Isnin, 26 November 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor 1 Disember

Posted: 26 Nov 2012 12:47 AM PST

JOHOR BAHRU: Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Johor akan diadakan pada 1 Disember 2012 di Dataran Rakyat, Parit Salleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat.

Menurut Pengarah Himpunan, Tuan Haji Aminulhuda Hassan, program berkenaan akan bermula pada pukul 8 pagi dengan acara konvoi Jelajah Johor daripada Senggarang menuju ke Parit Sulong dan seterusnya ke tapak himpunan.


"Pada sebelah petang, program yang dianjurkan sempena himpunan ini adalah santai anak muda bersama Ali XPDC. Antara acara menarik yang terdapat dalam program santai anak muda ini adalah pertandingan motosikal cantik, jamuan nasi lemak kopi 'O' dan cabutan bertuah"

"Pada sebelah malamnya pula, himpunan ini akan dimulakan dengan solat maghrib dan solat hajat di tapak program. Selepas solat isyak, himpunan akan diteruskan dengan ceramah daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang dijemput sebelum diakhiri dengan ucapan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat", ujar beliau ketika sidang media di Pejabat PAS Kempas sebentar tadi.

Difahamkan, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Kebangsaan Tuan Haji Mohammad Sabu akan hadir ke himpunan peringkat negeri Johor kali ini.

"Kita mensasarkan kehadiran rakyat ke himpunan ini adalah sekitar 30,000 hingga 40,000 orang. Kehadiran pelbagai kaum ke himpunan ini mengambarkan perpaduan rakyat untuk bangkit menentang kezaliman yang berlaku di dalam negara kita ini"

"Antara isu yang menjadi fokus dalam himpunan ini adalah isu tanah yang dialami oleh pelbagai kaum di negeri Johor ini. Selain itu, isu pendidikan dan isu jenayah juga akan menjadi fokus untuk diterangkan kepada rakyat yang hadir ", ujar beliau lagi yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Johor, Dato' Dr. Mahfodz Mohamed dan Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor, Hassan Karim turut mengesa seluruh ahli, penyokong dan rakyat hadir ke himpunan kebangkitan rakyat ini sebagai tanda soladiriti rakyat untuk bangkit menentang kezaliman yang dilakukan oleh UMNO/BN di negeri Johor ini.

Difahamkan juga bahawa beberapa orang bekas wakil rakyat atau orang kenamaan daripada UMNO akan menyerahkan borang keahlian menyertai Pakatan Rakyat. Beberapa bekas pegawai tertinggi kerajaan juga difahamkan akan turut menyertai Pakatan Rakyat pada himpunan itu nanti.





RAJAGOPAL APA KAU DAH BUAT? - ULTRAS MALAYA

Posted: 25 Nov 2012 09:35 PM PST



Najib Kini Mengemis Undi ?

Posted: 25 Nov 2012 08:47 PM PST

SEJAK kebelakangan ini, kempen politik semakin hangat dan agresif, apatah lagi detik masa untuk Parlimen dibubar boleh berlaku pada bila-bila masa saja daripada sekarang.
Kempen di pihak PR kelihatan agak fokus iaitu menjelaskan kepada rakyat mengenai masalah korupsi dan kepincangan sistem urus tadbir kerajaan BN, sambil menyebarluaskan kejayaan atau pencapaian negeri yang diperintah PR khususnya Selangor dan Pulau Pinang.

Bagi PR, dua negeri itu menjadi permata dan 'benchmark' untuk mereka berkempen. Itu jelas dan ianya memang diakui satu strategi yang mudah difahami rakyat.

Manakala bagi BN, kempen mereka sangat ketara dengan 'komisyen' untuk mendapatkan sokongan rakyat. Ini terbukti dengan segala bantuan yang mencurah-curah turun, malah bukti ini menjadi semakin jelas berdasarkan belanjawan BN baru-baru ini. Jumlahnya, silalah anda kira sendiri.


Kempen berupa 'komisyen' ini apabila diterjemahkan dalam bahasa demokrasi ia sebenarnya adalah rasuah. Namun, budaya UMNO-BN, telah menukar istilah rasuah ini menjadi 'komisyen', semuanya berlaku apabila dasar DEB diperkenal dan yang terbaru apabila rasuah kapal selam scorpene digunakan menjadi 'komisyen'.

Berbalik kepada kempen 'komisen' UMNO-BN ini, jka kita lihat gaya atau strategi Najib Razak, PM yang tidak pernah dilantik oleh rakyat, beliau dengan ketaranya menggunakan pendekatan 'mengemis'.

Mengemis ini dari segi bahasanya memang tidak enak didengar. Namun itulah hakikatnya.

Sebelum ini Najib mengemis sokongan kaum Melayu dengan kempen 'komisyen'. Kemudian beliau mengemis lagi kepada anak muda dengan kempen AUKU yang bersifat kosmetik termasuk kempen komisyen dengan bantuan RM200 untuk telefon bimbit 3G.

Baru-baru ini Najib mengemis lagi kepada Hindraf, dan terkini dengan kaum India.

Jika kita lihat semua senario ini, kelompok Melayu, anak muda, pertubuhan Hidraf dan India tidak dipedulikan sama sekali oleh beliau. Kaum Melayu khsusnya yang berpendapatan rendah tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Anak muda pula disifatkan sebagai 'masalah sosial' kepada BN, pertubuhan Hindraf pula dilabel sebagai pertubuhan haram, malah tuntutan Hindraf tidak langsung dipedulikan. Begitu juga dengan kaum India, baik aspek pendidikan, perumahan dan pekerjaan, kelompok ini memang terabai sejak awal lagi.

Tetapi mengapa kini Najib sanggup kembali mendekati mereka? Inilah satu pendekatan yang dilihat sebagai mengemis sokongan.

Apabila sudah tersepit, barulah Najib mahu memberi pelbagai komisyen. Barulah Najib nak bertemu untuk berbincang dengan Hindraf, barulah Najib minta mempertimbangkan jasa BN kepada kaum India.

Gaya kempen politik sebegini menjadi petanda bahawa Najib amat terdesak untuk memastikan sokongan rakyat kepadanya terus kekal. Malah, kempen beliau ini tidak begitu menonjolkan parti beliau sebaliknya lebih menfokus kepada dirinya. Entah UMNO sedar atau tidak, tidak pula dapat dipastikan.

Strategi Najib ini pastinya mendapat ilham daripada strategi kempen Barack Obama, namun sayang, mungkin beliau terlupa bahawa kempen Obama itu tidak menjadikan 'komisyen' sebagai modal memancing undi.

Kita amat bimbang, jika UMNO menang, rakyatlah yang terpaksa menanggung kos kempen 'komisyen' Najib ini. Kita amat sedar bahawa belanjawan baru-baru ini, Najib menggunakan berbilion ringgit hanya untuk 'one off' bantuan kepada rakyat.

Kos berbilion itu, jika Najib menang pastinya akan di 'claim' kembali oleh UMNO-BN menerusi pelbagai cara, antaranya saman AES, Tol dan pelaksanaan GST. Kos ini semestinya menjadi tanggungan langsung rakyat.

Sepatah kata Theodore Roosevelt, Presiden US ke-26 – "A vote is like a rifle: its usefulness depends upon the character of the user." ( Undi itu seperti senapang, kegunaannya bergantung kepada karektor penggunanya)

Jika kempen komisyen Najib ini berjaya, memang rakyat akan terpesona dengan lunak kata-kata "Melayu masih pegang kuasa, UMNO akan teruskan agenda bela bla bla bla..".

Tetapi harus diingat bahawa kos kemenangan itu akan dibayar oleh rakyat, suka atau tidak, tiada lagi jalan keluar. Rakyat di sini maksudnya – kita, termasuk rakyat yang menyokong UMNO dan ahli UMNO di kampung. Masa ini tiada gunanya. Sepatah kata budak muda " Nah..hambik kau.." (Nah, ambil kau). – Roketkini.com

Najib Kini Mengemis Undi ?

- Oleh Adil Mat Selamat


Nasihat Yang Salah Punca Harimau Malaya Tewas

Posted: 25 Nov 2012 07:25 PM PST

Hehehe...




Pada Akhirnya Pakatan Yang Akan Memerintah Negara..

Posted: 25 Nov 2012 04:07 PM PST

Kerusi BN Merosot Tapi Pakatan Yang Akan Berkuasa.

Nampaknya, bukan sahaja pemimpin Umno, malah pemimpin pakatan pembangkang turut bersetuju dengan dengan ramalan timbalan pengerusi, Majlis Profesor Negara, Shamsul Amri Baharuddin mengenai jumlah kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) merosot pada pilihanraya umum ke-13 nanti.

Bagaimanapun Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh yakin keputusan di saat akhir berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR) kerana banyak kerusi akan menjadi penentu.

"Akan berlaku pertarungan hebat dan kita yakin kerusi kelabu bakal beri sokongan padu tentukan kemenangan Pakatan Rakyat. BN guna pelbagai pendekatan termasuk media untuk kelirukan rakyat dan beri gambaran berat sebelah, tetapi kita yakin pengundi bijak menilai," katanya.


Kata Fuziah, beliau setuju dengan kajian dilakukan tetapi bagi kerusi kelabu diyakini akan memihak kepada pakatan itu kerana jika menyokong BN, sudah tentu ia sudah jelas sekarang.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad turut melahirkan pandangan sama dan yakin PAS serta Pakatan Rakyat mampu membentuk kerajaan menerusi pilihanraya umum akan datang.

Keyakinan beliau berdasarkan perubahan sokongan antara kaum begitu juga dengan perkembangan terkini yang berlaku di Sabah dan Sarawak sejak kebelakangan ini.

Sebab itulah katanya perdana menteri Najib Altantuya masih enggan memanggil pilihanraya kerana jika diadakan sekarang, BN berdepan dengan kekalahan selain Najib Altantuya sendiri bakal disingkirkan dari kepimpinan Umno kunun sebagai rasa bertanggungjawab terhadap perkara itu yang mesti dipikul seorang diri sahaja.

Ditambah pula dengan pergolakan dalaman antara parti itu dengan beberapa parti komponen BN di Sabah dan Sarawak menambah tekanan buat BN selain menjejaskan persiapan jentera yang dikatakan menunggu habuan dari atas sebelum melakukan gerak kerja yang ditetapkan.

Jika ini berlaku, ia bakal mengulangi sejarah pilihanraya umum lalu apabila antara faktor kekalahan BN disebabkan sebahagian besar wang habuan yang sepatutnya diagihkan kepada peringkat akar umbi tidak diterima petugas BN.

Najib Altantuya sepatutnya tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan Abdullah Badawi jika mahu BN meneruskan kuasa dan yang memeningkan kepala adalah wang habuan yang dijanjikan masih belum kunjung tiba walaupun pilihanraya umum mesti diadakan kurang enam bulan dari sekarang.

Di sebelah Pakatan Rakyat pula, polemik siapa yang bakal menjawat jawatan perdana menteri nampaknya sudah reda dengan persetujuan sebelum ini yang mahukan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim memegang tampuk, kekal.

Dari segi pembahagian kerusi pula, walaupun berlaku sedikit masalah terutama di Borneo, Pakatan Rakyat optimis persetujuan bakal dicapai antara Pakatan dengan parti politik tempatan dalam tempoh terdekat.

Jika masih belum selesai, dijangka ini akan memberi kelebihan buat BN kerana pecahan undi sesama pakatan pembangkang akan mengurangkan peratusan kemenangan dan memberi kemenangan kepada BN walaupun hanya dengan majoriti tipis.

Inilah yang membimbangkan kepimpinan tertinggi pakatan itu kerana kesempatan sebegini pasti akan direbut BN bagi menambah senarai kerusi parlimen membantu mencari 112 kerusi awal bagi kekal berkuasa di Putrajaya.

JALAN PULANG


Dengan Gambar Anwar Pun Umno Terkencing..! Hehehe..

Posted: 25 Nov 2012 07:16 AM PST

Billboard Keadilan di KM 383 Berharang Lebuhraya Utara Selatan telah dirobohkan oleh sambeng Upahan. Ini bukti kezaliman yang berlaku. Apakah mereka takut hanya dengan satu Billboard yang kita dirikan. Satu roboh, banyak lagi yang akan kita bangunkan.











Air Mata Penyamun Yang Bernilai USD44 Billion

Posted: 25 Nov 2012 03:58 AM PST

Hari ini Joceline Tan menulis dalam ruangannya dalam akhbar The Star bertajuk Dr M drums up support for Umno

Antara isi kandungannya dalam usaha beliau mempertahankan Umno, air matanya hampir mengalir. Ini dinukilkan oleh Datuk Faizal Abdullah, menantu Onn Ismail.

The hall was just as packed when it came to Selangor Umno's turn.

"He said this is going to be the mother of all battles. He appealed to us to come together as one. We are at the crossroads – either we make it or we are finished. He was pleading with us, I thought he came close to tears at one stage," said the Kapar Umno deputy chief Datuk Faizal Abdullah.


Petang ini saya telah mendapat jawapan kenapa kemungkinan air mata buaya Che Det hampir mengalir lagi...?

Wikipedia melaporkan...Nilai Harta Bekas Pemimpin Negara

Entah betul entah tidak, wallahu'alam. Manalah aku tau. Tapi bila wikileak melaporkan umpatan Lee Kuan Yew mengenai Anwar dan Sodomy 2, Che Det dan ahli Umnolah yang paling percaya. Tak kan yang ini depa tak percaya kot?

Ada kawan aku kata, dulu masa jadi PM Che Det pakai proxy. La ni, Che Det bagi direct kat anak dia. Betul tak betul mana aku tau. Kau orang selidiklah sendiri. Ada yang kata jugak, tu yang dia melenting bila wartawan tanya pasal kontrak Sapura-Kencana tu...Hehe!!

Dipetik dari http://kopitiam-bang-nan.blogspot.com/2012/11/air-mata-buaya-che-det-bernilai.html


Ramai ‘orang kuat’ UMNO akan sabotaj parti

Posted: 25 Nov 2012 02:18 AM PST

Sabotaj parti; boleh digelar pengkhianat parti. Kalau UMNO dianggap 'Melayu', maka si pensabotaj parti juga bolehlah kiranya dianggap pengkhianat Melayu. Tak begitu tuan?

Tapi, nama saja parti Melayu taklah juga bermaksud orang Melayu terbela, hidup senang, mewah dan berumah sendiri. Ramai saja Melayu yang merempat di bawah kerajaan parti Melayu UMNO.

Tak boleh ditunggu-tunggu lagi. Mungkin untuk memastikan parti tak tersabotaj, maka sebuah 'kitab' panduan yang merangkumi definisi dan tindakan sabotaj parti akan diedarkan oleh UMNO kepada semua bahagian UMNO satu Malaysia.


Ini adalah kitab terbaru UMNO pasca Laporan Audit 2011 yang mengajarkan ahlinya untuk mengenali setia dan tak setia. Cuma tidaklah kita tahu ianya bersifat jangka pendek seperti Belanjawan BN 2013 atau bersifat jangka panjang.

Orang yang melanggar garis panduan tersebut kata Muhyiddin Yassin, dia akan dikenakan tindakan gantung keahlian termasuklah kelayakan untuk dipecat.

Lembaga Disiplin UMNO tak pandai?

Fikir kita sekarang, seolah-olah Lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail tidak pandai menjaga disiplin ahli-ahli UMNO. Nampaknya Muhyiddin sudah mula menunjukkan siongnya. "Mau tunjuk taiko sama Najib ke?"

Pun begitu, mau tak mau terpaksa jugalah "…Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan dan dipengerusikan Tan Sri Tengku Rithaudeen Tengku Ismail akan meneliti secara terperinci senarai berkenaan." sepertimana laporan berita Utusan Online baru-baru ini.

Biasalah, dah terhantuk baru nak terngadah. Ibarat kata; sudah berjuta-juta PATI mendarat di Malaysia, baru sekarang nak buat pemutihan. UMNO dah terlambat apalagi mereka telah masuk era senja.

Kad UMNO buat pinjaman TEKUN

Panduan sabotaj ini juga membawa maksud, bukanlah seorang dua sahaja Muhyiddin nampak yang akan mensabotaj parti. Kalau setakat ahli cawangan, dia pun tak pandang memandangkan keahlian UMNO yang sudah lebih 3 juta ahli.

Lagipun, apalah sangat punya kad ahli UMNO. Nak ditayang tak dipeduli orang, nak diguna buat isi petrol tak laku juga. Buat ahli biasa, habis-habis dapat pinjaman Tekun, dapatlah kontrak potong-potong rumput.

Soalnya, kalaulah ada mana-mana orang kuat UMNO berceramah di pentas oposisi, atau bersama-sama menganjurkan aktiviti, tidak bolehlah terus dipecat. Nampak dayus. UMNO kenalah ikut contoh PAS; semacam kes Hasan Ali, beliau tak terus dipecat sampailah buat hal-hal mengarut.

UMNO takut? siapa peduli…

Apapun, tindakan untuk mengedarkan 'panduan sabotaj parti' ini, ia menggambarkan juga betapa takutnya UMNO terhadap ahli-ahli mereka dikalangan 'orang kuat' yang mula menunjukkan tanda-tanda menyampah terhadap kepimpinan dan parti sendiri.

Jangan tak tahu, keluarnya Tan Sri Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburim telah bikin UMNO kecut. Orang-orang ini memang sudah hilang peduli pun sama UMNO, apalagi dengan Muhyiddin dan Najib.

-roketkini.com


Tiada ulasan: