Jumaat, 9 November 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Elak Peguam Scorpene Hadir Parlimen, Rakyat Sendiri Dihalau Dari Parlimen

Posted: 08 Nov 2012 11:10 PM PST

Kenyataan Media
SAMM Kebangsaan
9 November 2012

Elak Peguam Scorpene Hadir Parlimen, Rakyat Sendiri Dihalau Dari Parlimen

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) merasa amat terkilan dengan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang hanya membenarkan Ahli-Ahli Parlimen sahaja untuk membuat Sidang Media di lobi Parlimen.

Ini merupakan satu bentuk arahan yang menyerlahkan keangkuhan dan ketakutan rejim UMNO/BN dalam menghadapi kebangkitan rakyat dan juga pemimpin-pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau masyarakat sivil dalam mendedahkan kecurangan dan penyelewengan yang dilakukan mereka.


Adakah ini merupakan satu lagi cara rejim Pemerintah untuk menyelamatkan pemimpin-pemimpin mereka daripada terus dibongkar segala jenis kecurangan yang selama ini ingin disorok? Atau adakah ini merupakan cubaan Rejim menghalang kehadiran dan sidang media Peguam Peranchis yang bakal hadir ke Parlimen bagi mendedahkan sisi gelap pembelian kapal selam Scorpene?

Parlimen Malaysia adalah satu-satunya institusi tertinggi demokrasi berperlembagaan. Di sinilah tempat Wakil-Wakil yang telah dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi pilihanraya berbahas dan meluluskan rang undang-undang demi kemaslahatan rakyat. Sekiranya rakyat ataupun pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili masyarakat sivil tidak lagi dibenarkan hadir membuat sidang media bersama wakil-wakil rakyat di Parlimen, ia merupakan satu tragedi besar kepada lanskap demokrasi negara.

Parlimen adalah milik rakyat bukannya eksklusif kepada beberapa kerat Ahli-ahli Parlimen. Rakyat harus menghantar mesej jelas kepada mereka yang terus menerus angkuh dengan kuasa yang dipegang. Parlimen yang dikunci membuktikan pemerintah manipulasi kuasa yang ada untuk menghalang kebobrokan mereka dari dibogelkan.

Rakyat perlu bersama kali ini untuk memberi peringatan kepada semua yang berada di koridor kuasa, jangan berselindung di sebalik kuasa yang anda ada hari ini kerana kami, sekalian rakyat Malaysia yang telah mengangkat kamu ke sana dan kami jugalah yang mampu memastikan kamu akan diheret keluar dari kerusi empuk Parlimen Malaysia.

SAMM tidak menolak sekiranya arahan diberikan bagi kemudahan rakan-rakan pengamal media. SAMM tidak menolak malah menyokong sama sekali sekiranya penggiliran dan had masa sidang media dikenakan, sidang media tidak diadakan semasa waktu rehat, sidang media yang ingin diadakan mesti diiringi Ahli Parlimen sebagai wakil untuk membawakan isu-isu berbangkit tersebut ke dalam Dewan dan lain-lain arahan yang sesuai untuk pengamal media. Namun, bukannya arahan yang tidak membenarkan selain Ahli Parlimen untuk membuat sidang media di Parlimen. SAMM turut melihat bahawa sidang media yang diadakan di Parlimen mempunyai nilai berita atau "News Value" yang tinggi berbanding sidang media di lokasi lain.

Sehubungan itu, SAMM dan sekutu-sekutu akan melancarkan memorandum "Berani Langgar" bagi membantah arahan tidak masuk akal Yang Dipertua Dewan Rakyat dan mendesak arahan ini ditarik balik sebaik sahaja sidang mesyuarat Dewan Rakyat bersambung selepas cuti perayaan minggu depan. Ini merupakan mesej jelas dan keras anak muda Malaysia dalam berhadapan dengan keangkuhan Rejim Penguasa.

Juga, ia bukan termaktub untuk penggal ini sahaja malah termasuk pasca PRU-13, dan ia pasti memudahkan Barisan Nasional yang ketika itu sebagai pembangkang.

"Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata"

Ahmad Anwar Asyraf
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor




Ulama jadi jurucakap Chua Soi Lek

Posted: 08 Nov 2012 04:11 PM PST

SEKUMPULAN ulama yang makan gaji dengan Barisan Nasional telah datang kepada Dr. Chua Soi Lek bagi menyampaikan dakwah khsusnya mengenai hudud.

Ia satu pendekatan yang baik. Kalau gunung tidak datang kepada Muhammad, maka Muhammad mesti pergi ke gunung. Dan itulah yang Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. yang diperintah Allah, pergilah kepada Firaun, sampaikan dakwah kepadanya dan seru dia supaya menyembah Allah.

Rombongan ulama itu wajar dipuji dan teruskan dan ia boleh dicontohi. Mungkin inilah kelayakan untuk menjadi calon Pengarah Yadim.


Tetapi jangan terhenti setakat mendatangi Soi Lek saja justeru adanya serangan berani Soi Lek terhadap hudud.

Saya tidak suruh rombongan ulama itu mendatangi Karpal Singh kerana jadi momokan bagi UMNO kerana Karpal pernah berkata, langkah mayatnya sebelum perkara seperiti hudud itu hendak dilaksanakan. Itulah UMNO tidak pernah lupa. Ketika isu Karpal itu mulai reda, Soi Lek pula menghidupkannya semula. Dan serangan Soi Lek tidaklah lebih lunak dari Karpal.

Sayugialah pergi jumpa Karpal menerangkan apa yang diterang kepada Soi Lek, moga-moga Karpal dapat memahami seperti Soi Lek dikatakan sudah memahaminya.

Bahkan mereka patut jumpa siapa saja yang keliru tentang hudud. Jika boleh datangi Dr. Mahathir supaya dia juga akan faham seperti Soi Lek.

Orang lain tidak tahu reaksi Soi Lek sebenarnya. Semua tahu Soi Lek dikatakan tidak menghina Islam dari ulama yang menemuinya.

Berdakwah kepada si Soi Lek itu satu kerja mulia, menjadi jurucakap Soi Lek bukanlah kerja ulama.

Bila Soi Lek melantik mereka jadi jurucakapnya? Dan jangan sampai orang melihat ulama jadi jurucakap kepada Soi Lek dan MCA. Sudah cukuplah jadi jurucakap tidak rasmi kepada PWTC, janganlah sampai dilihat jadi satu dari cabang lidah Soi Lek. Itu bukan kerja ulama.

Mengikut apa yang ulama itu kata, Soi Lek tidak menentang hudud sebagai satu hukum Islam setelah mendengar penjelasan. Yang ditentangnya sekarang tinggal apa yang dikatakan 'hudud PAS.'

Atau apa yang ketua MCA itu tentang sebelum didatangi oleh ulama itu adalah hudud PAS juga. Cuma orang Islam kebanyakannya mengira mana ada hudud PAS dan hudud UMNO. Yang kata hudud yang Kelantan dan Terengganu lulus itu hudud PAS adalah Dr. Mahathir dan sekalian pencarum kepada fikirannya.

Selepas pertemuan Soi Lek itu, seperti yang rombongan ulama itu faham, Soi Lek sudah bersih dari menghina Islam kerana yang mereka tolak adalah hudud PAS. Soi Lekdengan ini sudah sama dengan pendirian UMNO dan kumpulan ulama itu juga setuju dengan Soi Lek yang ditolak dan mesti ditolak ia hudud PAS.

Yang belum jelas pada ulama itu betulkah yang Soi Lek tentang itu hudud PAS saja?

Jika kita teliti ucapan ADUN BN Johor yang mencadangkan kepada DUN Johor supaya tiba masanya kerajaan melaksanakan hudud, ADUN itu juga telah menyebutkan tentang beza hudud sebenar dengan hudud PAS. ADUN itu jelaskan yang dicadangkan supaya dilaksanakan ialah hudud yang disarankan oleh al-Quran.

Apa kata Soi Lek tentang ADUN yanag mencadangkan pelaksaan hudud ialah ia satu cadangan yang sudah hilang akal. Jika BN bersetuju melaksanakannya ia bereti BN sudah hillang akal.

Serangan Soi Lek yang awal bukan sekadar hudud PAS tetapi adalah hudud yang Allah dan NabiNya syariatkan. Ia dikira hilang akal.

Sebagai jurucakap Soi Lek hal ini belum dijelaskan. Soi Lek sendiri mesti menjelaskannya. Bukan jurucakapnya.

-harakahdaily


Debat dulu, baru cakap soal bertanding kerusi mana

Posted: 08 Nov 2012 03:21 PM PST

Pemimpin Umno patut mendesak Datuk Seri Najib Razak menyahut cabaran debat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum memandai-mandai menetap kerusi mana bakal ditandingi Ketua Pembangkang itu.

Merujuk cadangan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee untuk meyaksikan Anwar dan Najib bertanding di kawasan sama, Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty, berkata sesi debat lebih utama untuk kebaikan rakyat.

"Debat pun takut, takkan Najib sanggup lawan. Jadi saya sarankan Syed Ali supaya cabar Najib debat dulu, baru fikir untuk bertanding di mana-mana.


"Kita masih tunggu Najib terima atau tidak berdebat dengan Anwar. Itu yang rakyat tunggu-tunggu untuk jadikan negara ini melalui proses demokrasi yang sihat.

"Kita tengok sahaja debat antara Obama dengan Romney. Itu yang kita juga mahukan. Ia akan beri harapan baru kepada negara," katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.

Muhammad Nur juga menyifatkan cadangan Syed Ali Alhabshee itu untuk bertanding kerusi Parlimen Pekan pada pilihan raya akan datang, tidak berasas, malah menganggap tindakan itu hanya memalukan Perdana Menteri yang gagal menyahut cabaran debat walaupun surat pelawaan beberapa kali dihantar tetapi tiada jawapan.

Semalam, Syed Ali mendakwa Anwar tidak berani bertanding di Pekan sedangkan sokongan rakyat terhadap Ketua Umum KEADILAN itu semakin hari, semakin bertambah hinggakan Najib Razak sehingga kini tidak berani membubar Parlimen.

"Isu pokok bukan bertanding di mana-mana tapi berani ke Najib nak bertanding dengan Anwar. Kita dahulukan debat, tengok macam mana, rasanya lebih 'afdal' buat apa yang rakyat mahukan," katanya.

http://www.keadilandaily.com/?p=39165


Ahmad mengaku tak bersalah tuduhan hina Sultan Johor

Posted: 08 Nov 2012 07:42 AM PST

Seorang juruukur bahan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas dua pertuduhan menghina Sultan Johor Sultan Ibrahim menerusi laman sosial Facebook, bulan lepas.

Ahmad Abd Jalil, 27, yang berasal dari Klang, Selangor, membuat pengakuan itu di depan Hakim Zamri Bakar selepas pertuduhan terhadapnya dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Umar Saifuddin Jaafar.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 28 Nov depan untuk menyebut semula kes.


Ahmad didakwa memuat naik satu status menghina Sultan Johor di akaun laman Facebook yang didaftarkan atas nama 'Zul Yahya' di Dewan Tan Sri Mohamad Rahmat, Kampung Pasir, Tampoi pada kira-kira 3 petang, 21 Okt lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun dan denda RM50,000 dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas disabitkan.

Ahmad juga didakwa melakukan perbuatan yang sama di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini pada kira-kira 6 petang, 10 Oktober lepas.

Terdahulu, Umar Saifuddin menawarkan jumlah jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, peguam Mohd Radzlan Jalaludin dan Mohd Haijan Omar meminta mahkamah mengurangkan jumlah itu kerana tertuduh baru mendirikan rumah tangga dan sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur.

Kedua-dua peguam juga berkata mereka akan memfailkan notis bantahan awal bagi menggugurkan semua pertuduhan terhadap Ahmad kerana ada beberapa fakta dalam kertas pertuduhan yang tidak berkaitan dengan tertuduh.

Anggota keluarga Ahmad kemudian membayar wang ikat jamin yang ditetapkan mahkamah.

- Bernama


ANAK SULONG ANWAR MEMANG TAK CERDIK.

Posted: 08 Nov 2012 05:12 AM PST

People should not be compelled to adopt a particular religion and this should also apply to Malays, says Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar. "When you ask me, there is no compulsion in religion… how can anyone say sorry, this (religious freedom) only applies to non-Malays, it has to apply equally." she said.

Sumber diatas adalah dari MalaysiaKini.

Sumber di bawah juga adalah dari MalaysiaKini.

She was speaking at a forum on "Islamic State: Which version; Who's responsibility?" in Subang Jaya this morning.The Lembah Pantai MP was responding to a question from the floor on whether Malays should have religious freedom like non-Malays.
"Malay" is defined under Section 160(2) of the federal constitution as a person who professes Islam, habitually speaks the Malay language and conforms to Malay customs. Ultimately, she said, what should be sought is "quality" where Muslims' faith is strong.


Apa MalaysiaKini nak kata tentang perkara diatas itu?

Samada MalaysiaKini memang sebuah akhbar yang menyokong kebebasan beragama termasuk kepada orang Melayu, atau MalaysiaKini sudah menjadi alat oleh 'rakan-rakan' untuk menjatuhkan anak sulong Anwar Ibrahim, itu saya tidak tahu.

Namun apa yang penting, saya kata, disebabkan peristiwa ini, memang sah telah membuatkan PR dalam keadaan bertahan. Satu perkara yang tidak elok untuk sebuah organisasi politik untuk menang pilihanraya.

Apa yang saya hendak kata, saya tidak akan mengutuk umno jika mereka men'spin' cerita tentang anak sulong Anwar Ibrahim ini. Kerana memang kerja mereka untuk buat cerita memburukkan Pakatan Rakyat. Mana ada dalam dunia ini umno memuji PR walau apa yang PR buat itu baik untuk semua.

Apa yang hendak saya kata ialah, anak sulong Anwar Ibrahim dan MalaysiaKini telah buat kerja bodoh menyusahkan PR. Ketika ini. Dan mungkin ketika hari berkempen PRU13. Memang sudah pasti, cerita ini akan sentiasa dimainkan oleh umno, melalui media cap ayam mereka, seperti mana Mahathir dan Anwar buat cerita tengkolok salib pada tahun 1990 dahulu terhadap Tengku Razaleigh.

Saya hendak nasihat sedikit kepada ahli politik PR, jika nak bercerita tentang Islam, biar ianya dari ilmu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Bukan ikut pandai dan nafsu nak kempen untuk menang pilihanraya. Jika audien didepan kita jenis liberal dan berwatak sister in islam, jangan terbawa-bawa dengan apa yang mereka mahu walau kamu semua tahu apa yang mereka mahu itu adalah salah dari hukum Islam.

Tolong jangan jadi umno.

Kepada sesiapa yang beranggapan Melayu adalah tidak semestinya orang Islam, tolong keluar dari Malaysia dan menetap di Singapura. Kerana perlembagaam Malaysia mengatakan Melayu itu adalah seorang manusia yang berketurunan Melayu DAN beragama Islam.

Oleh itu, jangan jadi tak cerdik macam anak sulong Anwar Ibrahim. Cakap ikut mulut, bukan ikut iman.

Dipetik dari http://ibnmustaffa.blogspot.com/2012/11/anak-sulong-anwar-memang-bodoh.html


Jika Betul Nik Abduh Patut Saman Utusan Malaysia..

Posted: 08 Nov 2012 04:13 AM PST





Buruk Benar Rupa Speker Dewan Bila Mengamuk..

Posted: 08 Nov 2012 02:30 AM PST


Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia melarang penggunaan sudut sidang media di lobi parlimen oleh mereka yang bukan merupakan ahli parlimen.

Larangan lisan itu berkuat kuasa serta merta kerana tidak mahu sudut bertulisan 'Parlimen Malaysia Sidang Media' disalahguna oleh mereka yang bukan ahli parlimen.


Beliau tidak berpuas hati dengan beberapa sidang media yang diadakan di situ antaranya pendedahan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin berhubung dakwaan anak lelaki Datuk Seri Nazri Aziz ada hubungkait dengan jutawan balak Michael Chia.

Pandikar turut menunjukkan gambar sidang media tersebut yang sepatutnya tidak diadakan di situ.

Menurutnya lagi, walaupun parlimen adalah kawasan larangan untuk orang awam tetapi budaya rakyat Malaysia yang meraikan tetamu menyebabkan pihaknya tidak begitu tegas memantau mereka yang mengadakan sidang media sebelum ini.

Katanya, amalan itu akan menjejaskan nama baik parlimen Malaysia jika ia diteruskan.

"Jika mereka datang, guna kemudahan itu, ia tidak dibenarkan sama sekali," katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Bagaimanapun Pandikar berkata orang luar yang hadir ke Parlimen dengan ditemani ahli parlimen masih dibenarkan mengadakan sidang media dengan syarat ia tidak diadakan di sudut itu.

"Kalau nak buat sidang akhbar boleh tapi berdirilah di penjuru yang tidak nampak perkara itu," katanya. ~mkini


Tiada ulasan: