ANAK SENGAT |
mE"RECYCLE" PEMIKIRAN PANGLIMA TUA Posted: 22 Nov 2012 03:34 PM PST Aku baca sejarah peperangan Hunain . Bertemu kisah panglima perang Hunain bernama Malik bin Auf. Beliau mengarahkan semua harta dan ternakan di bawa bersama dalam peperangan tersebut. Dalam masa yang sama ada seorang panglima pencen bernama Duraij. Duraij yang telah buta menyindir tindakan Malik bin Auf kerana merasakan dirinya lebih bijak. Duraij akhirnya mati dibunuh. Duraij adalah panglima yang " merecycle" dirinya kerana merasakan masih hebat. Dalam negara kita sekarang nampaknya ada seorang lagi panglima yang cuba merecycle dirinya kerana merasa masih hebat. Beliau yang menyerahkan kuasa kepada Pak Lah kerana tak tahan daulat Anuar setelah memecatnya. Akhirnya panglima tua itu berjuang menyingkirkan penggantinya. Panglima tua berjaya dalam misinya. Najib dilantik menggantikan Pak Lah, kini panglima tua merasakan Najib juga perlu disingkirkan. dia sekali lagi cuba mengembalikan nostalgilanya. Isu tulisan panglima tua agar perlunya rakyat menyokong syaitan yang dikenali dari Malikat yang dikenali memakan diri. Ia turut menyeret umNO yang dikendongnya dikenali sebagai syaitan. Panglima tua memang seorang yang degil. Dia tahu ramai ahli umNo tak bersetuju dengan analogi yang diciplak dari pemikir barat dalam falsafahnya, namun panglima tua memang degil... dia takkan tarik balik...akhirnya panglima tua memberi syaitan itu kepada TGHH... katanya... "Beliau (Hadi) dan pembangkang mungkin disokong oleh syaitan sendiri. Beliau sendiri bersama dengan syaitan. Itulah syaitan yang saya tahu. "Dia sendiri bersama dengan syaitan itu," ulang Mahathir lagi. dilapor Malaysiakini. Apa yang paling jelas... Mahathir masih hadapi krisis diri. Beliau pernah menyindir pemakaian serban dengan menyifatkannya ulama berfikiran tertutup kerana serban menyebabkan oksigen kurang masuk dalam kepala. Beliau juga pernah menyindir janggut Rasulullah dengan menyifatkannya kerana tiada pencukur... Terbaru Mahathir "merecycle" pemikiran sinisnya terhadap serban dan Janggut dengan ulasannya...Mengenai sama ada kemenangan Abdul Hadi akan mendapat sokongan orang Melayu, Dr Mahathir menyindir Karpal Singh, dengan mengatakan jika pengerusi DAP itu memakai turban, beliau juga akan berkelayakan sebagaimana Nik Aziz (Nik Mat, mursyidul am PAS). "Sama serban pun ada, janggut pun ada, apa lagi yang kita mahu?" katanya berseloroh. Mungkin ada yang kata itu hanya seloroh..namun hakikatnya... ia tetap dalam pemikiran sonsang Mahathir yang sinis terhadap islam... pemikiran yang mendasari parti Nasionalis plastik itu... |
You are subscribed to email updates from ANAK SENGAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan