Jumaat, 9 November 2012

Biaqpila

Biaqpila


IMEJ HANTU DALAM GAMBAR

Posted: 09 Nov 2012 02:00 PM PST

IMEJ seorang wanita berambut panjang yang dirakam dengan telefon bimbit oleh seorang jururawat ketika kerja-kerja penyelenggaraan lif di sebuah hospital swasta di Melaka baru-baru ini.

Seorang jururawat terkejut setelah dia merakam imej lembaga wanita di hadapan lif sebuah hospital swasta di Melaka 25 Oktober lalu.

Jururawat berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Hailie, 26, berkata, imej misteri itu dirakam pada pukul 7.20 malam Jumaat lalu menggunakan telefon bimbitnya ketika sedang menunggu lif untuk menghantar pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan.


Menurutnya, sementara menunggu ketibaan lif, dia mengambil gambar kerja-kerja penyelenggaraan lif yang sedang dilakukan di situ.

Pada mulanya, saya tidak mengesyaki sesuatu yang luar biasa pada gambar ini kerana ia sedikit kabur sehingga menyebabkan saya terpaksa mengambil tiga keping gambar.


AES: JOM PAKAT LAWAN DI MAHKAMAH

Posted: 09 Nov 2012 04:00 AM PST




AES - Bertujuan menyelamatkan nyawa?

Ya ka? Bukan nak cari untung dengan koyak rabakkan poket rakyat ka?
Mai sini tengok, dalam Harian Metro... JPJ telah siarkan 14 lokasi kamera AES...
Salah satunya ialah dilokasi KM6.6 Jalan Kajang/Puchong (SKVE)
Sebelum ini hadlaju dinyatakan adalah 90kmsj tapi sekarang telah ditukar ke 80kmsj...
Nak kata apa lagi selain dari "syabas JPJ"

Atas kesedaran bahawa ada cubaan untuk mengaut keuntungan dari projek ni lah maka Kempen Anti Saman Ekor (KASE) telah melancarkan satu kempen JANGAN BAYAR KOMPAUN kerana AES adalah keliru dan celaru...

Berikut adalah soal jawab berkenaan kempen jangan bayar kompaun yang dilancarkan oleh KASE...

Ada orang tanya begini & kami juga rasa ramai yg tak faham akan tanya begini...

"PAS, you advised us not to pay and would provide legal assisstance. What are the chances of winning the case? And if we lose and if the court orders us to pay ,plus other costs, we will end up paying more than the RM300. Its very honourable for PAS to set up such a counter and we thank PAS for that, but we need to know what we are up against, an air-tight rules or rules with loop-holes to exploit?"
Untuk makluman, kami syorkan supaya jangan bayar kompaun krn kompaun adalah tawaran. sebaliknya setiap yang terima saman AES hadir ke Mahkamah seperti yang telah dinyatakan dalam Saman & kami akan sediakan bantuan guaman percuma. Bantuan guaman terbahagi kepada dua.

Pertama jika hari pertama hadir ke Mahkamah, org yg disaman [OKS] hendak mengaku salah, dendanya tetap minimum RM300 tetapi kami boleh bantu dari segi membuat rayuan [mitigation] kpd Mahkamah supaya hukuman yang dikenakan adalah ringan & mungkin boleh lepaskan dengan bond jaminan berkelakuan baik. Jika Mahkamah tidak terima maka kemungkinan dendanya RM300 tetapi duit RM300 tersebut akan masuk ke akaun denda Mahkamah yang akan dimasukkan dalam akaun wang disatukan kerajaan. Jadi syarikat pengendali AES akan mengalami masalah untuk dapatkan komisyen RM16 mereka. Jika bayar kompaun kpd JPJ, senang JPJ nak berikan komisyen kpd syarikat pengendali.

Kedua : jika OKS tidak mengaku bersalah & minta dibicarakan, maka kami akan membantu untuk bicara di Mahkamah. Proses Mahkamah seperti biasa akan dijalankan di mana pihak JPJ perlu membuktikan segala tuduhan mereka. Adakah boleh menang? Tak siapa boleh janji menang tetapi peguam kami tahu apa yang mereka lakukan dan kami akan pastikan kita bersedia untuk lawan mereka mempertahankan hak OKS...

Bagaimana dengan bayaran denda & kos2 lain jika kalah kes.? Dalam kes kesalahan trafik, jika OKS diputuskan bersalah [kalah], OKS hanya perlu bayar denda sahaja & tiada kos2 lain.. kalau denda RM300, maka RM300 itu sahaja yg perlu dibayar.

Adakah perlu hadir ke mahkamah setiap kali bicara? Menyusahkan... Jika bicara, insyaallah peguam akan mohon supaya kehadiran OKS dikecualikan... Insyaallah... Kita berusaha... kami berusaha.. tanpa kerjasama anda ... apa kami boleh buat... kami sedia membantu tetapi kalau anda sendiri merasa susah untuk bantu diri anda.. apa lagi yg kami boleh buat....


Sekian, harap maklum...

shalehudin


BERTUDUNG BERBAJU SENDAT

Posted: 08 Nov 2012 11:13 PM PST




Oleh : Selatanonline

Kita berpakaian untuk melindungi tubuh, untuk nampak lebih berketerampilan, juga sebagai melaksanakan sunnah yang dianjurkan Islam. Namun tidak semua konsep berpakaian menepati syariat, malah ada ketikanya ia mendatangkan 'bala' pula kepada kita. Ini sama seperti pesan Rasulullah lewat hadis baginda;

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Ada dua macam penghuni neraka yang kedua-duanya belum kelihatan olehku. Pertama, kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang lain. Kedua, wanita yang berpakaian tetapi sama seperti telanjang (kerana pakaiannya tidak menutup aurat,

Nipis dan mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya dilihat bukan muhrim) dan wanita yang mudah dirayu dan juga suka merayu. Wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh." (Sahih Muslim)

Salah satu budaya malang yang menimpa wanita Islam dewasa kini ialah budaya berpakaian tetapi telanjang. Kebanyakan wanita hari ini berpakaian mengikut fesyen walaupun ada sesetengah fesyen yang dikenakan amat bertentangan dengan syariat Islam. Ada sesetengah wanita pula menyangkakan bahawa dengan bertudung, mereka sudah menutup aurat, sedangkan apa yang mereka sarungkan di tubuh badan mereka hanyalah pakaian yang nipis melayang ataupun yang ketat dan sendat seperti nangka dibalut dan nampakkan segala-galanya. Ada juga yang menenakan tudung tetapi menampakkan lengan (short sleeve).

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a. bahawa ketika Asma' binti Abu Bakar r.a. bertemu dengan Rasulullah SAW, ketika itu Asma' sedang mengenakan pakaian tipis, lalu Rasulullah SAW memalingkan muka seraya bersabda, "Wahai Asma'! Sesungguhnya, jika seorang wanita sudah sampai masa haid, maka tidak layak lagi bagi dirinya menampakkannya, kecuali ini ..." (baginda mengisyaratkan pada muka dan tangannya).


Kenapa wajib menutup aurat? Jawapannya ada dalam al-Quran, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, "Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang." (Surah al-Ahzab [033], ayat 59)

Dalam urusan berdandan atau berhias-hiasan bagi golongan isteri juga haruslah dilakukan menepati syariat seperti mendapat izin suami terlebih dahulu. Ini ditegaskan Rasulullah SAW seperti yang diceritakan daripada Asma Abu Bakar mengenai seorang wanita yang datang bertanya kepada Rasulullah, "Saya mempunyai kemusykilan. Berdosakah kalau saya berdandan dengan harta suami yang belum diberikannya kepada saya?" Balas Rasulullah SAW, "Orang yang berdandan dengan apa yang belum diberikan suaminya, sama dengan memakai dua helai baju palsu (penuh dosa)." (Sahih Muslim)

Renung-renungkan!

loveloveislam


Debat dulu, baru cakap soal bertanding kerusi mana

Posted: 08 Nov 2012 05:00 PM PST

KUALA LUMPUR 8 November: Pemimpin Umno patut mendesak Datuk Seri Najib Razak menyahut cabaran debat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum memandai-mandai menetap kerusi mana bakal ditandingi Ketua Pembangkang itu.

Merujuk cadangan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee untuk meyaksikan Anwar dan Najib bertanding di kawasan sama, Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty, berkata sesi debat lebih utama untuk kebaikan rakyat.

"Debat pun takut, takkan Najib sanggup lawan. Jadi saya sarankan Syed Ali supaya cabar Najib debat dulu, baru fikir untuk bertanding di mana-mana.

"Kita masih tunggu Najib terima atau tidak berdebat dengan Anwar. Itu yang rakyat tunggu-tunggu untuk jadikan negara ini melalui proses demokrasi yang sihat.

"Kita tengok sahaja debat antara Obama dengan Romney. Itu yang kita juga mahukan. Ia akan beri harapan baru kepada negara," katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.

Muhammad Nur juga menyifatkan cadangan Syed Ali Alhabshee itu untuk bertanding kerusi Parlimen Pekan pada pilihan raya akan datang, tidak berasas, malah menganggap tindakan itu hanya memalukan Perdana Menteri yang gagal menyahut cabaran debat walaupun surat pelawaan beberapa kali dihantar tetapi tiada jawapan.

Semalam, Syed Ali mendakwa Anwar tidak berani bertanding di Pekan sedangkan sokongan rakyat terhadap Ketua Umum KEADILAN itu semakin hari, semakin bertambah hinggakan Najib Razak sehingga kini tidak berani membubar Parlimen.

"Isu pokok bukan bertanding di mana-mana tapi berani ke Najib nak bertanding dengan Anwar. Kita dahulukan debat, tengok macam mana, rasanya lebih 'afdal' buat apa yang rakyat mahukan," katanya.

KD

Tiada ulasan: