DIALOG RAKYAT |
- Bijih nadir bumi tiba di Kuantan, dikawal ketat polis
- DUN S'gor tegang seketika di akhir penggulungan bajet
- ADUN Umno didakwa hambur kenyataan seksis pada Eli
- Minyak sawit ke Israel, demo di pejabat Felda esok
- Skandal RM40 Juta : Bukti Baru Diserah Kepada ICAC Hong Kong
- Speaker Teng: Orang Luar Boleh Buat Sidang Media Di Dewan Negeri Selangor
- Wifi Percuma Dijangka Siap Awal Januari 2013
- Sidek Jangan Lacurkan Cendekiawan Sdr
- Penjara lima tahun, denda RM10 juta jika dedah maklumat pelanggan
- 81,950 orang melepaskan kewarganegaraan sehingga Ogos lepas
- Bung Mokhtar: Saya akan ajar mereka yang kurang ajar
- AES mudahkan BN kalah PRU-13
- Saham Lynas melonjak 10 peratus
- Gaduh kerana air
- Adun Kota Siputeh diarah keluar Dun
- AES kekal, tiada cadangan beri diskaun saman
- 2,020 ibu tunggal saman Kerajaan Selangor tuntut RM10.9 juta
- Isu Talam selesai: Putar belit BN masuk tong sampah
- Najib dan BN masih pinggirkan kaum India
- Sabotaj parti: Dua ahli Umno dipecat
- 'Inilah jodoh kami' - Apex & Leuniey
- Keputusan ketepi kes Bersih 3.0 bergantung kepada taktik Umno
- Pemimpin Umno jaja istilah Islamik kaburi penyelewengan – Anwar
- Ratusan mangsa AES mahu cabar kerajaan di mahkamah
- Australia bangunkan AES tapi akui gagal kurangkan kemalangan
Bijih nadir bumi tiba di Kuantan, dikawal ketat polis Posted: 22 Nov 2012 03:25 PM PST dikemaskini Lebih 100 kontena yang mengandungi bijih nadir bumi telah tiba di Pelabuhan Kuantan hampir tengah malam semalam di bawah kawalan ketat luar biasa pihak polis. Pengerusi Gabungan Stop Lynas, Andansura Rabu, yang berada di pelabuhan, memberitahu Malaysiakini bahawa sebilangan besar anggota polis dan kakitangan Lynas berada di dok malam tadi. Menurutnya, kira-kira 102 kontainer tiba di Pelabuhan Kuantan pada kira-kira jam 11 malam, yang beliau syaki mengandungi bahan mentah untuk loji nadir bumi Lynas di Gebeng. Sementara itu, Lynas telah mengeluarkan satu kenyataan ringkas hari ini mengesahkan berita tersebut. "Lynas Corporation ingin mengumumkan bahawa kira-kira 100 kontena nadir bumi pekat kini telah tiba di Kuantan," umum Lynas dalam lamanweb rasminya hari ini. Pada Isnin, Lynas mengumumkan pemprosesan bahan mentah akan bermula bulan depan selepas memenangi kes mahkamah terhadap aktivis yang menentang kehadiran loji, yang bimbang bahaya sisa radioaktif. Menurut Andansura, pengangkutan kontainer tersebut ke loji tersebut, sejauh kira-kira 7km jauhnya bermula antara jam 1 pagi hingga 2 pagi. Katanya, ia dipindahkan oleh trak kontena yang diiringi oleh pihak pollis dan proses itu masih berterusan pada 8 pagi. Tiada gambar dibenarkan Walaupun dokumen pelabuhan tidak menyatakan bahan yang disimpan di dalam kontena tersebut, Andansura berkata kehadiran ramai polis mendorongnya untuk mempercayai bahawa ia adalah bijih nadir bumi dari Australia. Beliau juga mendakwa bahawa polis telah menutup jalan utama dari pelabuhan ke loji tersebut, dan menggunakan tiga kereta polis untuk mengiringi trak kontena itu. Terdapat dua lagi kenderaan polis yang diletakkan di pelabuhan. Polis menghalang Andansura dan beberapa aktivis anti-Lynas yang lain daripada mengambil gambar dan mereka berulangkali dilarang dari menghampiri kawasan itu. Dalam satu kenyataan rasmi lewat pagi ini, Lynas mengesahkan bahawa kira-kira 100 kontena nadir bumi pekat kini telah tiba di Kuantan, dan sebahagian besar kontena tersebut kini telah sampai di loji Lynas (Lamp). Lynas menjangka bahawa peleburan pertama dan permulaan operasi di Lamp akan berjalan dalam dalam hari-hari akan datang. Kontena itu tiba ketika gabungan anti-Lynas Himpunan Hijau sedang mengadakan perarakan sejauh 300km dari Kuantan ke Kuala Lumpur, manakala satu lagi kumpulan SMSL (Save Malaysia, Stop Lynas) berada di Australia untuk melobi menentang loji tersebut. | ||||
DUN S'gor tegang seketika di akhir penggulungan bajet Posted: 22 Nov 2012 03:17 PM PST DUN SELANGOR Sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini tegang seketika selepas Anggota Dewan Undangan Negeri Taman Templer Datuk Subahan Kamal membidas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa beliau menggulung perbahasan ucapan Bajet 2013. Subahan berkata beliau tidak memahami dan bingung dengan penerangan Abdul Khalid mengenai belanjawan itu. "Saya makin lama makin bingung kerana saya tidak faham apa Menteri Besar dok cakap. Ini kursus kira-kira, accounting... ini kursus di UiTM atau nak bentangkan bajet?. "Tapi bila menjawab tu, biarlah menjawab terus kepada persoalan yang dibangkitkan bukan pusing satu dunia sampai ke Afrika sampai ke Amerika," katanya menyebabkan Speaker Datuk Teng Chang Khim meminta Subahan menarik balik perkataan bingung kerana ia bersangka jahat. Subahan menjawab beliau tiada masalah untuk menarik balik perkataan itu dan menyatakan bahawa Menteri Besar faham maksud beliau. Bagaimanapun, Teng berkata dengan menjawab boleh tarik balik tidak memberi erti jika Subahan tidak melakukannya. "Saya tarik balik," kata Subahan dan Teng berkata: "Tarik balik apa?" "Bingung tak salah, bingung bukan sangkaan jahat," jelas Subahan. Keadaan itu membuatkan anggota-anggota pembangkang dari Barisan Nasional seperti Datuk Amiruddin Setro (BN-Jeram) naik marah dan bangun memprotes tindakan Teng itu. Keadaan turut menjadi hingar bingar menyebabkan pembesar suara di tempat duduk pembangkang ditutup. Teng turut mengarahkan Amiruddin supaya duduk tetapi beliau enggan menyebabkannya diarah keluar selama sejam dari sidang dewan mulai 5.10 petang. Keadaan menjadi tenang selepas Teng meminta pihak pembangkang bersabar untuk membolehkan Abdul Khalid menggulung perbahasan. Terdahulu, Abdul Khalid berkata cara perbelanjaan dibuat pada masa ini berbeza dari dulu kerana kecanggihan dan kepantasan teknologi maklumat. "Kalau dahulu maklumat agak lambat diperoleh, tetapi kini maklumat seperti prestasi kutipan hasil dapat diperolehi dalam tempoh tiga bulan dan ini memudahkan perbelanjaan dapat diselaraskan dengan peningkatan pendapatan. "Itu adalah antara sebab mengapa pada tahun lepas, setiap kali sidang dewan diadakan peruntukan tambahan dimohon oleh kerajaan negeri," katanya. Beliau berkata demikian sebagai menjawab perbahasan Ketua Pembangkang Selangor Datuk Muhamad Satim Diman (BN-Seri Serdang) yang sangsi Bajet 2013 kerajaan negeri berjumlah RM1.63 bilion akan kekal kerana kemungkinan ada permohonan peruntukan tambahan seperti tahun-tahun sebelumnya. Sidang dewan disambung esok. - Bernama | ||||
ADUN Umno didakwa hambur kenyataan seksis pada Eli Posted: 22 Nov 2012 03:14 PM PST Seorang wakil rakyat pembangkang Datuk Mohd Isa Abu Kasim mencetus ketegangan di persidangan DUN Selangor hari ini apabila beliau didakwa menghamburkan kenyataan seksis terhadap anggota exco Elizabeth Wong. Mohd Isa dalam perbahasan itu antara lainnya berkata beliau gembira kerana exco berkenaan terus menjaga kawasan rizab hutan untuk menghalang pencerobohan. "...(Tapi) jangan sampai lupa jaga hutan diri you sendiri," katanya lagi. Beliau sebelum itu mencabar Elizabeth supaya mengemukakan saman terhadap akhbar The Star berhubung laporan mengenai dakwaan pencerobohan ke atas kawasan rizab hutan Taman Templer. Wong ketika menyambung ucapannya selepas itu menyifatkan kenyataan Isa itu sebagai cubaan untuk bertindak "nakal-nakal" terhadapnya. "Tak apalah. Ini adalah perangai Umno-BN. Kita sudah sedar, tak payah jawablah. "Anda dan saya tahu. Tak apa, nak hina wanita, hinalah. Ini Umno-BN," kata Wong. Dalam satu sidang media selepas itu, Wong berkata golongan wanita perlu menolak wakil rakyat BN atas sikap yang ditunjukkan oleh Mohd Isa. Isu berkenaan turut dibangkitkan exco hal ehwal wanita Rodziah Ismail dalam perbahasannya selepas itu, dengan menyifatkan kenyataan Mohd Isa sebagai "seksis dan lucah" dan menggesa Isa dirujuk ke jawatankuasa hak dan keistimewaan Dewan. | ||||
Minyak sawit ke Israel, demo di pejabat Felda esok Posted: 22 Nov 2012 02:59 AM PST
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) sekali lagi mengajak orang ramai menyertai penyerahan memorandum membantah penjualan minyak sawit mentah Felda kepada syarikat milik Israel. Memorandum akan diserahkan ke Ibu Pejabat Felda, Jalan Semarak selepas Solat Jumaat esok. Menurut Pengerusi Anak Lembah Klang, Nasaie Ismail, penyerahan memorandum akan disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik. "Penyerahan akan diketuai Presiden Anak, Mazlan Aliman dan diiringi Timbalan Presiden PAS, Muhamad Sabu, Ketua Pemuda, Nasruddin Hasan serta beberapa pemimpin dan lain-lain," kata beliau kepada Harakahdaily. Justeru, orang ramai diminta menunaikan Solat Jumaat di Masjid UTM Jalan Semarak sebelum berarak ke Pejabat Felda. Ahad lalu, Mazlan sewaktu berucap di Muktamar Tahunan PAS di Putik, kelantan mendedahkan dokumen berupa invois penjualan minyak sawit mentah Felda kepada syarikat milik Israel. Beliau mensasarkan 5,000 orang menyertai penyerahan memorandum esok. | ||||
Skandal RM40 Juta : Bukti Baru Diserah Kepada ICAC Hong Kong Posted: 22 Nov 2012 02:32 AM PST KUALA LUMPUR : Delegasi PKR ke Hong Kong bagi mendedahkan kes dakwaan rasuah RM40 juta yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menemui bukti baru berhubung kes terbabit. Di ketuai Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam kenyataan medianya berkata, beliau mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan James To, pemimpin Parti Demokrat yang juga Naib Pengerusi, Penal Keselamatan Majlis Perundangan Hong Kong. Majlis perundangan tersebut bertanggungjawab memantau kebebasan dan keberkesanan badan penguatkuasa undang-undang di Hong Kong, termasuklah Suruhanjaya Bebas Mencegah Rasuah (ICAC). Dalam pertemuan itu, James mengaturkan supaya satu perjumpaan segera diadakan dengan pegawai-pegawai ICAC menerima bukti baru dari Malaysia berhubung kes dakwaan rasuah RM40 juta yang dikaitkan dengan Musa Aman. James juga menyatakan sokongan beliau membawa kes ini dan hadir bersama-sama dengan delegasi PKR untuk menyerahkan bukti baru kepada ICAC. Mengambil kira kenyataan terbuka Kevin Zevros, Ketua Pendakwa Hong Kong bahawa beliau bersedia untuk membuka semula siasatan sekiranya mendapat bukti baru. Delegasi PKR telah menyerahkan satu laporan (dan dokumen sokongan) mengenai 3 perkembangan baru yang boleh membantu siasatan ini: 1. Kenyataan Datuk Seri Lajim Ukin bahawa beliau tidak pernah tahu menahu bagaimana Umno telah mendapat sumbangan derma RM40 juta, seperti alasan yang digunakan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk menghentikan siasatan ICAC 2. Kenyataan Datuk Seri Wilfred Bumburing bahawa beliau tahu wang RM40 juta itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi seseorang (bukannya akaun Umno) yang menguatkan lagi pandangan ramai bahawa wang itu bukanlah derma kepada Umno 3. Pendedahan bahawa anak Datuk Seri Nazri Aziz mendapat habuan dalam bentuk sebuah kereta mewah menimbulkan keraguan bahawa Datuk Seri Nazri Aziz mempunyai kepentingan di dalam kes ini yang boleh mempengaruhi kesahihan maklumat yang diberikan oleh pihak berkuasa Malaysia kepada ICAC Delegasi PKR percaya bahawa ketiga-tiga bukti baru ini mengesahkan bahawa dakwaan pihak berkuasa Malaysia bahawa wang RM40 juta itu merupakan derma kepada Umno adalah tidak benar. Oleh kerana ICAC terpaksa menutup penyiasatan sebelum ini kerana pihak berkuasa Malaysia memberikan gambaran yang tidak tepat, bukti-bukti baru ini diharapkan dapat membuka semula kes RM40 juta membabitkan Dato' Seri Musa Aman. Selain dari perbincangan mengenai ketiga-tiga perkembangan tersebut, delegasi PKR bersetuju untuk menyerahkan lebih banyak bukti termasuklah bukti transaksi di Hong Kong kepada ICAC dalam tempoh tiga minggu akan datang untuk membantu siasatan ICAC. "Saya percaya isu ini tidak akan mati seperti sebelum ini dengan sokongan dan minat yang ditunjukkan oleh pimpinan Hong Kong dan media di sini. Misi delegasi ini telah pun mendapat liputan di dalam media tempatan dan satu sesi penerangan khas kepada pihak media akan diadakan pada jam 3 petang ini," jelas Rafizi. Turut serta dalam delegasi tersebut ialah Ahli Parlimen Selayang, William Leong dan Adun Teja, Chan Lih Kang | ||||
Speaker Teng: Orang Luar Boleh Buat Sidang Media Di Dewan Negeri Selangor Posted: 22 Nov 2012 02:27 AM PST SHAH ALAM : Kerajaan Negeri tidak bercadang menguatkuasakan larangan penggunaan sudut media di lobi Dewan Annex oleh orang luar sepertimana diputuskan oleh parlimen Malaysia kata, Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Datuk Teng Chang Khim. Sebaliknya menurut Teng, sesiapa sahaja berhak mengadakan sidang media selagi mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan. "Bagaimanapun, kita menghalang sebarang bentuk demonstrasi atau bantahan yang akan menimbulkan kekecohan di sini," katanya dalam sidang media di SUK, hari ini. Katanya, pelaksanaan larangan di Parlimen itu disifatkan sebagai menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara atau menyatakan pandangan mereka terhadap sesuatu perkara. Awal November lalu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan larangan lisan penggunaan sudut sidang media di lobi parlimen oleh mereka yang bukan ahli Parlimen. Dalam sidang media sama, Teng turut menerangkan garis panduan yang akan diguna pakai oleh Adun dalam mesyuarat Dewan Negeri yang dikuatkuasa serta-merta. Antaranya, berkenaan Peraturan Tetap 24 di mana masa untuk Menteri Besar memberi jawapan lisan kepada setiap pertanyaan adalah terhad kepada tiga minit, masa untuk Adun mengeluarkan pertanyaan tambahan adalah terhad kepada 30 saat dan masa untuk Menteri Besar memberi jawapan balas terhad kepada tiga minit. Sementara itu, di bawah Peraturan Tetap 26 menerangkan sesuatu usul yang dicadangkan itu akan digugurkan sekiranya tidak memperolehi sokongan daripada seorang Adun lain untuk dibahaskan. "Berkenaan Peraturan 66(4), masa yang diperuntukkan bagi membincangkan setiap kepala perbelanjaan dalam anggaran-anggaran perbelanjaan atau maksud dalam jadual Rang Undang-undang hendaklah tidak kurang daripada setengah jam. "Pada akhir perbincangan, mana-mana kepala anggaran-anggaran perbelanjaan atau maksud dalam jadual Rang Undang-undang, Menteri Besar boleh meminta izin untuk membuat penggulungan selama tiga minit. "Walau apa pun yang diperintahkan di sini, Tuan Speaker atas pertimbangannya boleh melanjutkan had masa yang ditetapkan mengikut keadaan dan keperluan masa," katanya lagi. | ||||
Wifi Percuma Dijangka Siap Awal Januari 2013 Posted: 22 Nov 2012 02:25 AM PST SHAH ALAM : Pemasangan internet jalur lebar (wifi) keseluruh negeri Selangor sedang rancak dilaksanakan dan dijangka siap pada awal Januari 2013. Exco Wanita, Kebajikan, Sains,Teknologi dan Inovasi Rodziah Ismail berkata Kerajaan Negeri sudah mengenal pasti lokasi yang dicadangkan antaranya kawasan yang belum mempunyai perkhidmatan wifi. Selain itu, kawasan tumpuan awam dan kawasan kepadatan penduduk yang tinggi dan berpendapatan sederhana atau ekonomi yang sederhana rendah serta rendah. Rodziah menambah Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama yang berjaya melancarkan Projek Selangor Public Integrated Network System (SPINS). Katanya, sebanyak 200 lokasi sudah dikenal pasti di seluruh MBPJ dalam melaksanakan projek itu. "Projek ini merangkumi kemudahan internet percuma secara wifi yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna dengan mengintegrasikan semua usaha-usaha Kerajaan Negeri selain memudahkan berinteraksi dengan sistem kerajaan," katanya yang menjawab pertanyaan lisan daripada Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz. Jelasnya, perkhidmatan wifi percuma yang ditawarkan kepada rakyat mengambil kira konsep pemberian air percuma oleh Kerajaan Negeri yang mana setiap pengguna wifi percuma itu diberikan penggunaan selama 30 minit dan selepas itu, pengguna perlu log masuk semula. Menjawab soalan tambahan daripada Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha berkenaan terdapat aduan perkhidmatan wifi tiada dapat digunakan, Rodziah berkata Kerajaan Negeri sudah merujuk kepada pihak MBPJ berkenaan perkara itu. "Perkhidmatan wifi yang dimaksudkan mengalami masalah teknikal itu adalah di Petaling Jaya tetapi hanya berlaku sedikit masalah teknikal," katanya. Untuk rekod, sejak 2008 hingga 2012, sebanyak 332 lokasi dipasang perkhidmatan wifi dan sebanyak 15 buah Pusat Siber Rakyat ditubuhkan. | ||||
Sidek Jangan Lacurkan Cendekiawan Sdr Posted: 22 Nov 2012 02:22 AM PST MSO Malam tadi saluran televisyen propaganda Umno No 3 telah menyiarkan rakaman slog SoalJawab yang menampilkan cendekiawan Melayu yang juga seorang da'i dan murabbi negara bernama Sidek Baba. Isu yang dibahaskan - disoal dan dijawab dari satu pihak, ialah mengenai kontroversi doa yang dibaca selepas solat hajat di di stadium Sultan Muhammad Ke IV di Kota Bharu, yang antara lain meminta agar kerajaan BN KO atau hancur.
Alasan doa itu dipohonkan kepada Allah s.w.t. kerana kerajaan BN telah berlaku zalim dan penganiayaan kepada rakyat. Saluran tv propagnda No 3 itu seperti juga ahli Umno kepanasan dan tidak boleh duduk diam ikut bangkit sama mempertahankan kerajaannya dan dalam masa sama menghentam Pas yang menganjurkan doa berkenaan. Tv No 3 berkenaan cuba menggambarkan kepada umum, Pas sebuah parti yang unIslamic dan berperangai buruk dan salah akidah. Salah satu ikhtiar untuk memburuk Pas sebenarnya, bukan menjernihkan keadaan maka Sidek Baba dipanggil untuk bersekongkol dengan Umno. Maaflah taraf Sidek Baba dalam mempertahankan isu doa ini lebih kurang taraf anak dara tua yang sanggup memjadikan ibunya sebagai alat kerana mahu melepas dendamnya kepada Anwar Ibrahim. Kenapa dikatakan begitu kerana kalau tv 'cepuah' berkenaan bersikap adil, soaljawab itu tidak hanya menampilkan satu pihak sebaliknya menampilkan sama seorang yang bertindak sebagai menjawab dan membela Pas berhubung doa berkenaan. Tetapi apakah daya setakat itu sajalah tahap profesionalisme kebebasan media di negara ini, selalu bersikap memasukkan seseorang yang dibencinya dalam guni kemudian dilanyak dan dipukul beramai-ramai. Mengikut rancangan itu semalam barang kali bukan saja saya, tetapi orang lain juga yang sebelum ini mengkagumi Sidek sebagai seorang ahli akademik atau menurutnya sendiri sebagai da'i dan murabbi terkejut dan terbeliak mata mendengar hujah dan juga alasan yang diberikannya. Mungkin ada yang tidak sangka sudah sejauh itu Sidek Baba sekarang terhayut dan lara didalam arus Umno. Iya, kalau kita tidak tahan dengan asakan dan paluan Umno tetapi janganlah sehingga chasisnya lari begitu jauh. Orang berstatus seperti Sidek bukan bukan menjadi penghasut menyesatkan Umno tetapi memberi pencerahan. Itu sepatutnya. Saya berkata ini bukan apa, Sidek yang hari pertama saya mengenali dan berjumpa dengannya seorang yang berani, nampak istiqamah dengan perjuangan. Jarang seorang akademik dan profesionalisme yang setegasnya waktu itu. Itulah menyebabkan saya meletakkan rasa hormat tinggi kepadanya. Tetapi hanya sedikit saja ujian Allah campakkan ke atasnya, ditangkap kemudian ditelanjakan, Sidek sudah jadi hilang akal sudah memusnahkan mahkota dirinya selama ini. Tentang doa itu tampaknya Sidek sepakat dengan pandangan orang Umno lain yang merasakan doa itu tidak kena ataupun tidak sesuai dibaca kerana doa seperti itu tidak pernah dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w. Bagi Sidek doa KO BN itu sebagai melampau dan menyesalkan. Katanya tidak ada berlaku sebelum ini orang Islam mendoakan kehancuran orang Islam lain. Di dalam 'perkuk' akademiknya, Sidek berpendapat doa itu tidak wajar dihalakan kepada kerajaan BN kerana kerajaan BN tidak zalim dan tidak boleh dipohonkan Allah binasakannya. Apa yang dipatutnya didoakan minta agar kerajaan sejahtra. Sidek lantas memberi bukti menunjukkan kerajaan BN adil dan berlaku saksama dengan mengatakan di universiti tempatnya mencari makan, (Universiti Islam Antarabangsa) telah membuka atau turut memberi peluang kepada anak-anak penyokong pembangkang memasuki universiti berkenaan. Kerajaan juga telah banyak menyediakan segala macam kemudahan untuk rakyat. Beliau juga turut menyebut peranannya (angkat bakul sendiri) mengatakan telah menganjurkan beberapa program untuk kebaikan anak bangsa. Dari itu nampak semacam benar kata-kata pandita ini. Tetapi soalnya apakah hanya dari sudut itu saja untuk diterima bahawa kerajaan BN telah berlaku adil. Itulah yang Sidek nampak dan ianya sangat naif sekali. Kenapa Sidek mempersempitkan minda sendiri semata-mata untuk membela Umno. Umno boleh dibela dalam kerangka yang lebih luas dan rasional. Sebagai seorang ilmuan dia anggap cendekiawan dia sepatutnya menyuluh dengan lebih luas lagi untuk melihat sejauh mana keadilan BN yang dipujinya itu. Beliau patut melihat doa yang dibaca itu dalam konteks politik dan lokasi di mana ianya dibaca. Mungkin dari segi politik apa pun alasan doa seperti itu tidak wajar. Tetapi apa yang mustahak dilihat ialah lokasi doa itu dibaca, iaitu di Kelantan. Kita selalu mengatakan keadilan itu kerana meletakkan sesuatu di tempatnya? Dalam konteks Kelantan doa itu adalah sesuai kerana kezaliman dimaksudkan itu berlaku di Kelantan. Sidek tidak akan merasakan kerajaan BN zalim dan kalau beliau tidak menyuluh dari sudut itu. Dan beliau tidak mengatakan kerajaan BN adil dan tidak kejam kerana memberi peluang untuk hidup senang lenang kepadanya. Pendapat begitu telah tidak meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Untuk lebih adil sebelum bercakap, Sidek perlu duduk di Kelantan, menyelam hati dan perasaan orang Kelantan dan melihat dengan mata murabbi dan cendekiawannya apa berlaku di sana. Sidek kena tanggakan spek brand Umno yang dipakai itu, barulah ia dapat melihat dan menilai dengan adil kemudian membuat justifikasi terhadap doa demikian. Beliau kena interviu rakyat Kelantan bukan saja yang sewarna dengannya tetapi warna-warna lain juga. Untuk itu Sidek kena faham apa itu federalisme dan juga memahami apa yang digaris dalam persetujuan semasa membentuk kerajaan bersekutu dulu. Keadilan itu boleh diiktiraf apabila ia memberi kesamaan hak kepada semua tanpa dipisah oleh fahaman dan ideologi politik. Adalah tidak adil dan sesuatu kekejaman juga kalau Sidek membuat ulasan itu dengan mengambil kira apa yang beliau lihat dari luar Kelantan. Mengenai kezaliman BN di Kelantan semua orang sudah mengetahuinya. Apakah bagi Sidek itu bukan zalim dan ia hanya satu penderaan politik kerana tidak semua orang Kelantan menyokong BN? Doa yang meminta BN dihancurkan itu bertolak dari kezaliman dan pengkhianatan kerajaan BN ke atas Kelantan itu. Doa itu tidak akan lahir kalau bukan kerana kezaliman yang dirasai. Doa itu adalah berbentuk umum kepada parti BN dan bukan individu di dalam Umno. Saya juga akan menentang kalau ada pihak yang mendoakan secara khusus kepada mana-mana individu di dalam BN atau mana parti politik. Tetapi doa di stadium malam itu bersifat general ke atas BN sebagai sebuah kerajaan bukan sebagai individu insan beragama Islam. Doa-doan sebegitu bukan tidak pernah dibaca oleh para ulamak dan aulia. Kezaliman kerajaan Firauan, Haman, Namrud dan sebagainya dibaca, malahan ianya diperpanjangkan sampai ke hari ini. Malaysia sendiri membaca doa itu untuk melaksanakan Israel dan zionis. Apakah tidak terlatas di telinga Sidek. Nah... status atau pun kedudukan doa terhadap kejahanaman Isrel itu samalah dengan status doa di stadium itu dalam konteks kezaliman kerajaan BN ke atas rakyat Kelantan. Sebagai murabbi Sidek tentu membaca dan menelaah al Quran. Cuam Sidek cari apa yang saya katakan ini dan faham dengan betul. Saya mintalah Sidek duduk mencakung atas tunggul mati dan kentut... cuba hidu! Sebagai ahli akademik dan cendekiawan Sidek patut menggunakan ilmu atau kedudukannya itu di tempat yang seadil-adilnya. Beliau patut sedar orang atau golongan sepertinyalah diharapkan oleh rakyat untuk menyatakan sesuatu dengan benar. Orang berilmu selalunya bercakap benar, tidak mudah terpengaruh ataupun menjadi pelesit kepada mana-mana pihak. Malangnya dengan apa yang dilontarkan Sidek menerusi slog soaljawab sehala itu, dengan menggunakan bahasa yang tertib dan wajah yang tawaduk beliau ikut sama mencemarkan dirinya dengan pandangan ilmiah yang beliau berikan. Cara Sidek mempertahankan kerajaan BN tidak zalim sama seorang perempuan yang bertutup aurad, nampak warak, sopan santuh tetapi sedia melacurkan diri untuk mendapat rezeki. Biarlah saya katakan kepada cikgu Sidek ini bukan tidak boleh menyokong Umno kerana kita ada pegangan dan pandangan masing-masing, tetapi kalau sampai melacurkan cendekiawan yang ada kerana tidak mahu susah payah dan takut diuji ia sesuatu yang sangat keji. Ingatlah masud sepotong firman; tidak dikatakan kamu sudah beriman kalau kamu tidak diuji. | ||||
Penjara lima tahun, denda RM10 juta jika dedah maklumat pelanggan Posted: 22 Nov 2012 02:19 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Seseorang yang mempunyai akses kepada apa-apa dokumen atau maklumat berhubung hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan suatu institusi kewangan adalah dilarang untuk mendedahkannya kepada orang lain. Ini termasuk institusi kewangan atau mana-mana orang yang atau pernah menjadi pengarah, pegawai atau ejen institusi kewangan itu. Sesiapa yang disabitkan kesalahan itu boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi RM10 juta atau kedua-duanya. Peruntukan itu terkandung di dalam Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan 2012 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin. Larangan itu adalah di bawah Fasal 133 yang diperuntukkan dalam Penggal 4 'Maklumat dan kerahsiaan' rang undang-undang itu. Bagaimanapun, rang undang-undang itu mengecualikan peruntukan kerahsiaan terhadap apa-apa dokumen atau maklumat berhubung dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan bagi sesuatu institusi kewangan. Pengecualian itu meliputi maklumat yang didedahkan kepada bank oleh mana-mana pegawainya atau mana-mana orang yang dilantik di bawah rang undang-undang ini atau Akta Bank Negara 2009 bagi maksud melaksanakan apa-apa kuasa atau fungsi bank di bawah rang undang-undang ini atau Akta Bank Negara 2009. Rang undang-undang tersebut turut menyebut secara khusus pendedahan yang dibenarkan yang terkandung dalam seksyen 134. Antaranya pihak institusi kewangan atau pengarahnya atau pegawainya boleh mendedahkan apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubung dengan hal ehwal atau akaun pelanggannya kepada orang lain yang telah ditentukan. Selain itu, dokumen atau maklumat yang dibenarkan secara bertulis oleh pelanggan, wasi atau pentadbir pelanggan kepada orang yang dibenarkan oleh mereka. Pengecualian turut diberikan jika pelanggan diisytiharkan bankrap di Malaysia atau di mana-mana negara, wilayah atau di luar Malaysia apabila maklumat dan dokumen berkaitan pelanggan terbabit boleh didedahkan kepada sesiapa yang perlu mengetahui status kebankrapannya. Rang undang-undang ini bertujuan menggabungkan Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989, Akta Insurans 1996, Akta Sistem Pembayaran 2003 dan Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953. Awang Adek turut membentangkan Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan Islam 2012 dan Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2012 untuk bacaan kali pertama pada sidang hari ini. Sementara itu, dua rang undang-undang lain turut dibentangkan iaitu Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2012 dan Rang Undang-undang Reka Bentuk Perindustrian (Pindaan) 2012. — Bernama | ||||
81,950 orang melepaskan kewarganegaraan sehingga Ogos lepas Posted: 22 Nov 2012 02:17 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan negara mana dan jumlah yang melepaskan taraf kewarganegaraan mengikut negara mereka berhijrah. Hishamuddin berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Karpal ingin tahu berapa banyak warganegara Malaysia telah melepaskan kewarganegaraan mereka dalam tempoh 20 tahun yang lepas. — Bernama | ||||
Bung Mokhtar: Saya akan ajar mereka yang kurang ajar Posted: 22 Nov 2012 02:11 AM PST Bung Mokhtar, yang dikenali dengan imej "tegas" dan "lantang" di Dewan Rakyat menegaskan beliau juga akan bersikap sopan kepada mereka yang bersopan kepadanya, tetapi akan turut biadap kepada yang biadap terhadapnya. "Dia (pengikut Twitter) yang cakap dulu, saya bilang 'f**k yourself' la ... dia Tweet saya dulu, saya jawab kepada orang yang biadap saya (akan bertindak) bagi dia biadap. "Saya sudah cakap kepada orang yang bersopan saya akan lebih sopan, kalau biadap saya akan berlaku biadap terhadap mereka kerana tidak mahu orang terlalu biadap," tegas Bung Mokhtar kepada The Malaysian Insider. Ahli Parlimen BN itu juga tidak merasakan tindakannya itu suatu kesalahan walaupun beliau merupakan seorang ahli Parlimen, dan menegaskan tidak boleh "bertolak ansur" dengan mereka yang "memakinya" di laman Twitter. "Saya tak rasa itu betul atau salah, tetapi saya perlu ajar mereka-mereka yang kurang ajar ... saya tidak boleh bertolak ansur dengan orang dalam Twitter yang maki saya. "Saya tak kisah, tak peduli. Twitter bukan untuk maki hamun, kalau mereka biadap, saya akan lagi biadap. "Saya akan ajar mereka," tegasnya. Bung Mokhtar hari ini menggunakan perkataan "F" di laman Twitternya sebagai jawapan kepada pengikutnya berhubung kenyataannya menuduh Tan Sri Tony Fernandes sebagai "penyangak." Bung Mokhtar berkata kepada pengikutnya yang dikenali dengan @geminieyes "f*** ur self (sic)". Perkataan itu dikeluarkan Bung Mokhtar selepas @geminieyes merujuk kepada kenyataan beliau terhadap pemilik Air Asia, Tony Fernandes, dan berkata kepada Bung:"Sebagai seorang rakyat Malaysia SHUT. THE. F***. UP." Kenyataan itu kemudiannya dikritik pengikut Bung Mokhtar yang menurut mereka tidak layak menjadi ahli Parlimen. ("Tahniah anda telah menangani itu seperti samseng jalanan") "Congratulations you've certainly handled that like a typical street thug," satu Twitter yang dikeluarkan oleh @tincancat sebagai respon kepada tweet Bung Mokhtar. | ||||
Posted: 22 Nov 2012 12:28 AM PST Oleh Noor Jaafar NASIB baik ada juga rakyat cerdik yang memenangkan Pakatan Rakyat (PR) untuk memerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, pada pilihan raya umum lalu. Kalau tidak, sudah pasti nasib mereka juga sama dengan rakyat di negeri yang diperintah Barisan Nasional (BN) akan menjadi mangsa 'penghisap darah' menerusi pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). 'Penghisap darah' AES itu tidak dapat menguatkuasakan sistem itu di empat negeri berkenaan kerajaan negeri PR berjaya menghalang dengan tidak membenarkan kamera itu dipasang. Bagaimanapun, rakyat di negeri yang diperintah PR tidak terlepas, sebaliknya turut dikenakan saman jika mereka pergi ke negeri yang diperintah BN yang pasti banyak dipasang kamera AES. Walaupun BN menang dalam pengundian untuk melaksankan AES di Dewan Rakyat, tetapi wakil rakyat pembangkang sudah berusaha untuk menghalang sistem itu dilaksanakan. Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2013 bagi Kementerian Pengangkutan itu diluluskan selepas 78 Ahli Parlimen bersetuju, cuma 49 yang tidak bersetuju. Sebelum itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha menerima asakan bertubi-tubi daripada Ahli Parlimen pembangkang yang bangkit mempertikaikan AES. Keadaan itu mencetuskan kekecohan berikutan Cho Ha dihujani pelbagai persoalan dan dakwaan mengenai pemasangan kamera AES serta keberkesanannya mengurangkan jumlah kematian pengguna jalan raya. Situasi menjadi semakin gamat apabila Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, yang juga berjuang melalui NGO Kempen Anti Saman Ekor (Kase) membangkitkan persoalan mengenai dua syarikat utama yang mendapat tender pemasangan kamera AES, iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd. Mengikut Mahfuz melalui maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ATES Sdn Bhd adalah syarikat berdaftar pada 12 Februari 2009 dan perniagannya berasaskan konsesi yang diperoleh daripada kerajaan termasuk sistem penguatkuasaan trafik automatik. Manakala Beta Tegap Sdn Bhd didaftar pada 7 Februari 2004 mendapat kelulusan kerajaan menjalankan operasi membekalkan barangan dan perkhidmatan, menguji, serta memasang AES. Yang dipertikaikan Mahfuz macam mana dua syarikat ini boleh dapat jaminan tender daripada kerajaan sedangkan Kabinet meluluskan AES pada 2006 dan saringan pemilihan tender dilakukan pada 2008. "Ini menunjukkan ada yang tidak kena… ini bukan untuk menyelamatkan nyawa manusia tapi untuk mengperkayakan kroni dengan merompak wang rakyat. Ini perompak jalanan namanya," katanya. Ahli Parlimen DAP Batu Gajah, Fong Po Kuan juga bangun mencelah dan mendesak perjanjian pemberian tender antara dua syarikat itu dengan Kementerian Pengangkutan yang menjadi Akta Rahsia Rasmi didedahkan kepada umum. Apabila AES dikuatkuasakan nanti tidak tahu nasib rakyat yang menjadi mangsa. Sudahlah sekarang rakyat dibebani dengan pelbagai saman termasuk oleh polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan tidak lama lagi akan dibebankan dengan saman AES pula. Ramai juga yang berang dengan keputusan meneruskan AES dan mereka mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memasang kamera AES di Pekan dan Pagoh. Sekarang rakyat boleh berfikir sendiri, apa sebenarnya yang UMNO-BN dewa-dewakan sehingga menarik balik penangguhan AES. Ini satu lagi membuktikan UMNO-BN lebih utama memperkayakan kroni daripada membela nasib rakyat. Walaupun rakyat diberi pelbagai 'gula-gula' pilihan raya termasuk BR1M untuk memenangkan BN, tetapi habuan itu dengan sendirinya akan terhapus apabila mereka terpaksa membayar saman EAS nanti. -roketkini.com | ||||
Saham Lynas melonjak 10 peratus Posted: 22 Nov 2012 12:26 AM PST Saham Lynas Corp melonjak 10 peratus hari ini selepas pengeluar nadir bumi Australia itu berkata ia menjangka pengeluaran di kilang pemprosesannya di Malaysia akan bermula dalam masa beberapa hari. Lynas berkata kira-kira 100 kontena nadir bumi pekat telah tiba loji Lynas di Kuantan dan ia merancang untuk memulakan operasi "dalam hari-hari yang akan datang". Saham Lynas melonjak 10.3 peratus kepada A$0.695 di Sydney, tetapi masih jauh di bawah tahap di atas A$1.50 pada awal tahun ini.- Reuters | ||||
Posted: 22 Nov 2012 12:21 AM PST JOHOR BAHRU – Niat asal 20 penduduk dari Kampung Semangat mendapatkan penjelasan mengenai masalah air yang dihadapi mereka daripada pihak kontraktor berakhir dengan adegan pergaduhan. Pada peringkat awal, keadaan terkawal apabila beberapa penduduk cuba berbincang cara baik dengan kontraktor mengenai saluran paip bocor di perumahan mereka, sekitar jam 10 pagi semalam. Bagaimanapun, situasi menjadi tegang hingga menimbulkan pergaduhan. Menceritakan tercetusnya kejadian, salah seorang penduduk, Wong Yong Pau, 61, memberitahu, kelmarin kira-kira jam 11 pagi lebih 20 penduduk terputus bekalan air. "Kami dapati ada saluran paip dibocorkan. Salah seorang penduduk menghubungi Syarikat Air Johor (SAJ) untuk melaporkan keadaan itu tetapi difahamkan ia bukan berpunca daripada jabatan itu. "Kami jadi tidak puas hati, kerana sebelum ini pernah terjadi perkara sama membabitkan hampir 50 penduduk. "Masalah tiada air tidak pernah terjadi sebelum ini, namun sejak kerja-kerja pembersihan di kawasan ini dilakukan kami menghadapi masalah," katanya pada sidang media, semalam. Yong Pau mendakwa, dia turut menjadi mangsa apabila ditumbuk di bahagian muka ketika cuba meleraikan pergaduhan yang turut membabitkan beberapa penduduk. "Pihak berkenaan semakin agresif hingga beberapa penduduk yang sudah berumur turut jadi mangsa. "Ada yang cedera di bahagian muka, kaki, tangan. Melihat perbalahan semakin serius, saya terus menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan," katanya. Beliau berharap pihak berkuasa dan pihak berkaitan dapat memberi jaminan keselamatan serta membantu penduduk kampung yang musykil kewujudan pihak pemaju membangunkan kawasan mereka dengan memberi pampasan tidak munasabah. "Hampir 30 tahun kami hidup aman di sini. Tiba-tiba ada surat datang bagi notis dan tempoh suruh kami berpindah. Apa yang saya dengar kami hanya dibayar sekitar RM3,000 hingga RM7,000 sahaja. "Sekiranya kami benar-benar diarahkan pindah, kami minta mereka yang berkenaan tampil berbincang secara baik. Jangan cuba buat kami marah. Rosakkan tanaman kami, bocorkan paip air hingga bergaduh seperti ini," katanya. Dalam pada itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat berkata, dia akan membantu membawa perkara itu kepada pihak berkaitan malah mendakwa isu pampasan pernah diutarakan kepada Kerajaan Negeri, namun tiada reaksi diterima. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan ketika dihubungi berkata, seramai 15 orang termasuk kontraktor ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. "Manakala lima yang cedera ringan telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar. Kita masih menyiasat punca sebenar kejadian," katanya. | ||||
Adun Kota Siputeh diarah keluar Dun Posted: 22 Nov 2012 12:18 AM PST Abu Hasan Sarif Abd Isa membuat keputusan itu setelah Abu Hasan gagal mematuhi arahannya agar duduk dan berhenti daripada terus mengeluarkan kenyataan. Abu Hasan bangun untuk meminta penjelasan ketika Exco Sumber Manusia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Lim Soo Nee menafikan penurunan gred seorang kakitangan kerajaan dari N41 kepada N17 berunsurkan politik sebagai dakwaan tidak berasas. Beliau bangun untuk mendapat penjelasan tetapi dimaklumkan Speaker bahawa Soo Nee tidak memberi laluan kepada semua ahli dewan. Abu Hasan agak berang dan menuduh Exco tidak berani menjawab soalan yang dibangkit dan digantikan dengan pemimpin yang lebih berani untuk berdepan Adun. Setelah terus berhujah akhirnya Speaker mengarahkannya keluar dewan. Ini menyebabkan semua Adun turut keluar sebagai anda protes pada jam 11.40 pagi. Bagaimana pun, Adun BN masuk semula ke dalam dewan selepas Soo Nee selesai menggulung Bajet 2013. | ||||
AES kekal, tiada cadangan beri diskaun saman Posted: 22 Nov 2012 12:14 AM PST SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang memansuhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) mahupun memberi diskaun saman kepada pesalah trafik yang dikesan menerusi sistem itu. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha menegaskan bahawa sistem AES bukan untuk menghukum tetapi bagi mengajar pengguna jalan mematuhi undang-undang dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan maut. Sejak fasa pertama sistem kamera AES dipasang pada 22 September lepas, ada penurunan sehingga 70 peratus bilangan mereka yang melanggar had laju dan melanggar lampu isyarat, katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini. Cho Ha berkata, pelaksanaan AES telah dikaji daripada segala aspek termasuk kepakaran memperbaiki, menyelenggara peralatan AES dan kaedah mengelakkan wujudnya vandalisme. Katanya beliau berasa amat kecewa dengan tindakan segelintir wakil rakyat pembangkang yang didakwa memutarbelitkan fakta mengenai AES. "Pembangkang mendakwa seolah-olah dua syarikat yang terbabit dalam AES mengaut keuntungan berlebihan sebaliknya mereka perlu sedar bahawa sebenarnya proses pemilihan (syarikat) dijalankan secara telus. "Kedua-dua syarikat itu hanya penyedia perkhidmatan manakala penguatkuasaan pula dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," katanya. Pada sidang media yang sama, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri pula berkata kandungan perjanjian antara kerajaan dengan dua syarikat penyedia perkhidmatan AES itu adalah rahsia dan sulit serta mengguna pakai Akta Rahsia Rasmi. Terdahulu, semasa sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat jawatankuasa, Kong berkata cadangan untuk memberi diskaun kepada pesalah trafik yang dikenakan saman melalui AES akan dikaji walaupun pada masa ini, kerajaan tidak mempunyai sistem untuk berbuat demikian. "Jadi, cadangan itu kita akan ambil kajian," katanya ketika menjawab gesaan anggota Parlimen Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) sama ada kementerian akan membuat kajian berhubung cadangan tersebut demi kepentingan rakyat. Beliau juga berkata, kaedah pembayaran saman yang dikesan melalui AES akan diperluaskan apabila pembayarannya boleh dibuat di pejabat pos, melalui MYEG dan secara atas talian. Mengenai tuduhan sesetengah pihak bahawa kerajaan menswastakan penguatkuasaan kesalahan memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat, Kong berkata ia adalah tidak benar sama sekali. Katanya, ini kerana kedua-dua syarikat itu meerupakan penyedia perkhidmatan yang hanya bertanggungjawab untuk membangunkan, menyelenggara dan mengoperasikan sistem AES. Katanya, seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, semua saman adalah dikeluarkan oleh JPJ yang ditempatkan di Pusat Kawalan AES dan di bawah perjanjian di antara kerajaan dan pihak penyedia perkhidmatan, sistem tersebut akan diserahkan kepada kerajaan selepas lima tahun ia beroperasi. "Sebenarnya pelaksanaan AES ini telah diberi pertimbangan sedalam-dalamnya oleh kerajaan dan jika kerajaan tidak melantik pihak syarikat swasta secara kaedah penyumberan luar, ia terpaksa memberi pertimbangan kepada masalah dari segi penyelenggaraan, risiko vandalisme, kecurian peralatan, teknologi yang berubah, alat ganti dan penyediaan dalam mengoperasi dan menyelenggarakan sistem ini," katanya. - Bernama | ||||
2,020 ibu tunggal saman Kerajaan Selangor tuntut RM10.9 juta Posted: 22 Nov 2012 12:13 AM PST Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Kamarudin & Partners melalui peguam Kamarudin Ahmad. Murtini Kasman, 58, selaku plaintif telah menamakan Kerajaan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai defenden pertama dan kedua. Kesemua plaintif terdiri dari penduduk 11 kawasan Parlimen, antaranya Shah Alam, Tanjung Karang, Hulu Langat, Sungai Besar dan Sabak Bernam. Kira-kira 50 wakil ibu tunggal turut hadir di kompleks mahkamah di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ketika tuntutan saman difailkan. | ||||
Isu Talam selesai: Putar belit BN masuk tong sampah Posted: 22 Nov 2012 12:05 AM PST Oleh Hafiz Zainuddin USAHA kerajaan PR Negeri Selangor merungkai isu hutang syarikat swasta yang membebani anak syarikat kerajaan negeri wajar dipuji. Tindakan Menteri Besar Incorporated (MBI) mengambil alih hutang syarikat Talam Corporation mencerminkan ketelusan dan kebertanggungjawaban kerajaan negeri terhadap ekonomi dan kelangsungan pembangunan untuk rakyat. Bagaimanapun, usaha serius kerajaan negeri cuba dijadikan isu oleh pemimpin BN di Selangor dan diperbesarkan media arus perdana bagi menggambarkan kepada rakyat bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor membantu menyelesaikan hutang Talam. Berikutan itu menyebabkan ada rakyat yang kurang faham diperalatkan pemimpin UMNO-BN Selangor untuk mendesak kerajaan negeri supaya turut melangsaikan hutang rumah mereka. Bagi mereka jika kerajaan negeri boleh melunaskan hutang Talam, tidak ada sebab kerajaan negeri enggan membantu bagi meringankan beban hutang rakyat. Empat perkara fundemental isu Talam Bagi menjawab pelbagai tuduhan dan persoalan yang dibangkitkan itu, kerajaan negeri mengeluarkan Kertas Putih dan diedarkan kepada umum termasuk wartawan. Melalui penelitian dan analisis yang dijalankan, terdapat empat perkara fundemental yang menjelaskan segalanya. Pertama, lambakan hutang Talam membuktikan kerajaan negeri di bawah pentadbiran BN terdahulu gagal mengurus hutang negeri dengan baik. Hutang Talam itu terbongkar hasil usahasama syarikat itu dengan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), Permodalan Nasional Berhad (PNSB) antara 1994 dan 2002. Pada masa sama, Talam juga berhutang kepada Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PYSB/UNISEL) antara 2001 dan 2003. Objektif pelunasan hutang Talam yang bertujuan menjaga kepentingan dan survival anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor dalam meyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat rakyat jugva perlu menjadi perhatian. Tuduhan tidak berasas bahawa kerajaan negeri "menyelamatkan" Talam menggunakan wang rakyat adalah tidak benar dan meleset sama sekali kerana Talam membuat akujanji akan menyelesaikan semua hutang dengan memindahkan asetnya kepada MBI. Kerajaan negeri hanya membelanjakan satu peratus atau RM420,000 wang MBI untuk menjelaskan hutang Talam berjumlah RM392 juta untuk yuran perundangan dan faedah bank. Dan bagi memastikan hutang Talam terhadap anak syarikat kerajaan Negeri Selangor dibayar, mulai 2009, kerajaan negeri mengambil inisiatif melalui Perjanjian Pelunasan Menyeluruh (GSA). GSA dan peranan dalam proses pengambil alihan hutang Talam. GSA adalah perjanjian membayar balik bagi membolehkan Talam membuat akujanji melunaskan tunggakan hutangknya yang dilakukan melalui pemindahan aset mereka kepada MBI. Ini bermakna, anak syarikat kerajaan negeri (GLC) tidak perlu lagi menuntut hutang mereka daripada Talam yang dilakukan secara berasingan. Ia sekaligus memberi ruang mudahcara secara langsung mengukuhkan prestasi kewangan syarikat GLC. Bagaimana hutang Talam dilunaskan? Melalui GSA, Talam melunaskan hutangnya dengan menyerahkan aset sedia adanya kepada MBI antaranya seperti tanah di Bukit Beruntung, Bestari Jaya dan Danau Kota. Aset berbentuk tanah itu dinilai Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan penilai swasta. Hasil daripada pengambilalihan hutang ini, MBI bersetuju menyediakan pampasan kepada GLC sebagai balasan hutang Talam yang dilunaskan. Ia membabitkan sejumlah RM248.7 juta kepada UNISEL, geran khas sebanyak RM115 juta kepada KHSB dan RM28 juta kepada PNSB. Pampasan itu diberi dalam bentuk wang dan aset. Jelas, isu yang diputa belit BN itu sudah masuk tong sampah. Persoalannya, adakah keceluparan dan sikap angkuh BN sehingga kini sekadar membuktikan mereka kemaruk kuasa? Walhal, sikap membutakan mata ke atas kacau bilau urus tadbir dan ekonomi negeri yang dilakukan sebelum ini mampu melingkupkan ekonomi negeri dan rakyat. Tahniah buat Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor! -Roketkini.com | ||||
Najib dan BN masih pinggirkan kaum India Posted: 22 Nov 2012 12:03 AM PST Roketkini.com IPOH: Kepimpinan Datuk Seri Najib Razak lebih mementingkan usaha propaganda daripada melaksanakan janji-janji kerajaan kepada rakyat, khususnya masyarakat India di Malaysia. Naib Pengerusi DAP, M. Kula Segaran berkata, sumbangan undi kaum India kepada Pakatan Rakyat pada PRU 2008 sepatutnya menyedarkan kerajaan BN, namun ia masih tinggal janji kosong. Menurutnya, adalah lebih baik jika kaum India meneruskan semangat 2008 dengan memberi undi terbanyak kepada Pakatan Rakyat yang lebih prihatin kepada hak semua kaum dan agama. Beliau berkata, janji Perdana Menteri mahu membina enam sekolah Tamil di Johor, Perak, Selangor dan Kedah masih dalam bentuk "janji" kerana belum ada sebarang butir tentang usaha tersebut. "Saya telah bangkitkan perkara ini di Parlimen tetapi kerajaan BN tidak dapat memberi sebarang ajwapan konkrit tentang sekolah-sekolah baru ini," ujarnya beliau. Kula yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat sering membangkitkan isu ini dalam ceramah-ceramah beliau di seluruh negara dalam usaha menyedarkan masyarakat Malaysia tentang janji-janji kosong BN, khususnya kepada kaum India. Menurut beliau lagi, kerajaan BN juga berjanji menyediakan 1,000 peluang pengajian di kolej matrikulasi kepada masyarakat India tetapi hanya 70 peratus sahaja yang diisi, menimbulkan persoalan tentang apa yang berlaku kepada 300 tempat lagi. Mengenai kedudukan kaum India yang sudah lama dilahirkan di negara ini tetapi tidak diberikan kad pengenalan, Kula mempersoalkan mengapa kerajaan hanya mendaftarkan 6,590 permohonan sahaja. "Mengapa kerajaan BN berdiam diri dengan berpuluh ribu lagi rakyat Malaysia keturunan India yang masih dinafikan hak kewarganegaraan mereka?" soal beliau. Beliau turut mengkritik kenyataan Najib yang menjanjikan akan membatalkan projek kondominium di kawasan Kuil Batu Caves, Selangor jika BN menawan kembali Selangor dalam PRU akan datang kerana ia bersifat rasuah politik. "Lagi pula, mengapa Najib tidak minta maaf kerana kerajaan BN yang meluluskan projek kondo itu dan mengapa beliau tidak memecat semua ahli majlis perbandaran BN (termasuk dari MIC) yang meluluskan projek tersebut," katanya. Menurut beliau, tindak-tanduk Najib serta BN membuktikan memang kerajaan BN tidak banyak berbuat apa-apa kepada masyarakat India dan membayangkan sikap BN yang akan terus meminggirkan hak kaum minoriti di negara ini. – Roketkini.com | ||||
Sabotaj parti: Dua ahli Umno dipecat Posted: 21 Nov 2012 11:52 PM PST KUALA LUMPUR - Dua ahli Umno dari kawasan Semporna Sabah dipecat manakala seorang digantung tiga tahun atau satu penggal pemilihan kerana didapati bersalah terbabit dalam kes sabotaj parti. Tindakan ini susulan penubuhan satu jawatankuasa khas baru-baru ini bahawa sesiapa yang didapati mensabotaj parti akan dikenakan tindakan tegas oleh parti terbabit. Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail menegaskan, bahawa tiada sebarang kompromi kepada sebarang anasir yang cuba merosakkan perjuangan parti termasuk pelanggaran disiplin yang telah, sedang dan akan diambil. "Ini adalah selari dengan transformasi politik oleh kepimpinan parti," katanya dalam satu kenyataan media yang turut memaklumkan berkaitan anggota parti yang telah diambil tindakan. Kes-kes yang telah diputuskan oleh jawatankuasa itu membabitkan kesalahan-kesalahan seperti sabotaj parti iaitu melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan Umno dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli Umno. "Tidak mengikut perintah-perintah parti dan juga tidak menjalankan dasar-dasar parti iaitu melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan Umno dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli Umno yang melibatkan Bahagian Arau, Padang Besar dan Kangar, Perlis iaitu empat orang didapati bersalah dan diberi amaran dan seorang didapati tidak bersalah," katanya lagi. Menurut Ahmad Rithauddeen, keputusan itu hasil daripada persidangan anggota Lembaga Disiplin pada 6 September dan 8 Oktober lalu. Nama-nama individu yang terbabit ialah Ab. Habi Mustapha (Semporna), yang melakukan kesalahan di bawah Fasal 20.8 (b) dan (c) Perlembagaan Umno Dibaca Bersama Perkara 3.1.2 dan 3.1.4 Tataetika Ahli Umno, didapati bersalah dan dipecat. Rakannya dari bahagian sama, Abdul Majid Palah yang melakukan kesalahan fasal sama turut dikenakan hukuman pecat dari parti. Seorang lagi dari bahagian Semporna, Nisfu Palah, terlibat dengan kesalahan fasal 20.8 (b) dan (c) Perlembagaan Umno Dibaca Bersama Perkara 3.1.2 dan 3.1.4 Tataetika Ahli Umno, yang digantung tiga (3) tahun daripada 6 September 2012 atau satu (1) Penggal Pemilihan. Empat yang lain, Syed Atif Syed Abu Bakar dan Abdul Halim Abdullah Sunny dari Arau, Yaacob Man (Padang Besar) dan Biswardi Mohamad Hasbi (Kangar), masing-masing diberikan amaran. Sementara Datuk Zahidi Zainul Abidin dari Padang Besar setelah dilakukan siasatan didapati tidak bersalah. Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas yang akan bertanggungjawab memantau dan mengambil tindakan ke atas mana-mana ahli parti yang mengkhianati atau mensabotaj parti tersebut pada 19 Oktober lalu. | ||||
'Inilah jodoh kami' - Apex & Leuniey Posted: 21 Nov 2012 11:50 PM PST SINAR HARIAN BIAR hati hancur dan kecewa dengan setiap tohmahan dan cemuhan, kehadiran keluarga menjadi kekuatan semangat untuk terus bangkit mempertahankan diri. Kerdil sungguh kita kerana ALLAH Maha Mengetahui segalanya. Siapa sangka, dek fitnah yang dilemparkan ke atas pasangan Khairul Fahmi Che Mat dan Nur Eilunie Natasha, akhirnya dua hati ini bakal bersatu dalam satu ikatan perkahwinan. Andai benar bagai dikata, hanya doa dan kesyukuran mampu dipanjatkan. Hubungan yang terjalin di antara penjaga gawang gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dan model sambilan, Leuniey Natasha akan disimpul rapi. Mengorek kisah percintaan mereka menerbitkan rasa simpati. Simpati di atas setiap dugaan yang melanda. Perkenalan Membolosi sedikit ruang waktu sibuk Fahmi membawa wartawan majalah Nona ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Perjalanan selama hampir lapan jam bagai tidak terasa kerana team Nona termasuk editor Kiffy Razak, jurusolek Aim Azam dan jurufoto Remy Othman bagai tidak boleh mengunci mulut. Maklumlah, perjalanan jauh perlu ada penglipur laranya. Sebaik tiba di Kota Bharu, kami terus ke Grand Riverview Hotel Kota Bharu, penaja penginapan sepanjang berada di sini. Seawal jam sembilan pagi, kami dijemput bapa Leuniey untuk ke kediamannya, di mana sesi penggambaran akan berlangsung. Nah, di celah-celah barisan rumah teres satu tingkat tersergam sebuah rumah dua tingkat. Mulut umpama berebut untuk menzahirkan keindahan kediaman keluarga Leuniey. Simbahan cat putih dalam gabungan rona tanah untuk dekorasi membangkitkan aura mewah. Kami disambut mesra si kecil molek Leuniey, bakal teman hidup Fahmi. "Cantik sungguh kulit wajahnya. Bertuah Fahmi," getus hati penulis. Sapuan nipis pemerah pipi dan pengilat bibir cukup untuk menyerlahkan kecantikan Leuniey. Editor Nona juga tidak habis-habis memujinya. Berselang seli dengan pujian ke atas rumah indah ini. Tanpa membuang masa, jurusolek Aim Azam terus memulakan tugas. Perasaan Leuniey apabila bakal berkahwin dengan Fahmi? "Macam tak percaya. Kadang-kadang, bila teringat semula saya rasa bersyukur sangat. Selepas apa yang berlaku, akhirnya saya temui 'permata' itu. Bukan menyesali setiap pengalaman yang dilalui tetapi saya lebih mensyukuri dugaan Allah kerana ia membuatkan saya lebih kuat. Gosip lalu membuka ruang untuk saya mengenali Fahmi dengan lebih rapat. Ya, saya akui pada awalnya kami tidak mengenali antara satu sama lain. Ketika orang lain sibuk memperkatakan mengenai kami, saya memang tidak mengenali Fahmi secara dekat. Hanya sekadar teman sekerja kerana pada waktu itu, saya dan Fahmi digandingkan dalam satu iklan komersil untuk televisyen. Angin tidak, ribut pun tidak, tau-tau saja nama Fahmi dikaitkan dalam kisah putus tunang." Bak kata orang, kalau sudah jodoh tidak ke mana. Dek kerana gosip yang menggila, akhirnya Leuniey dan Fahmi mula berkawan. Pada awalnya, hanya sekadar memberi laluan kepada keluarga masing-masing untuk memohon maaf. "Kami sekeluarga berasa amat bersalah. Iyalah, tiba-tiba nama Fahmi dikaitkan. Apabila keluarga saya bertemu keluarga Fahmi, ketegangan itu sudah berpenghujung. Kemesraan dan kebaikan keluarga Fahmi mencuri hati kami sekeluarga. Dalam diam-diam, kami berhubungan melalui telefon. "Pernah seorang pakcik berkata, alang-alang dah digosipkan, apa kata teruskan saja perhubungan ini. Masin mulutnya kerana kini hubungan itu berakhir di jenjang pelamin," ujar Leuniey. Rahsia Sementara Perbualan kami terhenti seketika. Sang kumbang dalam diam mengintai dari sisi pintu bilik. Segak berkemeja dan jean hitam, kehadiran Fahmi mengejutkan kami. Penjaga gawang gol kebangsaan ini mempunyai auranya yang tersendiri. "Maaf lewat sikit. Hantar kucing ke pusat jagaan," ujar Fahmi. Walaupun dia akan berangkat ke Shah Alam untuk perlawanan separuh akhir Piala Malaysia, namun dia masih boleh meluangkan masa untuk bersama Nona menjayakan sesi fotografi ini. Tidak terlalu awalkah untuk berkahwin? [Berita berkaitan ] Leuniey baru berusia 21 tahun dan Fahmi pula 23 tahun. "Seru dah tiba, ALLAH dah bukakan jalan untuk sesuatu yang baik. Saya ikut sahaja ketentuannya. Rahsia ALLAH tiada siapa yang tahu. Keluarga saya juga banyak memberi nasihat mengenai kehidupan berumah tangga, apatah lagi berkahwin muda. Setiap yang dilakukan, ada kebaikan dan keburukannya. Bagi saya mudah saja, kita ambil setiap kebaikan dan perbaiki setiap keburukan. Usia bukan satu halangan malah ia menjadi satu cabaran dalam hidup. Kali ini saya rasa mudah sungguh perjalanan percintaan kami. Hari ni kenal, esok dah nak kahwin. Begitulah perumpamaannya. Keluarga kami juga merestui hubungan ini dan keputusan untuk berkahwin baru sahaja dibuat. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan segalanya," ujar Fahmi. Tidak berbohong Lepas satu per satu khabar angin mengenai merpati dua sejoli ini berleluasa di media cetak dan elektronik, pasangan ini sudah mula mempersiapkan diri. Perisai keyakinan membalut tubuh. Kuasa ALLAH tiada siapa mampu menghalang. Kegagalan dalam hubungan lalu memberi mereka semangat lebih tinggi. Apabila kisah Leuniey putus tunang dikaitkan dengan Fahmi, ramai menuduh mereka macam-macam. Sebaik Leuniey mengaku hanya berkawan, mereka masih memberi tanggapan buruk. Dan pasangan ini yakin, sebaik berita pernikahan tersebar, sekali lagi mereka akan dihimpit 1001 persoalan kononnya tidak mengaku mempunyai hubungan. "Baik saya mahupun Leuniey, kami jujur dalam kenyataan yang dibuat. Kami melalui proses sama seperti pasangan lain yang bercinta. Kami tidak menjadi perampas dalam kisah percintaan lalu. Timbulnya nama saya dalam isu Leuniey awal-awal dulu pun tanpa saya tahu akar umbinya. Memang kami bekerja dalam projek yang sama tetapi itu tidak bermakna kami bercinta! "Saya berada di Bahrain ketika orang sibuk memperkatakan mengenai saya dan Leuniey. Kerana telah banyak berita mengenai saya timbul sejak dulu, mujur saya masih mampu memberi fokus dalam perlawanan. Sampai di Malaysia, saya seperti 'ditembak' dengan pelbagai soalan. Lebih kasihan apabila Leuniey dan keluarganya turut 'diserbu' tohmahan. Tapi akhirnya rahsia Allah terbongkar juga apabila kami memutuskan untuk mengikat tali percintaan ini ke peringkat lebih serius." Tika ini, sinar mata Fahmi jelas memancarkan kebahagiaan. Di sisinya, seorang wanita yang bakal mewarnai dan membarakan semangat dirinya dan keluarga yang bakal dibina. | ||||
Keputusan ketepi kes Bersih 3.0 bergantung kepada taktik Umno Posted: 21 Nov 2012 03:43 PM PST KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menetapkan 12 Disember depan sebagai tarikh keputusan permohonan tiga pimpinan KEADILAN untuk mengetepi pertuduhan kes Bersih 3.0.Majistret, Datuk Mahmud Abdullah turut menetapkan perbicaraan bagi kes sebenar ialah pada 4 Januari 2013. Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shahrin dituduh mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana menyertai himpunan Bersih 3.0 dan boleh dihukum denda maksimum RM10,000. Bagi pertuduhan kedua pula, mereka didakwa mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan kononnya bersubahat dalam kes Bersih dengan mengingkari perintah diisytiharkan majistret. Mereka turut didakwa bersama-sama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan kononnya bersubahat memecahkan benteng ketika perhimpunan Bersih 3.0, pada 28 April lalu. Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai CheguBard, berkata kes itu wajar diketepi jika mengikut pertimbangan logik dan perundangan. "Ini kes politik. Ia akan diputuskan secara politik. Jika BN fikir, mengetepi kes akan beri kelebihan pada mereka, mereka akan ketepikan. "Tapi jika BN mahu guna kes ini untuk halang kita bertanding, sekat gerakan dan sibukkan kita dengan proses mahkamah, mereka akan guna kes ini secukup-cukupnya," katanya lagi. Himpunan Bersih 3.0 menarik kehadiran ratusan ribu rakyat pelbagai kaum yang berhimpun serentak di bandar utama di Malaysia dan luar negara. Ia bertujuan mendesak kerajaan membersihkan sistem pilihan raya dan isu daftar pemilih yang dimanupulasi parti pemerintah sejak sekian lama. | ||||
Pemimpin Umno jaja istilah Islamik kaburi penyelewengan – Anwar Posted: 21 Nov 2012 03:34 PM PST KEADILAN DAILYKUANG : Pimpinan Umno BN sibuk menjaja istilah Islamik untuk mengaburi kecurangan dan penyelewengan yang mereka lakukan selama ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim."Bila buat sambutan Maal Hijrah, bersyarah tentang wasatiyah. Dalam masa sama, kontrak, balak, hilang. Beri pada keluarga dan kroni. Masalah ekonomi tak selesai. "Nak jadi pemimpin kena berani. Usul kecam serangan Israel terhadap Gaza di Parlimen tapi Najib tak berani sebut nama Amerika dan Obama?. "Jumpa Obama takut, Sebut nama Amerika takut. Balik rumah pun takut?" katanya disambut gelak tawa hadirin. Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian depan 5,000 orang pada ceramah Merdeka Rakyat di padang awam Kampung Setia Tasik Biru, Kuang, malam tadi. Turut hadir Ahli Parlimen Selayang, William Leong, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Adun Rawang Gan Pei Nei. Anwar turut menyingkap semula peristiwa Hijrah Rasulullah saw dari Madinah ke Mekah betapa perubahan di negara ini hanya akan berlaku apabila seluruh lapisan rakyat memainkan peranan. "Bukan hanya di kalangan pimpinan, paling utama ialah persiapan di kalangan rakyat. Dalam hijrah Nabi ada disebut, peranan anak muda iaitu (Saidina) Ali. "Kerana anak muda bencikan rasuah dan mahu lakukan sesuatu untuk membela nasib keluarga dan ibu bapa. "Begitu juga di kalangan wanita. Terakam dalam Baiah al-Nisa' selepas perjanjian Aqabah melalui peranan Asma' Abu Bakar. "Fungsi wanita kritikal dan sentral dalam melakukan hijrah. Asma' Abu Bakar, meskipun ketika peristiwa Hijrah mengandung tujuh bulan, masih mampu memainkan peranan. "Begitu juga orang bukan Islam. Antaranya Abdullah Ibnu Uraiqith yang menjadi pemandu laluan menuju ke Mekah dalam peristiwa Hijrah. "Sebagai pimpinan, kita datang bagi merai orang bukan Islam. Yang dimainkan Umno ialah pluralisme agama sedangkan dia sendiri tidak faham. "Nabi Muhammad anggap Abdullah (Ibnu Uraiqith) sebagai orang yang boleh dipercayai dalam pasukan. "Jadi apa isunya? Isunya tentang nilai dan kebaikan. Akhlak yang menjadi contoh dan teladan," katanya. | ||||
Ratusan mangsa AES mahu cabar kerajaan di mahkamah Posted: 21 Nov 2012 03:31 PM PST Masdar Wahid KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 260 mangsa saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) mahu mencabar pelaksanaannya sistem itu dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia. Menyatakan bantahan di kaunter penerimaan saman itu di pejabat Agung PAS hari ini, mereka menjadikan peguam Kempen Anti Saman Ekor (Kase) sebagai wakil mereka di mahkamah. "Kase menerima lebih 60 permohonan tidak termasuk melalui emel melibatkan lebih 200 orang. "Tujuan Kase bukan untuk kurangkan nilai saman tetapi bela mereka yang dizalimi sistem AES melalui khidmat guaman percuma," kata Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar. Kes terawal didengar pada 6 Disember ini di Mahkamah Majistret Jalan Duta jam 8 pagi manakala terakhir ialah Januari tahun depan. Mulai 1 Disember ini, Kase akan membuka kaunter setiap dua minggu antara 12 hingga 1.30 tengah hari. Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pemuda PAS, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaim pula, berkata mangsa AES harus berani tampil mempertahan hak mereka. Ini kerana, katanya, saman terhadap Orang Kena Saman (OKS) tidak jelas, selain pelaksanaan AES yang bermasalah. "Saman itu mengelirukan apabila ada saman diterima menggunakan seksyen 79(2) tetapi kesalahan dinyata sebagai melebihi had laju. "Seksyen ini bukan berkaitan had laju tetapi pelanggaran arahan dan isyarat lalu lintas," katanya. Mangsa AES, katanya dinasihati tidak bimbang dengan perkataan saman kerana ia adalah saman paling kecil dalam negara. "Kalau bawa ke mahkamahpun, tak perlu duduk dalam kandang. Mereka yang duduk dalam kandang hanya untuk mereka yang terlibat dengan kes jenayah," katanya Beliau mengajak mangsa AES tampil mendaftar dengan Kase untuk mendapat khidmat guaman percuma dan mencabar kes itu di mahkamah. | ||||
Australia bangunkan AES tapi akui gagal kurangkan kemalangan Posted: 21 Nov 2012 03:27 PM PST Aedi Asri KUALA LUMPUR : Australia – negara yang membangunkan teknologi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) mengakui ketidakberkesanannya untuk mengurangkan kemalangan. Ironinya, pengendali AES di Malaysia, Beta Tegap Sdn Bhd menggunakan pakai teknologi yang dibangunkan sebuah syarikat berpangkalan di Australia – Syarikat Redflex Traffic System. "Kerajaan Australia sendiri arah 38 kamera itu dipadam kerana kegagalannya mengurangkan kadar kemalangan jalan raya," kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media di Parlimen petang ini. Berdasarkan Laporan Auditor General Special Report no 85 (Speed Detection Device) Parliament Of Tasmania Australia pada 2009, beliau berkata: "Laporan audit itu mendorong Menteri Jalan Raya New South Wales Australia, Duncan Gay mengakui AES bukan penyelesaian," katanya . Sehubungan itu, Mahfuz mendesak kerajaan menangguh pelaksanaan AES dan kembali ke meja rundingan walaupun Dewan Rakyat hari ini meluluskannya. "Anda semua dapat lihat penyokong AES yang bertempik sorak yang gembira atas kemenangan AES. "Kami tetap desak kerajaan tangguhkan dahulu kerana masih ada keraguan, kesamaran dan ketidaktelusan," katanya. Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2013 bagi Kementerian Pengangkutan kira-kira jam 3.20 petang. Kelulusan dibuat melalui undian 'belah bahagi' sebanyak dua kali selepas perdebatan hangat sepanjang sesi dengan 80 Ahli Parlimen bersetuju manakala 49 tidak bersetuju. Mahfuz berkata, kerajaan mengikut perancangan jangka panjang kerajaan mahu memasang 3,000 unit kamera AES mengikut Pelan Induk Keselamatan Jalan Raya 2006-2010. "Pada masa ini, baru 14. Untuk fasa seterusnya kira-kira 831. Perkembangan ini tidak sihat kerana AES di luar negara gagal kurangkan kemalangan," katanya. Pada sidang media sama, Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan menggesa kerajaan mendedahkan perjanjian dengan syarkiat pengendali iaitu Ates Sdn Berhad dan Beta Tegap Sdn Bhd. "Menteri jawab di Parlimen bahawa perjanjian ini rahsia. Jadi saya seru ia didedahkan agar kita boleh tengok sama ada termanya adil (atau tidak)," katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan