Selasa, 20 November 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Doa 'KO BN': Umno Kelantan buat laporan polis

Posted: 20 Nov 2012 03:29 PM PST

SINAR HARIAN
Keratan Sinar Harian Isnin
Keratan Sinar Harian Isnin
 
KOTA BHARU - Umno Kelantan hari ini membuat dua laporan polis berhubung tindakan Pas membaca doa untuk menghancurkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dan tuduhan bahawa Umno sebuah parti murtad.
  
Mereka meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Pas kerana menyifatkan segala kenyataan itu telah mengguris hati bangsa Melayu dan Islam di negara ini.
  
Ketua Wanita Umno Pengkalan Chepa, Zarina Md Eusoffe mengetuai kira-kira 30 anggota pergerakan itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu di sini.
  
Ketika ditemui, Zarina berkata, mereka mahu polis menyiasat perkara itu mengikut peruntukan undang-undang yang ada termasuk Akta Hasutan kerana menyifatkan doa berkenaan boleh menghasut umat Islam bertelagah sesama mereka.
  
"Hati kami tersentuh. Kami orang Melayu beragama Islam dan tuduhan ini sangat  melampau yang menyerlahkan sikap sebenar Pas dan Mursidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya.
  
Beliau meminta rakyat Kelantan terutamanya menilai siapa sebenarnya pemimpin Pas itu  yang ternyata mempunyai politik dendam terhadap Umno kerana sanggup mendoakan kehancuran dan menuduh Umno murtad.
  
Di IPD yang sama, Majlis Veteran Umno Kelantan turut membuat laporan serupa, diketuai Pengerusi Biro Ulama Majlis Veteran itu, Mohd Noor Deris.
  
Mohd Noor berkata tuduhan murtad oleh Nik Aziz itu itu disifatkan sebagai melampau dan meminta Sultan Kelantan campur tangan.
  
"Kami juga memohon perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V agar dapat segera mengubat perkara yang memudaratkan umat Islam di negeri ini," katanya.
  
Mohd Noor juga meminta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan menyuarakan pandangan mereka menurut nas-nas Islam berhubung perkara itu dan mengajak pemimpin Pas termasuk Nik Aziz bermuzakarah.
  
Pada Jumaat lepas, Pas mengadakan solat hajat dan berdoa supaya Umno hancur yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV dengan dipimpin adik Menteri Besar, Nik Razi Nik Mat, sempena Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58.
  
Pada Ahad, Nik Abdul Aziz mengundang kontroversi apabila mendakwa Umno murtad kerana memperlekeh dan menolak Islam. - Bernama

Anak Penasihat Petronas dapat "anugerah projek" diseret ke SPRM

Posted: 20 Nov 2012 03:25 PM PST

Muhammad Yusri Amin,

KOTA BHARU: Gara-gara anak Penasihat Petronas mendapat anugerah projek carigali bernilai ratusan juta di perairan Kelantan, kumpulan anak-anak muda di sini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SapuraKencana yang ada kaitan dengan Datuk Mokhzani Mahathir dikatakan mendapat projek bernilai RM835.8 juta daripada Petronas Carigali Sdn Bhd dan HESS Exploration and Production Malaysia BV.

Anak bekas perdana menteri itu merupakan Naib Pengerusi SapuraKencana.

Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti - R) mengesyaki wujud unsur-unsur tidak sihat di atas anugerah projek terbabit.

Presidennya, Nazri Deraman berkata, R merujuk laporan kenyataan media Petronas yang menyebut Tun Dr Mahathir merupakan penasihat Petronas sehingga sekarang.

Kata beliau projek berkenaan membabitkan pengeluaran gas dari Medan Bunga Kamelia dan Blok PM301 yang terletak 150 km dari pantai Kelantan.

Sapura Kencana Petroleum Bhd dianugerah projek terbabit bermula Oktober 2012 sehingga April 2016.

"Kami serah memorandum kepada SPRM berkaitan isu berkenaan bagi membolehkan badan itu menyiasat skandal minyak membabitkan keluarga Dr Mahathir.

"SPRM perlu menjalankan siasatan ke atas Petronas dan Dr Mahathir kerana kelihatan ada unsur-unsur tidak sihat berlaku," katanya selepas menyerah memorandum tersebut kelmarin.

Menurutnya R menuntut SPRM menjalankan siasatan dalam tempoh 30 hari kerana ia membabitkan kes berprofil tinggi dan sebuah syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan.

Bagaimanapun beliau berkata, sekiranya SPRM tidak mengeluarkan apa-apa jawapan, R akan mengadakan perhimpunan aman di hadapan bangunan SPRM dan membawa kes berkenaan ke peringkat antarabangsa.

Nazri turut diiringi 50 aktivis R menyerahkan memorandum kepada Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Kelantan, Che Aziz Hamzah di pejabat SPRM di Lundang.

Baru-baru ini Dr Mahathir ketika mengulas isu berkenaan seperti disiarkan Malaysiakini dipetik sebagai berkata, "Ya sudah tentu, dia (Mokhzani) mendapatnya kerana saya arahkan Petronas. Masukkan itu dalam akhbar awak.

"Saya mempengerusikan segala-galanya. Saya memberitahu mereka, sila berikan kepada anak saya dan bukan orang lain. Itulah apa yang saya buat selama ini.

"Apabila saya jadi perdana menteri, segala-galanya dapat pada anak-anak saya.

"Tetapi apabila semuanya dapat pada anak-anak perdana menteri-perdana menteri lain, awak tak mahu menyebut kerana dia seorang yang baik."

Ibrahim Ali atau Hasan Ali pun boleh menjadi Perdana Menteri

Posted: 20 Nov 2012 03:19 PM PST

http://aspanaliasnet.blogspot.com,

Siapa akan menjadi PM selepas PRU ini sedang sibuk diperbincangkan selepas muktamar PAS di Kelantan hujung minggu lepas. Kedua-dua belah pihak membahaskan siapa yang paling layak menjadi PM: TGHA atau Anwar Ibrahim? Isu ini masih diperbualkan termasuk oleh pemimpin-pemimpin UMNO sendiri. Syed Hamid Albar berkata Anuar lebih layak dari TGHA walaupun perwakilan muktamar mencadangkan Presiden partinya untuk menjadi PM.  Ramai di kalangan pemimpin UMNO telah berbelah bagi, samada TGHA atau Anwar yang lebih layak untuk memikul beban tersebut.

Tetapi yang sangat jelas ialah pemimpin-pemimpin UMNO sendiri seolah-olah telah menerima hakikat yang PR akan memenangi PRU ini. Kalau tidak masakan di antara pimpinan UMNO sendiri berbincang siapa yang lebih layak di antara Anwar dan TGHA. Rupa-rupanya bukanlah saya seorang yang berfikir yang UMNO akan menerima kekalahan malahan mereka yang masih kekal dalam parti itu sendiri berbincang tentang pilihan di antara Anwar dan TGHA.

Ini merupakan kali pertama rakyat bercakap tentang PM dari pihak pembangkang sekarang ini selepas rakyat menukar mandat mereka dalam PRU yang akan datang. Isu ini pastinya satu isu yang akan menjadi hangat dan tidak akan berhenti senyap dalam masa terdekat ini. Bagi saya kedua-dua nya layak, tetapi biarlah kita selesaikan PRU ini dahulu. Kadang-kadang ada pihak yang tidak berjaya niat dan tujuan mereka kerana sebelum pun pergi ke hutan sudah membilang buah kerayung.

Tetapi keadaannya ialah PR masih mendahului BN jika PRU diadakan pada minggu ini. Isu siapa Perdana Menteri elok kita ketepikan jauh-jauh dahulu kerana yang penting permaharajalelaan UMNO wajib kita hentikan serta merta selepas PRU ini. Kita mempunyai perlembagaan jelas yang seorang PM itu sepatutnya di pilih di antara ahli-ahli Legislatif yang mendapat sokongan dari ahli-ahli Parlimen walaupun dengan satu undi.

Walau bagaimana pun pihak PR telah bersetuju untuk memberikan kerusi PM kepada Anwar jika PR memenangi pilihanraya yang akan datang ini. Di dalam perlembagaan sesiapa yang mendapat sokongan yang terbanyak di dalam Dewan Legislatif Parlimen maka dia lah yang menjadi Perdana Menteri negara ini selepas pilihanraya yang akan datang ini.

Selama ini Presiden UMNO menjadi Perdana Menteri itu hanyalah melalui 'convention' dan bukannya melalui cara dan kaedah yang tertulis di dalam perlembagaan negara. Pada dasarnya sesiapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri dari mana-mana parti sekali pun asalkan ia mendapat sokongan dari ahli-ahli Dewan Parlimen walaupun dengan kelebihan 'simple majority'.

Di atas dasar itu maka Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin, Zaharin Hashim, Bung Mokhtar, Mohamad Aziz  mempunyai peluang yang sama untuk menjadi Perdana Menteri jika mereka menang dalam pilihanraya parlimen mewakili apa-apa parti atau sebagai calon bebas dalam pilihanraya yang akan datang. Yang perlu mereka mendapat sokongan majoriti dalam Parlimen.

Jika Hasan Ali 'akidah' dicalonkan menjadi ahli parlimen dia juga mempunyai peluang untuk menjadi PM untuk mewakili pertubuhannya yang kalau tidak silap saya namanya JATI. Lagi satu syarat dia tidak bercakap seorang diri selalu kerana mereka yang bercakap seorang diri itu adalah orang gila dan tidak layak menjadi ahli Parlimen.

Oleh itu semua pihak tidak perlu menentukan siapa Perdana Menteri sekarang ini tetapi menumpukan usaha masing-masing untuk memenangi pilihanraya dan meletakkan UMNO di pihak pembangkang. Saya secara peribadi pun hendak sangat mendengar ucapan-ucapan Muhyiddin Yaasin sebagai ahli pembangkang jika beliau memenangi kerusi pilihanraya Pagoh  dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Untuk menjadi pemimpin yang baik seseorang itu elok melalui pengalaman menjadi pembangkang untuk melengkapkan pengalaman sebagai seorang pemimpin. Di negara-negara maju ramai pemimpin-pemimpin beralih tempat setiap pilihanraya. Penggal ini mereka menjadi Menteri kerana parti nya menang dalam pilihanray tetapi penggal yang berikutya mereka menjadi pembangkang kerana partinya kalah dalam pilihanraya yang berikutnya.

Keadaan itu adalah keadaan yang lazim berlaku dan itu bukannya tidak boleh berlaku di negara ini.

Jangan polemikkan isu jawatan PM – Mustafa

Posted: 20 Nov 2012 03:17 PM PST


HARAKAH DAILY

KUALA LUMPUR: Isu siapa menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti tidak perlu dijadikan polemik di kalangan pemimpin dan penyokong PR, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Menjawab polemik isu jawatan Perdana Menteri yang ditimbulkan sejak tamatnya Muktamar Tahunan PAS ke-58, Mustafa mengingatkan semua pihak bahawa perkara tersebut hanya satu perbahasan di dalam muktamar.

"Maka tiada keperluan sebenarnya untuk media memainkan perkara ini kerana ia bukan sebahagian daripada usul muktamar," kata beliau kepada Harakahdaily.

Tegasnya, cadangan supaya Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri hanyalah luahan sayang para pewakilan PAS kepada Abdul Hadi, yang dianggap bapa yang dihormati dan disanjungi ketika perbahasan di muktamar PAS.

"Ahli-ahli PAS hanya mengharapkan yang terbaik untuk ayah mereka, sebagaimana anak-anak lain mendoakan yang terbaik untuk ibu bapa sendiri. Walaubagaimanapun, harapan anak tidak semestinya sama dengan hasrat ayah," katanya.

Selain itu, Mustafa juga berkata tidak berbangkit soal jumlah kerusi di dalam Pakatan Rakyat.

"Selain di Kelantan, negeri-negeri yang dimenangi PR seperti Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor semua memerlukan ketiga-tiga parti komponen untuk bersama, baru boleh membentuk kerajaan.

"Selain PAS di Kelantan, PKR di Selangor, DAP di Penang dan PAS di Kedah, semuanya tiada majoriti untuk memerintah sendiri jika tidak bersama-sama dengan rakannya dalam PR. Walaupun mendapat kerusi terkecil, Adun PAS dipilih menjadi Menteri Besar di Perak," katanya lagi.

Oleh yang demikian, beliau menasihatkan para pemimpin dan penyokong PR berwaspada dengan media yang cuba melaga-lagakan parti-parti komponen PR.

"Fokuskan kepada kerja untuk memenangkan PR. Dan yakinlah dengan track record PR dalam kerjasama, kematangan dan muafakatnya selama ini dalam membuat keputusan yang terbaik untuk rakyat bila tiba masanya nanti," tambahnya lagi.

Dewan Rakyat sebulat suara kutuk serangan Israel

Posted: 20 Nov 2012 03:15 PM PST

RUZY ADILA IDRIS dan Jamila Hamzah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
 
KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat sebulat suara mengambil ketetapan mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Gaza yang mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin termasuk golongan wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kecaman tersebut turut mengutuk tindakan Israel yang menyebabkan kemusnahan harta benda, infrastruktur dan menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari Wilayah Palestin di Gaza serta Tebing Barat.

"Kerajaan hari ini mengecam tindakan keganasan Israel yang melancarkan serangan ketenteraan yang dinamakan Operasi "Pillar of Defence" pada 14 Novemer 2012 ke atas wilayah Palestin di Gaza meliputi pengeboman dan serangan udara dan laut.

"Serangan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza merupakan tindakan yang mencabuli undang-undang serta angkuh dan perlu dikutuk oleh seluruh dunia," katanya dalam pembentangan usul, yang dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Seri Nazri Aziz  di Dewan Rakyat, pagi tadi.

Beliau menambah, kecaman turut membabitkan pencabulan undang-undang yang dibuat oleh Israel meliputi undang-undang antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta merupakan jenayah oerang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949 mengenai Perlindungan Orang-Orang Awam Dalam Masa Perang.

"Rakyat Malaysia berpegang teguh kepada pendirian bahawa tiada alasan bagi penggunaan kekerasan yang dilakukan secara tidak seimbang, sembarangan dan melampau ke atas wilayah Palestin di Gaza dan dengan itu menolak tindakan hukuman kolektif yang diambil ke atas rakyat Palestin di Gaza.

"Rakyat Malaysia berasa sangat dukacita dan kesal dengan ketidakmampuan masyarakat antarabangsa, terutamanya, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghentikan dengan serta-merta keganasan Israel yang dilakukan ke atas wilayah Palestin di Gaza," katanya lagi.

Dengan ini Dewan Rakyat mengambil ketetapan seperti berikut:

1. Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza yang mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin, termasuk golongan wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua dan kemusnahan harta benda dan insfrastruktur serta menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari Wilayah Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

2.Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan supaya Israel menghentikan dengan serta merta gencatan senjata dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman PBB bagi menguatkuasa gencatan.

3.Menggesa Perhimpunan Agung PBB supaya mengadakan sesi tergempar khas perhimpunan agung PBB- "Uniting For Peace- di bawah resolusi 377 A(V) sekiranya Majlis Keselamatan PBB gagal menjalankan tanggungjawabnya.

4.Menggesa pihak-pihak yang terlibat supaya menyambung semula usaha terhadap proses damai serta melaksanakan dan mematuhi pelbagai resolusi yang telah ditetapkan oleh PBB berhubung isu Palestin dan konflik Arab-Israel.

5.Memutuskan Malaysia bekerjasama dengan negara anggota-anggota Pertubuhan Kerjasama Islam, Pergerakan Negara-negara Berkecuali, Liga Arab dan negara-negara sependapat untuk mengambil tindakan yang lebih konkrit bagi mendukung prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB dalam menangani konflik yang berlaku di Timur Tengah sekarang.

6. Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Pelestin ke arah mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

7. Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu-padu dengan tujuan mempertahankan hak mutlak dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

8. Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk wilayah Palestin di Gaza dengan serta merta.

9. Menggesa Majlis Keselamatan PBB menyiasat dan mengambil tindakan bagi maksud pendakwaan ke atas jenayah perang Israel yang disyaki terlibat dengan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin.

10. Mengambil keputusan untuk menyampaikan resolusi ini kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen yang berkenaan, khasnya kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen, khasnya Kongres Amerika Syarikat (AS), Parlimen Britain dan Perlimen Kesatuan Eropah, Setiausaha Agung PBB dan Presiden Majlis Keselamatan PBB.

Tentera Israel tiada belas kasihan, kata rakyat Palestin

Posted: 20 Nov 2012 03:13 PM PST

SINAR HARIAN

Sh4

KUALA LUMPUR - Saksi rakyat Palestin hari ini menceritakan pengalaman perit kehilangan orang kesayangan mereka di tangan tentera rejim Israel dengan seorang ayah berkata: "Askar terbabit langsung tidak menunjukkan belas kasihan."
  
Salah Al Sammouni, 33, saksi pertama yang memberi keterangan pada pendengaran Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur mengenai Palestin, berkata askar Israel membunuh 21 anggota keluarganya termasuk anak perempuannya pada 5 Januari 2009, ketika menyerang kampungnya di Gaza.
  
"Pada hari berkenaan, 21 anggota keluarga saya mati di rumah yang sama pada masa yang sama," katanya menerusi penterjemah, dengan air mata berlinangan.
   
Menjawab soalan Prof Gurdial Singh Nijar yang mengetuai pasukan pendakwaan sama ada mereka yang membunuh keluarganya berpakaian seragam, Salah berkata: "Ya. Saya lihat mereka selama beberapa jam. Mereka memakai seragam tentera...sudah tentu saya mahu pembunuh terbabit dipenjarakan.
  
"Hari ini mereka masih mengebom Gaza. Gaza telah musnah dan tiada siapa melakukan sesuatu mengenainya. Isteri dan anak-anak saya berpindah dari satu rumah ke satu rumah, mencari perlindungan daripada serangan Israel," katanya.
  
Sementara itu saksi kedua, Mahmoud Al Sammouni, 15, yang juga sepupu Salah, berkata ayahnya ditembak mati pada 4 Jan 2009, sekalipun telah mengangkat tangan tanda menyerah diri. Turut terbunuh adik lelakinya yang berusia empat tahun.
  
Suruhanjaya itu dijadual mendengar testimoni daripada 11 saksi yang mendakwa kekejaman dan kemungkinan berlaku jenayah perang di Palestin. Empat daripada mereka memberi keterangan hari ini.
  
Lima anggota suruhanjaya yang mendengar testimoni itu ialah peguam Musa Ismail;  bekas pembantu setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan penyelaras kemanusiaan untuk Iraq, Hans-Christof Graf von Sponeck; Denis J.Halliday, juga bekas penyelaras kemanusiaan PBB; Dr Zulaiha Ismail, bekas Dekan Pusat Pengajian Siswazah di Universiti Teknologi Mara; dan  Michel Chossudovsky, seorang pensyarah di University of Ottawa.
  
Suruhanjaya itu merupakan badan penyiasat yang diberi kuasa untuk menerima dan menyiasat aduan daripada mangsa perang dan konflik bersenjata berkaitan jenayah terhadap keamanan, jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan dan kesalahan lain yang diiktiraf di bawah undang-undang antarabangsa.
  
Selepas siasatan, suruhanjaya itu akan menyerahkan laporan kepada bahagian pendakwaan yang akan memutuskan sama ada untuk memfailkan dakwaan dengan pendaftar Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCT) terhadap mereka yang dianggap mencabuli undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
  
Jika dakwaan dibuat, KLWCT akan bersidang untuk mengadili kes tersebut.
  
Prosiding bersambung esok. - Bernama

95% pemain Kelantan kekal, nama Mat Yo tidak ada

Posted: 20 Nov 2012 03:10 PM PST

ROSMIZA KASIM, ROSALWANI CHE SOH & FATIHAH AWANG

95% pemain Kelantan kekal, nama Mat Yo tidak ada
Piala yang dimenangi dipamerkan pada Majlis Perarakan Tiga Piala Bersama Penyokong TRW di Kota Bharu malam tadi.
 
95% pemain Kelantan kekal, nama Mat Yo tidak ada
Pemain pasukan Kelantan diraikan pada Majlis Perarakan Tiga Piala Bersama Penyokong TRW di Kota Bharu malam tadi.
 
KOTA BHARU - Lebih 95 peratus senarai pemain The Red Warriors yang diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa malam tadi, kekal bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Antara pemain yang kekal adalah Mohd Badhri Radzi, Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaludin, S Subramaniam, Mohd Shakir Shaari, Indra Putra Mahayuddin,  Mohd Norfarhan Muhammad serta Obina Nwaneri.

Beberapa pemain baru juga turut diumumkan iaitu Mohd Haris Safwan Md Kamil yang sebelum ini beraksi di Johor FC, K Nanthakumar dari Perak serta Zairo Annuar Zailani dan Mohd Faiz Subri dari T-Team.
Beberapa pemain Kelantan musim ini mengambil keputusan untuk berhijrah ke pasukan lain seperti Mohd Nurul Azwan Roya (Johor), Muhammad Ramzul Zahini Adenan (Selangor), Azlan Ismail dan S Chanturu (Perak).

Sementara itu, Annuar Musa berkata, Mohd Badhri Radzi (Piya) dikekalkan sebagai ketua pasukan sementara Indra Putra pula sebagai timbalan ketua pasukan pada musim depan.

"Alhamdulillah, kita bertuah kerana mempunyai ramai pemain yang memiliki kualiti kepimpinan yang tinggi.
Selain Piya dan Indra, kita turut ada Shakir, Khairul Fahmi, Subra, Farhan dan ramai lagi yang memiliki skil kepimpinan semula jadi," katanya ketika mengumumkan senarai pemain Liga Malaysia Kelantan 2013 di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Mengenai status Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) dan Mohamad Ghaddar, Annuar berkata, nama pemain paling bernilai 2012 itu tidak disenaraikan dalam senarai pemain untuk musim depan tetapi Kafa masih lagi berbincang dengan Ghaddar sama ada pemain dari Lubnan itu masih berminat untuk bersama The Red Warriors lagi.

"Saya tidak mahu menghangatkan lagi isu Mat Yo, biarlah kita lepaskan dia dan kita dapat berikan tumpuan untuk mantapkan pasukan bagi menghadapi saingan musim depan," katanya.

Kira-kira 8,000 penyokong The Red Warriors memenuhi laluan perarakan tiga piala dari Hotel Renaisance ke Stadium Sultan Muhammad IV.

Kelantan mencipta sejarah treble musim ini apabila menjuarai tiga piala berprestij Liga Malaysia iaitu Piala FA, Juara Liga Super dan Piala Malaysia.

“Taikun” Malaysia (KRONI) Hutang RM134.84 bilion Dengan Bank Negara (BNM). YTL Paling Mewah!

Posted: 20 Nov 2012 05:47 AM PST

 Staff Berita Semasa
Syarikat YTL Group Taikun Malaysia (KRONI) Hutang RM134.84 bilion Dengan Bank Negara (BNM). YTL Paling Mewah!

RM134.84 bilion suatu angka yang cukup besar. Untung mereka. Berjaya mendapat hutang yang dijamin oleh kerajaan Malaysia untuk kepentingan & perniagaan mereka sendiri. Menurut laporan Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari dan Kawalan dan Pemantauan menunjukkan di sini terdapat krisis yang melibatkan syarikat keluarga atau kroni yang meminjam terlalu besar daripada institusi kewangan.

Mengikut sejarah dana modal, dana harta diwujudkan supaya pengagihan kewangan itu lebih telus dan teratur, tidak hanya bidang kuat kuasa Menteri Kewangan atau Perdana Menteri semata.

Senarai KRONI Yang Hutang dengan Bank Negara Malaysia (BNM) & Jumlah Hutang?

  1. YTL – Tan Sri Francis Yeoh – RM53.1 Billon.
  2. Kumpulan Tan Sri Syed Mokhtar – RM34.3 Billon.
  3. Kumpulan Tan Sri Ananda Krisnan – RM18.4 Billon.
  4. Genting, Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong- RM16.4 Billon
  5. Kumpulan Berjaya – Vincent Tan (Sekitar RM8 bilion)
  6. Lion Group, Tan Sri Willian Cheng- RM3.8 Billion
Sekaligus kalangan 6 orang taikun di Malaysia ini yang bukan terdiri daripada kumpulan bukan GLC (agensi kerajaan) merupakan kumpulan yang paling banyak berhutang iaitu sebanyak RM134.84 bilion atau 10 peratus dari jumlah keseluruhan pinjaman dalam sistem perbankan negara.

YTL Property  Taikun Malaysia (KRONI) Hutang RM134.84 bilion Dengan Bank Negara (BNM). YTL Paling Mewah!
Hansard di Dewan Rakyat

Dan disebabkan jumlah pinjaman yang cukup besar ini mengakibatkan keseluruhan sistem perbankan negara terdedah kepada peminjam sejumlah kecil seperti anda, anda dan anda di sini. Kalau diikutkan, memang ada garis panduan Bank Negara yang mengehadkan pendedahan pinjaman kepada sebuah syarikat dan individu kerana risiko kepada negara atau kerajaan.

Itu sebablah juga, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz telah menegur Menteri Kewangan bahawa pendedahan beberapa individu  termasuk Tan Sri Syed Mokhtar & Kumpulan YTL mungkin menjejaskan institusi kewangan untuk jangka masa pendek dan panjang. Ini soal pinjaman yang ada kaitan dengan bon yang dikeluarkan. Kerajaan terdedah dengan banyak pinjaman dalam  bentuk penerbitan bon yang dibuat oleh badan korporat yang diberi pinjaman kerajaan. Ini tidak termasuk RM50 bilion yang dikeluarkan oleh DanaInfra Nasional Berhad untuk projek MRT.

Sebahagian Kepentingan YTL:-

  1. YTL Power Services
  2. YTL Communications (Dapat projek RM 8 BILLION di Kementerian Pelajaran Malaysia)
  3. Electranet Private Lty
  4. Wessex Water
  5. PowerSeraya Limited
  6. ERL
  7. YTL Cement Berhad
  8. Syarikat Pembinaan Yeoh Tiong Lay
  9. YTL Land & Development
  10. YTL Hotels
  11. YTL Corporation Berhad Group
  12. YTL SV Carbon…
  13. Dan bukan itu sahaja senaraian portfolio yang dimilki kumpulan YTL ini
Dan pastinya Francis Yeoh berterima kasih kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir kerana menganugerahkan projek mega untuk dibina loji jana kuasa bebas oleh YTL (Paka dan Pasir Gudang) yang sebenarnya memberikan pulangan pendapatan yang besar kepada mereka iaitu menyumbang sejumlah 70% pendapatan kepada Kumpulan YTL. Anda boleh saksikan sendiri 3 bahagian video di bawah ini yang disediakan oleh pihak Bloomberg mengenai perjalanan syarikat kumpulan YTL ini :


Francis Yeoh YTL Taikun Malaysia (KRONI) Hutang RM134.84 bilion Dengan Bank Negara (BNM). YTL Paling Mewah!

Jikalau sebelum ini, kami ada mengeluarkan laporan berita yang bertajuk "Anti Monopoli : Syed Mokhtar Monopoli Keperluan Harian Rakyat Malaysia? Hutang Cecah RM35 Bilion!!" di atas pelbagai projek & perniagaan rakyat yang diberikan terus kepada Syed Mokhtar, kali ini kumpulan YTL juga tidak terlepas peluang untuk mendapat keistimewaan yang cukup baik daripada pihak kerajaan.

Yang peliknya adakah wajar satu syarikat YTL, elektrik jana kuasa YTL dapat, dan sekarang ini YTL baru memperolehi kontrak yang cukup lumayan bernilai RM8 bilion untuk Kementerian Pelajaran bagi projek 1bestari.net. Ini bagi kami satu keputusan yang cukup aneh. Pengalaman masih lagi tetapi berjaya mengalahkan pesaing lain yang cukup berpengalaman termasuklah TM, Timedotcom, Maxis dan Celcom. Jadi, mengapa YTL yang dapat pula projek tersebut. Apa yang istimewanya YTL ini?

Utusan Malaysia : Nik Aziz Dakwa Murtad. Azhar Sulaiman “Umum Murtad”. Nik Aziz Nak Saman Pula!

Posted: 20 Nov 2012 05:15 AM PST

 Staff Berita Semasa 
 
UMNO Murtad Utusan Malaysia Utusan Malaysia : Nik Aziz Dakwa Murtad. Azhar Sulaiman Umum Murtad. Nik Aziz Nak Saman Pula!

Isu UMNO Murtad? : Kalau sebelum ini, meletusnya isu doa UMNO & Barisan Nasional hancur oleh adik Nik Aziz, kali ini Nik Aziz sendiri menjadi bahan muka hadapan Utusan Malaysia kerana dikatakan mendakwa Umno merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

UMNO Murtad (Utusan Malaysia) VS Azhar Sulaiman?

Hebat juga laporan Utusan Malaysia. Manakan tidak, laporan Utusan Malaysia itu sendiri telah menyebabkan seorang artis Malaysia, Azhar Sulaiman yang membaca akhbar tersebut bertindak terus memerli Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat  dengan mengumumkan murtad di Facebook. Hati-hati ya…Azhar Sulaiman apabila melibatkan hukum agama. Ada masa sesuai untuk berseloroh, ada masa perlu berfikir dahulu sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan….

UMNO Murtad Nik Aziz Utusan Malaysia : Nik Aziz Dakwa Murtad. Azhar Sulaiman Umum Murtad. Nik Aziz Nak Saman Pula!

Tidak kira apa fahaman politik sekalipun, jangan sesekali cuba-cuba untuk menjerat diri sendiri dengan cara mempermainkan agama atas perbezaan idelogi politik.

Utusan Malaysia UMNO Murtad Utusan Malaysia : Nik Aziz Dakwa Murtad. Azhar Sulaiman Umum Murtad. Nik Aziz Nak Saman Pula!

Dengan laporan berita Utusan Malaysia yang didakwa suatu fitnah & pembohongan, Tuan Guru Nik Aziz dijangka akan saman Utusan Malaysia.

Nik Aziz Facebook Utusan Malaysia : Nik Aziz Dakwa Murtad. Azhar Sulaiman Umum Murtad. Nik Aziz Nak Saman Pula!

Nampknya siri saman yang terbaru kepada Utusan Malaysia bakal menambahkan lagi kegusaran kakitangan Utusan Malaysia yang merasakan diri mereka tidak lagi bebas seperti dahulu seperti laporan berita ini yang bertajuk "Utusan Malaysia : Tiada Maknanya Kebebasan Media di Malaysia. Kami Kena Saman Berkali-kali!!" untuk mengeluarkan laporan berita di akhbar keramat mereka, Utusan Malaysia.

P/S : Ayuh Utusan Malaysia, gunakan ruang dan peluang ini untuk buktikan yang anda di pihak yang benar sekaligus mampu mengenepikan dakwaan Utusan Malaysia seringkali menjadi agen penyebar fitnah.

Isu kondo Batu Caves: Exco dicabar letak jawatan

Posted: 20 Nov 2012 05:08 AM PST

Jika projek tersebut diteruskan ia akan menjejaskan struktur dan mengancam kuil Batu Caves, kata M Manoharan.

 

Sekitar DUN Selangor 

SHAH ALAM: Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew dicabar meletakkan jawatan jika gagal menyelesaikan isu pembinaan projek kondominium Dolomite Park Avenue setinggi 29 tingkat di Batu Caves.

Perkara itu disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) M Manoharan (DAP-Kota Alam Shah) dalam soalan tambahan kepada  Ronnie Liu (DAP-Pandamaran) pada sidang DUN Selangor di sini hari ini.

Manoharan berkata jika projek tersebut diteruskan ia akan menjejaskan struktur dan mengancam kuil Batu Caves yang berusia lebih 100 tahun. Malah pembinaan kondominium 29 tingkat yang berhampiran bukit batu kapur itu turut menjejaskan penduduk dan kawasan di sekitarnya.

"Adakah exco bersedia meletak jawatan jika projek ini tidak dibatalkan? ……kerana projek ini mengancam kuil Batu Caves yang berusia lebih 100 tahun?" soal Manoharan kepada Ronnie Liu.

Ronnie Liu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri berkata tidak timbul isu letak jawatan kerana pendirian kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor ialah untuk membatalkan pembinaan kondo tersebut.

Katanya, kerajaan negeri juga mengeluarkan arahan untuk memberhentikan sementara kerja-kerja pembinaan itu malah satu jawatankuasa bebas ditubuhkan bagi mengkaji kelulusan projek.

Menurutnya, kuasa untuk menarik semula permit dan lesen pemaju terletak ditangan dan bidang kuasa Perdana Menteri mahupun Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, projek kondominium itu telah mendapat permit pengiklanan untuk jualan di mana 60 peratus dari sejumlah 400 unit kondo tersebut sudah dijual.

Lokasi projek pembinaan kondominium itu yang terlalu hampir dengan Batu Caves mendapat perhatian apabila Jawatankuasa Kuil Sri Subramaniam Swamy Devasthanam Batu Caves membuat bantahan baru-baru ini.

Mereka mendakwa projek berkenaan akan menjejaskan pemandangan dan struktur kuil tersebut.

K’jaan Pakatan S’gor gagal penuhi pelbagai janji

Posted: 20 Nov 2012 05:06 AM PST

Kira-kira RM2.4 bilion belum lagi diagihkan kepada rakyat menerusi lapan program yang diumumkan sebelum ini, dakwa Ketua Pembangkang Datuk Satim Diman.
 

Sekitar DUN Selangor

SHAH ALAM: Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor didakwa gagal memenuhi pelbagai janji semasa Pilihan Raya Umum lalu (PRU12) dan kira-kira RM2.4 bilion belum lagi diagihkan kepada rakyat menerusi program yang diumumkan sebelum ini.

Ketua Pembangkang Datuk Satim Diman berkata, selepas mengambil kira perbelanjaan oleh kerajaan Selangor, kajian mendapati RM2.4 bilion itu masih belum ditunaikan ke atas lapan program yang melibatkan bantuan kewangan.

"Lapan program itu melibatkan pemberian RM100 kepada setiap anak kelahiran Selangor, bantuan RM75 sebulan kepada anak yang dihantar ke pusat jagaan, RM50 untuk pendidikan pra-sekolah dan lain-lain," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini.

Menerusi lapan program itu kata beliau, kajian itu mendedahkan pemberian wang Takaful bernilai RM2,500 kepada warga emas, kurang upaya dan anak yatim merupakan jumlah tertinggi iaitu RM407,205 juta.

"Walaupun Menteri Besar kata manifesto PRU bukan janji tapi rakyat tidak dapat terima. Mereka menuntut janji-janji PRU12 yang mendorong mereka memilih Pakatan pembangkang.

Manifesto PRU12 Pakatan

"Manifesto PRU12 Pakatan memfokus lima bidang iaitu urustadbir berwibawa, sosial dan kebajikan rakyat, kesihatan, ekonomi dan  keselamatan rakyat dengan 31 janji atau program yang begitu menarik.

"Daripada 31 janji itu, lapan program melibatkan kewangan untuk setiap kumpulan sasaran dan dapati masih terdapat lebih kurang RM2.4 bilion belum ditunaikan," jelas beliau.

Ujarnya, pelbagai janji PRU12 gagal ditunaikan dan jika ada ia hanya melepaskan batuk ditangga sahaja.

Satim berkata, janji yang gagal dipenuhi kerajaan negeri antaranya merujuk kepada laporan Jabatan Audit Dalam, Setiausaha Kerajaan Selangor dan pendengaran SELCAT mengenai pengurusan industri pasir melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd, pengurusan kewangan Yayasan Selangor dan Universiti Selangor (Unisel).

Katanya, isu pembinaan rumah mampu milik oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) juga turut disentuh dalam ucapan beliau.

Sementara itu, peranan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dipersoalkan kerana didakwa gagal bertindak terhadap pelbagai penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa di PKNS, Yayasan Selangor, Unisel dan agensi-agensi kerajaan negeri.

"Walaupun gaji penasihat ekonomi itu hanya nominal sebanyak RM1, berapa jumlah sebenar perbelanjaan pejabat beliau?" soal beliau.

Adun BN ‘sapu’ tanah S’gor

Posted: 20 Nov 2012 05:03 AM PST

 
Tanah yang dibeli Adun-Adun BN adalah antara satu hingga tujuh ekar dengan harga cuma RM1 kaki persegi, lebih rendah dari nilai pasaran. 



SHAH ALAM: Pakatan Rakyat mencabar Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang menjelaskan bagaimana mereka boleh membeli tanah dengan harga yang tidak munasabah sewaktu Umno-Barisan Nasional (BN) memerintah Selangor.

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim mendakwa 23 bidang tanah dianggarkan bernilai RM20 juta dibeli Adun Umno-BN dengan harga cuma RM1 satu kaki persegi, saiz di antara satu hingga tujuh ekar, jauh lebih rendah dari harga pasaran.

Ujar beliau, "Sebanyak 23 bidang tanah rakyat Selangor, meliputi pembinaan pusat komersial dan rumah kedai ini, 'disapu' oleh MIC, MCA dan Umno. Kami cabar mereka supaya menjelaskan isu tanah di beberapa daerah di Selangor.

"Sebagai parti pemerintah ketika itu mereka diam-diam mohon tanah untuk kepentingan sendiri," katanya pada sidang media di lobi persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini hari ini.

Ujarnya, sepanjang Pakatan mentadbir, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak membenarkan Adun atau mana-mana parti memohon untuk memiliki tanah di negeri ini. Ini jelas menunjukkan ketelusan yang ditonjolkan pentadbiran Pakatan di Selangor.

Alangkah bagus kalau PAS doa keselamatan Gaza

Posted: 20 Nov 2012 05:00 AM PST

PAS sepatutnya berdoa meminta perlindungan keselamatan rakyat Palestin di Gaza supaya tidak terus menjadi mangsa kezaliman.



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Dato' Zulkifli Noordin berkata, kemuliaan agama tercalar dikaca mata penganut bukan Islam dengan sikap PAS yang dianggapnya terdesak untuk mendapatkan kuasa.

"Mengadakan solat hajat untuk hancurkan orang lain adalah sia-sia. Bukan dalam Islam sahaja tapi dalam agama lain tidak mengajar supaya mendoakan kehancuran agama lain.

"Alangkah bagusnya kalau PAS doakan keselamatan di Gaza…umat Palestin meletakkan harapan yang tinggi kepada kerajaan Malaysia supaya membantu mereka," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Zulkifli merujuk kepada doa yang dibacakan anggota Dewan Ulama PAS Kelantan Nik Razi Nik Mat ketika memimpin solat hajat yang disertai kira-kira 50,000 ahli dan penyokong parti di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu pada 16 November lalu.

Nik Razi yang juga adik kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dalam doanya menyebut 'Kuburkanlah Umno-BN' dan 'KO BN' ketika berlangsungnya Muktamar Tahunan PAS kali ke 58.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tangga Batu Datuk Idris Haron mengingatkan PAS supaya berhati-hati dengan tindakan mereka apabila mengadakan solat hajat mendoakan kehancuran Umno, tumbangnya Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, tiada hukum dalam Islam yang menyuruh umatnya mendoakan keburukan terhadap orang lain apatah lagi terhadap sesama Muslim.

Katanya, tindakan PAS menunjukkan parti itu tidak lagi boleh dipercayai sehingga terdesak meng'halal'kan doa tersebut semata-mata demi matlamat mahu memenangi Putrajaya.

"Saya yakin kalau Perhimpunan Agung Umno yang akan bersidang tidak lama lagi kita akan mendoakan yang baik-baik supaya semuanya bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat.

"Kita takkan sesekali mendoakan supaya pemimpin PAS atau parti lawan hancur musnah dan dilaknat…kita takkan buat perkara ini," katanya.

Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali pula ketika ditemui berkata, tindakan itu mendedahkan PAS terjerumus kepada hukum syirik apabila sudah jauh menyimpang daripada landasan yang dibenarkan agama.

"PAS bukan satu agama yang membenarkan setiap tindakan ahlinya. Parti politik ini boleh melakukan kesilapan kerana ia dipimpin oleh manusia yang bukan maksum (sempurna), sudah tentu ada perkara yang tersasul dan tak betul," katanya.

Katanya, PAS sepatutnya berdoa meminta perlindungan keselamatan rakyat Palestin di Gaza supaya tidak terus menjadi mangsa kezaliman, bukannya mendoakan demi kepentingan politik sendiri.

"Saya tak cadangkan supaya mereka (PAS) ini turut hancur tapi sekurang-kurangnya PAS mintalah doa supaya DAP diberikan hidayah menerima Islam," katanya yang merujuk keengganan DAP menerima hukum hudud dan pembentukan negara Islam.

Venezuela, Palestin, Memali

Posted: 20 Nov 2012 04:58 AM PST

Oleh Izmil Amri

Gambar ehsan-shukran-ijtihad.blogspot.com

VENEZUELA adalah sebuah negara Amerika Selatan yang terkenal dengan wanitanya yang umpama bidadari. Sudah enam kali negara itu menyandang gelaran Miss Universe. Terbaru pada 2009 melalui Stefania Fernandez, yang mengikuti langkah rakan senegara, Dayana Mendoza yang memenangi gelaran itu pada tahun sebelumnya. Saya sudah 'google' keduanya; memang cantik.

Venezuela adalah satu daripada tiga negara yang lahir daripada keruntuhan Gran Colombia pada 1830. Ia juga pernah dijajah Sepanyol pada 1522 sebelum diisytihar merdeka pada 1811, namun tidak merdeka sepenuhnya sehingga 1830.

Sebuah negara persekutuan republik, ia memunyai 23 negeri dalam kawasan seluas hampir satu juta kilometer persegi dengan jumlah penduduk dianggarkan 29 juta yang bertumpu ke kawasan bandar, menjadikannya antara negara Amerika Latin paling 'urban', dengan 96% daripadanya beragama Kristian Katolik.

Sekitar abad ke-20, negara itu menemui simpanan minyak terbesar di seluruh dunia dan menjadi negara pengeksport minyak paling utama. Sebelum itu Venezuela sekadar mengaut kekayaan daripada hasil pertanian termasuk kopi dan koko.

Kini 95% daripada hasil eksportnya adalah bergantung kepada hasil minyak; yang menyumbang kepada 40% hasil kerajaan, dan 12% daripada KDNK negara berkenaan.

Sebenarnya kalau dibelek dengan cermat, kita akan dapati bahawa sosio-ekonomi Venezuela tak ada banyak beza dengan Malaysia. Populasinya juga hampir sama. Cuma mungkin gadis Malaysia belum ada yang jadi Miss Universe. Dan sewaktu Venezuela sudah Merdeka, Semenanjung Tanah Melayu mungkin sedang galak menerima kemasukan orang putih dengan tangan terbuka.

Selain itu juga, Venezuela barangkali sedikit bertuah kerana mempunyai seorang pemimpin bernama Hugo Chavez.

Chavez

Hugo Rafael Chavez Frias adalah presiden Venezuela sejak 1999 yang mempunyai ideologi politiknya sendiri yang dipanggilnya Bolivarianisme dan 'Sosialisme untuk abad ke-21′. Ada juga yang berpendapat ideologi politik Chavez ini ada sedikit-sebanyak persamaan dengan prinsip demokrasi sosial Parti Tindakan Demokratik (DAP) khususnya di segi memberi keutamaan kepada rakyat berpendapatan rendah.

Sosialisme Bolivarian adalah berdasarkan solidariti dan persaudaraan, kasih sayang, keadilan, kebebasan dan kesaksamaan. Ini bererti kebijakan yang dibawa Chavez adalah kebijakan yang manusiawi dan tidak berpaksikan kepada kepentingan kaum pemodal semata-mata, bahkan memberikan kelebihan kepada masyarakat awam.

Bagi Chavez, inilah dia kebijakan yang sedikit kontra dengan sosialisme konvensional memandangkan sosialisme yang diamalkan di negara-negara soviet zaman Perang Dingin dahulu adalah langsung tidak demokratik dan menghadkan penyertaan politik daripada rakyat serta menjadikan struktur pemerintahan sangat autoritarian.

Pendekatan manusiawi Chavez ini diterjemahkan hatta ke Eropah apabila ia berjanji untuk membekalkan minyak murah kepada masyarakat kelas pertengahan-rendah di sana. Sehinggakan Datuk Bandar London, Ken Livingstone, menyifatkan beliau sebagai perkara terbaik dari Amerika Latin setelah bertahun lamanya.

Akar polisi Chavez memberi penekanan, antara lain kepada aspek kepentingan pendidikan, keadilan sosial serta integrasi Amerika Latin. Malah turut memberi penekanan kepada demokrasi yang mengundang penyertaan masyarakat akar umbi dalam membuat sebarang keputusan.

Lebih menarik lagi apabila sang presiden Katolik yang dahulunya menjadi 'budak altar' di gereja ini secara senang hati bersahabat dengan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad sebagai penentang imperialisme Amerika Syarikat.

Presiden sosialis beragama Kristian ini semalam bersuara mengecam serangan regim Zionis terhadap penduduk Islam di Gaza, yang disifatkannya pencerobohan ganas dan buas terhadap rakyat Palestin. Chavez adalah antara pemimpin yang paling lantang memperjuangkan hak rakyat Palestin malah mendesak penyertaan Palestin ke dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Venezuela juga memutuskan pertalian dengan Israel sejak 2009.

Palestin

Malam 1 Muharram 1434 Hijrah, tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza yang membunuh komander tentera Hamas, Ahmad Jabari. Dua pusat latihan Hamas menjadi sasaran dalam siri pengeboman itu yang menyusul sejurus sahaja Jabari dibunuh.

Ahmad Jabari adalah ketua kepada briged Izzuddin al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas. Selain beliau, yang turut menjadi korban serangan tentera Israel adalah beberapa orang kanak-kanak, yang di saat rencana ini ditulis, bilangannya kian bertambah, berkadaran dengan pergerakan tentera Israel menakluki Gaza dengan operasi daratnya.

Kemelut Israel-Palestin telah berlanjutan untuk puluhan tahun. Malah ada yang akan mengira sejak Perang Salib lagi. Peta wilayah kedua-dua negara itu kian lama kian menunjukkan perbezaan. Negara Israel semakin luas kawasannya, manakala Palestin pula semakin mengecil. Dan Gaza hanyalah secebis kawasan di pinggiran, menghampiri Mesir.

Israel barangkali menguji komitmen Obama yang baru beberapa hari lalu dipilih semula menjadi Presiden Amerika. Dan nyata Obama dan negaranya tidak banyak kompromi dalam menyatakan sokongan terhadap sekutu dan teman paling akrabnya, Israel.

Agak menyedihkan apabila tiada campur tangan ketenteraan daripada jiran terdekat termasuk Mesir yang kini ditadbir parti yang dipengaruhi Ikhwanul Muslimin apabila Palestin terus dibantai seakan merelakan pembersihan etnik di negara itu. Dunia Arab kekal bungkam dan sekadar mengeluarkan kecaman tanpa sebarang tindakan yang memperlihatkan kekuatan politik. Adalah satu atau dua kenyataan politik yang dibuat, namun masih tiada tindakan susulan.

Kesan terhadap Malaysia

Palestin sebagai tempat letaknya Baitul Maqdis dan Masjidil Aqsa mempunyai tempat yang sangat istimewa di hati rakyat Malaysia. Maka pergolakan di Palestin secara langsung memberi kesan kepada sentimen rakyat Malaysia yang peduli dengan sengsara yang ditanggung saudara seagama.

Apa yang tidak membantu pula ialah fitnah tanpa henti daripada sesetengah pihak yang mengaitkan pimpinan Pakatan Rakyat dengan Israel, malah mendakwa pula bahawa Pakatan Rakyat adalah agen Israel dan kemudian menuding jari kepada Pakatan apabila Palestin diserang bertubi-tubi. Kononnya 'agen Israel' dalam Pakatan Rakyat tidak pun memberi kecaman keras terhadap serangan itu.

Ini pastilah dusta politik belaka yang hanya akan ditelan mentah oleh mereka yang merelakan diri terus dibodohkan.

Prinsip demokrasi sosial meski pada dasarnya sekular, adalah sangat manusiawi dan meletakkan hak asasi manusia serta solidariti sesama insan di maqam yang amat tinggi. Maka tidak hairan bagaimana Hugo Chavez Presiden Venezuela pun turut membela nasib rakyat Palestin. Mana mungkin bakal pemimpin Malaysia dari kalangan Pakatan Rakyat tidak cakna dan bersimpati dengan nasib rakyat Palestin di kala sentimen rakyat begitu kuat.

Namun sikap pimpinan UMNO dalam hal Palestin jelas memperlihatkan betapa hipokritnya puak ini, yang sentiasa menggunakan apa sahaja isu yang boleh demi menyelamatkan dirinya. Sambil cuba kelihatan suci murni sebagai pembela umat Islam Palestin, ia cuba melupakan dosanya sendiri yang mengakibatkan kematian umat Islam dalam tragedi Memali, 27 tahun lalu; yang sehingga hari ini tidak pernah dibawa ke muka pengadilan.

Apa yang kita dapat hanyalah propaganda Barisan Nasional yang akan terus mencuba untuk menutup sifat Zionisnya dalam tragedi pembantaian orang kampung di pinggir Baling, Kedah itu. Ibrahim Libya sendiri dikhabarkan menerima berpuluh das tembakan di dada, tidak ia membelakangi para penyerangnya walau selangkah. Apa pula kata para pemimpin UMNO? Keluarga mangsa Memali adakah dibela parti Melayu ini di kala ia terkinja-kinja berlagak Islamik di tengah kemelut Palestin-Israel?

Umat Melayu harus berfikir mengenainya sebelum membuat keputusan pada pilihan raya nanti. Moga jangan sampai Venezuela negeri "kafir" hidup makmur, Malaysia negara umat Islam pula diperintah "regim" Melayu. – Roketkini.com

AES Guna Kenderaan Berlogo JPJ - KASE Buat Laporan Polis

Posted: 20 Nov 2012 04:53 AM PST


KELAB GREENBOC
 
PAS membuat laporan polis terhadap kontraktor AES kerana didakwa menggunakan kenderaan dengan warna dan logo Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memasang kamera di pelbagai lokasi.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini.

Mereka masing-masing membuat laporan yang mendakwa bahawa dua kenderaan, satu didaftarkan kepada Ates Sdn Bhd dan satu lagi berdaftar kepada Preferred Synergy Sdn Bhd, telah dirakam gambarnya yang mengguna warna dan logo JPJ.

Kase lapor polis pengendali AES menyamar penjawat awam


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) hari ini membuat laporan polis berhubung dengan tindakan dua syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd yang telah menyamar sebagai penjawat awam.

Laporan polis terhadap syarikat tersebut dibuat secara berasingan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan juga Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi.

Menurut Mahfuz, laporan ini dibuat apabila dua syarikat pengendali kamera AES telah bertindak menyamar sebagai penjawat awam iaitu dengan mewarnakan kenderaan milik syarikat dengan warna dan logo Jabatan Pengangkutan Jalan.

"Saya mengesyaki kedua-dua syarikat tersebut telah melakukan kesalahan yang amat serius apabila menyamar sebagai penjawat awam dengan mewarnakan kenderaa milik mereka menyerupai warna kenderaan JPJ.

"Mereka melakukan penyamaran ini sewaktu mengendali kamera mobile AES di beberapa lokasi," jelasnya.

Tambahnya lagi, hasil carian yang dibuat melalui JPJ dan Polis mendapati kedua-dua kenderaan tersebut adalah milik ATES Sdn Bhd dan Preferred Synergy Sdn Bhd yang beralamat di Petaling Jaya dan bukannya milik JPJ.

"Perkara ini merupakan satu kesalahan yang amat serius dan pihak polis perlu mengambil tindakan segera atas penyamaran tersebut.

"Kita tidak mahu sesuatu berlaku atas kekeliruan penyamaran itu dan rakyat terus menjadi mangsa dalam pelaksanaan AES," sambung beliau lagi.

Dalam pada itu, peguam Kase, Zulhazmi Sharif juga turut hadir sewaktu laporan dibuat.

Laporan tersebut dibuat di bawah Seksyen 170 dan Seksyen 171 Kanun Keseksaan, iaitu menyamari penjawat awam dan memakai pakaian atau membawa tanda yang digunakan oleh penjawat awam dengan niat untuk menipu.

Sementara itu, kira-kira 30 anggota NGO Aktivis Bantah AES (Bantah AES) dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) berhimpun di hadapan bangunan Parlimen bagi memberi amaran kepada kerajaan agar membatalkan AES dengan segera.

Himpunan tersebut diketuai Ahli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan, Chang Lih Kang yang juga Adun Teja.

Jurucakap Bantah AES, Saifullah Zulkifli berkata, jika kerajaan enggan berbuat demikian, himpunan besar-besaran bagi membantah AES akan diadakan.

"Hari ini hanya wakil sahaja yang datang menyerahkan memorandum dan mendesak Kementerian Pengangkutan membatalkan AES.

"Kami bagi amaran, jika kerajaan tidak juga menghiraukan bantahan kami, himpunan lebih besar akan diadakan melibatkan semua rakyat," katanya.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong. Turut bersama dalam himpunan tersebut Tian Chua (PKR-Batu), Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) dan Jeff Ooi (DAP-Jelutong).
-HD

Laporan sebelum iniklik untuk baca

PKNS Nafi Tuduhan Liar & Fitnah Noh Omar

Posted: 20 Nov 2012 04:51 AM PST

 
KELAB GREENBOC 

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menafikan dakwaan yang dibuat Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengenai anak syarikat PKNS iaitu Worldwide Holdings Bhd (WHB) yang dikatakan merancang menjual sebahagian pegangan sahamnya bernilai RM 150 juta kepada syarikat bukan Bumiputra.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim, berkata, WHB tidak akan menjual pegangan sahamnya itu kepada mana - mana pihak dan akan kekal menjadi milik perbadanan itu.

"PKNS menubuhkan anak syarikat untuk memiliki aset komersial PKNS dan proses pertukaran nama pengarah serta pemegang saham 'shell company' ini diuruskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Setiausaha Syarikat."

"Ini adalah isu pentadbiran yang biasa dilakukan dan melibatkan SSM serta Setiausaha Syarikat," katanya yang menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai tidak berasas dan mengelirukan.

WHB merupakan anak syarikat PKNS yang menjalankan empat aktiviti perniagaan utama iaitu pelaburan dan pembangunan hartanah, perkhidmatan pengurusan alam sekitar, penjana kuasa bebas, pelaburan dan pembuatan peralatan perubatan.

Sementara itu, Ishak juga menyifatkan tuduhan yang dilemparkan itu sebagai tindakan yang tidak beretika dan boleh mengelirukan pelanggan – pelanggan dan rakan niaga PKNS dan WHB serta orang awam.

"PKNS dan WHB tidak berminat untuk terlibat dalam polemik politik dan menggesa agar pihak yang terlibat untuk memeriksa dan memastikan kesahihan fakta terlebih dahulu sebelum melontarkan sebarang dakwaan di media," katanya lagi. -pkns

Salah laku polis: Cabar Hishammuddin berdebat

Posted: 20 Nov 2012 04:49 AM PST

 Roketkini.com

KUALA LUMPUR: Respon lemah Menteri Dalam Negeri dalam isu salah laku polis yang terbaru dituduh merogol wanita warga Indonesia memperlihatkan kelemahan Datuk  Seri Hishamuddin Hussein dalam menangani dan memperbaiki imej polis.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dalam kenyataannya kepada media hari ini mencabar Hishammuddin untuk berdebat secara terbuka mengenai masalah berkaitan keselamatan awam dan salah laku polis terhadap orang awam dan tahanan.

Beliau melontarkan cabaran itu lantaran kes salah laku polis yang kian menular membabitkan kematian, kes rogol serta kekerasan terhadap tahanan polis.

Menurut Gobind, Menteri Dalam Negeri sekadar boleh memberi respon bahawa kerajaan hanya dapat membawa anggota polis yang dituduh merogol waga Indonesia terbabit ke muka pengadilan dan tidak ada tindakan lain yang boleh diambil.

Gobind berkata, Menteri Dalam Negeri seharusnya belajar daripada kes Teoh Beng Hock, Kugan dan Ahmad Sarbani Mohamed yang mati ketika dalam kawalan pihak berkuasa yang jelas menunjukkan wujudnya kelemahan dalam sistem dan langkah yang digunapakai di balai polis serta tempat tahanan dipertikai.

Beliau merujuk satu kes pada 2008 di mana seorang pegawai polis didakwa di mahkamah kerana merogol seorang pelajar berusia 17 tahun dan memaksa gadis itu melakukan seks oral ke atasnya.

Menurutnya, tiada tindakan diambil sehingga kes itu disebut di Parlimen dan dihebahkan di dalam media massa.

Menurut beliau, kes terbaru membabitkan tiga pegawai polis yang merogol warga Indonesia itu juga tidak diambil tindakan, sehinggalah dihebahkan media dan tercetusnya demonstrasi di Indonesia.

Gobind menggesa Menteri Dalam Negeri supaya menerima cabarannya supaya Hishammuddin berpeluang memberi alasan kepada tindakan sambil lewanya dalam hal itu. – Roketkini.com

Mahathir Berlagak Bijak Daripada Tuhan Dalam Menentukan Keadilan

Posted: 20 Nov 2012 04:40 AM PST


KELAB GREENBOC
 
Hadi bidas Dr M isu 'hudud untuk semua'

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu pelaksanaan hukum hudud meliputi orang bukan Islam.

Abdul Hadi mengulas pandangan Dr Mahathir yang mendakwa perbezaan hukuman terhadap orang Islam dan bukan Islam boleh dilihat ketidakadilan dan bertentangan dengan ajaran Islam.

"Ada beza antara adil untuk semua dan hak untuk semua.

"Ada hak orang bukan Islam, hak dia untuk mengizinkan apa yang ada dalam agama dia," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan penangguhan di Muktamar PAS ke 58 di Kota Bharu.

Beliau yang juga ahli parlimen Marang memberi contoh hukum hudud yang berkait dengan arak.

"Orang minum arak kena hukum, itu hukum hudud. Tapi tak hukum orang bukan Islam, sebab ia dibenarkan dalam agama dia," katanya.

Beliau turut menempelak mantan presiden Umno itu supaya bercakap pasal perubatan. "Dia cakap pasal perubatan sajalah," katanya.

Dr Mahathir dilaporkan meminta PAS perjelas tafsirannya mengenai pelaksanaan hukum hudud.

Beliau dilaporkan berkata pelaksanaannya harus berlandaskan keadilan sepertimana yang terkandung dalam ajaran Islam.

Dr Mahathir juga dilaporkan berkata parti itu seharusnya melaksanakan hukum yang dapat diterima pakai oleh semua golongan termasuk bukan Islam sesuai dengan kedudukan negara ini yang mempunyai penduduk berbilang agama.


LIHAT VIDEO DI SINI

Penstrukturan semula syarikat air untuk ringankan beban rakyat

Posted: 20 Nov 2012 04:33 AM PST

Roketkini.com

SHAH ALAM: Tindakan Kerajaan PR Negeri Selangor menstrukturkan semula perkhidmatan industri air bagi meringankan beban rakyat di samping memastikan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mendapat perkhidmatan yang lebih cekap berkesan pada kadar tarif yang munasabah.

Ketika ini industri perkhidmatan air dijalankan syarikat yang berlainan membabitkan empat konsesi tidak secara holistik menyebabkan pengurusan tidak cekap dan kos operasi yang membebankan pengguna melalui kenaikan tarif yang tinggi.

Empat syarikat konsesi terbabit ialah Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH), Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS) yang mengedalikan rawatan dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) melakukan pengagihan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kerajaan negeri bertanggungjawab menyediakan kemudahan asas kepada rakyat, termasuk bekalan air bersih dengan kadar tarif berpatutan.

Oleh itu, katanya, kerajaan negeri tidak sepatutnya membayar pampasan terlalu tinggi kepada syarikat  konsesi air berkenaan kerana syarikat itu sudah memperolehi pulangan dan keuntungan yang tinggi.

Bagi mencapai maksud itu, selain memberi 20 meter padu air percuma kepada setiap meter individu rakyat Selangor, kerajaan negeri juga berhasrat mengambil alih sepenuhnya syarikat konsesi yang membekalkan perkhidmatan air negeri.

"Kerajaan negeri sudah mengemukakan tawaran sebanyak tiga kali bagi mengambilalih syarikat konsesi Puncak Niaga, Syabas, ABASS dan SPLASH, tetapi semua syarikat itu menolak." katanya.

Menjawab soalan Adun Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz, Abdul Khalid berkata, tawaran itu termasuk nilaian aset, ekuiti dan liabiliti termasuk bon yang ditanggung konsesi yang memberi keuntungan sebanyak 12 peratus kepada pemegang konsesi.

"Jika pemegang konsesi tidak bersetuju dengan tawaran, kerajaan negeri akan merujuk kepada Badan Timbang Tara Bebas Antarabangsa untuk menentukan  nilai pasaran supaya pemegang saham dibayar pampasan adil dan munasabah," katanya.

Setakat ini, penstrukturan semula industri perkhidmatan air di bawah model holistik masih belum dapat dimuktamadkan kerana syarikat konsesi menuntut nilai pampasan lebih tinggi.

Beliau yang juga ADUN Ijok berkata, dalam menentukan nilai pampasan, kerajaan negeri perlu mengambil kira kepentingan rakyat dan pada masa yang sama nilai itu tidak merugikan mana-mana pihak.

"Melalui penstrukturan semula itu, perjanjian penswastaan air akan ditamatkan dan pengguna tidak perlu lagi dibebankan dengan kenaikan tarif tidak lebih 12 peratus setiap tiga tahun.

"Hasrat ini boleh dicapai melalui syarikat operator yang dimiliki kerajaan negeri bukan melalui syarikat persendirian yang mementingkan keuntungan semata-mata," katanya.

Model holistik yang dicadangkan bagi menyelesaikan semua masalah pengurusan bekalan air secara komprehensif dan menjamin pengurusan air dengan cekap, berkesan, berintegriti dan tidak membebankan rakyat.

Ketika ini, industri perkhidmatan air dijalankan tidak secara holistic yang mana rawatan dan agihan dikendalikan pihak yang berlainan membabitkan empat konsesi iaitu Puncak Niaga, SPLASH dan ABASS mengendalikan rawatan manakala agihan dikendalikan Syabas.

Pada 16 Januari 2008, Kerajaan Persekutuan bersetuju supaya Kumpulan Darul Ehsan Berhad mengambil alih operasi dan penyelenggaraan bagi rawatan dan pembekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya termasuk Loji Langat 2. – Roketkini.com

Isu Talam: Kertas Putih jawab tuduhan BN

Posted: 20 Nov 2012 04:31 AM PST

Roketkini.com

SHAH ALAM: Tuduhan BN bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan hutang Talam Corporation Berhad (Talam) adalah meleset kerana syarikat itu telah berjanji melunaskan semua hutangnya berjumlah RM392 juta.

Menerusi Perjanjian Pelunasan Menyeluruh (GSA), Talam berjanji akan melunaskan semua hutang itu dengan memindahkan asetnya kepada Perbadanan Menteri Besar (MBI).

Selain itu, pelunasan hutang itu dilaksanakan bagi memastikan anak syarikat kerajaan negeri (GLC) mampu mengutip hutang Talam.

Hasil kutipan anak syarikat kerajaan negeri itu akan dikembalikan semula kepada rakyat dalam pelbagai program Merakyatkan Ekonomi Selangor seperti Tabung Warisan Anak Kelahiran Selangor (TAWAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Hadiah Anak Masuk Universiti dan sebagainya.

Dalam Laporan Kertas Putih yang diedarkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor (DNS), Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, dalam menyelesaikan hutang Talam, kerajaan negeri hanya membelanjakan RM420,000 untuk membayar yuran perundangan dan faedah bank.

Katanya, pelunasan hutang Talam itu telah dibentang dan dilulus dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri pada 2 November 2009 dan sidang DNS pada 16 November 2009.

"Walaupun kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri sebelum ini berusaha melaksanakan skim itu dari 2005-2008 tetapi hutang itu gagal dikutip,

"Ini bermakna Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor terpaksa mengadakan usaha baru mengutip dan menyelesaikan hutang Talam itu pada 2009/2010," ujar beliau.

Laporan Kertas Putih ini turut menjelaskan bahawa hutang Talam terhasil dari kerjasama syarikat itu dengan kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) bagi pembangunan tanah (1994-2002), manakala hutang kepada Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB/Universiti Industri Selangor (UNISEL) hasil perjanjian penswastaan bagi pembinaan Universiti Industri Selangor pada 2001 & 2003.

"KPMG  Transaction & Restructuring Sdn Bhd (KPMG) yang menjalankan pemeriksaan bebas terhadap usaha pungutan semula hutang Talam berpendapat bahawa kerajaan negeri telah membuat keputusan yang bijak." ujar beliau.

Isu hutang Talam yang ditimbulkan Ahli Parlimen MCA-BN Datuk Chua Tee Yong ini menjadi hangat apabila beliau menuduh kerajaan negeri menggunakan RM1 bilion wang kerajaan negeri untuk menyelamatkan talam.

Ternyata, Laporan Kertas Putih ini membuktikan semua dakwaan BN itu tidak berasas dan dangkal. – Roketkini.com

MCA & UMNO berebut Wangsa Maju

Posted: 19 Nov 2012 08:25 PM PST

KL TODAY

 

Wangsa Maju menjadi rebutan antara parti komponen Barisan Nasional (BN) Umno dan MCA manakala Pakatan Rakyat (PR) bekerja keras untuk mempertahankan kerusi persekutuan yang dimenangi dalam pilihan raya umum 2008 melalui Wee Choo Keong, yang keluar parti dua tahun lalu menjadi ahli parlimen bebas.

Datuk Yew Teong Lock dari mahu bertanding di kerusi itu sekali lagi tetapi pengerusi BN Wangsa Maju, Datuk Shafie Abdullah dikatakan mengintai peluang untuk menjadi calon gabungan pemerintah tersebut dengan bantuan dari penulis blog pro-Umno.

"Ya, Datuk Shafie mungkin akan bertanding di situ. Lagipun BN perlukan calon baru di situ yang masih segar bukan calon yang sudah berusia," kata pemimpin pemuda Umno Wangsa Maju yang tidak mahu namanya disiarkan kepada The Malaysian Insider.

Shafie(gambar bertali leher) mempunyai satu lagi kelebihan berbanding Yew, kerana dia juga adalah setiausaha politik kepada Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak yang merupakan Perdana Menteri dan pengerusi BN secara automatik sebagai presiden Umno.

Penulis blog pro-Umno, Papagomo juga telah memulakan perang siber di alam maya dalam posting terbarunya.

"Malah lebih menjelekkan apabila Yew Teong Lock tidak langsung memberikan kerjasama kepada ketua Umno bahagian Wangsa Maju, Datuk Shafie Abdullah dalam melaksanakan program untuk rakyat," tulis beliau.

Manakala lawan kepada Umno, PKR tampak agresif dengan bergerak hampir saban minggu berkempen ke setiap pelosok pangsapuri dan pasar bagi memulihkan imej sebagai sebuah parti "katak".

Dalam pilihan raya 2008, PKR berjaya merampas kerusi di P116 (Wangsa Maju) daripada MCA tetapi dengan majoriti yang sedikit iaitu sebanyak 150, tapi tidak lama kemudiaan Wee keluar parti pada 2010 selepas tidak berpuas hati dengan isu penyelewengan pasir di Selangor.

"Selepas ketiadaan Wee, parti dan jentera sangat lemah. Itu perlu saya akui. Kami agak terdesak. Malahan Datuk Mohd Zaid Ibrahim yang dilantik sebagai ketua cabang di sini juga keluar parti.

"Cuma Dr Tan Kee Kwong kali ini nampak bertahan lagi di sini dan sudah turun hampir dua tahun untuk bertemu penduduk di sini," kata Mohammad Hamdi Mohd Said, ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Wangsa Maju.

Apabila ditanya apakah faktor menyebabkan banyak yang keluar parti di Wangsa Maju, Hamdi berkata antaranya adalah kerana kebanyakkan calon disitu adalah "calon payung terjun".

"Banyak lompat keluar kerana mereka adalah calon payung terjun. Sama juga dengan Datuk Mohd Zaid Ibrahim yang dahulunya adalah ketua cabang di sini tetapi kemudian keluar parti," kata Hamdi kepada The Malaysian Insider.

Pengundi kaum Melayu merupakan yang terbesar di sini dengan 35,258 (53.28 peratus) orang, diikuti kaum Cina 24,000 (36.27 peratus) dan India dengan 5,741 (8.68 peratus).

"Umno mungkin yakin untuk meletak calon disitu memandangkan majoritinya Melayu, tetapi mereka perlu ingat orang Melayu undinya terpecah kepada tiga iaitu PKR dan PAS. Manakala kaum Cina terutamanya di kawasan bandar seperti disini, kebanyakan menyokong MCA dan PR," kata naib ketua cabang PKR Wangsa Maju, Ramzan Abd Ghaffur, 50.

Parlimen Wangsa Maju mempunyai pengundi paling banyak yang berusia antara 30-49 tahun dengan 45.68 peratus (30,230) dan diikuti golongan pesara yang berusia antara 50-69 tahun dengan 31.66 peratus (20,953).

"Disini kelompok pengundi terbesar ialah anak muda yang bekerja dan pesara.

"Mereka yang bersara bebas dan terikat kepada mana-mana parti, golongan bersara disini boleh dikatakan antara pengundi atas pagar," kata pesara tentera, Khalil Senin, 58 yang sudah menetap disitu selama 20 tahun.

Seperti individu lain, Khalil juga tidak ketinggalan mengeluh kenaikkan harga barang sejak pengumuman Bajet 2013 lalu di samping peluang pekerjaan yang terhad terutama kepada golongan muda.

"Memanglah kerajaan beri bantuan itu dan ini, tapi bantuan itu bukan setiap bulan. Macam BR1M, itupun sebab nak pilihan raya," tambah Khalil.Sumber: Malaysian Insider

Nora Danish wanita idaman Anuar Zain

Posted: 19 Nov 2012 08:20 PM PST

KL TODAY

 

Penyanyi Anuar Zain mengakui wajah seperti pelakon Nora Danish merupakan antara ciri-ciri wanita idamannya untuk dijadikan isteri.Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain,42, berkata, dia mula tertarik dengan Nora sejak kemunculan awal pelakon itu menerusi drama Puteri.

"Nora memiliki wajah dalam kriteria wanita idaman saya yang feminin dan lembut.

"Saya tidak menolak takdir sekiranya dijodohkan dengan Nora," kata Anuar.

Penyanyi itu ditemui pada pelancaran klip video lagu Ajari Aku di White Box, Publika dekat sini, petang Isnin.

Bagaimanapun, tambah Anuar, perhubungannya dengan Nora tidak lebih daripada seorang rakan kerja kerana wanita itu menjadi pasangannya dalam klip video Ajari Aku yang turut menampilkan pelakon Datuk Rahim Razali.

Ditanya, pernah atau tidak dia terfikir untuk mengenali Nora dengan lebih dekat, Anuar memberitahu tidak memikirkan untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan ibu beranak satu itu.

"Walaupun Nora mempunyai ciri-ciri wanita idaman seperti yang di inginkan, tetapi ia belum sampai ke tahap untuk saya mengenalinya dengan lebih lanjut. Masing-masing dengan hal peribadi sendiri," tuturnya.

Sementara itu, pada majlis pelancaran klip video itu, Anuar turut mengumumkan bakal mengadakan konsert solonya pada 16 Februari 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil, dekat sini pukul 8.30 malam.

Konsertnya yang diberi nama 'Anuar Zain-Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari' itu dianjurkan oleh Anuar Zain Network Sdn Bhd dan syarikat rakaman Universal Music.

Ia merupakan konsert sulung Anuar selepas 30 tahun berada dalam industri seni muzik tempatan.

"Saya rasa sudah tiba masanya untuk membuat konsert buat peminat-peminat setia yang sentiasa menyokong saya dari dulu lagi.

"Dah lama saya nak buat konsert, cuma masalah tiada penganjur membuatkan hasrat itu terbantut.

"Sekarang ini, saya dan pihak Universal akan menggerakkan konsert ini dan mengalu-alukan mana-mana penaja untuk bekerjasama dengan kami," katanya.

Menariknya tentang konsert itu, Anuar akan membuat persembahan selama dua jam tanpa penyanyi undangan dan akan beraksi sebaik mungkin buat para peminatnya itu.

Tiket konsert boleh ditempah bermula 12 Disember depan menerusi ejen tiket www.ticketcharge.com.my.

MP temu SPR, Pakatan syor panel khas semak data pemilih

Posted: 19 Nov 2012 08:17 PM PST

JAMILAH HAMZAH

Fuziah Salleh
Fuziah Salleh
 
KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui terdapat kesilapan dalam daftar pemilih seperti yang didedahkan pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan selama ini pada satu pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen semalam.

Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata, kesilapan yang dilakukan oleh SPR tidak sepatutnya berlaku walaupun agensi tersebut mengakui ia sebagai kesilapan manusia.

Menurutnya,  SPR telah mengakui dan mengesahkan sebanyak 282,000 pendaftar yang mempunyai masalah termasuk tarikh memohon sebelum lahir dan sebagainya seperti yang dibangkitkan oleh pembangkang.

Katanya, SPR juga akan memberi komitmen dalam masalah daftar pemilih berkaitan tarikh yang dipohon sebelum pilihan raya.

"SPR mengakui memang mereka melakukan kesilapan dalam daftar pemilih terutama dalam senarai nama di bawah 21 tahun yang didaftarkan.

"Perkara seperti itu tak perlu dilakukan dan ini menunjukkan SPR tidak cekap," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Mohamed Nazri Aziz meminta Ahli Parlimen PR menghadirkan diri untuk mendengar sendiri taklimat daripada SPR bagi mendapatkan gambaran sebenar.

Dalam pada itu, seorang lagi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar turut menyatakan SPR tidak mempunyai kecekapan dan perlu mempunyai kredibiliti dalam menjalankan tanggungjawab.

Beliau berkata, badan pertubuhan khas perlu diwujudkan untuk menyemak dan menjaga data-data dalam SPR dan pelantikannya bukan dipilih daripada ahli-ahli Parlimen atau kerajaan.

"SPR perlu baiki kelemahan sebelum PRU, dan mewujudkan badan khas untuk menjaga dan menyemak data dengan baik seperti di negara India tanpa melibatkan sesiapa yang berkepentingan," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke berkata,    kesilapan data daftar pemilih yang dilakukan SPR disebabkan kegagalannya menyemak semula status mereka.

Tambahnya, "SPR akui setelah PR membangkitkan fakta itu dan membuat aduan, baru mereka (SPR) membuat semakan dan akan membetulkannya."

Ketua Pemuda Sosialis DAP ini berkata, dalam perjumpaan itu, PR juga meminta supaya SPR mengkaji semula undi daripada rakyat yang bermastautin di luar negara, dan pengundi yang bekerja sebagai tentera tidak lagi mengundi secara pos.

Dalam perjumpaan itu yang diadakan bangunan Parlimen, seramai 40 hingga 50 ahli Parlimen telah mengambil bahagian.

Berdoa kepada ALLAH, kerana tiada tempat mengadu

Posted: 19 Nov 2012 08:15 PM PST

Wartawan Sinar Harian

Dr Maszlee Malik
Dr Maszlee Malik
 
SHAH ALAM – Pas mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) mungkin disebabkan kezaliman yang dibuat terhadap rakyat.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Maszlee Malik berkata, Pas berbuat demikian kerana parti itu didakwa tidak ada tempat untuk mengadu menyebabkan mereka berdoa dengan ALLAH.

Menurutnya, Pas berbuat demikian kerana kezaliman yang dihadapi oleh mereka antaranya royalti minyak rakyat Kelantan, kezaliman kepada parti itu yang merupakan parti pembangkang dan fitnah serta kebebasan media.

"Doa harus bagi yang dizalimi. Doa orang yang dizalimi tidak ada hijab (dinding) dengan ALLAH SWT," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Maszlee berkata, Pas seharusnya menggunakan perkataan yang baik dan berhikmah ketika berdoa.

"Cadangan saya untuk mengelakkan supaya didoakan keburukan, setiap pihak perlu diberikan peluang dan ruang demokrasi, kembalikan hak rakyat dan pihak terlibat," katanya.

MB Selangor nafi minta KSN ganti YDP MPS

Posted: 19 Nov 2012 08:13 PM PST

NIZAM ZAIN

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menafikan bahawa beliau menulis surat kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa supaya perkhidmatan Datuk Zainal Abidin A'ala sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) ditamatkan.

Abdul Khalid berkata, beliau hanya mengemukakan perancangan awal untuk mengenal pasti calon yang akan menggantikan Zainal Abidin sebelum Yang Dipertua MPS itu bersara tahun depan.

"Saya tidak tulis surat (kepada KSN) YDP Selayang perlu keluar. Saya tidak menulis begitu. Bukan notis 24 jam dan tiada kena mengena dengan projek," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ali yang mendakwa penamatan khidmat Zainal Abidin dibuat atas permohonan Kerjaaan Negeri.

Sebelum ini, Ali Hamsa dilaporkan berkata, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) melalui surat bertarikh 15 Oktober lalu memaklumkan bahawa Menteri Besar membuat permohonan untuk menukarkan Zainal Abidin dengan pegawai lain.

Dalam pada itu, Khalid turut mengakui, pihaknya ada membuat cadangan memilih bakal Datuk Bandar atau YDP di Selangor berdasarkan kehendaknya, namun perkara itu tiada kaitan dengan penamatan tugas Zainal Abidin.

"Saya hanya bercakap dengan pegawai perjawatan di Pejabat Setiausaha Kerajaan, bahawa Kerajaan Negeri ingin tentukan siapa yang akan jadi Datuk Bandar. Saya juga minta mereka senaraikan nama-nama yang boleh dicadangkan untuk jadi Datuk Bandar.

"Saya sendiri tidak tahu sama ada cadangan saya itu diluluskan atau tidak sehinggalah pengumuman (penamatan tugas Zainal Abidin) dibuat KSN. Ini bermakna mereka bersetuju dengan cadangan saya (Kerajaan Negeri boleh memilih bakal YDP dan Datuk Bandar sendiri)," katanya.

Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri, Ronnie Liu mendakwa penamatan tugas Zainal Abidin tidak logik dan beliau menyifatkan YDP MPS itu sebagai mangsa keadaan.

Tiada ulasan: