Blog-list Malaysia |
- Taklimat Scorpene minggu depan
- Rendah Martabat Parlimen.. Hahaha...
- Ulama Umno Pakai Baju Lambang Salib..
- Umno Akan Kekalkan AES Dan Tiada Diskaun Saman
- Tentera Ajaib Berseragam Serba Putih Turut Berperang di Gaza
Taklimat Scorpene minggu depan Posted: 21 Nov 2012 11:27 PM PST KUALA LUMPUR 22 November: Taklimat Scorpene yang dijadual berlangsung di Dewan Rakyat hari ini ditunda ke minggu depan berikutan permintaan oleh kedua-dua peguam Perancis – William Bourdan dan Joseph Breham. Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah berkata, penangguhan itu dibuat kerana alasan peribadi peguam terbabit. "Kita akan umumkan tarikh dan masa tersebut pada Isnin depan. Bagaimanapun taklimat itu tetap akan diteruskan di Parlimen minggu depan," katanya kepada Keadilan Daily. Jelas Ahli Parlimen Subang itu, pihaknya masih berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri berhubung status kemasukan mereka. "Surat rasmi mengenai perkara itu sudah dihantar kepada Menteri Dalam Negeri bagi meminta sekatan tidak dilakukan terhadap kedua-dua peguam itu. "Buat masa ini, belum ada jawapan secara bertulis sama ada kerajaan membenarkan kemasukan peguam tersebut atau sebaliknya dan kita masih tunggu," katanya. Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan peguam terbabit akan ditahan jika hadir ke Malaysia dan meminta mana-mana pihak tidak mempolitikkan 'keputusan yang dibuat'. Beliau juga menyerahkan kepada pihak Imigresen sama ada membenarkan atau tidak kemasukan peguam terbabit. William dan Breham dijadual memberi maklumat terperinci mengenai perbicaraan Scorpene di Mahkamah Perancis di hadapan Ahli Parlimen Malaysia. Surat jemputan rasmi kepada mereka diserahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 November 2012. Pada Julai 2011, kerajaan bertindak menghantar pulang William ketika tiba di KLIA untuk memberi taklimat pada majlis makan malam Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di Petaling Jaya. Kapal selam Scorpene yang dibeli dari DCNS di Perancis – melibatkan komisen lebih RM500 juta dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat milik rakan baik Perdana Menteri – Abdul Razak Baginda. Skandal ini dikatakan turut berhubung kait dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang dibunuh mengguna bom C4 dari Kementerian Pertahanan pada 2006. Kedua-dua hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire kini sedang meneruskan siasatan terhadap kes berkenaan di Mahkamah Tribunal deGrande Instance Perancis. Tujuh saksi dinamakan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, Abdul Razak Baginda, isteri Razak, Mazlinda Makhzan, pembantu kanan beliau, Jasbir Singh Chahl serta Ahli Perniagaan, Lodin Wok Kamaruddin. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=39911 |
Rendah Martabat Parlimen.. Hahaha... Posted: 21 Nov 2012 07:45 PM PST 'Rendah martabat Parlimen jika jemput peguam Suaram' Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Latiff Ahmad berkata tindakan menjemput peguam yang mewakili NGO hak asasi Suaram untuk memberi taklimat kepada MP "menjatuhkan maruah" Parlimen. Katanya, dua peguam yang mewakili Suaram itu juga cuba menjadi hero dan mahu martabat mereka diangkat di Parlimen Malaysia. "Rendah martabat Parlimen kalau kita jemput mereka... Siapa mereka?," soalnya yang menjelaskan bahawa Malaysia terbuka sekiranya taklimat dijalankan di antara kerajaan dengan kerajaan dan bukannya daripada peguam Suaram. Beliau turut menggelarkan salah seorang peguam tersebut dengan nama "William Bodoh" – merujuk kepada peguam William Bourdon. Seorang lagi peguam Perancis itu ialah Joseph Breham. Dalam ucapannya ketika menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa untuk belanjawan kementerian itu, Abdul Latiff juga berkata Malaysia terbuka sekiranya majistret Perancis melawat Malaysia. Namun, majistret berkenaan tidak mempunyai locus standi dan perlu bekerjasama dengan jabatan kehakiman, katanya lagi. Ahmad Latiff menjawab soalan yang dikemukakan Tian Chua (PKR-Batu) yang bertanya sekiranya kerajaan akan membenarkan peguam Suaram memberi taklimat kepada MP dan juga untuk memberi penjelasan bagi pihak Putrajaya. Peguam berkenaan dijadualkan untuk memberi taklimat MP berhubung isu berkenaan semalam, namun acara itu dibatalkan memandangkan Kementerian Dalam Negeri tidak dapat memberi jaminan berhubung kunjungan mereka ke negara ini. Bourdon diusir daripada Malaysia pada tahun lalu, atas dakwaan menyalahgunakan pas lawatannya dengan berucap di satu majlis anjuran Suaram. Timbalan menteri itu berkata, mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab, termasuk Perancis, akan mengusir mereka kerana mendedahkan segala rahsia siasatan. |
Ulama Umno Pakai Baju Lambang Salib.. Posted: 21 Nov 2012 05:30 PM PST Ada Lambang SALIB pun buat laporan polis isu murtad.. UMNO UMNO!!! KOTA BAHARU, 20 Nov -- Kira-kira 15 anggota Biro Agama dan Ulama Veteran UMNO Kelantan tampil ke Ibupejabat Polis Daerah Kota Baharu bagi membuat laporan polis berhubung kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu murtad pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 di sini, hari ini. Kumpulan itu diketuai oleh pengerusinya, Mohd Noor Deris (empat kiri). Konon nak cari publisiti dalam isu yang mereka sendiri putar belitkan,susah payah cai-cai UMNO buat report polis isu murtad konon-nya. Semua mereka ni konon-nya 15 orang dari Biro Agama dan Ulama Veteran UMNO Kelantan...tapi salah sorang dari mereka pakai baju ada tertera logo salib... Adakah yang memakai baju tersebut bukan Islam...?? Inilah berkat doa " Ko BN ", segala tindak tanduk puak UMNO semakin menuju kahancuran...!!!! Haram Memakai pakaian ada Lambang Salib, Syaitan dan jenama arak KUALA LUMPUR – Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik. Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik. azmieyusoff.blogspot.com/ |
Umno Akan Kekalkan AES Dan Tiada Diskaun Saman Posted: 21 Nov 2012 03:41 PM PST KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang memansuhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) mahupun memberi diskaun saman kepada pesalah trafik yang dikesan menerusi sistem itu. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha menegaskan bahawa sistem AES bukan untuk menghukum tetapi bagi mengajar pengguna jalan mematuhi undang-undang dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan maut. Sejak fasa pertama sistem kamera AES dipasang pada 22 September lepas, ada penurunan sehingga 70 peratus bilangan mereka yang melanggar had laju dan melanggar lampu isyarat, katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini. Cho Ha berkata, pelaksanaan AES telah dikaji daripada segala aspek termasuk kepakaran memperbaiki, menyelenggara peralatan AES dan kaedah mengelakkan wujudnya vandalisme. Katanya beliau berasa amat kecewa dengan tindakan segelintir wakil rakyat pembangkang yang didakwa memutarbelitkan fakta mengenai AES. "Pembangkang mendakwa seolah-olah dua syarikat yang terbabit dalam AES mengaut keuntungan berlebihan sebaliknya mereka perlu sedar bahawa sebenarnya proses pemilihan (syarikat) dijalankan secara telus. "Kedua-dua syarikat itu hanya penyedia perkhidmatan manakala penguatkuasaan pula dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," katanya. Pada sidang media yang sama, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri pula berkata kandungan perjanjian antara kerajaan dengan dua syarikat penyedia perkhidmatan AES itu adalah rahsia dan sulit serta mengguna pakai Akta Rahsia Rasmi. Terdahulu, semasa sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat jawatankuasa, Kong berkata cadangan untuk memberi diskaun kepada pesalah trafik yang dikenakan saman melalui AES akan dikaji walaupun pada masa ini, kerajaan tidak mempunyai sistem untuk berbuat demikian. "Jadi, cadangan itu kita akan ambil kajian," katanya ketika menjawab gesaan anggota Parlimen Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) sama ada kementerian akan membuat kajian berhubung cadangan tersebut demi kepentingan rakyat. Beliau juga berkata, kaedah pembayaran saman yang dikesan melalui AES akan diperluaskan apabila pembayarannya boleh dibuat di pejabat pos, melalui MYEG dan secara atas talian. Mengenai tuduhan sesetengah pihak bahawa kerajaan menswastakan penguatkuasaan kesalahan memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat, Kong berkata ia adalah tidak benar sama sekali. Katanya, ini kerana kedua-dua syarikat itu meerupakan penyedia perkhidmatan yang hanya bertanggungjawab untuk membangunkan, menyelenggara dan mengoperasikan sistem AES. Katanya, seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, semua saman adalah dikeluarkan oleh JPJ yang ditempatkan di Pusat Kawalan AES dan di bawah perjanjian di antara kerajaan dan pihak penyedia perkhidmatan, sistem tersebut akan diserahkan kepada kerajaan selepas lima tahun ia beroperasi. "Sebenarnya pelaksanaan AES ini telah diberi pertimbangan sedalam-dalamnya oleh kerajaan dan jika kerajaan tidak melantik pihak syarikat swasta secara kaedah penyumberan luar, ia terpaksa memberi pertimbangan kepada masalah dari segi penyelenggaraan, risiko vandalisme, kecurian peralatan, teknologi yang berubah, alat ganti dan penyediaan dalam mengoperasi dan menyelenggarakan sistem ini," katanya. - Bernama |
Tentera Ajaib Berseragam Serba Putih Turut Berperang di Gaza Posted: 21 Nov 2012 04:29 AM PST Pasukan "Berseragam Putih" di Gaza ... Ada "pasukan lain" membantu para mujahidin Palestine. Pasukan Israel sendiri mengakui adanya pasukan berseragam putih itu. Suatu hari di penghujung Januari 2009, sebuah rumah milik keluarga Dardunah yang berada di antara Jabal Al Kasyif dan Jabal Ar Rais, tepatnya di jalan Al Qaram, didatangi oleh sekelompok pasukan Israel. Seluruh anggota keluarga diperintahkan duduk di sebuah ruangan. Salah satu anak laki-laki diinterogasi mengenai ciri-ciri para pejuang al-Qassam. Saat disoal-siasat tentera yahudi, sebagaimana ditulis situs Filisthin Al Aan (25/1/2009), memaparkan cerita seorang mujahidin al-Qassam, laki-laki itu menjawab dengan jujur bahwa para pejuang al-Qassam mengenakan baju hitam-hitam. Akan tetapi tentara itu malah marah dan memukulnya hingga laki-laki malang itu pengsan. Selama tiga hari berturut-turut, setiap ditanya, laki-laki itu menjawab bahwa para pejuang al-Qassam memakai seragam hitam. Akhirnya, tentara itu naik pitam dan mengatakan dengan keras, "Wahai pembohong! Mereka itu berseragam putih!" Cerita lain yang disampaikan penduduk Palestina di situs milik Brigade Izzuddin al-Qassam, Multaqa al-Qasami, juga menyebutkan adanya "pasukan lain" yang tidak dikenal. Awalnya, sebuah ambulan dihentikan oleh sekelompok pasukan Israel. Pemandurnya ditanya apakah dia berasal dari kelompok Hamas atau Fatah? Sopir malang itu menjawab, "Saya bukan kelompok mana-mana. Saya cuma sopir ambulan." Akan tetapi tentara Israel itu masih bertanya, "Pasukan yang berpakaian putih-putih dibelakangmu tadi, masuk kelompok mana?" Si sopir pun kebingungan, karena ia tidak melihat seorangpun yang berada di belakangnya. "Saya tidak tahu," jawaban satu-satunya yang ia miliki. Cerita mengenai "pasukan tidak dikenal" juga datang dari seorang penduduk rumah tersusun wilayah Tal Islam yang handak mengungsi bersama keluarganya untuk menyelamatkan diri dari serangan Israel. Di tangga rumah ia melihat beberapa pejuang menangis." Kenapa kalian menangis?" tanyanya. "Kami menangis bukan karena khawatir keadaan diri kami atau takut dari musuh. Kami menangis karena bukan kami yang bertempur. Di sana ada kelompok lain yang bertempur memporak-porandakan musuh, dan kami tidak tahu dari mana mereka datang," jawabnya. Saksi Soldadu Israel ... Cerita tentang "soldadu berseragam putih" tak hanya diungkap oleh mujahidin Palestina atau warga Gaza. Beberapa personel pasukan Israel sendiri menyatakan hal serupa. Situs al-Qassam memberitakan bahwa TV Channel 10 milik Israel telah menyiarkan seorang anggota pasukan yang ikut serta dalam pertempuran Gaza dan kembali dalam keadaan buta. "Ketika saya berada di Gaza, seorang tentera berpakaian putih mendatangi saya dan menaburkan pasir di mata saya, hingga saat itu juga saya buta," kata anggota pasukan ini. Di tempat lain ada soldadu Israel yang mengatakan mereka pernah berhadapan dengan "hantu". Tidak diketahui dari mana asalnya, bila munculnya, dan ke mana menghilangnya. Masih dari Channel 10, seorang tentera Israel lainnya mengatakan, "Kami berhadapan dengan pasukan berbaju putih-putih dengan janggut panjang. Kami tembak dengan senjata, akan tetapi mereka tidak mati." Cerita ini menggelitik banyak pemirsa. Mereka bertanya kepada Channel 10, siapa sebenarnya pasukan berseragam putih itu? Apakah pasukan berbaju putih itu adalah MALAIKAT bantuan Allah, sebagaimana Allah telah membantu dalam perang Badar dalam Al Quran? "(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu: "Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut".(QS 8 : 9) Suara Tak Bersumber ... Ada lagi kisah karamah mujahidin yang kali ini disebutkan oleh khatib masjid Izzuddin Al Qassam di wilayah Nashirat Gaza yang telah ditayangkan oleh TV channel Al Quds, yang juga ditulis oleh Dr Aburrahman Al Jamal di situs Al Qassam dengan judul Ayaat Ar Rahman fi Jihad Al Furqan (Ayat-ayat Allah dalam Jihad Al Furqan). Sang khatib bercerita, seorang pejuang telah menanam sebuah periuk api yang telah disiapkan untuk menyambut pasukan Zionis yang melalui jalan tersebut. "Saya telah menanam sebuah periuk api. Saya kemudian melihat sebuah helikopter menurunkan sejumlah besar pasukan disertai tank-tank yang beriringan menuju jalan tempat saya menanam ranjau," kata pejuang tadi. Akhirnya, sang pejuang memutuskan untuk kembali ke markas karena mengira ranjau itu tidak akan bekerja optimal. Maklum, jumlah musuh amat banyak. Akan tetapi, sebelum beranjak meninggalkan lokasi, pejuang itu mendengar suara "Utsbut, tsabatkallah" yang maknanya kurang lebih, "tetaplah di tempat maka Allah menguatkanmu." Ucapan itu ia dengar berulang-ulang sebanyak tiga kali. "Saya mencari sekeliling untuk mengetahui siapa yang mengatakan hal itu kapada saya. Akan tetapi saya malah terkejut, karena tidak ada seorang pun yang bersama saya," ucap mujahidin itu, sebagaimana ditirukan sang khatib. Akhirnya sang mujahid memutuskan untuk tetap berada di lokasi. Ketika sebuah tank melewati ranjau yang tertanam, sesuatu yang "ajaib" terjadi. Ranjau itu justru meledak amat dahsyat. Tank yang berada di dekatnya langsung hancur. Banyak soldadu Israel mati serta merta. Sebahagian dari mereka harus diangkut oleh helikopter. "Sedangkan saya sendiri dalam keadaan selamat," kata mujahid itu lagi, melalui lidah khatib. Cerita yang disampaikan oleh seorang penulis Mesir, Hisyam Hilali, dalam situs alraesryoon.com, ikut mendukung kisah-kisah sebelumnya. Abu Mujahid, salah seorang pejuang yang melakukan ribath (berjaga) mengatakan, "Ketika saya mengamati gerakan tank-tank di perbatasan kota, dan tidak ada seorang pun di sekitar, akan tetapi saya mendengar suara orang yang bertasbih dan beritighfar. Saya berkali-kali mencoba untuk memastikan asal suara itu, akhirnya saya memastikan bahwa suara itu tidak keluar kecuali dari bebatuan dan pasir." Sudah Meledak, Ranjau Masih Utuh ... Satu kejadian "aneh" terjadi di Gaza Selatan, tepatnya di daerah AI Maghraqah. Saat itu para mujahidin sedang memasang ranjau. Di saat mengulur kabel, tiba-tiba sebuah pesawat pengintip Israel mengesan mereka. Bom pun langsung digugurkan ke lokasi itu. Untunglah para mujahidin selamat. Namun, kabel pengubung ranjau dan pemicu yang tadi hendak disambung menjadi terputus. Tidak ada kesempatan lagi untuk menyambungnya, karena pesawat masih berputar-putar di atas. Tak lama kemudian, beberapa tank Israel mendekati lokasi di mana ranjau-ranjau tersebut ditanam. Bukan sekadar melewati, tank-tank itu malah berhenti tepat di atas peledak yang sudah tak berfungsi itu. Apa daya, kaum Mujahidin tak bisa berbuat apa-apa. Kabel ranjau jelas tak mungkin disambung, sementara tank-tank Israel telah berkumpul tepat di atas ranjau. Mereka merasa amat sedih, bahkan ada yang menangis ketika melihat pemandangan itu. Sebagian yang lain berdoa, "allahumma kama lam tumakkinna minhum, allahumma la tumakkin lahum," yang maknanya, "Ya Allah, sebagaimana engkau tidak memberikan kesempatan kami menghadapi mereka, jadikanlah mereka juga tidak memiliki kesempatan serupa." Tiba-tiba, ketika fajar tiba, terjadilah keajaiban. Terdengar ledakan dahsyat persis di lokasi penanaman ranjau yang tadinya tak berfungsi. Setelah Tentara Israel pergi dengan membawa kerugian akibat ledakan lersebut, para mujahidin segera melihal lokasi ledakan. Sungguh aneh, ternyata seluruh ranjau yang telah mereka tanam itu masih utuh. Dari mana datangnva ledakan? Wallahu a'lam. Masih dari wilayah Al Maghraqah. Saat pasukan Israel menembakkan artileri ke salah satu rumah, hingga rumah itu terbakar dan api menjalar ke rumah sebelahnya, para mujahidin dihinggapi rasa khawatir jika api itu semakin tak terkendali. Seorang dari mujahidin itu lalu berdoa, "Wahai Dzat yang merubah api menjadi dingin dan tidak membahayakan untuk Ibrahim, padamkanlah api itu dengan kekuatan-Mu." Maka, tidak lebih dari tiga menit, api pun padam. Para mujahidin menangis terharu karena mereka merasa Allah Subhanuhu wa Ta'ala (SWT) telah memberi pertolongan dengan terkabulnya doa mereka dengan segera.- sumber FB |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan