Blog-list Malaysia |
- Panas - Penduduk kampung bergaduh dengan kontraktor di Tampoi
- Azmin dakwa Noh 'ghairah' nak jadi MB Selangor
- Boros: Zuraida sedia disiasat SPRM
- Ibrahim Ali atau Hasan Ali pun boleh menjadi Perdana Menteri
- Repot Pasal Doa TGNA - Umno Kelantan Buat Lawak..
- Donald Lim berbohong; PKNS bina 12,000 rumah mampu milik
- Pencacai Umno Marah Ust Azhar Biar Anak Tak Pakai Tudung..
- Doa Pak Mat Supaya Allah Hancurkan Perompak..
Panas - Penduduk kampung bergaduh dengan kontraktor di Tampoi Posted: 21 Nov 2012 12:55 AM PST (Penduduk kampung dan kontraktor bergaduh di Kampung Semangat - foto facebook Suhaizan Kaiat) TAMPOI: Para penduduk Kampung Semangat dekat sini bergaduh dengan kontraktor yang mewakili pemaju Danga Bay Sdn Bhg hari ini. Ia berlaku kira-kira jam 11.15 pagi tadi antara pekerja kontraktor dan penduduk Kampung Semangat, Tampoi. Menurut Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan kaiyat, kontraktor mendakwa mereka diberi upah untuk membersihkan kawasan Kampung Semangat oleh pihak tertentu. Pembersihan ini telah menyebabkan tanaman penduduk dan sistem paip penduduk terjejas. Penduduk kampung mendakwa, kontraktor yang hadir dalam kumpulan yang besar lebih daripada 25 orang adalah untuk mengusir mereka daripada kampung tersebut. Sebelum ini, penduduk melahirkan rasa tidak puashati mereka kerana kontraktor sering membuat provokasi terhadap penduduk. Pergaduhan mula berlaku apabila kontraktor meneruskan kerja-kerja pembersihan dan penduduk tidak berpuas hati. Mereka telah dibaling dengan batu dan kayu oleh petugas kontraktor berkenaan. Penduduk Kampung Semangat yang tercedera adalah Goh Wee Chooi, Ang Bee Wah, Ang Ah Chai, Cheng Chong, Goh Wai Kong dan Chee Tet Onn. Polis telah datang di kawasan terbabit dan telah menangkap sembilan orang kontraktor dan enam orang penduduk. Mereka telah direman di Balai Polis Kempas. Penduduk adalah terdiri daripada pemilik rumah, penyewa rumah, pemilik bengkel dan pekebun. Kampung Semangat, Tampoi terletak di Batu 7.5 Jalan Skudai, Simpang Kempas Lama, Tampoi, Johor. Menurut sejarahnya, tanah berkeluasan 63.2573 hektar ini telah dianugerahkan kepada Dato' Toh Ah Boon pada tahun 1930 oleh Sultan Ibrahim. Dato' Toh Ah Boon telah meninggal dunia pada 1 April 1932 dan tanah tersebut telah diserahkan kepada pewarisnya Toh Gim Cheng. Pada tahun 1975 Toh Gim Cheng telah melantik Low Sue Heng sebagai wakil. Pada 14 Februari 2011 tanah tersebut(Lot 153, Mukim Tebrau) telah dijual oleh Low Sue Heng @ Low Sui Heng kepada Danga Bay Sdn. Bhd. Pada awalnya terdapat 400 keluarga tinggal di kampung ini. Pelbagai kemudahan terdapat dikampung ini termasuk surau, kuil, dewan orang ramai, gelangang bola keranjang dan lain-lain. Terdapat juga penempatan orang tua dan orang cacat di sini. Pada 8 September 2011 penduduk menerima satu notis guaman dari Tea, Kelvin Kang & Company yang meminta penduduk mengosongkan tanah tersebut sebelum 31 Oktober 2011. Notis ini tidak menyatakan dengan jelas nama pelanggan (tuan tanah). Pada 9 Oktober 2011 suatu pertemuan penduduk kampung dengan Adun Datuk Haji Osman Sapian telah diadakan. Ketua Masyarakat Kampung Semangat yang juga Ketua MIC Cawangan Kg Semangat, En. K.K.Krisnan telah menyerahkan suatu tuntutan kepada Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor melalui Datuk Haji Osman Sapian. Sehingga kini tiada sebarang jawapan diterima daripada pihak kerajaan. Jawatankuasa Bertindak yang telah ditubuhkan telah menghantar satu permohonan tuntutan Ikhsan dan Saguhati kepada Danga Bay Sdn Bhd pada 8hb Oktober 2012. Wakil Danga Bay Sdn Bhd adalah En. Chai Yee Man. Setakat ini tiada sebarang jawapan daripada Danga Bay Sdn. Bhd. Pada 18 Oktober 2012, para penduduk menerima Notis Kedua dari Tetuan Tea, Kelvin Kang & Company yang menyatakan site clearing akan bermula mulai 19 Oktober 2012 , dan meminta penduduk-penduduk mengosongkan rumah mereka sebelum tarikh tersebut. Penduduk-penduduk di sini diugut oleh kontraktor yang datang dari luar. Beberapa keluarga yang takut, telah berpindah dari tempat ini. Sebahagiannya menerima wang pampasan berpindah sementara sebahagian lagi tidak menerima sebarang pampasan. Keluarga yang masih tinggal di kampung ini hanyalah 180 keluarga sahaja. Pada 1 November 2012, lebih kurang 30 orang yang berlagak gangster dibawa masuk untuk merobohkan rumah-rumah kosong. Kumpulan itu membawa masuk 1 bulldozer dan 2 JCB dengan tujuan membersihkan kawasan itu. "Pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Johor mendesak pihak polis membuat kawalan keselamatan yang lebih ketat bagi mengelakkan pergaduhan berlaku semula. "Ini kerana, tempat kejadian hanyalah 1 KM daripada Balai Polis Kempas," kata Suhaizan (gambar atas) dalam kenyataannya. Bagi beliau, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman sudah sewajarnya menjadi orang tengah menyelesaikan masalah antara penduduk Kampung Semangat dan Syarikat Danga Bay Sdn. Bhd. |
Azmin dakwa Noh 'ghairah' nak jadi MB Selangor Posted: 20 Nov 2012 11:41 PM PST Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali hari ini menasihatkan Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar supaya tidak "ghairah" memutarbelit fakta semata-mata kerana mahu menjadi menteri besar Selangor. Katanya, dakwaan Noh mengenai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ingin menjual aset dan saham kepada bukan bumiputera, merupakan satu dakwaan untuk memancing undi orang Melayu menjelang pilihan raya umum. "Dalam keghairahan Noh Omar nak jadi menteri besar, jangan putar belit fakta dengan membuat dakwaan seperti ini. "Berhubung dakwaan Noh Omar dan hulubalang Umno terhadap PKNS yang saya kira melampau, saya berani katakan ini serangan untuk memancing undi orang Melayu menjelang pilihan raya umum akan datang," katanya ketika membahaskan Belanjawan Selangor 2013 di Dewan Undangan Negeri di Shah Alam hari ini. Sabtu lalu, Noh mempersoalkan rancangan Worldwide Holdings Berhad- anak syarikat PKNS untuk menjual syer bernilai RM150 juta kepada sebuah syarikat bukan bumiputera. Noh mendakwa syarikat yang ditubuhkan pada 21 Mac lepas itu sebelum ini mempunyai dua pengarah bukan Bumiputera yang juga merupakan pemegang saham tetapi berdasarkan carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dua individu itu telah meletak jawatan sebagai pengarah pada 22 Mei tetapi mereka masih kekal sebagai pemegang saham. Sehubungan itu, menjawab dakwaan tersebut, Azmin berkata, sebagai ahli lembaga pengarah PKNS, beliau tidak pernah dirujuk atau berbincang tentang cadangan untuk menjual sebarang aset perbadanan milik negeri itu. Beliau turut berkata, syarikat yang ditubuhkan pada 21 Mac seperti didakwa Noh pula adalah bertujuan bagi memastikan kesemua aset milik PKNS yang bernilai RM4.5 bilion agar dapat berdaya saing. "Saya nak tegaskan kita tak ada rancangan pun kononnya Wordwide Holding nak menjual kepada mana-mana pihak. Saya juga nak tegaskan Worldwide Holding masih kekal milik penuh PKNS," kata Azmin. "Nilai aset semasa PKNS ada RM4.5 bilion. Sudah tentu ia menuntut kepada sebuah pengurusan yang lebih progresif dan tidak menggunakan mekanisme cara lama. "Apa kita nak buat sekarang ialah satu usaha dan inisiatif korporat dengan menubuhkan syarikat milik penuh PKNS. Masih milik penuh PKNS. Namanya PKNS Private Real Estate Company Sdn Bhd (PREC). Syarikat ini bertujuan untuk memastikan aset-aset PKNS yang komersial ini berdaya saing," kata Azmin lagi. Sementara itu, ketika ditemui pemberita ketika sidang dewan berehat, Azmin berkata, penubuhan PREC telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan. Katanya lagi, kelulusan tersebut telah diberi pada 12 September lalu. "Kementerian Kewangan telahpun membenarkan PKNS untuk menubuhkan satu anak syarikat yang bernama PKNS Real Estate Company (PREC). "Nak tubuh PREC, kita mesti mendapatkan kelulusan Kementerian Kewangan dan Kementerian Kewangan telahpun memberi kelulusan pada 12 September 2012. PKNS dan PREC ini milikan penuh Bumiputra. Jadi di mana tuduhan Noh Omar dan juga Umno bahawa kita menjual kepentingan orang Melayu kepada bukan Melayu? Itu tuduhan yang jahat," katanya. http://www.malaysiakini.com/news/214739 |
Boros: Zuraida sedia disiasat SPRM Posted: 20 Nov 2012 10:56 PM PST Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin tidak melihat isu kenderaan dimilikinya seperti ditimbulkan oleh sebuah blog pro-Umno, www.sel13.com sebagai satu masalah kerana tidak ada apa-apa unsur mencurigakan dalam pemilikan berkenaan serta mengalu-alukan jika mana-mana pihak mahu melakukan siasatan terhadap dirinya."Saya tidak ada masalah jika mana-mana pihak mahu lakukan siasatan. "Kereta Volvo yang dipersoalkan itu saya beli dengan menggunakan pengecualian duti eksais diperolehi ahli parlimen. "Toyota Hilux itu pula, saya 'trade in' dengan kereta Naza sebelum ini bagi memudahkan untuk turun ke kawasan, sebiji lagi Toyota Hilux dengan nombor pendaftaran WTY 1547 dibeli oleh seorang anggota parti menggunakan nama saya kerana nama beliau sudah disenarai hitamkan," kata Zuraida ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider. Ketua Wanita PKR itu juga menambah beliau sudah memiliki lebih daripada sebuah kenderaan sebelum menjadi wakil rakyat. "Mereka mungkin tidak tahu, sebelum menjadi wakil rakyat lagi, Kak Zu (Zuraida) sudah miliki lebih daripada satu kenderaan. "Tentang isu tidak membayar saman, negara kita kan ada undang-undang? Nanti bila nak hidupkan cukai jalan, saya perlu bayar semua saman sebelum dibenarkan berbuat demikian," katanya. Selain itu Zuraida menegaskan dakwaan mengenai asal-usul keluarganya serta isu penyertaannya dalam PKR adalah tidak benar. "Saya menyertai PKR (dulu PKN) semenjak tahun 1999, jadi tak benar dakwaan mereka saya masuk PKR selepas aktif di Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)," katanya lagi. Semalam, blog www.sel13.com menimbulkan isu mengenai jumlah kenderaan dimiliki oleh Zuraida yang dikatakan mewah selepas menjadi ahli parlimen berdasarkan dari carian jumlah saman trafik belum dibayar ahli parlimen tersebut dari laman web MyEG — sebuah portal membolehkan saman trafik disemak dan dibayar melalui talian. Pendedahan blog tersebut turut menarik perhatian penulis blog pro Umno yang lain serta Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil turut berkonsi maklumat tersebut melalui akaun Twitternya @shahrizatjalil. Sumber: TheMalaysianinsider.com |
Ibrahim Ali atau Hasan Ali pun boleh menjadi Perdana Menteri Posted: 20 Nov 2012 08:20 PM PST Siapa akan menjadi PM selepas PRU ini sedang sibuk diperbincangkan selepas muktamar PAS di Kelantan hujung minggu lepas. Kedua-dua belah pihak membahaskan siapa yang paling layak menjadi PM: TGHA atau Anwar Ibrahim? Isu ini masih diperbualkan termasuk oleh pemimpin-pemimpin UMNO sendiri. Syed Hamid Albar berkata Anuar lebih layak dari TGHA walaupun perwakilan muktamar mencadangkan Presiden partinya untuk menjadi PM. Ramai di kalangan pemimpin UMNO telah berbelah bagi, samada TGHA atau Anwar yang lebih layak untuk memikul beban tersebut. Tetapi yang sangat jelas ialah pemimpin-pemimpin UMNO sendiri seolah-olah telah menerima hakikat yang PR akan memenangi PRU ini. Kalau tidak masakan di antara pimpinan UMNO sendiri berbincang siapa yang lebih layak di antara Anwar dan TGHA. Rupa-rupanya bukanlah saya seorang yang berfikir yang UMNO akan menerima kekalahan malahan mereka yang masih kekal dalam parti itu sendiri berbincang tentang pilihan di antara Anwar dan TGHA. Ini merupakan kali pertama rakyat bercakap tentang PM dari pihak pembangkang sekarang ini selepas rakyat menukar mandat mereka dalam PRU yang akan datang. Isu ini pastinya satu isu yang akan menjadi hangat dan tidak akan berhenti senyap dalam masa terdekat ini. Bagi saya kedua-dua nya layak, tetapi biarlah kita selesaikan PRU ini dahulu. Kadang-kadang ada pihak yang tidak berjaya niat dan tujuan mereka kerana sebelum pun pergi ke hutan sudah membilang buah kerayung. Tetapi keadaannya ialah PR masih mendahului BN jika PRU diadakan pada minggu ini. Isu siapa Perdana Menteri elok kita ketepikan jauh-jauh dahulu kerana yang penting permaharajalelaan UMNO wajib kita hentikan serta merta selepas PRU ini. Kita mempunyai perlembagaan jelas yang seorang PM itu sepatutnya di pilih di antara ahli-ahli Legislatif yang mendapat sokongan dari ahli-ahli Parlimen walaupun dengan satu undi. Walau bagaimana pun pihak PR telah bersetuju untuk memberikan kerusi PM kepada Anwar jika PR memenangi pilihanraya yang akan datang ini. Di dalam perlembagaan sesiapa yang mendapat sokongan yang terbanyak di dalam Dewan Legislatif Parlimen maka dia lah yang menjadi Perdana Menteri negara ini selepas pilihanraya yang akan datang ini. Selama ini Presiden UMNO menjadi Perdana Menteri itu hanyalah melalui 'convention' dan bukannya melalui cara dan kaedah yang tertulis di dalam perlembagaan negara. Pada dasarnya sesiapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri dari mana-mana parti sekali pun asalkan ia mendapat sokongan dari ahli-ahli Dewan Parlimen walaupun dengan kelebihan 'simple majority'. Di atas dasar itu maka Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin, Zaharin Hashim, Bung Mokhtar, Mohamad Aziz mempunyai peluang yang sama untuk menjadi Perdana Menteri jika mereka menang dalam pilihanraya parlimen mewakili apa-apa parti atau sebagai calon bebas dalam pilihanraya yang akan datang. Yang perlu mereka mendapat sokongan majoriti dalam Parlimen. Jika Hasan Ali 'akidah' dicalonkan menjadi ahli parlimen dia juga mempunyai peluang untuk menjadi PM untuk mewakili pertubuhannya yang kalau tidak silap saya namanya JATI. Lagi satu syarat dia tidak bercakap seorang diri selalu kerana mereka yang bercakap seorang diri itu adalah orang gila dan tidak layak menjadi ahli Parlimen. Oleh itu semua pihak tidak perlu menentukan siapa Perdana Menteri sekarang ini tetapi menumpukan usaha masing-masing untuk memenangi pilihanraya dan meletakkan UMNO di pihak pembangkang. Saya secara peribadi pun hendak sangat mendengar ucapan-ucapan Muhyiddin Yaasin sebagai ahli pembangkang jika beliau memenangi kerusi pilihanraya Pagoh dalam pilihanraya yang akan datang ini. Untuk menjadi pemimpin yang baik seseorang itu elok melalui pengalaman menjadi pembangkang untuk melengkapkan pengalaman sebagai seorang pemimpin. Di negara-negara maju ramai pemimpin-pemimpin beralih tempat setiap pilihanraya. Penggal ini mereka menjadi Menteri kerana parti nya menang dalam pilihanray tetapi penggal yang berikutya mereka menjadi pembangkang kerana partinya kalah dalam pilihanraya yang berikutnya. Keadaan itu adalah keadaan yang lazim berlaku dan itu bukannya tidak boleh berlaku di negara ini. -harakahdaily |
Repot Pasal Doa TGNA - Umno Kelantan Buat Lawak.. Posted: 20 Nov 2012 03:57 PM PST Doa 'KO BN': Umno Kelantan buat laporan polis KOTA BHARU - Umno Kelantan hari ini membuat dua laporan polis berhubung tindakan Pas membaca doa untuk menghancurkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dan tuduhan bahawa Umno sebuah parti murtad. Mereka meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Pas kerana menyifatkan segala kenyataan itu telah mengguris hati bangsa Melayu dan Islam di negara ini. Ketua Wanita Umno Pengkalan Chepa, Zarina Md Eusoffe mengetuai kira-kira 30 anggota pergerakan itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu di sini. Ketika ditemui, Zarina berkata, mereka mahu polis menyiasat perkara itu mengikut peruntukan undang-undang yang ada termasuk Akta Hasutan kerana menyifatkan doa berkenaan boleh menghasut umat Islam bertelagah sesama mereka. "Hati kami tersentuh. Kami orang Melayu beragama Islam dan tuduhan ini sangat melampau yang menyerlahkan sikap sebenar Pas dan Mursidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya. Beliau meminta rakyat Kelantan terutamanya menilai siapa sebenarnya pemimpin Pas itu yang ternyata mempunyai politik dendam terhadap Umno kerana sanggup mendoakan kehancuran dan menuduh Umno murtad. Di IPD yang sama, Majlis Veteran Umno Kelantan turut membuat laporan serupa, diketuai Pengerusi Biro Ulama Majlis Veteran itu, Mohd Noor Deris. Mohd Noor berkata tuduhan murtad oleh Nik Aziz itu itu disifatkan sebagai melampau dan meminta Sultan Kelantan campur tangan. "Kami juga memohon perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V agar dapat segera mengubat perkara yang memudaratkan umat Islam di negeri ini," katanya. Mohd Noor juga meminta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan menyuarakan pandangan mereka menurut nas-nas Islam berhubung perkara itu dan mengajak pemimpin Pas termasuk Nik Aziz bermuzakarah. Pada Jumaat lepas, Pas mengadakan solat hajat dan berdoa supaya Umno hancur yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV dengan dipimpin adik Menteri Besar, Nik Razi Nik Mat, sempena Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58. Pada Ahad, Nik Abdul Aziz mengundang kontroversi apabila mendakwa Umno murtad kerana memperlekeh dan menolak Islam. - Bernama |
Donald Lim berbohong; PKNS bina 12,000 rumah mampu milik Posted: 20 Nov 2012 03:26 PM PST Dakwaan Datuk Donald Lim tentang tiada rumah mampu milik untuk rakyat yang dibina oleh kerajaan negeri Selangor kini semakin terserlah pembohongannya. Ia tidak berdasarkan fakta, tidak cermat, mengelirukan dan tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang timbalan menteri kewangan dan juga Pengerusi MCA Negeri Selangor. Jika kita melihat gambar terbaru ini, pastinya kelentong orang MCA ini setaraf dengan kelentong Noh Omar orang UMNO. Adakah Donald Lim fikir rakyat bodoh atau buta matanya – setiap masa? Politik pembohongan dan fitnah ini jelas menjadi budaya dalam Barisan Nasional, budaya ini pastinya dipelupori oleh UMNO dan kini diikuti oleh MCA dan MIC serta parti komponen yang lain. PKNS sedang membina lebih kurang 2,700 unit mampu milik. Di antara 2013-2020, PKNS bercadang membina kebih 9,200 unit rumah mampu milik di seluruh Negeri Selangor. Dengan senario ini Donald Lim tyelahmeletakkan dirinya setaraf dengan elit-elit UMNO yang suka berbohong. Malah pembohongan beliau ini mengesahkan lagi bahawa beliau tidak layak menjadi timbalan menteri dan mentadbir kementeriannya. Nasihat kita kepada Donald Lim, jika mahu Berjaya dan dipercayai oleh rakyat, maka janganlah mengikjejak langkah Presidennya termasuk elit-elit UMNO. -KLdaily |
Pencacai Umno Marah Ust Azhar Biar Anak Tak Pakai Tudung.. Posted: 20 Nov 2012 05:00 AM PST |
Doa Pak Mat Supaya Allah Hancurkan Perompak.. Posted: 20 Nov 2012 03:31 AM PST Suatu hari rumah Pak Mat dipecah masuk oleh perompak. Pak Mat dan isteri diikat dan tidak mampu berbuat apa-apa. Perompak-perompak itu bukan sahaja mahukan duit, malahan anak perempuan Pak Mat telah dirogol manakala anak lelakinya pula telah dibelasah dengan teruk. Tatkala itu, yang Pak Mat mampu lakukan hanyalah berdoa; "Ya Allah, hancurkan perompak-perompak tersebut," doa Pak Mat. Setelah mendengar doa tersebut, perompak-perompak itu terus memarahi Pak mat lalu berkata; "Mana boleh doa macam tu, kami ni Islam bahkan kami juga Melayu seperti anda. Jangan doakan kehancuran sesama Melayu, sesama Islam. Nanti Cina yang bertepuk tangan. Keesokkan harinya di TV3, " Doa Pak Mat pecah belahkan Islam" Idea asal: Malaysian gags - kedahlanie |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan