara yang tidak betul. "Itu tak betul, kalau itu ucapan dia (Nurul Izzah)," katanya kepada Bernama selepas menunaikan solat Jumaat bersama Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Masjid Ketereh di sini, hari ini. Bagaimanapun, Nik Aziz menyatakan, beliau bimbang kemungkinan wartawan terbabit tidak melaporkan sepenuhnya kenyataan Nurul Izzah mengenai perkara itu, menyebabkan berlakunya kontroversi. Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nurul Izzah, yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai, yang dilaporkan sebuah portal berita pro-pembangkang sebagai berkata kebebasan beragama seharusnya terpakai kepada semua termasuk Melayu. Portal itu memetik Nurul Izzah sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu". "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya. Beliau berkata demikian pada forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?" di Subang Jaya pada 3 November. Sementara itu, ditanya mengenai kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya beliau berani untuk menyatakan kebenaran apabila terdapat pemimpin pakatan pembangkang membuat kenyataan yang bercanggah dengan Islam dan prinsip perjuangan Pas, Nik Aziz berkata, perkara itu tidak berbangkit. Semalam, Timbalan Perdana Menteri dilaporkan berkata Nik Aziz tidak sepatutnya mengenepikan soal kebenaran terutama yang melibatkan agama Islam, semata-mata untuk kepentingan politik. - Bernama | ||||
Panel: 'Nazri Aziz pun tidak boleh campur tangan siasatan SPRM' Posted: 09 Nov 2012 03:47 PM PST SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Semua penyiasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah bebas daripada campur tangan mana-mana pihak, kata Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil. Sehubungan itu, beliau bekata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pun tidak boleh campur tangan dalam urusan siasatan SPRM memandangkan semua hasil siasatan oleh SPRM akan dibentang kepada PPO untuk pandangan ahli-ahli panel. "Hubungan SPRM dengan Menteri adalah beliau hanya bertanggungjawab untuk menjawab soalan berkaitan isu rasuah atau mengenai SPRM yang dikemukakan di Parlimen berdasarkan maklumat oleh SPRM," katanya kepada Bernama hari ini. Beliau menjelaskan PPO adalah satu daripada lima panel bebas yang ditubuh oleh SPRM tiga tahun lepas ekoran banyak tohmahan dan tuduhan ketika itu kononnya agensi itu tidak mempunyai kebebasan dan banyak kes ditutup sewenang-wenangnya. Dr Hadenan berkata PPO yang dianggotai oleh kalangan profesional yang mempunyai integriti berkuasa untuk memberi keputusan muktamad sama ada sesuatu kes itu boleh ditutup atau tidak. "Kami tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Saya selalu menyatakan bahawa panel ini bebas. "Selama tiga tahun ini, kami telah membuat keputusan ada kalanya tidak bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh SPRM dan juga Peguam Negara untuk kita menutup sesuatu kes. Tidak ada orang yang mengarahkan sama ada ia seorang menteri atau perdana menteri supaya pihak panel dalam menentukan sama ada kes itu hendak ditutup ataupun tidak," katanya. Beliau berkata hakikatnya ialah sejak tiga tahun beroperasi, PPO tidak pernah menghadapi isu campur tangan daripada pihak luar. Dr Hadenan berkata menangani pencegahan rasuah di Malaysia banyak melibatkan pembetulan persepsi campur tangan pihak luar. "Jadi saya berharaplah pada mereka yang mempunyai persepsi salah mengenai peranan ini, saya memperbetulkan bahawa kami bebas," katanya. Merujuk kepada kecenderungan pihak pembangkang untuk mempolitikkan isu rasuah, beliau menggesa semua pihak supaya menghentikan perbuatan itu memandangkan usaha pencegahan rasuah bukan sahaja menghendaki kerja kuat oleh SPRM tetapi komitmen daripada semua pihak rakyat, ahli politik dan pertubuhan bukan kerajaan. "Suatu pihak sahaja tidak boleh dipertanggungjawab sepenuhnya dalam pencegahan rasuah. "Ahli politik mempunyai peranan untuk dimainkan, begitu juga rakyat. "Kalau kita hendak mengatasi isu-isu berkaitan rasuah...kalaulah semua orang berpandangan lurus, tidak mempunyai niat-niat terselindung dan tidak mempunyai tanggapan yang salah, saya rasa SPRM lebih mudah menjalankan kerjanya," katanya. - Bernama | ||||
Posted: 09 Nov 2012 03:41 PM PST KOTA BHARU - Di sebalik kemelut isu perpindahan penyerang prolifik, Norshahrul Idlan Talaha, ada nada positif dari Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) apabila bersedia untuk merungkai segala masalah yang timbul. c berkata, bagi tujuan tersebut, beliau telah berhubung dengan pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor dan menerangkan prosedur dan masalah yang berbangkit. "Saya serahkan pada mereka untuk buat keputusan sebab kami tidak tutup pintu untuk (perpindahan) Mat Yo, saya tidak halang beliau nak pergi. Cuma saya cadangkan biar semuanya mengikut peraturan dan prosedur yang betul. "Perkara ini kena bincang empat mata dan jika kelab nak, dia kena minta (pindah) lah. Sekarang Kafa hanya boleh tunggu, (bagaimanapun) Mat Yo masih ada kontrak. Pada saya dia kena duduk dan bermain di sini sampai tahun depan," katanya. Beliau berkata demikian selepas melawat keluarga penyokong The Red Warriors, Ahmad Zamani Md Salleh yang meninggal dunia akibat masalah pernafasan dan komplikasi penyakit paru-paru, Oktober lalu. Norshahrul dalam kenyataannya kelmarin merayu agar Kafa tidak merumitkan urusan perpindahannya ke Johor dan melihat penghijrahan itu dari sudut positif termasuk memikirkan masa depannya. Mengulas mengenai pembahagian bonus, Annuar menegaskan pihaknya menyediakan 'hadiah' yang cukup besar, namun sekali lagi menegaskan mereka mengambil faktor kesetiaan dalam mengagihnya. "Semua dah jelas dalam kontrak, semuanya hak persatuan (untuk agih), kami nak bagi duit, umrah, pakej percutian ke Australia, tanah dan banyak lagi. "(Namun) kami belum putuskan siapa yang dapat tanah, umrah dan sebagainya, tetapi setiap pemain mesti dapat hadiah masing-masing. Bagaimanapun, kesetiaan tu penting dan mesti ada perbezaan antara pemain setia dan sebaliknya. Annuar berkata, apa yang dilakukannya bukan mendera pemain, sebaliknya tindakan itu mengikut peraturan, selain berlaku adil kepada pemain-pemain lain. Malah, beliau mengharapkan pemain yang keluar dari pasukan menjadi legenda bola sepak di negara ini. "Saya fikir tentang kebajikan pasukan kerana orang yang tidak setia dan setia ni tidak sama. Ibarat kapal yang hampir tenggelam disebabkan seorang yang membocorkannya. "Pada masa yang sama, saya juga bagi kebebasan kepada mereka (berpindah), saya minta kepada peminat dan penyokong sekarang supaya bersabar dan menunggu keputusan yang akan dibuat nanti kerana semuanya masih terlalu awal, biarlah kami selesaikan dahulu," katanya. | ||||
DUN P Pinang lulus Belanjawan negeri 2013 Posted: 09 Nov 2012 03:39 PM PST Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang ditangguh hari ini setelah meluluskan Belanjawan negeri 2013. Belanjawan berjumlah RM1.133 bilion itu bertemakan 'Agenda Ekonomi Saksama' yang bermatlamat mensejahterakan kebajikan rakyat serta membasmi kemiskinan. Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata untuk membasmi kemiskinan di negeri ini, kerajaan negeri akan menilai pendapatan isi rumah yang kurang daripada RM770 sebulan. Persidangan kali ini turut meluluskan rang undang-undang Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2012, bertujuan membanteras amalan melompat parti. Rang undang-undang itu memperuntuk seseorang anggota dewan yang telah dipilih sebagai calon sesebuah parti politik hendaklah mengosongkan kerusinya sekiranya dia melepaskan atau dilucutkan keanggotaannya atau berhenti daripada menjadi anggota parti politik berkenaan atas apa-apa juga sebab. Persidangan DUN kali ini juga menyaksikan Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) digantung kali kedua daripada menghadiri persidangan DUN selama enam bulan. Keputusan penggantungan itu dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, setelah Azhar gagal memberi penerangan dan penjelasan mengenai kenyataannya pada 8 Mei lepas yang menghina kemuliaan dewan, Speaker DUN Datuk Abdul Halim Hussain dan petugas DUN apabila menyebut bahawa catatan persidangan (verbatim) boleh dimanipulasi. Persidangan DUN ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang ditetapkan kemudian.-Bernama | ||||
S'gor tidak benarkan penguatkuasaan AES Posted: 09 Nov 2012 03:37 PM PST MALAYSIA KINI Kerajaan Selangor tidak akan membenarkan penguatkuasaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang telah dipasang di negeri ini kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) gagal membuktikan AES adalah cara terbaik untuk mengatasi peningkatan kadar kemalangan jalan raya, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim."Setelah mendengar taklimat oleh Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) semalam, kerajaan negeri bercadang untuk melantik penilai bebas untuk mengkaji sama ada Kementerian Pengangkutan telah mengambil kira secara menyeluruh langkah-langkah sepatutnya sebelum membuat keputusan untuk mengunapakai dan memasang sistem AES ini. "Dari pembentangan tersebut, kerajaan negeri juga mendapati Kementerian Pengangkutan telah gagal mendapatkan kebenaran untuk pembinaan struktur bagi sistem AES daripada pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Justeru, tegasnya, kerajaan negeri mengarahkan semua PBT untuk memaklumkan kepada kementerian menyatakan bahawa pemasangan AES telah tidak mematuhi undang-undang dan tidak boleh dilaksanakan sehingga perkara ini dipatuhi. "Kerajaan negeri merasakan perjanjian di antara Kerajaan Pusat dan syarikat konsesi perlu dikaji semula sebelum sistem AES dapat dikuatkuasakan. "Kerajaan negeri juga dimaklumkan bahawa syarikat konsesi akan mendapat keuntungan 17 peratus di mana kerajaan negeri berpendapat jumlah keuntungan itu tidak wajar. "Kerajaan negeri juga mengesyorkan kutipan sama dimasukkan dalam Akaun Amanah berbanding Akaun Yang Disatukan untuk membiayai program kesedaran keselamatan jalan raya," tegasnya. Dengan cara ini, tegasnya, rakyat yang membayar saman akan menyumbang kepada negara bukan membantu menambah kekayaan golongan peniaga. Menerusi akaun amanah ini, tambahnya, syarikat konsesi hanya dibenarkan mengutip keuntungan wajar bagi menampung kos pemasangan kamera AES. "Dengan cara ini juga, syarikat konsesi lebih berhati-hati untuk memasang AES dengan memilih kawasan-kawasan strategik untuk mengelak menanggung kos pemasangan yang tinggi. "Kerajaan negeri tidak bertolak ansur sekiranya syarikat konsesi mahu mengaut keuntungan melampau hasil penswastaan saman kerana akhirnya rakyat yang terpaksa menanggung beban," tambahnya. | ||||
Perhimpunan aman bantah AES di pejabat MP Lumut Posted: 09 Nov 2012 03:36 PM PST MALAYSIA KINI Sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat dan NGO hari ini mengadakan perhimpunan aman membantah pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di hadapan pejabat ahli parlimen Lumut Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga menteri pengangkutan. Perhimpunan yang dianjurkan oleh NGO BANTAH AES diadakan selepas solat Jumaat di Masjid An-Nasyirah, Setiawan sebelum berarak ke pejabat Kong di situ. Ia disertai beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO antaranya ADUN Teja Chang Lih Kang, Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob dan Ketua Srikandi PKR Siti Aisyah Sheik Ismail. Koordinator Bersama BANTAH AES Saifullah Zulkifli mewakili kumpulan itu juga menyerahkan memorandum kepada Kong, antara lain mengemukakan empat sebab sistem tersebut ditolak. Memorandum tersebut diterima oleh seorang kerani di pejabat itu. Kong yang juga adalah setiausaha agung MCA. "BANTAH AES ingin menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menangani masalah kemalangan adalah disokong tetapi dalam isu pelaksanaan AES ini aspek pelaksanaannya adalah meragukan dan membebankan rakyat," kata Saifullah dalam satu kenyataan. Menurutnya, kumpulan itu memberi tempoh seminggu kepada menteri untuk membatalkan pelaksanaan sistem itu atau berdepan satu lagi perhimpunan di Parlimen. | ||||
Ahmad minta Bukit Aman tubuh jawatankuasa siasat polis salah guna kuasa Posted: 09 Nov 2012 04:40 AM PST Ahmad Abdul Jalil, 27 yang ditemani keluarganya, beserta peguam hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada jam 3.30 petang hari ini turut meminta Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi tujuan tersebut dan juga demi keselematan dirinya dan keluarga. "Ahmad menuntut pihak polis menyiasat anggota mereka yang terlibat dalam kes ini telah menyalahgunakan kuasa mereka apabila menggeledah rumah keluarganya tanpa waran serta tidak memberikan hak kepadanya untuk berjumpa peguam dan keluarga. "Kami (juga) meminta Bukit Aman untuk menubuhkan satu pasukan khas bagi memastikan keselamatan Ahmad dan keluarganya terjamin," kata peguam yang mewakili Ahmad, Fadiah Nadwa Fikri. Sementara itu, Ahmad ketika sidang media selepas laporan polis itu dibuat berkata, dirinya mengalami tekanan emosi akibat tindakan pihak polis semasa sesi soal siasat, di samping tidak memberi kebenaran kepadanya untuk bertemu keluarga dan peguamnya. "Saya tiada niat untuk tarik perhatian umum ... (tetapi) ketika ditahan, saya tidak diberikan hak untuk jumpa peguam dan keluarga. "Tuduhan mereka juga tidak berasas ... bukan saya yang lakukan perkara itu (hina Sultan Johor) ... saya bukan penjenayah," kata Ahmad kepada pemberita. Beliau juga meminta pihak polis diberikan kebebasan untuk menyiasat kes ini dan mengambil berat terhadap keselamatan dirinya. "Bukit Aman perlu siasat dan ambil berat kes ini ... dan perlu diberikan kebebasan untuk menyiasat kes ini," katanya lagi. Ahmad semalam telah didakwa di Mahkamah Johor Baru atas dua pertuduhan, masing-masing di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di atas dakwaan menghina Sultan Johor di laman Facebook. Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah, dan telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan. Sebutan bagi kes ini akan didengar pada 28 November 2012 di Mahkamah Sesyen Jenayah 2 Johor Bahru. Beliau sebelum ini telah ditahan di pejabatnya di Cheras, sebelum di bawa ke Johor oleh pihak polis. | ||||
Penduduk minta kerajaan siapkan jalan terbengkalai Posted: 09 Nov 2012 04:33 AM PST
(Tuan Ibrahim menerima memorandum daripada Suhaimi dengan disaksikan penduduk.) BERA: Penduduk 8 buah kampung di pinggir Sungai Pahang di sini mendesak kerajaan negeri Pahang mengambil tindakan segera agar meneruskan pembinaan jalan baki 15 kilometer yang gagal disiapkan. Dalam aduannya kepada Konvoi Cakna Rakyat PAS Pahang, wakil penduduk Suhaimi Abdul Manan, 51, berkata jalan dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Guai itu amat perlu kepada lebih 5,000 penduduk berulang-alik daripada kampung berkenaan. "Inilah satu-satunya jalan yang digunakan penduduk untuk mengeluarkan hasil pertanian, pelajar bersekolah dan perhubungan untuk berurusan ke Temerloh dan Maran. "Pada ketika ini kami terpaksa menggunakan jalan kampung pesisir Sungai Pahang yang sempit, mudah dinaiki air bila musim tengkujuh dan sudah tidak sesuai lagi kerana banyak kenderaan. "Dengan itu kami mendesak Kerajaan Negeri Pahang mengambil tindakan segera agar meneruskan pembinaan jalan tersebut bagi membuktikan kerajaan benar-benar membela nasib rakyat seperti yang digembar-gemburkan," katanya. Menurut Suhaimi yang juga bekas Ketua Kampung Guai, projek jalan pesisir Sungai Pahang sejauh 25 kilometer itu pada asalnya telah dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) dengan peruntukan daripada sebanyak RM48 juta sekitar di penghujung tahun 1980-an. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM22 juta sudah digunakan untuk pembinaan jalan dan membayar tanah-tanah penduduk yang terlibat dengan pengambilan. Malangnya apabila DAP memenangi Dun berkenaan (Triang) tahun 1990 melalui Leong Ngah Ngah, projek tersebut dihentikan. Apabila LKWJ dibubarkan pada tahun 2000, wang baki lebihan RM26 juta telah dikembalikan Kerajaan Pahang kepada Kerajaan Pusat dengan pembinaan jalan tersebut gagal disiapkan. Akibatnya, jalan pesisir sungai itu hanya dari Kampung Tanjung Batu ke Lebak Seberang sepanjang 10 kilometer sahaja yang siap. Manakala kampung-kampung Seberang Jelam, Tok Biah, Seberang Mengkarak, Tanjung Kuran, Lanjut, Selendang, Durian Duduk dan Batu Bor terus terbengkalai. Sementara itu Tuan Ibrahim dalam responsnya berkata jalan sepanjang 15 kilometer yang terbengkalai itu merugikan semua pihak dan tindakan memulangkan semula wang kepada Kerajaan Pusat satu kesilapan besar. "Bayangkan, duit dah lulus dan dah dapat tapi dipulangkan semula, kenapa projek tak diteruskan? Sepatutnya jika (LKWJ) bubar sekalipun, salurkanlah kepada agensi pelaksana mana-mana pun". "Bila jalan ini dah terbengkalai, sudah tentu hasrat untuk memajukan ekonomi kampung tradisi sepanjang Sungai Pahang terencat. Sayang... permintaan dah lama sangat dah, tiba-tiba terbantut hanya kerana kesilapan pihak kerajaan negeri," katanya media. Kerajaan Negeri Pahang sebelum ini pernah dikritik kerana melakukan kesilapan besar apabila tidak membantah pembubaran dua agensi pembangunan Persekutuan, Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) dan Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (Dara) pada tahun 2000 kerana pembubaran kedua-duanya mengakibatkan kawasan yang berada di bawahnya selama ini menjadi terabai. Bukan itu sahaja, pelbagai projek pembangunan sosial dan ekonomi setempat akibatnya kurang diberi perhatian. Lebih menyedihkan, perancangan kemajuan bandar yang dirancang sekitar tahun 1980-an terbantut. Contoh jelas ialah Bandar Jengka yang yang kelihatan tidak terurus dan ceria berbanding semasa kewujudan LKWJ. "Selain daripada ekonomi, perhubungan dan masalah urusan pentadbiran juga dapat diselesaikan jika jalan ini siap, kerana daerah Bera terpisah oleh sungai. Jadi jika jalan ada, penduduk Bera seberang sini mudah berurusan di pejabat Daerah Bera yang terletak di seberang sana". "Begitu juga dengan hubungan kekeluargaan. Saya difahamkan jambatan Guai telah diluluskan kerajaan tetapi dengan ketiadaan jalan pesisir sungai ini sudah tentu sukar. Mesti ada jalan dulu baru jambatan," jelasnya. | ||||
PBS: Guru dilayan seperti robot, masa rehat dirampas Posted: 09 Nov 2012 04:31 AM PST
KUALA LUMPUR: Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) memohon agar Kementerian Pelajaran mengkaji semula pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mewujudkan tekanan kerja yang melampau di kalangan guru. Presiden Pendidik Normala Sudirman (gambar) berkata, terlalu banyak aduan yang diterima oleh Jawatankuasa Pendidik berhubung isu PBS malah ada yang menyifatkan guru dilayan seperti 'robot' dan hak serta masa rehat mereka dirampas. Katanya, urusan dokumentasi, kerja- kerja perkeranian serta pemprosesan markah telah menjejaskan tumpuan dan perancangan rapi guru terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, Sedangkan ia merupakan faktor penting dan penentu kejayaan pelaksanaan PBS. "Guru terpaksa bersengkang mata dan bangun malam untuk 'key in' data hingga pukul 2- 3 pagi di rumah untuk mengurus sistem fail pelajar .Contohnya kalau ada 40 pelajar, maka begitulah jumlah fail yang menyebabkan guru- guru terbeban dengan 'kerja- kerja perkeranian'. "Ini menjejaskan tumpuan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagaimana pula dengan guru yang terpaksa mengajar dua atau tiga mata pelajaran sehingga terpaksa 'key in' data 120 orang pelajar?"tegasnya. Katanya, hak dan masa rehat guru serta kebajikan warga pendidik perlu diambil perhatian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelaksanaan PBS ini supaya guru tidak dibebankan dengan urusan tugas- tugas perkeranian. Dalam pelaksanaan PBS, katanya kelajuan internet adalah perkara paling penting dan segala masalah yang timbul berkitan akses capaian internet yang terganggu, menyebabkan urusan untuk proses dokumentasi penilaian untuk 'key in' data tidak dapat dilakukan. "Selagi akses capaian internet 1 Bestari Net yang menggantikan School Net di sekolah masih belum diatasi, maka tangguh dahulu PBS ini dan kaji semula pelaksanaannya," katanya ketika ditemui. Tambahan pula soalnya, bagaimana dengan nasib 800,000 pelajar dari Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang tidak diberi kod untuk melaksanakan PBS ini? "Apakah mereka dianggap telah terkeluar dari kerangka sisitem pendidikan negara? Bagaimana dengan nasib mereka pada masa hadapan?Seolah- olah kerajaan meminggirkan peranan mereka yang juga merupakan warganegara Malaysia," katanya. Justeru, beliau mencadangkan agar guru-guru diberi kursus peningkatan secara profesional dan kursus pemantapan secara terancang supaya pelaksanaan PBS dapat berjalan dengan lancar. | ||||
Perbahasan Twitter dengan Fathul Bari Posted: 09 Nov 2012 04:28 AM PST
Perbahasan ini bermula apabila seorang tukang twit menyebut nama Fathul Bari sebagai rujukan dan saya menjawab: "Saya kenal dia. Namanya baik tetapi dia bela CSL". Oleh kerana Fathul Bari turut 'ditag' dalam twit tersebut, maka dia pun terus mencelah dan melibatkan dirinya dalam perbahasan tersebut. Akhirnya perbahasan yang bermula melalui komen ringkas saya terhadap pendiriannya telah berpanjangan selama lebih dari 3 hari 3 malam dengan menyentuh bermacam-macam tajuk. Bagi saya, walaupun Fathul sering menyebut beliau bersikap adil dan tidak bias dalam menilai sesuatu, hakikatnya sikapnya teramat keUMNOan. Sikap yang adil dan tidak bias dapat dikesan dan dinilai tanpa disebut berulang kali. Begitu juga sebaliknya. Bacaan saya terhadap pendirian Fathul ialah beliau percaya pihak berkuasa perlu disokong selagimana ketuanya beragama islam. Atas dasar ini semua pendirian dihasilkan. Jangka masa panjang sikap ini tidak akan menjadi masalah kerana selepas PRU akan datang, sekiranya PR menang, sudah pasti Fathul Bari akan menjadi penyokong tegar PR! Tidak mungkin saya ingat kembali semua tajuk yang dibahas namun yang terpenting, mengikut ingatan saya, adalah seperti yang berikut: 1. Fathul bela CSL. 2. Kenyataan Karpal berbanding CSL. 3. Sejarah latar belakang kenyataan Karpal. 4. Parti Islam dan yang bukan parti Islam. 5. Bersatu atas dasar apa? Kenapa tidak dengan UMNO? 6. Kerjasama atas dasar apa? Kenapa tidak dengan UMNO. 7. Soal hudud dan perlaksanaannya. 8. Soal mendapatkan izin DAP. 9. Soal memilih di antara DAP dan UMNO. Saya akan membuat posting satu atau dua tajuk setiap hari, menjelas dan mengupasnya dan bagi yang berminat bolehlah mereka memberi komen di Blog, Twitter atau punFacebook. Yang mana yang sempat saya akan respond. Yang mana yang tidak, saya minta maaf terlebih dahulu. 1. FATHUL BELA CSL Tuduhan saya bahawa Fathul bela CSL dibuat selepas saya menonton video yang dipos di Blog tertentu yang mana linknya diberi oleh tukang twit pertama. Saya melihat memang betul Fathul menyatakan kenyataan CSL dan Karpal Singh, kedua-duanya tidak patut dikeluarkan mereka kerana ianya menggangu sensitiviti ummat Islam. Namun bagi saya itu semua hanya 'ayat bunga-bunga' sahaja kerana apa yang dikatakan di hujung video tersebut adalah mesej sebenar yang hendak disampaikan. Di penghujung video tersebut Fathul mengatakan kenyataan Karpal adalah lebih parah kerana Karpal sebut "langkah mayat saya" sedangkan CSL hanya menolak 'hudud PAS' bukan hudud Islam. Kenyataan Fathul jelas mengiakan kata-kata CSL dan membelanya, memberi gambaran apa yang dikatakan tidak ada kena mengena dengan Islam itu sendiri. Kalau dilihat, ianya bercanggah dengan ucapan bunga-bunga Fathul yang lebih awal yang mengatakan ucapan CSL juga menyentuh sensitiviti ummat Islam. Ini persepsi saya terhadap video berkenaan. Ianya dibuat dengan tujuan membela CSL. Hujjah 'hudud PAS' memberi lesen kepada sesiapa sahaja, khususnya CSL, untuk memperlekehkan apa yang telah diusahakan oleh PAS dalam menghasilkan sebuah enakmen supaya sistem perundangan Islam, khusus hudud, dapat dilaksanakan. Enakmen ini merupakan usaha mulia dari berbagai pihak untuk menghasilkan enakmen yang menepati tuntutan Allah yang terkandung di dalam Al-Quran. Termasuk di dalamnya adalah hukuman terhadap kesalahan zina, qazaf, mencuri dan lain-lain yang telah disebut secara khusus di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah (SAW). Mungkin ada aspek-aspek yang tertentu ada perbezaan pendapat dan tidak dipersetujui oleh Fathul, itu perkara biasa. Namun untuk menolaknya secara mutlak dan keseluruhan adalah tindakan tidak bertanggung-jawab di mana sudah pasti akan ada bahagian-bahagian yang ditolak yang merupakan hukum Qat'i yang telah ditetapkan Allah. Kalau ada cacat celanya atau kekurangan dalam menghasilkannya, usaha manusia sememangnya begitu walaupun dalam menghasilkan undang-undang dari Al-Quran dan Sunnah. Apa yang patut diusahakan oleh Fathul ialah untuk menjelaskan apa dia yang tidak dipersetujui dan meminta ianya dikaji semula berdasarkan hujjah dan dalil. Bukan memberi lesen pada CSL atau mana-mana pihak menolaknya dan memperlekehkannya secara total. Saya yakin Fathul sendiri memahami persoalan ini. Sudah pasti beliau juga sedar bahawa usaha sebegini langsung tidak dilakukan oleh UMNO yang memegang teraju kekuasaan dewasa ini. Demi menutup kekurangan UMNO dan kegagalannya, maka hujjah yang paling mudah dan paling lekeh ialah untuk menolak enakmen hudud berkenaan atas alasan ianya 'hudud PAS' tanpa membentangkan enakmen hudud yang kononnya menepati kehendak Islam. Dan atas alasan itu kebiadapan CSL dihalalkan ulama UMNO muda ini. Itulah sebabnya saya menyatakan Fathul bela CSL. Bersambung... WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD | ||||
Samseng halang kontraktor baik pulih pangsapuri Posted: 09 Nov 2012 04:25 AM PST
KUALA LUMPUR: Sehingga hari ini, hampir RM10 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membaikpulih pangsapuri kos rendah yang melibatkan lebih 70 kawasan pangsapuri. "Bilangan yang tinggi ini mungkin disebabkan kerana program Setinggan Sifar Kerajaan Barisan Nasional senelum ini di mana pangsapuri-pangsapuri kos rendah telah dibina dengan tergesa-gesa. "Akibatnya adalah kediaman-kediaman yang rendah kualitinya telah dibina," kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad (gambar) dalam satu kenyataan. Beliau menyatakan demikian ekoran terdapat pemimpin-pemimpin BN yang mendakwa tidak ada rumah kos rendah yang dibina di Selangor pada zaman Pakatan Rakyat. Menurutnya, mereka mendakwa hanya di bawah pentadbiran mereka beribu-ribu rumah kos rendah telah dibina tetapi statistik yang didedahkan oleh kerajaan negeri baru-baru ini menunjukkan dakwaan itu tidak benar. Iskandar menegaskan, kerajaan negeri tidak pernah menafikan bahawa terdapat rumah kos rendah yang telah dibina di bawah BN. Jelasnya, pemimpin Pakatan Rakyat tidak seperti pemimpin BN yang sentiasa menidakkan segala pencapaian kerajaan negeri walaupun ianya jelas di hadapan mata mereka. Walau bagaimanapun, ujarnya adalah satu kenyataan bahawa rumah kos rendah yang dibina pada zaman BN, hari ini dibelenggu dengan pelbagai masalah. "Di antara masalah-masalah tersebut adalah lif yg rosak, bumbung yang bocor, tangki air yang bocor, paip yang tersumbat, kemudahan awam yang tidak disediakan dan bangunan yang mulai usang," jelasnya lagi. Sehubungan itu, katanya kerajaan negeri telah pada bulan Disember 2010 mewujudkan satu program untuk membaikpulih kediaman-kediaman itu melalui kaedah perkongsian kos. "Program ini dinamakan Program Baikpulih Negeri Berkebajikan atau Ceria. "Di bawah program ini, kerajaan negeri akan menanggung 80 peratus dari kos baikpulih sementara penduduk menanggung 20 peratus. Bahagian penduduk ini pula boleh dibayar secara ansuran," katanya. Beliau menambah, oleh kerana permintaan orang ramai, program itu juga telah dibuka kepada pangsapuri kos sederhana di mana perkongsian kos di antara kerajaan dan penduduk adalah 60:40. Katanya lagi, kerajaan negeri sentiasa berlaku adil di dalam memilih kawasan-kawasan pangsapuri yang hendak dibaikpulih. Pemilihan, katanya dibuat di atas faktor-faktor keperluan dan jenis kerosakan yang berlaku. "Kerajaan negeri membaikpulih tanpa mengira sama ada penduduk pangsapuri itu menyokong kerajaan atau tidak," katanya. Walau bagaimanapun, ujar beliau kerajaan negeri berharap agar penduduk yang terlibat akan memberi kerjasama kepada kerajaan negeri yang mahu membantu mereka. Ini, kata beliau ialah kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah menggunakan samseng-samseng untuk menghalang kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan kerja-kerja membaikpulih. Tambahnya, terdapat juga mereka yang menghasut penduduk agar tidak menerima tawaran di bawah program Ceria itu. "Program Ceria adalah untuk kepentingan rakyat dan tidak seharusnya dipolitikkan," katanya. | ||||
Larang sidang media: NGO dakwa ada kaitan Scorpene Posted: 09 Nov 2012 04:16 AM PST KUALA LUMPUR- Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berpendapat, larangan kepada bukan ahli parlimen mengadakan sidang akhbar di sudut sidang media parlimen berkemungkinan ada kaitan dengan kes Scorpene. Penyelaras SAMM Johor, Ahmad Anwar Asyraf berkata, beliau tidak menolak kemungkinan arahan terbaru itu sebgai cubaan menghalang pihak tertentu yang akan hadir ke parlimen bagi mendedahkan isu kapal selam itu. Difahamkan katanya, peguam dari Perancis akan hadir ke parlimen bagi mengadakan sidang media dalam masa terdekat. "Atau adakah ini merupakan cubaan menghalang kehadiran dan sidang media Peguam Perancis yang bakal hadir ke Parlimen bagi mendedahkan sisi gelap pembelian kapal selam Scorpene," soal Ahmad Anwar. Jika benar katanya, ianya adalah satu lagi cara untuk menyelamatkan pemimpin-pemimpin daripada terus dibongkar segala jenis kecurangan yang selama ini ingin disorok. Menurut beliau lagi, parlimen Malaysia adalah satu-satunya institusi tertinggi demokrasi berperlembagaan di mana wakil-wakil yang telah dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi pilihanraya berbahas dan meluluskan rang undang-undang demi kemaslahatan rakyat. "Sekiranya rakyat ataupun pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili masyarakat sivil tidak lagi dibenarkan hadir membuat sidang media bersama wakil-wakil rakyat di Parlimen, ia merupakan satu tragedi besar kepada lanskap demokrasi negara," tambahnya. Beliau juga berpendapat, parlimen adalah milik rakyat dan bukannya eksklusif kepada beberapa kerat Ahli-ahli Parlimen. Dalam pada itu beliau berkata, SAMM tidak menolak sekiranya arahan diberikan bagi kemudahan rakan-rakan pengamal media malah menyokong sama sekali sekiranya penggiliran dan had masa sidang media dikenakan, sidang media tidak diadakan semasa waktu rehat, sidang media yang ingin diadakan mesti diiringi Ahli Parlimen. Namun tegasnya, bukan arahan yang tidak membenarkan selain Ahli Parlimen untuk membuat sidang media di Parlimen. "SAMM turut melihat bahawa sidang media yang diadakan di Parlimen mempunyai nilai berita atau "news value" yang tinggi berbanding sidang media di lokasi lain," katanya.-Harakahdaily | ||||
Semua MP mesti hadir taklimat peguam Perancis Posted: 09 Nov 2012 04:14 AM PST MALAYSIA CHRONICLE Rakyat perlu diberikan sepenuh pengetahuan dan fakta tentang isu pembelian kapal selam Scorpene yang tidak habis-habis diperkatakan sekarang ini. Isu ini wajar diberikan perhatian oleh kerajaan dan 'law-makers' negara kerana ini merupakan satu skandal yang teramat besar yang melibatkan wang rakyat. Ia juga hampir sama besar dengan skandal PKFZ yang melibatkan pimpinan BN dan berkaitan dengan beberapa Menteri dalam pentadbiran Dr Mahathir dan Abdullah Badawi. Ia berkaitan dengan pemimpin-pemimpin kerajaan dan oleh kerana ia melibatkan pihak yang berkuasa, ia amat susah untuk ditampilkan dengan setelus-telusnya kepada penghakiman rakyat. Saya mengajak seluruh rakyat yang berbilang kaum di negara ini untuk memberikan perhatian serius dan mengamati dengan sesungguh-sungguhnya isu-isu ini kerana rakyat sudah tidak tertanggung lagi kelakuan pihak-pihak yang begitu jahil dan tidak menganggap mengambil rasuah sebagai satu jenayah yang terlalu besar ini. Mesti ada pihak yang terlibat. Ia tidak boleh dinafikan dengan alasan tiada bukti kukuh dan sebagainya. Kita juga mahukan bukti yang wang itu tidak dibelanjakan seperti yang dituduh jika alasan tiada bukti itu menjadi alasan untuk menutup kes-kes seperti ini. Kita tidak mahu berlaku seperti kes PKFZ yang sedang dalam penghakiman mahkamah dengan alasan tiada kes penipuan seperti yang disebut oleh Dr Mahathir tetapi pihak defendant (kerajaan) wajar juga membuktikan yang wang sejumlah yang disebut dalam isu ini tidak dibelanjakan. Kita tidak mahu mendengar dan menerima yang tiada kes seperti yang dituduh tetapi wang yang begitu besar telah dibelanjakan. Pada 22hb Nov ini, dua orang peguam Perancis akan tiba di Parlimen Malaysia untuk memberikan taklimat kepada Parlimen Malaysia di atas jemputan Ketua Pembangkang Malaysia, Saudara Anwar Ibrahim. Ahli Parlimen Subang, Sivarasa, telah mengesahkan yang William Bourdon dan Joseph Breman akan datang ke Malaysia untuk memberikan taklimat kepada Parlimen Malaysia. Rakyat mesti memberikan perhatian tentang isu sebesar ini. Kita berharap tidak akan ada halangan-halangan yang akan dibuat oleh pihak berkuasa kerajaan dan Parlimen kerana jika tidak ada elemen-elemen rasuah seperti yang dituduh oleh sesetengah pihak itu, tidak ada sebab ada pihak yang takut dan cuba menghalang kedua-dua peguam ini untuk datang dan memberikan taklimat kepada rakyat Malaysia melalui wakil-wakil mereka di Parlimen. Kalau pihak yang dikaitkan dengan isu ini benar-benar tidak bersalah, tidak ada sebab taklimat dua peguam ini kepada rakyat Malaysia ditolak dan dihalang untuk memberikan taklimat ini dengan semudah-mudahnya. Malahan pihak berkuasa, seperti Najib sendiri, mesti memberi segala kerjasama kerana beliau boleh memberikan keyakinan kepada pihak-pihak yang menuduh beliau terlibat itu mendapat kebenaran yang beliau adalah sebersih-bersih pemimpin yang tidak langsung terbabit dengan isu rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene ini. Kita akan lihat, jika ada usaha pihak Parlimen dan kerajaan untuk menghalang kehadiran kedua-dua peguam ini maka sekali gus rakyat akan yakin yang Najib serta mereka yang menuduh itu ada kebenarannya. Ketua pembangkang telah menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri, Hishamudin untuk meminta kepastian yang kemasukan kedua-dua peguam ini ke Malaysia tidak dihalang dan Hisham sepatutnya memberikan jawapan 'ya' dengan secepat mungkin. Kita semua ingin tahu pandangan dan penyiasatan yang dilakukan oleh kedua-dua peguam Perancis ini kerana ia melibatkan wang rakyat dan moral kepimpinan negara. Jika ada halangan dari pihak Kementerian Dalam Negeri, maka jangan disalahkan rakyat ramai mengekalkan persepsi mereka pucuk pimpinan kita benar-benar terlibat dengan kes Scorpene ini. Jika perkara ini tidak diselesaikan, bagaimana Najib hendak menunaikan janji untuk mentadbir negara dengan sebaik mungkin sedangkan persepsi rakyat dan masyarakat antarabangsa memandang serong terhadap beliau? Lagipun bagaimana Najib hendak meyakinkan rakyat yang jika PR memerintah negara, negara akan bangkrap seperti yang beliau kata di mana-mana dalam siri kempen beliau di seluruh negara? Jika pimpinan BN lebih cenderung untuk menunjukkan kepada kami rakyat di bawah ini yang mereka tidak jujur dengan menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya, bukankah pihak BN itu yang mempunyai lebih kebarangkalian untuk menjadikan negara ini sebuah negara yang bankrap?- http://aspanaliasnet.blogspot.com/ | ||||
Dr Siti Hasmah 'bimbang' hidupnya dipentaskan Posted: 09 Nov 2012 04:03 AM PST BEBERAPA jam sebelum pementasan pembukaan tribute teater Tun Siti Hasmah-Dari Hati Seorang Perempuan bermula, watak utama, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali datang menemui pelakon-pelakon teater untuk memberikan kata-kata semangat, petang ini. Dr Siti Hasmah akui bimbang apabila kisah hidupnya bakal dipentaskan pada malam ini. "Saya tidak mahu menunjukkan saya bimbang... saya bimbang bila Eirma (pengarah, Eirma Fatima) datang dan beritahu saya kena berlakon pada bahagian 'akhir'," katanya yang disambut dengan gelak daripada seluruh krew produksi teater tersebut. Beliau melahirkan kekaguman hasrat produksi yang mementaskan cerita tentang dirinya. "Saya tahu susah sebab panjang. Banyak bab yang berlaku dalam riwayat saya tetapi saya harap cerita saya, doktor perempuan Melayu pertama yang berkhidmat untuk rakyat jelata antara yang ditonjolkan," katanya. Pada masa sama, beliau sempat memaklumkan bahawa dirinya tidak dapat menonton persembahan pembukaan ini. "Jangan bimbang, saya tak akan berada di sini, malam ini," katanya. Beliau yakin pementasan yang menelan belanja lebih RM 2 juta itu akan dilaksanakan dengan baik. Katanya sambil berseloroh, "saya tak pernah dapat promosi besar-besaran seperti ini. Kalau orang undi saya dah boleh menang dalam pilihan raya." Beliau menambah disambut dengan tepukan krew produksi, "saya 'winnable candidate' lah." Sinar Harian Online dimaklumkan bahawa Dr Siti Hasmah tidak dapat menghadiri pementasan hari pertama teater, namun akan hadir pada pementasan hari terakhir pada 19 November. Seluruh krew produksi kelihatan teruja bertemu dengan watak utama teater lakonan mereka itu. | ||||
PR akan serah bukti sebelum 19 November Posted: 09 Nov 2012 04:00 AM PST KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) akan menyerahkan bukti dan kepincangan yang berlaku dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membabitkan isu daftar pemilih yang tidak bersih sebelum 19 November ini. Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, bukti perlu diserahkan sebelum sesi pertemuan di antara SPR dan Ahli Parlimen yang akan diadakan pada tarikh berkenaan. "Kami berharap semua permasalahan yang dibentangkan oleh pembangkang sebelum ini akan dijawab terutama berhubung daftar pemilih. "Ini kerana hasil daripada siasatan yang dijalankan, kami mendapati banyak daftar pemilih meragukan. Sebagai contoh, tiada alamat lengkap, tiada nombor rumah ataupun jalan dan pelbagai lagi," katanya dalam sidang sedia di lobi Parlimen.Nurul Izzah berkata, SPR harus memberikan penjelasan lengkap berhubung perkara berkenaan. Menurutnya, jumlah undi pos juga telah meningkat secara mendadak hampir 1,500 terutama membabitkan anggota polis. "Selain daripada penambahan undi pos, wujud juga "Persoalannya sekarang adakah seseorang yang belum cukup 21 tahun boleh didaftar sebagai pengundi," katanya. Nurul Izzah berkata, beliau akan menyerah senarai penuh alamat dan nama pengundi yang terbabit dalam proses itu kepada SPR dalam tempoh terdekat ini. | ||||
Anifah: Kerajaan amat prihatin kadar jenayah di Malaysia Posted: 09 Nov 2012 03:53 AM PST SINAR HARIAN MELBOURNE - Kerajaan amat prihatin tentang kadar jenayah di Malaysia dan bertekad untuk mengatasi masalah itu, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman di sini pada Khamis malam. "Perkara itu juga menjadi kebimbangan setiap rakyat Malaysia dan kami perlu berbuat sesuatu mengenainya," kata Anifah kepada kira-kira 100 warga Malaysia pada sesi soal jawab di pejabat Konsul Malaysia di sini. Ia turut dihadiri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia, Datuk Salman Ahmad dan konsul besar Malaysia di sini Dr Mohd Rameez Yahaya. Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri memandang serius perkara itu dan beliau meminta menteri dalam negeri serta ketua polis negara menyusun strategi untuk membanteras ancaman tersebut. Kata Anifah, kerajaan bekerjasama dengan negara jiran dalam memantau pergerakan penjenayah yang selalunya menghilang diri ke negara lain setelah membuat angkara. "Memanglah memerangi jenayah merupakan proses berterusan, tapi kami melakukannya dengan bersungguh-sungguh," katanya. Anifah berkata demikian ketika menjawab pertanyaan juruaudit PricewaterhouseCooper, Praveen Nagappan, yang menyatakan beliau pernah terfikir untuk pulang bekerja di Malaysia, tetapi berasa cemas dengan kadar jenayah di sana dan oleh itu, bimbang tentang keselamatan keluarganya. Kata Anifah pendidikan merupakan alat penting untuk mencegah anak muda daripada terlibat dengan jenayah. "Kebanyakan pesalah muda berasal daripada rumah tangga bermasalah dan perkara ini sesuatu yang membimbangkan." Kata beliau gaji polis dinaikkan untuk mengekang perbuatan rasuah dan meningkatkan semangat anggota pasukan itu. Kerajaan juga terus menjaga dengan baik kebajikan keluarga aggota polis. Menjawab soalan pensyarah Dr Chooi S.Beh tentang juruterbang dan jururawat yang gagal mendapat pekerjaan di Malaysia, Anifah berkata jururawat diperlukan di kawasan luar bandar, tetapi mereka keberatan untuk berkhidmat di kawasan itu. "Sarawak dan Sabah amat memerlukan khidmat jururawat, tetapi pekerjaan ini terdapat di luar bandar. Sebenarnya, pekerjaan ada, terserahlah kepada jururawat untuk menerimanya," kata beliau. Mengenai juruterbang pula, Anifah berkata berikutan kelembapan yang dialami industri penerbangan, juruterbang, khususnya yang muda, ditamatkan perkhidmatan. Kata beliau, memandangkan jumlah juruterbang kini berlebihan, maka golongn muda perlu meninjau tentang peluang pekerjaan sebelum mengikuti latihan dalam bidang itu. "Mamandangkan lebih RM250,000 diperlukan untuk melatih seorang juruterbang, maka langkah pertama yang perlu diambil ialah memastikan ada peluang pekerjaan untuk kerjaya ini," katanya. Mengulas cadangan seorang hadirin muda agar Pakatan pembangkang diberi peluang mentadbir Malaysia, Anifah berkata: "Kita ada dua pemimpin. "Seorang, apabila berada di luar negara, beliau mempromosi Malaysia, bertemu dengan pemimpin dunia, cuba menarik pelabur, memperjuang perkara baik dan menonjolkan pencapaian serta kemajuan kita dan sebagainya. "Seorang lagi pergi ke luar negara untuk mencerca para pemimpin Malaysia, memburuk-burukkan sistem politik kita, katanya, kami mengamalkan rasuah dan tidak menggalakkan pelaburan di buat di Malaysia. "Daripada kedua-duanya, siapa yang anda mahu memimpin negara kita dan parti mana yang anda mahu mentadbir kerajaan?" - Bernama | ||||
Posted: 09 Nov 2012 03:51 AM PST Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir keciwa kerana Putrajaya yang ditinggalkannya tidak lagi dibina dengan bangunan mengikut seni-bina Islam tetapi sudah ada yang berbentuk seperti kotak. Binaan seperti itu, baginya mungkin sesuai untuk kota raya seperti New York dan lain-lain kota Eropah, tetapi ia lari dari yang diimpiannya iaitu Putrajaya mesti seumumnya mewakili seni-bina Islam. Memang dunia umumnya bersetuju bahawa senibina berkotak-kota itu tidak termasuk dalam seni-bina Islam. Binaan Islam itu umumnya berkubah seperti yang banyak terdapat di Timur Tengah atau setidak-tidaknya seperti Taj Mahal yang terdapat di India yang dikunjung oleh jutaan manusia dari seluruh dunia sejak dulu hingga sekarang. Tetapi betulkah binaan berbentuk kotak itu bukan termasuk seni-bina Islam? Tidakkah kita terfikir bahawa bangunan batu besar terseregam yang pertama dibina oleh manusia adalah bangunan seperti kotak iaitu Baitullah atau Kaabah di Mekah. Ia dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. dan puteranya Nabi Ismail a.s. atas perintah Allah. Kaabah itu diwarisi oleh umat Islam. Walaupun ia pernah dikuasai oleh musyirikin Abu Jahal dan Abu Lahab, tetapi ia kembali dikuasai oleh Islam setelah fathul Mekah dibebaskan oleh Rasulullah SAW. Walaupun bangunan di zaman kaum Add di zaman Nabi Hud dibina tinggi-tinggi, tetapi sejarah mencatitkan binaan pertama ialah Kaabah, yang tidak berubah bentuknya iaitu seperti kotak. Nabi Ibrahim membinanya seperti yang diajarkan oleh Jibrail. Orang Islam beriman dengan Jibrail dan Nabi Ibrahim. Walaupun Nabi Ibrahim itu nenek juga kepada bangsa Yahudi/Bani Israil, tetapi Kaabah adalah milik orang Islam. Cuma orang Islam tidak pernah memikirkan bahawa seni bangunan sepereti kotak yang banagun hari ini bukan saja di New York dan Rom, tetapi ia tumbuh cepat di merata-rata di Jepun, Korea Selatan, Syria, Mesir dan lain-lain. Adappun seni-bina yang dikira mewakili Islam ialah bangunan yang dimajukan di zaman pemerintahan baik di Kardoba/Grada, benua Arab, turki, India dll. Mana yang berbentuk sseperti Kaabah itu tidak pernah dibincarakan sepanjang sejarah dan tidak peernah ada yang memikirkan ia mewakili Islam. Yang banyaknya di dunia sekarang ialah yang berbentuk kotak itu termasuk di semua negara umat Islam. Malah juru bina Islam pun kebanyakan dipeka dan tiada yang peduli sangat dengan seni-bina Islam itu. Hanya Dr Mahathir yang banyak khayalnya atas seni-seni bangunan ini mahu apa yang dikatakan seni-bina Islam itu dikembangkan semula. Oleh kerana dia berkuasa di Malaysia, dia juga sukar untuk mencelahnya di kota-kota yang pesat dengan bangunan berbentuk kotak itu. Maka dia membangunkan ibu kota baru bagi menggantikan Kuala Lumpur yang sudah lagi banyak kawasan. Dengan diam-diam dia mahu Putrajaya, atas tapak ladang kelapa sawit dulu dibangunkan sebagai kawasan berbentuk seni-bina Islam. Apa yang dikhayalkannya itu tidak pernah saya dengar diumumkannya. Dan tidak ramai pula orang yang tahu bahawa ia mesti mewarisi bangunan Islam. Kerana itulah orang terkemudian mendirikan apa saja mengikut selera juru bina dan syarikat yang terbabit. Sesudah ada yang berbentuk kotak tegak di situ, maka Dr Mahathir masih ada, lalu ditegurnya sebagai menyatakan kekewiaannya. Teguran itu kerana ada yangg berbentuk kotak. Ia dikira bukan kepunyaan Islam. Tetapi kita lupa kotak itu adalah mewakili seni-bina Kaabah dan Kaabah adalah milik orang Islam. Tidakkah yng berbentuk kota di San Fransisco, Paris, Tokyo dan Johanesberg itu adalah juga satu seni-bina Islam yang lebih dua? | ||||
Posted: 09 Nov 2012 03:50 AM PST SHAH ALAM - Pas yang akan mengadakan muktamar tahunannya di Kelantan minggu depan, menjangkakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kemungkinan akan diadakan pada tahun ini. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan maklumat yang diperoleh beliau baru-baru ini. Bahkan, kata Hadi, jangka masa akan dibubarkan Parlimen serta diadakan pilihan raya itu terlalu dekat dalam masa beberapa minggu lagi. "Ada maklumat kata pilihan raya tahun ini juga. Maka, kita (Pas) kena bersedia untuk tahun ini juga. "Bahkan, ada yang kata Barisan Nasional nak bubar dalam masa dua minggu lagi…walau pun ada yang kata (spekulasi) tahun hadapan (2013). "Tapi persediaan SPR sekarang untuk pilihan raya pada bila-bila masa. Maka, kita (Pas) juga kena bersedia pada bila-bila masa untuk pilihan raya (PRU13)," kata beliau dipetik Harakahdaily. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Ijtima' Tarbawi Pemuda Pas Negeri Terengganu bertemakan "Tarbiyah Tunjang Kekuatan Pemuda" di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang semalam. Namun kata Hadi, Barisan Nasional kini teragak-agak hendak mengadakan pilihan raya kerana bimbang dengan perubahan orang muda. "BN kini teragak-agak hendak adakan pilihan raya (PRU13) kerana takut pada undi orang muda. Mereka sangat takut dengan perubahan orang muda ini.Saya dapat maklumat terkini, jika dibiarkan lama (lambat pilihan raya) bahaya lagi. "Mereka (BN) beri BR1M, tapi ambil balik melalui saman dan orang (rakyat) faham, orang 'reti'. "Mereka (kerajaan) boleh ambil balik melalui macam-macam saman dan kenaikan. Tipu atas darat dan jika dibiarkan akan terus (kerajaan BN) dalam bahaya," jelasnya. Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan golongan muda merupakan sayap penting dalam perjuangan sama ada lelaki mahu pun wanita. Menurutnya, tenaga orang muda sangat penting apa lagi dalam konteks pilihan raya demokrasi berparlimen. Katanya, hasil lawatan kerja parti ke seluruh negara dilaporkan lebih 30 peratus dari jumlah pengundi pada PRU13 ini adalah golongan muda. "Orang muda adalah sayap penting dalam perjuangan, orang muda lelaki dan wanita, muslimin dan muslimat sama sahaja. Tenaga (muda) yang penting, apa lagi dalam konteks pilihan raya demokrasi berparlimen. "Satu undi lelaki, satu undi perempuan dan mereka (Pemuda Pas) perlu menarik orang muda terutamanya. "Dalam lawatan saya di negeri Terengganu dan negeri-negeri lain di seluruh negara. Saya dapati lebih 30 peratus pengundi-pengundi muda yang boleh jadi undi penentu pada PRU13 akan datang," katanya lagi. | ||||
[VIDEO] Serbuan Ke Malaysiakini. Bermulanya Operasi Lalang II? Posted: 09 Nov 2012 12:50 AM PST KELAB GREENBOC Kenyataan Izzah: Polis ambil keterangan Malaysiakini KUALA LUMPUR - Polis hari ini mengambil keterangan tiga pegawai portal berita pro-pembangkang Malaysiakini berhubung laporan berita berkaitan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar tentang kebebasan beragama. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata ia dilakukan atas perintah Majistret Petaling Jaya dan keterangan diperlukan untuk mengenal pasti penulis artikel itu. "Setakat ini identiti penulis artikel belum diperolehi," katanya ketika dihubungi Bernama. Keterangan petugas Malaysiakini itu diambil di pejabat portal berita berkenaan di Bangsar di sini antara 5.15 petang dan 6.55 petang tadi. Ia melibatkan sekumpulan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya diketuai Pegawai Penyiasat ASP Nadzri Harun serta unit forensik IPD Cheras. Menurut Yahaya, tiada sebarang rampasan dilakukan. Laporan portal berita pro-pembangkang pada Nov 3 itu memetik Nurul Izzah sebagai berkata, "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu." "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama....bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata." Nurul Izzah dipetik berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya. Pada sidang media di lobi Parlimen semalam, Nurul Izzah memberitahu beliau akan memberi keterangan kepada Jabatan Agama Islam Selangor di Shah Alam pagi ini. - Bernama
| ||||
MENGAPA TUAN GURU HJ HADI PILIH PEKAN? INI RAHSIANYA? Posted: 09 Nov 2012 12:42 AM PST PELIK apanya kalau Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi menawarkan diri bertanding di Parlimen Pekan? Sebelum ini pun, Tuan Guru pernah nyatakan jika boleh beliau tidak mahu bertanding di dalam PRU akan datang dan mahu tumpukan pada tugas Presiden parti sahaja. Jadi, ada dua kemungkinan mengapa Tuan Guru menawarkan diri bertanding di Parlimen Pekan menentang Najib sahabat kepada Razak Baginda yang ada kaitan dengan Altantuya itu. Kedua-dua kemungkinan itu kesemuanya menguntungkan Tuan Guru Presiden. Pertama, niat di hati Tuan Guru Hj Hadi mahu berehat dari menjadi Wakil Rakyat dan mahu tumpukan sepenuh masa untuk kerja-kerja parti selaku Presiden sahaja. Menolak kehendak Majlis Syura yang tentunya akan mencalonkan beliau untuk bertanding sudah tentu tidak akan dilakukan oleh Tuan Guru kerana di dalam PAS arahan dari Majlis Syura itu adalah amanah. Justeru itu, beliau bersetuju untuk dicalonkan tetapi mencadangkan tempatnya adalah di Parlimen Pekan. Mengapa di Pekan? Mungkin beliau rasa dan kita semua pun rasa harapan untuk sesiapa sahaja yang akan menentang PM, Najib di Pekan adalah tipis untuk menang. Faktornya, di Pekan terletaknya dua atau tiga kem tentera iaitu di Kem Bt 9, Bt 10 dan juga Askar Wataniah di Pekan. Lazimnya, kem tentera ini banyak menyumbangkan undi buat Bn. Ditambah pula di Pekan terdapatnya perkampongan 'makhluk asing' yang seakan-akan orang Kemboja. Di Pekan juga terdapat ramai kaum Orang Asli yang begitu mudah untuk diumpan oleh Najib. Apatah pula Najib tentunya akan menggunakan segala jentera kerajaan dan dana bagi membantu beliau nanti. Maka, harapan untuk tewas buat Tuan Guru Hj Hadi agak cerah atas faktor-faktor luaran ini. Jika beliau tewas, tidakkah itu 'melegakan' sedikit perasaan Tuan Guru Presiden yang sememangnya mahu berehat dari menjadi Wakil Rakyat? Bukan bererti tewas itu bagus, tetapi realitinya mungkin begitu tidak kira siapa pun bertanding di kawasan 'berpuaka' itu. Keduanya, ditakdirkan Allah, Najib, InsyaAllah, terpukang di Pekan maka satu bonus buat PAS. Mungkin hasrat Tuan Guru Presiden untuk berehat dari menjadi Wakil Rakyat gagal namun beliau pastinya tidak merasa begitu kecewa kerana kemenangan parti itu lebih penting untuk rakyat. Bukan mudah untuk tewaskan PM di kawasannya sendiri. Oleh yang demikian, kedua-duanya menguntungkan Tuan Guru Presiden. Sebab itu kita merasakan ada muslihat yang positif apabila Tuan Guru memilih Pekan sebagai tempatnya bertanding. /wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan