Blog-list Malaysia |
- Pengendali AES Menyamar Pegawai JPJ
- Kalimah Syahadah Dipermainkan Penyokong Umno
- Mesir dan Turki tekad akan pertahan Gaza - Erdoğan
- Azhar Sulaiman Mengaku Dirinya Murtad
- Dakwaan Noh Omar Tidak Berasas Dan Mengelirukan
- Hudud Untuk Semua - Hadi Bidas Kenyataan Bangang Mahathir
- Umno Berceramah Depan Lembu - Photoshop Menarik
Pengendali AES Menyamar Pegawai JPJ Posted: 20 Nov 2012 12:31 AM PST KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) hari ini membuat laporan polis berhubung dengan tindakan dua syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd yang telah menyamar sebagai penjawat awam. Laporan polis terhadap syarikat tersebut dibuat secara berasingan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan juga Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi. Menurut Mahfuz, laporan ini dibuat apabila dua syarikat pengendali kamera AES telah bertindak menyamar sebagai penjawat awam iaitu dengan mewarnakan kenderaan milik syarikat dengan warna dan logo Jabatan Pengangkutan Jalan. "Saya mengesyaki kedua-dua syarikat tersebut telah melakukan kesalahan yang amat serius apabila menyamar sebagai penjawat awam dengan mewarnakan kenderaa milik mereka menyerupai warna kenderaan JPJ. "Mereka melakukan penyamaran ini sewaktu mengendali kamera mobile AES di beberapa lokasi," jelasnya. Tambahnya lagi, hasil carian yang dibuat melalui JPJ dan Polis mendapati kedua-dua kenderaan tersebut adalah milik ATES Sdn Bhd dan Preferred Synergy Sdn Bhd yang beralamat di Petaling Jaya dan bukannya milik JPJ. "Perkara ini merupakan satu kesalahan yang amat serius dan pihak polis perlu mengambil tindakan segera atas penyamaran tersebut. "Kita tidak mahu sesuatu berlaku atas kekeliruan penyamaran itu dan rakyat terus menjadi mangsa dalam pelaksanaan AES," sambung beliau lagi. Dalam pada itu, peguam Kase, Zulhazmi Sharif juga turut hadir sewaktu laporan dibuat. Laporan tersebut dibuat di bawah Seksyen 170 dan Seksyen 171 Kanun Keseksaan, iaitu menyamari penjawat awam dan memakai pakaian atau membawa tanda yang digunakan oleh penjawat awam dengan niat untuk menipu. Sementara itu, kira-kira 30 anggota NGO Aktivis Bantah AES (Bantah AES) dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) berhimpun di hadapan bangunan Parlimen bagi memberi amaran kepada kerajaan agar membatalkan AES dengan segera. Himpunan tersebut diketuai Ahli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan, Chang Lih Kang yang juga Adun Teja. Jurucakap Bantah AES, Saifullah Zulkifli berkata, jika kerajaan enggan berbuat demikian, himpunan besar-besaran bagi membantah AES akan diadakan. "Hari ini hanya wakil sahaja yang datang menyerahkan memorandum dan mendesak Kementerian Pengangkutan membatalkan AES. "Kami bagi amaran, jika kerajaan tidak juga menghiraukan bantahan kami, himpunan lebih besar akan diadakan melibatkan semua rakyat," katanya. Memorandum tersebut diserahkan kepada Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong. Turut bersama dalam himpunan tersebut Tian Chua (PKR-Batu), Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) dan Jeff Ooi (DAP-Jelutong). Harakah/- Milosuam |
Kalimah Syahadah Dipermainkan Penyokong Umno Posted: 19 Nov 2012 11:41 PM PST |
Mesir dan Turki tekad akan pertahan Gaza - Erdoğan Posted: 19 Nov 2012 07:35 PM PST KAHERAH: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdoğan melalui ucapannya di Cairo University mengajak pemuda Mesir yang membuat revolusi di negara itu sebelum ini bersama-sama pemuda Turki mempertahankan Gaza yang kini sedang diserang Israel. Dalam ucapan itu, Presiden AKP Turki itu berkata, bagaimana Gaza boleh dibiarkan diserang oleh Israel begitu sahaja sedangkan di kiri dan kanannya ada Mesir dan Turki? Di kiri dan kanannya juga ada Mohamad Morsi yang menjadi Presiden Mesir dan Recep Tayyib Erdoğan yang menjadi Perdana Menteri Turki. Berikut adalah ringkasan ucapan Recep Tayyib Erdoğan di Cairo University. 1- Bagaimana Gaza boleh dibiarkan ketika di kiri dan kanannya ada Mesir dan Turki? Ada Morsi dan Erdoğan! 2- Wahai pemuda Mesir, melalui revolusi kalian, kezaliman telah tahu bahawa mereka tidak mampu kekal. Ajalnya akan tiba di sana sini! 3- Ayat 139 dari Surah Al Imraan, Allah sudah mengingatkan kita semua agar tidak berasa lemah dan terhina selagi kita beriman. 4- Jangan lemah, jangan sedih! Di Turki dan Mesir, serta rantau ini, Medan Tahrir adalah tempat kamu mengangkat wajahmu. Penuh bangga kerana kamu Misri. 5- Kita warga rantau ini tidak akan membiarkan kesedihan dan kezaliman membelenggu kita. 6- Semua sejarah rantau ini yang menjadi kebanggaan kita. Semangat Salahuddin Al-Ayubi akan kita lakarkan kembali. Dan kita sedang melakarkannya. 7- Sempadan yang dilakar oleh pena politik tidak akan menyekat kasih sayang dan ukhuwwah kita. 8- Kita di wilayah ini dalam sejarah yang dikongsi bersama selama ini perlu berpanjangan dan berterusan. 9- Apa yang sedang berlaku hasil revolusi Mesir adalah pada mengembalikan wilayah ini ke sifat asalnya yang bertamadun tinggi dan penuh kemuliaan. 10- Apabila Turki menjadi kuat, Mesir juga akan bertambah kuat. Dan kekuatan Mesir menambahkan kekuatan Turki. Kita adalah kekuatan utama di wilayah ini. 11- Turki menyediakan seluruh keupayaan kami untuk membantu rakyat Syria di sempadan. 12- Menjadi kewajipan kemanusiaan dan keagamaan untuk kita membantu. Termasuk Saudi, Jordan dan Negara Teluk. Mesti berganding bahu membantu. 13- Sistem yang dipakai di peringkat antarabangsa untuk mengekalkan keamanan tidak berfungsi, United Nations gagal. Turki melihat perubahan mesti dilakukan pada sistem itu, di peringkat fundamental. 14- Seluruh dunia dengan sistem itu bersidang untuk pelbagai isu, tetapi apabila tiba isu Syria dan Palestin, tiada keputusan konkrit yang terhasil. 15- Kita bercakap dalam dua bahasa yang berbeza tetapi kita saling memahami kerana bahasa hati kita adalah bahasa yang sama, kerana mengimani perkara yang sama. |
Azhar Sulaiman Mengaku Dirinya Murtad Posted: 19 Nov 2012 04:31 PM PST Isu murtad yang di gembar gembur dalam media negara telah menyebabkan seorang artis telah mengaku dirinya murtad. Pengakuan ikhlas Azhar Sulaiman bahawa dia sudah murtad di dalam laman sosial amat mengejutkan!! Kenapa azhar sulaiman boleh berkata bergitu ? Adakah kesan fitnah dari media yang memutar beli kenyataan Nik Aziz....? jika kerana tajuk utama media ini yang menyebabkan Azhar Sulaiman mengaku dirinya murtad amat lah malangnya beliau. Menampakan kejahilan artis ini dan bagi media itu pula seperti sekor Dajal yang datang menyebarkan fitnah sehingga menjadi penyebab manusia itu terpengaruh lalu mengistihar dirinya menjadi murtad. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat hanya melabel parti dominan Melayu itu sebagai murtad kerana menolak Islam parti tersebut. Nik Aziz menegaskan, tanpa mengira mana-mana pihak termasuk Umno sekalipun, jika menolak dan memperlekehkan Islam dengan sengaja boleh dianggap murtad kerana tidak mahu menerima hukum Allah sebagai panduan hidup. "Tak kira siapa pun, tak kira kalau tok guru sekalipun, kalau murtad...murtad lah. "Usahkan Umno, tok guru berserban, berjanggut, kalau dia tolak Islam dengan cara ... hati dia betul, Islam tak guna ... dia murtad walaupun tidak ada mufti beritahu, tapi kalau dia tolak Islam dengan sengaja, yakin bahawa Islam tak guna ... dia murtad," "Umno tolak Islam, maka nampak dia memperlekehkan Islam. Dia buang Islam, macam lekehkan benda salah ... macam ubat habis tempoh dia buang.Jadi bila Umno buang (Islam), agama apa Umno tu?" kata Nik Aziz Jelas apa yang di perkatakan oleh Nik Aziz sifat sifat yang membawa kepada kekufuran manusia. Seseorang itu boleh menjadi murtad dengan tiga cara iaitu, sama ada dengan perbuatan,percakapan atau kepercayaan dalam hati secara sengaja. Bagi Azahar Sulaiman dari sudut mana penyebab beliau menjadi murtad penulis pun tak tau.Tetapi kalau dari apa yang di perhatikan dari tulisan beliau di laman sesawang [bawah] mungkin dari salah faham atau terhasut dari kenyataan Nik Aziz yang di putar belit oleh media. Kepada Azhar Sulaiman dimintak pergi berjumpa dengan alim ulama untuk bertnya dan jangan kamu permainkan soal syahadah dan akidah.Kalau benar kamu murtad bertaubatlah segera, dan mengucap manala takut tak sempat pulak................ batuvskayu.blogspot.com/ |
Dakwaan Noh Omar Tidak Berasas Dan Mengelirukan Posted: 19 Nov 2012 04:10 PM PST KENYATAAN MEDIA Dakwaan Noh Omar Tidak Berasas Dan Mengelirukan SHAH ALAM, 20 Nov : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menafikan dakwaan yang dibuat Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengenai anak syarikat PKNS iaitu Worldwide Holdings Bhd (WHB) yang dikatakan merancang menjual sebahagian pegangan sahamnya bernilai RM 150 juta kepada syarikat bukan Bumiputra. Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim, berkata, WHB tidak akan menjual pegangan sahamnya itu kepada mana - mana pihak dan akan kekal menjadi milik perbadanan itu. "PKNS menubuhkan anak syarikat untuk memiliki aset komersial PKNS dan proses pertukaran nama pengarah serta pemegang saham 'shell company' ini diuruskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Setiausaha Syarikat." "Ini adalah isu pentadbiran yang biasa dilakukan dan melibatkan SSM serta Setiausaha Syarikat," katanya yang menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai tidak berasas dan mengelirukan. WHB merupakan anak syarikat PKNS yang menjalankan empat aktiviti perniagaan utama iaitu pelaburan dan pembangunan hartanah, perkhidmatan pengurusan alam sekitar, penjana kuasa bebas, pelaburan dan pembuatan peralatan perubatan. Sementara itu, Ishak juga menyifatkan tuduhan yang dilemparkan itu sebagai tindakan yang tidak beretika dan boleh mengelirukan pelanggan – pelanggan dan rakan niaga PKNS dan WHB serta orang awam. "PKNS dan WHB tidak berminat untuk terlibat dalam polemik politik dan menggesa agar pihak yang terlibat untuk memeriksa dan memastikan kesahihan fakta terlebih dahulu sebelum melontarkan sebarang dakwaan di media," katanya lagi. - www.pkns.gov.my - |
Hudud Untuk Semua - Hadi Bidas Kenyataan Bangang Mahathir Posted: 19 Nov 2012 05:53 AM PST Hadi bidas Dr M isu 'hudud untuk semua' Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu pelaksanaan hukum hudud meliputi orang bukan Islam. Abdul Hadi mengulas pandangan Dr Mahathir yang mendakwa perbezaan hukuman terhadap orang Islam dan bukan Islam boleh dilihat ketidakadilan dan bertentangan dengan ajaran Islam. "Ada beza antara adil untuk semua dan hak untuk semua. "Ada hak orang bukan Islam, hak dia untuk mengizinkan apa yang ada dalam agama dia," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan penangguhan di Muktamar PAS ke 58 di Kota Bharu. Beliau yang juga ahli parlimen Marang memberi contoh hukum hudud yang berkait dengan arak. "Orang minum arak kena hukum, itu hukum hudud. Tapi tak hukum orang bukan Islam, sebab ia dibenarkan dalam agama dia," katanya. Beliau turut menempelak mantan presiden Umno itu supaya bercakap pasal perubatan. "Dia cakap pasal perubatan sajalah," katanya. Dr Mahathir dilaporkan meminta PAS perjelas tafsirannya mengenai pelaksanaan hukum hudud. Beliau dilaporkan berkata pelaksanaannya harus berlandaskan keadilan sepertimana yang terkandung dalam ajaran Islam. Dr Mahathir juga dilaporkan berkata parti itu seharusnya melaksanakan hukum yang dapat diterima pakai oleh semua golongan termasuk bukan Islam sesuai dengan kedudukan negara ini yang mempunyai penduduk berbilang agama. |
Umno Berceramah Depan Lembu - Photoshop Menarik Posted: 19 Nov 2012 02:15 AM PST |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan