Jumaat, 23 November 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Sultan Kelantan Turun Ke Dalam Liang Lahat..

Posted: 22 Nov 2012 10:23 PM PST


Siapakah gerangan yang memakai berbaju putih, berkopiah putih yang turut membantu lakukan pengebumian seorang hamba Allah di dalam gambar ni?
Langsung tidak kisah baju berwarna putih itu kotor terkena tanah? Jangan terkejut! Kerana dia adalah... Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra) !!! Allahuakhbar!


Tali barut Israel ini dipijak-pijak oleh ibunya, rela anaknya dihukum mati

Posted: 22 Nov 2012 08:28 PM PST

Pencerobohan tentera zionis yahudi laknatullah sudah lebih satu minggu dan telah meragut ratusan orang Palestin, di antaranya puluhannya adalah kanak-kanak. Pencerobohan ketenteraan laknatullah ini juga munculnya tali barut yahudi di Gaza.

Anak muda di atas (kelihatan dalam gambar) tengah dipijak kepalanya oleh seorang perempuan tua. Tahukah siapa yang menginjak kepala anak muda itu?

Perempuan itu adalah ibu kepada anak muda tersebut. Si ibu merasa malu dan mendapatkan aib kerana anaknya telah memberikan maklumat kepada perisikan Israel tentang kewujudan para pejuang Palestin.


Ibu itu yang mengandung dan membesarkannya tetapi ibunya ikhlas melihat anaknya dihukum mati di depan umum, supaya memberi pengajaran bagi yang lain.

Dia sendiri, walau dengan hati hancur memijak anaknya itu. Melihat kejadian ini beberapa orang memberitahu, "si ibu memijak kepala darah dagingnya sendiri kerana di sana ada tujuan yang lebih kuat dan lebih mulia iaitu tanah dan kehormatan Palestin."

http://detikislam.blogspot.com/


Ketua Pemuda Umno ditahan polis bersama arak, dadah – Chegubard

Posted: 22 Nov 2012 07:21 PM PST

KUALA LUMPUR 22 NOVEMBER: Seorang Ketua Pemuda Umno cawangan di Negeri Sembilan ditahan polis dalam satu serbuan minggu lalu.

"Dia ditahan di sebuah hotel dalam keadaan dikelilingi dadah dan arak," kata Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shahrin kepada Keadilan Daily.

Mendedahkan hal itu, beliau berkata, bapa kepada individu itu seorang pemimpin Umno bergelar Datuk yang juga bekas senator.

Badrul Hisham yang dikenali sebagai Chegubard berharap pendedahan awal itu bertujuan mengelak kes kecurangan pemimpin disorok atas arahan politik.


"Kita harap pendakwaan dapat dilakukan dengan adil. Polis dapat bertindak tegas tanpa mempeduli tekanan politik Umno," kata Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu.

Sebelum ini, beliau berkata, banyak kes salah laku pemimpin Umno disenyapkan tanpa diambil tindakan ekoran tekanan kepada pihak berkuasa.

"Pernah kes seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) salah guna senjata, lepaskan tembakan kerana berbalah dengan orang, laporan dibuat tetapi kes ditutup," katanya.

- www.keadilandaily.com/


Cakap berbelit, Madey cuba selamatkan diri

Posted: 22 Nov 2012 07:08 PM PST

KUALA LUMPUR: Selepas memberi gambaran bahawa Umno ialah syaitan yang dikenali dan pembangkang pula ialah Malaikat yang tidak dikenali, tiba-tiba Dr. Mahathir menukar kenyataan kononnya Presiden PAS pula disokong syaitan.

Bagi AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, kenyataan terbaru bekas Perdana Menteri itu menyerlahkan sikap 'putar belitnya' untuk menyelamatkan diri selepas melabelkan Umno BN sebagai syaitan dikenali sebelum ini.

"Tun terpaksa cakap belit untuk menyelamatkan dirinya yang telah mendakwa Umno adalah syaitan yang dikenali.


"Lebih parah lagi beliau juga membuat kenyataan Malaikat juga membuat salah. Seribu kali malang 3.5 juta ahli Umno tidak menyanggah kenyataan Tun," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut Ustaz Idris lagi, PAS sentiasa memerangi syaitan apatah lagi syaitan yang dikenali kerana ia adalah ajaran Islam.

Apa yang pelik kata Ustaz Idris, biarpun Dr. Mahathir memberi jenama syaitan dikenali kepada BN, namun tiada ada seorang pun yang menentang atau marah terhadap beliau.

"Ertinya mereka semua diam dan redha atas jenama tersebut. Tidak ada pula kita kedengaran Ulamak Umno menegur kenyataan beliau, termasuk Datuk Seri Najib selaku Presiden Umno.

"Memang Tun seorang yang kebal, siapa yang berani sanggah alamat gelap masa depan di dalam politik.

"Contohnya Tun Abdullah Badwi yang berani membatal projek Jambatan Bengkok, sampai hari ini beliau dendam dan membelasah Tun Abdullah tidak kira masa dan tempat," jelas beliau sambil menegaskan hanya PAS dan Pakatan yang berani menyanggah Dr. Mahathir.


PAS Kesal Kerajaan Enggan Iktiraf HAMAS

Posted: 22 Nov 2012 05:13 PM PST

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)mengecam kerajaan Amerika Syarikat mempertahankan Israel menyerang bumi Gaza dan membunuh umat Islam Palestin. Kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama yang mempertahankan tindakan Israel dengan alasan untuk mempertahankan diri mereka adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.

Amerika Syarikat masih memperlihatkan peranan mereka selaku pelindung utama kepentingan Israel sehingga sanggup menjadi 'budak suruhan' Israel dengan membenarkan apa sahaja tindakan Zionis ke atas umat Islam di Palestin. Dalam keadaan seluruh dunia mengecam tindakan rejim Zionis Israel, AS masih membutakan mata mereka daripada melihat kebenaran serta kezaliman yang dilakukan oleh Israel.


DPPM juga mengecam tindakan kerajaan Malaysia kerana masih enggan mengakui kerajaan Hamas sebagai kerajaan dan pertubuhan yang sah mewakili rakyat Palestin. Kerajaan Malaysia seperti menghina hak rakyat Palestin yang memilih kerajaan Hamas mewakili seluruh rakyat Palestin. Apakah ertinya kerajaan Malaysia meluluskan kecaman terhadap Israel tetapi dalam masa yang sama enggan mengiktiraf kerajaan Hamas yang telah dipilih oleh rakyat. Dalam hal ini, DPPM merasa kesal kerana kerajaan Malaysia menganggap Hamas sama seperti Pakatan Rakyat di Malaysia serta negeri-negeri yang diperintah oleh PR seperti Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang dilayan seperti warga kelas kedua.

DPPM mengingatkan kerajaan supaya jangan bersikap bermuka-muka dalam mengangani isu Palestin. Kerajaan sepatutnya bertindak lebih agersif dan serius dalam menangani keganasan terhadap bumi Gaza. Setakat kecaman bukanlah suatu tindakan yang konkrit dan meninggalkan kesan mendalam terhadap Israel. Kerajaan perlu bertegas sebagaimana yang dilaungkan oleh Presiden Mesir, Dr Muhammad Mursi serta Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan yang memberi amaran keras terhadap Israel.

Justeru, DPPM mendesak supaya kerajaan Malaysia bersama negara umat Islam yang lain di bawah OIC untuk memberi amaran keras terhadap Israel serta tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dengan menghantar tentera bagi membantu perjuangan umat Islam Palestin. Sudah sampai masanya negara umat Islam dibebaskan dari belenggu ketakutan terhadap Israel dan naungannya, AS.

Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss
Pengerusi Lajnah Antarabangsa merangkap
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

http://pemudagombak.com/v1/kenyataan-media-dewan-pemuda-pas-malaysia-kesal-kerajaan-enggan-iktiraf-hamas>


Malaysia beli kamera AES jauh lebih mahal

Posted: 22 Nov 2012 08:57 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri didakwa telah membeli kamera perangkap laju AES bagi kegunaan polis pada kadar lebih mahal dari harga sebenar.

Kementerian itu dalam satu jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar memberitahu, kamera Laser Digicam itu dibeli dengan harga RM173,385 seunit.

Bagi kamera model Laser Truecam pula dibeli dengan harga RM223,500 seunit.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ketika berucap di peringkat jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri mendakwa negara luar telah membeli kamera tersebut dengan harga yang lebih murah.


Kenyataan beliau itu merujuk kepada dokumen pembekal kepada kerajaan di tiga negeri di Amerika Syarikat antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.

"Dokumen yang kita ada ini menunjukkan di negara luar hanya membayar dalam RM15,000 hingga RM19,000 sahaja atau AS$4,995 hingga AS$6,378, kenapa kita berbelanja lebih dari itu," jelasnya.

Beliau yang juga turut mempersoalkan adakah proses pembelian ini dilakukan secarta terbuka atau pun tidak.

"Kita minta kerajaan menjelaskan syarikat manakah yang telah dipilih untuk membekal kamera tersebut," sambungnya lagi.

Dokumen yang didedahkan mendapati kerajaan negeri Montana menawarkan AS$4,995 dan Idaho AS$5,057.44 untuk setiap unit kamera jenis Laser Trucam.

Manakala, negeri Delaware menawarkan AS$6,378 bagi jenis Laser Digicam.

Difahamkan kerajaan membelanjakan sebanyak RM23.5 juta bagi tujuan pembelian kamera tersebut.

Ianya diperolehi secara berperingkat sejak 1995 yang melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak 85 unit bagi model Digicam dan 39 unit bagi Truecam.

"Kita tidak tahu kenapa harga kamera yang dibeli oleh kerajaan itu jauh lebih mahal," soal Mahfuz.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/14764-#fb


PANAS - Adun Umno Mengamuk Dalam Dewan Kerana Anak Diturunkan Pangkat..

Posted: 22 Nov 2012 03:57 AM PST

ALOR SETAR – ADUN Kota Siputeh, Dato' Abu Hasan Sarif diarahkan keluar Dewan Undangan Negeri apabila beliau membantah keputusan Speaker DUN untuk tidak mengganggu pengulungan oleh Exco Kerajaan Negeri, Lim Soo Nee apabila Exco berkenaan enggan memberi laluan.

ADUN tersebut sebelum ini telah mempersoalkan tindakan Yang Di Pertua Majlis Daerah Kubang Pasu (YDP MDKP) yang menurunkan pangkat dua orang pegawai gred N41 kepada N17, di mana salah seorang darinya adalah anak beliau sendiri. Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai tindakan bermotifkan politik. YDP MDKP yang terbabit dengan penurunan pangkat tersebut ialah Dato' Che Barni.


Exco Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia, YB Lim Soo Nee menjelaskan bahawa setelah disiasat didapati bahawa tiada jawatan yang sah untuk gred N41 tersebut dan yang ada hanyalah untuk gred N17.

Beliau menjelaskan ketika sesi penggulungan dalam menjawab persoalan yang dikemukakan oleh ADUN Kota Siputeh berkenaan dengan pemecatan dua orang pegawai di kawasan Kubang Pasu, di Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri ke 12 di Wisma Darul Aman.

"Oleh itu, YDP MDKP meminta agar mereka turun memegang jawatan N17 sekiranya masih berminat untuk berkhidmat di MDKP.

"Selepas itu, salah seorang daripada mereka terus bekerja di sana dengan gred N17 sehingga mendapat kerja di KUIN dan seorang lagi berhenti dengan alasan ingin bekerja dengan bapanya," terangnya.

Tambahnya lagi, beliau berpendapat bahawa pelantikan dua pegawai ke jawatan yang tidak wujud berdasarkan peraturan dan ianya telah mengambil hak dan peluang orang lain.

Gaji dua pegawai gred N41 itu dapat menampung gaji tujuh pegawai gred N17. Tindakan YDP MDKP pada waktu itu adalah wajar berdasarkan peraturan dan bukanlah disebabkan pegawai-pegawai tersebut anak kepada sesiapa.

Sementara itu, selepas diperintahkan keluar, ADUN Si Putih bersama-sama dengan Exco (BN) yang lain keluar dewan beramai-ramai. Namun, selepas YB Lim Soo Nee selesai berucap mereka masuk semula ke dewan kecuali Abu Hasan Sarif.



NG dakwa Shukor bohong isu tanah untuk Umno

Posted: 22 Nov 2012 03:37 AM PST

ADUN DAP Ng Suee Lim mendakwa wakil rakyat pembangkang Abdul Shukor Idrus berbohong dalam penjelasannya kepada DUN berhubung penggunaan tanah yang diperolehi individu tertentu bawah harga pasaran ketika BN mentadbir Selangor.

ADUN Sekinchan itu mendakwa, ada di antara tanah yang diperolehi itu digunakan untuk tujuan komersial ataupun dijual.

"Tanah berkenaan (dibangunkan) secara usaha sama dan ada yang sudah membina kedai, kondominium dan hartanah lain," dakwanya dalam satu sidang media di bangunan DUN Selangor hari ini.


Ng mendakwa, tiada dewan mahupun taman asuhan kanak-kanak yang dibina di atas tanah berkenaan.

"Ini bermakna ADUN Kuang membuat satu pembohongan besar," dakwa Ng.

Ng sebelum ini mendakwa 24 keping tanah dengan jumlah keluasan 33.5 ekar atau 1,459,260 kaki persegi dijual kepada parti komponen BN dengan harga RM1 sekaki persegi.

Bagaimanapun, Shukor yang merupakan ketua penerangan Umno Selangor berkata tanah berkenaan hanya digunakan untuk kegunaan masyarakat seperti untuk pembinaan dewan serbaguna.

http://www.malaysiakini.com/news/214875


Tiada ulasan: