Sabtu, 10 November 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Pemuda PAS cadang isytiharkan aset, tekanan kepada musuh politik

Posted: 10 Nov 2012 03:48 PM PST


KUALA LUMPUR — Pemuda PAS mencadangkan agar anggota majlis eksekutif mengisytiharkan aset mereka pada muktamar minggu hadapan — satu langkah dilihat untuk meningkatkan kepercayaan awam terhadap mereka sekaligus memberi tekanan kepada rakan-rakan politik untuk melakukan perkara sama menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.

Dewan Pemuda PAS dilaporkan mengilhamkan idea tersebut minggu lepas - dilihat sebagai cabaran kepada parti-parti politik lain dlam usaha mereka untuk memulihkan imej yang dilihat sebelum ini sebagai hanya menentang konsert artis-artis barat kepada pemimpin Islam progresif selaras dengan isu-isu semasa.

"Kemungkinan besar akan ada majlis pengisytiharan harta itu. Pada muktamar kali ini. Dengan harapan ia akan merintis kepada semua pimpinan PAS," kata setiausahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil seperti yang dilaporkan oleh lidah rasmi parti tersebut Harakah Jumaat lepas.

Khairul Faizi juga dilaporkan berkata langkah tersebut bagi menunjukkan ketelusan barisan kepimpinan Pemuda PAS Pusat, biarpun mungkin tidak semua dicalonkan pada PRU 13 dan akan dilakukan pada muktamar dewan itu di Kelantan 15 November ini di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dilaporkan menyokong inisiatif dewan pemuda untuk mengisytiharkan aset mereka dengan menyatakan ianya selari dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban yang diajar oleh Islam.

"PAS sudah mengamalkan hal ini secara dalaman yang melibatkan penjawat awam seperti menteri besar dan exco. Bagus untuk perkara ini jika dibuat secara terbuka," kata beliau kepada Harakahdaily semalam.

Dengan cdangan pengisytiharan aset ini, pemuda PAS akan menyertai rakan lain Pakatan Rakyat (PR) yang telah membuktikan mereka menunaikan janji.

Pada awal tahun ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri itu mengisytiharkan harta mereka secara terbuka.

Lim, yang juga setiausaha agung DAP, telah menunjukkan bahawa pengisytiharan aset adalah salah satu kunci enam "langkah-langkah integriti" yang beliau diperkenalkan dalam pentadbiran Pulau Pinang, selaras dengan prinsip CAT (Cekap, Akauntabiliti, Ketelusan).

Kerajaan negeri Selangor yang diketuai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR telah mengisytiharkan aset mereka di laman web kerajaan negeri (http://www.selangor.gov.my) lebih awal, pada Mac 2009, setahun selepas parti-parti pembangkang persekutuan membuat kejutan dalam pilihan raya umum 2008.

Cawangan tempatan pemerhati anti-rasuah global, Transparency International Malaysia (TI-M) juga mengingatkan pegawai awam tentang keperluan ketelusan oleh kerana kedudukan negara yang terus jatuh ke tangga dalam kedudukan rasuah antarabangsa.

"TI-M selama bertahun-tahun berulang kali mencadangkan untuk ketelusan dan pendedahan penuh aset pegawai awam yang dipilih, ke arah meningkatkan keyakinan rakyat Malaysia dan pelabur asing terhadap integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik," kata ketua TI-M, Datuk Paul Low pada Januari tahun ini.

"TI-M juga percaya untuk mendapatkan gambaran lebih besar, pengisytiharan harta perlu termasuk liabiliti, pinjaman dan hutang," tambahnya.

Setiusaha Pemuda PAS juga dilaporkan berkata parti tersebut akan membariskan kira-kira 40 peratus calon golongan muda dibawah 40 tahun dalam pilihan raya akan datang.

Beliau berkata ,inisiatif ini adalah untuk memberi lebih ruang kepada generasi baru itu bersuara dalam arena politik negara, kata beliau kepada agensi berita Bernama.

"Memang fokus (muktamar) adalah pilihan raya. Harapannya selepas muktamar, kami akan gariskan beberapa perkara dan ia akan memberi tonik baharu kepada perwakilan," kata Khairul Faizi lagi.

Lima pelajar kolej ditahan edar pil kuda

Posted: 10 Nov 2012 03:45 PM PST

Bernama


 
Polis menahan lima pelajar lelaki sebuah kolej swasta di Pekan semalam yang dipercayai mengedar pil kuda.
  
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata kesemua pelajar yang berusia 18 tahun itu juga didapati positif dadah tersebut.

Beliau berkata dalam serbuan kira-kira 1.30 tengah hari itu, pihak polis menemui 50 pil kuda di dalam sebuah lokar salah seorang daripada mereka di bilik asrama.
  
"Kita percaya bekalan pil kuda yang diedarkan di sekitar daerah Pekan itu diperolehi dari negeri jiran yang dijual dengan harga RM20 sebiji," katanya ketika dihubungi di Kuantan hari ini.
  
Kesemua pelajar terbabit kini direman selama empat hari di Balai Polis Pekan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.   - Bernama

RM120j projek sentuhan kasih bina rumah generasi kedua Felda

Posted: 10 Nov 2012 03:44 PM PST



 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Felda menyediakan peruntukan  RM120 juta bagi Projek Sentuhan Kasih untuk generasi kedua Felda membina rumah dan menjalankan projek tanaman kontan yang berpulangan tinggi.
  
Beliau berkata buat permulaan, sejumlah 300 unit rumah akan dibina di tanah rancangan Felda di Besut, Terengganu; Chini Timur 2, Pahang; dan Tenggaroh, Johor; pada penghujung tahun ini.
  
Najib berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Himpunan Generasi Baru Felda di Universiti Teknologi MARA di sini yang dihadiri 12,000 belia dari seluruh tanah rancangan Felda di Malaysia.
  
Beliau berkata:" Kita sedia melaksanakan 4,000 unit lagi (rumah) kalau kita dapat tanah yang besar."
  
Rumah untuk generasi kedua peneroka itu akan dibina menggunakan kaedah pasang siap dan berharga RM70,000 seunit dengan ansuran bulanan pinjaman bank kira-kira RM360, katanya.

Sementara itu, perdana menteri menyempurnakan bayaran 'durian runtuh' pusingan ketiga kepada generasi baru Felda sebanyak RM5,000 untuk 112,635 keluarga melibatkan RM563.2 juta.
  
Sebagai menandakan pembayaran itu, Najib menyampaikan cek replika kepada wakil dari 11 Wilayah Felda pada himpunan tersebut.

Berucap pada majlis itu, Najib berkata kini tiba giliran generasi baru Felda untuk mendapat manfaat itu selepas ibu dan bapa mereka sebelum ini.

"Hari ini giliran generasi kedua anak-anak mendapat rahmat daripada durian runtuh, sekaligus membuktikan bahawa sebagai sebuah kerajaan kita tidak pernah mungkir janji," katanya.
  
Sebelas Wilayah Felda itu ialah Raja Alias, Segamat, Gua Musang, Kuantan, Trolak, Johor Baharu, Mempaga, Terengganu, Alor Setar, Jengka dan Sahabat di Lahad Datu.

Laporan media sebelum ini menyebut jumlah durian runtuh yang diberi kepada peneroka, isteri peneroka dan generasi kedua ini ialah RM1.689 bilion. - Bernama

MIC: Hindraf tidak perlu letak syarat jumpa PM

Posted: 10 Nov 2012 03:42 PM PST

Nigel Aw


 
Parti kaum India terbesar di negara ini, MIC, kecewa kerana Hindraf telah meletakkan pra-syarat untuk bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Ia tidak munasabah untuk meletakkan pra-syarat untuk bertemu (perdana menteri), mereka (Hindraf) yang mahu berjumpa dan kini mereka pula yang meletakkan pra-syarat," kata Setiausaha Agung MIC, S Murugesan ketika dihubungi hari ini .

murugesan gas pc 280510Beliau diminta mengulas kenyataan rasmi Hindraf pagi ini yang
menyeru kerajaan menarik balik pengharaman pergerakan sebelum ia bertemu dengan Najib.

Katanya, jika sudahpun  meletak syarat, jadi apakah gunanya mengadakan pertemuan tersebut.

Ditanya sama ada jemputan Najib untuk menemui Hindraf itu merupakan petunjuk kegagalan MIC untuk menangani masalah golongan miskin dalam masyarakat India, Murugesan (kanan) menolak tanggapan tersebut dan sebaliknya menuding jari kepada Pakatan Rakyat.

"Hakikat bahawa mereka mahu berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat tidak mengotai janji-janji mereka.

"Sudah tentu, jika perdana menteri tidak mahu bertemu (Hindraf), maka mereka akan kata perdana menteri tidak mendengar kepada satu segmen (masyarakat)," katanya.

Murugesan menegaskan bahawa MIC masih mewakili masyarakat India dan Najib menghulur tangan kepada Hindraf adalah merupakan pendekatan inklusif perdana menteri.

Karpal: K'jaan P Pinang boleh jual tanah Taman Manggis

Posted: 10 Nov 2012 03:41 PM PST

Bernama


 
Kerajaan negeri Pulau Pinang boleh menjual tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin kepada BN negeri dengan syarat geran tanah belum diserahkan kepada mana-mana pihak.
  
Menyatakan demikian, Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, di samping itu tiada halangan daripada syarikat yang berjaya membida tanah berkenaan iaitu Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC).
  
Bagaimanapun, beliau berkata pihak KLIDC mempunyai hak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung perkara itu memandangkan KLIDC telah membuat pembayaran penuh.
  
"Terpulang kepada syarikat itu mengambil tindakan. (KLIDC) Ada hak untuk membuat satu kes ke atas kerajaan negeri kerana sudah ada perjanjian penuh dan ada hak untuk dapat title (hak milik) kepada tanah itu.
  
"...(Kerajaan negeri) boleh jual dengan syarat tidak ada halangan oleh pihak yang sudah membeli tanah itu. Tapi pihak (KLIDC) itu tidak buat apa-apa, jadi boleh dibuat (menjual tanah kepada BN)," katanya kepada pemberita di George Town  hari ini.
  
Beliau berkata demikian ketika ditanya apakah menjadi kesalahan dari segi undang-undang berikutan tindakan kerajaan negeri membuat dua tawaran penjualan tanah itu walaupun tanah itu sudah dijual kepada pihak swasta.
  
Karpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor bagaimanapun berkata kerajaan negeri mengambil risiko dengan menjual tanah itu kepada BN memandangkan tanah seluas 0.45 hektar itu telah pun dijual kepada KLIDC.
  
Beliau berkata BN juga tidak perlu memberi apa-apa alasan sekiranya betul-betul berminat untuk membeli tanah berkenaan dan menyerahkan segera baki pembayaran kepada kerajaan negeri.
  
Pada 3 Oktober lepas Pemuda BN menyerahkan wang tunai sebanyak RM224,073 iaitu bayaran satu peratus daripada harga keseluruhan tanah sebanyak RM22 juta sebagai tanda setuju di atas tawaran yang diberikan kerajaan negeri.
  
Tanah di Taman Manggis sepatutnya dicadangkan untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) fasa kedua; bagaimanapun kerajaan DAP negeri telah menjualnya kepada pemaju untuk membina hotel 19 tingkat, hospital enam tingkat dan tempat letak kereta lima tingkat.  - Bernama

Umno sengaja guna Utusan yang jahil

Posted: 10 Nov 2012 03:33 PM PST


DETIK DAILY

Ketua Dewan Ulama PAS, Dato' Ustaz Harun Taib memberikan penjelasan panjang lebar tentang kejahilan Umno memahami Kanun Syariah Kelantan dan Terengganu. Sekaligus menjawab tohmahan Dr Chua Soi Lek yang mendapat nasihat dari ulam amuda Umno, Fathul Bari Mat Jaya: Jom baca dan telaah dengan hati yang terbuka :

Utusan Malaysia masih jahil tentang hukuman hudud yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis. Melalui artikel yang disiarkan dalam akhbar itu yang bertajuk "Polemik Hukum Hudud PAS" menyerlahkan bagaimana akhbar itu telah digunakan oleh pihak tertentu untuk memburukkan usaha PAS dalam memberikan penjelasan berkenaan hudud.


Dalam artikel tersebut telah mempersoalkan bagaimana terdapat dua versi Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu, kita ingin menegaskan bahawa pengarang tersebut telah hilang fokus dalam perbincangannya, perbezaan versi ini adalah termasuk dalam bab teknikal dan bukannya isu pokok.

Apa yang kita bahaskan sekarang ialah berkenaan dengan pokok iaitu memberikan penjelasan berkenaan keindahan hukum hudud dan Utusan tidak memainkan peranan ini selaku akhbar milik orang Islam.

Fakta-fakta yang dikemukakan oleh penulis tersebut juga cukup mengelirukan para pembaca, sedangkan apa yang diusahakan oleh Kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu berdasarkan pandangan para ulamak yang muktabar yang diiktiraf keilmuan mereka, ianya bukan hudud PAS tetapi ianya merupakan hudud yang berdasarkan disiplin ilmu Islam yang berpaksikan Al-Quran dan As-sunnah.

Adapun berkenaan dengan dakwaan bekas Setiausaha Dewan Ulamak PAS Kelantan seperti mana yang dilaporkan dalaman artikel itu, Hukum Hudud yang diperjuangkan PAS tidak berlandaskan Al-Quran dan Sunnah adalah dakwaan yang tidak benar dan menyeleweng.

Berkenaan isu liwat dan umur aqil baligh dalam enakmen tersebut, ianya telahpun dijawab Dewan Ulamak sebelum ini tetapi sebagai manfaat bersama, ulamak tidak keberatan mengulanginya.

Adapun dakwaan Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Saidin yang mempertikaikan umur bagi mukallaf adalah 15 tahun dan bukannya 18 tahun menggambarkan beliau jahil tentang perbahasan para ulmak.
Berkenaan dakwaan had umur 18 tahun bercanggah dengan hukum syarak, masalah berkenaan had baligh seseorang muslim itu, sebenarnya ianya adalah perkara khilafiah, ianya bukan suatu yang qat'ie.

 Ada ulamak dalam mazhab Syafie kata 15 tahun, barulah seseorang itu dianggap baligh. Kalau dalam mazhab Hanafi, mereka kata 18 tahun barulah dikira sebagai mukallaf. Jadi dalam isu yang beliau bangkitkan ini, maka kita mengambil had umur yang paling tinggi supaya tidak berlaku masalah khilafiah.


Sebagai contoh, kalau diambil umur 15 tahun, nanti apabila perbicaraan diadakan, mungkin pihak peguam tertuduh akan mendakwa anak guaman bermazhab Hanafi, semata-mata untuk lari daripada hukuman.
Jadi kita ambil pandangan 18 tahun supaya tidak berlaku at-tahayul atau helah dalam perbicaraan di samping ianya merupakan petunjuk kepada tahap baligh dan kematangan atau dikenali sebagai 'sinnu rusyd', itu hanya sebahagian sebab mengapa kita pilih 18 tahun dan di sana masih ada sebab-sebab lain yang boleh kita rujuk kepada buku-buku feqah.

Berkenaan dakwaan meliwat isteri yang didakwa oleh seorang ahli parlimen yang seolah-olah dilihat dibenarkan dalam enakmen hudud yang dikemukakan PAS, adalah dakwaan yang melambangkan kejahilan orang yang membangkitkan isu ini.

Liwat di antara suami isteri tidak termasuk di dalam hukum hudud tetapi bukan bererti perbuatan itu tidak salah. Perbuatan itu tetap salah, cuma tidak termasuk dalam hukum hudud dan dari sudut hukuman tetap ia akan dikenakan hukum takzir.

Mengapa ianya dikenakan hukuman takzir dan bukannya hudud? Jawapannya ialah kerana berlaku syubhah di situ.

Untuk makluman beliau, dalam perlaksanaan hudud, seperkara yang mesti diambil kira dalam pelaksanaan ialah pelaksanaan hukuman hudud mesti meraikan satu kaedah yang penting iaitu yudra'ul hudud bi syubhat iaitu hudud itu tidak boleh dilaksanakan sekiranya ada syubhah.

Persoalannya di mana syubhah itu dalam kes ini? Syubhahnya ialah hubungan suami isteri itu sendiri atau dalam istilah feqahnya ialah syubhatul milk iaitu syubhah kerana isteri itu adalah milik suami tidak sepertimana dalam kes kesalahan hudud yang beliau nyatakan - pasangan yang bersalah tersebut tidak mempunyai hubungan yang sah dari sudut syarak, ianya adalah berbeza dengan kesalahan liwat suami isteri.

Pengarang tersebut tidak sepatutnya membaca sepintas lalu dan terus menjatuhkan hukuman tanpa merujuk kepada para ulama kerana pengetahuan hukum syarak ada disiplinnya yang tersendiri, bukannya mengikut akal fikiran manusia yang lemah.

Sebelum ini Dewan Ulamak telah memberikan penjelasan berkenaan perkara tersebut secara rasmi. Dakwaan yang menyatakan Ulamak PAS gagal memberikan penjelasan berkenaan dakwaan ahli parlimen tersebut adalah dakwaan yang tidak benar sama sekali.

Isu hukum hudud yang hanya dilaksanakan ke atas orang Islam manakala orang bukan Islam diberikan pilihan, Enakmen Kelantan dan Terengganu jelas menerangkan bahawa enakmen ini terpakai kepada orang Islam dan orang bukan Islam secara mutatis mutandis iaitu mereka yang bukan beragama Islam diberikan pilihan untuk memilih samada ingin diadili dengan hukum Islam ataupun memilih untuk dibicarakan mengikut undang-undang mereka.

Ini adalah berdasarkan ayat al-Quran daripada surah al-Maidah ayat 42 yang bermaksud: "Apabila mereka(orang yang bukan Islam) datang kepada kamu untuk diadili, hendaklah kamu adili mereka (dengan Islam) atau biarkan mereka (untuk membuat pilihan), sekiranya mereka enggan ianya tidak memudaratkan kamu, apabila kamu mengadili manusia hendaklah kamu berlaku adil seadil-adilnya."

Ianya jelas berdasarkan peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW, apabila orang bukan Islam khususnya Yahudi yang datang bertemu Rasulullah untuk menyelesaikan kes mereka yang berkaitan hudud, lalu Allah SWT memberikan pilihan kepada nabi sama ada mengadili dengan hukum Islam atau sekiranya mereka enggan mereka boleh menyelesaikan pertikaian itu berdasarkan undang-undang mereka sesama di kalangan mereka.

Ini nas al-Quran. Al-Quran memberitahu sekiranya kamu mengadili mereka hendaklah berlaku seadil-adilnya. Mazhab Syafie menyatakan adil di sini ialah hukum Islam.

Nazri Patut Belajar Dari Kejatuhan Pemimpin Negara Arab

Posted: 10 Nov 2012 03:28 PM PST

Oleh Shahbudin Husin


Perilaku kesombongan dan keangkuhan yang ditunjukkan oleh Nazri Aziz, menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada undang-undang, Parlimen dan SPRM terus menjadi bualan rakyat. Di dalam dan di luar UMNO, ia terus menjadi topik perbualan yang menggambarkan bahawa UMNO masih memiliki sisi hodoh yang sukar untuk dikikis.

Ketika timbul isu anaknya menggunakan kereta mewah Hummer yang didapati menjadi milik Micahel Chia yang sebelum itu namanya dibersihkan oleh Nazri melalui jawapan di Parlimen berhubung penahanannya kerana membawa wang tunai RM40 juta yang didakwa milik Ketua Menteri Sabah, Musa Amab, beliau dengan sombong mengatakan bahawa ia adakah urusan antara anaknya dengan usahawan balak itu.

Anak saya sudah dewasa, saya tidak tidur dengannya dan dia tidak perlu memberitahu apa yang dilakukannya. Dia bukan isteri saya, begitulah lebih kurang jawapan sombong Nazri.

Bagi Nazri, urusan anak dan keluarganya adalah urusan peribadi mereka dan tidak ada kena-mengena dengan kedudukannya sebagai menteri dan pemimpin rakyat. Anaknya yang liar, bermewah dan suka berjoli sakan dianggap langsung tidak membebankan UMNO dan kerajaan.

Kemudian Nazri juga menyatakan bahawa serangan yang dilakukan terhadapnya adalah kerana orang dengki terhadapnya. Saya berharta, berkuasa dan handsome, maka orang dengki dengan saya, begitulah angkuhnya nada ungkapan dari seorang pemimpin sebuah parti iaitu UMNO yang sentiasa mendakwa memperjuangkan rakyat, mengutamakan rakyat, rakyat didahulukan dan pebagai lagi apabila salah laku anaknya cuba didedahkan kepada umum.

Ketika beliau ditegur oleh sebuah NGO, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) bahawa sikapnya itu mungkin menjadi liabiliti kepada UMNO, Nazri melenting sekali lagi sambil mencabar orang yang menegurnya itu supaya bertanding dengannya di Parlimen Padang Rengas untuk membuktikan sama ada beliau liabiliti atau sebaliknya.

Semua episod yang melibatkan Nazri sebagaimana yang terdedah dalam media tidak lebih menggambarkan beliau seorang pemimpin yang tidak boleh ditegur, seolah-olah semua perbuatannya betul belaka dan apa-apa yang melibatkan keluarganya tidak boleh diusik biar bagaimana salah dan buruk sekali pun apa yang telah terdedah kepada umum.

Jika Najib sedang berhempas pulas memulihkan imej UMNO dengan memperkenalkan pelbagai slogan, antaranya rakyat didahulukan, kami mendengar rintihan rakyat, berubah sebelum rebah, era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berakhir dan pelbagai lagi, ternyata sikap yang ditunjukkan Nazri amat berlawanan sama sekali dengan apa yang cuba dilakukan oleh Najib itu.

Beliau seolah-oleh pemimpin kerajaan diktator yang merasakan dirinya sentiasa betul, tidak boleh ditegur, kekayaan dan jawatan menteri suatu kebanggaan paling tinggi sementara rakyat adalah umpama kain basahan yang tidak bernilai sama sekali.

Sesekali sedarlah negara kita adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi yang meletakkan rakyat masih boleh menjatuh dan menghukum mana-mana pemimpin yang sombong dan berlagak. Sudah berapa ramai pemimpin yang sombong dan angkuh ditolak oleh rakyat pada pilihanraya.

Jika Nazri merasakan perilaku anak-anaknya tidak menjejaskan apa-apa kepada UMNO dan kerajaan, eloklah juga beliau merenung sejarah kejatuhan kebanyakan pemimpin dunia sebelum ini terutamanya di negara-negara Arab.

Kaji dan telitilah bahawa sebahagian sebab kejatuhan Saddam Hussein di Iraq, Hosni Mubarak di Mesir dan Muammar Gaddafi di Libya adalah kerana perilaku anak masing-masing yang liar, suka bermewah, berhibur tanpa had, mempamer kekayaan sambil diapit gadis-gadis jelita dan terlalu bangga dengan kekayaan serta kuasa yang dimiliki oleh ayah mereka.

Jika mahu contoh yang dekat, lihat sahaja bagaimana kejatuhan Presiden Suharto di Indonesia. Ia juga berpunca daripada sikap anak-anaknya yang begitu rupa.

Di Malaysia sendiri, kebencian rakyat yang berterusan kepada Mahathir adalah juga kerana perilaku anak-anaknya yang suka bermewah dan membolot sebahagian besar peluang perniagaan atas pengaruh bapanya.

Sebagai pemimpin, janganlah kita menganggap perbuatan anak-anak kita terasing daripada kehidupan ayahnya sebagai pemimpin. Anak Nazri tidak akan jadi seperti seperti sekarang jika ayahnya hanya seorang peguam biasa. Anak Mahathir juga bukan siapa-siapa jika Mahathir hanya doktor biasa di Alor Setar.

Sikap Nazri yang berlagak sombong dan angkuh hanya kerana beliau seorang menteri dan perilaku anak-anaknya pula tidak boleg ditegur, hanya mengambarkan bahawa semakin tidak sesuai menjadi pemimpin di era sekarang ini.

Sementara seluruh dunia mengecam amalan kronisme dan nepotisme, tindakan beliau yang bersungguh mahu mempertahankan amalan itu dengan pelbagai logik serta hujah, akhirnya hanya menyusahkan UMNO dan Najib sendiri.

Sikap yang ditunjukkannya menyebabkan rakyat biasa, pengundi atas pagar dan ahli UMNO sendiri melihat beliau sebagai beban baru kepada UMNO dan Najib. Dengan terus mengekalkan Nazri dalam pilihanraya akan datang, di samping beban lain yang sedia bertimbun, laluan UMNO untuk meraih sokongan rakyat pasti menjadi semakin sukar.]http://shahbudindotcom.blogspot.com

Siapa kata Umno tak lawan yang lawan murtad?

Posted: 10 Nov 2012 03:26 PM PST

Oleh Penarik Beca


Umno lawan Nurul Izzah Anwar kononnya kerana marah murtad. Siapa kata Umno tak lawan yang lawan murtad? Lihat carian dalam Internet:

Pada 25 Mac 1998, Presiden PAS selaku Ahli Parlimen Marang telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi telah ditolak atas alasan tidak perlu disegerakan.

Pada 1 November 1999, usul untuk menangani gejala murtad dari  Ahli Parlimen Marang telah ditolak ke bawah di dalam senarai sehingga beliau tidak mendapat laluan untuk membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub selaku Ahli Parlimen Kubang Kerian pernah  mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad. Percubaan Salahuddin ditolak mentah-mentah.

Salahuddin juga pernah mengemukakan usul yang juga meminta Dewan Rakyat mewujudkan undang-undang mencegah murtad seperti meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam. Percubaan itu juga ditolak.

Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Negeri Terengganu dan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 termasuk peruntukan menangani murtad. Umno bukan sahaja tak mahu sokong malah memfitnahkan habis-habisan rang undang-undang itu. http://penarikbeca.blogspot.com/2

Ulama dunia yakin Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia

Posted: 10 Nov 2012 03:19 PM PST

Norutul Ilham

SEBERANG TAKIR : Pengerusi Ulama SeDunia, Sheikh Yusof al-Qaradawi yakin, malah mendoakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia.



Doa itu tertulis pada pesanan beserta tandatangan pada buku tulisannya berjudul 'Khaulah Sha'ab' yang dihadiahkan kepada Anwar (yang kemudian diterjemah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berjudul Kebangkitan Rakyat).

"Dia sendiri tulis – Untuk saudara Anwar, Perdana Menteri Malaysia. Ini doa dia. (Kalau ada) tidak setuju tak apa tapi ini ulama besar.

"Dia (Yusof al-Qaradawi) kata, cari kedamaian, tegakkan keadilan, satukan ummah, bawa perubahan seperti kami usahakan di Tanah Arab.

"Ini doa dia supaya berlaku perubahan dan kita menang pilihan raya akan datang," katanya disambut laungan takbir lebih 5,000 rakyat di tapak pasar Teluk Ketapang dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat malam tadi.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata, keyakinan Yusof al-Qaradawi itu kerana sedar kepincangan di negara ini sehingga rakyat hidup terseksa di bawah pentadbiran Umno BN.

"Tapi tak semena-mena sekarang ini berlaku fenomena yang disebut Yusuf al-Qaradawi 'khaulah sha'ab' (kebangkitan rakyat).

"Ada ustaz-ustaz Umno cakap, kalau tunjuk perasaan, bantah kerajaan – ini tidak betul. Ini ustaz 'wa ampu sana wa ampu sini'.



"Sedangkan, Yusof al-Qaradawi kata, tanggungjawab kita tuntut perubahan, perubahan demi negara kita, bukan pemberontakan. Bukan bunuh orang.

"Hentikan kezaliman, hentikan pemimpin yang kaut kekayaan, bebaskan rakyat daripada kemiskinan, hapuskan rasuah," katanya, menambah sejarah membuktikan negara yang mengabai tuntutan agama, pasti tersungkur.

Misteri lelaki hilang terjawab

Posted: 10 Nov 2012 03:14 PM PST

SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN

Abd Ghani Abdullah
Asiah mencium pipi suaminya, Abd Ghani sambil dikelilingi anak-anaknya. Abd Ghani hilang selama dua hari setelah dikatakan 'diganggu' lembaga hitam.
 
ALOR GAJAH - Misteri kehilangan seorang lelaki yang meninggalkan keretanya dalam keadaan mencurigakan di tebing tali air Sungai Malim, Selasa lalu terungkai apabila dia selamat pulang ke rumahnya, di Taman Rambai Utama, Tanjung Minyak, petang kelmarin.

Menurut Abd Ghani Abdullah, 52, dia dihantar pulang setelah dipulihkan oleh seorang kenalan yang menemuinya dalam keadaan separuh sedar akibat terjatuh di tepi sungai, Isnin lalu.

Menceritakan semula detik- detik cemas yang dilaluinya, Abd Ghani berkata, segalanya bermula ketika dia sedang duduk di atas kerusi batu di situ sambil menunggu rakannya yang berjanji untuk memancing bersama.

"Sambil menunggu kawan saya sampai, saya dapat rasakan sesuatu yang tidak kena apabila bulu roma berdiri. Ketika itu hari sudah senja kerana saya keluar rumah pun sudah melewati jam 6.45 petang.

"Tiba-tiba satu lembaga hitam bertubuh besar datang dari arah belakang dan cuba menolak saya, namun nasib baik saya sempat elak dan terjatuh ke tepi," katanya.

Abd Ghani yang merupakan seorang pekerja kontrak berkata, dia berada dalam keadaan separuh sedar sebaik sahaja terjatuh.

"Apa yang saya tahu, dalam keadaan mamai itu, saya dihampiri seorang kenalan yang kemudian membawa saya menaiki motosikal pulang ke rumahnya," katanya yang mendakwa dirinya pengsan selepas itu sehinggalah jam 10 keesokan paginya.

Apabila terjaga, katanya, dia terus bertanya kepada rakannya itu apa yang telah berlaku.

"Kenalan saya itu beritahu saya berada di rumahnya di Taman Merdeka. Katanya, dia dah keluarkan 'benda kotor' dalam badan saya.

"Kira-kira jam 1.20 petang, saya yang sudah pulih sepenuhnya dihantar pulang ke rumah.

Saya memang tak dapat nak menghubungi keluarga kerana telefon bimbit saya kehabisan bateri," katanya.

Menurut bapa kepada empat anak itu, selama ini dia memang tidak minat memancing namun pada hari tersebut dia pergi ke tebing tali air Sungai Malim bagi memenuhi permintaan rakannya.

Sementara itu, isterinya, Asiah Abdullah, 48, berkata, dia yang berada di dalam rumah petang kelmarin terkejut dengan jeritan anak-anak yang memberitahu ayah sudah pulang.

"Saya bersyukur dan ternyata Allah memakbulkan doa kami sekeluarga yang tidak henti-henti solat Hajat.
"Apa yang penting, suami saya selamat," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) negeri, Superintendan P R Gunarajan berkata, kes yang diklasifikasikan sebagai orang hilang itu kini telah selesai.

"Kes lelaki yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu ditutup selepas dia pulang ke rumahnya, tengah hari semalam (kelmarin)," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rabu lalu, Sinar Harian melaporkan kehilangan Abd Ghani selepas seorang pekerja pasar borong, Wan Sulaiman Wan Zaid, 29, menemui keretanya di tebing sungai dengan kedua-dua pintu depan terbuka dan kunci masih berada dalam kenderaan itu.

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, Wan Sulaiman cuba mencari maklumat dengan menghubungi pemilik kenderaan sebelum bertindak memaklumkan perkara tersebut kepada seorang penjaga kawasan berdekatan, lalu menghubungi polis.

Tanah runtuh di KM 12.2 Genting Highlands

Posted: 10 Nov 2012 03:11 PM PST

SINAR HARIAN

 KUALA LUMPUR - Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Kilometer 12.2 menuju Genting Highlands iaitu 1.5 kilometer sebelum jalan keluar ke Gohtong Jaya di sini malam ini.
  
Jurucakap Balai Bomba dan Genting Highlands berkata kejadian itu berlaku pada kira-kira 8.30 malam tadi ketika hujan lebat.
  
"Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungi Bernama.
  
Beliau berkata kejadian itu bagaimanapun tidak menjejas lalu lintas kerana hanya dua lorong naik di kawasan tanah runtuh ditutup, iaitu di bahagian jalan menghala ke Gohtong Jaya.
  
"Kerja pembersihan jalan dan pembukaan jalan alternatif kini sedang giat dijalankan," katanya.
  
Beliau berkata pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada orang ramai berhubung kejadian itu.
  
Sebuah jentera dengan enam anggota dikejarkan ke tempat kejadian, katanya. - Bernama

Saham Felda menjunam, apa tanggungjawab Najib

Posted: 10 Nov 2012 02:48 AM PST

Abdul Aziz Mustafa,
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan mestilah mengemukakan pelan tindakan untuk menangani kejatuhan saham Felda yang telah menghampiri rekod terendah, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Orang yang dilihat paling beria-ia hendak menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) sebelum ini ialah (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sendiri.

"Pandangan dan bantahan yang bertentangan dengan keserakahannya hendak menyenaraikan FGVH tidak dipedulikan langsung," katanya.

Beliau meminta rakyat khususnya para peneroka beramai-ramai mendesak Najib mengambil tanggungjawab ke atas apa yang terjadi ke atas saham Felda kini.

Salahuddin juga kesal kerana kerajaan pimpinan Najib langsung tidak memperlihatkan sebarang daya usaha yang diyakini umum untuk menangani kejatuhan saham Felda itu.

"Rakyat hendak melihat apa perancangan, pelan tindakan dan usaha yang diyakini dari pihak kerajaan untuk menangani kejatuhan saham Felda itu," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Saham FGVH, tawaran awal awam (IPO) kedua terbesar di dunia tahun ini, dilaporkan telah merosot dalam minggu lepas atas keraguan terhadap pendapatan lemah syarikat perladangan tersebut.

Saham gergasi perladangan itu, yang sepatutnya menjadi durian runtuh kewangan kepada peneroka Felda, diniagakan serendah RM4.59 semalam, sedikit lagi menghampiri rekod terendah RM4.57 yang dicatatkan pada 11 September.

FGVH ditutup pada RM4.63, tujuh sen lebih rendah berbanding pada 1 November dan hanya lapan sen di atas harga IPO.

Bimbang dengan perkembangan yang akhirnya pasti akan memangsakan para peneroka Felda itu, Salahuddin menggesa kerajaan menubuhkan satu panel bebas yang terdiri dari pakar-pakar berkaitan untuk menangani masalah itu.

"Jika panel tersebut ditubuhkan, kita meggesa kerajaan menerima cadangan panel tersebut walaupun merombak pengurusan Felda sekalipun.

"Kita lihat apa yang berlaku itu berpunca dari masalah ketiadaan keyakinan pelabur terhadap saham FGVH," katanya sambil menekankan supaya kerajaan khususnya Perdana Menteri tidak bersikap lepas tangan atas apa yang berlaku itu.

Ramai peneroka mengambil pinjaman untuk membeli saham FGVH dan trend umum penurunan harga saham tersebut sejak penyenaraiannya pada 28 Jun apabila ia mencecah rekod tinggi RM5.46, dijangka akan memangsakan mereka walaupun beberapa langkah diambil oleh Felda untuk menguruskan hutang para peneroka yang terlibat.

Penyokong UMNO BN Turut Tentang AES

Posted: 10 Nov 2012 02:45 AM PST



Akar umbi Umno menyertai Pakatan dalam melawan AES Tindakan keras kerajaan untuk meneruskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) melahirkan penentangan daripada akar umbi Umno dengan satu blog dan akaun Facebook diwujudkan minggu ini untuk menentang kamera kelajuan tersebut, menandakan kamera kelajuan beralih menjadi lumpur jerlus politik bagi Barisan Nasional (BN).

Pakatan Rakyat (PR) sudah memberikan notis tentang niat mereka untuk mengeksploitasi kontroversi AES dengan pilihan raya yang perlu diadakan beberapa bulan lagi, akar umbi Umno kini beralih menyertai penentangan terhadap apa yang telah dilihat sebagai inisiatif MCA.

aes-malaysia.blogspot.com, sebuah blog yang diwujudkan oleh penyokong Umno tanpa nama minggu ini, menggunakan skrip pembangkang persekutuan dalam posting menyerang kamera AES.

Dalam tulisan terbaru, penulis blog tersebut memasukkan dua gambar – salah satunya jalan raya utama Gambang-Maran di Kuantan yang terdedah kepada kemalangan, dan satu lagi lebuh raya utama ke Putrajaya.

Jalan di Gambang-Maran tidak mempunyai kamera AES dipasang akan tetapi kamera kelajuan itu dipasang di lebuhraya Putrajaya.

"Adakah masuk akal jalan dua lorang sehala di Putrajaya kelajuannya 70KM/J, sedangkan jalan persekutuan yang dua hala dari Gambang ke Maran yang terdedah dengan pelbagai simpang, orang melintas, lembu melintas, diletakkan had laju 90KM/J? Tiada AES.

"Jalan selebar ini di Putrajaya hanya diletakkan had laju 70 KM/J dan diletakkan AES. Berapa orang telah mati di jalan ini?" Kecurigaan meluas bahawa pengenalan AES didorong oleh keuntungan dan bukan keselamatan jalan raya digunakan sebagai kempen PR dan kemarahan orang ramai semakin meningkat.

Beberapa ahli politik BN juga bimbang isu ini akan menjadi bahan kempen besar bagi pembangkang dalam pilihan raya akan datang dan menuntut kerajaan supaya menangguhkan AES.

Pada awal minggu ini, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyertai penentangan terhadap AES.

"Kita perlu mengkaji (AES) .... adalah pelaksanaan yang hanya membawa keuntungan kepada sesetengah pihak? Seolah-olah ia hanya berorientasikan keuntungan. Itu yang sedang dipertikaikan," katanya awal minggu ini.

Dua syarikat yang menerima kontrak untuk melaksanakan sistem penguatkuasaan tersebut – ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap kedua-duanya – akan membelanjakan diantara RM300 juta dan RM400 juta untuk memasang kamera trafik di 831 "lokasi hitam" di seluruh negara.

Kedua-dua Ates dan Beta Tegap berhak menerima RM16 bagi setiap saman sah bagi lima juta pertama dikeluarkan. Mereka kemudiannya akan membahagikan baki hasil sekata dengan kerajaan sehingga masing-masing mendapat sebanyak RM270 juta.

Kedua-dua syarikat akan mendapat 7.5 peratus daripada baki keuntungan dan kerajaan akan menyimpan selebihnya.

PR mengatakan syarikat berkait MCA dan Umno yang mendapat projek ini akan tetapi telah dinafikan.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa penyumberan luar kamera kelajuan dan saman kelajuan diilhamkan semasa pentadbiran Abdullah Badawi dan walaupun bantahan daripada beberapa menteri yang berhujah bahawa penguatkuasaan dan saman harus kekal dalam domain kerajaan, projek itu telah diteruskan oleh Kementerian Pengangkutan.

Projek ini dicadangkan semasa Tan Sri Chan Kong Choy – kini menghadapi perbicaraan di atas tuduhan menipu dalam isu skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) – adalah menteri, tetapi telah dimuktamadkan semasa Datuk Seri Ong Tee Keat pada menerajui kementerian tersebut.

Datuk Seri Kong Cho Ha, kini Menteri Pengangkutan, telah menjadi penyokong paling lantang AES.

Selain aes-blogspot.com, beberapa blog pro-BN lain yang mewakili kepentingan Umno telah mula menentang AES.

Sebuah laman Facebook yang dikenali sebagai Tangguh-AES juga telah diwujudkan bulan ini oleh kumpulan tanpa nama yang menggelarkan diri mereka kumpulan penyokong kerajaan.

Blog aes-malaysia.blogspot.com juga menyediakan pautan kepada berita dari Amerika Syarikat, Britain dan Australia tentang bagaimana kamera kelajuan telah menjadi bahan membuat wang bagi majlis tempatan.

Hujah-hujah dikemukakan oleh penyokong Umno menyerupai PR, menunjukkan kebimbangan bahawa kontroversi AES dapat menyatukan pengundi di belakang pembangkang persekutuan.

"Jika AES dibenarkan untuk diteruskan, akan menjadi sangat sukar bagi kita untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang. Ini adalah salah satu isu yang berpotensi menyatukan semua kaum melawan BN," kata seorang pemimpin Umno bahagian dari Perak kepada The Malaysian Insider.

Ketika Kong dan pemimpin lain kerajaan mempertahankan AES diatas nama keselamatan jalan raya, kedua-dua syarikat berkenaan berdiam diri tentang kamera kontroversi tersebut.

Berdasarkan model perniagaan ini, kedua-dua syarikat akan mengumpul RM80 juta bagi setiap lima juta pertama saman yang dikeluarkan oleh setiap syarikat. Ini membolehkan sebanyak RM160 juta dikumpulkan.

Di bawah peringkat kedua perjanjian itu, syarikat akan mendapat sejumlah RM540 juta, menjadikan jumlah diterima kedua-dua syarikat kepada RM700 juta.

Berdasarkan pembahagian keuntungan dengan kerajaan, angka RM540 juta mewakili 3.6 juta saman RM300 setiap satu.

Untuk mencecah RM700 juta keuntungan diatas modal, sejumlah 13.6 juta saman RM300 setiap satu bagi kesalahan memandu laju perlu dikeluarkan melalui kamera AES.

Kedua-dua syarikat akan mempunyai lima tahun untuk mendapatkan 13.6 juta saman titik pulang modal sebelum keseluruhan sistem dikembalikan kepada kerajaan.

Bagi memastikan syarikat mendapat keuntungan daripada perjanjian dengan kerajaan, mereka hampir pasti perlu mengeluarkan lebih daripada 13.6 juta saman setahun.

Semua saman tambahan itu akan menyebabkan kedua-dua syarikat masing-masing menerima potongan 7.5 peratus.

Mengandaikan kedua-dua syarikat telah mensasarkan jumlah keuntungan sebanyak RM100 juta selepas lima tahun, yang akan menjadi 7.5 peratus daripada RM1.4 bilion daripada saman berjumlah RM300 setiap satu.

Ini memerlukan 4.6 juta saman lagi, menjadikan jumlah 18.2 juta saman bagi kesalahan memandu laju dan lain-lain kesalahan serius untuk kedua-dua syarikat mendapatkan RM50 juta setiap satu dalam keuntungan selepas lima tahun.

Menurut anggaran persekutuan dalam Bajet 2013, kerajaan menjangkakan untuk melihat tambahan RM1.02 bilion pendapatan daripada penguatkuasaan AES, tetapi tidak dinyatakan berapa banyak yang akan dibayar kepada kedua-dua syarikat.

Terdapat juga kebimbangan semakin meningkat di kalangan ahli-ahli politik BN yang berkeras AES boleh menyebabkan BN menanggung akibat dalam pilihan raya – perlu dipanggil dalam tempoh enam bulan akan datang.

Minggu lepas, Ahli Parlimen Umno, Datuk Bung Mokhtar Radin menyeberangi jurang politik dan menyokong pakatan pembangkang PR dalam mendesak Putrajaya untuk menggantung menguatkuasakan AES, mengatakan ia boleh digunakan sebagai bahan kempen menentang BN.

Bung Mokhtar, ahli parlimen Umno yang berpengalaman, adalah ahli parti pemerintah paling kanan selepas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggesa kerajaan persekutuan untuk menangguhkan penguatkuasaan sistem penguatkuasaan trafik baru itu.

Kedah, Penang, Kelantan dan Selangor – kesemuanya diperintah PR – telah memutuskan untuk menagguhkan kelulusan AES yang mengesan kelajuan dan mengeluarkan saman.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang berpengaruh termasuk badan payung mewakili penjawat awam, Cuepacs, juga telah menentang penguatkuasaan, mengatakan sistem tidak sesuai buat masa ini.

Tindak-tanduk Chua Soi Lek Terus DiBantah

Posted: 10 Nov 2012 02:37 AM PST

Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita8/bantah%20CSL.jpgMARANG – Lebih 1000 umat Islam mengadakan bantahan secara aman terhadap kata-kata dan tindak-tanduk  Presiden MCA, Dato' Dr Chua Soi Lek yang menghina hukum hudud dan agama Islam, sebaik selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Rusila, dekat sini pada 9 November.

Setiausaha PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali mendakwa Presiden MCA itu tidak mengetahui perundangan Islam tetapi bersikap kurang ajar kerana menghina hukum hudud dan Islam amnya.

Menurutnya, pemimpin MCA tersebut juga biadap kerana mempertikai agama Islam dengan mempersoalkan hudud yang telah digubal di Kelantan dan Terengganu sebagai hudud versi PAS.

"Tunjukkan contoh, di mana lemahnya (hudud), di mana kurang atau pun tempat tidak kena undang-undang hudud yang digubalkan khususnya di Terengganu dan Kelantan yang telah mengubalkan undang-undang di bawah Kanun Jenayah Syariah," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Aman Membantah Kenyataan Chua Soi Lek Hina Islam di perkarangan Masjid Rusila, Marang, 9 November lalu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita8/bantah%20CSL1.jpgHaji Yahaya selaku Yang Dipertua PAS Marang menegaskan perhimpunan secara aman tersebut bagi menyatakan sikap serta pendirian PAS mempertahankan Islam.

Ini kerana, kata beliau, hati umat Islam di negara ini terguris, terkilan dan marah dengan kenyataan dibuat oleh mereka yang tidak faham serta membenci Islam.

"Ini (demontrasi) adalah untuk menyatakan sikap dan pendirian kita (PAS) membela Islam. Hati umat Islam terguris, terkilan dan marah dengan kenyataan-kenyataan dibuat  oleh mereka yang tidak faham dan dilihat seperti membenci agama Islam.

"Kita sendiri (sebagai Islam) juga diajar oleh agama (Islam) agar kita tidak menghina agama-agama lain walau pun kita tidak bersetuju dengan agama-agama lain (namun) kita tidak sampai menghina agama-agama mereka (bukan Islam)," jelasnya.

Menurunya, penghinaan itu berpunca dari kelemahan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang membiarkan  orang-orang bukan Islam menghina hudud di negara ini.

Tambah beliau, tindakan pemimpin MCA itu turut mendapat sokongan ulama'-ulama' muda dalam Umno yang menyifatkan ia hanya menghina serta mempertikaikan hudud PAS.

Antara pimpinan PAS yang hadir dan berucap iaitu Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato' Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Dr Alias Razak, Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Ahmad Faizul Wan Abas dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Terengganu, Syeikh Muhammad Hanafi.

Mangsa banjir di Selangor, Melaka meningkat

Posted: 10 Nov 2012 02:34 AM PST

SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR - Bilangan mangsa banjir di Selangor dan Melaka yang berada di pusat pemindahan pagi ini berjumlah 1,014 berbanding 996 malam tadi.

Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara, Selangor, jumlah itu mencatatkan peningkatan daripada 878 malam tadi kepada 938 setakat 10.48 pagi ini.
 
Mangsa terdiri daripada 247 keluarga di Selangor ditempatkan di empat pusat pemindahan di Kuala Langat serta masing-masing satu di Sepang dan Kuala Selangor.
 
Di Melaka, bilangan mangsa banjir meningkat kepada 76 orang berbanding 61 semalam, namun hanya satu pusat pemindahan dibuka di negeri itu iaitu di Jasin yang menempatkan mangsa terdiri daripada 15 keluarga.
 
Di Johor, portal berkenaan menyatakan jumlah mangsa banjir ialah 439 orang dengan enam pusat pemindahan dibuka di Batu Pahat.

Sementara itu, portal Jabatan Saliran dan Pengairan berkata paras air di dua sungai utama di Selangor iaitu Sungai Langat di Bukit Changgang dan Sungai Selangor di Kuala Badong telah melebihi paras bahaya dan orang ramai yang berada di sekitar kawasan itu diminta berjaga-jaga. - Bernama

IAM: Negara ketandusan akauntan bertauliah

Posted: 10 Nov 2012 02:32 AM PST

SINAR HARIAN

BESUT - Negara memerlukan ramai akauntan bertauliah bagi membantu merangsang pertumbuhan ekonomi dalam negara secara lebih teratur, kata Naib Presiden Institut Akauntan Malaysia (IAM), Abdul Rahim Abdul Hamid.

Katanya buat masa ini negara mempunyai kira-kira 30,000 akauntan namun hanya sekitar 7,000 yang melakukan kegiatan akauntan secara bertauliah membabitkan kerja-kerja auditan.

"Jumlah ini masih kecil berbanding dengan keperluan negara seperti Malaysia yang sedang meningkat maju dalam bidang kewangan sekarang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Pelajar-pelajar Akauntan 2012, di sini hari ini.

Katanya keadaan itu berlaku apabila hampir 65 peratus penuntut yang menamatkan pengajian dalam bidang tersebut bergiat dalam bidang lain termasuk kerja makan gaji.

Untuk menangani masalah itu, IAM bercadang mengambil akauntan lulusan luar negara namun mereka perlu mendapat pengiktirafn IAM terlebih dahulu sebelum dianugerah status 'Associate Accountant', katanya.

Selain itu katanya, bidang akauntan juga dikuasai kaum wanita dengan kadar 60:40 dan ramai kaum hawa memilih berundur daripada bidang tersebut apabila sudah berkeluarga.

Walaupun kerja sebagai akauntan boleh menjana pendapatan yang besar, beban tugas yang berat termasuk harus bekerja lebih masa menyebabkan ramai kaum hawa berhenti kerja kerana menumpukan kepada keluarga,  katanya.

Persidangan tahunan yang dianjurkan bersama IAM, Universiti Sultan Zainal Abidin (Uniza) dan Universiti Malaysia Terengganu itu disertai 300 pelajar bidang akauntan dari 13 universiti tempatan.- Bernama

Bunohan Filem Terbaik, Songlap bolot 3 anugerah

Posted: 10 Nov 2012 02:30 AM PST

Wartawan Sinar Harian

Shaheizy Sam
Shaheizy Sam dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Filem pada Anugerah Skrin 2012, malam tadi. - Foto Sinar Harian oleh Safwan Mansor
 
Maya Karin dan Shaheizy Sam
Maya Karin dan Shaheizy Sam dinobatkan sebagai Pelakon Wanita dan Lelaki Terbaik Filem pada Anugerah Skrin 2012, malam tadi. - Foto Sinar Harian oleh Safwan Mansor

BUNOHAN menepati ramalan apabila menggondol kategori Filem Terbaik Anugerah Skrin (ASK) 2012  malam tadi.
 
Filem terbitan Apparant Sdn Bhd dan diarahkan oleh Dain Iskandar Said itu dibintangi oleh Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim dan Bront Palarae ditayangkan di pawagam Mac tahun lalu.

Bercakap mengenai kemenangannya itu, Dain berkata, "saya tak sangka menang anugerah ini tetapi saya gembira dengan kemenangan ini."

"Bagi saya dapat tercalon pun sudah cukup baik.

"Saya juga berasa bangga pelakon filem ini, Faizal Hussein turut tercalon bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik Filem," katanya ketika ditemui pada sidang media selepas majlis penyampaian anugerah.

Dain turut menyatakan akan terus membikin filem tetapi kali ini beliau mahu menumpukan kepada genre yang berlainan.

"Kami sekarang sudah memulakan sebuah skrip dan tunggu masa untuk 'shoot' filem ini yang berkemungkinan pada tahun depan," katanya.

Sementara itu, Songlap terbitan Red Communications membolot tiga anugerah utama melalui Anugerah Pengarah Filem Terbaik (Fariza Azlina/Effendee Mazlan), Pelakon Lelaki Terbaik Filem (Shaheizy Sam) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem menerusi lakonan Syafie Naswip.
 
Drama Di Telapak Kaki Bonda arahan pengarah terkenal, Kabir Bhatia pula memenangi anugerah Pengarah Terbaik Drama dan pelakonnya, Sherie Merlis menewaskan calon pilihan ramai, Norish Karman bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama.
 
Filem Ombak Rindu yang menjadi fenomena tahun lalu ternyata memberi tuah kepada kedua-dua pelakon wanita utamanya, Maya Karin dan Lisa Surihani apabila masing-masing menggondol anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filem dan Pelakon Pembantu Wanita terbaik Filem.
 
Pelakon dan pengarah muda, Pierre Andre, 27, pula menerima Anugerah Khas Yasmin Ahmad pada ASK yang sudah memasuki musim ke-14 ini.
 
Pierre merupakan penerima keempat anugerah khas yang turut pernah diterima oleh Jaclyn Victor, Shaheizy Sam dan Syamsul Yusof pada penganjurannya musim lalu.
 
Majlis anugerah yang dianjurkan Media Prima ini bertemakan Selami Dunia Fantasi Kami.
 
Anugerah berprestij yang mengiktiraf karya anak seni tempatan itu diacarakan oleh pasangan pengacara serasi, Neelofa dan Awal Ashari dengan berkonsepkan penceritaan alam fantasi dan dongeng dahulu kala.
 
Sebelum bermulanya majlis anugerah yang mempertaruhkan 25 buah kategori itu, acara permaidani merah telah diadakan dengan dihoskan oleh Karl Shafek, Dynaz dan Juara Pencarian Hos Pantene Musim kedua, Muhammad Fadzil Ahmad Shukor.
 
Majlis ini turut dihiburkan dengan persembahan hebat dan bertenaga daripada Datuk M. Nasir, Adibah Noor, Dayang Nurfaizah, Misha Omar, Hafiz, Tomok, Hazama dan Anas Ridzuan.
 
Antara penyampai anugerah yang terlibat ialah Nabila Huda, Scha Al-Yahya, Zizan Razak, Erra Fazira, Rosyam Noor, Aqasha, Didie Alias, Fahrin Ahmad dan Zahiril Adzim.
 
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Utama Masnah Rais.
 
Berikut merupakan senarai penuh pemenang ASK 2012:
 
Lakon Layar Terbaik Filem: Dain Iskandar Said (Bunohan)Lakon TV Terbaik: Lum Pung Hui (Di Telapak Kaki Bonda)
Videografi Terbaik: Aku Mahu Terbang Neon Entertainment Sdn Bhd
Laporan Khas/Berita Terbaik: Bom Jangka TV9, Amin Hayat
Drama Komedi Terbaik: Elly dan Epit, Red Communications Sdn Bhd
Rancangan Realiti Terbaik: Jemputan Umrah
Anugerah Artis Harapan Pantene: Putri Balqis (Pelarian)
Rancangan Bual Bicara Terbaik: Bella: Labour Day Special
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Namron (Parit Jawa)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama: Sherie Merlis (Di Telapak Kaki Bonda)
Rancangan Hiburan Terbaik: Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Lisa Surihani (Ombak Rindu)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Syafie Naswip (Songlap)
Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik: Dunia Tersembunyi (Rambu Solok)
Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu 26
Pelakon Wanita Terbaik Drama: Ruminah Sidek (Sepatu Merah)
Pelakon Lelaki Terbaik Drama: Abu Bakar Omar (Gincu Ayah)
Pelakon Wanita Terbaik Filem: Maya Karin (Ombak Rindu)
Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Shaheizy Sam (Songlap)
Pengarah Terbaik Filem: Fariza Azlina dan Effendee Mazlan (Songlap)
Pengarah Terbaik Drama: Kabir Bhatia (Di Bawah Telapak Kaki Bonda)
Anugerah Yasmin Ahmad: Pierre Andre
Drama Rantaian Terbaik: Jangan Ambil Padang Kami (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Filem Terbaik: Bunohan (Apparat Sdn Bhd)
Drama Terbaik: Di Telapak Kaki Bonda (Filmscape Sdn Bhd)

Puad: Dasar pertukaran guru akan disemak, pastikan lebih jelas

Posted: 10 Nov 2012 02:29 AM PST

SINAR HARIAN

Mohd Puad Zarkashi
Mohd Puad Zarkashi

SUNGAI PETANI - Dasar pertukaran guru akan disemak semula bagi memastikan prosedurnya dapat difahami dengan lebih jelas oleh pihak berkenaan.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata sesetengah guru tidak memahami prosedur yang telah ditetapkan, sebelum membuat permohonan pertukaran tempat mengajar.

"Mengenai masalah pertukaran ini, kita faham isu ini dan amat bersimpati sebab ketika mula bertugas, tiada masalah tapi ia timbul selepas guru berkahwin dan mempunyai anak.

"Masalah ini lebih kepada soal opsyen, contohnya kalau guru Bahasa Melayu keluar dan tiada ganti, akan timbul masalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan 100 Tahun Sekolah Kebangsaan Merbok dekat sini hari ini.

Beliau berkata semakan yang menyeluruh akan dilakukan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian termasuk mengambil kira polisi sedia ada dan melakukan kemas kini data guru-guru.

Mohd Puad berkata permohonan untuk pertukaran tempat mengajar dibuka dua kali setahun iaitu pada Jun serta Disember dan kelulusan diberi berdasarkan beberapa faktor kritikal antaranya ancaman keselamatan atau guru terbabit menghidap sesuatu penyakit.

"Pertukaran dibenarkan pada bulan Jun kerana pada waktu itu belum ada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (atau peperiksaan besar yang lain)," katanya.

Beliau berkata bagi Disember tahun ini, pihaknya menerima 12,884 permohonan pertukaran membabitkan guru sekolah rendah dan 9,788 bagi sekolah menengah, namun hanya 1,922 (sekolah rendah) dan 1,319 (sekolah menengah) diluluskan.

Katanya antara subjek yang sukar mendapat pengganti jika seseorang guru bertukar ialah Pengajian Islam, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Kemahiran Hidup.

Dalam perkembangan lain Mohd Puad mencabar pakatan pembangkang mengemukakan rangka tindakan atau perancangan strategik pendidikan yang mahu mereka laksanakan jika memerintah negara ini.

"Kalau setakat janji nak bagi RM500 kepada guru, itu bukan dasar, hanya gimik politik sahaja. Perdana Menteri beri bonus kepada semua kakitangan awam termasuk guru sebanyak sebulan setengah gaji dan jumlah itu lebih RM500 yang dijanjikan oleh pembangkang," katanya.- Bernama

'Black Deepavali' menanti penduduk Kg Keretapi

Posted: 10 Nov 2012 02:26 AM PST

 
Nigel Aw


 
Dengan hanya tiga hari lagi menjelangnya perayaan Deepavali, kira-kira 40 penduduk Kampung Railway di Sentul hari ini mengadakan protes memohon tempat untuk berteduh selepas mereka diusir dari kawasan tersebut.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Oktober yang mengarahkan penduduk tersebut mengosongkan tanah itu kerana mereka tidak dapat untuk membuktikan bahawa mereka mendapat kebenaran untuk menduduki kawasan itu.

Bagaimanapun, penduduk kampung yang nenek moyang pekerja merupakan kakitangan keretapi berkata keluarga mereka telah tinggal di situ selama lebih 100 tahun sehinggalah tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu diswastakan kepada YTL Corporation pada tahun 1993.

"Apa yang kita mahu hanyalah satu jaminan bahawa kami mempunyai tempat untuk berteduh. Ini mungkin Deepavali terakhir di mana kami masih ada rumah," kata seorang penduduk Darshan Singh yang menyifatkannya sebagai 'Black Deepavali' bagi mereka.

Menurut peguam Abdul Rashid Ismail yang mewakili 101 penduduk tersebut, YTL dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar telah janjikan apartmen kos rendah sebagai pampasan.

Bagaimanapun, walaupun selepas perintah pengusiran tersebut, tida ada sebarang dokumen hitam putih bagi memastikan janji tersebut dikotai, katanya.

Suspek kes rompakan bank di Sungai Buloh mati

Posted: 10 Nov 2012 02:19 AM PST

SINAR HARIAN

 Mohd Adnan Abdullah
Anggota Polis mengeluarkan mayat penjenayah yang berjaya ditembak dari kenderaannya dalam satu kejadian tembakan yang berlaku di Kampung Chubadak, hari ini.-Foto Bernama
 
KUALA LUMPUR - Polis hari ini menembak mati seorang suspek kes rompak sebuah bank yang kerugian RM202,800 pada 5 Nov lepas, dalam kejadian di Kampung Chubadak, Jalan Datuk Senu 3 di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata seorang lagi rakan suspek yang turut berada di dalam kereta jenis Toyota Vios, melarikan diri dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi ini.
 
Beliau berkata kejadian berlaku apabila pasukan khas polis yang dibentuk untuk menyiasat kes itu mengesan kereta sebuah BMW putih di Greenwood, Gombak, yang digunakan dalam rompakan bank di Sungai Buloh itu.
 
"Menyedari diekori, pemandu BMW memecut laju kereta itu dan berhenti di Plaza Tol Gombak sebelum menaiki kereta Toyota Vios yang menunggu di situ.

"Polis menghampiri kereta berkenaan sebelum seorang daripada mereka mengeluarkan selaras pump gun seolah-olah mahu melepaskan tembakan ke arah polis," kata Mohd Adnan kepada pemberita di tempat kejadian.
 
Mohd Adnan berkata bagi mempertahankan diri, polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta suspek sebelum kenderaan itu memecut laju melarikan diri.
 
"Suspek dan polis berbalas tembakan ketika kereta itu dikejar sejauh 15km. Dalam keadaan kelam kabut itu, kereta Vios tersebut terbabas sebelum merempuh tembok sebuah madrasah di lokasi kejadian," katanya.
 
Mohd Adnan berkata seorang suspek melarikan diri manakala pemandu kereta berusia 33 tahun berasal dari Kelantan, mati ditembak.

Hasil pemeriksaan terhadap kereta itu, polis menemui selaras pump gun yang dirampas daripada pengawal keselamatan bank serta sepucuk pistol yang dipercayai digunakan dalam rompakan itu.

"Siasatan lanjut juga mendapati kereta BMW yang ditinggalkan di Plaza Tol Gombak dilaporkan disamun di Setapak manakala kereta Vios itu disamun di Sri Damansara awal bulan ini," katanya.

Mohd Adnan berkata suspek yang mati ditembak memiliki enam rekod jenayah lampau, antaranya dua kes samun dan satu curi kereta.

Dalam kejadian pukul 2.40 petang 5 Nov lepas, tiga lelaki memakai topi besbol bersenjatakan dua pucuk pistol menjadikan pelanggan dan pengawal keselamatan bank berkenaan sebagai tebusan sebelum melarikan  wang tunai RM202,800 dalam kejadian yang hanya mengambil masa lima minit.  - Bernama

Ibrahim Ali: 'Siapa yang bohong?'

Posted: 10 Nov 2012 02:16 AM PST

FARAH SHAZWANI ALI

Ibrahim Ali
Datuk Ibrahim Ali
 
KUALA TERENGGANU - Perkasa mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya, Nurul Izzah untuk turut menyaman portal berita Malaysiakini, susulan kontroversi yang timbul dalam satu forum baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Utusan Malaysia hanya menyiarkan semula artikel laporan portal berita itu.

"Anwar dalam ucapannya di Terengganu semalam kata Nurul Izzah difitnah. Ini satu pembohongan, kerana CD yang dipertontonkan jelas menyebut kebebasan agama sama rata tetapi Anwar kata lain pula, dalam lingkungan Perlembagaan Persekutuan.

"Perkataan Perlembagaan Persekutuan ini hanya muncul apabila kontroversi ini timbul bagi memperbetulkan kenyataan yang dibuat. Inilah yang mengecewakan seorang ahli Majlis Peguam yang bertanya dalam forum berkenaan.

"Maknanya (sekarang) siapa yang berbohong? Macam mana dia boleh kata bohong sedangkan ia sudah tersiar dan (Nurul Izzah) tidak mengaku. Saya cabar mereka untuk menyaman portal berita itu. Jika tidak, dialah sebenarnya bapa pembohong," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Negeri Terengganu Kali Ke-2, 2012 bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman di sini,hari ini.

Sementara itu ketika ditanya tentang kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempertahankan Nurul Izzah, Ibrahim berkata, Mursyidul Am Pas itu hanya pandai berkata-kata.

"Masalah Nik Aziz ini (dia) tidak teliti dan main cakap sahaja. Saya tidak kisah apa yang dia cakap sebab cakap dia orang dah tak pakai, sebab kenyataan dia bercanggah-canggah.

"Saya hormat dia sebagai orang tua, sebagai tok guru tetapi tok guru pun, kena betullah. Sebab itu saya katakan, sebagai anak Kelantan, bukan saya tak hormat tok guru, tetapi saya sayang Kelantan dan saya sayang agama. Jangan gunakan gelaran ulama untuk memutarbelitkan kenyataan," katanya.

DAP gesa inkuiri awam siasat dana RM40 juta

Posted: 10 Nov 2012 02:15 AM PST

Wartawan Sinar Harian

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang
 
SHAH ALAM - Pemimpin veteran Pakatan Rakyat (PR) menggesa supaya satu inkuiri awam diadakan untuk menyiasat sumbangan dana RM40 juta kepada Umno Sabah oleh seorang ahli perniagaan yang didedahkan baru-baru ini.

Lim Kit Siang dari DAP berkata, daripada mengamalkan sindrom penafian berkenaan dengan masalah rasuah di Malaysia, pemimpin-pemimpin Umno seharusnya bertanggungjawab penuh dengan mempamerkan iltizam politik dan komitmen untuk melawan "rasuah besar" melibatkan pemimpin-pemimpin politik dan kerajaan.

"... bermula dengan satu ikuiri penuh berhubung skandal sumbangan politik Sabah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan ahli perniagaan balak Sabah, Micheal Chia," kata beliau di blognya, hari ini.

Betulkah Teuku Adnan Teuku Mansor Hendak Letak Jawatan?

Posted: 10 Nov 2012 12:08 AM PST

MSO

Semasa di lapangan terbang Subang kelmarin dulu saya berjumpa dengan seorang ahli Umno peringkat bahagian. Kalau tidak salah inilah pertama kali saya berjumpa dengannya dan bercakap lama dengan beliau. Kelewatan kapal terbang yang hendak kami naiki memberi peluang saya mendengar ceritanya.

Adnan: Terhidu kekalahan.
Dia mengenali saya sebagai seorang penulis dan wartawan. Jadi saya kira apa yang dia ceritakan adalah jujur dan bukan mengada-ngadakan cerita. Banyak yang dicerita dalam masa lebih dua jam itu. Kapal kami lewat. Semua cerita menggambarkan Umno dalam keadaan tenat untuk mengekalkan kuasa hari ini.

Dalam banyak-banyak cerita negatif mengenai Umno itu timbullah soal Setiausaha Agung Umno Teuku Adnan Mansor yang kononnya sakit dan akan melepaskan jawatan. "You tahukan Teuku Adnan sakit," tanya dia kepada saya. Saya menggeleng kepala.

"Dia sakit dan hendak letak jawatan." Katanya. Surat perletakan jawatan sudah pun diserahkan kepada Presiden, Najib Razak. Tetapi Najib tahan dulu tunggu sampai selesai perhimpunan agung Umno dua minggu lagi.

Saya mengasak ahli itu apakah sebab musababnya, masakan soal sakit, biasanya orang politik bagaimana sakit sekali pun dia tidak mudah untuk berundur. Jawatan dan kuasa adalah obat bagi orang politik.

Dia mulanya tidak mahu mencerita keadaan Teuku Adnan lebih lanjut, tetapi selepas diasak dia menjawab; "Teuku Adnan juga sudah mnenghidu yang Umno akan kalah," katanya, menyebabkan saya terperagah.

Sekali lagi berkebetulan semasa balik semalam saya terjumpa pula dengan seorang bakal calon Umno di Kelantan. Sekali lagi kapal terbang yang hendak dinaiki lewat dan memberi kesempatan kami berbual fasal Umno. Di celah-celah perbualan itu saya menyebut fasal Teuku Adnan ingin merisik khabar sejauh mana kebenaran apa yang diceritakan oleh ahli jawatankuasa bahagian itu.

"Betulkah setiausaha agung Umno hendak letak jawatan"? Tanya saya.
"Dengarnya begitulah," jawabannya ringkas. Saya tidak mahu memanjangkan persoalan dan mendiamkan diri saja. Bagi saya jawaban yang diberi menerusi bahasa badan itu sudah cukup untuk dijadikan maklumat mengorek perkara ini lebih lanjut.

Sementara itu dari sumber lain pula memberi tahu, katanya Teuku Adnan juga tidak akan mempertahankan kerusi Putrajaya dalam pilihan raya akan datang? Alasan bukan sakit tetapi katanya dia sudah dapat mengesan pegawai kerajaan akan membuat kejutan dalam pilihan raya kali ini. Cerita mengenai Teuku Adnan ini menarik dan perlu diselidiki.

Heliza nafi sedang bercinta

Posted: 10 Nov 2012 12:05 AM PST

KL TODAY
 

Pengacara dan pelakon Heliza Helmi berasa pelik dengan tuduhan kononnya dia cuba merahsiakan status dirinya yang dikatakan sudah memiliki kekasih dalam diam.

Heliza, 26, memberitahu, dia tidak perlu berbuat demikian kerana pada hakikatnya dia masih belum mempunyai teman istimewa ekoran jadual kerja yang padat."Saya sendiri pelik dan terkejut bagaimana orang lain lebih mengetahui hal hati dan perasaan saya?

"Buat masa ini saya tiada teman istimewa atau kekasih kerana jadual harian saya padat dengan pelbagai urusan kerja.

"Rasanya tidak perlu saya hendak berahsia jika saya memang menjalin hubungan dengan individu tertentu," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini.

Heliza berkata demikian sebagai respons kepada desas-desus kononnya dia merahsiakan hubungannya dengan seorang ahli farmasi yang dikenalinya ketika belajar di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT), beberapa tahun lalu.

Pengacara rancangan Rasa Halal Antarabangsa itu berkata, dia memohon agar gosip yang mengaitkannya dengan ahli farmasi itu dihentikan demi menghormati perasaan lelaki tersebut.

"Dia hanya kawan baik saya ketika zaman belajar di IPT dulu, bukan teman istimewa pun. Tiada apa yang perlu saya sembunyikan jika memang ada hubungan dengan dia.

"Saya mohon cerita ini tidak dibesar-besarkan demi hormati dia. Lagi pun kami sudah lama tidak berhubung.

"Entah-entah dia berkawan dengan sesiapa sekarang atau sudah berkahwin, nanti tidak pasal-pasal timbul masalah lain pula," katanya.

Mengenai perkembangan terbaru, Heliza berkata, dia dilantik sebagai ikon Festival Hijab 2012 yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 November ini.
"Saya juga bertanggungjawab untuk mengemudi acara itu sebagai pengacara, moderator, forum dan terlibat dalam pameran.

"Selain saya, beberapa rakan dari kelas Usrah Fitrah seperti Yatt Hamzah, Diana Amir dan Catriona Ross turut terlibat," katanya.

Kerajaan Negeri Cadang Tambah Lebih Banyak Tadika Rakyat

Posted: 09 Nov 2012 11:57 PM PST




PETALING JAYA : Kerajaan Negeri bercadang untuk membina tiga lagi Tadika Rakyat di Serendah, Kapar dan Dengkil bagi membolehkan kanak-kanak keluarga berpendapatan rendah menerima pendidikan di peringkat awal.

Pembinaan tadika tersebut merupakan kesinambungan daripada dua tadika sedia ada iaitu di Taman Sentosa, Klang dan Kampung Lindungan di Petaling Jaya.

Oleh itu Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar menyeru ibubapa yang tidak berkemampuan untuk menghantar anak-anak mereka kepada tadika-tadika ini.

"Tadikan ini terbuka kepada semua kaum. Justeru, penduduk di kawasan ini jangan lepaskan peluang untuk mendaftar anak-anak anda.

"Selain bayaran yuran yang rendah, anak-anak juga akan terdedah dengan pendidikan asas di peringkat awal," katanya lagi.

Katanya, pendidikan pra-sekolah adalah langkah awal untuk mempersiapkan kanak-kanak sebelum menempuh alam persekolahan kelak.

"Berdasarkan kajian, masih terdapat 30 peratus kanak-kanak yang tidak mendaftar di mana-mana tadika kerana tidak mampu untuk membayar yuran bulanan.

Ekoran daripada itu, kebanyakan kanak-kanak ini ketinggalan dari aspek pendidikan seperti tidak tahu menulis, mengira ataupun membaca.

Hal ini menyebabkan mereka akan tercicir apabila masuk ke sekolah rendah nanti dan menimbulkan masalah serius untuk jangka masa panjang.

"Kurangnya pendedahan pendidikan di peringkat awal antara punca yang menyumbang kepada gejala sosial," katanya semasa Majlis Perasmian Tadika Rakyat Kampung Lindungan di sini, pagi tadi.

Tadika Rakyat di Kampung Lindungan merupakan cawangan kedua yang dibina Kerajaan Negeri bersama badan bukan kerajaan (NGO), Child Information, Learning and Development Centre (Child).

Tadika tersebut dikhaskan untuk keluarga berpendapatan bawah RM 1,500.

Di samping menyediakan pembelajaran selesa, murid-murid juga hanya dikenakan bayaran serendah RM 20 sebulan.

Tadika yang bernilai kira-kira RM 460,000 itu dilengkapi lapan buah kelas dan mampu menempatkan kira-kira 20 orang murid setiap kelas.

Kerajaan Negeri telah memberi RM 50,000 untuk setiap tadika itu.

Hadir sama, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu, Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, Adun Taman Medan, Haniza Talha, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo Burne Loh dan Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Puasa Md Taib.


Tiada ulasan: