DIALOG RAKYAT |
- Rakyat Sokong Penangguhan AES oleh Kerajaan Negeri Selangor
- Yaakob – sasar pendapatan petani RM3,000
- Anwar: Sokongan Masyarakat India Terhadap PR Meningkat
- Saham FGVH Turun, Kakitangan Felda Turut Jadi Mangsa
- Deepavali disambut meriah di seluruh negara, Najib hadiri rumah terbuka MIC
- Polis dikatakan rogol wanita Indonesia dijangka akan didakwa
- Pesakit kanser wajar berehat atau direhatkan
- Pemuda Umno Sabah bantu edar borang BRIM 2.0
- SAMM teruskan 'Le Tour De Scorpene' tanpa kebenaran polis
- Kumpulan anti-empangan S'wak sertai perarakan anti-Lynas
- Muktamar PAS bakal panas isu Nasha, Nurul dan hudud?
- 40 aktivis mulakan perarakan hijau Kuantan-KL
- “Sindrom Penafian”, UMNO anggap rasuah sekadar “persepsi”
- Penyokong Pakatan ungkit kenyataan Pak Lah isu murtad
- 25 kereta, satu motorsikal rosak dihempap bumbung di UKM
- 'Perpindahan biasa', Kafa setuju lepaskan Mat Yo
- Bekas anak didik NAJIB lawan dengan hujah
- Yayasan Artis: Najib perdaya artis untuk tarik sokongan kepada Umno – Bob Lokman
- UMNO sayang pada ' Chua Soi Lek'?
- Siapa Lebih Melampau Nurul Izzah Atau Mahathir?
- Tindakan ‘Kluk-Klek’ PBSNT Akan Malapkan Bola Sepak Musim Depan
- Empangan bekal air ke sawah padi tidak berfungsi jejas 33 petani
Rakyat Sokong Penangguhan AES oleh Kerajaan Negeri Selangor Posted: 13 Nov 2012 03:30 AM PST SHAH ALAM : Langkah Kerajaan Negeri Selangor menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) mendapat sokongan rakyat negeri ini. Tinjauan TV Selangor di sekitar Shah Alam mendapati rakyat tidak puashati terhadap keputusan secara mendadak oleh Kerajaan Pusat tanpa mendapat pandangan orang ramai dan pakar. Bagi Mohinderjit Abdullah, 36, pelaksanaan AES bukan hanya memudaratkan pengguna jalan raya, malah diletakkan di tempat yang tidak sesuai dan mengundang bahaya. Malah katanya, kebanyakan ahli keluarga serta rakan-rakannya tidak terkecuali daripada menjadi sasaran AES. "Masalah dengan penggunaan AES ini ialah tiada papan tanda atau penunjuk di lebuhraya yang boleh dilihat oleh pengguna yang mengatakan kawasan itu adalah zon AES. Ada di antara rakan-rakan saya yang menerima saman lebih sepuluh kali hanya dalam tempoh sebulan. "Bagi saya, ia sudah jelas membuktikan bahawa pelaksanaannya hanya akan membebankan rakyat dan langsung tidak masuk akal. Justeru, tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang menghalang penggunaan AES harus dipuji dan disambut baik," katanya yang berkhidmat sebagai jurutera. Hal sama turut disokong Yau Kian Doon, 52, yang menyifatkan bahawa keputusan Kerajaan Negeri itu adalah wajar dan perlu disokong oleh masyarakat. "Tindakan Kerajaan Negeri Selangor itu membuktikan keprihatinan mereka untuk membantu rakyat. Sudahlah kita dibebankan dengan kos hidup yang tinggi, kini Kerajaan Pusat mahu tambah lagi beban kepada rakyat," katanya. Bagi Taufik Mokhtar, 64, tindakan menangguhkan AES harus dipuji kerana ia membuktikan bahawa Kerajaan Negeri memahami kesusahan rakyat. Beliau yang bekerja sebagai pemandu teksi berharap supaya pelaksanaan AES tidak akan dilakukan demi memastikan rakyat tidak dibebankan dengan bayaran saman. "Kita sesama rakyat faham penderitaan yang terpaksa dihadapi dengan pelaksanaan AES ini. Kerajaan Pusat jangan bazirkan duit rakyat untuk bayar saman. AES tidak akan mendisiplinkan pengguna, sebaliknya meningkatkan kadar kemalangan," ujarnya. Turut menyokong, Angela Devi Sivasamy, 53, yang mahukan AES dihentikan bagi mengelakkan pengguna jalan raya berasa stress apabila memandu. "Rakyat tidak boleh terus-terusan menjadi mangsa. Kalau perlu, AES ini boleh dipasang di lebuh raya tetapi pastikan ia relevan dan tidak melampau," jelasnya. Sebelum ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil langkah untuk menangguh penguatkuasaan AES di negeri ini kerana ia tidak relevan dan menyalahi undang-undang. Katanya, langkah itu diambil ekoran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) gagal membuktikan AES adalah cara terbaik untuk mengatasi peningkatan kadar kemalangan jalan raya. Malah menurutnya, Kementerian Pengangkutan gagal mendapatkan kebenaran untuk pembinaan struktur bagi sistem AES daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). | ||||
Yaakob – sasar pendapatan petani RM3,000 Posted: 13 Nov 2012 02:32 AM PST KUALA LANGAT : Dalam meneruskan pembangunan pertanian di Selangor, Kerajaan Negeri mensasarkan agar golongan petani dapat meraih pendapatan RM 3,000 dan ke atas sebulan daripada hasil penanaman mereka. Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor, Dr Yaakob Sapari berkata ini akan dilakukan melalui kajian bagi memodenkan proses penanaman dan meningkatan hasil tananam. Yaakob berkata, Kerajaan Negeri juga akan memastikan hanya petani yang akan mendapat tanah pertanian dan bukan pihak yang tidak terlibat dalam industri itu. Bagi mencapai matlamat itu, Kerajaan Negeri juga berharap petani berusaha memasarkan hasil tanaman mereka tanpa orang tengah bagi menjimatkan kos. Beliau berkata, pendekatan ini mampu mengurangkan perbelanjaan kos sebanyak RM 500 hingga RM 700 sebulan. "Pertanian adalah bidang yang mampu memberi pulangan lumayan sekiranya diberikan tumpuan serius oleh golongan petani," kata Yaakob dalam sesi lawatan ke Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Kampung Sungai Kelambu di sini hari ini. "Kita juga mahu golongan muda menyertai bidang pertanian terutama lulusan universiti. "Dengan cara ini pertanian akan dapat dimajukan kerana disertai golongan terpelajar," katanya lagi. "Dengan kesungguhan Kerajaan Negeri dan semua pihak terlibat kini Selangor mencatatkan penghasilan kira-kira 60 peratus daripada hasil pertanian negara." | ||||
Anwar: Sokongan Masyarakat India Terhadap PR Meningkat Posted: 13 Nov 2012 02:30 AM PST PETALING JAYA: Dasar yang diperkenalkan negeri Pakatan Rakyat (PR) khususnya di Selangor dilihat berjaya meningkatkan sokongan kaum India terhadap gabungan parti itu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang. Demikian menurut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya mengenai sokongan kaum India terhadap PR di ibu pejabat PKR di sini. Katanya, sambutan yang diterima masyarakat India terhadap program dan skim yang dianjurkan Kerajaan Negeri Selangor sebagai contoh berjaya menarik perhatian mereka yang sebelum ini seringkali diabaikan ketika pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan Umno-BN dahulu. "Selangor di bawah pimpinan PR berusaha menjaga masyarakat India di negeri ini dengan menyediakan pelbagai program bantuan termasuk memberikan bantuan pendidikan sebanyak RM4 juta disemua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). "PR juga berusaha memdapatkan kad pengenalan terhadap beberapa individu daripada kaum India yang tinggal di pedalaman selama berpuluh tahun tetapi masih tidak diberikan kewarganegaraan," katanya yang merupakan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Sebelum ini, Anwar menjanjikan bahawa PR tidak akan mengabaikan semua kaum termasuk India jika berjaya mentadbir Kerajaan Pusat selepas PRU akan datang. Anwar mengumumkan perkara itu sempena lawatannya ke Pesta Deepavali anjuran Kerajaan Negeri di Jalan Kelana, Klang yang juga dikenali sebagai 'Little India' pada Sabtu lepas. Katanya, kaum India yang sebelum ini didakwa diabaikan Kerajaan Umno-BN sejak 50 tahun dahulu akan diberi perhatian sama-rata termasuk kaum-kaum lain yang menjadi penduduk di negara ini. "Saya sudah tidak mahu lagu gaduh-gaduh soal kaum, kita akan jaga semua kaum dan rakyat di negara ini," katanya ketika memberi ucapan di pesta itu. | ||||
Saham FGVH Turun, Kakitangan Felda Turut Jadi Mangsa Posted: 13 Nov 2012 02:28 AM PST SHAH ALAM : 60 peratus daripada jumlah kakitangan Felda kini turut menjadi mangsa kerugian besar apabila harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) semakin menjunam jatuh. Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman berkata, perkara ini berlaku ekoran kadar unit dan lot saham yang ditawarkan kepada mereka jauh lebih besar berbanding peneroka Felda. Katanya, pihaknya menerima aduan daripada beberapa kakitangan Felda yang mula mengeluh kerana mula membayar balik pinjaman bank dengan kadar RM400 sebulan sedangkan harga saham jatuh. Beliau berkata keadaan itu akan terus membebankan peneroka dan kakitangan kerana terpaksa menanggung kerugian bayaran pinjaman bank apabila kadar faedah yang dikenakan lebih mahal daripada dividen yang diperoleh. "Setakat ini terdapat 60 peratus kakitangan Felda yang masih belum menjual saham mereka. "Mereka sudah menandatangani pinjaman bank yang melibatkan puluhan lot saham, jadi jumlah pinjaman mereka mencecah puluhan ribu, jadi dalam masa yang sama mereka juga terbeban," katanya ketika dihubungi. Semalam, saham gergasi perladangan FGVH buat pertama kalinya diniagakan di bawah paras harga penyenaraiannya (RM4.55). Saham tersebut mula diniagakan pada harga RM4.60 namun dan kemudiannya jatuh ke paras RM4.53 pada jam 10.46 pagi sebelum kembali melonjak. Harga pasaran terakhir saham tersebut adalah RM4.57 ketika waktu rehat jam 12.30 tengahari. Mengulas lanjut, Mazlan berkata pemilik saham Felda akan mula menanggung kerugian apabila harga saham berada pada kadar RM4.78. "Bila harga jatuh masa kini, ini keadaan yang sangat buruk. Bagi peneroka, jika mereka menanggung rugi, sekurang-kurangnya mereka mempunyai pakej bayaran balik RM50 sebulan kepada bank. "Tetapi ia berbeza dengan kakitangan Felda, mereka akan dibebani dengan hutang bank. Bagaimanapun mereka ini terpaksa menutup kerugian mereka, mereka tidak menunjukkan yang mereka ini sudah rugi kerana mereka juga yang bersungguh-sungguh memaksa peneroka menandatangani pinjaman sebelum ini," katanya. Bagaimanapun, katanya, bayaran balik RM50 sebulan kepada bank oleh peneroka bukanlah satu jalan penyelesaian jangka masa panjang. Jelasnya, sekiranya saham terus merundum, peneroka akan lebih banyak menanggung rugi dan bayaran balik itu akan memakan masa yang agak lama. "Mungkin lebih dari 10 tahun. Peneroka terpaksa menanggung hutang itu selain kos sara hidup, tanaman semula dan pinjaman perumahan felda sekiranya mereka memohon. Ia bukan memberi manfaat kepada peneroka," katanya. | ||||
Deepavali disambut meriah di seluruh negara, Najib hadiri rumah terbuka MIC Posted: 13 Nov 2012 02:25 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER Sambutan di kompleks kuil di Batu Caves di sini adalah antara acara kemuncak pada hari ini dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai lebih 10,000 rakyat pelbagai kaum dan latar belakang pada majlis rumah terbuka anjuran MIC. Orang ramai yang mula berkumpul di perkarangan kompleks itu seawal 8 pagi, dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan vegetarian India. Rumah terbuka itu diadakan dari 9 pagi hingga 1 tengah hari. Dimeriahkan dengan paluan gendang dan seruling India serta cuaca pagi yang nyaman, ketibaan Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) pada kira-kira 10.30 pagi disambut Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel, timbalannya Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan pemimpin-pemimpin parti. Turut hadir Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan Datuk Seri S. Samy Vellu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Tetamu lain termasuk Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar serta beberapa timbalan menteri, pemimpin politik dan diplomat asing. Memakai kurta berwarna kuning air dengan seluar warna senada dan sebai berwarna merah, Najib kemudiannya memotong kek Deepavali, diiringi Palanivel, Samy Vellu, Rais dan tetamu kehormat lain. Sementara itu, pelancong dari Jerman, Andrea Niepalla berkata majlis rumah terbuka Deepavali penuh warna-warni itu amat unik dan mengagumkan, manakala Michel Wilmer dari Switzerland berasa gembira kerana berpeluang menikmati pelbagai juadah kaum India dan kagum dengan keramahan rakyat Malaysia. "Sungguh seronok berada di Malaysia dan menghadiri majlis yang penduduk pelbagai kaum dan agama meraikannya bersama-sama dengan penuh meriah dan gembira," katanya kepada Bernama. — Bernama | ||||
Polis dikatakan rogol wanita Indonesia dijangka akan didakwa Posted: 13 Nov 2012 02:21 AM PST Namun, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika sidang media berkata tiga suspek berkenaan akan akan didakwa di mahkamah atas tuduhan rogol sebaik sahaja pihak polis menerima keputusan akhir daripada Peguam Negara. "Tiga saspek telah ditahan kerja setelah direman bermula 16 November untuk siasatan lanjutan. " Ketiga-tiga saspek telah ditahan kerja untuk siasatan lanjutan dalam kes ini dan akan hanya menerima gaji setengah bulan. Pasukan polis telah membentuk pasukan khas untuk melancarkan siasatan terhadap kes ini, katanya. Sebanyak 10 kenyataan telah dirakamkan dan mangsa berusia 25 tahun itu telah diletakkan di bawah jagaan konsulat Indonesia. Abdul Rahim turut berkata anggota polis tersebut adalah anggota berpangkat rendah, dan berjanji akan menjalankan siasatan tanpa sebarang kompromi. "Kami harap orang ramai tidak mensasikan isu ini dan biarkan kami menjalankan siasatan terhadap kes ini," katanya lagi. Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak keterlaluan kerana ia akan menjejaskan hubungan negara antara Malaysia dan Indonesia. Konsulat sementara Indonesia, Sofiana Mufidah, yang turut hadir semasa sidang media berkenaan berkata mereka percaya polis Malaysia akan melakukan tindakan yang tepat untuk menyelesaikan kes ini. "Saya turut menyeru rakyat Indonesia di Pulau Pinang, Malaysia dan di Indonesia untuk bertenang," katanya. Menurutnya, ramai yang kecewa kerana ia berlaku kepada rakyat Indonesia, namun mengharapkan mereka memberikan kuasa undang-undang negara ini untuk menghukum mereka yang bertanggungjawab. Jumaat lalu, seorang rakyat Indonesia berumur 25 tahun meminta bantuan Koordinator Barisan Nasional (BN) Bukit Mertajam Lau Chiek Tuan untuk membuat laporan polis berikutan didakwa dirogol bergilir-gilir oleh tiga anggota polis di Balai Polis Prai. Pekerja restoran tersebut mendakwa dia di bawa ke balai polis selepas ditahan anggota berkenaan di Megamall Pulau Pinang sekitar jam 6.30 pagi ketika menunggu teksi. Wanita itu turut mendakwa dia tetap di bawa ke balai polis walaupun setelah menunjukkan salinan passport dan didakwa dirogol di sebuah bilik di balai polis berkenaan. Menurut Abdul Rahim mereka menerima laporan polis pada jam 3.06 petang hari yang sama dan ketiga-tiga suspek ditahan jam 5.45 petang. Suspek kemudiannya di bawa ke Mahkamah Majistret pada Sabtu dan mahkamah mengeluarkan tahanan reman selama seminggu. | ||||
Pesakit kanser wajar berehat atau direhatkan Posted: 13 Nov 2012 02:14 AM PST
Saya tidak dapat memikirkan alasan-alasan yang munasabah untuk kita mengekalkan UMNO sebagai pemegang amanah negara kerana segala-gala yang dilakukan dan kegagalan UMNO selama ini sudah 'terbonggeng' dan sudah dirasakan oleh semua rakyat. UMNO ibarat pesakit kanser yang 'terminal' kerana hampir semua sel-sel dalam tubuh UMNO itu sudah mati. Penyakit kanser ini merupakan satu penyakit dalam mana sel-sel di dalam tubuh kita telah mati dan sel-sel yang masih hidup itu pun akan berbunuh-bunuhan sehingga penanggungnya, ia itu tubuh dan jasadnya mati. Seperti pengidap kanser, ia akan selalu berusaha untuk mengubati penyakit yang merbahaya itu, tetapi akhirnya tubuh akan mati juga. Pesakit dan pengidap kanser akan melakukan apa sahaja untuk berubat sama ada menggunakan ubat tradisi atau ubat-ubat moden di hospital-hospital. Selalunya pesakit kanser akan berbuat apa sahaja untuk meneruskan kehidupan. Jika ada yang memberikan nasihat untuk pergi ke tempat-tempat di mana-mana sahaja untuk berubat pesakit atau penjaganya akan pergi untuk memberikan harapan untuk terus hidup. Tetapi akhirnya pesakit-pesakit kanser yang sudah pulih itu hanya mengalami pemulihan sementara sahaja dan akhirnya mereka akan mengakhiri kalamnya kerana penyakit itu juga. Tetapi saya tidak menafikan yang ada yang selamat sehingga satu jangka yang lama (dengan izin Allah), tetapi lambat launnya pesakit itu akan meninggal kerana penyakit itu. Begitu jugalah UMNO. UMNO telah mengidap penyakit ini agak lama, tetapi oleh kerana UMNO ini parti kaya-raya dan dipimpin oleh semua pemimpin-pemimpin yang 'kaya baru' maka hayatnya telah dapat disambung kerana yang kaya selalunya akan dapat berubat dan pergi terbang ke seluruh pelusuk dunia untuk berubat. Penyakit kanser UMNO ini sebenar nya sudah lama kerana ramai yang berpendapat ia mula merebak sejak pemerintahan Dr Mahathir. Tetapi UMNO mampu berubat kerana kekayaan pemimpin-pemimpinnya maka UMNO dapatlah untuk terus hidup sampai ke pilihanraya 2008 dahulu walaupun tanda-tanda kematian sudah jelas nampak apabila hilang majoriti 2/3 di Dewan Legislatif Parlimen. Tetapi seperti yang saya katakan tadi, yang akan membunuh UMNO itu ialah penyakit kanser yang di hidapi selama ini juga. Sebagai pesakit kanser seseorang itu terpaksa berbelanja besar untuk membeli ubat dan membeli 'supplement' yang mahal-mahal untuk menyekat kemaraan penyakit kanser itu. Maka kita sedang melihat bagaimana UMNO terpaksa berbelanja besar untuk merawat penyakit yang di hidapinya itu. Najib terpaksa ke hulu ke hilir serta mundar mandir ke darat dan ke baruh untuk memanjangkan usia parti yang sedang menghadapi penyakit yang serius itu. Sekali Najib melawat jutaan wang ringgit dibelanjakan dan semuanya ini adalah wang rakyat. Seperti yang saya katakan peruntukan besar terpaksa di adakan untuk membeli segala 'supplement' yang dikatakan baik untuk mengekang penyakit ini dari merebak. Najib akan mendengar semua nasihat penasihat-penasihat dan rakan-rakan karibnya akan melakukan apa sahaja untuk mengubati penyakit yang amat sukar diubati itu. Di antaranya ialah satu ubat yang dinamakan 'BRIM' iaitu bantuan rakyat 1Malaysia. Ubat BRIM ini amat mahal harganya untuk memujuk sel-sel yang ada di dalam tubuh UMNO itu supaya tidak mati. Berbillion harganya ubat 'BRIM' ini Satu lagi usaha ialah dengan meminta semua sel-sel di dalam tubuh itu supaya tidak membunuh satu dengan yang lain. Ramai lah pemimpin-pemimpin UMNO yang telah pergi ke Yayasan Perdana di Putrajaya untuk mengangkat sumpah di depan pemimpin besar UMNO supaya tidak membunuh di antara satu dengan lain kerana kanser di semarakan oleh bunuh membunuh di antara sel-sel yang masih hidup itu. Ramai pemimpin UMNO telah pergi mengangkat sumpah di depan Dr Mahathir dan berbaiah untuk tidak mensabotaj calon-calon BN dalam pilihanraya nanti. Itulah sebenarnya penyakit UMNO itu. UMNO juga tahu yang pesakit kanser yang sudah sampai ketahap 'stage 4' akan kurang diyakini oleh orang ramai untuk melaksanakan tanggungjawab. Pesakit kanser akan hanya dapat melambatkan kemaraan penyakit itu dengan berehat dan jauhi dari segala bentuk tekanan yang di anggap 'stressful' kerana perasaan tertekan itu akan memburukkan lagi penyakit itu. Itu sebabnya UMNO kian hari kian lemah kerana terlalu tertekan dan tidak mungkin boleh memperbaiki kesihatannya. Kerana tekanan yang terlalu serius maka kita sedang melihat kesihatan UMNO itu semakin hari semakin buruk. Itulah sebab nya rakyat meminta UMNO untuk berehat dan pergilah buat pembedahan yang mana patut semasa dalam berehat itu. Tetapi sebagaimana sikap pesakit, mereka susah untuk menerima hakikat yang mereka terpaksa melakukan pembedahan-pembedahan yang amat diperlukan itu. Rakyat perlu memaksa UMNO pergi melakukan pembedahan dan berehat sebanyak yang mungkin. Sementara itu tanggungjawab menjaga negara dan rakyat ini biarlah dilakukan oleh pihak lain yang sudah terbukti lebih sihat dan walafiat. UMNO perlu memahami keutamaan mereka. Keutamaan mereka ialah untuk berehat dan melakukan pembedahan Jangan fikir lagi untuk masih berada di pejabat dan bekerja. Kalau masih mahu bekerja pun ia tidak akan membawa apa-apa keuntungan kepada negara. Kepada UMNO, pergilah berehat. Jaga kesihatan yang sudah terlalu uzur itu. Itu lebih afdhal. Bersihkan segala 'toxic' yang ada di dalam tubuh UMNO itu. Makan dan minumlah makanan dan minuman yang mempunyai kandungan 'alkaline' yang tinggi untuk mengurangkan 'toxic-toxic' tersebut. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/ | ||||
Pemuda Umno Sabah bantu edar borang BRIM 2.0 Posted: 13 Nov 2012 02:10 AM PST Pemuda Umno Sabah telah mengambil inisiatif mengedarkan borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 kepada ketua Pemuda Umno bahagian seluruh Sabah untuk diedarkan kepada golongan muda di 25 bahagian. Ketuanya, Datuk Awang Kadin Tang berkata, borang itu diedarkan Skuad Utusan Pemuda Umno bagi memastikan golongan sasar mendapat maklumat yang jelas berhubung bantuan tersebut. "Walaupun menyedari pendaftaran BRIM 2.0 boleh dibuat secara online, kami mengambil pendekatan turun padang sebagai pemudah cara kepada golongan sasar memohonnya, termasuklah sehingga membantu mengisikan borang tersebut," katanya semasa mempengerusi mesyuarat ketua-ketua Pemuda Umno bahagian. Menurut Awang Kadin, yang juga Ketua Pemuda Umno bahagian Sandakan berkata, pendekatan turun padang itu juga bertujuan membetulkan kekeliruan orang ramai berhubung inisiatif BRIM 2.0 itu, antaranya sama ada ahli keluarga sama layak menerimanya atau sebaliknya. "Anak-anak bujang masih layak menerima bantuan ini meskipun ibu bapa mereka turut menerimanya berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan. "Cuma kaedah agihan kepada anak-anak bujang dan ibu bapa mereka itu adalah berbeza," katanya. Dalam mesyuarat itu, Ketua Pemuda bahagian Kota Kinabalu, Bahrul Razha Chuprat dipilih mewakili pergerakan itu menjadi jurucakap dalam perhimpunan agungnya pada 27-28 November ini di PWTC. Turut hadir sama Naib Ketua Pemuda Umno negeri, Mohd Joh Wid dan Penolong Setiausaha, Shahelmey Yahya serta ketua-ketua Pemuda bahagian. | ||||
SAMM teruskan 'Le Tour De Scorpene' tanpa kebenaran polis Posted: 13 Nov 2012 02:07 AM PST HARAKAH DAILYZuraidi Abdullah, penyelaras SAMM Melaka berkata, pihaknya telah bertemu dengan pihak polis Melaka Tengah semalam bagi membincangkan program ini. "Malam ini, SAMM Melaka menjemput kehadiran semua golongan masyarakat ke program SAMM RAPAT RAKYAT ABU : Jelajah Bongkar Skandal Scorpene bertempat di Peringgit Jaya (berhampiran Petronas dan AEON Jusco), Melaka bermula sekitar jam 9.00 malam," kata Zuraidi dalam kenyataannya hari ini. Dalam pertemuan dengan polis yang diketuai ACP Muhammad semalam, SAMM telah memaklumkan kepada polis tentang proram ini. Polis bertegas tidak membenarkan program ini dan tidak memberikan jaminan keselamatan terhadapnya. Berikut adalah antara soal-jawab yang menjadi pokok perbincangan di antara Penyelaras SAMM Melaka dan juga pihak polis yang diwakili oleh ACP Muhammad: 1. Pihak polis telah menolak dan menghalang program tersebut dari diteruskan dengan alasan soal keselamatan dan kononnya bercanggah dengan akta baru. Turut dipersoal oleh pihak polis ialah permit tidak dimohon oleh penganjur. SAMM Melaka menyatakan dengan baik, akan meneruskan ceramah tersebut dan lokasi ceramah tidak memerlukan permohonan permit kerana Rapat Rakyat ABU: Jelajah Scorpene diadakan di tanah persendirian dan juga berpagar. 2. Polis berdolak-dalik untuk memastikan keselamatan di tapak program dengan mengatakan pihak polis kekurangan kakitangan di musim perayaan. Bagi SAMM Melaka, sekiranya tugasan pihak polis bertepatan dengan kerjaya contohnya SB dan mata-mata dimansuh, pasti jumlah anggota polis mencukupi walaupun di musim perayaan. 3. Polis kemudian memberi jaminan untuk meluluskan permohonan ceramah sekiranya SAMM Melaka menukar tarikh program selepas 10 hari dari tarikh semalam. Menunda program ke satu tarikh lain sehari sebelum program berlangsung adalah tidak efisyen. Kehadiran SAMM Melaka ke IPD bukan untuk meminta izin, tetapi memaklumkan program berlangsung supaya pihak polis boleh bertugas menjaga keselamatan. SAMM Melaka tetap dengan pendirian untuk menjalankan program pada tarikh yang dijanjikan - 13 November. 4. Polis akhirnya memberi kata dua dan jika program ini diteruskan " TIADA JAMINAN KESELAMATAN DARI PIHAK POLIS". Bagi SAMM Melaka, mana-mana pihak polis yang tidak mampu memberi jaminan keselamatan harus meletakkan jawatan serta merta. 5. Pihak polis menyatakan sekiranya berlaku sebarang provokasi dan kejadian, SAMM Melaka harus bertanggungjawab dan Penyelaras SAMM Melaka menjadi individu pertama yang akan ditangkap. "SAMM Melaka ingin menegaskan betapa pihak polis harus menangkap provokator, bukan penganjur," kata Zuraidi dalam kenyataannya. Sehubungan itu, beliau mengajak semua pihak bersama SAMM pertahankan saki-baki ruang demokrasi yang ada hari ini. | ||||
Kumpulan anti-empangan S'wak sertai perarakan anti-Lynas Posted: 13 Nov 2012 01:57 AM PST MALAYSIA KINI Sebagai menunjukkan sokongan, sukarelawan dari kempen SAVE Rivers akan menyertai kumpulan alam sekitar Himpunan Hijau dalam perarakan 14 hari dari Kuantan ke Parlimen yang bermula hari ini."Penyertaan kami dalam Perarakan Hijau adalah juga cara kami menunjukkan sokongan kepada masyarakat lain untuk perjuangan yang sama di tempat mereka," kata wakil kempen Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Baram, Philip Jau dalam satu kenyataan. Beliau berkata Kuantan adalah tempat kelahiran Himpunan Hijau, untuk menentang operasi loji nadir bumi di Gebeng, dan telah menjadi platform kepada kebimbangan alam sekitar yang lain. Kumpulan itu sendiri terbabit dalam perjuangan menentang cadangan pembinaan 12 empangan mega di Sarawak, dan telah mengadakan sekurang-kurangnya satu sekatan di sebuah tapak pembinaan. Philip akan mengetuai sebelas yang lain, termasuk tiga wanita, untuk menyertai perjalanan 300km ke Kuala Lumpur. SAVE Rivers adalah gabungan badan alam sekitar yang diwujudkan untuk mengetengahkan isu-isu hijau yang dipanggil "Green March". Ahli-ahli lain termasuk Himpunan Hijau, Raub Ban, AJK Sianida, dan Gabungan Pengerang. Philip merancang untuk menggunakan peluang ini untuk memaklumkan dan mendapatkan sokongan dari Malaysia Barat untuk menghentikan cadangan pembinaan 12 empangan mega di Sarawak. Perarakan Himpunan Hijau itu diketuai oleh pengerusinya Wong Tack, untuk berjalan kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur dan merancang untuk menyerahkan memorandum mereka di bangunan Parlimen pada 26 November. Himpunan Hijau mengetuai lobi menentang loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan. | ||||
Muktamar PAS bakal panas isu Nasha, Nurul dan hudud? Posted: 13 Nov 2012 01:56 AM PST Muktamar PAS ke-58 di Kota Bharu selama tiga hari bermula 16 November ini dijangka menjadi medan terbaik perwakilan untuk membahaskan usul, isu dan tindakan mengenai perkara berbangkit menjelang pilihan raya umum berlangsung. Walaupun secara umumnya, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilapor berkata usul dan perbahasan tertumpu kepada pilihan raya, kepimpinan parti itu tidak dapat tidak, bakal berdepan kritikan atau cadangan terhadap isu yang memberi kesan terhadap pendirian PAS. Antaranya isu yang bakal memanaskan Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (PUTIK) seperti pendirian PAS terhadap kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berhubung isu kebebasan beragama, isu negara Islam, hudud dan serangan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek, kerjasama PAS-DAP dalam Pakatan serta serangan bahawa PAS telah lari daripada landasan sebenar. Tidak kurang juga isu prestasi pentadbiran Pakatan khususnya di Kedah selepas Laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan kelemahan pengurusan kerajaan negeri dan kemelut kepimpinan. Persoalannya, apakah isu-isu itu cuba ditenggelamkan oleh PAS daripada terus dibincangkan dengan sebaliknya memfokuskan kepada persiapan jentera parti dalam perbahasan bagi menghadapi pilihan raya umum yang bakal menjelang. Beberapa tokoh PAS dan penganalisis politik yang dihubungi Malaysiakini memberikan pandangan yang berbeza berhubung perkara tersebut. Menjawab persoalan itu, seorang penganalisis politik menolak tanggapan bahawa PAS tidak akan membincangkan perkara itu sekaligus menjangkakan ia terus akan dibangkitkan oleh perwakilan. "Muktamar rasmi nanti, semua perkara itu akan dibangkitkan. Kalau tidak boleh dalam (perbahasan) usul, akan bangkitkan dalam ucapan. Kalau tak boleh, akan dibuat usul tergempar. Ia boleh dibuat. "PAS tidak boleh kawal. Perwakilan akan tetap bercakap apa yang mereka rasakan betul... Tak berbangkit (mahu tenggelamkan isu)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Beliau yang enggan namanya disebut berkata isu Nurul Izzah, kerjasama PAS-DAP, hudud dan kenyataan bekas timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa dan Datuk Hasan Ali mengenai kedudukan PAS dalam Pakatan dilihat saling "berkait rapat" antara satu sama lain untuk dibahaskan. "Cuba mungkin sudut pandangan (untuk perbahasan) sahaja yang berbeza... Jika PAS mahu ke hadapan, PAS kena fokus serta terima kepelbagaian (pandangan)," katanya. Menurut sumber, sejauhmana sokongan dan pengaruh kedua-dua pemimpin itu - Nasharuddin dan Hasan - "akan teruji", juga akan ditentukan sewaktu perbahasan itu nanti sekalipun tiga muktamar parti sebelum ini sebulat suara membuat keputusan supaya PAS tetap dalam Pakatan. "Apakah pengaruh Nasharuddin diperlukan ataupun tidak, ia ditentukan sama ada usul yang dibentangkan ada 'nada' beliau. Kalau banyak peratusan (kata) ya, maknanya (perwakilan) masih sokong Nasharuddin. "Kalau sebulat suara (tak mahu) maknanya (sokongan) Nasharuddin dan Hasan tiada. Muktamar ini akan menilai, ada atau tidak (sokongan mereka)," katanya merujuk kepada syor Nasharuddin yang mendesak PAS mengkaji semula kedudukannya dengan DAP selepas timbul isu hudud. Selain itu ialah tumpuan dan strategi untuk mendapatkan sokongan Melayu di kawasan yang ditandingi parti itu sekiranya PAS mampu mengkaji budaya dan psikologi Melayu di kawasan yang ditandingi mereka menentang Umno. "Jadi PAS kena bersedia. Kalau masih terpengaruh dengan kenyataan Nasharuddin, kita akan bergaduh sesama sediri," katanya. Sementara itu, tiga pemimpin PAS - Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Hu Pang Chaw- bagaimanapun tidak melihat isu-isu itu, akan menenggelamkan fokus utama parti mengenai persiapan jentera pilihan raya. Bahkan, mereka bersetuju dengan Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang bahawa muktamar kali ini menjadi medan terbaik untuk memberi tumpuan terhadap persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13. Ketika dihubungi Malaysiakini, Mahfuz mengakui pentas perbahasan akan panas dengan perbahasan berkisar tentang "kedurjanaan" BN yang membiarkan Chua menyerang berhubung isu hudud. Tegasnya, perkara tersebut akan menjadi "agenda besar" dalam perbahasan yang bakal disertai kira-kira 1,1000 perwakilan dari seluruh negara. "Saya pasti ia akan menjadi agenda besar dalam muktamar untuk memberi isyarat jelas kepada orang Melayu menolak BN... Agenda perbahasan untuk memastikan BN menemui ajal politik," katanya. Manakala, Salahudin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian pula berpendapat muktamar PAS konsisten untuk terus menerangkan polisi terhadap masyarakat Tionghua untuk memahami konsep "Negara Berkebajikan". "Kita tidak akan terperangkap dalam isu yang dibangkitkan oleh Chua. Tapi apa yang mungkin adalah terus memberi penerangan kepada masyarakat Tionghua tentang kebaikan Islam, polisi PAS dan negara berkebajikan," katanya. Hu yang juga Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) pula berkata, serangan MCA tidak berkesan kerana isu hudud tidak mendapat sambutan khusus di kalangan masyarakat Cina. "(Serangan) MCA hanya membantu PAS untuk mendapat lebih banyak undi Cina. Dari sudut DHPP, kita lebih mengutamakan dapat sokongan Melayu, terutamanya di Johor," katanya. Ketiga-tiga pemimpin itu turut beranggapan isu kenyataan Nasharuddin, Hasan Ali, dan Nurul Izzah tidak akan menjadi perbahasan penting kerana perwakilan sudah matang dengan manipulasi BN dan "tidak ada keperluan" untuk membincangnya. "Saya percaya kematangan perwakilan yang sudah memahami manipulasi BN. Ia tidak menjadi agenda dalam perbahasan. Tiada keperluan. Saya tidak nampak (kewajaran bahas), kita jangan terperangkap dengan Umno dan BN," kata Mahfuz. "Ahli tidak akan layan mereka (Nasharuddin dan Hasan), langsung tidak mahu menyebut nama mereka pun tidak mahu. Saya jangka, namanya (Nasharuddin) pun tak akan disebut. Dia boleh datang, tak ada apa masalah," kata Salahuddin. "Nasharuddin patut hilang di dalam udara. Lagipun dia (Nasharuddin) tidak mendapat sokongan dari akar umbi, kita tidak perlu mengambil berat terhadap Nasha," kata Hu pula. Dalam perkembangan yang sama, Mahfuz yakin muktamar kali ini bakal memperbaharui azam perwakilan bersama Pakatan Rakyat dan memastikan momentum dan daya pecutan 'gear lima' kepada ahli akar umbi bagi berdepan dengan pilihan raya umum. "Ia untuk memastikan Umno-BN ditolak dalam pilihan raya umum akan datang. Saya lihat mood tersebut. Sebelum ini kita buat tekad dan sepakat tetapi kali ini kita mahu memperbaharui azam supaya keyakinan masyarakat tidak goyah kepada kepimpinan parti," katanya. | ||||
40 aktivis mulakan perarakan hijau Kuantan-KL Posted: 13 Nov 2012 01:54 AM PST Kira-kira 40 orang menyertai perarakan 300km dari Kuantan ke Kuala Lumpur untuk mendesak kerajaan supaya tidak membenarkan loji nadir bumi Lynas beroperasi dan untuk ketengahkan isu-isu alam sekitar yang lain. Diketuai Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack, kumpulan itu berkumpul di Padang MPK 1 Kuantan pada kira-kira 8 pagi sebelum bergerak, di tengah-tengah sorakan kira-kira 400 penyokong. Antara pesertanya ialah 12 pribumi Sarawak, yang membantah projek empangan hidroelektrik di negeri mereka. Turut menyertainya ialah ahli jawatankuasa pemandu BERSIH - Liau Kok Fah dan Wong Chin Huat. Sembahyang dan kelapa Turut mendapat perhatian ialah seorang peserta lelaki berusia 60 tahun yang akan cuba berjalan berkaki ayam sepanjang perjalanan tersebut. Menurut ketua publisiti Himpunan Hijau, Lee Chean Chung, sebelum perarakan bermula, sembahyang secara Islam, Buddha dan Kristian telah diadakan untuk mendoakan keselamatan mereka. Kumpulan itu juga berhenti di sebuah kuil Hindu di kemudiannya untuk memecahkan 50 kelapa sebagai persembahan sempena Deepavali, yang disambut hari ini. "Liao dan Chin Huat juga memecahkan lapan biji kelapa sebagai simbol lapan tuntutan BERSIH untuk reformasi pilihan raya," kata Lee. Lee berkata kumpulan dijangka berjalan sejauh 30km hari ini dan mereka akan menginap di Gambang pada malamnya. Beliau menjangkakan cuaca baik hari ini. | ||||
“Sindrom Penafian”, UMNO anggap rasuah sekadar “persepsi” Posted: 13 Nov 2012 01:50 AM PST Roketkini.com Walhal sebelum bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sendiri pernah menyebut mengenai kemelut politik wang yang melanda UMNO. Adakah kenyataan Tengku Adnan itu boleh dinggap menyanggah kenyataan pemimpin agung mereka itu? Dalam ucapannya malam tadi, Ketua Parlimen, Lim Kit Siang berkata, masalah sebenar UMNO ialah isu korupsi di kalangan pimpinan mereka sendiri. "Adakah UMNO tidak sedar mereka bertanggungjawab terhadap kedudukan terburuk Malaysia 17 tahun lalu dalam Indeks Rasuah Transparency International (TI CPI)? "Ketika Indeks Rasuah TI diperkenalkan pada 1995, Malaysia menduduki tangga ke-23. Saya masih ingat ketika itu Mahathir menganggap ia adalah konspirasi barat untuk merendah dan memburukkan martabat negara-negara Asia," Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, Mahathir telah menukar nada beliau pada Oktober 2003 selepas melepaskan jawatannya dengan menyeru agar negara harus menduduki tempat ke-10 teratas paling kurang rasuah mengikut indeka TI CPI. Namun, setelah beliau meletakkan jawatan, kedudukan TI CPI Malaysia jatuh mendadak daripada nombor 23 pada 1995 kepada kedudukan ke-37. Kata Kit siang lagi, kejatuhan paling buruk indeks TI CPI ialah kepada kedudukan ke-60 dengan skor 4.3 pada 2011 melepasi 13 negara lain. "Dengan keadaan rasuah yang makin buruk dan semakin parah di Malaysia dalam tempoh dua dekad ini, tidakkah kita melihat bahawa Malaysia lebih korup semasa pentadbiran Najib. "Di sebalik sindrom penafian UMNO itu, mereka perlu bertanggungjawab sepenuhnya dengan mengambil tindakan serius melalui kehendak politik yang kuat untuk memerangi "rasuah besar" yang membabitkan pemimpin politik utama negara dan kerajaan. "Adalah satu permulaan yang bagus jika dimulakan dengan menyiasat skandal dana politik RM40 juta Sabah yang membabitkan Ketua Menterinya, Datuk Seri Musa Aman dan taukeh balak Sabah, Michael Chia." katanya.- Roketkini.com | ||||
Penyokong Pakatan ungkit kenyataan Pak Lah isu murtad Posted: 12 Nov 2012 04:03 PM PST MALAYSIA KINI Kumpulan penyokong Pakatan Rakyat giat mengongsi satu laporan memetik kenyataan bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi yang didakwa membenarkan orang Melayu keluar daripada Islam sekiranya golongan itu mahu berbuat demikian.Laporan bertarikh Julai 2007 dari media Singapura itu dikesan berlegar di laman sosial dan juga blog para penyokong Pakatan Rakyat, antaranya blog Anak Sungai Derhaka dan juga laman Facebook Demi Rakyat. Kemunculan semula laporan berkenaan dipercayai ekoran serangan keras daripada pemimpin BN ke atas Nurul Izzah Anwar, susulan satu kenyataan kontroversi naib presiden PKR itu pada 3 November lalu. Laporan media Singapura yang ditonjolkan oleh penyokong Pakatan itu adalah daripada satu sidang media Abdullah di Putrajaya – di mana bekas perdana menteri itu dilaporkan bercakap dalam kapasiti peribadi. Menurut laporan Channel News Asia itu, yang diterbitkan semula oleh akhbar Today, Abdullah didakwa menyatakan bahawa "golongan yang mahu meninggalkan Islam patut dinasihati oleh pihak berkuasa agama, dan sekiranya tetap mahu menukar agama, patut dibenarkan berbuat demikian." "Ini bukan satu perkara yang tidak boleh dilakukan. Untuk mereka yang tidak mahu menjadi Islam lagi, apa yang anda boleh lakukan? "Jika mereka mahu tinggalkan Islam, apa yang anda mahu lakukan. Lebih baik anda biarkan mereka (tinggalkan Islam)," kata Abdullah seperti dipetik dalam laporan tersebut. Menurut laporan itu lagi, Abdullah turut menggesa pegawai-pegawai agama agar memahami masalah dan rintihan golongan yang bercadang meninggalkan Islam. "Saya selalu berkata kepada pegawai agama bahawa mereka perlu dengar rintihan (orang yang mahu meninggalkan Islam). "Ada disebabkan mereka kecewa dengan perkara tertentu yang berlaku dan disebabkan itu mereka mahu meninggalkan agama Islam?," soalnya, seperti dilaporkan. Kenyataan itu timbul ketika perhatian pada waktu itu tertumpu kepada kes berkaitan murtad, antaranya melibatkan Lina Joy, seorang yang dilahirkan Muslim tetapi memohon kepada mahkamah untuk diisytiharkan sebagai penganut Kristian. Satu lagi melibatkan Nyonya Tahir yang meninggal dunia pada usia 89 tahun dan telah membuat perakuan bersumpah memohon dikebumikan sebagai seorang penganut Buddha. Kenyataan Nurul Izzah dalam satu forum kebebasan beragama pada 3 November lalu, berhubung isu "tiada paksaan dalam beragama" mencetus kontroversi apabila dilaporkan dengan gambaran bahawa naib presiden PKR itu menggalakkan murtad di kalangan orang Melayu. Dua hari kemudian, beliau tampil menjelaskan bahawa beliau sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad. "Saya sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad," tegasnya yang juga ahli parlimen Lembah Pantai. "Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan. "Saya kesal kerana ada usaha kalangan yang cuba memutarbelitkan kenyataan saya, seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad," tegasnya lagi. | ||||
25 kereta, satu motorsikal rosak dihempap bumbung di UKM Posted: 12 Nov 2012 03:59 PM PST SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Sebanyak 25 kereta dan sebuah motosikal rosak apabila bumbung laluan pejalan kaki di sebelah tempat parkir tumbang setelah dihempap sebatang pokok semasa hujan lebat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, hari ini. Bumbung laluan pejalan kaki ke arah tempat parkir bersebelahan Dewan Canselor, Tun Abdul Razak, menimpa kenderaan yang terletak di parkir itu pada kejadian pukul 4 petang tadi. Ketua Pengarah Keselamatan UKM Leftenan Kolonel (B) Jury Tasripan berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan kecuali kerosakan di bahagian bumbung dan cermin pecah pada semua kenderaan itu. "Bumbung sepanjang kira-kira 200 meter dan diperbuat daripada atap genting itu rosak teruk akibat dihempap pokok yang tumbang," katanya kepada Bernama di tempat kejadian.. Beliau berkata 18 daripada kenderaan itu dimiliki oleh petugas dan pelajar UKM manakala tujuh lagi adalah kenderaan pelawat. Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 4.30 petang tadi. Enam anggota dengan sebuah jentera segera ke tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan kenderaan yang dihempap bumbung itu. - Bernama | ||||
'Perpindahan biasa', Kafa setuju lepaskan Mat Yo Posted: 12 Nov 2012 03:55 PM PST PENYERANG sensasi Kelantan, Norsharul Idlan Talaha atau dikenali sebagai Mat Yo semakin hampir untuk menyarung jersi Johor dalam saingan Liga Malaysia musim depan apabila Persatuan Bola sepak Kelantan (Kafa) bersetuju untuk melepaskan dia menerusi "perpindahan biasa." Bagaimanapun, perpindahan tersebut bersyarat dan mempunyai terma tertentu yang perlu dipatuhi Johor. Mengumumkan perkara itu menerusi laman Facebooknya malam tadi, Presiden Persatuan Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihak Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) mempunyai tempoh seminggu untuk menerima tawaran Kafa dan andai Johor menerimanya maka Mat Yo akan sah menjadi hak milik pasukan Harimau Selatan itu. "Kafa bersetuju untuk membuat perpindahan biasa, namun Johor diberi tempoh tujuh hari untuk menerimanya. "Lagipun, adalah menjadi hasrat Kafa untuk menyempurnakan semua urusan berkaitan sebelum bermulanya Piala Suzuki AFF kerana ia melibatkan aksi Mat Yo. "Kafa cuma mahu Mat Yo tumpu perhatian (ke atas persaingan) Piala Suzuki AFF dan memberikan yang terbaik bagi mempertahankan kejuaraan," kata Annuar lagi. Awal minggu ini, Sinar Harian melaporkan Kafa bersedia untuk merungkai segala masalah yang timbul berhubung isu perpindahan Mat Yo, selain menyatakan kesediaan untuk berbincang empat mata jika PBNJ benar-benar mahukan khidmat penyerang terbabit. Sebelum ini, Mat Yo juga dilaporkan merayu agar Kafa tidak merumitkan urusan perpindahannya ke Johor dan melihat penghijrahan berkenaan dari sudut positif, termasuk memikirkan masa depannya. | ||||
Bekas anak didik NAJIB lawan dengan hujah Posted: 12 Nov 2012 03:48 PM PST Oleh Ust Azam Razak (PAR Endau) CERAMAH Jom Ubah Dun Endau di Tanjung Pekan Endau, bersama tokoh2 Dato' Arif Sabri Bekas Ketua Penerangan UMNO Pekan, Ust Dr.Badrul Amin Bahrun MT Keadilan Malaysia, Dato Ariff Sabri dlm ceramahnya menyebut tentang kebobrokan UMNO dan Bekas Bossnya dulu PM DS Najib. Yang menariknya dlm ucapan beliau sarat dgn hujah dan dalil dr Ayat2 Al Quran,,,yg mengambarkn beliau seorang sentiasa membaca dn meneliti serta seorang mendekatkn diri nya dgn ayat2 Allah,,,, Syabass Dato,, Teruskan istiqamah dlm pejuangn menegakkan kebenaran dan menjatuh kebatilan dan kemungkaran, menghancur kezaliman,,, agar rakyat dapat pembelaan dan kebenaran di tegakkn di bumi bertuah ini,,,,, Agar satu sinaran baru terpancar utk menerangi hati2 dan jiwa2 rakyat dgn cahaya kebenaran dan Cahaya hidayah,, , Beliau menyebut PM DS Najib bacul dlm mempertahankan kesucian Syariat Islam apabila membisu apabila Presiden MCA menghina Hukum Allah di depannya, malah MCA di berikn peruntukan tambahan selepas secara biadab dn sombong mencaci Islam,,, Soal Dato' kepada orang melayu Islam. Apalagi nak diharapkan kepada UMNO dan pimpinannya utk mempertahankan Islam dan syariatnya sedang PM gagal menjawab soalan Fardhu ain tentang contoh najis mughalazah apabila di tanya soalan itu oleh kanak2,,, JOM UBAH! SELAMATKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA DARI PEMIMPIN YG GAGAL MEMBELANYA.... | ||||
Yayasan Artis: Najib perdaya artis untuk tarik sokongan kepada Umno – Bob Lokman Posted: 12 Nov 2012 03:44 PM PST Oleh Norutul Ilham KUALA LUMPUR: Pengacara, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman atau nama sebenar, Muhammad Hakim Lokman berkata, pelancaran Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya untuk tarik sokongan golongan itu kepada BN. Katanya, Umno terbukti semakin parah kerana sanggup menjanjikan habuan demi kepentingan politik. "Ini janji tak ikhlas, kenapa baru sekarang nak bagi (perhatian) kepada artis. Adakah kerana tiada penyokong, baru nak gunakan artis. "Ini semua tindakan terdesak mereka. Selama ini siapa yang pandang artis, kami hanya digelar sebagai penghibur, tiada kepentingan," tempelaknya. Najib melancarkan YA1M itu semalam sebagai langkah menarik sokongan golongan seni yang semakin peka dengan isu politik kepada BN. Dalam ucapannya, beliau berjanji kepada golongan seni menyokong kerajaan akan mendapat bantuan lebih banyak kelak jika BN meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13). Najib turut mengumumkan sumbangan RM2 juta kepada YA1M pada tahun ini dan RM3 juta pada tahun depan di samping akan menimbang untuk menyediakan skim perlindungan insurans kepada golongan seni. "Kalau dah buat macam-macam, takkan artis tak boleh fikir, mesti ada muslihat di sebalik janji-janjinya. Kalau mereka (artis) waras, mereka tak akan sokong perkara ini. Kalau tak boleh baca lagi (muslihat Najib), maknanya mereka tak normal. "Tapi kalau mereka tidak bermaruah, orang itu pastinya mudah ditipu," tegasnya ketika dihubungi. Antara artis yang telah menyertai parti politik ialah penyanyi dan pelakon kontroversi Abby Abadi yang mengumumkan penyertaan ke dalam PAS. Selain Bob Lokman, terdapat beberapa artis lain yang menyertai Pakatan Rakyat antaranya pelakon Hairie Othman, penyanyi Dayangku Intan, Noryn Aziz dan Yatt Hamzah. Sementara itu, Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN, Tengku Intan Tengku Abd Hamid atau Dayangku Intan menyifatkan tindakan terdesak Najib itu kerana sedar beliau akan kalah dalam PRU 13 sehingga terpaksa bergantung kepada artis. "Ini semua kerana mereka takut kalah PRU 13, baru mereka tahu bagaimana artis boleh mempengaruhi rakyat dengan hasil seni mereka. "Kalau mahu bercakap mengenai royalti, perlindungan kepada artis, ini bukan perkara baru. Sudah bertahun kita perjuangkan. Kenapa baru sekarang mahu jaga artis," kata penyanyi yang terkenal dengan lagu Semakin Rindu Semakin Sayang. Kata artis veteran itu lagi, Umno sebenarnya ketandusan idea kerana terpaksa meniru apa yang dibuat Pakatan Rakyat. "Kalau mahu tarik sokongan artis, Umno sebenarnya sudah terlambat kerana Pakatan lebih dahulu memahami artis. "Semuanya ditiru, dari (jelajah) bas, sehinggalah beri peluang kepada artis ke pentas ceramah (Umno). Sudut ini pun kita boleh tengok Pakatan lebih dekat dengan artis," ujarnya. | ||||
UMNO sayang pada ' Chua Soi Lek'? Posted: 12 Nov 2012 03:35 PM PST Chua Soi Lek dipertahan kerana menentang hukum hudud, manakala Nurul Izzah di dikaitkan dengan isu 'murtad' satu gejala yang dilihat boleh mempercepatkan kejatuhan kerajaan BN dan menghakiskan sokongan rakyat kepada UMNO. Betul kata Tun Mahathir, UMNO dilihat lebih busuk daripada usus (tahi). Itu adalah satu 'kecelakaan' sedang menimpa umat Islam di Malaysia, apabila ada pihak secara terang menolak 'undang-undang Islam' dilaksanakan. Nampak sangat UMNO begitu kecut perut kepada MCA, hanya kerana untuk mengekalkan beberapa ribu orang pengundi cina maka sanggaup mempertahankan cadangan CSL supaya kerajaan Malaysia menolak perlaksanaan hukum hudud. Kini UMNO telah memesongkan isu dan menghala targetnya kearah Nurul Izzah, Naib Presiden PKR yang juga Ahli Perlimen Malaysia dengan berbagai-bagai ejekan dan tuduhan yang melampau apabila Nurul Izzah dikaitkan dengan isu murtad. Satu isu yang diputar belit dengan harapan rakyat menolak PR dalam PRU13 nanti. UMNO cuba membantu PR supaya penganut ugama lain di Malaysia ini akan terus memberi sokongan padu kepada Nurul Izzah dan PR, yang mana melayu sudah pun berpihak dan telah pun memilih parti mana yang mereka hendak sokong pada PRU kelak. Apa pun isu yang dimainkan oleh UMNO dan BN, rakyat sudah tahu parti mana yang telah melakukan kemungkaran dan mengamalkan rasuah dan kroni. Untuk melalaikan rakyat dari terus berbincang soal isu hudud, isu RM40 juta kononnya untuk UMNO Sabah yang didedahkan oleh Rafizi tentang ada hubung kait dengan Nazri Famili maka Nurul Izzah dijadikan tempat untuk membalas dendam, yang mana satu kesilapan besar yang telah dilakukan oleh UMNO dan penulis yang pro UMNO kerana Nurul Izzah telah bersebati dengan masyarakat Islam yang tulin dan akan bersama Nurul Izzah bagi menjatuhkan kerajaan BN dalam PRU nanti.. Bertambah gawat lagi kepada UMNO dan BN apabila rakyat telah memilih bahawa isu murtad yang dikaitkan terhadap Nurul Izzah dianggap sebagai isu politik murahan kerana apabila rakyat mendengar keseluruhan ucapan dan dailog maka rakyat membuat keputusan bahawa ucapan tersebut tidak menjurus terkeluar akidah. Kerana Nurul Izzah tidak mengajak umat Islam supaya menganut ugama lain. Betul dah pendapat rakyat Malaysia, pilihanraya ke 13 itu adalah pilihanraya terakhir bagi kerajaan BN kerana apabila BN jatuh pada pilihanraya ini, BN tidak mampu bangun lagi kerana jelas PAS lebih dihayati dan diyakini oleh rakyat semua bahawa PAS adalah sebuah parti untuk orang yang berugama Islam berbagai lapisan masyarakat. UMNO lebih menyokong Chua Soi Lek daripada Nurul Izzah sehingga ulasan Nurul Izzah mengulas ayat al Baqarah diputar belit semata-mata nak mengaibkan seorang 'gadis Islam' sedangkan CSL menghina hukum hudud dipertahankan. Ekoran isu murtad yang dikaitkan oleh UMNO dan Balaci UMNO terhadap puteri Islam Nurul Izzah itu , Sdr Rosdi Mustapha seorang usaha muda telah, telah menghubungi UTTV dan memberi kesanggupan untuk membiayai satu debat supaya diadakan diantara Dr. Asri (MAZA) bekas mufti Perlis dengan Ulama UMNO dan di moderator oleh Hassan Akida Ali, yang mana kos perbelanjaan beliau sanggup keluarkan, | ||||
Siapa Lebih Melampau Nurul Izzah Atau Mahathir? Posted: 12 Nov 2012 03:33 PM PST Itulah Mahathir Mohamad kalau sudah usang dan kehebatan sudah semakin menipis, dia terpaksa bercakap atas apa juga isu untuk menarik perhatian media PB. Mahathir samalah dengan seekor serigala tua yang sudah tidak dapat memburu, akan memakan apa saja yang terjatuh di depannya. Kalau lipas mati terjatuh didepannya dingap, kalau bangkai biawak di tohok di depannya, pun dingap. Baginya asal boleh bercakap dan boleh makan. Sebagai seorang yang sudah tua, tidak banyak kudrat dan populariti sudah menipis, maka dia akan berbuat apa saja yang terlintas di dalam kepadanya termasuk memberi ulasan atas perkara yang tidak dalam bidangnya, ataupun dia faham benar apa dibicarakan. Sebab itulah pandangan Mahathir terhadap agama ada kalanya songsang. Memalukan apabila dia sendiri berbuat salah, tiba-tiba tumpang semangkuk dua untuk mengecam orang lain. Itulah Mahathir. Sepatutnya dia tidak ikut memberi komen ke atas Nurul Izzah dengan mengatakan Naib Presiden PKR itu sudah melampau apabila memberi pandangan umum berhubung kebebasan beragama. Apakah Mahathir sengaja membodohkan dirinya dalam mentafsir apa yang Nurul Izzah katakan kerana politik semata-mata? Tidak pernahkah Mahathir membaca firman Tuhan itu? Kalau Mahathir seorang bapak politik yang baik di negara ini dia tidak akan mengulas dalam farsa demikian, tetapi menasihat puteri reformasi itu. Beliau tidak akan menambahkan kekeliruan tetapi menghentikan kekeliruan. Itulah sifat mualim. Dia boleh kata Nurul Izzah harus berhati-hati jangan sampai terkeluar ulasan dan pandangan yang mengelirukan wartawan yang jahil mengenai agama Islam, kerana bila orang jahil mengulas dan didengari pula si jahil lagi maka jahil akan berganda-ganda. Sepatutnya selaku orang tua yang sudah dipersarakan Mahathir mendapat maklumat terperinci sebelum mengutuk Nurul Izzah sebagai melampau. Nurul Izzah tidak wajar dijadikan musuhnya sebaliknya perlu dilayan sebagai anak atau cucu. Mahathir sepatutnya menjadi ikon semua orang. Dia tidak sepatutnya menjadi penjaga garisan dalam politik negara ini lagi. Mental dan fizikalnya sudah tidak membenarkan. Mahathir jangan cuba-cuba melawan takdir. Dia boleh menonton politik ini menerusi tv di rumahnya dan boleh mengulas di depan tv tanpa didengari oleh orang lain. Di situ katalah apa pun ia tidak merosakan pandangan orang lain sebab orang tidak mendengarnya. Politik Malaysia ini lepaslah kepada budak-budak, berikan kesempatan untuk mereka belajar, memperkuatkan minda politik kerana negara ini akhirnya akan jatuh ke tangan mereka juga. Enak Mahathir mengatakan Nurul Izzah melampau dengan pandangan itu. Orang yang tidak mudah lupa akan mentertawakan Mahathir ha ha ha... Boleh kita tanya apakah Mahathir tidak merasakan demikian dengan kata-katanya sebelum ini yang berbunyi; kita lebih baik berkawan dengan syaitan dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali? Apakah kata-kata itu tidak melampau dan boleh menjejaskan akidah? Rasanya kata-kata itu menjadikan Mahathir seperti dulang mengatakan paku yang serpih. Oh, kalau Mahathir mudah... ditafsirkan bahawa Mahathir bermaksud lain, bukan seperti mana difahamkan itu. Dan mudah saja mengatakan pembangkang berniat jahat. Apakah mengenai Nurul Izzah itu tidak bermnaksud demikian? Kenapa harus spin kata-kata Nurul Izzah itu? Sebenarnya kata-kata Mahathir dari farsa yang difahamkan itu juga melampau dan membimbangkan. Ia boleh mengelirukan dan boleh menyebabkan orang akan menganggap berkawan dengan syaitan tidak menjadi masalah. Orang akan beranggapan berdasarkan kata-kata Mahathir itu bahawa syaitan sebenarnya ada juga yang baik. Oh Mahathir....harus bertaubat atas kesilapan itu. Jadi secara peribadi saya tidak menerima kutukan Mahathir kepada Nurul Izzah itu selagi beliau tidak mengutuk dirinya sendiri dengan apa yang beliau katakan itu. Kemelampauan Nurul Izzah dalam konteks agama bukan sebanyak dan sedahsyat Mahathir. Izzah hanya melakukan sekali kesilapan (kalau ia memang silap dan niatnya begitu), tetapi Mahathir sudah banyak kali. Dah banyak dah... Kata-kata dan pandangan Mahathir terhadap agama Islam banyak yang meragukan dan ada yang sehingga boleh menjatuhkan sesat dan rosak pegangan (akidah). Misalnya tanggapan beliau Nabi Muhammad s.a.w. simpan janggut disebabkan tidak ada gillatte adalah satu tanggapan yang menghina sunah Rasulullah. Tahulah sendiri apakah hukum dan bahananya orang menghina Rusulullah.Saya ingin sangat Mahathir mengulangi ayat-ayat itu di Iran, Syaria, Pakistan, Afghanistan dan Madinah. Mahathir juga pernah mempersendakan hukum hudud, cuba menolak hukum hudud dengan mengatakan ia adalah hukum hudud Pas. Ironisnya beliau sendiri tidak pernah membentangkan, usahkan anekmen hukum hudud, deraf hukum hudud pun tidak. Tidak mahu menerima hudud mungkin boleh dimaafkan atas maslahat agama, tetapi menolak dan mempersendakan hudud satu yang berat dari sisi agama, berdosa dan celaka. Hasil ajaran dan didikan Mahathir mengenai hudud maka lahirnya seorang murid mutabar yang menolak hudud bernama Chua Soi Lek. Itulah hasil dan kesannya dari perbuatan lisan Mahathir. Soi Lek tidak akan berani mempertikaikan hudud kalau Mahathir bukan gurunya. Chua Soi Lek akan mempertahankan dirinya dengan bersandarkan kepada Mahathir. Sebab itu pemimpin Umno tidak menghentam Soi Lek bila Cina itu menghina hudud sebab, pemimpin Umno tidak mahu memalukan Mahathir. Hentam Soi Lek bermakna memansuhkan pandangan Mahathir mengenai hudud. Woww... Mahathir cukuplah dengan apa yang sudah anda lakukan selama 22 tahun lalu. Negara ini banyak rosak kerana anda dan orang Melayu hidup bercemperaian ini pun adalah kerana anda juga. Apakah anda akan berhenti selepas Umno hancur dan tidak akan menjadi penguasa lagi? Nampaknya Mahathir akan berkubur bersama Umno Baru yang diilhamkan. Mat, Mat mana lagi kalau bukan Mat Maslan, sihatkah, katanya saham Felda terus merudum. Betulkah? - DETIK DAILY | ||||
Tindakan ‘Kluk-Klek’ PBSNT Akan Malapkan Bola Sepak Musim Depan Posted: 12 Nov 2012 03:19 PM PST Wartawan BuletinKetua Dewan Pemuda PAS Terengganu (DPPNT) YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, tindakan memecat Butler selaku Ketua Jurulatih pasukan bolasepak Terengganu dan mengambilnya semula sebagai jurulatih T-Team akan meninggalkan kesan kepada para pemain. "pada 17 September 2012, gantung Butler……. Kemudian pecat, sebab dakwa Butler menyalahi peraturan walaupun Butler masih ada kontrak , kemudian tak jadi pulak….tarik balik pemecatan, "lepas tu heboh….. pada 25 Oktober, 2012…..satu dunia buat kenyataan nak ambil bekas pemain Liverpool Robbie Fowler nak jadi jurulatih T-Team…… tiba-tiba tak jadi pulak, "hari ini ambil semula Butler jadi pulak jurulatih T-Team…….. ini (kluk-klek) keputusan apa ni,"soalnya Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media semalam 12 November, yang menyatakan 'Kemelut Butler' selesai dengan perlatikan semula jurulatih itu yang dipecat pada 20 September lalu. [Gambar - Ustaz Mohd Nor menyampaikan hadiah kepada Haji Ahmad Redza, Timbalan Presiden Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) selepas perlawanan persahabatan antara DPPNT dan KAWAT tidak lama dulu] Ustaz Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong berkata, beliau difahamkan ketika bekas Ketua Jurulatih Mat Zan Mat Aris direhatkan kemudiannya 'dipecat' dan Butler dilantik, Mat Zan masih dalam kontrak. Akibatnya, kata beliau PBSNT rugi kerana terpaksa membayar pampas an kepada Mat Zan sebagaimana yang diputuskan dan diarahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 8 November lalu. Oleh itu, beliau menggesa supaya dibuat satu rombakan besar-besaran dalam PBSNT sejajar dengan tuntutan para peminat bola sepak Terengganu. "ada sesuatu yang tak kena dalam pembuat dasar PBSNT, Mat Zan 'dipecat' semasa masih dalam kontrak dan Butler dilantik sedangka kontrak Mat Zan masih berjalan, "tiga hari selepas buat keputusan gantung, Butler di pecat kemudian kecoh pulak pasal tuduh pemain 'rasuah' sedangkan ia tidak berlaku, "nampaknya 'orang besar' dalam PBSNT sudah hilang kawalan, jadi wajarlah dirombak dan sesiapa yang sudah tidak mampu melaksanakan tugas, letak jawatan.....,"tegasnya. Beliau berkata, Dewan Pemuda PAS Terengganu mengikuti perkembangan kemerosotan pasukan bolasepak Terengganu pada musim lalu secara serius dan kesal ada 'tangan-tangan politik' yang jelas campurtangan dalam urusan bola sepak. Katanya, selaku seorang wakil rakyat beliau memandang berat wang rakyat sebanyak RM6 juta yang dibelanjakan sebanyak RM3 juta untuk T-Team dan RM3 juta untuk pasukan negeri, sedangkan hasilnya tidak ke mana. Soal rasuah dan penyelewengan juga, katanya, menyebabkan arena bola sepak Terengganu 'tercemar' apabila Stadium Sultan Zainal Abidin runtuh dan pasukan Terengganu terpaksa menggunakan 'premis tua' Stadium Sultan Ismail, yang sudah 'dihapus kira'. | ||||
Empangan bekal air ke sawah padi tidak berfungsi jejas 33 petani Posted: 12 Nov 2012 03:16 PM PST KENINGAU: Empangan yang membekal air sawah padi Kampung Penagatan Laut yang tidak berfungsi akibat pengorekan batu pasir di Sungai Pegalan yang tidak terkawal menyebabkan kawasan sawah 33 petani membabitkan keluasan kira-kira 75 ekar kering kontang pada musim ini. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg. Penagatan Laut, Lahamin Wasibin, berkata empangan yang tidak berfungsi itu menyebabkan padi yang telah ditanam pada musim ini terjejas dan sebahagiannya tidak tumbuh kerana ketiadaan saliran air. Beliau mendakwa saliran air ke sawah padi penduduk tidak berfungsi disebabkan kegiatan mengorek batu pasir oleh salah sebuah syarikat kuari di Sungai Pegalan. "Padi yang ditanam oleh petani pada musim ini tidak menjadi kerana tidak mendapat bekalan air disebabkan saliran air tidak berfungsi," katanya kepada New Sabah Times di sini kelmarin. Justeru Lahamin yang prihatin dengan masalah anak-anak buah jagaannya meminta pihak yang berkenaan terutama Jabatan Alam Sekitar (JAS) supaya memantau kegiatan syarikat kuari yang menjalankan kegiatan mengorek batu pasir di Sungai Pegalan berhampiran Kg. Penagatan Laut. "Perkara ini perlu perhatian dan tindakan segera kerana ia membabit kepentingan petani yang bergantung pada hasil padi untuk menampung sumber beras mereka," tegas Lahamin. Lahamin yang juga Ketua Cawangan Umno Kg. Penagatan Laut berkata, beliau sudah mempunyai senarai lengkap petani yang terlibat untuk dikemukakan kepada pihak yang berkenaan. "Sebagai pemimpin diperingkat kampung yang terlibat dengan masalah ini, saya tidak menekan Jabatan Pengairan dan Saliran kerana jabatan ini sudah menjalankan tanggungjawab dengan baik tetapi apabila kegiatan mengorek batu pasir di pesisir Sungai Pegalan yang menjadi sumber saliran air ke sawah penduduk dijalankan tidak mengikut perundangan menyebabkan masalah itu timbul," jelas Lahamin. Beliau menambah, sistem saliran sudah ada tetapi air tidak mengalir kerana sistem saliran terjejas akibat hakisan tebing Sungai Pegalan kerana operasi syarikat kuari.-nst- |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan